STQP 2523 Pengenalan Kepada Insurans & Takaful

Pengenalan


Kursus ini mendedahkan kepada pelajar asas insurans dengan tujuan membantu pelajar memahami kursus sains aktuari dengan lebih jelas lagi.


Objektif Kursus

  1. Pelajar tahu mengenai bentuk atau jenis risiko yang wujud dan kaedah pengurusan risiko.
  2. Pelajar dapat memahami dengan lebih baik mengenai insurans sebagai satu elemen pengurusan risiko yang boleh digunakan dalam menghadapi kerugian di masa akan datang.
  3. Pelajar dapat memahami mengenai industri dan pekerjaan yang berkaitan insurans dengan lebih mendalam.


Sinopsis:

Kursus ini membincangkan kepentingan dan kegunaan insurans dalam kehidupan seharian. Takrif insurans, kerugian, peril hazad dan perkara yang berkaitan dengan insurans. Kerugian boleh insurans: risiko spekulatif dan perjudian, pengelasan risiko. Pengurusan risiko: fungsi, proses dan kaedah pengurusan risiko. Pekerjaan insurans: agen dan broker, penyelaras kerugian, pengunderait dan sebagainya. Insurans hayat, kesihatan dan anuiti: jenis dan kontrak insurans hayat. Manfaat pekerja, jaminan sosial. Insurans am: komersial, harta dan bangunan dan automobil. Badan pengawal dan undang-undang.

 

Kaedah Pengajaran

 

Waktu Kuliah

Hari Masa Tempat
Isnin 10.00-12.00 tengahari DKG124
Khamis 8.00-9.00 pagi DKG124

 

Penilaian

Kerja kursus/Projek 20%
Peperiksaan pertengahan semester 30%
Peperiksaan akhir 50%

 

Liputan kuliah

BAB TAJUK Minggu
BAB 1

PENGENALAN KEPADA RISIKO

  • Apa itu risiko?
  • Konsep asas risiko.
  • Pengkelasan risiko - tulin, spekulatif, statik, dinamik, fundamental & khusus.
  • Elemen risiko - peril, hazad & pendedahan kepada risiko.
  • Jenis risiko tulin - individu, harta & liabiliti.
  • Kaedah menangani risiko

 

1 minggu
BAB 2

PENGURUSAN RISIKO

  • Takrifan pengurusan risiko.
  • Objektif pengurusan risiko.
  • Proses pengurusan risiko - mengenal pasti potensi kerugian, menilai potensi kerugian, pemilihan kaedah untuk pengendalian risiko (hindar risiko, bendung kerugian, kawal kerugian, pindah risiko & insurans) & perlaksanaan program pengurusan risiko.

 

1 minggu
BAB 3

PENGENALAN KEPADA INSURANS

  • Takrifan insurans dan kriterium asas insurans.
  • Risiko yang boleh diinsuranskan.
  • Pemilihan sakal.
  • Konsep asas statistik dalam insurans dan penilaian risiko.
  • Hukum bilangan besar.
  • Jenis insurans - hayat & kesihatan, harta & liabiliti, manfaat pekerja & jaminan sosial.

 

1 minggu
BAB 4

ORGANISASI INSURANS

  • Jenis dan ciri syarikat insurans yang ada.
  • Lloyd's of London.
  • Organisasi insurans yang lain - American Lloyd, Bursa Insurans Bersaling, Bankassurans dan lain-lain.

 

1 minggu
BAB 5

PEKERJAAN BERKAITAN INSURANS

  • Agen & broker insurans.
  • Penyelaras kerugian
  • Pengunderait
  • Aktuari
  • Institusi & persatuan yang berkaitan dengan insurans.
1 minggu

BAB 6

KONTRAK INSURANS

  • Apa itu kontrak insurans?
  • Dokumen yang membentuk kontrak insurans.
  • Syarat bagi pembentukan kontrak insurans.
  • Prinsip undang-undang dalam kontrak insurans.
  • Ciri-ciri kontrak insurans.
  • Fasal kontrak keseluruhan & fasal tidak boleh tanding.
  • Pembatalan kontrak insurans.

 

1 minggu
BAB 7

OPERASI SYARIKAT INSURANS

  • Perkadaran premium.
  • Pengunderaitan.
  • Pemasaran.
  • Pengurusan tuntutan.
  • Pemprosesan data.
  • Pelaburan & dll.
  • Insurans semula - tujuan, jenis perjanjian & perlindungan insurans semula.
1 minggu
BAB 8

KESOLVENAN DAN PERUNDANGAN

  • Takrifan kesolvenan, perkadaran syarikat insurans.
  • Aktiviti dan pertauran yang berkaitan perundangan - aktiviti pelaburan, rizab & lebihan, ujian kesolvenan, audit, peraturan perkadaran, perlesenan, keperluan modal berasaskan risiko, dll.
1 minggu
BAB 9

INSURANS HAYAT & PERUNTUKAN KONTRAK INSURANS HAYAT

  • Pengenalan insurans hayat & kepentingannya.
  • Pengkelasan insurans hayat - individu, kelompok dan perkhidmatan rumah ke rumah.Produk insurans hayat individu - a) produk konvensional (insurans sementara, endowment & insurans seumur hayat), variasi polisi asas, manfaat tambahan, pengubahsuaian dalam polisi insurans seumur hayat & bonus; b) produk berkaitan pelaburan.
1 minggu
BAB 10

PERUNTUKAN KONTRAK INSURANS HAYAT, ANUITI & TAKAFUL

  • Pemilikan polisi.
  • Peruntukan umum polisi insurans hayat - tempoh tenggang, pengembalian semula polisi, fasal tidak boleh tanding, fasal kontrak menyeluruh, peruntukan salahnyataan umur & jantina, peruntukan lebihan & fasal bunuh diri.
  • Opsyen pilihan - opsyen dividen, opsyen tak lucut hak, opsyen pinjaman, opsyen penyelesaian, opsyen penepian premium & opsyen indemniti berganda.
  • Apa itu anuiti?
  • Pembentukan kontrak dan operasi anuiti.
  • Pengkelasan anuiti.
  • Pengenalan dan prinsip takaful.
  • Jenis takaful - takaful keluarga & takaful am.
2 minggu
BAB 11

INSURANS KESIHATAN & JAMINAN SOSIAL

  • Peningkatan kos penjagaan kesihatan.
  • Peruntukan kontrak.
  • Jenis perlindungan insurans kesihatan - insurans perubatan asas, insurans perubatan utama, insurans hilang pendapatan (akibat hilangupaya) & insurans penjagaan kesihatan jangka panjang.
  • Produk insurans kesihatan yang lain - perlindungan keselamatan sosial.
  • Pengeluar produk insurans kesihatan - swasta & kerajaan.
  • Skim pencen kakitangan kerajaan Malaysia.
1 minggu
BAB 12

INSURANS MOTOR

  • Kontrak insurans motor.
  • Premium.
  • Undang-undang yang berkaiatn dengan insurans motor.
  • Perlindungan insurans motor.
  • Jenis & kegunaan kenderaan.
  • Jenis perlindungan - polisi komprehensif, polisi akta & polisi pihak ketiga.
  • Fasal diskaun tanpa tuntutan.
1 minggu
BAB 13

INSURANS HARTA & LIABILITI

  • Elemen kontrak insurans harta.
  • Insurans empunya rumah.
  • Insurans marin.
  • Insurans kebakaran. Insurans turutan kebakaran.
  • Insurans barangan dalam perjalanan.
  • Insurans kecurian & pecah masuk.
  • Pengenalan insurans liabiliti.
  • Peril liabiliti.
  • Tort atau kesalahan sivil.
  • Elemen kecuaian.
  • Pembelaan dalam saman kecuaian.
  • Doktrin res ipsa loquitor.
  • Jenis insurans liabiliti - individu & perniagaan.
1 minggu


Rujukan

Bahan Kuliah

 

Nota Tambahan