STQP2523 PENGENALAN INSURANS DAN TAKAFUL
|Pengenalan| |Liputan Kuliah| |Rujukan| |Jadual Perkuliahan| |Latihan|
| Contoh Soalan Peperiksaan| |Laman Sesawang|

PENGENALAN

Kursus ini mendedahkan kepada pelajar asas insurans dengan tujuan membantu pelajar memahami kursus sains aktuari dengan lebih jelas lagi. Takrif insurans, kerugian, peril, hazard dan perkara yang berkaitan dengan insurans. Kerugian boleh insurans: risiko spekulatif dan perjudian, pengelasan risiko. Pengurusan risiko: fungsi, proses dan kaedah pengurusan risiko. Pekerjaan insurans: agen dan broker, penyelaras kerugian, pengunderait dan sebagainya. Kontrak insurans dan perundangannya. Insurans hayat, kesihatan dan anuiti: jenis dan kontrak insurans hayat. Manfaat pekerja, jaminan sosial. Insurans am: komersial, harta dan bangunan dan automobil.


LIPUTAN KULIAH

1. Pengenalan kepada risiko
2. Pengenalan kepada pengurusan risiko
3. Pengenalan kepada insurans
4. Organisasi dan industri insurans
5. Kontrak insurans dan perundangannya
6. Insurans hayat, kesihatan & anuiti
7. Jaminan sosial dan manfaat pekerja
8. Insurans Harta & Liabiliti


RUJUKAN

JADUAL PERKULIAHAN

Minggu
Tajuk Kuliah
1

PENGENALAN KEPADA RISIKO

° Apa itu risiko?
° Konsep asas risiko.
° Pengkelasan risiko - tulin, spekulatif, statik, dinamik, fundamental & khusus.
° Elemen risiko - peril, hazad & pendedahan kepada risiko.
° Jenis risiko tulin - individu, harta & liabiliti.
° Kaedah menangani risiko

2 & 3
PENGURUSAN RISIKO

° Takrifan pengurusan risiko.
° Objektif pengurusan risiko.
° Proses pengurusan risiko - mengenal pasti potensi kerugian, menilai potensi kerugian, pemilihan kaedah untuk pengendalian risiko (hindar risiko, bendung kerugian, kawal kerugian, pindah risiko & insurans) & perlaksanaan program pengurusan risiko.
3 & 4

PENGENALAN KEPADA INSURANS

° Takrifan insurans.
° Kriterium asas insurans.
° Risiko yang boleh diinsuranskan.
° Pemilihan sakal.
° Konsep asas statistik dalam insurans dan penilaian risiko.
° Hukum bilangan besar.
° Jenis insurans - hayat & kesihatan, harta & liabiliti, manfaat pekerja & jaminan sosial.

4

ORGANISASI INSURANS

° Jenis dan ciri syarikat insurans yang ada.
° Lloyd's of London.
° Organisasi insurans yang lain - American Lloyd, Bursa Insurans Bersaling, Bankassurans dan lain-lain.

5

PEKERJAAN BERKAITAN INSURANS

° Agen & broker insurans.
° Penyelaras kerugian
° Pengunderait
° Aktuari
° Institusi & persatuan yang berkaitan dengan insurans.

6 & 7

KONTRAK INSURANS

° Apa itu kontrak insurans? Dokumen yang membentuk kontrak insurans. Syarat bagi pembentukan kontrak insurans. Prinsip undang-undang dalam kontrak insurans. Ciri-ciri kontrak insurans. Fasal kontrak keseluruhan & fasal tidak boleh tanding. Pembatalan kontrak insurans.

7
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER
8

OPERASI SYARIKAT INSURANS

° Perkadaran premium.
° Pengunderaitan. Pemasaran. Pengurusan tuntutan. Pemprosesan data. Pelaburan & dll.
° Insurans semula - tujuan, jenis perjanjian & perlindungan insurans semula.

9

KESOLVENAN DAN PERUNDANGAN

° Takrifan kesolvenan, perkadaran syarikat insurans.
° Aktiviti dan pertauran yang berkaitan perundangan - aktiviti pelaburan, rizab & lebihan, ujian kesolvenan, audit, peraturan perkadaran, perlesenan, keperluan modal berasaskan risiko, dll.

10

INSURANS HAYAT & PERUNTUKAN KONTRAK INSURANS HAYAT

° Pengenalan insurans hayat & kepentingannya.
° Pengkelasan insurans hayat - individu, kelompok dan perkhidmatan rumah ke rumah.
° Produk insurans hayat individu - a) produk konvensional (insurans sementara, endowment & insurans seumur hayat), variasi polisi asas, manfaat tambahan, pengubahsuaian dalam polisi insurans seumur hayat & bonus; b) produk berkaitan pelaburan.

11 & 12

PERUNTUKAN KONTRAK INSURANS HAYAT, ANUITI & TAKAFUL

° Pemilikan polisi.
° Peruntukan umum polisi insurans hayat - tempoh tenggang, pengembalian semula polisi, fasal tidak boleh tanding, fasal kontrak menyeluruh, peruntukan salahnyataan umur & jantina, peruntukan lebihan & fasal bunuh diri. Opsyen pilihan - opsyen dividen, opsyen tak lucut hak, opsyen pinjaman, opsyen penyelesaian, opsyen penepian premium & opsyen indemniti berganda.
° Apa itu anuiti? Pembentukan kontrak dan operasi anuiti. Pengkelasan anuiti. ° Pengenalan dan prinsip takaful. Jenis takaful - takaful keluarga & takaful am.

12 & 13

INSURANS KESIHATAN & JAMINAN SOSIAL

° Peningkatan kos penjagaan kesihatan. Peruntukan kontrak.
° Jenis perlindungan insurans kesihatan - insurans perubatan asas, insurans perubatan utama, insurans hilang pendapatan (akibat hilangupaya) & insurans penjagaan kesihatan jangka panjang.
° Produk insurans kesihatan yang lain - perlindungan keselamatan sosial. Pengeluar produk insurans kesihatan - swasta & kerajaan. Skim pencen kakitangan kerajaan Malaysia.

13

INSURANS MOTOR

° Kontrak insurans motor. Premium.
° Undang-undang yang berkaiatn dengan insurans motor.
° Perlindungan insurans motor. Jenis & kegunaan kenderaan. Jenis perlindungan - polisi komprehensif, polisi akta & polisi pihak ketiga.
° Fasal diskaun tanpa tuntutan.

14

INSURANS HARTA & LIABILITI

° Elemen kontrak insurans harta. Insurans empunya rumah. Insurans marin. Insurans kebakaran. Insurans turutan kebakaran. Insurans barangan dalam perjalanan. Insurans kecurian & pecah masuk.
° Pengenalan insurans liabiliti. Peril liabiliti. Tort atau kesalahan sivil. Elemen kecuaian. Pembelaan dalam saman kecuaian. Doktrin res ipsa loquitor. Jenis insurans liabiliti - individu & perniagaan.

15 - 18
PEPERIKSAAN AKHIR