|
|
PROGRAM SAINS
AKTUARI |
Objektif Program
Struktur Program
Jadual Pengkhususan Sains Aktuari
Senarai Kursus Yang Ditawarkan
Program Sains
Aktuari berhasrat untuk melahirkan siswazah yang berkepakaran dalam bidang
aktuari, insurans dan bidang kewangan yang lain. Program ini juga menyediakan asas bagi
pelajar untuk mengikuti peperiksaan ikhtisas badan aktuari antarabangsa.
Pelajar yang
mengkhusus dalam bidang Sains Aktuari dikehendaki mengambil dan lulus 100 unit
kursus mengikut pembahagian seperti berikut:
Kursus Universiti
12
Wajib Fakulti (VH)
4
Kursus Wajib Pusat
Pengajian 12
Kursus Wajib Major
45
Kursus Keperluan
Teknikal /Sains Sosial 15
Kursus Elektif 12
JADUAL PENGKHUSUSAN SAINS AKTUARI
|
Stages |
|
PROGRAMME |
|
|
KEPERLUAN TECHNICAL NEEDS AND PILIHAN BEBAS |
|
|
UNIVERSITY COURSES |
|
|
|
||||||||
|
(Semester) |
Wajib Fakulti |
Wajib Pusat |
Compulsory
|
Technical Needs |
Centre Of Education in FST |
Sains Sosial |
U1 |
U2 |
U3 |
UC |
Total |
||||||||
|
1 |
VH(2) |
STQP1013 |
STQM 1113 STQS 1113 |
|
|
STQP 1513 |
ZT(2) |
|
|
H_(1) |
17 |
||||||||
|
2 |
VH(2) |
|
STQM 1123 STQM 1223 STQS 1123 |
|
|
STQP 1523 |
ZT(2) |
|
|
H_(1) |
17 |
||||||||
|
3 |
|
STQP 2033 |
STQA 2133 STQS 2433 |
STPD 2023 |
|
STQP 2523 STQP 2533 |
|
|
|
|
18 |
||||||||
|
4 |
|
STQP 2043 |
STQA 2143 STQA 2543 |
|
PB(3) + PB(3) |
|
Z_(3) |
|
|
18 |
|||||||||
|
5 |
|
|
STQA 3153 STQA 3253 STQA 3553 |
|
PB(3) |
|
|
Z_(3) |
|
15 |
|||||||||
|
6 |
|
STQP 3063 |
STQA 3163 STQA 3263 STQA 3663 |
|
PB(3) |
|
|
|
|
15 |
|||||||||
|
Jumlah |
4 |
12 |
45 |
3 |
|
24 |
4 |
3 |
3 |
2 |
100 |
||||||||
Senarai
Kursus yang Ditawarkan
STQA2533 Asas Perakaunan dan Kewangan
STQA2543 Analisis
Pelaburan dan Pengurusan Portfolio I
STQA3153 Matematik
Aktuari II
STQA3163 Teori Risiko
STQA3253 Model
Kemandirian
STQA3263 Perancangan
dan Pengawalan Aktuari
STQA3553 Analisis Pelaburan
dan Pengurusan Portfolio II
STQA3663 Kajian
Ilmiah
Sinopsis
Kursus dan Rujukan
(Prakeperluan:
STQM1113, STQM1123)
Kursus ini
bertujuan memperkenalkan teori faedah yang merupakan konsep asas dalam sains aktuari.
Pelbagai pengukuran kuantitatif terhadap kadar faedah dan kadar diskaun
diperkenalkan. Konsep mengenai faedah kompaun, faedah biasa, nilai kini, nilai
tumpukan, kadar faedah/diskaun efektif dan kadar faedah/diskaun nominal.
Pelbagai jenis anuiti asas dan kaedah untuk menilai harganya, sama ada nilai
kini atau nilai tumpukan. Anuiti yang lebih khusus. Kaedah untuk pengiraan
pinjaman dipersembahkan dalam bentuk jadual pelunasan dan dana terikat. Jadual
ini memperincikan maklumat dalam sistem pinjaman seperti bayaran faedah,
bayaran pokok, amaun ansuran dan baki pinjaman selepas sesuatu tempoh berlalu.
Kursus ini juga menunjukkan kaedah pengiraan bon dan sekuriti lain seperti
saham biasa, saham keutamaan. Pandangan Islam terhadap faedah dan pelaburan.
Rujukan
Anwar Iqbal. 1973. Islam dan Teori Pembungaan
Wang. Jakarta: Tintamas.
Broverman, S.A. 1996. Mathematics of
Investment and Credit.Ed. ke-2.
Kellison, S.G. 1991. Theory
of Interest . Ed. ke-2.
McCutcheon, J.J.
& Scott, W.F. 1986. An Introduction to the Mathematics of Finance.
Parmenter, M.M. 1999.
Theory of Interest and Life Contingencies with Pension Applications: A
Problem Solving Approach . Ed. ke-3.
(Prakeperluan: STQA2133, STQS1113, STQS1123)
Kursus ini bertujuan membina pengetahuan asas
model beraktuari secara teori penggunaannya dalam pemodelan insurans dan risiko
kewangan yang lain. Konsep kerugian kewangan yang menggabungkan unsur
kebarangkalian terhadap hayat manusia dengan pendiskaunan atau penumpukan nilai
wang Kaedah insurans sebagai satu daripada sistem meringankan kerugian
kewangan. Model kemandirian dan jadual hayat yang memberi gambaran tentang bilangan
dan kebarangkalian hayat yang mandiri atau meninggal dunia. Nilai kini
beraktuari bagi manfaat kematian. Anuiti hayat dalam bentuk selanjar, diskret,
anuiti hayat awalan, anuiti hayat akhiran dan yang berbayar lebih kerap
daripada tahunan. Pembiayaan insurans hayat secara ansuran sama ada secara tahunan, setengah
tahunan, suku tahunan dan bulanan. Kesolvenan dana insurans dan syarikat
insurans. Keperluan menyediakan rizab bagi memenuhi tuntutan pada masa hadapan.
Pengiraan rizab premium bersih.
Rujukan
Bowers, N.L., Gerber Jr., H.U., Hickman, J.C., Jones,
D.A. & Nesbit, C.J. 1997. Actuarial
Mathematics. Ed. ke-2.
Batten. 1998. Life
Contingencies: A Guide for the Student. Ed. ke-2.
Jordan Jr., C.W. 1991. Life
Contingencies . Ed. ke-2.
Menge, W.O. &
Fischer, C.H. 1985. The Mathematics of Life Insurance.
Neill, A. 1977. Life
Contingencies .
STQA2533 Asas Perakaunan
dan Kewangan
Kursus
ini bertujuan memperkenalkan konsep asas perakaunan dan kewangan agar dapat
membantu pelajar dalam menganalisis penyata kewangan dan seterusnya menilai
prestasi kewangan sesebuah organisasi. Pengenalan pelbagai jenis syyarikat dan
asas perakaunan. Memahami penyata akaun dan keperluan kepada pemegang saham,
pelanggan dan badan pengawal. Peraturan menyedia penyata
seperti kunci kira-kira, akaun hasil dan akaun untung rugi. Tatacara dan
penjanaan penyata. Analisis kewangan dalam menilai prestasi syarikat.
Institusi kewangan. Konsep percukaian dan kesannya kepada syarikat, rakyat
dan negara. Pembiayaan perjalanan dan pertumbuhan syarikat dan instrumen
kewangan. Penerbitan saham. Peranan badan pengawal (Suruhanjaya Sekuriti,
Agensi Pengkadaran dan BSKL) dalam mengawal perjalanan dan kesolvenan sesebuah
syarikat.
Rujukan
Grossman, S.D., Kratchman,
S.H. & Malcom, R.E. 1985. College
Accounting Principles.
Higgins, R.C. 1984. Analysis for Financial Management.
Lee Tat Man. 1994. Principles of Accounting for
Non-Accounting Professionals.
Wan Maznah Wan Ibrahim. 1993. Asas Perakaunan.
WeyGrandt, J.J, Kieso, D.E. & Kell, W.G. 1993. Accounting
Principles. Ed. ke-3.
STQA2543 Analisis Pelaburan danPengurusan Portfolio I
Kursus ini
bertujuan memperkenalkan penggunaan prinsip asas aktuari dalam bidang pelaburan
dan pengurusan aset. Pengenalan kepada pelbagai jenis pelaburan, tafsiran dan
merangkumi faedah tetap dan ekuiti. Pengelasan pelaburan kepada pelaburan
jangka pendek dan pelaburan jangka panjang. Bon korporat, bon Kerajaan, saham
biasa serta pelaburan korporat yang lain. Saham terpilih, debentur boleh ubah,
hak pemecahan dividen serta risiko pelaburan. Pengiraan menilai bon. Penilaian
harga saham seperti nisbah harga terhadap perolehan, analisis perjalanan rawak
dan kaedah penilaian yang lain. Persekitaran. Pelaburan yang merangkumi
pengenalan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Undang-undang dan peraturan
BSKL. Teknik pembelian dan penjualan bon dan saham. Broker, orang tengah dan
pakar atau perunding pelaburan.
Rujukan
Bodie,
Z., Kane, A. & Marcus, A. 1999. Investments. Ed. ke-4.
Haugen, R.A. 1993. Modern
Investment Theory. Ed. ke-3.
Higgins, R. 1997. Analysis
for Financial Management. Ed. ke-5.
Mandell, L. &
O’Brien, T.J. 1992. Investments.
Reilly, F. 1989. Investment
Analysis and Portfolio Management. Ed. ke-2. Dreiden Press.
STQP2533 Asas Perakaunan dan
Kewangan
Kursus ini
bertujuan memperkenalkan konsep asas perakaunan dan kewangan agar dapat
membantu pelajar dalam menganalisis penyata kewangan dan seterusnya menilai
prestasi kewangan sesebuah organisasi. Pengenalan pelbagai jenis syarikat dan
asas perakaunan. Memahami penyata.akaun dan keperluannya kepada pemegang saham,
pelanggan dan badan pengawal. Peraturan menyedia penyata.seperti kunci kira-kira, akaun
hasil dan akaun untung rugi. Tatacara dan penjanaan penyata. Analisis kewangan
dalam menilai prestasi syarikat. Institusi kewangan. Konsep percukaian dan
kesannya kepada syarikat, rakyat dan negara. Pembiayaan perjalanan dan
pertumbuhan syarikat dan instrumen kewangan. Penerbitan saham. Peranan badan
pengawal (Suruhanjaya Sekuriti, Agensi Pengkadaran, BSKL) dalam mengawal
perjalanan dan kesolvenan sesebuah syarikat.
Rujukan
Grossman, S.D., Kratchman, S.H. & Malcolm, R.E. 1985.
College Accounting Principles.
Higgins, R.C. 1984. Analysis
for Financial Management.
Lee Tat Man. 1994. Principles
of Accounting for Non- Accounting Professionals.
Wan Maznah Wan
Ibrahim. 1993. Asas Perakaunan .
WeyGrandt, J.J, Kieso,
D.E. & Kell, W.G. 1993. Accounting Principles. Ed. ke-3.
(Prakeperluan:
STQA2143)
Kursus ini adalah lanjutan
daripada kursus STQA2143. Model pengurang berbilang dengan mengambil kira
pengurang lain beserta pengurang kematian seperti bersara, hilang upaya dan
sebagainya yang mempengaruhi pembayaran manfaat atau caruman dan terkeluar
daripada status hayat aktif. Teori penilaian rancangan persaraan. Perbandingan
pelan manfaat tertakrif berbanding pelan caruman tertakrif. Anuiti dan insurans
bagi status hayat bergabung. Anuiti dan insurans bagi status pemandiri
terakhir. Model insurans berbeban perbelanjaan untuk tujuan pengiraan premium
kasar. Sistem rizab terubah suai seperti kaedah tempoh awalan penuh, Zillmer,
dan kaedah lain yang digunakan oleh industri insurans hayat di Malaysia dan di
luar negara. Manfaat lain selain manfaat kematangan dan manfaat kematian
seperti manfaat tak lucut hak, insurans berbayar, pinjaman premium automatik
dan insurans sementara lanjutan. Agihan dividen dan syer aset bagi setiap
pemegang polisi.
Rujukan
Bowers, N.L., Gerber Jr., H.U., Hickman, J.C., Jones,
D.A. & Nesbit, C.J. 1997. Actuarial
Mathematics. Ed. ke-2.
Batten. 1998. Life
Contingencies: A Guide for the Student. Ed. ke-2.
Jordan Jr., C.W. 1991. Life
Contingencies . Ed. ke-2.
Menge, W.O., Fischer, C.H.
1985. The Mathematics of Life Insurance. Ulrich.
Neill, A. 1977. Life
Contingencies .
(Prakeperluan: STQA2143)
Kursus ini
bertujuan memperkenalkan teknik statistik yang digunakan dalam sains aktuari. Prinsip
nilai jangkaan, teori utiliti dan ketaksamaan Jensen diperkenal untuk membuat
sesuatu keputusan dalam bidang insurans. Bagi model risiko individu pula,
pelbagai kaedah untuk mendapatkan taburan bagi jumlah pemboleh ubah rawak tak
bersandar dibincangkan. Kaedah-kaedah ini adalah konvolusi, fungsi penjana
momen dan penganggaran dengan teorem had memusat. Model risiko berpungutan
jangka pendek. Untuk model ini, taburan Poisson, Negatif binomial dan Kompaun
Poisson dibincang dengan lebih lanjut. Di samping itu, kaedah rekursi,
penganggaran normal dan gama translasi turut diguna untuk menganggar taburan
bagi tuntutan agregat. Bagi model risiko berpungutan jangka panjang pula,
lebihan pada satu titik masa dibincang secara terperinci untuk menggambarkan
kemusnahan dan teori yang berkait dengannya diteliti. Insurans semula dan
insurans kerugian tersukat.
Rujukan
Beard, R.E., Pentikainan, T. & Pesonen, E. 1984. Risk Theory: The Stochastic Basis of Insurance. Ed. ke-3.
Bowers, N.L., Gerber
Jr., H.U., Hickman, J.C. & Nesbit, C.J. 1997. Actuarial Mathematics.
Ed. ke-2. Schamburg: Society of Actuaries.
Daykin, C.D.,
Pentikainen, T. & Pesonen, M. 1994. Practical Risk Theory for Actuaries.
Panjer, H. &
Willmot G.E. 1991. Insurance Risk Model. Schamburg: Society of
Actuaries.
Williams, C.A. &
Heins, R.M. 1985. Risk Management and Insurance.
Kursus ini membincangkan kepentingan teori dan
model kemandirian dalam sains aktuari. Teori dan model kemandirian seperti
fungsi longgokan, kemandirian, ketumpatan dan hazad. Konsep taburan bersyarat,
kadar kematian memusat dan pendedahan. Beberapa kaedah penganggaran untuk model
kemandirian daripada data lengkap. Tatacara momen dan tatacara kebolehjadian
maksimum dalam model kemandirian daripada data tidak lengkap. Penganggaran
dalam pengurangan tunggal dan berganda. Andaian taburan seragam dan eksponen
untuk kejadian rawak dan persekitaran kes istimewa. Pendekatan Hoem dan tradisional
aktuari sebagai alternatif bagi tatacara momen. Tatacara kebolehjadian
maksimum. Andaian taburan seragam dan eksponen untuk kejadian rawak dan
persekitaran kes istimewa. Kaedah momen, kebolehjadian maksimum, persentil dan
kuasa dua terkecil untuk data lengkap dan data tidak lengkap. Kaedah khi kuasa
dua dan statistik Kolmogorov-Smirnov.
Rujukan
Elandt-Johnson, R.C. & Johnson, N.L. 1980. Survival Models and Data Analysis.
Klein &
Moeschberger. 1997. Survival Analysis.
Pollard, A.H.,
Pollard, G.N. & Yusof, F. 1981. Demographic Techniques.
STQA3263 Perancangan dan Pengawalan
Aktuari (Prakeperluan:
STQA3153)
Kursus ini
bertujuan untuk memberi pengetahuan asas berhubung peranan dan tanggungjawab
aktuari dalam skim jaminan sosial amnya dan dalam industri insurans hayat
khususnya. Persekitaran industri insurans di Malaysia. Konsep yang menyeluruh
berhubung rancangan jaminan sosial di Malaysia dan di luar negara. Kaitan
industri insurans khususnya dengan skim jaminan sosial yang lainnya. Akta dan
Peraturan Insurans, 1963 (dan Pindaannya) dan kesannya kepada peranan aktuari
dalam aspek mereka bentuk produk baru, pengawalan kontrak. Analisis keberuntungan,
perbelanjaan dan kadar pertumbuhan polisi. Aspek penilaian tahunan aktuari dan
keperluan penghantaran maklumat berkanun yang lain kepada penguasa insurans.
Akhir sekali, pelajar dikehendaki membuat persembahan pada peringkat akhir
kursus berhubung reka bentuk produk insurans hayat yang baru
Rujukan
Black
Jr., K. & Skipper, H.D. 1994. Life Insurance.
Fisher, H.F. &
Young,
Luffrum, G. 1991. Actuarial
Investigations : An Actuarial Study Note.
Myers, R.J. 1985. Social
Security.
STQA3553 Analisis Pelaburan dan Pengurusan
Portfolio II
Kursus ini adalah
lanjutan kepada kursus STQA2543. Memberi kefahaman tentang pasaran sekuriti
terbitan dan falsafah penilaian saham. Pembentukan portfolio dan penjanaan set
cekap. Pelaburan berinstitusi dan pasaran modal. Teori berhubung gelagat saham.
Teori portfolio: teori Markowitz, teori menghargakan modal harta. Kaedah
menganalisis pelaburan: analisis asasi, analisis teknikal. Teori kecekapan
pasaran. Pengurusan portfolio besar. Teori pengimunan. Model faktor. Model
Perletakan Harga Aset Modal. Teori penentuan harga arbitraj. Kesan inflasi
terhadap pelaburan serta implikasinya terhadap pencukaian dan dana persaraan.
Implikasi pencukaian terhadap pelaburan. Prestasi Portfolio. Pada akhir
semester, pelajar dikehendaki membuat pembentangan, perbincangan dan penulisan
projek secara berkumpulan.
Rujukan
Bodie,
Z., Kane, A. & Marcus, A. 1999. Investments.Ed. ke-4.
Fabozzi, F.J. &
Fabozzi, T.D. 1997. Handbook of Fixed Income.Ed. ke-5.
Higgins, R. 1997. Analysis
for Financial Management. Ed. ke-5.
Mandell, L. & O’Brien, T.J. 1992. Investments.
Reilly, F. 1989.
Investment Analysis and Portfolio Management. Ed. Ke-2. Dreiden Press.
Pelajar melaksanakan tugasan membaca beberapa
bahan ilmiah dalam topik yang tertentu di bawah seorang penyelia. Pada minggu pertama pelajar
harus dapat menentukan bidang kajian yang ingin dilakukan. Melalui gelintaran
susastera perpustakaan dan perbincangan dengan penyelianya, pelajar dikehendaki
mengusulkan tajuk dan skop kajian berserta senarai rujukan. Dari semasa ke
semasa pelajar dan penyelianya akan mengadakan sesi perbincangan. Pada akhir
semester, pelajar dikehendaki menghasilkan ulasan atau esei serta
membentangkannya dalam satu sesi formal. Penilaian kursus keseluruhan merupakan
gabungan penilaian sesi perbincangan dengan penyelia (30%), pembentangan (10%),
dan ulasan/esei yang terhasil (60%).