Galeri
 
 

 

Utama
Mengenai Kami
Bidang Penyelidikan
Kemudahan
Struktur Organisasi
Projek Kerjasama
Geran Penyelidikan
Penerbitan
Anugerah
Galeri

 

 

 
Mengenai Kami

Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2005.
   Kemudahan penyelidikan yang canggih dan terkini termasuklah Taman Penyelidikan Tenaga Suria dan pelbagai makmal penyelidikan yang lain.  Taman penyelidikan terdiri daripada Sistem Pengepam Photovoltaik berkuasa 1.2 kWp, sistem photovoltaic bergrid berkuasa 5 kW, pengering suria forced convective berukuran 10 m2, pengering suria forced convective berukuran 20 m2, dan sistem photovoltaik hidrogen suria.  Kemudahan penyelidikan yang lain termasuklah pemanas air suria dengan sistem penyimpanan bersepadu, enjik stirling suria untuk sistem pengepaman air, sistem pengeringan bantuan suria untuk ubatan berasaskan tumbuhan, pengumpul suria dengan saluran penyerap getah asli thermoplastic, sistem penyaman udara penyerapan suria dan pencahayaan siang menggunakan paip pencahayaan suria CPC, fabrikasi dan pencirian sel suria, simulator suria, simulator langit, rumah suria eco-hidrogen, ruang anechoic dan gegaran untuk menentukan sifat-sifat bunyi sesuatu bahan, dan pengaliran haba dalam bahan.  Sehingga kini, ahli-ahli institut ini telah memenangi enam pingat anugerah khas, enam pingat emas, lapan pingat perak dan empat pingat gangsa di pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat antarabangsa dan kebangsaan.  Selain daripada itu. Kereta suria mendapat tempat ketiga dalam Perlumbaan Suria Dunia Malaysia pada tahun 2001 dan tempat kesepuluh dalam Perlumbaan pada tahun 2002.
   SERI berkerjasama dengan institusi penyelidikan lain seperti UMT dan SIRIM dalam penyelidikan sistem hibrid photovoltaik angin untuk menghasilkan tenaga elektrik dan hidrogen.

 

Sistem photovoltaik bergrid berkuasa 5 kWp terletak di Fakulti Kejuruteraan.  Sistem ini berinteraksi dengan kemudahan grid elektrik.  Dengan sistem bergrid ini, tenaga electrik yang berlebihan ini boleh disalurkan balik ke grid.  Sistem ini adalah yang pertama dipasang di Malaysia dan sehingga kini telah ada lebih daripada 400kW bergrid yang dipasang di seluruh negara.

 

Beberapa cara inovatif untuk mengumpul tenaga suria bagi tujuan pengeringan hasil tani telah dihasilkan.  Terdapat lima pengering suria di Taman Penyelidikan Tenaga Suria (mengikut pusingan jam): pengumpul suria double-pass dengan sistem penyimpanan bersepadu, pengumpul suria V-groove, sistem pengeringan suria, pengering suria convective semulajadi dan pengumpul haba photovoltaic double-pass.

 

Atas

 

This site was last updated on August 7, 2008
Copyright by SERI, UKM, e-mel: webmasterseri@ukm.my