| Misi
Merancang, melaksana dan memantau kegiatan Alumni yang boleh memberi faedah kepada pelajar, Alumni dan Universiti. |
| Visi
Bertekad menjadi sumber rujukan mengenai Alumni dan mewujudkan hubungan strategik yang berterusan di antara Alumni dengan Universiti ke arah pembangunan UKM. |
Objektif
- Menjalinkan hubungan strategik yang berterusan antara UKM dan Alumni.
- Menggembeleng modal sosial Alumni bagi aktiviti pendidikan, penyelidikan dan khidmat masyarakat.
- Menjana kewangan bersama Yayasan Canselor dengan bantuan Alumni.
- Merangsang dan menjadi pemudahcara program-program melibatkan Alumni UKM
|
Aktiviti Utama
- Mengumpul data-data Alumni melalui Sistem Maklumat Alumni (SMA).
- Merancang, melaksana dan memantau kegiatan Alumni di peringkat Universiti melalui Persatuan Alumni peringkat fakulti, kolej, cawangan dan mengikut disiplin.
- Mengeluarkan serta menerbitkan berita dan buletin Alumni.
|