Mesej Pengarah

Selamat datang ke laman web Pejabat Perhubungan Alumni (P.P.Alumni). Bagi menggerakkan program Alumni yang dirancang dengan lebih efektif dan tersusun, pihak P.P.Alumni menyeru agar para Alumni dapat mengemaskini data masing-masing di Sistem Maklumat Alumni UKM. Pihak kami amat mengalu-alukan kerjasama. sokongan dan keterlibatan para Alumni dalam sebarang aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan oleh pihak P.P.Alumni. Semoga semangat alma mater dan semangat permuafakatan di kalangan para Alumni terus subur terutamanya dalam membantu pembangunan Pelajar serta perkembangan Universiti.