Keistimewaan Alumni

Kemudahan Perpustakaan
Alumni UKM diberi kemudahan Keahlian Perpustakaan dengan yuran tahunan seperti berikut:

1. Kemudahan Rujukan (Percuma)
2. Kemudahan Pinjaman (RM100.00 / setahun )

Sebagai ahli perpustakaan, mereka layak mengakses koleksi dan menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan di semua Perpustakaan Pusat dan Cabang-Cabang. Bagaimanapun, perkhidmatan pinjaman bahan antara perpustakaan, pakej maklumat dan bilik karel dikhususkan untuk pensyarah, pelajar dan kakitangan UKM serta Ahli Kehormat sahaja.

Kemudahan Kelab Golf Danau, UKM
Alumni UKM diberi kemudahan Keahlian Kelab Golf Danau, UKM dengan yuran keahlian seperti berikut :

1. Yuran Masuk *(RM 4,000)
2. Cagaran *(RM 500)

Setelah menjadi Ahli Kelab Danau, setiap Alumni akan dikenakan yuran bulanan sebanyak *RM86.00 sebulan.

*Sebarang perubahan kadar bayaran adalah tertakluk kepada pengurusan Kelab Golf Danau UKM.