[1]Menjadi saluran perhubungan yang diakui di antara ahli dan juga antara ahli dan Fakulti ke arahmewujudkan rasa cinta kepada Fakulti Sains dan Teknologi dan amnya kepada Universiti Kebangsaan Malaysia.
[2]Mencapai persefahaman, kerjasama dan kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan persatuan.
[3]Bekerjasama dengan pengurusan fakulti dalam menjalankan aktiviti sosial, sukan dan kegiatan intelektual yang memberifaedah kepadaahli persatuan.
[4]Mewujud dan menjalinkan hubungan dengan lain-lain badan yang sesuai dengan matlamat dan tugas persatuan.
[5]Menjadi badan perundingan semua perkara berkaitan dengan kebajikan dan kepentingan ahli.
[6]Memelihara konsep, dasar dan matlamat Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia.
[7]Mengumpul dan menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan perkembangan Fakulti dan Universiti kepada semua ahli.
[8]Memberi sumbangan idea dan tenaga ke arah kemajuan dan perkembangan Fakulti.
[9]Memilih dan mengemukakan wakil-wakil Alumni untuk pihak berkuasa Universiti dan pertubuhan-pertubuhan lain.
[10]Menganjur dan menggalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial ahli.
[11]Mengatur dan mengadakan majlis-majlis perjumpaan sesama ahli serta ahli fakulti dan Universiti.
[12]Bekerjasama rapat dengan pihak pengurusan fakulti dan Universiti dalam hal-hal berkaitan dengan kepentingan ahli.
[13]Bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan berdaftar di dalam negeri yang sesuai dengan dasar persatuan.
[14]Membina satu pengkalan data yangsistematik untuk Alumni Fakulti Sains dan Teknologi.
[15]Menjadi jurubicara bagi FAST kepada dunia luar sekaligus menjadi mata dan telinga FAST.
[16]Berfungsi sebagai media bagi mewar-warkan aktiviti-aktiviti berkaitan Fakulti.
[17]Membantu FAST dalam mencari tajaan-tajaan untuk aktiviti-aktiviti Fakulti.
[18]Menaiktaraf Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia ke satu peringkat yang lebih tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dan dunia.
YURAN KEAHLIAN
Written by Administrator
Saturday, 07 July 2007 09:54
YURAN KEAHLIAN
[1]Yuran Tahunan bagi Ahli Biasa adalah Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10.00) sahaja dan Ahli Seumur Hidup adalah Ringgit Malaysia Seratus (RM100) sahaja.
[2]Semua yuran tahunan hendaklah dijelaskan pada atau sebelum 1 hb Mac setiap tahun kepada Bendahari Persatuan.
[3]Kecualian yuran keahlian seumur hidup seperti yang dinyatakan di(1), tiada apa-apa yuran tambahan yang perlu dibayar oleh Ahli Seumur Hidup.
[4]Ahli-ahli Kehormat dan bersekutu tidak perlu membayar apa-apa yuran.