Home MATLAMAT DAN OBJEKTIF
 
PDF Print
Written by Administrator   
Wednesday, 20 August 2008 10:11

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

[1] Menjadi saluran perhubungan yang diakui di antara ahli dan juga antara ahli dan Fakulti ke arah mewujudkan rasa cinta kepada Fakulti Sains dan Teknologi dan amnya kepada Universiti Kebangsaan Malaysia.

[2] Mencapai persefahaman, kerjasama dan kesejahteraan ahli-ahli menerusi kegiatan persatuan.

[3] Bekerjasama dengan pengurusan fakulti dalam menjalankan aktiviti sosial, sukan dan kegiatan intelektual yang memberi faedah kepada ahli persatuan.

[4] Mewujud dan menjalinkan hubungan dengan lain-lain badan yang sesuai dengan matlamat dan tugas persatuan.

[5] Menjadi badan perundingan semua perkara berkaitan dengan kebajikan dan kepentingan ahli.

[6] Memelihara konsep, dasar dan matlamat Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia.

[7] Mengumpul dan menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan perkembangan Fakulti dan Universiti kepada semua ahli.

[8] Memberi sumbangan idea dan tenaga ke arah kemajuan dan perkembangan Fakulti.

[9] Memilih dan mengemukakan wakil-wakil Alumni untuk pihak berkuasa Universiti dan pertubuhan-pertubuhan lain.

[10] Menganjur dan menggalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial ahli.

[11] Mengatur dan mengadakan majlis-majlis perjumpaan sesama ahli serta ahli fakulti dan Universiti.

[12] Bekerjasama rapat dengan pihak pengurusan fakulti dan Universiti dalam hal-hal berkaitan dengan kepentingan ahli.

[13] Bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan berdaftar di dalam negeri yang sesuai dengan dasar persatuan.

[14] Membina satu pengkalan data yang sistematik untuk Alumni Fakulti Sains dan Teknologi.

[15] Menjadi jurubicara bagi FAST kepada dunia luar sekaligus menjadi mata dan telinga FAST.

[16] Berfungsi sebagai media bagi mewar-warkan aktiviti-aktiviti berkaitan Fakulti.

[17] Membantu FAST dalam mencari tajaan-tajaan untuk aktiviti-aktiviti Fakulti.

[18] Menaiktaraf Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia ke satu peringkat yang lebih tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat dan dunia.

 
Copyright © 2013 Alumni FST. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.