|
Artikel dalam e-BANGI diindex dalam ProQuest, Copernicus,EBSCOhost, DOAJ, Open J-Gate, Google Scholar,Ulrich, ISC and MyAIS
|
|
|
Penilaian manuskrip akan dibuat secara pewasitan bebas melibatkan sekurang-kurangnya dua pewasit. Keputusan mengenai manuskrip tersebut akan berdasarkan kepada saranan pewasit. Kesuaian sesebuah manuskrip mengambilkira sumbangannya kepada disiplin ilmu, analisis yang tepat, konseptual yang jelas, persembahan yang baik serta aspek teknikal yang memuaskan. Manuskip dihantar oleh ahli sidang editor juga tertakluk kepada prosedur yang sama.
|
|
Ahli fakulti dan komuniti akademik di luar fakulti adalah digalakkan menghantar manuskrip dalam semua bidang ilmu berkaitan Sains Sosial di Malaysia dan Asia amnya.
|
|
Jurnal e-BANGI, dahulunya dikenali sebagai jurnal e-sumber, merupakan sebuah jurnal elektronik berwasit diterbitkan oleh Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. Tujuan jurnal elektronik ini ialah selari dengan status rasmi UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan di bawah Rancangan Malaysia ke-9.
|
|
Jurnal ini diterbitkan dalam dwi-bahasa, melayu dan Inggeris. Hanya mansukrip yang asli sahaja akan dipertimbangan untuk penerbitan. Panjang manuskrip termasuk rujukan hendaklah tidak melebihi 7,000 patah perkataan. Penghantaran hendaklah kepada Ketua Editor secara “online”. Sekiranya terdapat masalah penghantaran manuskrip, sila klik di sini bagi menghubungi pejabat penerbitan.
|
|
Penulis adalah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan manuskrip dihantar tidak melanggar mana-mana hak cipta yang sedia ada. Penulis seharusnya mendapatkan keizinan untuk menerbitkan semula atau mengubahsuai bahan-bahan yang mempunyai hak cipta, dan menunjukkan bukti keizinan tersebut semasa menyerahkan naskhah akhir manuskrip.
|
|
|