Portal Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Untuk Paparan Terbaik, Sila Guna Mozilla Firefox Dengan Resolusi 1024x768.

 

Soalan Lazim

.
Apakah sejarah penubuhan FST?

Fakulti Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970 bermula dengan 5 jabatan, 16 tenaga akademik dan 37 orang pelajar.  Pada tahun 1975, Fakulti Sains Sumber Alam ditubuhkan di Sabah.  Pada tahun 1982, Fakulti Sains diubahsuaikan kepada Fakulti SAins Fizis dan Gunaan, Fakulti Sains Hayat manakala Pusat Pengajian Kuantitatif kepada Fakulti Sains Matematik.  Pada 19 Julai 1999, penggabungan Fakulti Sains Sumber Alam, Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, Fakulti Sains Hayat dan FAkulti Sains Matematik membentuk Fakulti Sains dan Teknologi.

.

Apakah matlamat FST dalam mendidik para pelajar? 

Fakulti Sains dan Teknologi ditubuhkan untuk a) melahirkan siswazah berilmu Sains dan Teknologi, berpandangan luas dan berdaya saing b) menjana, menyebar dan mengaplikasi ilmu Sains dan Teknologi c) menjana tenaga mahir bagi keperluan negara d) memperluas dan menatar penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu Sains dan Teknologi


Apakah kemudahan asas yang disediakan oleh FST? 
Di dalam memastikan persekitaran kampus yang kondusif dan harmoni, pelbagai kemudahan telah disediakan untuk warga kampus. Pelbagai aktiviti turut diadakan dengan matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang dari aspek fizikal dan mental. Antara kemudahan yang disediakan 


Apakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh FST?
 
UKM kini menawarkan kursus-kursus di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. 

Bahasa penghantar utama yang digunakan di FST?

Bahasa pengantar yang digunakan adalah Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Siapakah yang boleh dihubungi sekiranya ingin berurusan dengan pihak FST?
Dekan
Fakulti Sains dan Teknologi
Tel: 603 89215419    

Laman Web : http://www.ukm.my/fst

E-mel : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it