Portal Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Untuk Paparan Terbaik, Sila Guna Mozilla Firefox Dengan Resolusi 1024x768.

 

Difraktometer Hablur Tunggal Sinar X

 

Pengenalan Instrumen

Difraktometer Hablur Tunggal Sinar-X adalah salah satu instrumen yang dapat menentukan struktur hablur bahan organik atau bukan organik. Kaedah ini dilakukan dengan memancarkan sinar-x pada hablur dan permukaan satah terhablur akan membalikkan sinar-x pada sudut-sudut tertentu. Instrumen jenis model/ jenama ini boleh mengumpul hingga 9999 pembalikan sesuatu hablur. Pengumpulan data mentah adalah menggunakan sistem SMART dan penurunan data menggunakan perisian SAINT. Penyelesaian struktur dilakukan dengan menggunakan kaedah terus, iaitu perisian SHELXTL. Pembetulan serapan di peringkat matriks adalah secara multi-scan dan untuk data keseluruhan adalah melalui program SADABS. Selain itu, penghalusan struktur juga menggunakan perisian SADABS manakala semua hidrogen ditetapkan secara geometri dan boleh juga daripada peta Fourier. Untuk pengiraan dan nilai-nilai yang didapati adalah menggunakan perisian PLATON dan SHELXTL. Penyelesaian struktur molekul adalah berdasarkan panjang ikatan serta ketumpatan atom-atom. Maklumat-maklumat lain yang akan diperolehi melalui analisis ini adalah dimensi unit sel molekul, sistem molekul, sudut ikatan antara atom, inter dan intra molekul hidrogen.

 

Spesifikasi

Model : Smart Apex I

Jenama : Bruker

Tahun : 2001

 

Kegunaan Instrumen

Alat ini digunakan untuk penentuan struktur molekul sesuatu produk atau bahan yang disintesis dalam bentuk hablur tunggal. Ini penting kerana sifat kimia atau fizikal sesuatu bahan sangat bergantung kepada struktur hablur sesuatu bahan. Penentuan awal struktur molekul protein jug adapt ditentukan melalui alat ini.

 

Keadaan Sampel

Sampel mestilah dalam bentuk hablur tunggal dan yang berkualiti serta stabil pada suhu bilik. Sampel dalam bentuk serbuk tidak akan diterima.

 

Tempoh Analisis

1-2 minggu


Kos Analisis

1. Pengguna UKM

Prasiswazah

Sampel pertama tidak dikenakan bayaran. Sampel seterusnya akan dicaj ke geran penyelidikan

Caj Analisis

· RM0.10 setiap pembalikan.

· RM 30.00 untuk penyelesaian setiap struktur

Siswazah

3 sampel pertama tidak dikenakan bayaran. Sampel seterusnya akan dicaj ke geran penyelidikan

Caj Analisis

· RM0.10 setiap pembalikan

· RM 70.00 untuk penyelesaian setiap struktur

· Kos keseluruhan tidak melebihi RM 500.00

2. Badan Kerajaan/ Badan Berkanun  (Luar UKM)

· RM0.10 setiap pembalikan

· RM 80.00 untuk penyelesaian setiap struktur

· Kos keseluruhan tidak melebihi RM 500.00

3. Swasta

· RM0.10 setiap pembalikan

· RM100.00 untuk penyelesaian  setiap struktur

· Kos keseluruhan tidak melebihi RM500.00


 

 

 

Lokasi Instrumen

Makmal SCD,

No. Bilik (2128-2129), Aras 2,

Bangunan Sains Kimia,

Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan

Fakulti Sains dan Teknologi