Portal Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Untuk Paparan Terbaik, Sila Guna Mozilla Firefox Dengan Resolusi 1024x768.

 

Spektroskopi RMN

 

1. Pengenalan Instrumen

Spektroskopi RMN menggunakan sifat magnet yang dinamakan spin, daripada nukleus sesuatu atom. Apabila nukleus ditempatkan dalam medan magnet yang kuat, tenaga dapat dipindahkan ke dalam sistem spin dalam bentuk denyutan radiofrekuensi untuk menukarkan keadaan sistem spin. Selepas denyutan, sistem akan relaks kepada keadaan keseimbangan, lalu mengeluarkan isyarat yang lemah yang dapat direkodkan. Frekuensi denyutan perlulah dalam resonans dengan sistem spin supaya tenaga dapat dipindahkan. Oleh kerana setiap spin nukleus merasakan medan magnet kecil daripada jiran, maka dapatlah dianalisiskan isyarat nukleus tersebut berdasarkan kepada persekitaran atom yang berbeza. Struktur molekul dapat ditentukan daripada isyarat individu ini. Nukleus yang paling peka dalam RMN ialah nukleus atom hidrogen. Nukleus-nukleus magnet lain ialah karbon-13, fluorin-19, fosforus-31 dan nitrogen-15. NMR ialah teknik yang berguna kepada ahli kimia organik,biokimia, bioperubatan dan kimia polimer. Minat di kalangan ahli kimia bukan organik meningkat kerana nukleus seperti selenium, tellurium, boleh digunakan dalam eksperimen RMN. Instrumen Spektrometer FT- NMR Diagram ECP 400 MHz untuk Instrumen Spektrometer FT- NMR



2. Speksifikasi

Jenama : Jeol

Model : ECP 400 MHz (Superkonduktor)

Tahun : 2001



3. Kegunaan Instrumen

Instrumen ini dapat digunakan untuk menentukan struktur bahan organik dan bukan organik secara terperinci melalui atom hidrogen, karbonstanum, nitrogen, fosforus dan flourin. Kaedah terperinci teknik tersebut adalah seperti berikut:

1. RMN1H, 1-dimensi

2. RMN1H, 2-dimensi (COSY, NOESY,TOCSY)

3. RMN13C, 1-dimensi (APT,DEPT)

4. RMN’H-13C 2-dimensi (HMRC, HMBC)

5. Multinukleus – Sn, N, F, P

4. Keadaan Sampel

Sampel pepejal/serbuk yang larut dalam pelarut organik. Sampel mestilah berada dalam keadaan tulen.



5. Tempoh Analisis

2 minggu daripada tarikh diterima.

6. Kos Analisis

Pelajar Prasiswazah

3 sampel pertama - bil akan dibayar oleh Pusat/Fakulti dan selebihnya di charge ke gran penyelidikan.



RMN1H, 1-dimensi

RMN1H, 2-dimensi (COSY, NOESY, TOCSY)

RMN13C, (APT,DEPT)

RMN-13C 2-dimensi, (HMQC, HMRC).

Multinukleus – Sn, N, F, P



Pelajar Siswazah

RMN1H, 1-dimensi

RMN1H, 2-dimensi (COSY, NOESY, TOCSY)

RMN13C, (APT,DEPT)

RMN-13C 2-dimensi, (HMQC, HMRC

Multinukleus – Sn, N, F, P

Sila hubungi Pegawai Sains untuk kos/sampel


7. Catatan

Analisis multinukleus dijalankan pada bulan Mac-Jun-September dan Disember sahaja.



8. Organisasi

Penyelaras

Prof. Datin Dr. Zuriati Zakaria

(Tel. No : 03-89214081)   E-mail : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Pengurus Instrumen

Prof. Madya Dr. Jalifah Latip

(Tel. No : 03-89213875)  E-mail : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Pegawai Sains

Pn. Norfauziana Abd Aziz

(Tel. No : 03-89214081) Fax no : 03-89215410 E-mail : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Pen. Pegawai Sains

En. Amiruddin Abdullah

(Tel. No : 03-89213871)   E-mail : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Pembantu makmal

Pn. Norliza Abu Bakar

(Tel. No :03-89214266)  E-mail :  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

 

9. Laman web

 


10. Lokasi Instrumen

Bilik : Makmal FT NMR G120/G119

Pusat : Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan

Fakulti : Fakulti Sains dan Teknologi



11. Rujukan Utama

1. ATTA-UR-RAHMAN Choudhary, M.I 1996,. Solving Problems with NMR Spectrocopy Academic Press London.

2. HOMANS, S.W. (1990). A Dictionary ofConcept in NMR Oxford Uni. Press Oxford.

3. CROASMUN, W.R.S Carlson, M.K. 2 Dimension NMR Spectrocopy Applications for Chemists and Biochemist, VCH, New York.

4. DEROME, E 1987. Modern NMR Techniques for Chemistry. Pergamon, Oxford.