Portal Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Untuk Paparan Terbaik, Sila Guna Mozilla Firefox Dengan Resolusi 1024x768.

 

Latar Belakang

Fakulti Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970 bermula dengan 5 jabatan, 16 tenaga akademik dan 37 orang pelajar.  Pada tahun 1975, Fakulti Sains Sumber Alam ditubuhkan di Sabah.  Pada tahun 1982, Fakulti Sains diubahsuaikan kepada Fakulti SAins Fizis dan Gunaan, Fakulti Sains Hayat manakala Pusat Pengajian Kuantitatif kepada Fakulti Sains Matematik.  Pada 19 Julai 1999, penggabungan Fakulti Sains Sumber Alam, Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, Fakulti Sains Hayat dan FAkulti Sains Matematik membentuk Fakulti Sains dan Teknologi.

Perstrutukturan semula ini menjadikan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bersedia menerajui penerokaan ilmu yang terkini dan sentiasa diperbatasan ilmu.  Merupakan gabungan dua ilmu, sains tulen dan sains gunaan yang menjana teknologi.  FST juga merupakan entiti ilmu yang mempertahankan ilmu asas.  Seterusnya, FST memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemajuan negara dengan penuh keyakinan melalui program pengajian dan penyelidikan yang ditawarkan.