Portal Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Untuk Paparan Terbaik, Sila Guna Mozilla Firefox Dengan Resolusi 1024x768.

 

Pendahuluan

PENDAHULUAN

Latihan Amali/Industri ini telah berjalan sejak sesi 1996/97 pada peringkat Fakulti selaras dengan hasrat UKM yang ingin menambah kepelbagaian dalam pengalaman pelajar. Setiap pelajar tahun 3, Fakulti Sains dan Teknologi dikehendaki menjalani Latihan Amali/Industri pada masa yang telah ditetapkan Fakulti. Pelajar dikehendaki menjalani latihan selama tiga bulan atau 12 minggu, kecuali bagi pelajar Program Sains Makan dan Pemakanan, dan Program Sains Makanan dan Pengurusan Perniagaan, latihan bagi mereka adalah selama enam bulan. Latihan Amali/Industri adalah peluang yang baik untuk pelajar mengenali alam pekerjaan, organisasi, operasi organisasi, hubungan dan komunikasi pelbagai lapisan sumber manusia dalam organisasi dan banyak lagi perkara-perkara lain yang tidak terdapat di bilik kuliah.