Portal Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Untuk Paparan Terbaik, Sila Guna Mozilla Firefox Dengan Resolusi 1024x768.

 

PUSAT PENGAJIAN BIOSAINS DAN BIOTEKNOLOGI

Untuk maklumat lanjut: http://www.ukm.my/bsbt

Pengenalan
Program pengajian siswazah pusat pengajian ini hanya ditawarkan melalui tesis sahaja. Program ini menekankan penerokaan dan penghayatan keindahan dan kecanggihan alam hidupan dengan pendekatan mutakhir dan memfokus kepada pembangunan sains, teknologi dan industri negara. Program tersebut disokong dengan beberapa kursus untuk memberi asas dan perspektif yang kukuh dan luas dalam biosains terutamanya yang berkaitan dengan projek penyelidikan yang dipilih.

 

Bidang Penyelidikan dan Ijazah yang Ditawarkan

Pusat pengajian menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang utama biosains. Di antaranya termasuklah: Struktur dan Fungsi Gen, Genomik dan Bioinformatik, Biologi Struktur, Sains Tumbuhan, Bioteknologi Tumbuhan, Interaksi Mikrob-Tumbuhan, Biologi Perkembangan, Transduksi Isyarat, Biologi Sebatian Semulajadi dan Teknologi Fermentasi. Setiap bidang penyelidikan  menjana pengetahuan dan teknologi baru yang disasarkan kepada pembangunan bioteknologi moden yang berteraskan bioinformatik, kejuruteraan gen dan teknologi transgenik.


Program/Ijazah yang DitawarkanBentuk Pengajian
Doktor Falsafah (Biokimia) Tesis
Doktor Falsafah (Botani) Tesis
Doktor Falsafah (Genetik) Tesis
Doktor Falsafah (Mikrobiologi) Tesis
Doktor Falsafah (Zoologi) Tesis
Sarjana Sains (Biokimia) Tesis
Sarjana Sains (Biologi Molekul) Tesis
Sarjana Sains (Bioteknologi Tumbuhan) Tesis
Sarjana Sains (Sains Haiwan) Tesis
Sarjana Sains (Mikrobiologi) Tesis
Sarjana Sains (Sains Tumbuhan) Tesis

Syarat Kemasukan
Calon yang memohon untuk mengikuti Program Pengajian Siswazah mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

Program Doktor Falsafah

 

a) Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
atau

b) Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjana Sains dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat;
atau

c) Sedang mengikuti program Sarjana Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti berkenaan untuk menukar status kepada Program Doktor Falsafah dengan kelulusan Senat;
atau

d) Ijazah Sarjanamuda Sains atau kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.67 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.

 

Program Sarjana Sains

a) Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia  atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
atau

b) Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi atau ijazah yang setaraf dengannya dari mana-mana institusi-institusi yang diiktiraf oleh Senat;
atau

c) Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda Sains dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat;
atau

d) Calon yang tidak memenuhi syarat PNGK minimum yang ditetapkan boleh dipertimbangkan dengan syarat calon mempunyai pengalaman penyelidikan dalam bidang berkaitan.

 

Pegawai yang boleh dihubungi:

Pengerusi
Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
MALAYSIA

Telefon   603-89215951
Fax  603-89255698
E-mail  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it