Portal Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Untuk Paparan Terbaik, Sila Guna Mozilla Firefox Dengan Resolusi 1024x768.

 

PUSAT PENGAJIAN FIZIK GUNAAN

Untuk maklumat lanjut: http://www.ukm.my/ppfg

Pengenalan

Pusat Pengajian Fizik Gunaan (PPFG) berusaha mempelopori penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang-bidang tujahan yang terpilih dan menawarkan pogram pengajian lanjutan di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. Ilmu fizik adalah asas kepada teknologi moden. Program pengajian siswazah peringkat Doktor Falsafah ditawarkan melalui tesis sementara peringkat Sarjana ditawarkan melalui tesis dan kerja kursus. Program Sarjana melalui tesis disokong dengan beberapa kerja kursus bagi menyediakan asas yang kukuh kepada calon sebelum menjalankan penyelidikan. Program Sarjana dengan kerja kursus pula akan mewajibkan calon menjalankan satu projek penyelidikan yang pendek dan berfokus. Program Pengajian lanjutan di peringkat sarjana dijalankan secara sepenuh masa dan separuh masa kecuali Program Sarjana Fizik Gunaan.

Bidang Penyelidikan dan Ijazah yang Ditawarkan
Pusat Pengajian menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang di antaranya ialah Fizik Angkasa, Filem Nipis, Fizik Matematik, Pendidikan Fizik, Fizik Perubatan, Perubatan Nuklear, Ionik Keadaan Pepejal, Kakisan, Karbon Termaju, Bahan Komposit, Magnet, Pencemaran, Seramik, Superkonduktor Suhu Tinggi, Nanoteknologi, Biobahan, Teknologi Bio-polimer Komposit, Teknologi Polimer, Teknologi Pulpa dan Kertas, Tenaga Keterbaharuan, Teknologi Terma Suria, Teknologi Fotovolta, Ujian Tanpa Musnah, Pencecairan Kayu, Kimia Kayu, Komposit Kayu dan Hasil Panel.
Ijazah yang dikurniakan adalah Doktor Falsafah dan Sarjana Sains seperti berikut:-

Program/Ijazah yang DitawarkanBentuk Pengajian
Doktor Falsafah (Fizik) Tesis
Doktor Falsafah (Sains Bahan) Tesis
Doktor Falsafah (Sains Nuklear)
Tesis
Doktor Falsafah (Pengurusan Keselamatan Industri)
Tesis
Sarjana Sains (Fizik)
Tesis
Sarjana Sains (Sains Bahan)
Tesis
Sarjana Sains (Sains Nuklear)
Tesis
Sarjana Sains (Fizik Gunaan)
Kerja Kursus
Sarjana Sains (Teknologi Tenaga)
Kerja Kursus
Sarjana Sains (Keselamatan Sinaran dan Nuklear)
Kerja Kursus

Syarat Kemasukan
Calon yang memohon untuk mengikuti Program Pengajian Siswazah mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

Program Doktor Falsafah

a) Ijazah Sarjana Sains dalam bidang sains matematik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau

b) Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Sains atau kelayakan lain seperti pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) Sedang mengikuti program Sarjana Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan keputusan yang memuaskan dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk menukar status kepada Program Doktor Falsafah dengan kelulusan fakulti; atau

d) Ijazah Sarjanamuda Sains atau kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.67 daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.

e) Kelulusan lain setaraf dengan Ijazah Sarjana dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat.

 

Program Sarjana Sains

a) Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperolehi Purata Nilai Gred (PNGK) yang  baik dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian yang diiktiraf oleh senat; atau

b) Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman  dan berkerja dalam bidang yang relevan yang diiktiraf oleh Senat.

c) Ijazah Sarjanamuda dalam bidang sains, teknologi dan perubatan atau ijazah Sarjanamuda dalam bidang sains sosial daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat serta pengalaman bekerja yang bersesuaian.

 

Pegawai yang boleh dihubungi:

Pengerusi
Pusat Pengajian Fizik Gunaan
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
MALAYSIA

Telefon  603-89215880
Fax 603-89213777
E-mail  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it