Portal Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Untuk Paparan Terbaik, Sila Guna Mozilla Firefox Dengan Resolusi 1024x768.

 

PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK

PUSAT PENGAJIAN SAINS MATEMATIK

Untuk maklumat lanjut : Ijazah ditawarkan di PPSM

atau http://www.ukm.my/ppsmfst

Pengenalan

Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) bermula dengan tertubuhnya Jabatan Matematik pada tahun 1970, seiring dengan penubuhan UKM. Pada tahun 1978, Unit Statistik dan Sains Komputer diwujudkan dalam Jabatan Matematik. Pada tahun 1982, Jabatan Matematik dinaikkan taraf menjadi sebuah fakulti yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Kuantitatif (PPK) yang terdiri daripada Jabatan Matematik, Jabatan Statistik dan Jabatan Sains Komputer. Seterusnya pada tahun 1991, PPK menukar nama kepada Fakulti Sains Matematik dan Komputer (FSMK). Pada tahun 1994 pula FSMK berkembang menjadi dua fakulti, iaitu Fakulti Sains Matematik (FSM) dan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM). Pada tahun 1996, FSM menubuhkan Pusat Peningkatan Kualiti dan Produktiviti bagi mempromosi sains matematik kepada pihak luar. Pada 19 Julai 1999, FSM menjadi Pusat Pengajian Sains Matematik (PPSM) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi. Penubuhan PPSM mengintegrasi ilmu pengetahuan dalam beberapa bidang utama sains matematik seperti Matematik, Statistik, Sains Aktuari serta Peningkatan Kualiti dan Produktiviti.

Bidang Penyelidikan dan Ijazah yang Ditawarkan
Pusat Pengajian Sains Matematik menjalankan penyelidikan dalam berbagai bidang kajian seperti Aljabar, Analisis Kompleks, Teori Kumpulan, Matematik Kabur, Mekanik Bendalir, Sistem Dinamik, Kaedah Berangka, Matematik Komputasian, Pemodelan Bermatematik, Biomekanik, Pengoptimuman, Etnomatematik, Sejarah dan Falsafah Sains Matematik, Matematik Pengurusan, Matematik Kewangan, Pemodelan Aktuari, Pemodelan Multi-aras, Pemodelan Berstatistik, Statistik Perubatan, Statistik Sosial, Kajian Lalulintas, Peramalan dan Pemodelan Siri Masa, Proses Stokastik, Teknik Pensampelan, Pemprosesan Imej, Pengurusan Kualiti Menyeluruh, Kawalan Proses dan Peningkatan Kualiti, dan Pengukuran Produktiviti.

Program/Ijazah yang DitawarkanBentuk Pengajian
Doktor Falsafah (Matematik)
Tesis
Doktor Falsafah (Statistik) Tesis
Doktor Falsafah (Peningkatan Kualiti dan Produktiviti) Tesis
Sarjana Sains (Matematik) Tesis/Kerja Kursus
Sarjana Sains (Statistik)
Tesis/Kerja Kursus
Sarjana Sains (Peningkatan Kualiti dan Produktiviti)
Kerja Kursus

Syarat Kemasukan
Calon yang ingin memohon mengikuti program-program tersebut di Pusat Pengajian Sains Matematik mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

Doktor Falsafah

a) Ijazah Sarjana Sains dalam bidang sains matematik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana universiti lain yang diiktiraf oleh Senat; atau

b) Kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjana Sains atau kelayakan lain seperti pengalaman yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) Sedang mengikuti program Sarjana Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan keputusan yang memuaskan dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti untuk menukar status kepada Program Doktor Falsafah dengan kelulusan fakulti; atau

d) Ijazah Sarjanamuda Sains atau kelulusan lain yang setaraf dengan Ijazah Sarjanamuda dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.67 daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.

Sarjana Sains

a) Ijazah Sarjanamuda Sains dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik dalam bidang sains matematik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau

b) Ijazah Sarjanamuda dengan PNGK yang baik dalam bidang sains, teknologi dan perubatan atau ijazah Sarjanamuda dalam bidang sains sosial daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; atau

c) Ijazah Sarjanamuda dalam bidang sains, teknologi dan perubatan atau ijazah Sarjanamuda dalam bidang sains sosial daripada Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat serta pengalaman bekerja yang bersesuaian.

 

 

 

 

 

Pegawai yang boleh dihubungi:

Pengerusi
Pusat Pengajian Matematik
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
MALAYSIA

Telefon  603 89215712/5714
Fax 03 89254519
E-mail:  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it