Portal Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Untuk Paparan Terbaik, Sila Guna Mozilla Firefox Dengan Resolusi 1024x768.

 

Makluman Umum

PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

 

Fakulti Sains dan Teknologi (FST) Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan dengan rasminya pada 19 Julai 1999 selepas distruktur semula fakulti-fakulti Gugusan Sains di UKM iaitu  Fakulti Sains Hayat, Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, Fakulti Sains Matematik dan Fakulti Sains Sumber Alam. FST sentiasa menekankan kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan, dan khidmat masyarakat. FST juga menggalakkan penyelidikan yang bercorak multidisiplin dan inovatif dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan dalam dan luar negeri. Program pengajian ditawarkan mengikut kepakaran yang terdapat di lima buah Pusat Pengajian di Fakulti Sains dan Teknologi seperti berikut:

Pusat Pengajian BioSains Dan Bioteknologi
Pusat Pengajian Fizik Gunaan
Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan
Pusat Pengajian Sains Matematik
Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PENGAJIAN SISWAZAH FST

  • Menyediakan bakal pemimpin dan penyelidik untuk negara.
  • Menggalakkan dan mengembangkan budaya penyelidikan dalam bidang sains asas dan gunaan.
  • Memberi peluang kepada pelajar siswazah menjalankan penyelidikan secara bersendirian serta mendapatkan pengajaran dan penyeliaan yang terbaik.
  • Membina kepimpinan yang berkualiti dalam usaha mencari ilmu dalam bidang sains dan teknologi serta meningkatkan kemahiran analisis kritisan.
  • Menyediakan dan menitikberatkan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat.


 

Pegawai yang boleh dihubungi:

Dekan
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
MALAYSIA

Telefon 603 89215419
Faks 603 89256026
E-mel  This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it