Portal Rasmi Fakulti Sains dan Teknologi, UKM

Untuk Paparan Terbaik, Sila Guna Mozilla Firefox Dengan Resolusi 1024x768.

 

Maklumat Prasiswazah

 

Program Pengajian Fakulti

Program yang ditawarkan merujuk kepada Pusat Pengajian mengikut struktur program masing-masing khususnya keperluan unit mengikut komponen.

Struktur Program

Struktur program disusun selari dengan wawasan negara dan universiti serta berpadanan dengan tren global. Secara am komponen kurikulum dibahagikan kepada 3 iaitu

(i) kursus program,

(ii) keperluan teknikal dan pilihan bebas serta

(iii) kursus universiti.

Sebagai sebuah fakulti, semua pusat mengamalkan struktur komponen yang sama seperti di bawah:

1.0 Kursus Program

Kursus Program adalah kursus-kursus yang wajib diambil dalam sesuatu program. Ia merangkumi Kursus Wajib Fakulti, Wajib Pusat Pengajian dan Wajib Major.Jumlah unit kursus program tertakluk kepada program masing-masing. Untuk tujuan pendaftaran kursus sila rujuk kepada struktur program dalam program yang berkenaan.

1.1 Kursus Wajib Fakulti (WF)

Pelajar wajib lulus 4 unit kursus Bahasa Inggeris yang disediakan khas untuk pelajar fakulti.

1.2 Kursus Wajib Pusat Pengajian (WP)

Pelajar wajib lulus kursus yang disenaraikan oleh Pusat Pengajian masing-masing.

1.3 Kursus Wajib Major (WM)

Pelajar wajib lulus semua kursus yang disenaraikan.

2.0 Kursus Keperluan Teknikal dan Pilihan Bebas

Kursus Keperluan Teknikal dan Pilihan Bebas adalah kursus yang dikendalikan oleh Fakulti, Pusat Pengajian lain dalam fakulti dan fakulti lain daripada fakulti gugusan sains termasuk Pusat Pengajian Umum.

2.1 Kursus Keperluan Teknikal (WT)

Kursus WT adalah kursus yang perlu diambil oleh semua pelajar mengikut kehendak program masing-masing.

2.2 Kursus Pusat Pengajian lain di FST(LP)

Kursus LP adalah kursus yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian lain dalam FST seperti yang disenaraikan dalam program masing-masing. Kandungan kursus ini tidak boleh sepunya dengan kursus yang telah diambil di pusat pengajian masing-masing.

2.3 Kursus Pilihan Bebas Sains Sosial (PB)

Kursus pilihan bebas Sains Sosial adalah kursus yang ditawarkan oleh fakulti lain selain daripada fakulti gugusan sains (Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Kejuruteraan) dan Pusat Pengajian Umum.Kursus-kursus STQP1513 (Asas Ekonomi I), STQP1523 (Asas Ekonomi II) dan STQP2513 (Pengenalan Pengurusan Perniagaan) daripada Pusat Pengajian Sains Matematik, FST boleh diambil sebagai Kursus Pilihan Bebas Sains Sosial (PB).Pendaftaran kursus mungkin tertakluk kepada prasyarat untuk kursus berkenaan.

Untuk kursus bahasa asing, pelajar tidak dibenarkan mengambil dua kursus peringkat asas sebagai kursus PB.

Kursus Universiti

Pelajar wajib lulus 12 unit Kursus Universiti yang terdiri daripada:

4 unit kursus umum U1 (Penghayatan Nilai-Nilai Mulia dan Sejarah)

3 unit kursus umum U2 (Kemahiran Berfikir dan Berorganisasi)

3 unit kursus umum U3 (Keluasan Ilmu Pengetahuan)

2 unit kursus umum UC (Ko-kurikulum)

Pelajar hendaklah mendaftar kod U1, U2 dan U3 seperti disenaraikan dan kod tidak boleh ditukar ganti. Sila rujuk senarai kursus dalam buku panduan atau seperti yang disenaraikan oleh Pusat Pengajian Umum (PPU) dan Pusat Ko-kurikulum.

Terdapat juga beberapa kursus yang dikendalikan oleh fakulti dengan kod STPD yang diiktiraf setara dengan beberapa kursus PPU dan boleh diambil sebagai ganti dengan persetujuan Pengerusi Pusat Pengajian.

Kod Kursus

Setiap kursus diberi kod yang terdiri daripada empat huruf diikuti dengan empat nombor seperti contoh berikut:

STXY1023:

ST menunjukkan bahawa ini adalah kursus Fakulti Sains dan Teknologi

X atau abjad ketiga adalah kursus Pusat Pengajian atau Fakulti jika guna abjad P.

Y atau abjad keempat adalah kursus Program atau kursus Pusat Pengajian jika guna

abjad P atau Fakulti jika guna abjad D.

Kod X (abjad ketiga) untuk Pusat Pengajian (PP) adalah seperti berikut:-

A: Sains Sekitaran dan Sumber Alam

B: Biosains dan Bioteknologi

K: Sains Kimia dan Teknologi Makanan

S: Fizik Gunaan

Q: Sains Matematik

Kod Y (abjad keempat) untuk Program Pengajian

PP Sains Sekitaran dan Sumber Alam:-

B: Biologi; E: Sains Sekitaran; G: Geologi; L: Sains Laut

PP Biosains dan Bioteknologi:-

C: Bioinformatik; G: Genetik; K: Biokimia; M: Mikrobiologi;

T: Bioteknologi Tumbuhan; Z: Zoologi

PP Sains Kimia dan Teknologi Makanan:-

K: Kimia; M: Sains Makanan dan Pemakanan; O: Oleokimia; T: Teknologi Kimia

PP Fizik Gunaan:-

B: Sains Bahan; F: Fizik; N: Sains Nuklear

PP Sains Matematik:-

A: Aktuari; M: Matematik; S: Stastitik

Angka* 1 adalah nombor bagi peringkat pengajian (1: untuk tahun satu)

0 adalah angka menunjukkan taraf kursus (wajib atau pilihan) - angka genap

wajib dan ganjil pilihan.

2 adalah angka menunjukkan semester kursus ditawarkan

3 adalah bilangan unit bagi kursus itu

Sebagai contoh:

STPD : Kursus Fakulti

STBP : Kursus PP Biosains dan Bioteknologi

STKP : Kursus PP Sains Kimia dan Teknologi Makanan

STAL : Kursus Program Sains Laut daripada PP Sains Sekitaran dan Sumber Alam

STQM : Kursus Program Matematik daripada PP Sains Matematik

STSF : Kursus Program Fizik daripada PP Fizik Gunaan

*Angka yang perlu diberi perhatian hanyalah yang pertama dan akhir. Bagi angka kedua dan ketiga tidak begitu penting sebab satu kursus mungkin wajib bagi program tertentu tetapi pilihan bagi program lain. Begitu juga dengan angka ketiga, kerana sebahagian besar kursus terutama peringkat 1000 (tahun satu) dan 2000 (tahun dua) ditawarkan pada setiap semester.

Takrif Unit

Takrif 1 unit kursus adalah seperti berikut:

1 unit kredit 1 jam pertemuan setiap minggu selama 14** minggu.

atau

1 - 1 1/2 jam amali setiap minggu selama 14** minggu

Kerjalapangan/Latihan Ilmiah/Latihan Industri/Amali -nilai unit adalah seperti

yang ditetapkan oleh Pusat Pengajian masing-masing.

**Bilangan minimum kuliah/amali ialah selama 13 minggu.

Prasyarat Kursus

Beberapa kursus mengenakan prasyarat sebelum ia boleh diikuti. Pelajar perlu mengikuti kursus prasyarat yang dikehendaki dengan pencapaian yang disyaratkan sebelum mendaftar kursus yang berkenaan.

Peraturan dan Penilaian

Sila rujuk peraturan fakulti/universiti seperti terkandung di bahagian akhir buku ini di bawah tajuk peraturan-peraturan penilaian dan peraturan-peraturan lain berkenaan syarat-syarat kelayakan masuk dan pendaftaran pengajian Sarjanamuda Sains dengan Kepujian Fakulti Sains dan Teknologi.

Ijazah Yang Dikurniakan

 

PUSAT PENGAJIAN

PROGRAM

IJAZAH DIKURNIAKAN

Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi

Untuk maklumat lanjut: http://www.ukm.my/bsbt

Bioinformatik

Sarjanamuda Sains dengan kepujian(Bioinformatik)

Biokimia

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Biokimia)

Bioteknologi Tumbuhan

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Bioteknologi Tumbuhan)

Bioteknologi dengan Pengurusan

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Bioteknologi dengan Pengurusan)

Genetik

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Genetik)

Mikrobiologi

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Mikrobiologi)

Zoologi

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Zoologi)

PUSAT PENGAJIAN

PROGRAM

IJAZAH DIKURNIAKAN

Pusat Pengajian Fizik Gunaan

Untuk maklumat lanjut:

http://www.ukm.my/ppfg

Fizik

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Fizik)

Sains Bahan

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Sains Bahan)

Sains Nuklear

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Sains Nuklear)

PUSAT PENGAJIAN

PROGRAM

IJAZAH DIKURNIAKAN

Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan

Untuk maklumat lanjut:

http://www.ukm.my/kimia

Kimia

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Kimia)

Oleokimia

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Oleokimia)

Teknologi Kimia

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Teknologi Kimia)

Sains Makanan dan Pemakanan

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Sains Makanan dan Pemakanan)

Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Sains Makanan dengan Pengurusan Perniagaan)

PUSAT PENGAJIAN

PROGRAM

IJAZAH DIKURNIAKAN

Pusat Pengajian Sains Matematik

Untuk maklumat lanjut:

http://www.ukm.my/ppsmfst

Matematik

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Matematik)

Statistik

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Statistik)

Sains Aktuari

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Sains Aktuari)

PROGRAM

IJAZAH DIKURNIAKAN

Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam

Untuk maklumat lanjut:

http://www.ukm.my/ppsssa

Biologi

Genetik

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Genetik)

Haiwan

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Haiwan)

Tumbuhan

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Tumbuhan)

Geologi

Geologi Tulen

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Geologi Tulen)

Geologi Petroleum

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Geologi Petroleum)

Geologi Perlombongan

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Geologi Perlombongan)

Geologi Kejuruteraan

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Geologi Kejuruteraan)

Geologi Kuaterner

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Geologi Kuaterner)

Geologi Sekitaran

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Geologi Sekitaran)

Geologi Pelancongan

Sarjanamuda Sains den gan Kepujian(Geologi Pelancongan)

Sains Laut

Biologi Marin

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Biologi Marin)

Oseanografi

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Oseanografi)

Sains Sekitaran

Biologi Sekitaran

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Biologi Sekitaran)

Geosains Sekitaran

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Geosains Sekitaran)

Kesihatan Sekitaran

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Kesihatan Sekitaran)

Kimia Sekitaran

Sarjanamuda Sains dengan Kepujian(Kimia Sekitaran)

 

Program Ditawarkan

Sila rujuk di Pusat Pengajian