Articles

Pusat Pengajian Kimia dan Teknologi Makanan

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.ukm.my/ppsktm/

Pengenalan

Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan menawarkan program secara tesis dan kerja tesis bagi melatih lebih ramai saintis yang mampu menjalankan penyelidikan asas dan gunaan dalam usaha untuk menjadikan UKM sebagai sebuah universiti penyelidikan. Program Sarjana melalui tesis disokong dengan beberapa kerja kursus bagi menyediakan asas yang kukuh kepada calon sebelum menjalankan penyelidikan.  Program Sarjana dengan kerja kursus pula akan mewajibkan calon menjalankan satu projek penyelidikan yang pendek dan berfokus. Program Pengajian lanjutan di peringkat sarjana dijalankan secara sepenuh dan separuh masa.

Bidang Penyelidikan dan Ijazah yang Ditawarkan
Pusat Pengajian menjalankan penyelidikan dalam bidang-bidang di antaranya ialah Analisis dan Kimia Makanan, Bahan Perisa, Biopolimer boleh dimakan, Fitokimia dan Aditif Makanan lain, Ingredien Makanan, Penerimaan Makanan, Kederiaan Makanan, Keselamatan Makanan dan Kualiti, Mikrobiologi Makanan dan Fermentasi, Pemakanan Komuniti, Pemprosesan Makanan, Bahan Bukan Organik, Getah Asli Cecair, Kimia Koloid, Pemangkinan, Persekitaran, Sebatian Semulajadi daripada Tumbuhan, Teori dan Simulasi. Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan menawarkan  program pengajian siswazah dalam bidang-bidang mengikut jenis pengajian  berikut:

Program/Ijazah yang Ditawarkan Bentuk Pengajian
Doktor Falsafah (Kimia) Tesis
Doktor Falsafah (Pemakanan) Tesis
Doktor Falsafah (Sains Makanan) Tesis
Sarjana Sains (Kimia) Tesis/Kerja Kursus
Sarjana Sains (Pemakanan) Tesis/Kerja Kursus
Sarjana Sains (Sains Makanan) Tesis/Kerja Kursus

Syarat Kemasukan
Calon yang memohon untuk mengikuti Program Pengajian Siswazah mestilah mempunyai kelayakan seperti berikut:

 

 

Program Doktor Falsafah

a) Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat;
atau

b) Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjana Sains dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat;
atau

c) Sedang mengikuti program Sarjana Sains di Universiti Kebangsaan Malaysia dan diperakukan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah Fakulti berkenaan untuk menukar status kepada Program Doktor Falsafah dengan kelulusan Senat;
atau

d) Ijazah Sarjanamuda Sains atau kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.67 dari Universiti Kebangsaan Malaysia atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat.

Program Sarjana Sains

a) Ijazah Sarjanamuda Sains dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang baik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia  atau mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Senat; 
atau

b) Kelulusan lain yang setaraf dengan ijazah Sarjanamuda Sains dan mempunyai kelayakan lain atau pengalaman yang diiktiraf oleh Senat;
atau

c) Calon yang tidak memenuhi syarat PNGK minimum yang ditetapkan boleh dipertimbangkan dengan syarat calon mempunyai pengalaman penyelidikan dalam bidang berkaitan.

 

 

 

Pegawai yang boleh dihubungi:

Pengerusi
Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan
Fakulti Sains dan Teknologi
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
MALAYSIA

Telefon  603 89215412
Fax  603 89215410
E-mail  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Scroll to top