Jurnal Hadhari - An International Journal
Sila Lawat Laman Jurnal Hadhari Di Sini (http://www.ukm.my/jhadhari)
Majlis Pelancaran Jurnal Hadhari Keluaran Khas telah dilancarkan pada 25 Oktober 2008 oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi , Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Mulai tahun 2009, Jurnal Hadhari diterbitkan sebanyak 2 keluaran setahun dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jurnal ini diusahakan untuk diindeks dan menjadi wahana antarabangsa untuk membincangkan isu-isu ketamadunan insan. Jurnal ini memuatkan rencana ilmiah dalam penyelidikan dan kegiatan ilmiah dalam bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Fokus utama penulisan rencana dalam Jurnal Hadhari adalah berkaitan perkara berikut:
- Memperkukuhkan gagasan pendekatan Islam Hadhari.
- Membicarakan tentang proses pembinaan tamadun menurut pendekatan Islam.
- Perbincangan yang tertumpu kepada 10 prinsip pendekatan Islam Hadhari.
Keutamaan diberikan kepada makalah yang memenuhi skop utama jurnal dan memberi dampak kepada bidang penyelidikan yang diterajui di Institut Islam Hadhari. Manuskrip yang dihantar mestilah merupakan sumbangan asli dan belum pernah diterbitkan atau sedang dipertimbangkan untuk penerbitan oleh mana-mana jurnal lain.
Segala surat menyurat mengenai makalah serta perkara yang berkaitan hendaklah dialamatkan kepada:
Ketua Editor
JURNAL HADHARI
Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi,
Selangor, Malaysia.
Emel: pghiih[at]ukm.my
Tel: +603-8921 6988/ 6995
Faks: +603-8921 6990