((Pix:- Louis Lumiere.)) ((Pix:- Auguste Lumiere.)) AUGUSTE dan Louis Lumiere dari Perancis berjaya mencipta kamera wayang gambar pertama serta projektor yang dipanggil Cinematographe (perkataan cinema diambil dari nama kamera dan projektor itu). Mereka juga menjadi pengeluar pertama peralatan fotografi. Anak seorang tukang cat, dua beradik itu menunjukkan kepintaran dalam pelajaran sains ketika bersekolah di Lyon dan akhirnya menjadi jurugambar. Dalam usia 18 tahun, Louis memperolehi kejayaan besar melalui bantuan ayahnya, apabila berjaya membuka kilang yang menghasilkan kepingan besi nipis untuk fotografi. Menjelang 1894, keluarga Lumiere berjaya menghasilkan 15 juta kepingan besi nipis fotografi setahun. Pada tahun itu juga, ayah mereka, Antoine dijemput menghadiri pameran Kine to scope oleh Thomas Edison di Paris. Penjelasan Antoine mengenai mesin peninjau dalam pameran Thomas Edison membuatkan Louis dan Auguste berminat untuk mencipta sesuatu mengenai kombinasi animasi dan projeksi. Akhirnya mereka berjaya menghasilkan filem pertama bertajuk `Meninggalkan Kilang Lumiere' pada 1895 yang ditayangkan di Paris dan adalah filem pertama ditayangkan. Pertunjukan yang diadakan di Grand Cafe, Paris itu mendapat sambutan hangat orang banyak dan secara langsung menandakan permulaan sejarah perfileman. Peralatan Lumiere terdiri daripada kamera yang boleh digunakan untuk kegunaan fotografi dan keupayaan penayangan 16 frame sesaat. Filem keluaran mereka kebanyakannya menceritakan kehidupan seharian rakyat Perancis seperti ketibaan keretapi, bermain daun terup, tukang besi, askar berbaris dan kegiatan yang berlaku di jalan raya. Sepanjang 1896 mereka berjaya menghasilkan lebih 40 filem. ((Pix:- (Organizer bimbit).)) ORGANIZER bimbit ini (gambar) sesuai untuk mereka yang sering bertugas di luar dan terpaksa berhubungan dengan pejabat. Ia dilengkapi keupayaan helaian dan pemproses perkataan, selain rakaman suara digital. Bagi mengatasi masalah kesesakan fail bertimbun sehingga menjejas operasi, maka simpanan failnya boleh dikurangkan dengan menghantar ke komputer meja menerusi talian telefon. Ia dijual pada harga AS500 (kira-kira RM1,250) dan operasinya tahan dua bulan dengan menggunakan dua biji bateri jenis AA. Keistimewaan ketara Pengurus Maklumat Peribadi jenis Psion Series 3a ini ialah keupayaannya memaklumkan segala temu janji dan perancangan yang sudah dimasukkan menerusi pesanan bersuara. Paling penting, ia boleh dimuatkan dalam poket dan dengan itu mudah dibawa ke mana saja. ((Pix:- PS/1 keluaran IBM berupaya memberi peringatan kepada pengguna melalui rapid resume.)) IBM dan Apple memperkenalkan komputer peribadi (PC) baru yang mampu berfungsi dengan pantas, murah dan mudah dikendalikan, dikenali sebagai PS/1 dan Macintosh Performa 550. PS/1, model terbaru IBM dicipta dengan 486 cip, termasuk MS-DOS, tetingkap dan Kerja Microsoft untuk tetingkap yang sedia dimuatkan dalam pemacu cakera liutnya. Ciri terbaru dalam PS/1 ialah pengenalan perisian rapid resume yang bertindak mengingatkan pengguna melalui kedudukan tetingkap supaya setiap kali menggunakan PC itu, pengguna dapat mengambil semula bahagian yang ditinggalkan tadi untuk menyambung tugas. Perisian itu mampu membuat panggilan melalui talian Prodigy dan America Online dalam jenis separa muat manakala modemnya adalah jenis biasa. Ia berharga di antara AS$999 (kira-kira RM2,800) dan AS$2,399 (kira-kira RM6,700). Sementara itu, model terbaru Apple ialah Macintosh Performa 550 yang dimuatkan dengan pelbagai ciri dalam satu PC saja, antaranya pemacu CD- ROM, sistem bunyian stereo, pembesar suara dan monitor Sony Trinitron. Ia berharga AS$2,000 (kira-kira RM5,600). Ciri pada Performa 550 itu lebih canggih berbanding model Performa 460 dan Performa 470 yang dijual dengan harga di antara AS$1,299 (kira-kira RM3,600) dan AS$1,799 (kira-kira RM5,000). Apa pun kesamaan kedua-dua model itu ialah menggunakan cip pantas jenis Motorola 68030 dan 68040. PS/1 dan Performa 550 juga mempunyai modem fax dan data serta sejumlah besar tata susunan perisian separa muat. KEADAAN monitor komputer peribadi juga penting bagi memastikan ia sentiasa berfungsi baik. Sehubungan dengan itu, monitor hendaklah diberi penjagaan. Monitor PC kebiasaannya mengeluarkan cahaya dan memantulkan aliran elektrik ke atas barisan fosforos skrin monitor itu yang boleh menyebabkan fosforos kehausan. Apabila fosforos haus, paparan yang tertera pada monitor PC akan menjadi kabur. Bagi memanjangkan jangka hayat monitor, hendaklah sentiasa dikawal kadar terang pada monitor serendah mungkin. Selain itu, jangka hayat monitor dapat dikekalkan dengan tidak membiasakan meletak kertas atau plastik di atas monitor PC kerana itu akan menyebabkan monitor menjadi cepat panas. ((Pix:- Microsoft Works menggunakan OLE 2.0 membolehkan anda mengheret dan memanfaat objek helaian.)) ((Pix:- Panduan kerja ... pelbagai alat bantuan turut disertakan pada Microsoft Works seperti cue cards.)) TETINGKAP Microsoft Works versi 3.0 bukan saja berkuasa tinggi dalam pasaran perisian bersepadu (integrated software), malah berupaya memberikan kesepaduan di antara alat dan kemudahan beroperasi. Fungsi Microsoft Works lebih sebagai pembentuk dokumen berbanding untuk mempertingkatkan produktiviti. Empat modulnya, iaitu pemprosesan perkataan, helaian (spreadsheet), pangkalan data flat-file dan alat komunikasi terbaru, disertakan nombor serta perkataan yang bertugas secara berasingan sebelum digabungkan menjadi satu laporan jitu. Dengan menggunakan Microsoft OLE (Object Linking & Embedding) 2.0, aplikasi Microsoft Office membolehkan anda memanfaatkan elemen Microsoft Works antara tetingkap, sebelum klik berganda atas objek dapat menunjukkan set menu yang sesuai untuk proses penyuntingan segera. Ciri lain perisian itu ialah memudahkan peralihan data di antara Microsoft Works dan Aplikasi Microsoft. Semua peralatan yang disertakan pada Microsoft Works boleh dimanfaatkan secara menyeluruh. Turut disertakan ialah Kad Global (Global Card) yang menyediakan bantuan kerja secara berperingkat. Jika anda meluaskan fungsi Microsoft Works atau menggunakan barangan seperti Microsoft Words dan Microsoft Excel di pejabat, anda boleh menyelamatkan sesuatu dokumen dengan mudah dalam setiap format aplikasi, termasuk tetingkap perkataan versi 2.0 dan 6.0, Excel 4.0 dan 5.0 dan Wordperfect 5.X. Versi 3.0 Microsoft Works bukan saja mewakili keupayaan membaik pulih format untuk tiga modul utama Microsoft Works, tapi ciri yang ditampilkan boleh disesuaikan dengan persekitaran kerja semasa. Malah fungsi pemprosesan perkataan yang membenarkan pembentukan pelbagai kolum, membolehkan ia bertindak sebagai satu sistem reka letak asas. Ciri tambahan lain termasuk kemudahan footnote wizard, yang memasukkan barisan nama helaian sebagai sebuah jadual dan kotak dialog setempat bagi tujuan menggerakkan label mel dan sampul. Gabungan mel juga boleh dilakukan dengan mudah dalam Microsoft Works 2.0 dan dipelbagaikan, sama ada menggunakan wizard untuk membolehkan pembentukan gabungan pangkalan data atau mengambil maklumat terus daripada pangkalan data Microsoft Profit. Sementara itu, pembentukan carta boleh dilakukan dengan cepat dan membolehkan anda mengubah haluan siri data (ke bawah atau melintang) dengan menggunakan satu klik saja. Ia disertakan lebih 70 fungsi yang memungkinkan alat itu mempunyai cukup kekuatan sebagai pakej bersepadu. Alat pada pangkalan data menunjukkan format besar. Anda boleh membentuk reka letak dengan cara mengheret bidang tertentu atas skrin dan ia akan menghasilkan pelbagai fonts serta warna. Satu lagi ciri terbaru dalam Microsoft Works 3.0 adalah alat komunikasi tetingkap kerja yang mudah dibuka dan digunakan serta pantas. Harga tawaran ialah AS$199 (kira-kira RM537) dan memerlukan megabit (MB) Ingatan Capaian Rawak (Random Access Memory) di antara 4 MB dan 5 MB ruang cakera keras serta tetingkap Microsoft 3.1. Ia terkenal sebagai perisian bersepadu melalui penambahan modul komunikasi dengan gabungan Microsoft OLE 2.0. ((No: Graphics (Art) - Sistem rawat bahan buangan.)) SEKUMPULAN penuntut Universiti Cornell berjaya mencipta kemudahan merawat bahan buangan yang bebas daripada sebarang kandungan kimia. Bahkan ia membersihkan air lebih baik daripada sistem rawatan yang biasa digunakan oleh majlis perbandaran, selain menghasilkan gas metana dan boleh bertindak sebagai pusat semaian. William Jewel dan rakannya berjaya membuat kajian terhadap satu sistem rawatan bahan buangan yang mampu melakukan semua tugas dengan hanya menggunakan bakteria dan tanaman. Mula-mula bahan buangan disalurkan melalui tapisan dan bakteria anaerobik akan melekat pada bahan halus di tanah jenis diatomaceous. Tapisan itu akan menghasilkan 10,000 kali ganda lebih banyak kawasan permukaan berbanding ukuran tapisan jenis titisan batu yang kebanyakannya digunakan dalam kemudahan rawatan sekarang. Bakteria itu kemudian menukarkan bahan organik menjadi karbon dioksida dan gas metana yang boleh dikumpul serta dijual. Dalam peringkat kedua proses rawatan, satu aliran air akan mengalir melalui akar tumbuhan yang ditanam secara hidroponik dan mengumpul bahan buangan selebihnya. Hakikatnya, sebarang tanaman boleh hidup menggunakan sistem rawatan itu. Menurut Jewel, beliau dan rakannya berjaya menghasilkan sayuran kekacang dan bunga ros menerusi sistem itu. Malahan tanaman itu boleh dipungut secara bermusim. Dengan bantuan Institut Penyelidikan Gas, Pihak Berkuasa Penyelidikan dan Pengembangan Tenaga New York serta Walt Disney Imagineering, Jewel dan rakannya berjaya membina pusat utama di Ithaca, New York. Pusat itu sudah berfungsi selama empat tahun dan berjaya merawat sehingga 10,000 gelen bahan buangan setiap hari (jumlah bahan buangan yang dibuang oleh 100 orang). Hasilnya, Jewel merumuskan: "Dalam hubungan dengan sistem tanaman, ia menunjukkan projek kami boleh menghasilkan mutu 10 kali lebih berkesan." Beliau berharap taman air itu satu hari nanti akan menggantikan sistem kemudahan rawatan bahan buangan yang biasa digunakan sekarang. ((No: Graphics (Art) - (Bahan buangan jadi rumah peranginan).)) TEKNOLOGI bersifat enviroment friendly semakin mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Teknologi itu menekankan hubungan seimbang di antara manusia dan alam sekitar serta barang buangan seperti tayar, botol dan kertas yang mengalami proses kitaran semula sebelum digunakan kembali. Kaedah ini dipercayai berkesan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjimatkan kos. Sehubungan dengan itu, seorang arkitek, Stanley Selengut mencipta sebuah rumah peranginan yang diperbuat daripada barang-barang terbuang yang dikitar semula dan menggunakan tenaga solar serta angin sebagai sumber tenaga. Menurutnya, idea ini didapati hasil daripada minatnya yang mendalam ke atas penggunaan semula barang terbuang. Rumah itu yang terletak di Taman Negara, Virgin Islands adalah satu-satunya rumah yang menggunakan konsep enviroment friendly di situ. Jubin lantai rumah itu diperbuat daripada tanah liat terbuang. Manakala kertas akhbar dikitar semula melalui proses kimia sebelum dijadikan lantai. Alas kakinya daripada tayar terbuang yang dipungut dari tempat pembuangan barang-barang lama dan bahagian atas siling diperbuat daripada kaca botol yang diproses semula. Selain itu, serat (fiber) kapas dibuat kusyen dan set memanggang barbaque menggunakan tenaga solar untuk memanaskannya. Pada siang hari, cahaya matahari akan memanaskan sel bateri solar yang terletak di atas bumbung rumah itu. Tenaga solar itu akan ditukar kepada tenaga elektrik melalui proses kimia dalam sel silikon bateri itu. Jika tenaga elektrik yang dibekalkan oleh tenaga solar tidak mencukupi, penginap rumah itu boleh menggunakan tenaga angin. Angin yang bertiup akan menggerakkan kincir angin dan menukarkannya kepada tenaga elektrik dalam sel silikon bateri yang ada di bawah rumah. Bateri solar itu juga bertugas sebagai tempat menyimpan tenaga elektrik. Keadaan itu berlaku apabila cuaca mendung dan tiupan angin perlahan menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil kurang. Bagi mengawal jumlah tenaga elektrik yang digunakan, sebuah program komputer disediakan. Program itu akan mengawal pertukaran tenaga solar dan angin kepada tenaga elektrik. Program komputer itu juga dilengkapkan dengan data mengenai keadaan suhu dalam dan luar rumah, perubahan cuaca dan jumlah simpanan tenaga elektrik yang ada dalam bateri solar. Rumah itu turut dilengkapkan dengan kunci pusat. Apabila berfungsi, ia akan menghidupkan alat elektrik dalam rumah seperti lampu, kipas angin dan peti sejuk. Apabila kunci ditanggalkan, ia mematikan semua alat elektrik kecuali peti sejuk. Kunci pusat direka bagi mereka yang sering terlupa mematikan alat elektrik. ((No: JUDUL: Bergembira dengan Basic PENULIS: Chua Choi See PENERBIT: Federal Publication HARGA: RM15.50.)) ((Pix:- Menarik ... kulit buku Bergembira dengan Basic.)) KEMAMPUAN komputer bukan setakat melukis, tapi ia juga boleh mengeluarkan pelbagai bunyi untuk menghasilkan muzik. Inilah yang cuba digarap oleh Chua Chooi See dalam setiap buku yang ditulisnya. Chua yang sebelum ini membicarakan bagaimana muzik melukis dalam Bergembira Bersama Logo, turut mengambil inisiatif menjelaskan bagaimana komputer mengira dan bermain muzik dalam buku berikutnya, Bergembira Dengan Basic. Basic adalah bahasa komputer yang sangat popular di dunia. Program itu boleh difahami dengan mudah oleh setiap lapisan masyarakat sama ada peringkat kanak-kanak mahu pun mereka yang baru belajar komputer. Daripada perkataan Basic, kita sudah boleh menjangkakan bahawa program itu sememangnya mengajar perkara asas dalam berkomunikasi dengan komputer dan ini diakui oleh Chua. Kegagalan berkomunikasi dengan komputer bermakna kegagalan menggunakan program komputer yang akhirnya membawa kepada kegagalan menggunakan komputer itu. Chua berpendapat walaupun Basic adalah bahasa komputer paling senang untuk dipelajari, tetapi perlu diingat, tanpa pengetahuan mencukupi untuk menggunakan program itu, seseorang tidak boleh menggunakannya dengan berkesan. Amat tepat sekali dalam usaha meningkatkan kefahaman dan kemahiran asas komputer, Chua menulis buku Bergembira Dengan Basic. Prosedur membuka program dibincang secara terperinci dalam pelajaran pertama buku ini. Sebaik saja komputer dihidupkan, pengguna perlu memasukkan cakera DOS yang mengandungi program Basic ke pemacu cakera pertama. Selepas itu, tutup pintu pemacu cakera, tekan Ctrl, kekunci Alt dan Del serentak. Kemudian barulah komputer itu boleh diperintah untuk menjalankan apa juga kerja. Perintah dalam program Basic dibincangkan secara terperinci dalam pelajaran ke dua. Setiap pernyataan perintah pada komputer akan disimpan dalam ingatan komputer. Chua menggambarkan ingatan komputer itu sebagai satu barisan kotak. Pada bab ini, Chua turut menjelaskan mengenai pengertian program yang dinyatakannya sebagai kumpulan pernyataan dan angka di hadapan pernyataan atau dipanggil nombor baris. Anda boleh menyimpan pernyataan ke dalam ingatan komputer. Ini bermakna, setiap pernyataan hendaklah mempunyai nombor baris yang berlainan. Sebagai contoh, apabila kita memasukkan program berikut: 10 Print "Encik" 20 Print "Selamat Jalan", Komputer akan meletakkan pernyataan Print "Encik" ke dalam kotak pertama. Nama baris 10 diperuntukkan kepadanya. Baris Print "Selamat Jalan" diletakkan pada baris kedua. Nama baris ke- 20 diberikan kepadanya. Sebenarnya, program akan menyusun pernyataan daripada nombor terkecil kepada nombor terbesar. Pengguna program boleh melihat bagaimana pernyataan disimpan dalam ingatan komputer dengan menggunakan perintah List. Perintah New pula akan memberitahu supaya komputer mengosongkan ingatannya. Selain itu, pengguna juga boleh memberikan nama kepada angka. Nama boleh bermula dengan satu huruf. Antara beberapa nama biasa ialah A, B, X, Nombor, Angka dan seterusnya. Chua turut membincangkan bagaimana proses penyuntingan dibuat apabila berlaku kesilapan pada program dalam bab yang sama. Selain mengingati dan memahami perintah dan pernyataan yang ada dalam program itu, pengguna juga perlu mengetahui, apakah perintah yang ada dalam cakera. Perlu diingat, cakera dalam pemacu cakera berkomunikasi dengan komputer melalui perintah cakera. Perintah ini digunakan untuk menyimpan program daripada komputer kepada cakera dalam pemacu cakera. ((Graphics (Art) - Bahagian asas penduga gema dan peranannya.)) ((Graphics (Art) - Blok perata dan sudut permukaan transduser.)) ((Graphics (Art) - Sudut transduser daripada lunas.)) ((Graphics (Art) - Kedudukan transduser berbanding dengan kipas.)) ((Pix:- Canggih ... transduser yang digunakan untuk mengesan ikan.)) NELAYAN pukat jerut tradisional menggunakan kaedah juruselam sebagai cara mengesan ikan. Juruselam akan menyelam ke dalam laut sebaik saja sampai ke kawasan rumah ikan (unjam). Berdasarkan pergerakan ikan dan pengalaman, juruselam dapat mengetahui jenis dan bilangan ikan yang berlindung di bawah unjam. Cara ini bagaimanapun tidak memberikan pulangan yang lumayan kerana tangkapan nelayan pukat jerut hanya bergantung kepada ikan yang berlindung di bawah unjam saja serta tidak dapat mencari kawasan penangkapan ikan baru. Selain itu, nelayan tradisional juga mengesan ikan melalui pengalaman seperti melihat di mana tempat tumpuan burung camar mencari makanan maka di situ pukat akan dilabuhkan. Kaedah mengesan ikan yang digunakan oleh nelayan tradisional tidak lagi sesuai untuk tangkapan secara komersil. Nelayan yang ingin menceburi bidang tangkapan secara komersil perlu mempunyai alat mengesan ikan yang canggih. Bagi mengatasi masalah ini, alat penduga gema (echo sounder) direka untuk membantu nelayan mengesan pergerakan kumpulan ikan dengan lebih cekap. Fungsi alat ini secara amnya digunakan untuk mengetahui kedalaman air, keadaan dasar laut, kedudukan ikan dan tempat baru kawasan penangkapan ikan (stok ikan yang tinggi). Alat penduga gema ini mempunyai empat komponen utama iaitu: * Pemancar - Tempat gelombang elektrik dikeluarkan * Transduser - Gelombang elektrik yang dikeluarkan oleh pemancar akan diterima oleh transduser dan menukarkannya kepada gelombang bunyi. Gelombang ini akan dipancarkan ke dalam air. Gelombang bunyi itu apabila melanggar sesuatu benda seperti sekumpulan ikan atau dasar laut akan dibalikkan dan diterima semula oleh tranduser serta menukarkannya kembali kepada gelombang elektrik. * Penerima - Gelombang elektrik yang diterima akan dibesarkan supaya ia dapat dirakam. * Perakam - Semua maklumat yang diterima akan dikeluarkan di atas kertas pencatat ataupun pada skrin pemancar katod. Bagi mendapatkan pancaran gelombang bunyi yang maksimum, alat transduser hendaklah diletakkan di mana ianya tidak diganggu oleh getaran enjin, gelombang air dan pusingan kipas. Alat transduser itu perlu dilindungi oleh sekeping kayu atau logam (blok perata) ketika memasangnya pada kulit bot. Ini bagi mengelakkan gangguan air pada transduser. Selain itu, sudut permukaan transduser dengan bawah air kira-kira dua darjah. Manakala kedudukan transduser daripada lunas perlu lima hingga lapan darjah. Apabila memasang transduser, arah pusingan kipas perlu diperhatikan. Jika arah pusingan kipas mengikut arah jam maka transduser diletakkan pada sirip kiri lunas bot atau sebaliknya. Ini bertujuan untuk mengelakkan gangguan gelombang yang terhasil kerana pusingan kipas. Keseluruhan kedudukan transduser perlu ditempatkan di bahagian bawah bot antara satu pertiga hingga setengah daripada bahagian depan bot kerana mengelakan gangguan gelombang laut. Alat penduga gema sangat sensitif kepada perubahan seperti air masin dan haba maka beberapa langkah perlu diambil untuk menjaga alat itu daripada rosak. * Jauhkan alat penduga gema daripada benda panas. * Jauhkan daripada magnet kerana ianya boleh menganggu alat perakam katod. * Lindungi daripada terkena air masin ketika bot bergerak kerana ditakuti berlaku litar pintas. * Permukaan transduser perlu dibersihkan daripada tiram atau teritip dan jangan cat permukaannya. Alat penduga gema itu mempunyai beberapa kebaikan jika digunakan bersama alat tangkapan ikan lain seperti: * Pukat tunda - Menentukan panjang tali tunda yang akan digunakan sesudah mengetahui kedalaman air. Selain itu, gambar yang terhasil di skrin pemancar katod boleh membezakan antara dasar lautan dengan ikan atau udang; membantu nelayan menangkap ikan pada kedalaman air cetek dan mengelakkan halangan seperti terumbu karang dan kapal karam supaya pukat tidak terkoyak. * Pukat Hanyut - Mengesan ikan dan melabuhkan pukat di depan ikan yang bergerak menentang arus. * Nelayan pantai yang menggunakan bubu, rawai dan pancing - Mengetahui dasar laut yang berbatu dan topografi serta kedalaman yang sesuai untuk meletakkan alat itu . MOHD KHAIRI MUSTAFFA 51, Km 3, Jln Buluh Kasap 85000 Segamat, Johor Minat Super Mario, tetris, Street Fighter Komputer Micro Genius 505 NURUL ASYIKIN ABD WAHID 1, Tmn Intan Jaya, Jln Sungkai 35500 Bidor, Perak Tel 05-443162 Minat Form tool, Wordstar, Lotus Komputer IBM MUNIRAH HAJI ZULKIFLI d/a SITI ZARAH HAJI BUHI, Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor Tel 07-426391 Minat Bermain video Komputer Datamin ABU NAZRI HUSSIN 8c/1-03, Kolej Perwaja, UUM, Sintok 05010 Jitra, Kedah Tel 09-786306 Minat Windows, Dune 11 Komputer IBM BADRUL HISHAM HASHIM 3D-3-15 Kolej Pernas, UUM, 06010 Jitra, Kedah Tel 04-742120 Minat Windows, Simulation games Komputer IBM TAN PENG KHIONG 95D Dalat, Rumah Pangsa MBKS, Jln Beng Hock 93100 Kuching, Sarawak Minat virus, games Komputer IBM SUHAIMI MOHAMAD 2D/3.15 Kolej Ten, UUM, Sintok, 06010 Jitra, Kedah Tel 09-775677 Minat Semua jenis games, Word perfect Komputer UNC 386sx ZAMZUL KHAIRI ZULKIFLI 298 Orchard Avenue, Los Angeles, ca 90007 usa Minat Monkey Island, semua program lucas art Komputer Packard bell RIZAN MUHAMAD 264-13, Jln Kenanga 1, Jln Bakri 84000 Muar, Johor Tel 06- 916809 Minat Ingin belajar komputer Komputer IBM ROSMADI HASSAN Sek Men Kpg Laut 16040 Palek bang, Kelantan Minat Harvard grafik Tel 09-796217 Komputer IBM TAN PENG SEA 287, Jln Banjaran 2, Kempas Baru 81200 Johor Bahru, Johor Tel 07-377025 Minat Semua jenis programming komputer Komputer AT-286 ISMA KHALIL ZAINAL ABIDIN 10, Kg Kroh Hilir 33700 Pdg rengas, Perak Minat Berkongsi maklumat tentang komputer Komputer IBM LOGESWARI a/p NADRAJAN 398, Blk 17, Pusat Bandar Palong 73430 Gemas, Johor Minat Belajar komputer Komputer IBM FAZILAH HAJI RAIS 501, Blk A11, Syeksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Tel 03-4123136 Minat Games, Chess, Goose Komputer IBM FARIDAH RAMLI Pusat Bekalan Polis, Jln Semarak 54100 Kuala Lumpur Tel 2357957 Minat Ingin mendalami bidang komputer Komputer IBM NOREEN NORMALA MOHD NOOR 18, Jln Bunga Mawar, Perumahan Awam Plentong 81750 Masai, Johor Tel 07-270585 Minat Wordstar Komputer IBM NAIMAH YAHYA 1260, Lrg Intan 2, Tmn Sri intan 36400 Hutan Melintang, Perak Minat Personal komputer Komputer IBM KEADAAN suhu persekitaran untuk menempatkan PC juga penting bagi memastikan ketahanan dan keteguhannya kerana komputer memerlukan suhu yang sesuai untuk berfungsi dengan baik. Untuk memastikan jangka hayat PC dapat ditingkatkan, suhu di persekitarannya hendaklah tidak terlalu panas sehingga boleh menjejaskan keupayaannya. Kebiasaannya suhu dalam rumah amat sesuai untuk PC. Bagaimanapun, bagi memastikan keteguhan PC berkekalan, lebih baik sekiranya keadaan suhu persekitarannya itu disokong dengan bantuan penggunaan kipas angin luaran. Walaupun PC sudah disediakan dengan kipas angin dalaman, bantuan kipas angin luaran itu dapat mengurangkan bebanan kipas dalaman bagi memastikan suhu sentiasa sesuai untuk PC. ((No: Graphics (Art) - Cepat ... sistem brek auto menggunakan pengesan laser yang mampu membuat pengesanan dari jarak kira-kira 47 meter.)) SEKIRANYA anda sedang memandu dan tidak semena-mena diganggu seketika oleh pejalan kaki yang anda tidak perasan memasuki laluan kereta anda. Keadaan itu mungkin menyebabkan anda tidak dapat bertindak cepat untuk mengelak daripada berlaku kemalangan. Bagi memastikan ciri keselamatan pada kareta, Mazda kini sedang membuat penelitian terhadap sistem brek auto yang mampu mengesan pejalan kaki dan menekan brek mengikut keadaan yang sesuai. Alat itu berfungsi dengan menggunakan pengesan laser yang diletakkan pada bahagian hadapan gril kereta yang akan melantunkan gelombang isyarat melalui lengkungan 23 darjah ketika alat pengesan itu berjaya mengesan lantunan isyarat laser itu. Alat pengesanan pada kereta itu berupaya membuat pengesanan pada jarak kira-kira 47 meter dan kehadiran pejalan kaki dapat dikesan hanya pada jarak di antara 11.590 dan 19.825 meter bergantung pada warna serta bahan yang dipakai oleh pejalan kaki itu. Dengan input dari kelajuan dan pengesan stering, litar logik akan mengesan objek yang berada dalam lingkungan perjalanan walaupun kereta anda berada di selekoh. Sistem itu kemudiannya akan membunyikan amaran pertama dan sekiranya pemandu tidak bertindak untuk mengelak, brek dengan automatik akan tertekan. Keadaan seperti itu memerlukan penumpang kenderaan sentiasa memasang tali pinggang keledar. Menurut jurutera Mazda, sistem itu masih belum sempurna dan kini dalam tempoh percubaan. ((Pix:- Hopkins ... ahli biokimia.)) SIR Frederick Gowland Hopkins adalah ahli biokimia British yang berjaya membuat penemuan kepada asid amino tryptophon yang dihasilkan dengan cara pengasingan protein. Kejayaan itu dihasilkan pada 1901. Beliau dilahirkan di Eastbourne, Timur Sussex, England pada 1861, juga berjaya membuat penemuan terhadap jenis asid amino lain yang tidak dapat dihasilkan oleh sesetengah binatang. Penemuan itu berjaya dihasilkan antara 1906 dan 1907. Hasil kajian itu diperolehi apabila beliau menyedari bahawa tikus tidak dapat membesar melalui sajian makanan menggunakan susu tiruan tetapi dapat membesar dengan cepat apabila dicampurkan sedikit susu lembu dalam makanan harian tikus itu. Melalui penemuannya itu, Hopkins menyedari bahawa tidak ada binatang yang dapat hidup hanya bergantung kepada campuran protein tulen, lemak dan karbohaidrat dalam makanan mereka, malahan memerlukan campuran garam mineral yang akhirnya dikenali sebagai vitamin sebagai bahan tambahan. Pada 1907, Hopkins bersama Sir Walter Fletcher berjaya membuat penemuan serta perjanjian persefahaman dalam bidang ilmu kimia mengenai pergerakan otot iaitu otot yang sentiasa bergerak akan meningkatkan asid lactic. Lima belas tahun kemudian, Hopkins menghasilkan tripeptide glutathion (tiga asid amino bergabung dalam satu penemuan) melalui cara pengasingan tisu hidup. Hopkins menghabiskan sepanjang kerjayanya di Universiti Cambridge antara 1898 dan 1943 dengan melakukan pelbagai kajian. PC jangan didedahkan kepada habuk kerana boleh merosakkan bahagian dalamannya. Selalunya kelonsong PC mempunyai ruang udara untuk pengaliran haba dari dalam di samping mendedahkan kemasukan habuk. Habuk selain daripada mengotorkan bahagian dalaman Unit Pemprosesan Pusat (CPU) juga akan meningkatkan kepanasan pada PC dan merosakkan peranti komputer. Sekiranya habuk tidak dibersihkan segera, lambat laun akan menjejaskan prestasi komputer. Untuk membersihkan habuk itu, gunakan pembersih hampa gas dan berus lembut. Sambil menyapu habuk itu dengan berus lembut tadi, sedutkan dengan menggunakan pembersih hampa gas. SITI ZAINAB HAJI PAN d/a ZURAIDAH IDRIS, 2211, Kg Delek 41250 Klang, Selangor Minat Lotus 123 Komputer IBM ZANE EDWARD M. JOHN p.o. Box 37 Police Station (Town) 9007 Sandakan, Sabah Tel 089-219537 Minat Berkenalan Komputer IBM AHMAD KHOMEINI ROSE Km 28etapi, Kesang, Pajak 77200 Jasin, Melaka tel 06- 501024 Minat Berkenalan Komputer Lingo PC 88 HAMZAH ABDULLAH 3091, Tmn Asia Selatan, Bemban 77200 Melaka Tel 05- 595969 Minat Berkenalan Komputer IBM NIK AZHAR ZIAMON AlI 52, Gentam Tengah via 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Tel 06-812858 Minat Harvard Grafik dan Wordstar Komputer IBM NASARDIN IDRIS 5, Tgk 1, Wisma Sharani, Lrg Raja Bot 50300 Kuala Lumpur Tel 03-2981901 Minat Berkenalan Komputer IBM HASRTEY HARIS 30, Jln Sg 2/6, Tmn Seri Gombak 68100 Bt Caves, Selangor Tel 03-6892040 Minat Wordstar, Lotus 123, Basic, Wordperfect komputer IBM ZAIROL ZOL 89, Lrg Bunga Tanjung, Bt etapi, Jln Bangi 43800 Semnyih, Selangor Minat Berkenalan Komputer NEC Multi Sync AZIZAH MOHAMAD 287, Kg Cahaya Putera 18000 Kuala Krai, Kelantan Minat bertukar-tukar maklumat mengenai Komputer Komputer IBM ZAIMI SULAIMAN lot 1612, Tlk Kapas 42100 Klang, Selangor Tel 2981072 Minat Games Komputer IBM ISSWANIZAM AWANG 152, Felda Endau 86900 Mersing, Johor Minat Membaca dan ingin mempelajari komputer Komputer philips ZUBAIR KHAN 7b, lot 286, Lana Muhibbah 93400 Kuching, Sarawak Tel 082- 254793 Minat Berkenalan Komputer Micro System Printis AHMAD ABU BAKAR lot 172a, Kpg Panchor, Kemumin 16100 Kota Bharu, Kelantan Minat Berkenalan Komputer IBM SALMI MOHSIN 170, Jln Surau, Kg Jenjarom 42600 Jenjarom, Selangor Tel 03-8684013 Minat ingin mendalami bidang komputer Komputer Micro Mart AWANGKU KHAIRIL SAFRI 45, Kg Anggerik Desa, 3786 Berakas, Brunei Minat Corel Draw dan semua jenis program Komputer philips MASIRON KASIRAN Kg Sagil, Parit 3, 84020 Sagil, Muar, Johor Tel 06- 972460 Minat Berkenalan dengan mereka yang mahir menggunakan komputer Komputer IBM KAMARIAH KAMARUDDIN 303, Kg Batu 4, Binjai 24000 Kemaman, Terengganu Tel 09-592342 Minat Windows, Wordstar Processor dan grafik Komputer Epson ((No: Graphics (Art) - Bahagian-bahagian sonar.)) ((Pix:- Berguna ... alat ini mengesan objek dengan mengeluarkan gelombang bungi.)) SONAR atau Sound Navigation and Ranging adalah alat untuk mengesan ikan oleh nelayan laut dalam. Alat itu mampu mengesan kumpulan ikan di kawasan pertengahan dan bawah permukaan laut, mengenal pasti keadaan dasar laut, mengesan ikan sebelum operasi memukat dijalankan, mengetahui jarak ikan daripada bot dan membantu pelayaran untuk keselamatan bot serta peralatan menangkap ikan. Walaupun nelayan tempatan mempunyai pelbagai cara untuk mengesan ikan seperti menggunakan juruselam, mengetahui tempat yang menjadi lubuk ikan berdasarkan pengalaman tetapi kaedah itu tidak lagi sesuai untuk tangkapan berbentuk komersil. Ini kerana teknologi sonar yang ada sekarang dapat memberikan butir terperinci keadaan persekitaran fizikal laut seperti topografi lantai lautan, jenis ikan dan bilangannya. Alat sonar itu mempunyai empat komponen iaitu: Motor Angkat - Apabila kuasa dihidupkan, motor berpusing dan menurunkan soundome ke dalam air. Panel pengawal bertindak sebagai pengawal pusingan motor secara automatik. Soundome - Tranduser di soundome akan mengesan objek dengan mengeluarkan gelombang bunyi. Apabila terkena sesuatu objek, gelombang itu akan memantul balik ke soundome serta ditukarkan kepada gelombang elektrik. Konsol - Konsol menerima gelombang elektrik daripada soundome, bertindak sebagai pengawal arah dan jarak pengesanan, sehingga 360 darjah di sekeliling bot, sudut pancaran daripada 0 hingga 90 darjah, jarak dan ke dalaman ikan daripada bot dan kekuatan kesan yang diterima. Penerima - Objek yang dikesan kemudian dipancarkan melalui penerima kesan monitor televisyen warna. Warna yang ditunjukkan bergantung kepada kepadatan sesuatu kawasan. Contohnya, kawasan berbatu yang digambarkan dengan merah. Kawasan berlumpur, hijau atau biru. Selain sonar, alat penduga gema juga boleh digunakan untuk mengesan ikan. Bagaimanapun, alat penduga gema mempunyai beberapa perbezaan dengan sonar iaitu komponen yang digunakan. Penggunaan teknologi sonar dan penduga gema (echo sounder) oleh nelayan laut dalam dan tradisional tempatan dijangka akan meningkatkan pendapatan nelayan dengan cara menambahkan jumlah tangkapan, menjimatkan masa operasi dan mengurangkan kos kerugian peralatan tangkapan. PADA keluaran lalu, kita sudah membincangkan mengenai evolusi komputer dan perhubungan data. Kita juga sudah menyentuh mengenai konsep rangkaian data tanpa wayar, elemen dalam rangkaian data, protokol yang digunakan dan kebaikan rangkaian data tanpa wayar dari sudut pencapaian data dengan segera untuk pengguna yang selalu bergerak atau tidak tetap pada sesuatu tempat. Aplikasi yang menggunakan data tanpa wayar akan memberikan nilai tambahan bagi penyebaran maklumat dengan cepat serta liputan yang luas. Ada beberapa jenis pilihan untuk aplikasi tanpa wayar. Yang utama adalah rangkaian komputer bergerak yang berdedikasi, rangkaian telefon selular dan rangkaian radio bergerak persendirian. Setiap pilihan mempunyai kelebihan tersendiri pada keadaan berbeza. Data Atau Selular Adakah kita perlu menggunakan perhubungan data atau selular? Sebelum membuat pilihan, beberapa perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu. Rangkaian selular adalah berasaskan kepada pensuisan berlitar manakala rangkaian data berasaskan pensuisan berpaket. Adakah rangkaian itu akan digunakan untuk perhubungan data saja, atau adakah perhubungan suara juga akan digunakan sekali? Di samping itu, liputan radio juga perlu diambil kira. Sistem radio digital menggunakan spektrum radio yang lebih cekap berbanding sistem analog. Dengan kadar frekuensi yang ditetapkan dan kadar perbelanjaan yang diperuntukkan, sistem radio digital boleh berkhidmat kepada lebih banyak pengguna daripada sistem selular. Satu lagi kebaikan rangkaian data daripada selular adalah kekuatan rangkaian yang pertama kepada mutu hubungan radio. Pada sistem selular, kadar ralat bit bertambah secara berterusan. Akan tetapi pada sistem digital, kadar bit adalah tetap, sehinggakan jika isyarat radio sudah menurun ia sukar untuk dikesan. Pengguna untuk rangkaian selular selalu dinasihatkan supaya menggunakan protokol itu kurang pemiawaian, mahal dan hanya boleh diperolehi pada sebilangan kecil pembekal. Tambahan pula perhubungan data dikawal secara semula jadi dan lebih mudah pada sistem digital berbanding sistem selular di samping lebih murah. Dengan sistem pensuisan berlitar, ia mengambil lebih masa untuk membuat panggilan walaupun kadar penghantaran data adalah lebih rendah daripada sistem pensuisan berpaket. Sebaliknya, pengguna sistem pensuisan berpaket hanya dikenakan bayaran mengikut jumlah bilangan paket yang dihantar dan tidak berdasarkan kepada penggunaan masa pada rangkaian. Ini akan mengoptimumkan sumber rangkaian dan menjadikannya lebih murah daripada sistem pensuisan berlitar. Apabila anda membuat satu panggilan jauh kepada seseorang melalui rangkaian selular, anda akan dikenakan bayaran untuk masa sambungan iaitu masa yang diambil untuk menyambungkan anda dengan orang yang menerima panggilan, walaupun anda tidak bercakap. Manakala sistem pensuisan berpaket hanya mengenakan bayaran kepada anda bagi penghantaran yang anda buat dan tidak ke atas masa yang digunakan untuk membuat capaian pada rangkaian. Jika sesebuah organisasi mempunyai sistem perhubungan suara, pasti ia perlu mengekalkan ciri itu di sepanjang rangkaian data tanpa wayarnya. Rangkaian selular analog biasanya tidak menawarkan ciri perhubungan data dan suara secara bersepadu, kemungkinan besar disebabkan oleh kekangan peralatan terminal. Integrasi suara dan data, mungkin berubah dan berbeza di antara rangkaian digital. Liputan Radio Isu yang penting dalam liputan radio ialah ukuran sel dan usaha meluaskannya ke kawasan pedalaman. Ukuran sel adalah kawasan liputan oleh setiap stesen pangkalan beradio di dalam rangkaian dan menentukan kuasa output daripada terminal bergerak. Semakin besar ukuran sel, semakin tinggi kuasa yang diperlukan oleh terminal bergerak dan semakin besar beban ke atas bateri di dalamnya. Manakala semakin kecil ukuran sel, semakin mudah untuk menyesuaikan liputan dalam bangunan untuk memperolehi corak liputan tertentu., Kos kekuatan isyarat dalaman yang baik adalah lebuh kurang dua kali perbandingan kekuatan dengan isyarat luaran. Aplikasi pengguna mestilah menentukan sebanyak mana kekuatan isyarat dalaman yang diperlukan. Sebagai contoh, jurutera servis lif memerlukan penembusan dalaman yang baik, manakala pemandu ambulans hanya memerlukan kekuatan isyarat luaran yang baik. Kesimpulan Rangkaian data tanpa wayar awam adalah lebih murah dan pengguna boleh berkongsi penghantaran maklumat tanpa memerlukan sebarang kos tambahan, jika dibandingkan dengan penyediaan rangkaian data persendirian. Rangkaian data persendirian bermakna perbelanjaan wang ke atas pembangunan prasarana rangkaian, pelaksanaan operasi dan penyelenggaraan. Celcom merancang meluaskan liputan rangkaian data tanpa wayar dengan pembinaan 45 lagi stesen pangkalan pertengahan tahun ini. Untuk keterangan lanjut, sila hantar faks kepada Celcom WDCS di talian 03-2635768. ((No: Graphics (Art) - Mengagumkan Hummingbird berupaya membuat penerbangan rendah untuk meninjau keadaan jalan raya dengan bantuan litaran tinjauan khas.)) REKAAN canggih adalah aset penting dalam memerangi kegiatan jenayah dan ini dibuktikan oleh Vault Industries dengan mencipta robot terbang yang dihasilkan juga untuk tujuan komersial. Robot terbang itu dikenali dengan Hummingbird, sebuah pesawat yang diperkenalkan dari projek keselamatan rahsia untuk kegunaan dua tugas iaitu meninjau dan mengesan. Vault Industries kini sedang membina Humingbird dalam dua versi iaitu jenis 2.44 meter dan 4.88 meter. Setiap satunya mempunyai litaran tinjauan khas terletak pada bahagian bawah pesawat itu. Dua saluran propfans pada pesawat itu memberikan keupayaan untuk berlepas secara menegak dan meninjau sementara kawalan ketiga akan mengawal pergerakan secara mendatar. Kuasa penerbangan berkembar pada pesawat itu sedang ditingkatkan untuk membolehkan kapalterbang itu terbang dan mendarat dengan selamat menggunakan satu enjin tidak sebagaimana pesawat jenis UAV. Malah sistem kawalan penerbangannya membolehkan pesawat itu mendarat dan terbang secara automatik. Vault Industries percaya ciri mengesan keselamatan yang dibekalkan pada Hummingbird itu dapat mengesan seseorang yang melakukan kesalahan seperti memecut dan melakukan keganasan. Selain itu, Hummingbirds juga berguna kepada pihak bomba, pembinaan, pertanian serta agensi penghantaran barang untuk meningkatkan perkhidmatan mereka. ((Pix:- Pix without caption.)) CELLULAR Communication Network, dijangka akan memberi kemudahan kepada IBM untuk menggunakan stesen tanpa wayarnya (WDCS). Memorandum persefahaman mengenai perkara itu ditandatangani, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pada majlis itu, Celcom diwakili presidennya, Rosli Man (dua dari kanan) sedang bertukar dokumen dengan memorandum persefahaman itu dengan Pegarah Pemasaran Mesiniaga, Ramli Mat. SEMUA pelajar layak memohon menjadi ahli dengan mengisi borang yang boleh diperolehi daripada guru darjah. Lengkapkan borang itu dengan mendapat persetujuan daripada ibu bapa sebelum diserahkan semula kepada guru darjah. Borang itu akan diproses dalam tempoh beberapa hari saja. Kemudian pelajar akan menerima pakej keahlian termasuk kad magnetik PSI dan nombor kod peribadi. Yuran keahlian hanya RM36 bagi tempoh setahun. Sekiranya pelajar berpindah sekolah, keahlian juga akan dipindahkan ke sekolah itu. Untuk keterangan lanjut, hubungi Rangkaian Tenaga Sdn Bhd, Blok Tambahan MARDEC, Jalan Kerja Air Lama, 68000 Ampang Jaya, Selangor. Nombor telefon: 03-4528888. ((No: JUDUL: Sains Falsafah dan Islam PENULIS: Prof Madya Dr Sulaiman Noordin PENERBIT: Pusat Pengajian Umum, UKM HARGA: RM10.00.)) ((Pix:- Menarik ... kulit buku Sains Falsafah dan Islam.)) MENGHAYATI sumbangan Islam dalam perkembangan sains perlu didasarkan kepada fakta tepat kerana penyelewengan fakta begitu berleluasa. Setiap kali membincangkan perkara itu, Barat dilihat sebagai bersalah kerana dakyah dan penyelewengan fakta yang dilakukan melalui pelbagai saluran media yang mereka kuasai. Sememangya, umat Islam sendiri tahu bahawa tindakan Barat itu sebenarnya bukannya perkara baru. Golongan anti-Islam ini sudah lama merancang kegiatan terkutuk itu, meskipun kemajuan yang mereka nikmati sekarang adalah hasil daripada sumbangan Islam. Bahan yang diperolehi daripada kajian tokoh sains Islam yang ditukar namanya kepada nama latin seperti Ibnu Sina menjadi Avicenna dan Al-Razi menjadi Rhazes. Golongan ini bertujuan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam dan masyarakat antarabangsa dengan menggunakan saluran komunikasi menanamkan pemikiran baru. Lihat saja, keupayaan memperkenalkan budaya baru yang tidak secucuk dengan ajaran dan nilai Islam seperti rap dan rock serta seribu satu macam budaya yang akhirnya merobohkan peradaban manusia. Di sinilah kita perlu melihat persediaan umat Islam bagi menangani pemasalahan itu. Hakikatnya, pakar sains Islam juga sudah banyak memperkatakan mengenai perkara itu dan ia sekaligus membuktikan mereka juga tidak berdiam diri membiarkan penyelewengan fakta berlaku berterusan. Dengan menggunakan kekuatan dan semangat yang ada mereka mengambil inisiatif menerbitkan lebih banyak buku dan bahan bacaan untuk menolak fakta yang diputar belitkan oleh Barat. Inilah yang cuba digarap oleh seorang pensyarah juga pakar sains yang pernah membuat pengkhususan di bidang al-Quran, Prof Madya Dr Sulaiman Noordin apabila beliau mengambil inisiatif menulis buku Sains Falsafah Dan Islam yang diulang cetak pada Mei 1993. Cetakan pertama ialah pada Disember 1992. Sulaiman yang kini bertugas sebagai Penyelaras Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) memulakan penjelasannya mengenai kaitan al-Quran, as-Sunnah sebagai penyumbang utama penemuan sains. Sememangnya, kata beliau, al-Quran dari segi mukjizat ilmunya berkekalan sehingga kiamat dan mukjizat ini lebih dikenali sebagai maknawi yang secara khususnya difahami oleh akal selepas renungan dan memikirkan maknanya. Tambah beliau, pernyataan dalam al-Quran bukan saja menyentuh akidah, syariat, akhlak, sejarah nabi dan rasul serta asal usul manusia, tapi fenomena alam semesta dan tabii. "Pernyataan itu ditujukan kepada mereka yang mempunyai akal fikiran serta ilmu pengetahuan, tetapi tidak beriman. Pernyataan itu boleh memberi penjelasan kepada golongan terbabit supaya mereka memahami fenomena alam tabii. "Sebagai contoh, pada hari ini ada pelbagai teori berkaitan asal kejadian alam semesta dan yang paling popular serta diterima sebahagian besar ahli astronomi ialah teori ledakan besar. Teori ini menyatakan pada suatu ketika nanti bumi dan langit bersepadu dan selepas itu berkecai," katanya. Buktinya diperolehi daripada kaedah deduksi iaitu masa kini galaksi yang ada di alam semesta sedang bergerak ke arah pinggir langit menjauhi pusat alam semesta dan pergerakan serupa itu menunjukkan alam semesta bermula daripada satu pusat dan satu pecahan berlaku. Menurut Sulaiman, sungguhpun Teori Ledakan Besar itu diutarakan dalam acuan mekanisme iaitu tiada pencipta yang terbabit, fakta yang serupa boleh digunakan untuk membuat kesimpulan atau tafsiran dalam acuan pemikiran Islam sebagai pernyataan mengenai hakikat penciptaan alam sejagat. ((Pix:- Pix without caption.)) KIRA-KIRA 100 pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor menghadiri majlis Pra Pelancaran Pusat Sumber Ilmu (PSI) diadakan di Kelab Darul Ehsan, baru-baru ini yang dianjurkan oleh Rangkaian Tenaga Sdn Bhd. PSI adalah sistem pembelajaran elektronik bergurukan' komputer yang bakal melahirkan generasi masa depan yang lebih berkaliber dan matang kerana guru komputer itu mampu membekalkan pelbagai maklumat melalui enam menu yang disediakan. ((Pix:- Menentu kedudukan ... kapal nelayan laut dalam menggunakan sistem Lokasi Bumi.)) SERINGKALI nelayan laut dalam menghadapi masalah menentukan kedudukan sebenar kapal dan arah tujuan. Walaupun mempunyai sistem kompas yang berpandukan kepada tarikan Kutub Utara bumi dan menggunakan bintang sebagai penunjuk arah, kaedah itu tidak mencukupi. Ini kerana jika cuaca buruk dan ombak besar, kaedah melihat bintang dan kompas tidak boleh berfungsi dengan baik. Selain itu, nelayan juga boleh tersesat atau hanyut beratus-ratus kilometer kerana kerosakan enjin. Bagi mengatasi masalah itu, satu sistem yang berasaskan penggunaan satelit dikenali sebagai Sistem Lokasi Bumi direka. Sistem itu yang menggunakan radio satelit boleh mengesan dan mengetahui kedudukan kapal di laut secara berterusan tanpa terganggu oleh perubahan cuaca. Ianya menggunakan 24 satelit yang membuat satu pusingan mengelilingi orbit bumi dalam masa 11 jam 56 minit. GPS mempunyai beberapa kelebihan berbanding penggunaan kompas atau kaedah bintang sebagai penunjuk arah. Antaranya ialah memberikan kedudukan sebenar kapal dengan cepat dan tepat, boleh digunakan pada bila-bila masa dan dalam sebarang keadaan cuaca, saiz kecil serta mudah alih, senang dipasang dan diselenggarakan serta penggunaan kuasa yang rendah. Bagi mengetahui kedudukan kapal, tiga satelit digunakan di mana masing- masing akan memancarkan gelombang radio ke kapal dan jarak pengiraannya ditentukan melalui masa pancaran yang diambil oleh satelit ke antena iaitu 300,000 kilometer sesaat. GPS terdiri daripada dua unit utama iaitu antena dan penerima. Antena berfungsi menerima gelombang radio yang dipancarkan daripada satelit. Gelombang radio itu ditukarkan kepada maklumat elektronik di alat penerima. Alat penerima itu seterusnya akan mengumpul dan memproses data pelayaran elektronik serta memaparkannya di skrin. Selain itu, GPS juga berfungsi untuk menentukan haluan yang dituju, kelajuan bot, jarak bot ke tempat yang dituju dan penyimpangan dari arah laluan sebenar. Penentuan itu boleh dilakukan kerana GPS mempunyai pelbagai sistem penggeraan yang bertindak membetulkan sebarang kesilapan kapal dalam pelayaran dengan bantuan satelit. Antaranya ialah alat penggeraan untuk mengesan kapal menyimpang daripada laluan sebenar. Alat itu berbunyi apabila bot terkeluar daripada laluan atau melepasi sempadan. Ini memberikan kesempatan kepada kapten membetulkan semula arah laluan supaya tidak men cerobohi sempadan negara lain. Sistem penggeraan itu juga berfungsi untuk menentukan destinasi atau tempat tuju arah di kawasan lingkungan jarak yang ditetapkan. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan terlebih dahulu arah yang hendak dituju ke dalam input sistem komputer GPS. Sistem itu akan mengira jarak destinasi bot itu dengan membentuk pola pelayaran di mana bot itu akan belayar mengikut laluan yang ditetapkan. TEMPAT meletak komputer penting bagi memastikan jangka hayatnya. Banyak yang beranggapan meletak komputer di atas meja atau rak sudah mencukupi. Sebenarnya komputer memerlukan tempat sesuai kerana ia adalah alat elektronik yang sensitif dan tidak tahan gegaran. Pengguna PC hendaklah membeli meja direka khas untuk meletakkan komputer dengan mempunyai ketinggian yang sesuai supaya pusat monitor bertentangan dengan paras mata. Tempat papan kekunci hendaklah mudah disimpan dan dikeluarkan di samping struktur meja hendaklah kukuh dan stabil dengan kaki meja beralaskan getah untuk menyerap gegaran. Selain itu keluasan meja hendaklah mencukupi supaya peralatan lain seperti alat tulis dapat diletakkan diatasnya. Meja tulis dan sebarang jenis meja sebenarnya tidak sesuai kerana direka tidak menepati kehendak penggunaan komputer. MOHD YUSOFF SALLEH 415, Jln Abd Rahman, 84000 Muar, Johor tel 06-927062 minat berkenalan dengan peminat setia komputer Komputer IBM AYUNIE SHAZWANIE ABDUL RAHIM 5060 Kpg Sireh, Bawah Lembah, 15050 Kota Bharu, Kelantan minat berkenalan dan bermain komputer Komputer IBM AIRIN EMELIA MOH DARUS 24, Lrg Cendrawasih, Tmn Paroi Jaya 70400 Seremban, Negeri Sembilan tel 06-77687 minat Wordstar, Lotus 123 dan berkenalan Komputer IBM MOHD NOR HISHAMUDIN Kg Tasek Berangan 17070 Pasir Mas, Kelantan minat pascal, Windows, Lotus Komputer Zenith AHMAD NIZAM HARON 1431b, Kg Pasir Panjang 21100 Kuala Terengganu, Terengganu minat Lotus 123, DBase 1V, Wordstar Komputer IBM ROSLIZA MOHD RAMLI 234, Jln Haji Omar, Kpg Raja 22200 Besut, Terengganu tel 09-976281 minat berkenalan Komputer IBM ROSHAYATI AWANG 1A, Jln Lama 83700 Yong Peng, Johor minat Wordstar, Lotus 123 Komputer IBM MUHAMMAD MAJUNGKIM P.O.Box 53, 91007 Kung Hing Sawmill, Tawau, Sabah minat ingin mempelajari komputer Komputer Wordstar KAMARUZAMAN EMBONG D230, Rumah Pangsa, Bkt Kecil 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Minat konsep literasi dan pengaturcaraan Komputer IBM CHE WAN NAHZATULSHIMA WAHAB 1127, Titian Berayun Kijal, 24100 Kemaman, Terengganu tel 09-540082 minat Windows, Harvard Komputer IBM ROSMAWATI MOHD SHARIF 212, Felda Pasak 81960 Kota Tinggi, Johor tel 07- 852212 minat berkenalan Komputer IBM ABD MUHAIMIM HAJI ABDUL RAHMAN NAZRI 15, Jln Duku, Tmn Serai Wangi 34300 Bagan Serai, Perak tel 04-553085 minat berkenalan dan bertukar-tukar ilmu Komputer IBM ANUARIZAM PRAYUS 117, Jln Antasaup 3, Tmn Seri Saup 81130 Johor Bharu, Johor tel 07-311871 minat Windows, Wordstar, Sherlock Komputer IBM ZUHAL ZAKARIA Lot PT63, Kg Jambu 16100 Kota Bharu, Kelantan minat bermain komputer, bersukan dan membaca Komputer IBM YAP KEAN KIAT 1190, Seri Kembangan 43300 Selangor minat mempelajari komputer Komputer IBM SYUHANA/AYANG HAMDUH Kpg Sumbiling, Hulu Bongawan 89700 Sabah, Malaysia Timur minat berkenalan Komputer IBM ROBIN EDWARD SMK Sedaya 96700 Sibu, Sarawak Tel 011-254130 minat ingin belajar dan berkenalan Komputer IBM ((No: Graphics (Art) - Cepat ... sistem pengesanan ini berupaya mengurangkan kejadian jenayah di bandar.)) SEKIRANYA polis mempunyai sistem lebih canggih mengesan jenayah, tentunya nyawa orang awam dapat diselamatkan dan kegiatan itu dikurangkan. Keadaan menimbulkan satu ilham kepada Alliant Techsystems untuk mencipta peralatan berteknologi canggih bertujuan membuat pengesanan cepat terhadap sebarang kejadian ganas yang berlaku di sekitar bandar. Alat itu dikenali dengan Sistem Keberkesanan Kawalan Keselamatan Persekitaran Bandar (Secures) yang berupaya mengesan dengan cepat kawasan berlaku jenayah. Secures berfungsi melalui penggunaan sistem pendawaian yang direntangi dalam lingkungan empat persegi dan dipasangkan dengan sistem pengesanan akustik (bunyian) yang akan bertindak menghubungi rangkaian kerja gelombang penerima radio. Sistem pengesanan itu akan berfungsi apabila berlaku peningkatan tenaga pada ruang udara di persekitaran sistem pendawaian itu yang dihasilkan akibat tembakan senjat api. Litaran pemprosesan isyarat kemudian akan mengenal pasti kebisingan akibat letupan itu dari sudut yang tajam seperti bunyi letupan pada enjin kereta. Beberapa pengesan yang bertindak serentak berupaya mengesan kedudukan sumber bunyi itu dengan cara pemprosesan bentuk segi tiga. Unit itu kemudiannya akan memodemkan maklumat yang diterima melalui radio poket bertigital ke node komunikasi tempatan yang kemudiannya akan menghantar data ke pusat kawalan. Proses pengesanan mengenai lokasi tempat berlakunya tembakan itu hanya mengambil masa kira-kira sesaat. ((Pix:- Ismail Sulaiman ... mudahkan sistem pembelajaran.)) ((Pix:- Tertarik ... kanak-kanak ini leka menggunakan sistem komputer.)) KOMPUTER menyenangkan pembelajaran. Kini, seorang kanak-kanak boleh mempelajari matematik tanpa perlu menghafal sifir dan dengan komputer, kefahamannya boleh diuji. Apa yang diperlukan ialah perisian tertentu sambil memasukkan kata laluan pada kekunci dan sekelip mata muncul modul yang dipilih pada skrin dengan kesan bunyi bagi memudahkan pembelajaran. Dengan bantuan komputer, pelbagai grafik warna juga dapat dihasilkan di samping kesan bunyi boleh menarik perhatian kanak-kanak. Pengarah Urusan Mesiniaga, Ismail Sulaiman, berkata melalui keupayaan teknologi komputer itu, sistem pembelajaran kini menjadi lebih mudah dan menyeronokkan kanak-kanak. Katanya, Malaysia kini setanding dengan negara lain dalam penggunaan komputer untuk sistem pembelajaran. Sehubungan dengan itu, Mesiniaga pembekal dan pengedar utama IBM, baru- baru ini memperkenalkan satu sistem pembelajaran untuk kanak-kanak dengan kerjasama Walt Disney Coporation. Ia dikenali dengan Sistem Imaginasi IBM. "Melalui penggunaan perisian Sistem Imaginasi IBM itu, kanak-kanak dapat mempelajari A,B,C dan juga I,2,3. Sistem itu mengajar mengenai asas membaca dan mengira di samping mengajar mengenai warna dan juga bentuk- bentuk tertentu," katanya. Malahan katanya, kemunculan perisian untuk pendidikan memberikan kebaikan kepada kanak-kanak dibandingkan dengan perisian jenis permainan yang lebih bersifat agresif. "Sistem pernah dicuba di sebuah sekolah dan sambutan yang diterima dari ibu bapa kanak-kanak begitu menggalakkan. Mereka menganggap sistem itu berupaya membantu pencapaian tahap pendidikan anak memandangkan pakej perisian yang disediakan amat baik," katanya. Ismail berkata, pembelajaran melalui komputer mampu melahirkan kanak- kanak yang berwawasan dalam menghasilkan sesuatu yang menakjubkan dalam pembelajaran mereka. "Pembelajaran melalui komputer juga dapat menghapus perasaan takut mereka terhadap komputer sebaliknya menerimanya sebagai sebahagian dari asas kehidupan harian," katanya. Menurut Ketua Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains Matematik dan Komputer, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Prof Madya Dr Tengku Mohd Tengku Sembok, berkata pembelajaran melalui komputer merupakan satu kaedah terbaik. Katanya, kanak-kanak berupaya mencapai tahap keupayaan pembelajaran yang cepat terutama untuk kanak-kanak lemah dan lembam. Melaluinya juga, ingatan kanak-kanak akan kekal lama dan mempunyai imaginasi tinggi. Bagaimanapun menekankan perisian yang ingin digunakan perlulah mempunyai pedagogi yang betul bagi memenuhi skop pengajian dan bukannya secara ad hoc sahaja. "Penggunaan komputer dalam pembelajaran juga mampu melahirkan kanak- kanak yang aktif dan dapat mengatasi masalah malu di kalangan mereka. Tambahan lagi komputer juga membantu tenaga pengajar untuk menerangkan lebih terperinci lagi mengenai sesuatu yang diajar," katanya. Kemungkinan buku tidak lagi digunakan dalam pembelajaran, Tengku Mohd berkata, ia sudah berlaku seperti ensiklopedia serta kamus yang boleh didapati dalam perisian (CD-ROM). AHLI kimia British banyak menghasilkan penemuan baru sekitar 1700-an dan salah seorangnya ialah Joseph Black, ahli kimia dan fizik yang terkenal dengan penemuan karbon dioksida, konsep haba tersembunyi dan penemuan bikarbonat. Black dilahirkan di Bordeaux, Peranchis dan melanjutkan pelajarannya di Belfast sebelum memasuki Universiti Glasgow untuk mempelajari ilmu perubatan dan sains sosial. Ketika di universiti itu, Black berganding dengan William Cullen, yang juga profesornya dalam pengajian kimia. Selain itu dia juga turut menjadi pembantu kepada Cullen untuk mendalami ilmunya itu. Pada 1751, Black melanjutkkan pelajarannya di Universiti Edinburgh untuk menamatkan pengajiannya dalam bidang kimia dan lima tahun kemudiannya dia menggantikan Cullen serta dilantik sebagai profesor bidang anatomi. Di samping itu dia juga turut mendalami ilmu fizik. Dalam pengkajiannya ketika itu, Black mendapati bahawa karbon dioksiida boleh bertindak sebagai asid yang diperolehi melalui peragian, pernafasan serta pembakaran arang dan dengan penemuan itu dia membuktikan bahawa kewujudan karbon dioksidaa di udara. Ketika membuat kajiannya di Universiti Glasgow, Black menemui konsep haba tersembunyi. Dia mendapati ais mudah cair apabila terdedah pada haba tanpa melalui sebarang perubahan suhu dan dia yakin bahawa haba itu mungkin bercampur dengan butiran ais yang akhirnya menjadi haba tersembunyi. Walaupun Black tidak membuat catatan mengenai namun kawannya James Watt yang mendapat idea daripada beliau untuk menghasilkan enjin kuasa wap. ((No: JUDUL: Berkenalan dengan Lotus 1-2-3 PENULIS: Chua Chooi See HARGA: RM12.95 PENERBIT: Federal Publications Sdn Bhd.)) ((Pix:- Kulit buku - Berkenalan dengan Lotus 1-2-3.)) PROGRAM Lotus 1-2-3 yang mula diperkenalkan pada 1983, kini terus menjadi program diminati ramai. Ia diakui sebagai perisian terunggul dan boleh dimanfaat secara meluas di bidang pendidikan. Selepas kira-kira 11 tahun diperkenalkan, program itu bukan saja terus popular dalam bidang pendidikan, malah penggunaannya diperluaskan dalam bidang perakaunan dan perniagaan. Berikutan itu, penjelasan mengenai program sama ada menerusi buku, media massa dan bahan cetak terus mendapat sambutan hangat. Sebagai contoh, buku Berkenalan Bersama Lotus 1-2-3 yang ditulis oleh Chua Choi See kini memasuki cetakan ke sembilan. Buku ini mengandungi 18 bab dengan 144 halaman yang pada keseluruhannya dibahagi secara tersusun mengikut kepentingan topik supaya pembaca mudah memahami program itu. Dalam kesibukan pembaca dan pengguna komputer mempelajari program itu, sudah tentu timbul di fikiran mengapa program itu dipanggil 1-2-3. Chua yang mempunyai pengalaman bidang komputer menjelaskan ia dipanggil 1-2-3 kerana ia mengandungi tiga program dalam satu perisian. Perisian itu menggabungkan tiga program iaitu helaian elektronik, grafik dan pengurusan data. Penggunaan setiap program dijelaskan secara terperinci dalam buku ini bermula dengan penjelasan mengenai Lotus 1-2-3 yang dimuatkan dalam dua bab. Pada bahagian ini tiga program yang ada dalam perisian dijelaskan bermula dengan helaian elektronik. Helaian elektronik adalah kaedah berkesan menggantikan penggunaan buku lejer, skrin komputer menjadi kertas, papan kunci menggantikan pensel dan pen, kalkulator yang menjadi komputer. Helaian elektronik adalah sekeping kertas graf yang disimpan dalam ingatan komputer. Ia mengandungi beberapa jalur dan baris. Data dimasukkan ke dalam helaian elektronik dengan menaip pada papan kekunci komputer. Kesilapan ketika memasukkan data boleh dibetulkan segera. Selain program helaian elektronik, pada bahagian yang sama, Chua turut menjelaskan secara ringkas apakah program grafik yang dikatakan berupaya menguatkan lagi program helaian elektronik dan pangkalan data yang berfungsi menyimpan data mengikut struktur pangkalan data yang dikehendaki. ((Pix:- Jan Ingenhousz.)) JAN Ingenhousz adalah seorang saintis Britain yang berjaya menemui proses fotosintesis, yang mana tanaman terdedah pada sinaran cahaya matahari akan meresapkan karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen. Anak kelahiran Belanda ini berjaya mencipta nama sebagai seorang doktor terkenal di London di antara 1765 dan 1768. Malah beliau adalah orang pertama mempraktikkan cara merawat penyakit cacar. Kejayaan merawat penyakit itu membolehkan Ingenhousz dilantik sebagai doktor kepada keluarga permaisuri Austria, Maria Theresa di Vienna walaupun ketika itu dia bertugas sebagai doktor pengiring di antara 1772 dan 1779. Sekembalinya ke London selepas berkhidmat di Vienna pada 1779, Ingenhousz berjaya menerbitkan buku hasil daripada penyelidikannya yang mendalam mengenai kesan bahan kimia terhadap fisiologi tanaman. Bahan penerbitan yang berjaya dihasilkannya itu ialah Kajian Terhadap Sayur-sayuran; Penemuan Terhadap Kuasa Menapis Udara Dalam Cahaya Matahari dan Kecederaan Berlaku Waktu Siang dan Malam. Ketika itu terdapat seorang ahli kimia British, Joseph Priestley berjaya membuat penemuan mengenai tanaman yang dapat dipulihkan melalui pengudaraan dan dimusnahkan oleh binatang. Bagaimanapun, Ingenhousz lebih cemerlang daripada Priestley kerana berjaya membuat penemuan lebih bermakna iaitu mengenai kepentingan cahaya untuk proses pemulihan semula tanaman dan hanya bahagian hijau pada tanaman sebenarnya menghasilkan fotosintesis. Ingenhousz yang berminat melakukan pelbagai kajian sains dan pada 1766 juga berjaya mencipta alat pengukuran terhadap jumlah tenaga yang dihasilkan melalui elektrik statik. Pada 1789 beliau muncul sebagai orang pertama berjaya membuat pengukuran terhadap pengaliran haba yang berlaku dalam batang besi apabila dipanaskan. ((Pix:- Juanna ... sesuai untuk kegiatan korporat.)) TOSHIBA akan memperkenalkan notebook model terbaru, T4800CT yang akan dilancarkan di Jepun sedikit masa lagi. Penolong Pengurus Besar, Bahagian Teknologi Maklumat, TeleDynamics Sdn Bhd, Juanna Fong, berkata notebook terbaru itu menawarkan pelbagai ciri tambahan dan kepelbagaian fungsi serta berkeupayaan tinggi. "Ciri itu sesuai untuk kegiatan korporat yang memerlukan sebuah komputer lasak dan boleh berfungsi dalam jangka masa lama," katanya. Tambahan pula, komputer yang disertakan sistem pemprosesan berkelajuan 75 megahertz yang disepadukan dengan ingatan lapan megabit membolehkan pergerakan grafik dilakukan secara berkesan. "Untuk memaksimumkan penggunaannya, model itu turut disertakan slot PCMCIA dan pelabuhan Stesen Meja IV," katanya. Keunikan lain komputer itu ialah mempunyai sistem audio dan disepadukan dengan sistem bunyi pada tetingkap Microsoft. Semua ciri itu disertakan dengan papan kekunci ergonomik, keupayaan mengurus kuasa, status ikon, jelas dan mudah dibaca pada paparan berwarna serta bermutu yang membuatkan Toshiba menjadi komputer mudah alih terunggul di peringkat antarabangsa. Keistimewaan lain model ini ialah skrin yang mempunyai ciri Thin Film Transistor (TFT) berwarna yang mampu menyokong 256 warna serentak. Melalui ciri ini, gambar yang terpapar dalam skrin boleh dilihat dengan jelas. Sementara itu, sistem kuasanya adalah lebih ringan dan mudah alih yang mampu bertahan sehingga dua jam. Sistem tenaga juga boleh dijimatkan melalui kawalan hot key. ((Pix:- Terbaru ... pencetak Laser Lexmark Win Writer 600 untuk kemudahan pengguna.)) LEXMARK International memperkenalkan IBM Laser Printer 4039 Plus dengan aplikasi tetingkap Mark Vision dan Lexmark Win Writer 600, pencetak laser yang berupaya memenuhi keperluan mencetak kepada lebih 40 juta pengguna sistem operasi Microsoft Windows. Mark Vision menawarkan rangkaian pencetak termaju berupaya berkomunikasi dua hala di antara pencetak dan komputer di samping membolehkan pengguna menyaksikan cara mesin itu beroperasi. Pencetak itu boleh disambungkan pada rangkaian Novell NetWare. Pencetak dengan pelbagai sistem bantuan operasi LAN itu mudah digunakan dan akan menjadikannya salah satu pelengkap masa depan dalam model perniagaan komputer di rantau Asean. Lexmark yakin ciptaan itu berupaya menyelesaikan salah satu masalah pengguna komputer peribadi iaitu melakukan kerja mencetak dengan berkesan tanpa perlu membuat sebarang pembetulan pada mesin pencetak. Menurut pengurus pemasaran Lexmark Singapura, Kong Chee Hoh, Lexmark menawarkan Mark Vision sebagai rangkaian tambahan pada pencetak pada pertengahan tahun ini bersama Apple Macintosh System 7. Jenis model pencetak yang dikeluarkan adalah IBM Laser Printer 4039 12R Plus, 12L Plus dan 16L Plus. Model 12R Plus dan 12L Plus berupaya mencetak 12 helai seminit manakala 16L sehingga 16 helai seminit. Lexmark juga memperkenalkan pencetak laser Win Writer 600 yang berupaya berkomunikasi dengan cepat dan berkesan melalui sistem operasi Windows pada hos komputer peribadi yang membolehkan pengguna mencetak secara talian terus. Pencetak jenis itu mempunyai ciri sistem pencetak Microsoft Windows dan logo Microsoft At Work. Prestasinya boleh ditingkatkan dengan bantuan perkakasan dan perisian komputer. Ia dibekalkan dengan ingatan 2MB berupaya membuat pengesanan dengan pantas sekiranya berlaku sebarang gangguan pada operasinya seperti kertas melekat atau sudah habis dan katus pitanya tidak dipasang. Selain itu, pencetak itu juga berkemampuan menampung kertas untuk dicetak sehingga 200 helai. Dengan bantuan perisian Microsoft At Work, membolehkan pencetak itu mudah digunakan serta bertindak sebagai platform kepada peralatan pejabat seperti mesin faks, mesin penyalin serta sistem telefon. KEWUJUDAN pelbagai alat komunikasi, memungkinkan jarak globalisasi menjadi mengecil. Itulah yang dialami pada dekad 20-an ini kerana kebanyakan perkhidmatan maklumat talian terus membenarkan anda membuat sesuatu melalui alat hubungan atau sebaliknya anda tidak akan memperolehi apa-apa maklumat. Sebenarnya, antara muka grafik mewujudkan keadaan yang menyeronokkan itu, lebih-lebih lagi apabila ejen dan pembantu pintar menjadikannya lebih bijak. Pada asasnya perkhidmatan talian terus, ejen dan pembantu pintar adalah benda serupa: bit data (kadangkala dipanggil sebagai objek atau mesej pintar) menggabungkan maklumat dan arahan. Sebagai contoh, tiada batasan bagi penghantaran data melalui arahan yang wujud pada sistem talian terus. Satu ejen boleh menghubungkan dengan ejen lain melalui komputer kawalan jauh. Mengikut proses, ejen boleh membuat keputusan ke manakah anda hendak pergi atau apakah anda hendak lakukan kemudian, berpandukan arahan anda. Sebagai contoh, anda mungkin boleh memberitahu ejen untuk pergi ke talian terus agensi pelancongan dan membeli tiket penerbangan ke New York pada masa yang ditetapkan dan harga semasa, sekaligus mendapatkan maklumat mengenai penerbangan dan tempat duduk. Jika ejen boleh menjalankan tugas itu, ia mungkin merealisasikan penggunaan elektronik secara berterusan dalam pasaran seperti membuat tempahan hotel dan pembelian tiket untuk pertunjukan di Broadway. Sebaliknya, jika perjanjian untuk tempahan tiket penerbangan gagal, ejen akan mengetepikan tempahan hotel dan rancangan untuk menonton teater. Maklumat mengenai kegagalan mendapatkan tiket penerbangan itu akan dimaklumkan kepada anda. Di samping itu, ejen juga akan memandu anda melalui talian terus dunia - yang menjadi label pembantu pintar. Contohnya ejen talian terus perkhidmatan membeli-belah, mungkin memandu anda berpandukan kepada sesi utama harga untuk barangan yang akan dijadikan hadiah atau kasut yang sesuai dengan ukuran anda. Sebenarnya, revolusi perkhidmatan talian terus itu dicetuskan oleh teknologi General Magic Telescript. Telescript adalah satu set peraturan dan alat perisian. ((Pix:- Menyilaukan ... tetingkap terbaru penyuntingan imej.)) PENYUNTINGAN imej satu cabang penting dunia perkomputeran kini mengalami perubahan apabila pembangun perisian memperbaharui perisian untuk tetingkapnya. Yang terbaru di pasaran ialah Tetingkap Kai Power Tools (KPT) yang dihasilkan daripada perisian yang dikenali sebagai HSC. Ia beroperasi pada program penyuntingan imej dengan memanipulasi penyertaan Adobe Plug. Ia kini menjadi program penyuntingan imej yang popular. Dengan sokongan Adobe Spec bermakna anda boleh meluaskan penggunaan penyuntingan imej dengan pelbagai produk berlainan termasuk Adobe Photoshop, Aldus Photostyler, Fractal Design Painter dan MIcrofax Picture Publisher. Bahagian terpenting kemasukan KPT ialah 25 penapis kemasukan terus seperti Diifuse More, Find Edges, Invert dan Noise yang muncul dengan mudah menerusi satu klik di menu item. Terima kasih kepada program termaju algorithme yang selalu menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Contohnya, kebanyakan program penyuntingan imej termasuk penapis spherize yang boleh membentuk illusi dunia daripada imej tiga dimensi. Versi KPT, lensa berkaca - menampilkan bentuk dunia yang lebih realistik, lengkap dengan kemudahan mengenal pasti dan mengesan bayangan. Jika KPT hanya menawarkan penapis serupa itu saja, ia terpaksa bersaing dengan Kesan Galeri Aldus, (Aldus Gallery Effects - pilihan dua suara dengan penapis kesan khas yang tidak serupa dengan KPT dan boleh dihidupkan secara persendirian serta menyediakan previu. KPT juga boleh meneroka `kawasan' baru dengan menyediakan set kedua penapis yang boleh membentuk keseluruhan imej baru. Tetingkap pop-up akan membawa anda ke dunia KPT. Di sini anda boleh bermain dengan algoritme yang boleh membentuk tingkat termaju dan perubahan susunan. Perkataan untuk operasi pada tetingkap penyuntingan imej itu ialah Play. Antara Muka Kepenggunaan KPT menggalakkan penciptaan bahan artistik dengan cara menghindarkan menu biasa dan butang radio dan membantu kepada kerja yang lebih berbentuk organik. Contohnya, Texture Explorer menggunakan tree-yes, tree-to-control dan darjah perubahan yang dilakukan secara rawak untuk setiap paten generasi baru. Membuat pilihan pada tahap root menghasilkan modest mutations, manakala pemilihan pada cawangannya membawa kepada keputusan mutasi radikal (radical mutation). Dengan adanya produk terbaru ini, pengguna terutama di kalangan ahli perniagaan boleh merasa selesa menggunakan KPT dengan satu langkah penapis, manakala artis pula lebih senang bagaimana program itu boleh menghasilkan kesan khas ke dalam permainan kreatif. BLACK Monday, Michealangelo dan Stoned adalah virus yang seringkali didapati mengancam komputer anda. Virus itu boleh dihalang, dikesan dan dibersihkan oleh Perisian Antivirus yang dikenali sebagai Armour. Selain itu, Armour berkebolehan untuk mengesan virus baru yang tidak diketahui namanya dengan menggunakan kaedah Model Corak Pengesan Kelakuan Virus (Virus Behavioural Pattern Detection Model atau VBPD). VBPD berfungsi sebagai penapis untuk mengawasi kelakuan virus dalam komputer. Manakala Armour System bertindak untuk mengawasi pelbagai kelakuan yang ditunjukkan oleh virus dalam komputer. ((Pix:- Pintar ... kamera keselamatan Yorick yang dikawal dengan motor berkomputer.)) KAMERA keselamatan yang digunakan di kebanyakan bangunan atau kawasan keselamatan kini dipertingkatkan lagi cirinya. Selain bertindak meninjau, ia juga mampu menjaga keselamatan dirinya daripada dirosakkan. Penyelidik di Universiti Oxford berjaya menghasilkan kamera keselamatan yang dikenali dengan Yorick, berupaya bertindak mengelakkan diri daripada kena lontar batu dengan cara membengkokkan dirinya. Kamera itu kemudiannya akan kembali kepada keadaan asalnya untuk mengesan pelontar batu tadi. Kuasa membengkokkan bahagian hadapan kamera itu digerakkan dengan motor yang dikawal oleh komputer. Kamera keselamatan itu mempunyai dua kamera sampingan yang terletak pada hujungnya yang berbentuk T, iaitu di bahagian tangan robotik. Komputer yang mengawal kamera itu boleh dirancangkan untuk membolehkannya bertindak mengesan sebarang objek. Dengan mengira kelajuan objek bergerak, kamera itu berupaya membuat andaian di mana bakal kedudukan objek itu nanti dan mengesannya dengan cepat. Ia juga berupaya bertindak segera sekiranya berlaku sebarang rintangan terhadapnya. Sekiranya diganggu oleh sebarang objek, Yorick akan bertindak segera dengan berpusing ke belakang dan terus menutup lensanya secara automatik. SISTEM rangkaian kerja (network) perlu dilindungi daripada virus kerana ia boleh merosakkan sistem dan komputer lain. Firebreak adalah perisian antivirus yang dicipta oleh RESolution (M) Sdn Bhd dengan Norman Data Defense System khusus untuk mengawal virus daripada merebak ke sistem rangkaian kerja. Ia bertindak mengesan virus yang ada dalam fail cakera liut komputer. Apabila komputer lain cuba menyalin fail itu maka Firebreak akan menghalang proses itu serta mengasingkan fail terbabit. Firebreak mampu mengesan 500 virus yang ada dalam komputer di samping tahan terhadap perubahan suhu tinggi. Selain itu, apabila pengguna komputer mencuba fail yang dijangkiti daripada pembekal (server) maka Firebreak akan menghalang proses itu dengan cara mengasingkan fail terbabit. PENGURUS Besar Cosmopoint, Idrus Mohd Satha, menggariskan beberapa fakta yang menyebabkan kurang membangunnya institusi latihan komputer milik Bumiputera di negara ini. Antaranya ialah pengusaha lebih cepat memikirkan untuk mendapatkan keuntungan tanpa mementingkan kualiti pelajaran yang diberikan kepada pelanggan atau pelajar mereka. "Akibatnya, mereka terpaksa menghadapi masalah terutama dalam kewangan memandangkan keuntungan itu digunakan untuk persediaan lain bukannya mementingkan kepada keperluan menyediakan komputer terkini," katanya. Selain itu katanya, Bumiputera tidak berupaya membuka sebuah institusi besar sebagaimana dilakukan oleh sesetengah ahli korporat bangsa lain yang berkemampuan menyediakan pelbagai kelengkapan secukupnya. Menurutnya, mereka tidak berani berbuat demikian kerana takutkan risiko yang akan dihadapi memandangkan pembukaan sesebuah institusi latihan komputer memerlukan belanja besar. Katanya, penubuhan Cosmopoint harus menjadi panduan dan teladan kepada pengusaha Bumiputera untuk menghasilkan sebuah institusi latihan komputer Bumiputera setaraf dengan institusi bangsa lain. Bagaimanapun katanya, Cosmopoint masih lagi berusia setahun jagung dan memerlukan nasihat serta tunjuk ajar dari pihak berpengalaman terutama dalam dunia komputer. ((Pix:- Canggih ... Micos dapat membantu buat keputusan.)) DALAM peperangan, kecekapan untuk memintas dan memusnahkan serangan daripada musuh adalah ciri utama untuk menentukan kemenangan dan kekalahan. Pelbagai sistem amaran awal, pertahanan, perhubungan dan persenjataan direka bagi memastikan kejayaan itu. Sistem Pemerintahan Modular Bersepadu atau Micos adalah satu sistem pertahanan dalam kapal perang yang menggabungkan sistem amaran awal, pemerintahan dan persenjataan. Ianya berfungsi untuk memudahkan pengumpulan data, memproses, menganalisis dan menentukan tindakan yang perlu diambil apabila musuh menyerang. Sistem Micos dilengkapi oleh alat pengesan seperti radar, alat bantu pelayaran, mesingun dan peluru berpandu. Ianya juga dilengkapi oleh pengesan haba (Thermal Detector) dan cahaya laser. Sistem Micos itu dipamerkan di Perkhidmatan Pertahanan Asia 94 (DSA 94) oleh pengeluarnya Stn Systemtechnik Nord di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini. Apabila peluru berpandu dilancarkan daripada kapal musuh dan mula menghampiri maka radar akan mula mengesannya. Kelajuan dan arah peluru berpandu musuh akan dirakamkan dalam bentuk data elektronik. Data itu akan dihantar oleh radar ke Pusat Pemprosesan Perhubungan Data (Data Link Processor) untuk dianalisis. Data yang dianalisis akan dihantar kepada Unit Taktikal di mana di sini keputusan akan diambil untuk memusnahkan peluru berpandu itu. Sebelum keputusan dibuat segala maklumat mengenai peluru berpandu itu seperti kelajuan, arah dan trajektori akan dinilai. Ini bagi memudahkan ramalan dibuat bagi menentukan di mana dan bila peluru berpandu musuh itu akan mengenai kapal. Tindakan itu perlu supaya apabila peluru berpandu penangkis ditembak ia akan tepat mengenai sasaran peluru berpandu musuh. Keputusan yang dibuat itu akan dihantar melalui maklumat elektronik kepada sistem Kawalan Persenjataan kapal (Fire Control System) di mana ianya akan memasukkan data mengenai kelajuan dan arah ke dalam peluru berpandu penangkis sebelum dilancarkan. Bagi mempercepatkan penghantaran data daripada satu stesen ke stesen lain Sistem Elektro-Optik digunakan. Selain itu, Sistem Micos boleh juga boleh dihubungkan dengan ibu pejabat pemerintah bagi bertukar-tukar maklumat mengenai situasi sebenar. Sistem Micos itu boleh dipasang di kapal Peronda Pesisir Pantai (OPV) atau kapal peronda yang kecil. ((Pix:- Mudah ... Bravo NB 4/25 menawarkan pelbagai aspek dalam keperluan komputer.)) NOTEBOOK Bravo NB 4/25 dari AST terpilih sebagai komputer peribadi bimbit terbaik yang menjimatkan dan mendapat markah tertinggi serta menduduki tangga 20 dalam majalah PC World. Malahan komputer itu juga mendapat tempat pertama dalam kategori penjimatan selepas sidang pengarang majalah itu membuat kajian sejumlah 32 sistem notebook dan memilih 10 PC bimbit berkuasa tinggi serta menjimatkan. Kejayaan Notebook itu berdasarkan kepada jangka hayat bateri, berat, ukuran, papan kekunci, alat penunjuk, daya peningkatan keupayaan dan kawalan pengurusan kuasa. Malahan reka bentuk keseluruhannya kemas dengan kawalan sistem berasaskan papan kekunci terbaik dan ruang sambungan ke RAM yang mudah. Bravo NB 4/25 diperkenalkan September tahun lalu menyediakan skrin LCD warna dual-scan STN 23.75 sentimeter berupaya menghasilkan imej warna jelas bagi skrin jenis matrik aktif dengan ketajaman dan kecerahan warna. Malahan ketika berlaku gerak balas, warnanya lebih baik berbanding dengan skrin warna STN biasa. Notebook itu juga antara komputer bimbit pertama yang menawarkan grafik local bus untuk pencapaian video sehingga tiga kali lebih pantas berbanding dengan komputer notebook lain. Dengan menggunakan kuasa mikropemproses Interl 25MHz 486SX, notebook Barvo itu dilengkapi dengan RAM 4MB yang boleh dipertingkatkan sehingga 20 MB; slot PCMCIA jenis III untuk modem, pilihan LAN dan penyampaian serta pemacu keras sehingga 170MB. Sistem komputer Bravo yang turut diperkenalkan termasuk PC Hijau, desktop Bravo LP; desktop Bravo LC 4/100 yang dipertingkatkan dengan pemproses Intel DX4 dan minitower Bravo MT 4/66d yang menjimatkan kuasa. Melalui pengenalan Bravo NB 4/25 itu, AST membekalkan komputer bimbit warna kepada pengguna dengan mempunyai segala aspek keperluan dalam komputer bimbit yang mampu dibawa kemana saja. Harga maksimum yang dikenakan bagi komputer bimbit itu ialah AS$2,750 (kira-kira RM7,425). ((Pix:- Berguna ... operasi pukat jerut menggunakan dua unit Power Blok.)) ((Pix:- Kelebihan ... rupa bentuk Power Blok.)) POWER Blok, alat menarik pukat yang tidak asing bagi nelayan. Di kalangan mereka ia dikenali sebagai `Robot' di mana digunakan dalam industri perusahaan Pukat Jerut sama ada Pukat Jerut Ikan atau Pukat Jerut Bilis. Kelebihan mengguna-kan Power Blok ialah tenaga dan bilangan awak-awak dikurangkan kepada 15 orang, operasi penarikan dipercepatkan iaitu memakan masa 40 minit, bilangan penarikan pukat diperbanyakkan sehingga lapan hingga sepuluh kali dan mengurangkan kos. Selain itu, Power Blok mampu untuk menarik beban seberat 2,000 kilogram dan mudah beroperasi. Power Blok terdiri dari-pada dua komponen iaitu komponen penggerak dan penarikan. Komponen penggerak terdiri daripada kuasa hidraulik (tenaga air) seperti pam, hos, motor dan injap itu disambungkan kepada enjin utama melalui hos ke pam hidraulik. Ia akan memberikan tekanan tinggi dalam minyak hidraulik menyebabkan komponen penarikan bergerak. Apabila minyak hidraulik sampai ke injap kawalan maka injap itu akan menentukan pergerakan takal. Manakala injap kawalan pula terdiri daripada empat tuil berbeza yang menentukan pergerakan lengan sama ada ke kiri, kanan, depan atau blakang serta pusingan takal. Operasi Power Blok dimulakan dengan menghidupkan enjin utama bot. Pergerakkan enjin itu akan memusingkan takal pada pam hidraulik bagi membolehkan minyak hidrolik dialirkan ke motor hidrolik melalui talisawat yang disambung antara kedua-dua komponen itu. Tekanan yang diwujudkan itu membolehkan minyak dialirkan ke motor melalui saluran hidraulik. Aliran minyak itu menghasilkan pergerakan pada motor bagi memusingkan takal Power Blok. Kelajuan dan arah lengan Power Blok ditentukan dengan mengawal injap kawalan yang terdiri daripada empat takal. Kelajuan takal ditingkatkan dengan menambahkan kelajuan enjin utama. ((No: Graphics (Art) - Sistem komunikasi data menerusi televisyen.)) ((Pix:- Terbaru ... DCN adalah sistem pengurusan persidangan pertama di dunia.)) ((Pix:- Goudsmith .. pereka cipta DCN.)) PENGELUAR barangan elektronik multinasional, Philips, memperkenalkan satu lagi teknologi digital ke bilik persidangan dikenali sebagai Sistem Rangkaian Kongres Berdigital atau Digital Congress Networking (DCN) di pasaran tempatan. Pelancaran sistem itu dilakukan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Serentak pelancaran itu, Philips juga mengetengahkan Sist1em Televisyen Antara Hubungan (ITV) untuk hotel, pusat percutian dan pusat konvensyen buat julung-julung kalinya ke negara ini. Kedua-dua sistem terbaru itu dikatakan berupaya memperkukuhkan kedudukan Philips sebagai pengeluar barangan elektronik dan sistem komunikasi terunggul di peringkat antarabangsa, selain daripada menyumbang ke arah peningkatan mutu perkhidmatan di hotel. Pereka cipta DCN, Henk Goudsmith, dalam satu sidang akhbar baru-baru ini, berkata DCN yang berfungsi sebagai sistem pengurusan persidangan bersepadu adalah inisiatif Bahagian Komunikasi dan Sistem Keselamatan Philips. Katanya, alat itu mampu menyediakan teknologi, reka bentuk dan sistem operasi persidangan terkini. "Ini kerana DCN menjadi produk pertama yang menyediakan sistem lengkap berdigital dan ia lebih baik berbanding kaedah konvensional yang menggunakan sistem analog," katanya. Beliau berkata, melalui ciri teknologi digital termaju, DCN adalah satu- satunya sistem yang berupaya menghindarkan gangguan dan kehilangan isyarat suara dan keistimewaan menjadikannya antara sistem yang mampu mengendalikan persidangan dengan cekap, cepat dan terancang. "Kekuatan itu berdasarkan kepada ciri sistem yang disertakan pada DCN sehingga ia mampu menyediakan satu platfom sesuai untuk pusat kongres antarabangsa, pusat persidangan hotel sehingga kepada bilik mesyuarat korporat," katanya. Kekuatan lain yang ada pada sistem DCN ialah ia boleh dipelbagai guna dan konfigurasi diubah suai ketika berfungsi ataupun ketika memanfaatkan alat itu dengan komputer peribadi (PC). Sebagai alat yang boleh bertindak secara bersendiri, DCN dikatakan mampu menyokong sehingga 240 mikrofon, manakala dengan sistem PC pula ia boleh menyokong 2,000 mikrofon. Contohnya, DCN berukuran kecil boleh beroperasi dari unit kawalan pusat dan satu unit mikrofon, manakala bagi konfigurasi yang lebih luas, perisian pada PC boleh digunakan untuk menghidupkan sistem. Ia sekali gus membolehkan pengendalian persidangan dilakukan menerusi monitor dan sistem pemerhati di tetingkap (windows). Menurut Goudsmith, penggunaan sistem itu boleh diperluaskan untuk persidangan besar menerusi modul perisian tambahan. "Tidak seperti sistem konvensional analog, DCN membenarkan pengguna memasuki perisian tetingkap di skrin dan menunjukkan secara terperinci bagaimana sistem itu berfungsi," katanya. DCN juga menyediakan sistem penterjemahan serentak. Melalui ciri itu, fungsi DCN boleh dipertingkatkan dan proses penterjemahan daripada pelbagai bahasa boleh dilakukan secara spontan mengikut keperluan sesuatu persidangan atau mesyuarat. Ciri ini sekali gus menghindarkan sebarang kesulitan ketika proses komunikasi. Mungkin tidak keterlaluan dikatakan ia juga mengelakkan sebarang keraguan atau kekeliruan dalam persidangan. Mengulas mengenai prospek jualan barangan terbaru itu, Goudsmith berkata: "Prospek jualan adalah cerah. Ini terbukti sejak diperkenalkan awal Februari lalu, Philips sudah menjual lapan unit DCN. Sementara itu, penyelaras projek, Alje Brouver, yang bertanggungjawab mengendalikan ITV berkata, ia adalah projek di mana Philips menyediakan satu perisian khas kepada sistem televisyen. "Perisian itu boleh memberi maklumat dan hiburan kepada lebih 5,000 bilik dalam sesuatu jangka masa. Ia sesuai dengan fungsi ITV dalam meluaskan perkhidmatan dan meningkatkan mutu hiburan di hotel," katanya. ((Pix:- Pix without caption.)) CARA menggunakan komputer peribadi (PC) juga penting bagi memastikan jangka hayatnya dapat ditingkatkan. Tabiat makan dan minum ketika menggunakan PC hendaklah dielakkan. Kemungkinan kelekaan ketika menggunakan PC boleh menyebabkan air atau habuk makanan tertumpah pada PC, terutama papan kekuncinya. Sekiranya kejadian itu berlaku, air akan meresap ke dalam papan kekunci dan merosakkan bahagian tertentu terutama wayar penyambung papan kekunci ke monitor. Apabila prestasi PC terjejas, ia boleh menyebabkan kerugian kepada pengguna terutama apabila PC itu tidak dapat digunakan untuk menyimpan sebarang data dan terpaksa dihantar untuk dibaiki. ((Pix:- Pix without caption.)) SEBAHAGIAN peserta sedang mendengar penerangan mengenai SmartStream Budget di seminar Managing Enterprise-wide Budgeting yang dianjurkan oleh D&B Software, di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini. ((No: Graphics (Statistics) - Peringkat pengguna: Individu, kumpulan, organisasi.)) PADA siri kedua ini, saya menumpukan kepada faedah yang boleh diperolehi daripada projek teknologi maklumat bagi membolehkan ia menjadi senjata strategik dan teknologi pemboleh. Dalam hubungan ini, tidak kira sama ada projek teknologi maklumat itu besar atau kecil, canggih atau kolot, yang paling utama pengguna akan menentukan sama ada sesuatu projek teknologi itu berjaya atau tidak. Walaupun pakar teknikal itu sama ada seorang, 25 atau 1,000 orang atau projek itu mengambil masa sehari, sebulan atau lima tahun, jika pengguna tidak merasakan faedah projek teknologi maklumat, maka tidak sempurnalah projek itu. Untuk tujuan itu, kita harus sentiasa peka dan menumpu tenaga kepada faedah yang boleh dirasai oleh setiap peringkat pengguna. Lebih penting, faedah ini boleh diukur melalui kejayaan sama ada secara kuantitatif atau kualitatif dan tidak mengikut emosi. Jadual di bawah memberikan rumusan faedah yang mungkin dicapai oleh projek teknologi maklumat. Faedah ini akan menjadi tumpuan perbincangan ruangan ini supaya teknologi maklumat boleh menguasai dan dimanfaat sebagai senjata strategik dan teknologi pemboleh. (Lihat jadual di bawah). Komputer Tidak Penting! DARI jadual itu, jelas sekali bahawa untuk menikmati faedah yang dipamerkan, penyelesaiannya mestilah merangkumi lebih daripada hanya sekadar menentukan komputer jenis apa yang harus diperolehi atau berapa keupayaan ingatannya atau berapa banyak data yang boleh disimpan. Perkara teknikal ini penting untuk penjual komputer dan bagi sesetengah orang teknikal yang masih lagi berada di alam impian mahukan komputernya supaya kedudukan mereka dilihat tersangat penting dan disegani oleh orang sekeliling. Macamlah juga projek sistem pengangkutan di Malaysia. Komputer seumpama kereta. Secanggih mana pun sesuatu kereta itu, jika tiada jalan yang elok, sistem lalu lintas yang sempurna tidak berfedah juga. Seseorang mekanik kereta yang baik, kalau hendak menjadi seorang peracang dan pelaksana sistem perhubungan darat, mestilah menyedari dan memahami asas dan tumpuan seharusnya berbeza. Jika masalah sistem perhubungan darat hanya sekadar dinilai daripada prestasi kereta, maka sudah lama kita boleh selesaikan cabaran itu. Mana tidaknya? Mekanik, sebagaimana orang pandai komputer, berlambak-lambak di Malaysia. Semuanya hebat-hebat. ((Pix:- XYPLEX SX-3141 dan SX-3140 Hub ... di pasaran.)) ADA dua Pusat Kumpulan Kerja Berkembang (PKKB) atau Expendable Workgroup Hubs iaitu jenis 3140 dan 3141 diperkenalkan oleh Xyplex di pasaran tempatan. Kedua-duanya apabila digabungkan boleh menyambungkan 48 bahagian rangkaian kerja (network) dalam bentuk unit tunggal. Unit asas 3140 mempunyai alat pelabuhan (ports) 24 10Base-T sebagai tulang belakang kepada tiga bahagian penting sambungan itu dan membekalkan kuasa serta agen SNMP. Manakala unit pengembangan 3141 apabila disambungkan dengan 3140 menyediakan 24 tempat pelabuhan tambahan. Pengurus Pemasaran Xyplex Kawasan Asia, Leong Howe Way, berkata PKKB 3140 yang diperkenalkan di pasaran untuk melengkapkan Pusat Rangkaian Jalan 9000 (Network 9000 Routing Hub). "Pengurus rangkaian boleh memasang Pusat Rangkaian Jalan 9000 di bahagian tengah di dalam sistem pendawaian komputer dan 3140 di kumpulan kerja kecil yang boleh didapati di seluruh bangunan," katanya. PKKB direka untuk memberikan pilihan yang luas kepada pengguna daripada rangkaian konfigurasi hingga pengurusan rangkaian. Sebagai tambahan kepada alat pelabuhan 24 10Base-T ia membekalkan 15 pin AUI kepada unit asas Pusat 3140. Versi 3140 boleh diperolehi bersama-sama 10Base-2 (wayar halus) dan 10Base-F (optik fiber) bagi membolehkan unit berkenaan disambungkan kepada tiga rangkaian kerja berasingan. PKKB juga menawarkan pelaksanaan sistem SNMP sepenuhnya. Agen Pengurusan SNMP berdasarkan SNMP MIB II iaitu sambungan Xyplex MIB dan Ethernet Repeater MIB. Agen SNMP ini membenarkan penggunaan pengurusan seperti perisian Titik Kawalan Xyplex untuk HP OpenView dan SunNet Manager. Unit asas 3140 mempunyai dua kriteria utama iaitu paparan LED dan panel joystick. Bagi kegunaan pengurusan, 3140 boleh dioperasi daripada papan suis. Papan suis itu berkenaan boleh disambungkan kepada terminal ANSI atau komputer peribadi di mana ia dihubungkan kepada pelabuhan RS-232 di bahagian 3140 atau melalui rangkaian Telnet. Unit asas 3140 Hub dan 3141 Hub mempunyai jaminan selama tiga tahun daripada kerosakan oleh pengeluarnya. NORLISAH Kasim 10, Kg Sri Lambak, Jln Abdullah 86000 Kluang, Johor Minat Game Komputer IBM Zaituliffah Abu Bakar 9-1, Jln Junid 84000 Muar, Johor Tel 06-911177 Minat berkenalan Komputer Hanson dan Samatron Ahmad Shah Hashim Caw Pendidikan dan Latihan 8 JTD Kem Mahkota 86000 Kluang, Johor Minat berkenalan Komputer IBM Amily Fikry 2637 Bkt Petaling Flat, Jln Belfield 50460 Kuala Lumpur Tel 2488407 Minat Games, printshop Komputer BMC Wan Md Fakhrul Syerizam 8, Tmn Sri Nering 22000 Jertih, Terengganu Tel 972051 Minat Berkenalan Komputer IBM Ridzwan Yusoff mt246, Tmn Sinn 75050 Semabok, Melaka Minat Berkenalan Komputer IBM Norliza Razak 133 Rumah Rakyat, Lukut, Bt 3, Jln Seremban 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan Minat Ingin mendalami bidang komputer Komputer IBM Azmil Mamat Nawi A162, Bandar Seri Bandi 24000 Kemaman, Terengganu Minat Lotus 123,dbase Komputer Aztech Zurina Mohd Khir 32, Kg Kuala Alor, Jln Alor Mengkudu 05400 Alor Star, Kedah Tel 04-724517 Minat Semua program komputer Komputer IBM Badrul Hisham Ayob 133, Jln Berjaya 4, Tmn Berjaya, Sg Choh 43000 Kajang, Selangor Minat Berkenalan Komputer IBM Suhana Md Zain 874, Jln Kedidi 2, Tmn Paroi Jaya 70400 Seremban, Negeri Sembilan Tel 06-778894 Minat Sceince search dan berkenalan Komputer Educational computer Wan Norafli Razali 131, Jln Bidara 2/2, Tmn Bidara 2, 68100 Bt Caves, Selangor Tel 6183380 Minat permainan komputer,astronomi Komputer ibm Nik Khairol Anezam Mohd Yazin 305, Blok A4, Seksyen 1, Wangsa Maju 53300 Setapak, Kuala Lumpur minat Lotus 123, dbase Komputer BMC Mohd Nadzri Zainol Rashid 292, Tmn Uda, Jln Sultanah, Alor Star, Kedah Tel 04-71093 Minat Page Amker, dbase 111 plus Komputer Copam Chong Wei Ming 1978, Tmn Rasek Jaya 7-300 Seremban, Negeri Sembilan Tel 06-619173 Minat Game Komputer PC Ngai Hon Meng 31, Jln Bkt Midah, Tmn Midah, Cheras 56000 Kuala Lumpur Tel 9311321 Minat ingin bertukar idea Komputer IBM Mohd Fahozly Othman Lot 797 Matang Gerdu 34300 Bgn Serai, Perak Minat Wordstar, dbase Komputer Apple Nordin Md Salleh 5, Desa Haji Yassin 82200 Benut, Pontian, Johor minat Berkenalan Komputer IBM Faizatul Hanim Affendi 489d, Jln Sg Udang 41250 Klang, Selangor Minat Wordstar, Lotus Komputer IBM Aqmar Ahmad Haikal l1923 Tmn Riong 18500 Macang, Kelantan Tel 09-952832 Minat Print shop de luxe, banner Komputer IBM ((Pix:- Pix without caption.)) SILENTWRITER SuperScript 610, mesin cetak terbaru keluaran NEC Corporation dilancarkan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Ia adalah mesin cetak pertama di dunia yang menggunakan teknologi tetingkap Graphical Device Interface (GDI). Dua tetamu khas daripada NEC Corporation yang hadir di majlis pelancaran itu ialah Pengurus Besar Bahagian Mesin Cetak, NEC, Yoshisuke Takekida (tiga dari kiri) dan Pengurus Promosi, M Tsujimoto (dua dari kiri). Hadir sama ialah pengurusan NEC Sales & Services Malaysia. Dari kiri ialah Penyelaras Perniagaan, Bahagian Promosi, Tetsuo Oda, Pengurus Pemasaran, Dave Chong dan Pengarah Urusan, T Imada. ((Pix:- Pix without caption.)) PENGARAH Teknikal IPC Systems (M) Sdn Bhd, Tony K H Wong (tengah) 3 menerangkan cara penggunaan komputer melalui sistem perisian terbuka SCO kepada dua kakitangannya iaitu Pegawai Perhubungan Korporat, Quek Wai Leng (kanan). Eksekutif Bantuan Sistem, Yip Tuck Loong, di majlis perasmian seminar mengenai reka bentuk PCI local bus baru-baru ini. ((No: Graphics (Art) - (Sistem tubuh manusia).)) DR Ichak Adizes dalam bukunya How Organizations Are Born, Grow, Age and Die, menyarankan organisasi adalah satu organisme yang hidup dan bernyawa. Sebagai organisme bernyawa, ia memiliki sistem yang membolehkannya bertindak mengikut keperluan sendiri dan kepada alam serta keadaan sekeliling. Pergerakan organisasi adalah hasil gabungan pergerakan bahagian yang lain. Sehubungan itu, pergerakan bahagian tertentu memberi kesan kepada bahagian lain dan mempengaruhi keberkesanan pergerakan keseluruhan organisasi. Contohnya, seseorang yang hendak bergerak dari A ke B, pelbagai sistem dalam badan akan berfungsi untuk membolehkan kita melakukannya. Otak akan berfikir berapa jauhkah jarak perjalanan. Sistem perasaan pula akan beriltizam untuk menentukan seseorang itu sampai ke tempat yang dituju. Mata akan menumpukan perhatian kepada perjalanan dan memastikan fakta yang akan memudah atau menghalang perjalanan. Kaki kiri dan kanan akan bergerak mengatur langkah. Ketika proses itu, jantung bergerak lebih pantas mengepam darah untuk oksigen supaya ia memberi tenaga dalam meneruskan perjalanan serta bermacam lagi. Walaupun contoh itu mungkin tolol dan terlalu ketara, ia adalah satu konsep penting. Bayangkanlah sekiranya dalam perjalanan itu mata kita melilau dan kaki kiri dan kanan bergerak dalam arah berasingan. MAKLUMAT ADALAH SEMBOYAN DALAM ORGANISASI: Bagaimana mata boleh tahu apa yang perlu diperhatikan atau bagaimana kaki boleh memastikan cara bergerak supaya ia boleh melangkah dengan teratur sehingga sampai ke tempat yang hendak dituju. (LIHAT GRAFIK MANUSIA) PERGERAKAN ORGANISASI MENYERUPAI SISTEM TUBUH MANUSIA: Sebenarnya, semua penyelarasan itu dilakukan oleh sistem saraf utama yang menghantar semboyan tertentu dari otak ke mata, kaki hingga ke jantung. Tidak ketinggalan juga tangan dan pinggul mencantikkan perjalanan. Dalam sesutau organisasi, semboyan adalah maklumat yang dihantar dari satu bahagian ke bahagian lain dalam organisasi. Semboyan menentukan supaya setiap bahagian organisasi bergerak dengan berkesan berdasarkan keperluan dan fungsi organisasi. CIRI PENTING MAKLUMAT: Bagi membolehkan organisasi bergerak dengan berkesan, maklumat yang diterima dan diproses hendaklah mempunyai beberapa ciri utama. Pertama, ia mestilah tepat dan membayangkan keadaan sebenar. Bayangkanlah sekiranya kita teraba-raba dalam gelap dan terpegang tengkuk ular tedung sedangkan yang dicari adalah benda lain. Kedua, maklumat yang disampaikan hendaklah mantap supaya ia tidak diragui. Sebarang keraguan akan melengahkan proses membuat keputusan dan ini akan melumpuhkan pergerakan organisasi. Ketiga, maklumat hendaklah disampaikan dan diterima tepat pada masa dan ketika. Cuba bayangkan kalau kaki kita tercurah air panas dan tiada sesuatu yang menyebabkan kita menarik kaki itu. Tidak cukup sekadar kita berteriak saja. Jika salah satu ciri maklumat itu diabaikan, hanya masa saja yang menentukan terkuburnya organisasi itu bersama organisasi lain yang tergelempang. Selepas itu tidak kira siapa yang bersalah atau benar. Ikuti tulisan Marx Aidiet minggu depan yang mana perbincangan beliau pada ruangan akan datang bertumpu kepada fungsi teknologi maklumat dalam organisasi. SISTEM pertahanan badan (sistem imuniti) adalah senjata yang paling berkesan untuk melawan penyakit yang ada dalam tubuh. Seperti juga tubuh badan, komputer memerlukan sistem imuniti untuk melawan virus yang menyerangnya. PC Safe Data Guardian adalah perkakasan (hardware) komputer yang direka khusus untuk memberikan imuniti kepada komputer daripada serangan virus. Ia mengesan dan melindungi komputer dengan cara memastikan virus sentiasa berada dalam fasa dorman (fasa di mana virus berada dalam keadaan tidak aktif) supaya ia tidak boleh membiak dan merosakkan komputer. Kelebihan menggunakan perkakasan PC Safe Guardian berbanding perisian (software) antivirus lain ialah ia mengesan dan menghalang infeksi daripada sebarang jenis virus yang diketahui atau yang baru dikesan dalam komputer. Selain itu, sistem antivirusnya tidak perlu dipertingkatkan bagi melawan virus baru yang dikesan. Ini disebabkan ia berupaya mengesan `tanda-tanda awal' kegiatan virus dalam komputer berbanding perisian pertahanan lain yang terhad kebolehannya kerana sudah dimasukkan arahan untuk melawan virus tertentu berdasarkan kod yang ditunjukkan oleh virus itu. NORAFDILLAINIE ABDULLAH 759 Tmn Intan, Tlk baru 15200 Lundang, Kota Bharu, Kelantan Minat Wordstar, drawing Komputer IBM JUHAIDA MOKHTAR 426 Kg Bkt Kepayang, Jln Mentakab 28000 Temerloh, Pahang tel 09-292234 Minat dbase Komputer IBM MOHD SARIZAL SAID BP36A, Jln Rengam, Spg Rengam, Kluang, Johor 86200 tel 756016 Minat wordstar Komputer IBM, Olivetti NASRUDDIN SAI 11, Tmn PKNK, Sg Petani 08600 Kedah tel 478329 minat dbase, lotus Komputer 486 SX 20 SYED AHMAD 96, Jln Cenderai Satu, Lucky Garden, Bangsar 59100 Kuala Lumpur tel 2531691 Minat Jurassic Park Komputer Compatible IRFAN MUASHIK JANTAN 68 Kg RKT Sg Merab 43000 Kajang, Selangor Minat Berkenalan Komputer IBM YUSOFF NAWAWI 758 Lrg 16, Tmn Bandar Baru 08000 Sg Petani, Kedah Minat dBase, pagemaker Komputer Micro System MOHD NAZIR WAHID K12/13 Kg Tengah, Kijal, 24100 Terengganu Minat Berkenalan Komputer IBM KHAIRULSHARUL ZARIN 17 Desa Hadayat, Pekan Nanas, 81500 Johor Tel 894202 Minat berkenalan Komputer IBM KAMARUL ARIFFIN ABD RASHID 17 Lrg Mawar 1, Tmn Mawar, Kg Pinang Jawa 98050 Kuching, Sarawak Tel 082-429294 Minat Windows 3.2, profesional writer Komputer Explorer AZMAN SHARIFF 15-3b, Jln PJS 10/4, Subang Indah 46000 Petaling Jaya, Selangor Minat Paradox framework Komputer Optima ZAINUDIN MOHD YASIN Balai Polis Daerah P O Box 28, 89807 Beaufort, Sabah Minat berkenalan Komputer IBM NIK ZULKIFLI WAN ISMAIL Lot 658 Prt limbat 16150 Kota Bharu, Kelantan tel 09-941372 Minat Berkenalan dan berkongsi pengalaman Komputer Alt 486 FELECIA MICHELLE 587, Lrg satu, Jln Kedandi Labuan Jaya 93350 Kudung, Sarawak Tel 454872 Minat Berkenalan Komputer IBM ZAINUDDIN MOHD YASSIN Balai Polis Daerah P.O.Box 28, 89807 Beaufort, Sabah tel 211222 Minat Berkenalan Komputer IBM ALI RAHMAN HAJI OMAR Lot 4818 Jln Kecil Sg Bakong, Lumut 7390 Negara Brunei Darulsalam tel 6733236426 Minat Lotus 123, word perfect Komputer Aztech 486 SX HASMADI HAJI OTHMAN 4f/3.07 Kolej Petronas, UUM 06010 Jitra, Kedah tel 09-743128 Minat Windows application dan semua jenis software terbaru Komputer Classic 3860x40 VISALETCHUMI A/P SUBRAMANIAM 27, Jln 48, Desa Jaya, Kepong 52100 Selangor tel 6350994 Minat Semua jenis programming Komputer IBM FAISAL LEE ABDULLAH 1C, Tgk 1, Jln Raja Chulan 33000 Kuala Kangsar, Perak Minat Bertukar pendapat Komputer IBM LAVERAN adalah seorang doktor, ahli patologi dan parasitilogi Perancis terkenal yang berjaya menemukan sejenis parasit yang menjadi punca demam malaria pada manusia ketika beliau bertugas di Algeria pada 1880. Kejayaan menemukan punca penyakit protozoal, memungkinkan Laveran menerima Hadiah Nobel dalam bidang fisiologi (perubatan) pada 1907. Beliau yang dilahirkan di Paris pada 1845, menerima pendidikan awal dalam bidang perubatan di fakulti perubatan Strasbourg. Beliau pernah berkhidmat sebagai pakar bedah tentera ketika meletus peperangan di antara Perancis dan Jerman (1870 dan 1871). Selepas peperangan itu, dia tetap meneruskan kajian sambil mengajar perubatan dalam tentera sehingga 1897, sebelum menerima tawaran berkhidmat di Institut Pasteur, Paris. Laveran menjadi tenaga pengajar berpengaruh dalam usaha memperkembangkan kajian terhadap ilmu perubatan untuk penyakit tropika. PROSES membangun dan melindungi perisian adalah tugas mencabar kerana kecuaian akan mengakibatkan perisian itu dirosakkan oleh virus komputer. Oleh itu, pengguna perlu bijak menggunakan perisian supaya tidak dirosakkan oleh anasir luar yang sentiasa mengintai untuk memasuki perisian pengguna. Sewajarnya sesuatu perisian perlu dilindungi kerana kos membangunkannya bukannya murah, apatah lagi jika dicampur kos tenaga kerja dan perkakasan komputer yang sudah dilabur untuk membangunkan perisian itu. Bagaimanapun, sejak komputer peribadi (PC) diguna dengan meluas di negara ini, perisian boleh diperolehi dengan mudah di pasaran, lebih-lebih lagi sesuatu perisian itu boleh dibeli, disalin dan dicetak rompak dengan mudah daripada kawan-kawan. Namun akta cetak rompak dan penguatkuasaan undang-undang boleh menyedarkan pengguna betapa perbuatan menyalin perisian atau membeli versi cetak rompak adalah amalan tidak sihat yang perlu dihentikan segera. Sebenarnya, perlu diketahui ada banyak sebab mengapa kita memerlukan set perisian asli. Sekiranya pengguna mudah memperolehi perisian dengan membuat salinan atau membeli versi cetak rompak, ia bermakna pengguna itu akan menutup periuk nasi pencipta tadi. Yang menguntungkan ialah orang yang menjalankan perniagaan cetak rompak. Peniaga seperti itu tidak pernah prihatin terhadap pengguna kerana mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Keperluan set perisian asli juga penting bagi mengelakkan berlakunya virus yang akan mengakibatkan kerugian beribu ringgit. Sudah terbukti ancaman virus wujud daripada amalan suka membeli perisian versi cetak rompak. Sekiranya pengguna membeli perisian asli, mereka juga akan memperolehi set manual rujukan untuk meningkatkan kemahiran di samping berupaya meningkatkan perisian itu dengan versi terbaru tanpa perlu membayar premium tinggi. Malahan sekiranya berlaku kerosakan terhadap perisian itu, perkhidmatan sokongan boleh diperolehi daripada pembekal perisian berdaftar. Sehubungan itu, sudah tiba masanya pengguna PC di Malaysia menggunakan perisian asli berdasarkan kelebihannya, di samping harga perisian sekarang agak murah dianggarkan di antara RM300 dan RM3,000. ((Pix:- Mantap ... Ho (tiga dari kiri) bersama-sama dengan Christopher Slade (kiri sekali), Pengarah bahagian Perodua Hood Abu Bakar dan Cheah menunjukkan dokumen yang mereka tandatangai.)) PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua), menandatangani perjanjian untuk membeli sistem komputer dan perisian berjumlah RM1.5 juta daripada Hewlett Packard dan Oracle untuk meningkatkan kecekapan operasinya. Perjanjian pembelian itu ditandatangani di antara Ketua Eksekutif Perodua, Ho Tet Kheong dengan Pengarah Urusan Hewlett-Packard, Cheah Kean Huat dan Pengarah Urusan Oracle, Christopher Slade di Carcosa Seri Negara, Rabu lalu. Berdasarkan perjanjian itu, Perodua akan dibekalkan dengan model Hewlett Packard (HP) 9000 Model G60 dengan kekuatan ingatan 128 megabit dan enam gigabit untuk cakera penyimpan, manakala HP 9000 Model E35 dengan kekuatan ingatan 64 dan dua gigabit untuk cakera penyimpan. Manakala Oracle membekalkan sistem pengurusan pangkalan data (database management) dan penggunaan perisian. Ho dalam ucapannya berkata, penggunaan komputer dan perisian itu adalah bukti kesungguhan Perodua untuk muncul sebagai pengeluar kereta terunggul dalam industri automotif di Malaysia. "Sistem komputer dan perisian yang akan dipasang di Perodua adalah sebahagian daripada pendekatan bersepadu dalam pengurusan yang akan meningkatkan kecekapan pengeluaran kenderaan. "Kunci kejayaan kepada industri automatif ialah kebolehan memenuhi permintaan pasaran. Dengan menggunakan Teknologi Maklumat (IT), Perodua boleh membina sistem sokongan pengedar yang kuat dan mampu mengesan sebarang perubahan permintaan dalam pasaran," katanya. Beliau berkata, maklumat adalah perkara terpenting dalam perniagaan dan Perodua menyedarinya. "Kami memilih untuk menggunakan sistem perkhidmatan pembekal pelanggan (client server) kerana mendapati ia mampu untuk memenuhi cita-cita kami dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan," katanya. ((Pix:- Pix without caption.)) MANUSIA sering memikirkan bagaimana binatang seperti dinasour dan tumbuhan yang ada di atas muka bumi ini boleh pupus. Apakah faktor yang mempengaruhi kepupusan mereka? Kemungkinan kepupusan mereka kerana perubahan cuaca seperti pancaran matahari yang menjadi terlalu panas dan menyebabkan suhu meningkat. Bagi menjawab persoalan itu, saintis perlu melakukan kajian terperinci bagi mengetahui keadaan sebenar persekitaran dunia ketika itu. Dalam menjalankan kajian saintis terbabit memerlukan satu alat yang mampu menjadi rujukan keadaan persekitaran. Daripada kajian itu, saintis terbabit mendapati terumbu karang mempunyai potensi digunakan bagi mengesan kejadian yang berlaku beratus juta tahun dahulu dengan menggunakan kaedah yang dikenali sebagai Sclerochronologi (kajian pita rakaman menggunakan gelang cerah dan gelap yang ada dalam terumbu karang). Kaedah itu memanfaat terumbu karang sebagai bahan penunjuk persekitaran kerana mempunyai gelang cerah dan gelap yang mampu merakam sebarang perubahan di sekelilingnya. Pembentukan gelang cerah dan gelap akibat kegiatan pengeluaran makanan oleh algae zooxanthellae dalam terumbu karang, yang mana ia banyak bergantung kepada cahaya matahari dan suhu. Kadar cahaya yang tinggi dan suhu sederhana (29 darjah celsius) menyebabkan kegiatan pengeluaran makanan oleh zooxanthellae menjadi maksimum dan mempercepatkan proses pemendakan bahan organik. Akibat pemendakan bahan organik yang cepat itu berlakunya proses mampatan dan membentuk gelang cerah. Jika berlaku sebarang perubahan ke atas cuaca seperti kadar cahaya rendah dan suhu menjadi tinggi, menyebabkan berlakunya gangguan ke atas kegiatan pengeluaran makanan oleh zooxanthellae. Ia juga memberi kesan ke atas proses pemendakan bahan organik dengan menjadikan ia lenih perlahan serta kadar pemampatan menjadi rendah yang mana akan menghasilkan gelang gelap. Pemendakan pula membentuk lapisan yang mana setiap lapisan menggambarkan umur terumbu karang itu. Contohnya, Acropora membesar sebanyak 10 milimeter setahun dan ini bermakna ia mengambil beratus-ratus juta tahun untuk mencapai ukuran beberapa ratus meter persegi. ((Pix:- Borland dBase IV ... Pangkalan data UNIX yang paling mudah dimanfaat.)) BORLAND (M) Sdn Bhd yakin menguasai 70 peratus pasaran pangkalan data (database) di Malaysia dengan pelancaran dBASE IV versi 2.0 untuk program UNIX, baru-baru ini. Pengurus Besarnya, Andy C L Woo, berkata keyakinan itu berdasarkan penerimaan yang meluas program dBASE IV oleh pengguna komputer di Malaysia, di samping ia mudah digunakan. "dBASE versi 2.0 ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding yang lama seperti kemampuan menyimpan rekod sebanyak satu bilion per jadual, sokongan susunan hingga 65,535 elemen, lebih pantas dan sistem keselamatan. "Ciri ini memudahkan pengguna membina sebarang jadual tanpa perlu arahan tambahan pada perisian dengan arahan yang sama walaupun ia adalah versi terbaru," katanya. Andy berkata, kecekapan pengguna dBASE akan dapat ditingkatkan, di mana mereka yang biasa dengan program itu boleh menjalankan tugas dengan lebih berkesan. "Pengguna akan mendapati dBASE IV versi 2.0 ini lebih berkuasa berbanding versi lama seperti dBASE IV 1.5," katanya. Borland International Incorporation diasaskan pada 1983 oleh Philippe Kahn yang menjadi pembekal utama perisian pangkalan data dan program bahasa untuk komputer peribadi di dunia. Borland Malaysia pula bertanggungjawab menjalankan perniagaan di Rantau Asia termasuk India, Sri Lanka, Pakistan dan Filipina. dBASE pernah dianugerah Hadiah Pembaca oleh Majalah CIO 1993 kerana kebanyakan pengguna mendapati ia mudah digunakan bersama UNIX. Beliau berkata, pergerakan aplikasi dBASE IV 2.0 daripada Sistem Pengoperasian Cakera (DOS) kepada UNIX adalah mudah dan lebih cepat dengan kos penggunaan yang rendah. Katanya, Borland menawarkan potongan harga kepada pelanggan yang membeli dBASE IV dalam masa 11 hari daripada tarikh ia dilancarkan iaitu pada 20 Mei lalu. dBASE IV versi 2.0 untuk program UNIX menawarkan pelbagai arahan tambahan seperti sistem 4GL, tetikus, penggunaan antara muka (interface) dan penapis berkuasa tinggi untuk mempercepatkan proses penghantaran data. Selain itu, dBASE IV versi 2.0 boleh digunakan untuk unit pusat pemprosesan (CPU) berkuasa 386 atau 486 berserta stesen kerja ISA EISA dan PS/2. ((Pix:- Wolf ... membuat penyelidikan.)) MAX Wolf adalah perintis yang memanfaat kaedah fotografi untuk membuat penyelidikan terhadap astroid. Dengan kaedah itu, beliau akhirnya berjaya menemukan 228 daripada astroid itu. Beliau yang juga seorang ahli kaji bintang Jerman mula menunjukkan minat dalam bidang itu ketika berusia 21 tahun apabila berjaya menemui komet Wolf. Pada 1890, dia dilantik sebagai pensyarah di Universiti Heidelberg dan setahun kemudian mengadaptasikan penggunaan kamera pada sebuah teleskop yang menggunakan kuasa motor untuk melihat astroid. Dengan menggunakan cara pendedahan masa, Wolf berjaya membuktikan semakin laju astroid bergerak (yang digambarkan pada fotografi) maka ia akan membentuk garisan pendek membentuk satu titik cahaya yang akan menjadi bintang. Kepakaran yang dimiliki itu tidak disia-sia oleh pihak tertentu sehingga membawa kepada perlantikannya sebagai pengarah pusat penyelidikan Konigstuhl sebelum dilantik sebagai profesor dalam bidang Astrofizik di Heidelberg. Sembilan tahun kemudian beliau berjaya menduduki kerusi astronomi di Heidelberg. Antara kejayaan terbesar beliau ialah membuktikan kewujudan awan hitam dalam Galaxy melalui pengkajian fotografik. Malah beliau adalah orang pertama yang menggunakan stereocomparator (sejenis teropong stereo) yang banyak membantu kepada penemuan serta pengenalan terhadap pelbagai objek bergerak. Pada 1906, Wolf menemui Achilles, Planet Trojan yang pertama, dua kumpulan astroid yang bergerak mengelilingi matahari di orbit Jupiter, satu kumpulan astroid pada kedudukan 60 darjah di hadapan Jupiter dan satu kumpulan di belakangnya. NORAFDILLAINIE ABDULLAH 759 Tmn Intan, Tlk Baru 15200 Lundang, Kota Bharu, Kelantan Minat Wordstar, drawing Komputer IBM JUHAIDA MOKHTAR 426 Kg Bkt Kepayang, Jln Mentakab 28000 Temerloh, Pahang Tel 09-292234 Minat dbase Komputer IBM MOHD SARIZAL SAID BP36A, Jln Rengam, Spg Rengam, Kluang, Johor 86200 Tel 746016 Minat Wordstar Komputer IBM, Olivetti NASRUDDIN SAI 11, Tmn PKNK, Sg Petani 08600 Kedah Tel 478329 Minat dbase, lotus Komputer 486 SX 20 SYED AHMAD 96, Jln Cenderai Satu, Lucky Garden, Bangsar 59100 Kuala Lumpur Tel 2531691 Minat Jurassic Park Komputer Compatible IRFAN MUASHIK JANTAN 68 Kg RKT Sg Merab 43000 Kajang, Selangor Minat berkenalan Komputer IBM YUSOFF NAWAWI 758 Lrg 16, Tmn Bandar Baru 08000 Sg Petani, Kedah Minat dBase, pagemaker Komputer Kicro System MOHD NAZIR WAHID K12.13 Kg Tengah, Kijal, 24100 Terengganu Minat berkenalan Komputer IBM KHAIRULSHARUL ZARIN 17 Desa hadayat, Pekan Nanas, 81500 Johor Tel 894202 Minat berkenalan Komputer IBM KAMARUL ARIFFIN ABD RASHID 17 Lrg Mawar 1, Tmn Mawar, Kg Pinang Jawa 98050 Kuching, Sarawak Tel 082-429294 Minat Windows 3.2, profesional writer Komputer Explorer AZMAN SHARIFF 15-3b, Jln PJS 10/4, Subang Indah 46000 Petaling Jaya, Selangor Minat Paradox framework Komputer Optima ZAINUDIN MOHD YASIN Balai Polis Daerah PO Box 28, 89807 Beaufort, Sabah Minat berkenalan Komputer IBM NIK ZULKIFLI WAN ISMAIL Lot 658 Prt Limbat 16150 Kota Bharu, Kelantan Tel 09-941372 Minat berkenalan dan berkongsi pengalaman Komputer Alt 486 FELECIA MICHELLE 587, Lrg Satu, Jln Kedandi Labuan Jaya 93350 Kudug, Sarawak Tel 454872 Minat Berkenalan Komputer IBM ZAINUDDIN MOHD YASSIN Balai Polis Daerah P.O.Box 28, 89807 Beaufort, Sabah Tel 211222 Minat berkenalan Komputer IBM ALI RAHMAN HAJI OMAR Lot 4818 Jln Kecil Sg Bakong, Lumut 7390 Negara Brunei Darulsalam Tel 6733236426 Minat Lotus 123, word perfect Komputer Aztech 486 SX HASMADI HAJI OTHMAN 4F/3.07 Kolej Petronas, UUM 06010 Jitra, Kedah Tel 09- 743128 Minat Windows application dan semua jenis software terbaru Komputer Classic 3860x40 VISALETCHUMI A/P SUBRAMANIAM 27, Jln 48, Desa Jaya, Kepong 52100 Selangor Tel 6350994 Minat Semua jenis programming Komputer IBM. ((No: Judul : Programming Series C++ Through Examples. Penerbit : Times. Penulis : Prof Madya Dr P Sellapan. Harga : RM19.95.)) ((Pix:- Menarik ... kulit buku Programming Series - C++ Through Examples.)) PEMBANGUN perisian sering memanfaat program C melalui himpunan bahasa tahap rendah ciptaan Brian Kernighan dan Dennis Ritchie dalam membangunkan sistem perisian untuk operasi sama ada ia berfungsi sebagai penyusun atau pun penyunting. Masa yang diperlukan untuk mencipta perisian serupa itu adalah lama kerana proses mempelajari program agak sulit dan kerja membangunkan sistem lebih besar hanya menggunakan program himpunan bahasa tahap rendah. Bahkan, mengekalkan kerja menulis program juga memerlukan kos yang tinggi. Yang lebih menyedihkan lagi apabila kebanyakan kerja menulis program bergantung sepenuhnya pada mesin. Ini bemakna program itu tidak boleh dicipta pada komputer lain. Seperkara yang turut menjadi persoalan ialah pembaziran tenaga manusia pasti berlaku. Malah perisian yang dibangunkan juga perlu ditulis semula apabila komputer diganti atau fungsinya dipertingkatkan. Ini sudah tentu memerlukan kos yang tinggi. Keperluan kepada produk yang boleh dipelbagai guna, cekap dan berkuasa tinggi untuk membangunkan pelbagai sistem perisian pada mana-mana mesin adalah begitu jelas. Persoalannya apakah yang perlu dilaksanakan oleh pakar komputer? Satu cara yang boleh dikatakan terbaik ialah membangunkan program C supaya ia memenuhi setiap keperluan masa kini sekali gus menyelesaikan masalah yang dihadapi sebelumnya. Sebagaimana yang diketahui oleh kebanyakan pembangun program, C adalah sistem memprogram berkuasa tinggi untuk mencipta sistem perisian. Ini kerana ia memiliki bahasa program tahap tinggi dan rendah, dan lebih ideal untuk mencipta sistem perisian. Bagaimanapun, program itu juga mempunyai kelemahan. Contohnya, ia tidak menyediakan ciri yang boleh menyokong aplikasi seperti proses penyenggaraan, simulasi dan proses antara komunikasi. Pembangunan program C++ oleh Bjarne Stroustrop adalah untuk menyelesaikan masalah itu. C++ yang dibangunkan daripada program C adalah lebih cekap, boleh dipelbagai guna dan bahasa programnya lebih mantap. Secara praktiknya ia mampu membangunkan pelbagai sistem perisian. Tambahan pula, aplikasi yang ditulis dalam program C++ bergantung sepenuhnya kepada mesin. Ini bermakna pembangunan pelbagai sistem perisian boleh dilakukan pada satu mesin saja, sama ada ia ditukar atau fungsinya dipertingkatkan. Ciri itu mempopularkan lagi program C++ sebagai pembangun sistem perisian masa kini. Yang penting ialah kesemua sistem perisian (sistem operasi, menyusun, menyunting, pangkalan data, grafik dan komunikasi data) ditulis dalam C++. Lantaran itu, pembangun program perlu memahami program ini secara terperinci. Malah setiap individu boleh memanfaat program ini dengan berkesan sekiranya mereka mengetahui faedah yang ada pada program. Inilah tujuan penerbitan buku ini yang mana ia cuba menjelaskan apakah program C++ dan cara termudah memanfaatnya. Penulis, Prof Madya Dr P Sellapan yang kini bertugas di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya. ((No: Graphics (Art) - Projek-projek yang berjaya.)) ((No: Graphics (Art) - Empat peringkat projek berterusan.)) MENGIKUT pengalaman saya kebanyakan projek teknologi maklumat tidak mempunyai kaedah yang sistematik atau setidak-tidaknya kaedah yang jelas dalam merancang serta mengurus projek terbabit. Maka tidak hairanlah, begitu banyak projek yang terbengkalai atau tergendala. Contohnya, dalam organisasi besar, pernah saya lihat projek automasi pejabat membabitkan pelaksanaan sistem surat elektronik (elektronik mail), tidak memberikan kemudahan terminal kepada pengguna. Malah, dalam projek terbabit tiada infrastruktur rangkaian kerja (network infrastructure) yang boleh dimanfaat sebagai laluan dokumen elektronik. Keadaan itu serupa dengan sistem telefon tanpa telefon yang boleh dimanfaat oleh pelanggan dan tiada infrastruktur telekomunikasi yang membolehkan pengguna membuat panggilan. Dalam projek itu hanya ada dua terminal yang diletakkan dalam pejabat pengurus besar dan di meja setiausaha pengurus terbabit. Kalau difikirkan sejenak, sistem surat elektronik hanya berguna jika ia boleh menghubungkan dua atau lebih pengguna yang berjauhan bagi mememudahkan tugas mereka. Jika mereka duduk sebelah menyebelah, maka sistem surat elektronik tidak perlu digunakan. Fikirkan... perlukah dua orang yang tinggal serumah menggunakan telefon untuk berbincang pada hal komunikasi bersemuka boleh dilakukan? Dalam kes lain yang turut membabitkan sistem surat elektronik, setiap orang diberi satu terminal dan infrastruktur rangkaian komputer juga disediakan. Organisasi terbabit membelanjakan wang yang banyak untuk projek itu, tetapi pengguna masih tidak boleh memanfaat terminal sepenuhnya kerana kurang daripada 20 orang yang dibenar menggunakan rangkaian sistem automasi pejabat. Menggunakan analogi telefon tadi, seolah-olah memberi telefon kepada beratusratus pengguna, tetapi mereka tidak boleh menggunakan telefon itu kerana hanya orang yang tertentu sahaja diperuntukkan nombor telefon. Manakala yang tiada nombor telefon hanya boleh melihat sahaja telefon itu sebagai perhiasan. Pelik tetapi benar-benar berlaku! Kebanyakan kes ini berlaku kerana tiada kaedah yang sistematik untuk membolehkan projek itu dimanfaat sepenuhnya. Teknologi sahaja tidak memadai jika proses urusan organisasi tidak difikirkan dan tiada program yang terancang untuk melatih pengguna. Fenomena ini akan hanya mengagalkan projek terbabit. Sehubungan itu, untuk menguasai teknologi maklumat menjadi senjata strategik, maka perlu diselaras tenaga manusia, proses organisasi dan teknologi sebaik mungkin. Ketiga-tiga faktor ini perlu dilihat sebagai elemen yang berkait rapat. (Lihat rajah 1) Berkaitan rapat ketiga-tiga elemen itu tidak boleh dipandang remeh. Pendek kata, kejayaan projek teknologi maklumat bergantung sejauh mana kita peka terhadap ketiga-tiga faktor itu. Pengembaraan tanpa penghujung Kebanyakan projek teknologi maklumat gagal kerana projek terbabit dianggap sebagai satu tujuan atau tugas yang harus diselesaikan secepat mungkin. Anggapan ini salah. Projek teknologi maklumat tidak pernah selesai kerana ia adalah satu pengembaraan. Projek maklumat perlu ditaksir, dinilai semula dan dipertingakatkan secara berterusan untuk memastikan ia dimanfaat sepenuhnya. (Lihat rajah 2) Projek teknologi maklumat perlu menjalani empat peringkat secara berterusan. Mula-mula ia harus dirancang, direka bentuk, pelaksanaan dan diurus dengan baik. Peringkat rancang, rekabentuk, laksana dan urus ini akan berterusan dalam bulatan tanpa penghujung. Ini kerana keberkesanan setiap teknologi maklumat perlu dinilai semula sama ada ia mencapai matlamat organisasi atau sebaliknya. Akhir kata, pohon buah yang ditanam tidak akan menghasilkan buah sekelip mata. Ia harus disemai, dibaja dan dijaga dengan rapi sebelum kita mengaut hasilnya. Kalau tidak...... Hamzah Abdullah 3091, Tmn Asia Selatan, Bemban 77200 Melaka Tel 05-595969 Minat Berkenalan Komputer IBM Nik Azhar Ziamon Ail 52, Gentam Tengah Via 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Tel 06-812858 Minat Harvard grafik dan wordstar Komputer IBM Nasardin Idris 5, Tgk 1, Wisma Sharani, Lrg Raja Bot 50300 Kuala Lumpur Tel 03-2981901 Minat Berkenalan Komputer IBM Hasrtey Haris 30, Jln Sg 2/6, Tmn Seri Gombak 68100 Bt Caves, Selangor Tel 03-6892040 Minat Wordstar, Lotus 123, basic,wordperfect Komputer IBM Zairol Zol 89, Lrg Bunga Tanjung, Bt etapi, Jln Bangi 43800 Semenyih, Selangor Minat Berkenalan Komputer NEC Multi Sync Azizah Mohamad 287, Kg Cahaya Putera 18000 Kuala Krai, Kelantan Minat Bertukar maklumat Komputer IBM Zaimi Sulaiman Lot 1612, Tlk Kapas 42100 Klang, Selangor Tel 2981072 Minat Games Komputer IBM Isswanizam Awang 152, Felda Endau 86900 Mersing, Johor Minat Membaca Komputer Philips Zubair Khan 7b, Lot 286, Lana Muhibbah 93400 Kuching, Sarawak Tel 082- 254793 Minat Berkenalan Komputer Micro System Printis Ahmad Abu Bakar Lot 172A, Kpg Panchor, Kemumin 16100 Kota Bharu, Kelantan Minat Berkenalan Komputer IBM Salmi Mohsin 170, Jln Surau, Kg Jenjarom 42600 Jenjarom, Selangor Tel 03- 8684013 Minat Ingin mendalami bidang komputer Komputer Micro Mart Awangku Khairil Safri 45, Kg Anggerik Desa, 3786 Berakas, Brunei Minat Corel draw Komputer philips Isma Khalil Zainal Abidin 10, Kg Kroh Hilir 33700 Pdg Rengas, Perak Minat Berkongsi maklumat tentang komputer Komputer IBM Logeswari A/P Nadrajan 398, Blk 17, Pusat Bandar Palong 73430 Gemas, Johor Minat Belajar komputer dari mereka yang pakar Komputer IBM Thevany s 5, Lrg 5, Jln Senda 86300 Rengam, Johor Minat berkenalan Komputer IBM Fazilah Haji Rais 501, Blk A11, Syeksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Tel 03-4123136 Minat Games, chess, goose Komputer IBM Faridah Ramli Pusat Bekalan Polis, Jln Semarak 54100 Kuala Lumpur Tel 2357957 Minat Ingin mendalami bidang komputer Komputer IBM CARA menggunakan komputer juga boleh membantu memanjangkan jangka hayatnya. Sekiranya digunakan dengan kasar tanpa memikirkan keupayaannya, ia akan menjejaskan prestasinya. Papan kekunci juga penting dalam usaha memastikan keupayaan komputer sentiasa berkekalan. Pastikan papan kekunci itu ditekan dengan sederhana untuk mengelakkan kerosakan. Sekiranya pengguna bermain komputer berlebihan, ia boleh menjejaskan atau merosakkan keadaan kekunci komputer itu dan seterusnya mengurangkan keupayaan mengguna komputer. Elakkan daripada menekan kekunci dengan kuat bagi menggelakkan kerosakan. ((Pix:- Komputer masa depan ... Apple PowerBook mempunyai ciri canggih.)) ((Pix:- Mohd Noor ... banyak perubahan.)) TETIKUS atau lebih dikenali sebagai mouse adalah alat kecil yang berfungsi sebagai pengganti kekunci komputer. Ia boleh digerakkan dalam dua keadaan iaitu mengikut arah menegak atau mendatar. Fungsinya yang utama ialah menghantar isyarat kepada komputer untuk menunjukkan arah dan kelajuan pergerakan tetikus di atas pad. Menggunakan tetikus membuatkan anda terasa mudah untuk mengendalikan komputer. Apa yang anda perlu lakukan ialah menggerakkan tetikus di atas pad sehingga anak panah dalam monitor bertumpu ke arahan yang ada dalam perisian sebelum menekan butang. Arahan itu akan dipatuhi dan program yang dikehendaki terpapar di monitor. Ada empat jenis tetikus iaitu jenis mekanikal yang menggunakan bebola untuk mengawal pergerakannya); yang mempunyai dua bebola di dua penghujungnya; opto-mekanikal iaitu membenarkan cahaya bergerak melaluinya; dan tetikus optikal yang mempunyai dua Diod Pengeluar Cahaya (Light Emitting Diode atau LED) yang menjanakan panjang gelombang cahaya berbeza. Penggunaan tetikus kini semakin meluas, malah boleh dikatakan setiap pembelian komputer peribadi (PC) akan disertakan dengan aksesori itu yang tidak keterlaluan dikatakan sudah menjadi satu aksesori wajib. Pengurus Pemasaran Global Scope System, Mohd Noor Zaini berpendapat penggunaan tetikus adalah satu kemestian. "Pengguna komputer kini boleh memanfaat alat itu untuk membantu mereka melaksanakan kerja dengan cekap dan pantas serta menjimatkan kos selaras dengan pembangunan pelbagai perisian seperti tetingkap (Windows)," katanya dalam satu temubual. Mohd Noor berkata, menyedari keperluan itu Apple merintis jalan memperkenalkan penggunaan tetikus pada PC siri Macintosh SE dan Macintosh Plus. "Perbezaan di antara tetikus Apple berbanding yang ada di pasaran ialah ia dicipta khusus untuk komputer Apple," katanya. Tetikus Apple mempunyai ciri-ciri khas. Harga yang ditawarkan untuk tetikus ini ialah RM200 berbanding RM30 untuk jenama lain. Tetikus perlu dijaga rapi kerana ia mudah rosak terutama jika bebolanya terdedah kepada habuk. Cara terbaik melindungi bebola daripada terkena habuk ialah menggunakan pad tetikus. Selain tetikus itu, lahir pula jenis tetikus yang boleh dimanfaat oleh pengguna yang banyak bergerak seperti saintis dan pengurus jualan dikenali sebagai bola jejak (trackball). Ia ditempatkan di celah papan kekunci. Pengguna tidak perlu ruang yang luas untuk menjalankan kerja. Penciptaan tetikus tidak terhenti setakat itu, apabila melalui penyelidikan dan pembangunan, Apple mencipta satu lagi jenis tetikus dikenali sebagai Trackpad. Ia adalah tetikus versi baru yang boleh diperolehi pada Apple PowerBook model 520, 520C dan 540C. Pengguna tidak memerlukan bebola untuk menggerakkan kursor, sebaliknya pergerakan jari di atas skrin kecil. ((Pix:- Video Blaster FS200 ... revolusi baru dalam perisian pelbagai guna.)) SATU lagi aksesori penting komputer yang kini meluas penggunaannya di pasaran ialah Video Blaster FS200. Aksesori yang boleh memanfaat teknologi pelbagai media ini berjaya melahirkan keindahan dalam penceritaan. Produk itu dibangunkan oleh Creative Technology, pengeluar perkakasan dan sistem pelbagai media terkemuka. Ia dilancarkan di Kuala Lumpur, baru- baru ini. Ia dicipta khusus untuk mengawal pergerakan gambar, memberhenti dan menyambung semula gambar apabila diperlukan. Pengurus Marcom (M) Sdn Bhd, Paul Seow, berkata ciri itu sesuai untuk pengguna komputer yang mementingkan keindahan dalam lakonan dan berupaya memenuhi kehendak mereka. Dengan ciri itu, sebarang imej sama ada orang atau latar belakang penceritaan seperti pemandangan gunung boleh dihentikan (pause), dibesar atau dikecilkan mengikut keperluan pengguna video. Bagi pengguna yang mementingkan ketelitian, mereka boleh membesarkan imej yang kecil dan mencantikkan imej yang kabur melalui arahan yang tertera dalam menu. Keistimewaan lain produk itu ialah keupayaannya mewujudkan kesan khas (special effect). Ciri yang disertakan dalam produk itu menjanjikan peningkatan mutu kerja yang selama ini sukar untuk diperolehi daripada produk lain yang serupa. Ciri lain yang turut disertakan dalam Video Blaster FS200 ialah teknik superimposed. Teknik ini boleh `menangkap' imej yang dikehendaki, sebelum menempatkannya ke dalam gambar. Malah produk itu, membolehkan setiap imej dalam video dicetak di atas kertas. Harga produk itu berserta perisian Microsoft Video for Windows, Aldus PhotoStyler dan Aldus gallery Effects Volume 1 ialah RM1,169.90. MASIRON KASIRAN Kg Sagil, Parit 3, 84020 Sagil, Muar, Johor Tel 06-972460 Minat berkenalan dengan mereka yang mahir menggunakan komputer Komputer IBM KAMARIAH KAMARUDDIN 303, Kg Batu 4, Binjai 24000 Kemaman, Terengganu Tel 09-592342 Minat Windows, wordstar processor dan grafik Komputer Epson MOHD YUSOFF SALLEH 415, Jln Abd Rahman, 84000 Muar, Johor Tel 06-927062 Minat Berkenalan dengan peminat setia komputer Komputer IBM AYUNIE SHAZWANIE ABDUL RAHIM 5060 Kpg Sireh, Bawah Lembah, 15050 Kota Bharu, Kelantan Minat Berkenalan dan bermain komputer Komputer IBM AIRIN EMELIA MOH DARUS 24, Lrg Cendrawasih, Tmn Paroi Jaya 70400 Seremban, Negeri Sembilan Tel 06-77687 Minat Wordstar, lotus 123 dan berkenalan Komputer IBM MOHD NOR HISHAMUDIN Kg Tasek Berangan 17070 Pasir Mas, Kelantan Minat Pascal, window, lotus Komputer Zenith AHMAD NIZAM HARON 1431b, Kg Pasir Panjang 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Minat Lotus 123, dbase 1V, wordstar Komputer IBM ROSLIZA MOHD RAMLI 234, Jln Haji Omar, Kpg Raja 22200 Besut, Terengganu Tel 09-976281 Minat Berkenalan dengan peminat komputer Komputer IBM ROSHAYATI AWANG 1A, Jln Lama 83700 Yong Peng, Johor Minat Wordstar, lotus 123 Komputer IBM MUHAMMAD MAJUNGKIM P.O.Box 53, 91007 Kung Hing Sawmill, Tawau, Sabah Minat Ingin mempelajari komputer Komputer Wordstar KAMARUZAMAN EMBONG D230, Rumah Pangsa, Bkt Kecil 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Minat Konsep literasi dan pengaturcaraan Komputer IBM CHE WAN NAHZATULSHIMA WAHAB 1127, Titian Berayun Kijal, 24100 Kemaman, Terengganu Tel 09-540082 Minat windows, harward Komputer IBM ROSMAWATI MOHD SHARIF 212, Felda Pasak 81960 Kota Tinggi, Johor tel 07- 852212 Minat Berkenalan Komputer IBM ABD MUHAIMIM HAJI ABDUL RAHMAN NAZRI 15, Jln Duku, Tmn Serai Wangi 34300 Bagan Serai, Perak Tel 04-553085 Minat Berkenalan dan bertukar-tukar ilmu Komputer IBM ANUARIZAM PRAYUS 117, Jln Antasaup 3, Tmn Seri Saup 81130 Johor Bharu, Johor Tel 07-311871 Minat Windows, wordstar, sherlock Komputer IBM ZUHAL ZAKARIA Lot Pt63, Kg Jambu 16100 Kota Bharu, Kelantan Minat Bermain komputer, bersukan dan membaca Komputer IBM YAP kEAN kIAT 1190, Seri Kembangan 43300 Selangor Minat Mempelajari komputer Komputer IBM SYUHANA/AYANG HAMDUH Kpg Sumbiling, Hulu Bongawan 89700 Sabah, Malaysia Timur Minat Berkenalan Komputer IBM ROBIN EDWARD SMK Sedaya 96700 Sibu, Sarawak tel 011-254130 Minat Ingin belajar dan berkenalan dengan mereka yang pandai komputer Komputer IBM. ((No: Graphics (Art) - (Scuba).)) ((Pix:- Indah ... dengan bantuan alat scuba, manusia boleh menikmati keindahan dasar lautan.)) LAUTAN menjanjikan pelbagai keunikan yang meruntun naluri manusia untuk mengetahui dan membongkar rahsianya melalui kehidupan organisme yang beraneka jenis, warna dan fungsi. Bagi mengetahui kehidupan pelbagai organisme dalam lautan, manusia memerlukan alat khas yang mampu membawa oksigen untuk membolehkan proses pernafasan dilakukan dalam air. Mengikut catatan sejarah, usaha mencipta alat itu bermula sejak abad ke- 15 apabila Leonardo da Vinci memanfaatkan daya imaginasinya melukis alat yang membolehkan manusia bernafas dalam air. Usaha itu diteruskan oleh seorang saintis, Sir Edmund Hillary pada 1720 melalui eksperimen ke atas loceng gergasi sebagai alat untuk bernafas dalam air. Loceng gergasi itu diturunkan hingga ke dasar. Apabila berada di dasar, seorang penyelam akan memasuki dalam loceng gergasi itu. Penyelam boleh bernafas dalam loceng gergasi kerana ada udara di dalamnya. Loceng gergasi itu boleh dimasuki udara kerana tekanan atmosfera menyebabkan air laut keluar dan udara menggantikannya. Alat Bantuan Pernafasan dalam Air (Self Contained Underwater Breathing Apperatus atau Scuba) yang ada sekarang dikatakan mula dicipta menggunakan hasil daya imaginasi Jules Verne dalam bukunya Twenty Thousand Leagues Under The Sea' yang dikarang pada 1866. Ia menyatakan "... alat itu dinamakan Rouquayrol, satu tangki besi berisi udara yang dimampatkan 50 atmosfera. Tangki itu diletakkan di belakang badan dan ada dua saluran getah yang menyambungkannya. Saluran itu terus ke bahagian hidung dan mulut di mana ia membekalkan udara daripada tangki di bahagian belakang badan...". Pada 1943, Aqua-Long (singkatan daripada aquatic lung atau paru-paru air) diperkenalkan oleh Costeau dan Gagnan untuk kegunaan tentera Perancis dalam Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun, banyak kelemahan pada rekaan Aqua Lung seperti kedua-dua saluran getah yang menyambungkan tangki udara ke mulut menyukarkan pergerakan penyelam. Selain itu, aliran udara daripada tangki sukar dikawal menyebabkan berlakunya proses pembaziran dan mengurangkan jangka masa penyelam berada dalam air. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan beberapa bahagian dalam Aqua Lung diperbaiki dengan memperkenalkan ciptaan baru seperti injap dan sistem keselamatan fail safe. Alat Scuba yang ada di pasaran sekarang mempunyai injap yang mengawal aliran udara mengikut permintaan penyelam. Injap itu dipasang di dua bahagian iaitu diantara mulut (injap pertama atau first stage) dan tangki (injap kedua atau second stage). Apabila penyelam menyedut nafas menggunakan mulut,maka satu tekanan terhasil di mana ia akan membuka injap menyebabkan udara yang ada dalam tangki mengalir masuk ke badan. Manakala apabila penyelam menghembus nafas, injap berdekatan mulut akan tertutup dan udara dibebaskan di persekitaran. Alat Scuba sekarang dilengkapi sistem fail-safeiaitu jika injap di mulut gagal terbuka apabila penyelam menarik nafas, injap kedua akan mengalirkan udara daripada tangki ke injap pertama dalam kuantiti yang besar dan memberikan tekanan kepada injap pertama untuk terbuka. Ini untuk mengelakkan penyelam lemas apabila alat bantuan gagal berfungsi. Udara dalam tangki itu akan dimampat menggunakan alat compressor ke dalam tangki itu. Tekanan udara dalam tangki adalah 200 kali lebih padat berbanding di atmosfera. ((Pix:- Norazuwa ... bangunkan pakej untuk bantu guru.)) TEKNOLOGI pelbagai media (multimedia) kini semakin meluas digunakan dalam pelbagai urusan kerana ia dikatakan lebih menarik serta aplikasi tidak terbatas. Antara aplikasi popular di kalangan pengeluar dan pendedar sistem komputer ialah penggunaan komputer pelbagai media sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan aplikasi pengajaran dan pembelajaran di pasaran kurang menggunakan bahasa Malaysia termasuk Pembelajaran Berbantukan Komputer (CAL). Menyedari hakikat itu, mahasiswa tahun akhir, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Norazuwa Mohd Pahri membangunkan pakej menggabungkan konsep CAL dengan teknologi pelbagai media. Pakej itu adalah buku elektronik yang dicipta mengikut penyeliaan dua pensyarah Jabatan Sains Komputer, UPM, Drs Ismail Abdullah dan Hassan Selamat. Menurut Norazuwa, buku elektronik itu menggabungkan pelbagai media seperti audio, video, animasi grafik dan teks bertujuan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran khususnya bagi pelajar di peringkat sekolah rendah. Ia dibangunkan berdasar beberapa perisian seperti ToolBook, Media Player dan Sound Recorder dan berasaskan Windows 3.1. Lebih 20 video klip dirakamkan daripada pemain pita video dan disimpan dalam 500 Kilobait (KB), manakala suara dirakam melalui mikrofon dan disimpan dalam fail berasingan. Satu pakej lengkap memerlukan ruang cakera sebesar 145 Megabait (MB) dengan Ingatan Capaian Rawak (RAM) lapan MB adalah sesuai dan boleh disimpan dalam cakera liat atau cakera padat. Buku elektronik itu menggunakan tetikus sebagai peranti input kerana memanfaat perisian Windows 3.1 dan animasi video dinamik. Tetikus itu digunakan untuk mencapai pilihan yang dipapar di monitor. Ikon yang memaparkan gambar buku membolehkan pengguna mencapai mana-mana halaman dalam buku elektronik, manakala ikon gambar watak Professor Serba Tahu (PST) daripada Majalah Gila-Gila mengeluarkan suara yang akan membacakan teks pada skrip. Tetikus juga boleh diklik pada perkataan tertentu yang bergaris pada teks untuk memperolehi sinonim dalam bahasa Inggeris. Kaedah itu ternyata berkesan berbanding pengajaran manual tanpa bantuan pakej itu. Ini dibuktikan dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik program terbabit. Norazuwa berkata, pelajar yang memanfaat CAL didapati lebih cepat memahami dan menghayati pelajaran berbanding kaedah biasa dan mencatatkan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan sekolah. Buku elektronik itu tidak terhad kepada pembelajaran satu-satu mata pelajaran tetapi boleh dimanfaat untuk mata pelajaran lain seperti Sains, Matematik, Alam dan Manusia serta Geografi. ((No: JUDUL : Siri literasi komputer-Pengenalan kepada komputer. PENULIS : Zoraini Wati Abbas. PENERBIT : Federal Publications Sdn Bhd. HARGA : RM11.95.)) ((Pix:- Mudah ... buku pengenalan kepada komputer.)) KALAU bercakap mengenai kelahiran zaman komputer generasi masa depan, sebenarnya kita sudah bergerak jauh dalam zaman ledakan IT. Cepat menerima dan menghantar maklumat serta merealisasikannya dalam kehidupan menjadi tunjang utama kemajuan. Mungkin tidak boleh disangkal, manusia kini hampir memasuki apa yang dipanggil zaman komputer generasi kelima. Saya menyatakan ini bersandarkan begitu banyak usaha dilakukan oleh pakar untuk membangunkan komputer cerdik yang bukan saja mampu berfikir, melihat, mendengar, malah boleh bercakap seperti manusia. Jepun contohnya, memperuntukkan 10 bilion Yen untuk menghasilkan komputer seperti ini. Bagaimana, ruangan ini tidak mencukupi untuk membicarakan secara panjang lebar mengenai keadaan itu. Ini kerana apabila kita membicarakan mengenai zaman generasi kelima, kita perlu tahu bagaimana zaman komputer bermula dan perkembangannya selepas itu. Saya menyarankan supaya pembaca mendapatkan buku Siri Literasi Komputer - Pengenalan Kepada Komputer tulisan Zoraini Wati Abbas yang diterbitkan tahun ini. Buku yang mengandungi 119 halaman dan dibahagi kepada 12 bahagian ini menjelaskan secara terperinci zaman generasi komputer yang secara menyeluruhnya dibahagi kepada zaman sebelum dan selepas 1940-an. Ada lima peringkat generasi komputer iaitu Generasi Pertama (1942-59) bermula dengan kelahiran sebuah komputer elektronik dikenali sebagai Electronic Numerical Integrator And Calculator atau ENIAC ciptaan John Mauchy dan J Presper Eckert. Komputer itu dicipta untuk dimanfaat dalam peperangan. Ia mengisi ruang seluas 457.5 meter persegi dengan berat 30 tan metrik dengan memanfaat 18,00 tiub vakum. Selepas itu, lahir pula Generasi Kedua (1959-64) yang menggunakan transistor sebagai pengganti tiub vakum. Penggunaan transistor menjadikan ukuran komputer tambah mengecil. Orang yang bertanggungjawab mencipta transistor komputer itu ialah William Shockley dan Walter Brattain. Generasi Ketiga (1964-70) bermula apabila IBM memperkenalkan sistem 360 pada 1964. Komputer kerangka utama itu memanfaat penggunaan cip atau dipanggil sebagai litar bersepadu dengan ukurannya yang lebih kecil berbanding transistor. Mulai tahun 1970 hingga sekarang, bermulalah era komputer Generasi Keempat. Pada peringkat ini manusia mula memanfaat teknologi bersepadu berskala besar. Ia bermaksud sekeping cip silikon boleh dimuatkan di antara 100 hingga 5,000 komponen elektronik. Dengan teknologi inilah, manusia berjaya mencipta pemprosesan mikro. Ia menandakan bermulanya usaha penyelidikan memmbangunkan komponen lebih besar daripada cip sehingga tercipta mikro komputer. ((Pix:- Horace Wells.)) HORACE Wells, walaupun hanya seorang doktor gigi, dia tetap berusaha menghasilkan satu teknik bagi memastikan pembedahan yang dilakukan tidak meninggalkan kesan sakit. Hasil kegigihannya itu ketika membuat penyelidikan dan belajar dalam bidang pergigian di Hartford, Connecticut, Wells berjaya menjadi orang pertama yang menggunakan teknik pembedahan anesthesia. Ketika menjalankan penyelidikan di Hartford Wells juga berjaya menemukan bahan kandungan ubat penahan penyakit dalam kumpulan nitrogen oksida. Penemuan itu dihasilkan ketika dia sedang mengikuti pertunjukan laughing-gas road show di mana ketika itu beliau mengambil kesempatan melakukan pembedahan gigi yang tidak menyakitkan pesakit. Kejayaan itu membolehkan beliau membuat demonstrasi pembedahan di Hospital Besar Massachusetts pada Januari 1845. Bagaimanapun, apabila pesakit tidak menunjukkan sebarang tindak balas terhadap gas itu, beliau menjadi bahan ketawa. Wells kemudian mula membuat penyelidikan secara intensif, selepas pakar bedah William Morton, yang juga rakan Wells, berjaya membuat demonstrasi menggunakan ubat bius anesthesia pada Oktober 1846. Ketika itu, beliau menggunakan nitrogen oksida, ubat bius, klorofom dan juga pelbagai bahan kimia lain untuk memastikan perbandingan dalam kandungan anesthetic. ((Pix:- Terbaru ... Bravo 4/100t antara PC dalam keluarga Bravo LC keluaran AST.)) AST Research Incorporated, pengeluar komputer peribadi terkemuka yang sentiasa mengambil inisiatif meningkatkan piawaian komputer mejanya, baru- baru ini, memperkenalkan generasi terbaru keluarga Bravo LC merangkumi pelbagai PC peribadi berasaskan 486. Generasi terbaru Bravo LC itu merangkumi model 33 megahertz, Bravo 4/100f yang memanfaat pemprosesan DX4 terbaru Intel dengan kuasa tiga kali lebih pantas berbanding PC biasa. Model itu menawarkan pemprosesan dalaman pada tahap 100 MHz dan 33MHz untuk menjadikannya 33 peratus lebih pantas berbanding 4/66d. AST turut memperkenalkan Bravo LC 4/50s yang boleh memanfaat pemprosesan SX2-50 dengan kuasa dua kali ganda lebih pantas dan 22 peratus lebih murah berbanding jenis DX-33, Bravo LC 4/50c dengan kelajuan dalaman 50 MHz dan luaran 25 MHz, sesuai untuk ahli perniagaan yang berusaha memperolehi pemprosesan data dengan cepat. Komputer yang dipertingkatkan fungsinya itu turut menawarkan keupayaan grafik pantas bas tempatan dan satu ruang pembesar VESA local bus VL/ISA untuk membolehkan pengguna meningkatkan keupayaan grafik dan menyokong pemacu keras IDE sehingga satu gigabait. Bravo LC 4/100t dan 4/66d disertakan 64 kilobait daya ingatan utama yang boleh dipertingkatkan pada papan sistem sehingga tahap kedua sebesar 256 kilobait. Pengurus AST Bagi Malaysia, Tony Soon, berkata pengenalan generasi terbaru Bravo LC itu membolehkan keluarga Bravo menjadi PC yang boleh dipelbagai guna dengan menampilkan ciri menarik. "Ini membolehkan produk kami ini menerika pengiktirafan sebagai Produk Paling Bernilai 1993," katanya, dalam satu kenyataan akhbar, yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Bravo LC dikatakan PC menepati garis panduan program 'Energy Star' Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) dan menjadi sistem pertama yang mematuhi piawaian VESA. Ia boleh disesuaikan dengan semua sistem dan monitor. ((No: Graphics (Art) - Tanpa penapis skrin.)) ((No: Graphics (Art) - Komputer dengan penapis skrin.)) SAYANGI komputer peribadi (PC) bukan bererti menjaga keupayaannya supaya sentiasa berprestasi tinggi tetapi juga membabitkan pengguna sendiri terutama kesihatan. Dalam usaha memastikan kesihatan pengguna sentiasa terjamin ketika menggunakan PC terutama pada mata, sentiasa pastikan radiasi skrin PC dalam paras yang rendah. Pengguna PC dicadangkan supaya memasang penapis skrin yang mampu bertindak sebagai penahan serta mengurangkan kadar pancaran radiasi kepada pengguna ketika menggunakan PC itu. Penapis skrin itu boleh didapati di kebanyakan kedai komputer dengan harga berpatutan. ((No: Graphics (Art) - Perhubungan sistem (Pilihan pelbagai komunikasi).)) ((Pix:- Mudah ... fungsi dan ciri dipertingkatkan.)) PERCAYAKAH anda suatu hari nanti organizer elektronik mampu menggantikan tugas setiusaha peribadi. Mungkin ada yang mengatakan kenyataan ini agak keterlaluan. Tapi berdasarkan perkembangan semasa, perkara itu tidak mustahil. Usaha meningkatkan kemampuan organizer dengan menyertakan ciri tambahan terus dilakukan secara agresif. Contohnya, organizer elektronik Sharp IQ-9000 adalah model yang sudah dipertingkatkan fungsi dan cirinya. Ia adalah organizer elektronik generasi ketiga Sharp. Selain IQ-9000, Sharp juga menghasilkan model IQ- 7000 and IQ-8000. Persoalannya, adakah kemunculan IQ-9000 boleh menggantikan buku organizer peribadi terbaru. Secara fizikal, model terbaru ini memperlihatkan bentuk menarik berukuran 18x10.5x25 sentimeter. Bagaimanapun, organizer ini boleh dikatakan serupa dengan palmtop. Sistem perlindungnya diperbuat daripada plastik dan boleh beroperasi dalam pelbagai keadaan lasak. Model ini masih mengekalkan ciri sebagai sebuah komputer. Apabila dibuka, bentuknya kelihatan serupa notebook, disertakan dengan papan kekunci. Sharp mengakui paparan organizer itu diperbesarkan sebanyak lima kali ganda berbanding IQ- 8000. Bagaimanapun, ukuran paparan kristal cecair (LCD) 320x240 dot matrix masih kelihatan kecil. Setiap watak yang ditampilkan atas skrin boleh dilihat dengan jelas. Setiap fungsi pada papan kekunci boleh dimanfaat sepenuhnya, meskipun pada awal ia dilihat agak mengelirukan. Sebenarnya, sejak IQ-9000 memperkenalkan sistem sentuhan skrin iaitu memasukkan data melalui pen elektronik atau jari, anda tidak perlu memanfaat papan kekunci elektronik melainkan untuk memasukkan data. Bekalan kuasa dibekalkan oleh empat bateri berukuran AAA, yang mana Sharp menganggarkan ia mampu bertahan sehingga 80 jam. Keistimewaan ketaranya ialah ia boleh dihubung ke komputer peribadi, mesin cetak atau organizer Sharp lain secara fizikal (dengan memanfaat kabel hubungan CE- 315L), atau melalui kawalan jauh (dengan modem dan kabel Hayes yang bersesuaian). Sistem hubungan itu mewujudkan satu bentuk rangkaian. Contohnya, seorang eksekutif yang memanfaat organizer kini boleh berkongsi maklumat ketika mesyuarat. Manakala slot kad serkit bersepadu di sebelah kanan organizer berupaya menyediakan ingatan tambahan 256 kilobait dan membolehkan ia masuk ke aplikasi lain terutama untuk permainan. Kad ini boleh diperolehi daripada Sharp dengan harga di antara RM250 dan RM400 bergantung jenis kad. Sepuluh modul yang dilengkapi dalam organizer ini sudah cukup untuk membantu seseorang eksekutif yang begitu sibuk dalam menghadapi tugas harian mereka. Modul kalendar bertindak sebagai indeks utama. Dengan hanya menekan butang tertentu di papan kekunci mereka boleh mengetahui apakah upacara yang perlu dihadiri hari itu. Acara harian mungkin boleh dilihat melalui pilihan butang haru tertentu daripada kalendar. Sistem sentuhan tunggal itu mempermudah dan mempercepatkan penggunaan organizer elektronik berbanding organizer bertulis. Selain kalender, organizer itu turut menyediakan modul untuk Schedule, Telefon, To Do, Notebook, Outline, Scrapbook dan Anniversary. Keunikan model ini ialah ia boleh dihubunkan ke pangkalan data fail pengguna (User File database) dan modul fail (Filer modules). Fungsi modul Fail Pengguna (The User File module) adalah serupa dengan modul telefon iaitu menyimpan nombor telefon dan alamat. Manakala modul telefon adalah kemudahan sistem panduan telefon dalam User File yang membenarkan pengguna meletakkan setiap kemasukan data dalam sesuatu kumpulan. Bahagian atas organizer elektronik menunjukkan tanda 'Business', 'Restaurants' atau 'Relatives'. Penggunaannnya serupa dengan modul pengurusan. Secara asas, ia membolehkan pengguna memasukkan data mengikut kumpulan tertentu dalam satu fail dan memudahkan pengurusan projek. Selain aplikasi, IQ-9000 juga menyediakan kemudahan penyuntingan dan melakukan pengubahsuaian. Ia menyediakan banyak fungsi seperti memberitahu pengguna berapakah tahap sistem ingatan yang diperlukan atau membenarkan seseorang mengubah jam dan set paparan skrin. Isyarat juga boleh dibunyikan dalam setiap aplikasi mengikut masa tertentu untuk memberitahu pengguna mengenai pembatalan atau penangguhan sesuatu upacara. ((No: JUDUL: Siri Literasi Komputer - DrawPerfect. PENULIS: Chua Choi Sea. PENERBIT: Federal Publications.)) ((Pix:- Berguna ... inilah buku program komputer.)) DRAWPERFECT satu lagi program komputer yang kini semakin popular, meskipun ia terpaksa menerima saingan daripada program yang serupa, seperti PC PaintBrush, Modern Artist, MacPaint dan PC StoryBoard. Program itu memiliki beberapa kelebihan berbanding program sejenisnya. Ia mudah dikendali sama ada dengan papan kekunci atau pun tetikus. Kerja melukis melalui program itu boleh dibuat berdasarkan perintah pada menu atau ikon. Lukisan itu kemudian boleh disalin atau dipindah ke bahagian dokumen dengan mudah. Bahkan, ukuran pada lukisan boleh diubah suai. Lukisan yang dihasilkan daripada program ini boleh dilihat daripada pelbagai arah. Proses penyuntingan teks dan grafik juga mudah dilakukan. Tambahan pula program ini turut menyediakan satu koleksi gambar besar (clip art) yang boleh dimanfaat terus atau melalui proses pengubahsuaian. Setiap lukisan boleh disimpan dalam program dan dirujuk apabila diperlukan. Program ini boleh menyediakan slaid dan transparensi. Berdasarkan keupayaan dan keistimewaannya, maka tidak hairanlah DrawPerfect terus menjadi program popular di kalangan profesional termasuk arkitek, jurutera dan pelukis. ((No: Graphics (Art) - Minda RRLU: Projek Teknologi Maklumat.)) ((No: Graphics (Statistics) - Peringkat dan Faza Projek Teknologi Maklumat.)) SEPERTI yang dimaklumkan, setiap projek akan melalui peringkat tertentu seperti perancangan, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan. Minda ini sangat berguna terutama dalam projek membabitkan teknologi maklumat (IT). Mulai minggu ini, saya akan memperkenalkan satu rangka kerja yang menggunakan minda rancang, reka bentuk, laksana, urus (RRLU) ini yang kerap saya manfaat untuk membantu pelanggan. (Lihat grafik 1) Model ini adalah model umum yang boleh dimanfaat dalam projek yang membabitkan IT sama ada ia projek periuk nasi organisasi (seperti sistem perbankan yang digunakan oleh institusi kewangan termasuk sistem akaun semasa dan akaun pinjaman), projek untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan organisasi (sistem pejabat berkomputer) atau yang membabitkan pelbagai organisasi berlainan (sistem pertukaran data elektronik atau lebih dikenali sebagai elektronik data interchange-EDI). Model rangka kerja projek teknologi maklumat Menurut model itu, peringkat RRLU dipecah kepada 13 sub-peringkat atau fasa projek. Gambar rajah berikut menunjukkan kesemua 13 fasa projek IT ini. (Lihat grafik 2) Model yang saya perkenalkan ini amat berguna kerana keupayaan menghasilkan penyelesaian menyeluruh dan mempunyai struktur yang jelas. Maklum balas yang diterima dari pelanggan adalah seperti berikut: * ia mudah difahami dan diterima oleh semua pihak termasuk pengurusan dan perniagaan; * ia mengambil kira pensejajaran proses organisasi, tenaga kerja dan teknologi; Fasa ini akan saya bincangkan dengan lebih mendalam dalam ruangan akan datang. Perlunya penumpuan seimbang Dengan menggunakan model itu sebagai asas perbincangan, tidak keterlaluan dikatakan kebanyakan projek IT menumpukan perhatian kepada fasa pelaksanaan dan memperolehi banyak kemahiran di fasa itu. Terlalu banyak masa dibuang kepada kegiatan yang tidak berfaedah. Ini termasuk menulis program komputer yang tidak digunakan oleh pengguna. Tumpuan kepada peringkat pelaksanaan membabitkan keadaan tertentu yang mana perkakasan komputer tidak digunakan sepenuhnya oleh pengguna. Ini bermakna bahawa peringkat pelaksanaan tidak penting. Yang membimbangkan ialah projek itu sudah mengetepikan dan mengabaikan fasa di peringkat awal projek iaitu peringkat rancang dan reka bentuk. Pelaksanaan yang baik berdasarkan kepada perancangan yang tidak baik akan mengagalkan projek, di samping pembaziran perbelanjaan dan sumber lain. Fenomena ini lebih ketara dalam organisasi besar kerana perbelanjaan IT adalah terlalu kecil, berbanding perbelanjaan keseluruhan organisasi. Lebih-lebih lagi dalam organisasi di mana hasil pendapatannya adalah lumayan. Jadi pembaziran ini secara langsung tidak dirasai oleh pihak pengurusan, walaupun kadang kala ia berjumlah berjuta-juta ringgit. Pembabitan yang perlu Penumpuan seimbang boleh dicapai sekiranya pihak pengurusan tertinggi organisasi peka terhadap fasa di peringkat perancangan yang memerlukan tumpuan dan pembabitan utama mereka. Fasa itu ialah: * penentuan wawasan dan mengenal pasti kesempatan; * perancangan strategik; * reka bentuk strategik; Fasa seperti itu tidak boleh dibiarkan begitu saja kepada pihak teknikal kerana ia membabitkan arah aliran perniagaan. Kalau tidak, jangan nak menggunakan IT sebagai senjata strategik, malahan untuk kegunaan lain pun tidak boleh. ((No: Graphics (Art) - Sut selaman atmosfera.)) ((No: Graphics (Art) - (Argronete).)) KERJA mencari harta karun atau kajian sains di kedalaman lebih daripada 200 meter adalah tugas berbahaya dan menyulitkan. Tambahan pula, jika terpaksa menghadapi pelbagai cabaran terutama kekurangan bekalan oksigen dan serangan ikan jerung. Bagaimanapun, perkara yang paling berbahaya kepada penyelam laut dalam ialah penyakit seperti The Bends dan Nitrogen Narkosis yang boleh membawa maut atau lumpuh. The Bends terbentuk kerana penyelam laut dalam timbul ke permukaan laut terlalu cepat menyebabkan pembentukan gelembung gas nitrogen dalam saluran darah. Pembentukkan gelembong nitrogen itu kerana tekanan atmosfera menjadi bertambah tinggi apabila berada terlalu jauh dalam laut hingga menyebabkan gas nitrogen dalam saluran darah membentuk gelembung. Selain The Bends, nitrogen narkosis juga boleh menyebabkan kehilangan daya keseimbangan, panik dan kebingungan kepada penyelam laut dalam. Ia terbentuk akibat tekanan atmosfera yang tinggi menyebabkan gas oksigen dan nitrogen bergabung. Bagi mengatasi masalah itu, sut selaman atmosfera JIM dicipta. Ia mengambil sempena nama perekanya iaitu Jim Jarratt yang menguji prototaip sut selaman atmosfera itu pada 1930. Dalam sut selaman itu, tekanan atmosfera adalah setara di permukaan bumi dan dilengkapkan dengan beberapa peralatan seperti tangki pengapungan, lampu elektrik, lengan pelbagai guna, bateri kecemasan, bekalan oksigen dan talian komunikasi. Selain sut selaman atmosfera untuk bekerja di dasar lautan, kapal selam juga boleh digunakan. ia boleh menyelam sehingga 4,000 meter walaupun ukurannya agak kecil. Kapal selam itu dibawa oleh kapal induk ke lokasi kerja dan diturunkan ke lautan. Satu daripada kapal selam yang terkenal dalam bidang penyelidikan ialah Alvin yang mana ia digunakan untuk mengesan kapal Titanic. Titanic tenggelam pada 1912 apabila terlanggar ketulan air batu di Kutub Utara ketika pelayarannya yang pertama. Sebanyak 1,500 orang terbunuh manakala yang terselamat hanya satu per tiga daripada jumlah keseluruhan penumpang. Usaha mengesan Titanic dilakukan sebaik saja ia tenggelam. Langkah itu gagal kerana kapal penumpang itu tenggelam di dasar lautan di Kutub Utara. Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan penyelidik berusaha membina kapal selam yang mampu menahan tekanan atmosfera yang tinggi apabila berada di dasar lautan. Pada 1985, Alvin berjaya mengesan bangkai kapal Titanic dengan menggunakan Jason Junior (JJ) iaitu sebuah robot kawalan jauh. Kapal selam terbaru yang dicipta untuk tujuan menyelamat dan menjalankan kajian di dasar laut ialah argyronete buatan Perancis bagi projek Saga iaitu mengesan telaga minyak di bawah bongkahan air batu. Kapal selam itu boleh membawa enam anak kapal dan sekumpulan penyelam serta mampu bergerak di celah-celah bongkahan air batu. ((Pix:- Tetingkap terbaru OS/2 ... sesuai untuk pengguna yang berusaha menjimatkan kos dalam memperolehi sistem operasi.)) ((Pix:- Tetingkap pelbagai guna, OS/2 versi 2.1 berfungsi lebih baik berbanding 3.1.)) DALAM usaha membangunkan pelbagai jenis perisian tetingkap terutama bagi pengguna Windows 3.1, yang dipertingkatkan fungsinya daripada pilihan 32- bait, International Business Machines Corporation (IBM) memperkenalkan perisian tetingkap yang lebih inovatif, OS/2 for Windows. Tetingkap itu dikatakan mampu memberikan kuasa perkomputeran 32-bait dengan memanfaat persekitaran Windows. Ia menawarkan ciri yang serupa dengan OS/2 versi 2.1 apabila dipasang pada komputer peribadi (PC) yang sudah dilengkapi Windows 3.1. Di samping itu, tetingkap itu membenarkan pengguna PC memanfaat Windows sehingga menjadikannya lebih stabil dan membolehkan ia berfungsi pada pelbagai persekitaran. Ciri yang disertakan pada OS/2 for Windows membolehkan ia menjadi produk pilihan yang sedia memanipulasi kuasa PC 386 atau 486. Kelahiran produk itu adalah untuk mempertahankan pelaburan pengguna bagi pembangunan Windows yang mana sebelumnya disepadukan antara teknologi OS/2 32-bait dengan persekitaran DOS dan perisian Windows 3.1. Dengan OS/2 for Windows, pengguna boleh memastikan persekitaran kerja mereka berada dalam keadaan selesa dengan sokongan pelbagai media dan berupaya berfungsi dalam persekitaran DOS, Windows dan aplikasi OS/2. Tambahan pula, pengguna boleh memanfaat kelebihan workplace shell yang menyediakan antara muka orientasi objek OS/2. Presiden Produk Perisian Peribadi IBM, Lee Reiswig, berkata OS/2 for Windows turut membenarkan pengguna memanfaat persekitaran Windows dan DOS untuk menjadikan produk yang mampu menyediakan lebih banyak kemudahan berbanding yang disediakan sebelumnya. "OS/2 adalah satu bentuk sistem penyelesaian yang sesuai dalam persekitaran kerja sekarang, dan pengguna tidak menghadapi risiko untuk memanfaatkannya pada OS/2 versi 2.1 dan PC," katanya. Menurutnya, IBM Multimedia Presentation Manager/2 (MMPM/2) yang juga termasuk dalam OS/2 for Windows, boleh melipatgandakan kemampuan pelbagai media yang menjadi sebahagian daripada pangkalan sistem operasi. MMPM/2 memanfaat perisian digital pergerakan video 30 gerakan persaat yang mana mutunya sama dengan pergerakan video televisyen tanpa memerlukan perkakasan tambahan. OS/2 2.1 adalah sistem operasi pertama yang menawarkan piawaian terbaru untuk pergerakan teknologi PC. Tambahan pula, piawaian industri yang menyertakan ciri Pengurusan Kuasa Termaju (Advanced Power Management) boleh membantu mengurangkan penggunaan kuasa komputer mudah alih dan meningkatkan kuasa bateri. OS/2 for Windows turut menyokong lebih daripada 260 mesin cetak dan barisan pemacu video termasuk grafik S3 daripada S3 Corporation. OS/2 for Windows boleh diperolehi dalam lebih 13 bahasa. Produk itu diedarkan oleh Mesiniaga (M) Sdn Bhd, penjual tunggal produk IBM World Trade Corporation. IBM mula memperkenalkan sistem operasi pelbagai fungsi PC, OS/2 versi 2 pada 1992. Sehingga kini, Bahagian Barangan Perisian Peribadi IBM sudah membangun, mengeluar dan memasarkan pelbagai bentuk perisian termasuk sistem operasi, sistem rangkaian kerja setempat, teknologi objek pelbagai media dan pen. ((Pix:- Unik ... ikan pencuci boleh ditemui di lautan tropika, terutama di Sabah.)) BANYAK diperkatakan mengenai keunikan hidupan organisme di terumbu karang. Satu daripadanya ialah hubungan simbiosis di antara spesies ikan besar dan kecil. Hubungan ini dikenali sebagai Simbiosis Pembersihan (Cleaning Symbiosis) iaitu pertolongan untuk mencuci ektoparasit (parasit yang berada di luar badan perumah), tisu mati di badan, mulut dan badan ikan besar oleh ikan pencuci serta dalam masa yang sama ikan pencuci itu mendapat makanan. Ikan pencuci itu boleh dijumpai di lautan kawasan tropika khasnya perairan Sabah. Ia boleh ditemui secara individu atau berpasangan, hujung mulutnya mempunyai muncung dan giginya berbentuk penyepit. Ikan pencuci itu juga boleh dikenali melalui jaluran pelbagai warna cerah pada sepanjang badannya iaitu daripada mulut ke ekor. Ia juga boleh dikenali menerusi perlakuan dan pergerakannya. Di kawasan terumbu karang, ada satu kawasan yang menjadi tempat ikan pencuci berkumpul. Tempat itu menjadi seolah-olah stesen pembersih yang mana setiap ikan yang ingin mendapatkan khidmat ikan pencuci akan `berbaris'. Ikan daripada berbagai jenis dan spesis beratur dengan sabar seolah-olah mereka memahami giliran masing-masing. Ketika melakukan kerja pembersihan, ikan besar itu akan mengembangkan siripnya. Kepalanya ditegakkan ke arah permukaan air. Ikan pencuci akan memakan ektoparasit di badan dan gigi serta menerima perlindungan daripada hosnya ketika mencuci ektoparasit. Ini bermakna, hos tidak akan melakukan tindakan agresif seperti menyerang atau memakan ikan pencuci. Kebanyakan ikan pencuci terdiri daripada keluarga Gobi dan Wrasse. Satu daripada keluarga Wrasse yang boleh ditemui di perairan Sabah ialah Genus Labroides. Setakat ini, ada 26 spesies ikan, enam spesies udang dan satu spesies ketam yang dikenali mempunyai sifat mencuci ektoparasit. Di Sabah, hubungan di antara ikan pencuci Wrasse dan hosnya parrotfish (Famili Scaridae) boleh ditemui jika menyelam di sekitar terumbu karang. Parrotfish akan bergerak secara berkumpulan dan akan ke stesen pencuci untuk mendapatkan khidmat ikan pencuci. Parrotfish bertindak secara ganjil ketika ikan pencuci memakan ektoparasit di badan mereka. Ia akan mengembangkan sirip, kepalanya ditegakkan ke permukaan ketika dicuci. Ketika cucian, Parrotfish tidak akan mempedulikan keadaan sekitarannya. ((Pix:- Termeterai ... Moh Yusof (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian pembelian komputer dengan Tan.)) KWONG Yik Bank (KYB) mengumumkan pembelian komputer kerangka utama Amdahl (Amdahl mainframe) model 5995-1100A bernilai RM4 juta daripada Fujitsu Systems Business (M) Berhad (FSBM) bagi meningkatkan keupayaan pemprosesan komputer di bank itu daripada 15 juta arahan per saat (MIPS) kepada 85 MIPS. Pengarah Eksekutif KYB, Datuk Mohd Yusof Nassir, berkata pembelian itu bertujuan mempertingkatkan kecekapan pemprosesan urus niaga dan pelbagai permohonan daripada pelanggan bank. "Bilangan pelanggan KYB yang menghampiri sejuta orang menyebabkan kami memerlukan sistem perkomputeran supaya mampu melaksanakan tugas dengan cekap dan pantas," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian pembelian komputer kerangka Amdahl daripada Fujitsu Systems Business (M) Berhad (FSBM), di Hotel Regent, baru-baru ini. Pada majlis perjanjian itu FSBM diwakili oleh pengerusi dan pengarah urusannya, Tan Hock San. Menurut Mohd Yusof, langkah pembelian komputer kerangka utama Amdahl itu adalah langkah tambahan KYB dalam melengkapkan sistem perkomputeran di ibu pejabat dan cawangannya. "Kami sudah memasang beberapa sistem komputer seperti Pengiriman Wang yang boleh menjimatkan masa pemprosesan draf bank untuk membolehkan masa penghantaran wang dipendekkan," katanya. Yusof berkata, Kwong Yik Bank melaburkan sebanyak RM100 juta sejak lima tahun lalu dalam Teknologi Maklumat (IT) khususnya bidang komputer dan langkah ini adalah sejajar dengan hasratnya untuk menjadi bank yang terkemuka di Malaysia. KYB juga akan melancarkan enam cawangannya yang dilengkapi dengan sistem komputer tidak berapa lama lagi. Antara cawangan KYB yang akan dilengkapi sistem komputer ialah di Sungai Buloh, Bukit Mertajam, Sungai Besi, Seri Kembangan dan Kluang. ((Pix:- Terbaru ... sistem pemprosesan imej keluaran Minolta.)) CL Computers (M) Sdn Bhd, pengedar baru barangan Minolta, baru-baru ini memperkenalkan dua barangan pemprosesan imej - sistem pengurusan imej elektronik di tahap kemasukan, Minolta MI3MS 3000EL dan sistem pemprosesan imej mikro filem elektronik, MicroDax 3000. MI3MS 3000EL dikatakan sistem imej elektronik cakera laser berasaskan Windows yang pertama mengendalikan keperluan pengurusan dokumen terkini. Antara ciri penting yang mampu meningkatkan keupayaan produk itu ialah cakera optikal, sistem indeks melalui rujukan kata laluan, sistem antara muka tool bar. Ciri lain ialah Object Linking and Embedding (OLE), sistem mengenal pasti watak optikal (OCR), struktur dokumen, sistem penunjuk dokumen dan manipulasi imej. Produk itu turut memanfaat sistem kecil pemprosesan imej I-MAX Minolta yang terbaru yang dikatakan mampu meningkatkan operasi pemprosesan imej. Pengguna juga boleh memperolehi dan menerima imej daripada stesen kerja MI3MS 3000EL di atas sistem rangkaian yang sama menerusi program piawaian mel elektronik dengan menambah perisian Image Mail 3000. Manakala MicroDax 3000 adalah sistem pemprosesan imej digital berkelajuan tinggi yang membenarkan pengguna memanfaat produk itu sepenuhnya termasuk memerhati, mengecil, menggabung imej dengan teks, mencetak dan faks imej dokumen itu. Sistem itu beroperasi pada Microsoft Windows versi 3.1 yang menyediakan satu bentuk persekitaran mudah dioperasi termasuk penggunaan ikon, menu dan keupayaannya melaksanakan pelbagai tugas. ((No: Graphics (Art) - Penjagaan tetikus.)) PENJAGAAN komputer peribadi (PC) bukan hanya tertumpu pada perkakasan utamanya saja tetapi meliputi juga peralatan sampingan yang berkaitan dengan peningkatan keupayaan komputer seperti papan kekunci atau tetikus. Apabila menggunakan tetikus hendaklah diletakkan di atas pelapik tetikus yang disediakan bagi memastikan segala maklumat yang diperlukan dapat dihasilkan dengan baik. Sekiranya tetikus digerakkan pada permukaan yang tidak dikhaskan untuknya kemungkinan akan berlaku hilang upaya pada PC untuk menghasilkan maklumat diperlukan. Bagi memastikan jangka hayat PC dapat ditingkatkan dan sentiasa berupaya menghasilkan maklumat dengan tepat pastikan tetikus digerakkan di atas pelapiknya. DU Bois Reymond, ahli fisiologi terkemuka menghabiskan sebahagian daripada hidupnya membuat kajian mengenai elektrik sehingga beliau diiktiraf sebagai perintis terhadap penemuan elektrik fisiologi moden. Malah Du Bois terkenal sebagai penyelidik yang bergerak aktif menjalankan penyelidikan berkaitan hubungan elektrik dengan saraf dan otot gentian manusia. Bagaimanapun, kejayaan yang dikecapi oleh Du Bois itu tidaklah semudah yang disangka. Ini kerana penyelidik yang dilahirkan di Berlin pada 1818, itu banyak menerima bantuan dan tunjuk ajar daripada Johannes Muller, seorang pakar sains terkemuka ketika beliau melanjutkan pengajiannya di Universiti Berlin di antara 1836 dan 1896. Berkat kegigihan menjalankan penyelidikan dan penemuan baru aliran elektrik dalam badan ikan membolehkan beliau dianugerah sebagai profesor dalam bidang fisiologi. Berdasarkan penyelidikan pengaliran elektrik dalam saraf dan otot beliau kemudian menghasilkan penemuan mengenai proses yang berlaku pada permukaan elektro positif cas elektrik. Daripada kajiannya pada 1843 itu, Du Bois mendapati proses itu sekiranya dilakukan pada selaput saraf berpotensi menghasilkan aliran elektrik. ((Pix:- CorelDRAW 5 ... penuhi keperluan pengguna.)) COREL Corporation (CC) mengeluarkan perisian terbaru, CorelDRAW 5 yang menggabungkan kekuatan kuasa grafik CorelDRAW dan keupayaan percetakan termaju Corel VENTURA 5. CoralDRAW 5 dijangka memenuhi keperluan pengguna yang inginkan perisian berkuasa tinggi kerana sistem pertukaran terbaru yang disertakan pada perisian itu mampu mengawal warna, di samping prestasinya yang boleh ditingkatkan. Pengarah Jualan CC, Brad Young, berkata CorelDRAW 5 mengekalkan kemudahan yang ada pada keluaran Corel terdahulu untuk membolehkan kerja pemindahan maklumat dilakukan dengan lancar. Katanya, CorelDRAW 5 dilengkapi aplikasi serba lengkap dan kemudahan hos paling berkuasa di samping keupayaan melakukan terjemahan dalam PostScript. Malahan CorelDRAW 5 adalah perisian grafik dan cetak terkini paling berharga. "CorelDRAW 5 merangkumi Corel VENTURA 5, Corel PHOTO-PAINT5, CorelCHART 5, CorelMOVE 5 dan CorelSHOW 5 serta dilengkapi tiga CD-ROM dijual dengan harga RM2,900. Sehingga Mac lalu, 20,000 unit sudah terjual," katanya. CC yang beribu pejabat di Kanada, kini dalam perancangan mengeluarkan CorelDRAW terbaru. Malah, CC sedang dalam peringkat akhir mengeluarkan CorelDRAW 6. Sebelum ini CC sudah mengeluarkan CorelDRAW 1 (1988); CorelDRAW 2 (1990); CorelDRAW 3 (1992); CorelDRAW 4 (1993) dan CorelDRAW 5, tahun ini. Perisian CorelDRAW adalah produk grafik utama yang boleh dimanfaat pada PC dan dikeluarkan dalam 18 bahasa untuk memudahkan 400 kumpulan pengguna memanfaatnnya. CC kini mempunyai 150 pengedar di 80 negara. SERING kali cakera liut dilihat diletakkan berselerak selepas digunakan. Perbuatan itu sebenarnya kurang elok kerana cakera liut adalah produk yang sensitif. Cakera liut mengandungi habuk magnet yang bertabur secara rawak di atas permukaan. Habuk itulah yang membenarkan data elektronik disimpan dalam cakera liut. Ia perlu dilindungi daripada habuk, bahan bermagnet, api dan elakkan daripada patah. Ini kerana sebarang perubahan ke atas habuk magnet akan menyebabkan penyimpanan data terganggu atau hilang. Cara terbaik ialah menyimpan cakera liut di dalam tempat penyimpan yang dikenali sebagai kontena. Ia diperbuat daripada plastik dan mampu melindungi cakera liut daripada bengkok, habuk dan bahan bermagnet. Pastikan kontena dikunci dan diletakkan di tempat yang sesuai. ((Pix:- Kelebihan ... BCD jenis jaket.)) PENCIPTAAN alat selam Scuba oleh Costeau dan Gagnan banyak membantu manusia mengenali alam lautan yang penuh misteri. Scuba membolehkan manusia berada lama dalam air dengan bantuan alat pernafasan yang dibawa bersama. Bagaimanapun, apabila berada dalam air penyelam Scuba sering menghadapi kesukaran untuk mengawal pengapungan badan. Ini kerana mereka sering kali terkena terumbu karang ketika melakukan kerja seperti penyelidikan dan pemerhatian hidupan akutik. Selain itu, penyelam Scuba juga terpaksa mengapungkan badan mereka apabila berada di permukaan bagi mengelakkan daripada tenggelam. Di sini mereka memerlukan alat yang boleh mengapungkan mereka di permukaan dengan cepat apabila kehabisan udara. Alat Kawalan Pengapungan (Buoyancy Control Device atau BCD) dicipta bagi mengatasi masalah pengapungan badan penyelam Scuba dan membantu mereka timbul di permukaan. Sejarah penciptaan BCD bermula kira-kira 40 tahun lalu, apabila penyelam awal Scuba menghadapi masalah mengekalkan kedudukan mereka dalam air. Ketika itu mereka terpaksa menggerakkan kaki untuk memberi daya pengapungan. BCD mula mengalami perubahan sejak diperkenalkan 30 tahun lalu. Pada mulanya penyelam menggunakan jaket keselamatan yang dilengkapi dengan katrij berisi karbon dioksida sebagai alat kawalan pengapungan bersama alat Scuba. Bagaimanapun, perkembangan teknologi menyebabkan fungsi jaket keselamatan itu diperluaskan kepada penjagaan keselamatan penyelam. Pada 1970-an, penggunaan jaket keselamatan oleh penyelam Scuba diubah kepada jaket Stab. Jaket itu mempunyai kelebihan yang mana pemakaiannya merangkumi keseluruhan bahagian dada, berbanding jaket keselamatan sebelumnya yang hanya menutupi sebahagian daripada dada. Sepuluh tahun kemudian, tercipta jaket selam yang dikenali sebagai Advanced Diving Vest (ADV) yang digunakan oleh penyelam Scuba. Ia mempunyai beberapa ciri tambahan seperti hos untuk memasukkan udara ke alat pengapungan. Selepas mengalami pelbagai pengubahsuaian, kini alat BCD boleh dikatakan memenuhi keperluan penyelam Scuba untuk tujuan pengapungan badan dan keselamatan. Ia mempunyai Alternate Inflator Regulator (Air) bagi memudahkan penyelam berkongsi udara, apabila seorang daripada mereka kekurangan oksigen. Ini kerana Air mampu mengasingkan udara yang memasukki BCD dan regulator. Selain itu, tidak banyak hos penyambung yang didapati di BCD. Ia boleh mengelakkan penyelam daripada terbelit kepada tiang atau sesama sendiri ketika menyelam di kawasan bangkai kapal. Apa yang penting, pemilihan BCD oleh penyelam Scuba banyak bergantung kepada keselesaan ketika bergerak dalam air dan alat keselamatan yang ditawarkan. ((Pix:- Mencabar ... Simcity 2000 permainan komputer yang menguji kepintaran.)) ADAKAH anda sanggup menerima cabaran, jika dilantik untuk memajukan kawasan pergunungan atau tepi pantai menjadi sebuah bandar raya kosmopolitan? Berbekalkan modal di antara RM10,000 dan RM20,000, apakah rancangan yang perlu diatur bagi mewujudkan sebuah bandar megapolis yang moden dan canggih, tanpa mengabaikan tanggungjawab moral dan sosial? Perkara ini boleh anda temui apabila bermain dengan permainan komputer yang menyertakan perisian, Simcity 2000. Perisian ini dicipta khusus untuk merangsang minda supaya menjadi lebih kreatif ketika proses perancangan dan pelaksanaan. Permainan ini menitikberatkan pembinaan sebuah bandar raya yang mementingkan kepada keuntungan melalui cukai. Keperluan asas untuk permainan ini ialah komputer 486 X atau SX dengan kekuatan Ingatan Capaian Rawak (RAM) minimum empat Megabit (MB), monitor VGA, tetikus, amplifier, sistem hi-fi dan kad suara seperti Sound Blaster. Menggunakan teknologi pelbagai media (Multimedia) dan tetingkap (Windows) membolehkan segala imej dan grafik dipaparkan dengan jelas di monitor komputer. Pada permulaan permainan, anda diminta memilih kawasan yang hendak dibangunkan. Kemudian modal di antara RM15,000 dan RM20,000 dibekalkan untuk memajukan kawasan itu. Perkara penting untuk membangunkan sesuatu kawasan ialah pelaburan daripada sektor industri yang menyumbang pendapatan terbesar melalui cukai. Pihak pelabur daripada luar negara tidak akan mendirikan industri, jika segala kemudahan infrastruktur asas tidak mencukupi. Anda perlu bijak merancang lokasi yang hendak dibangunkan seperti menyediakan infrastruktur seperti tenaga elektrik, bekalan air dan jalan raya kerana ia adalah kemudahan asas yang menarik pelaburan. Semakin banyak pelabur luar yang datang membuka industri, maka akan meningkatkan pendapatan bandar itu melalui cukai. Seperkara yang penting ialah anda perlu bijak melabur wang yang diperolehi untuk menambahkan pendapatan. Apabila bandar raya semakin makmur maka lebih banyak orang akan datang, sama ada untuk mencari pekerjaan, menetap atau melancong. Ini menyebabkan anda perlu menyediakan kemudahan seperti lapangan terbang, pelabuhan dan hotel untuk menampung permintaan. Selain itu, kehadiran anggota polis yang cekap akan menjamin ketenteraman dan ini lebih meyakinkan pelabur asing. Bagaimanapun kemakmuran bandar raya Simcity 2000 dicemburui oleh bandar lain yang menjadi saingan untuk menarik pelabur. Maka anda perlu bijak merangka pelbagai strategi supaya pelabur tidak berpindah ke bandar lain. Cabaran paling besar kepada penggemar permainan Simcity 2000 ialah bagaimana hendak mengekalkan mutu kehidupan seperti nilai moral dalam kepesatan arus pembangunan yang melanda bandar raya itu, penjagaan infrastruktur seperti jalan raya atau janakuasa elektrik supaya bandar raya tidak bankrap. Bagaimana cara untuk mengelakkan cukai yang tinggi yang boleh menyebabkan pelabur enggan membuka industri. ((Pix:- Tekun ... kakitangan Bahagian Komputer DBP menunjukkan bagaimana imej gambar diproses menggunakan teknologi pelbagai media.)) BANK Istilah Berkomputer Dalam Talian atau Bikomta adalah satu daripada perkhidmatan yang disediakan dalam sistem Informasi Bahasa, Sastera dan Penerbitan (Imbas), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi memudahkan pelanggan mengetahui pelbagai istilah yang digunakan dalam 47 bidang termasuk sains dan teknologi. Sehingga kini, Bikomta mempunyai 268,000 istilah pelbagai bidang yang mana perkataan itu digunakan dalam semua penerbitan DBP dan diterima dengan meluas oleh masyarakat. Ketua Pustakawan DBP, Rohani Rustam, berkata orang ramai, korporat, mahasiswa dan penyelidik yang mempunyai keraguan mengenai istilah yang perlu digunakan boleh merujuk kepada Bikomta dalam Imbas. "Bikomta memudah dan mempercepatkan penggunanya mencari istilah yang diperlukan tanpa perlu menyelak setiap helaian kamus atau tesaurus bagi mencari perkataan sesuai," katanya. Selain itu, Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) juga menyediakan kemudahan untuk pelanggan yang ingin mengetahui mengenai bibliografi, indeks, fotografi dan biodata penulis Malaysia. Pengguna boleh memperolehi maklumat dengan cepat melalui perkhidmatan Capaian Katalog Awam Dalam Talian (Kawat) yang disediakan di PDM. Teknologi pelbagai media (multimedia) membolehkan pelanggan mencapai imej untuk slaid, negatif gambar foto dan keratan akhbar untuk tujuan rujukan dan penyelidikan. Setiap imej yang dipaparkan akan diiringi maklumat bibliografi bahan. Paparan imej itu menggunakan teknologi tetingkap yang akan memudahkan pengguna mengimbas dengan cepat dan mudah. Empat terminal disediakan untuk mencari katalog dan dua PC multiaplikasi bagi mencapai imej. Lima pangkalan data (database) terdiri daripada katalog monograf dan audio-visual, majalah dan jurnal, gabungan monograf dan majalah, indeks dan direktori juga disediakan untuk memperolehi maklumat terkini mengenai bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pengguna yang boleh memasuki pangkalan data monograf dan audio-visual, majalah dan jurnal serta gabungan monograf dan majalah membolehkan pelanggan memperolehi maklumat mengenai koleksi buku dan manuskrip, katalog terbitan berkala dalam pelbagai disiplin ilmu dan bahasa. Pangkalan data indeks boleh digunakan untuk mencari pelbagai maklumat daripada sumber seperti makalah yang tersiar dalam akhbar, majalah, unit mesyuarat, logo dan moto. PDM memiliki 176 judul (204 naskhah) manuskrip Melayu dalam pelbagai ilmu seperti bahasa dan kesusasteraan Melayu, Biografi, hal ehwal Islam, kepercayaan, sejarah, perubatan, undang-undang, tafsir Quran dan surat. PDM juga menyediakan perkhidmatan seperti kamus, ensaiklopedia dan maklumat penerbitan dalam bentuk CD-ROM dengan daya muat penyimpanan lebih daripada 660 Megabait. ((Pix:- Canggih ... Pencetak 520 HP berkuasa tinggi memberikan kesempurnaan dalam menghasilkan dokumen yang diperlukan.)) ((Pix:- Penggunaan pencetak 560C HP berupaya meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.)) ((Pix:- Teknologi tinggi ... pencetak pancutan lazer 4L HP memberikan kepuasan serta mutu yang tinggi kepada pengguna.)) PENGGUNAAN mesin pencetak kini menjadi perkara biasa dan keperluan asas setiap pejabat atau organisasi dalam usaha memudahkan urusan harian di samping meningkatkan produktiviti. Sejajar kecanggihan teknologi sekarang, mesin pencetak kini dipertingkatkan lagi keupayaannya dengan memperkenalkan mesin pencetak berkuasa pancutan laser (laserjet) dan pancutan dakwat (injet). Hewlett Packard (HP) Company kini adalah pengeluar utama mesin pencetak dari jenis desktop dengan mengeluarkan beberapa model bagi meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi yang menggunakan produknya. Sebagai pengeluar utama dalam teknologi cetakan pancutan dakwat, HP buat pertama kali memperkenalkan teknologi peningkatan ingatan (MEt) bagi pencetak pancutan laser 4L. Pencetak itu adalah paling istimewa sejak pencetak pancutan laser HP diperkenalkan pada 1984. Teknologi MEt ada pada pencetak pancutan laser 4L meningkatkan keupayaan dua kali ganda piawaian ingatan pada pencetak model 1Mb yang membolehkan cetakan grafik pada keseluruhan muka surat di samping bertindak memindahkan dua kali ganda atau lebih warna yang lembut. Melalui sistem MEt, ia menggabungkan ringkasan teknologi data terkini untuk mencetak walaupun pada muka surat yang sukar dengan piawaian ingatan pencetak 1Mb. Dengan penggunaan proses itu, ia secara automatiknya tidak memerlukan untuk dilakukan pengubahsuaian untuk melakukan kerja cetakan atau membeli sebarang kelengkapan lain. Malahan pencetak pancutan laser 4L HP menggunakan teknologi MEt menyenangkan kerja cetakan di samping mudah didapati. Selain itu, pencetak pancutan dakwat 560C HP mempunyai resolusi tinggi untuk menghasilkan cetakan dokumen hitam putih dan berwarna tanpa sebarang masalah. Ia menggunakan kartrij berkembar terbaru HP DeskJet 560C untuk menghasilkan cetak 600 x 300 yang terang dan berkualiti. Melaluinya, cetakan dapat dilakukan dengan cepat berbanding dengan sistem dot matrix. Ia juga ada pelbagai huruf cetak sedia bina dan TrueType untuk Windows bagi menghasilkan dokumen yang canggih serta profesional. Untuk menambahkan kegunaan warna kepada bahan cetakan, model pencetak pancutan dakwat 500C HP menghasilkan cetakan berkualiti tinggi 300-dpi di samping penggunaan teknologi ColorSmart supaya warnanya terang dan jelas. Ia berupaya menjimatkan kos memandangkan ia menggunakan kertas pencetak biasa dan mampu mencetak sehingga 50 cetakan pada satu masa. Di samping itu model 500C HP itu berfungsi pada komputer peribadi (PC) yang terkenal untuk membolehkan kerja dilakukan pada aplikasi yang digemari saja. Selain itu antara model diperkenalkan ialah 560C HP dan 520 HP. Selain memperkenalkan pencetak pancutan dakwat, HP juga muncul sebagai pengeluar utama pencetak pancutan laser dengan memperkenalkan beberapa model yang sentiasa ditingkatkan keupayaannya. Antara model itu ialah pencetak pancutan laser 4L HP yang memberikan kemudahan mengguna tanpa perlu menambahkan sebarang huruf cetak atau ingatan untuk menghasilkan dokumen tertinggi. Dilengkapi sistem PCL 5 dan 26 huruf cetak berskala membolehkan cetakan penuh muka surat dengan resolusi 300-dpi di samping meningkatkan grafik tanpa perlu menambahkan ingatan. Model itu dilengkapi ingatan 1 Mb yang memberikan kemudahan pengguna tanpa perlu meningkatkan tahap ingatannya. Penggunaan MEt meningkatkan keupayaannya untuk memindahkan grafik semuka penuh atau sebaliknya. Menggunakan teknologi terkini, model 4L HP tidak memerlukan banyak ruang untuk meletakkannya di samping berfungsi secara senyap ketika mencetak dokumen tanpa mengganggu sebarang perbincangan. Bagi meningkatkan keupayaan mencetak, model 4P HP mampu memberikan keperluan organisasi dengan cetakan berkualiti tanpa membabitkan belanjawan. Ia diselarikan dengan piawaian 2 Mbytes dengan keupayaan sehingga 26 Mbytes. MEt dengan tahap ingatan berganda memberikan keupayaan pencetak sehingga 4-Mbytes. Keupayaan enjinnya dinisbahkan empat muka surat seminit dengan pusingan tugas sebulan sehingga 8,000 muka surat. Keupayaannya dipandu oleh pemproses Intel RISC 16 MHz 80960. Model pencetak pancutan laser 4 Plus HP beroperasi secara ekonomi dengan menggunakan EconoMode bagi menghasilkan cetakan dokumen berkualiti yang memanjangkan penggunaan katrij pewarnanya. Menggunakan teknologi MEt, cetakan kebanyakan dokumen perniagaan tanpa perlu dibuat sebarang tambahan pada sistem ingatannya di samping menjimatkan tenaga. Resolusi mencetaknya 600 x 600-dpi adalah empat kali lebih dari cetakan biasa 300-dpi untuk menghasilkan teks dan grafik lebih cantik. Malahan ia berupaya menampung bekas kertas sehingga 250 helai atau bekas pelbagai guna. Pencetak itu beroperasi dengan perisian untuk membantu Windows 3.1 dan aplikasi DOS di samping sistem pencetak HP untuk Windows menjadikan kerja pemasangan dan peninjauan lebih senang. Ada juga perisian Explorer HP dengan Travel Guide membekalkan bantuan grafik dalam talian. Bagi menghasilkan mutu warna yang berkualiti, pencetak HP menggunakan teknologi ColorSmart, yang memberikan dua kepentingan kepada pengguna iaitu mudah diguna melalui revolusi HP dan menghasilkan warna cetakan yang hebat. ColorSmart memaparkan isu pengendalian warna dari sudut perspektif dan pengguna yang inginkan warna terbaik dengan menggunakan satu kunci saja. Malahan Color Smart membolehkan pencetak warna untuk berfungsi secara optima, samada ia mencetak muka surat yang mempunyai teks, grafik, imej atau kombinasi ketiga-tiganya. Digunakan melalui pemacu perisian pencetak yang terkini, ColorSmart akan menjadi piawaian masa depan kepada output warna HP dan ia adalah penyelesaian termudah untuk mereka yang memerlukan output warna yang terbaik. KEROSAKAN berlaku kerana pelbagai sebab. Justeru itu, kita perlu mencari punca kerosakan. Satu cara dianggap berkesan ialah menggunakan perisian diagnostik (diagnostic software). Antara jenis diagnostic software yang ada di pasaran ialah perkhidmatan diagnostic (service diagnostic), kick start dan QA Plus. Perkhidmatan Diagnostik (service diagnostic) adalah satu kaedah berkesan mengesan kerosakan. Ia menumpukan kepada pemeriksaan komponen secara ringkas. Gunakan kaedah ini untuk mengesan semua komponen komputer (C: atserv). Skrin akan memaparkan semua komponen. Pilih item B periksa semua alat segera untuk memastikan kerosakan komponen. Tukar komponen atau hantar kepada pembekal semua jika masih ada "warranty". Pengguna komputer yang menghadapi kesukaran atau ingin mendapat penjelasan lanjut mengenai kaedah menjaga komputer sendiri boleh menghubungi Microart Computers menerusi telefon 03-5422162/5422204. PUNCA elektrik yang bersambungan dengan komputer peribadi sebaik-baiknya tidak berkongsi dengan alat elektrik lain. Mencatumkan dua atau lebih alat elektrik pada satu punca elektrik bukanlah amalan baik. Jika bekalan elektrik di rumah tidak seimbang gunakan alat pengimbang Voltan Automatik (AVR) bersama komputer. AST melancarkan logo baru korporat minggu lalu. Logo berkenaan (gambar sebelah) menampilkan huruf A, S dan T yang diasingkan untuk memperkemas dan memperlihatkan dengan jelas identiti korporatnya. Reka bentuk semula A, digabungkan dengan kecondongan huruf S dan T menggambarkan pergerakan dalam logo. Logo baru mempunyai warna berbeza berbanding yang lama. Warna biru tradisi AST ditukar dengan warna biru yang lebih garang (Pantone 308). Garisan dan perkataan Computer menggunakan warna kelabu ceria (Pantone 7) dan ia berpadanan dengan warna biru yang digunakan. Logo baru itu akan diperkenalkan secara berperingkat dan dalam masa sebulan, ia akan dilihat pada produk baru, bahan komunikasi pasaran dan bungkusan barangan. Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini mengesahkan AST sudah memulakan pengedaran dari kilang barunya di Limerick, Ireland yang dijangka memulakan pengeluaran komputer meja pada suku keempat tahun ini. ((No: Bersambung minggu depan.)) KOMPONEN ketiga yang tidak kurang pentingnya dari Penaung Eksekutif dan Penaung Operasi ialah Jemaah Perancang. Di tangan mereka terletaknya kuasa atau keupayaan membolehkan beberapa perkara. Pertama, jemaah perancang boleh menyebabkan sesuatu perkara baik yang dilakukan dapat dipertingkatkan lagi supaya ia lebih sempurna. Pemikiran ini adalah konsep pemikiran "Kaizen" yang menyatakan bahawa "Jika sesuatu itu berjalan lancar, maka ia mesti boleh diperbaiki lagi." Konsep ini yang menekankan apa yang saya istilahkan sebagai evolusi peningkatan berterusan (constant evolution of improvement) sangat menarik dan berkuasa meninggikan lagi mutu, mempertingkatkan keberkesanan dan kelicinan perjalanan organisasi. Hasil dari ini, organisasi dapat mempertahankan kedudukan persaingannya. Kedua, jemaah perancang juga berupaya membolehkan supaya perkara yang tidak berjalan dengan lancar diubah kepada cara yang lebih baik. Teknologi Maklumat (IT) Senjata Pengguna Seperti yang saya tekankan, projek IT ialah projek pengguna dan bukan bilik komputer. Setiap peralatan di dalam bilik komputer sebenarnya dijalankan oleh segolongan pakar yang diberi mandat oleh pengguna berdasarkan kepakaran mengoperasikan komputer. Itu saja. Ujian kejayaan sesuatu projek IT ialah selepas pengguna menerima dan mensepadukannya dalam tugas seharian mereka. Kalau tidak secanggih manapun peralatan yang dibeli, ia tidak akan berguna satu sen pun. Sehubungan itu, kriteria yang pertama memilih jemaah perancang mestilah dari kalangan pengguna. Di sini saya maksudkan pembuat keputusan dari jabatan yang akan menggunakan teknologi yang diperkenalkan. Pengguna adalah pelanggan IT dalam sesuatu organisasi. Sama ada kita suka atau tidak, hakikatnya ialah pengguna memanfaat apa yang dirasakan boleh menambah nilai kerja mereka. Jika tidak, mereka akan biarkan komputer berkarat atau disaluti sawang labah-labah atau tunggu masa untuk bermain permainan komputer. Ini kerana mereka memahami dan mengetahui cabaran dan isu mengenai perjalanan seharian organisasi. Pengetahuan dan kemahiran mereka amat perlu sekiranya IT mahu dijadikan sebagai senjata persaingan organisasi. Pakar Teknikal Tak Penting Ke? Soalan yang penting di sini ialah bukan sama ada perlu atau tidak pakar teknikal IT. Yang pentingnya ialah sama ada pakar IT ini berupaya untuk membimbing (sila bezakan di antara membimbing dan membuat atau melakukan) pengguna untuk memahami kebolehan komputer menyumbang kepada kejayaan organisasi). Ini kerana kefahaman mengenai keupayaan komputer penting untuk mendorong dan memangkinkan perubahan di dalam organisasi. Di sini penekanannya ialah "Bagaimanakah komputer dapat membantu saya, pengguna memperbaiki dan menambah nilai kerja saya supaya tugas seharian akan lebih berkesan dan menyumbang ke arah kejayaan." Jika tidak, pakar IT akan hanya merupakan beban kepada organisasi. Ini bagi saya merupakan tugas hakiki pakar teknikal. Ini lebih dari sekadar hanya pandai membuat program kerana program komputer yang tidak digunakan oleh pengguna adalah tidak berguna. Ianya merangkumi lebih dari menjalan kelas komputer. Ciri-Ciri Peserta Projek perancangan Insis di Melaka berjaya menjalankan persidangan perancangan yang baik dan berkualiti kerana dihadiri oleh peserta dari kira-kira 20 jabatan walaupun dalam memorandum sefahaman menyatakan hanya 12 jabatan saja yang terbabit. Antara jabatan terbabit ialah Pejabat Kemajuan Negeri, Institut Mengurus Melaka, Institut Teknologi Mara, Melaka, Jabatan Imigresen, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ketua Menteri, Bendahari Negeri, Jabatan Pendidikan Melaka, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Perangkaan dan Majlis Daerah Alor Gajah. Yang membanggakan ialah kebanyakan dari jabatan itu menghantar ketua jabatan atau timbalan mereka untuk menghadiri persidangan perancangan itu. Dengan sendirinya, ia mencerminkan betapa pentingnya projek itu kepada orang Melaka dan juga kesungguhan untuk memastikan projek itu berjaya. Saya yakin sekiranya projek itu dilancarkan mengikut apa yang dirancangkan, ia akan memungkinkan taraf kejayaan yang tinggi. Kalau jemaah perancang di Melaka dijadikan contoh, ahli jemaah perancang seharusnya terdiri dari mereka yang memahami peranan dan matlamat masing- masing dan bagaimana ia berkait dengan jabatan lain, memahami proses yang dijalankan di jabatan mereka serta bagaimana ia menambah nilai proses jabatan lain. Di samping itu ia boleh membuat keputusan mengenai jabatan masing-masing selain berkeupayaan dan berani membuat perubahan demi kebajikan jabatan. Satu lagi perhatian yang penting ialah perbezaan latar belakang dan pendapat di kalangan jemaah peserta akan meningkatkan lagi mutu perbincangan kerana perbincangan akan lebih kaya dengan maklumat. Seterusnya sama ada ahli terdiri daripada pihak pengguna mahu pun pihak teknikal, ada beberapa perkara penting perlu difahami oleh jemaah perancang. SEBELUM membicarakan lebih terperinci topik ini adalah lebih baik diperingatkan supaya anda menutup suis komputer dan suis plag. Cabutkan kabel kuasa. Ini untuk mengelakkan berlakunya kejutan elektrik. Mengenai topik ini, adalah baik diberitahu bahawa kegagalan pemacu membaca atau berfungsi amat biasa berlaku terutama kepada pengguna yang tidak cermat menggunakan komputer mereka. Antaranya ialah penggunaan cakera liut yang belum diformat, terbalik, sudah kotor (berkulat), bervirus dan kemungkinan mengasari pemacu tersebut. Ada juga yang berpunca daripada kerosakan atau pemasangan yang tidak betul. Berikutan itu, topik ini akan menghuraikan tanda-tanda yang mungkin dialami pada komputer dan penyelesaian terbaik yang boleh dimanfaat berdasarkan pengalaman dan rujukan yang kami buat. Biasanya tanda yang boleh didapati ialah kesilapan pemacu tidak bersedia (Drive not ready error). Ini disebabkan kita terlupa untuk memasukkan cakera liut (floppy disk) ke pemacu, terlupa menguncikan pemacu (untuk pemacu 13.12 sentimeter) atau menolak pemacu sehingga terkunci (bagi pemacu 8.7 sentimeter). Ini biasa berlaku kepada mereka yang belum biasa dengan penggunaan komputer, jadi pastikan anda melakukan perkara di atas dengan sempurna. Kegagalan membaca pemacu berlaku kerana komputer tidak boleh membaca data yang tersimpan dalam cakera liut atau cakera liat. Ini sama ada cakera itu belum diformat, terbalik, kotor atau rosak disebabkan virus. Perlu juga diketahui selain daripada punca itu kegagalan pemacu membaca cakera turut berpunca daripada kerosakan fizikal pada sektor atau blok. Minggu hadapan ruangan ini akan membicarakan mengapa berlaku sektor tidak ditemui. ((No: JUDUL : Berkenalan Dengan Unix. PENULIS : Sharifah Mastura Syed Mohamad. PENERBIT : Federal Publications Sdn Bhd. HARGA : RM12.95.)) ((Pix:- Ilmiah ... kulit buku karangan Sharifah Mastura.)) UNIX boleh ditakrifkan sebagai sejenis sistem operasi yang bersifat kongsi-masa. Ia adalah set atur cara yang bertindak sebagai penghubung di antara pengguna dan komputer. Dua komponen utama yang terdapat pada sistem ini ialah kernel dan cangkerang. Kernel ialah atur cara yang mengkoordinasikan semua kerja dalaman komputer seperti menyediakan sistem sumber, manakala set atur cara cangkerang membolehkan pengguna berhubung dengan operasi dalaman komputer. Empat komponen lain yang terdapat dalam Unix ialah sistem fail, pemprosesan teks, utiliti dan bahasa pengaturcaraan. Mengetahui mengenai Unix seolah-olah sudah menjadi kemestian dan sesuai dengan keadaan itu banyak buku diterbitkan mengenai Unix dalam bahasa Inggeris seperti Unix Networking yang diulas dalam ruangan terdahulu. Kini tampil sebuah lagi buku mengenai sistem Unix itu bertajuk Berkenalan Dengan Unix tulisan seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Sharifah Mastura Syed Mohamad. Sharifah Mastura menegaskan tujuan penerbitan buku itu adalah untuk mempermudahkan pengguna komputer mempelajari asas sistem operasi Unix. "Mungkin anda sudah menggunakan sistem operasi seperti DOS, Apple, Macintosh, IBM. Dan buku yang mendedahkan sistem Unix dengan cara paling mudah dan maklumat yang mencukupi boleh dimanfaat oleh pengguna komputer," katanya. Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah di Bahagian Sains Komputer, Pusat Pengajian Matematik & Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia turut menyertakan banyak contoh. Beliau menasihat pembaca meluangkan sedikit masa mencuba contoh yang diberi kepada setiap topik dan membuat latihan amali menguji kefahaman mereka. Buku Berkenalan dengan Unix mengandungi 134 halaman dan dibahagi kepada tujuh topik. Sharifah menumpukan perbincangan beliau mengenai latar belakang Unix, penggunaan sistem fail dan panduan Unix, keselamatan Unix, menukar mod capaian untuk fail dan panduan. Di samping itu beliau turut mengetengahkan cara memanipulasi perintah data dalam Unix, berkomunikasi dengan pengguna lain dalam sistem berkenaan secara interaktif atau dengan memanfaat mel elektronik sebelum mengakhiri buku ini dengan lampiran bagi tujuan rujukan. Penulis berharap buku ini akan menjadi bahan rujukan terbaik kepada pengguna komputer yang mula berjinak-jinak dengan sistem operasi Unix. ((No: Bersambung minggu depan.)) MINGGU ini lakukan sendiri akan menjelaskan mengapa sektor tidak ditemui dan jalan penyelesaian yang boleh diambil terhadap beberapa pemasalahan yang diutarakan sebelumnya. Sektor tidak ditemui adalah satu keadaan yang sering dihadapi oleh pengguna. sebelum menyorot pemasalahan ini kita adalah lebih baik ditinjau kekerapan kita menggunakan cakera liut untuk menyimpan dan menulis data yang mana akhirnya kemungkinan besar menimbulkan banyak masalah. Biasanya apabila berlaku kehilangan sektor, pemacu akan melaporkan bahawa ia tidak menemui sektor pada cakera liut anda. Perkara ini sering berlaku disebabkan keadaan cakera liut yang tidak diformat sebelum dimanfaat, walaupun mungkin tertera kotak cakera liut bahawa ia sudah diformat, tetapi keelokannya masih diragui. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah kegagalan pemacu yang dibincangkan pada minggu lalu, adalah lebih baik anda memasukkan cakera liut dengan sempurna. Jika ia masih berlaku, kemungkinan pemacu anda rosak. Merawat sendiri masalah ini amat rumit oleh itu hubungi kedai komputer anda tentang masalah itu. Bagi pengguna yang memanfaat cakera liut baru, pastikan dahulu bahawa ia sudah diformat sebelum anda menggunakannya. Anda juga harus cermat ketika menyimpan cekera liut agar tidak terdedah kepada habuk dan kelembapan yang tinggi terutama tempat yang tidak berhawa dingin kerana ini boleh menyebabkan cakera liut mudah kotor atau berkulat. Jika anda tidak berhati-hati fail yang tersimpan akan rosak dan kepala pemacu kotor dan mencalarkan cakera liut lain. Pencuci pemacu juga diperlukan untuk membersihkannya. Untuk membersihkan pemacu kotor buatlah seperti berikut: * masukkan beberapa titik alkohol yang disediakan ke atas cakera pencuci (kain putih yang berbentuk cakera) * masukkan cakera liut pencuci tadi kedalam pemacu yang kotor(contohnya pemacu A) dan kunci. Taipkan seperti berikut - contohnya C:>Dir a: [Enter] - pemacu A akan cuba membaca cakera liut itu atau C:>a: asdf [Enter] - apa-apa huruf boleh digunakan asalkan pemacu A akan berpusing untuk mencuci kepala pemacunya. Lakukan perkara diatas beberapa kali sehingga pemacu dapat membaca semula. Kerja ini amat leceh tetapi jika anda ada program pencuci seperti dclean atau QaPlus, tugas ini akan menjadi lebih cepat dan mudah. ((No: Bahagian 2.)) MINGGU lalu saya membincangkan dengan terperinci pentingnya fungsi jemaah perancang yang terdiri daripada Penaung Eksekutif dan Penaung Operasi. Pada ruangan kali ini adalah lebih baik saya menyambung perbincangan topik ini yang mungkin boleh dijadikan rujukan dan model dalam melaksanakan tugas berkaitan IT. Antara perkara yang perlu difahami oleh sidang perancang ialah persidangan perancangan bukannya kursus. Ia adalah forum yang mana perbincangan dibimbing supaya matlamat, cabaran dan isu projek boleh diperbaiki untuk kejayaan projek. Dengan erti kata lain, persidangan perancangan ialah sesi kerja. Jadi apa yang dibincang, direkodkan untuk kegunaan pelaksana. Oleh kerana ia adalah sesi kerja, maka masa paling sesuai untuk menyuarakan pendapat dan pandangan ialah semasa jemaah perancang bersidang, pandangan dan pendapat ahli diketengahkan secara profesional, jelas dan difahami oleh peserta lain. Sama ada diterima atau tidak, ia perkara lain. Perbincangan sampingan tidak boleh diterima Oleh kerana perancangan adalah sesi penting, maka jemaah perancang seharusnya memahami perbincangan yang dibuat di luar sidang perbincangan termasuk perbincangan di bilik penginapan peribadi peserta, sesi jamuan ringan dan di pejabat masing-masing tidak boleh dan tidak diambil kira. Jika sesuatu perkara itu tidak diketengahkan ketika persidangan, maka ia seharusnya dianggap tidak penting untuk dinilai oleh jemaah perancang. Lantas sekiranya ia tidak dilaksanakan, ia bukan sidang perancangan atau sesiapa melainkan orang yang tidak menggunakan sidang perbincangan dengan sepenuhnya. Kalau takut nak buka mulut Kadangkala terdapat juga keadaan peserta tidak berapa pandai mengeluarkan pendapat semasa perbincangan. Sebenarnya membuka mulut di sesi perbincangan ialah satu kewajipan seseorang profesional untuk mengenalpasti dan menyampaikan isu penting bagi perbincangan. Sekiranya terdapat keadaan ini, maka peserta seharusnya meminta pertolongan peserta lain untuk menyampaikan mesej berkenaan. Kelemahan pendekatan itu ialah apabila terdapat jurang perbezaan di antara mesej yang ingin disampaikan dan mesej yang disampaikan. Ini mesti difahami dan diterima supaya pihak ketiga tidak dipersalahkan. Perkara ini penting kerana pernah berlaku perkara yang kurang sihat. Misalnya dalam satu projek, disebabkan perkara itu tidak diketengahkan ketika persidangan, semua orang dipersalahkan. Pemudah cara tak pandailah, peserta lain tak tahu masalah sebenarlah dan penaung operasi tak pandai pilih orang. Macam-macam. Bagaimana jika perancangan sudah ada Ini lagi bagus. Ia bermakna segala kerja awal sebelum sesi perancangan sudah dijalankan dan ia akan memastikan kejayaan persidangan perancangan. Jika dirasakan bagus perancangan itu, ia harus dipersembahkan kepada semua peserta supaya dapat difahami oleh pengguna untuk memperolehi penerimaan dan sokongan awal dari pengguna supaya projek itu berjaya. Masalahnya timbul apabila seseorang peserta membuat perancangan tanpa membabitkan pengguna dan bekerja seorang diri. Jadi besar kemungkinan perancangan itu banyak kelemahannya. Sekiranya ia diibaratkan penampung air, perancang persendirian itu takut kalau dicucuk oleh peserta lain - bocor. Kes ini pernah saya dapati di mana peserta tidak mahu memberitahu peserta lain perancangannya dan apabila ditanya, ia menyatakan, "Oh, ini tidak ada kena mengena dengan sidang perbincangan dan projek itu." Yang peliknya sesudah tamat projek perancangan dan laporan sudah disampaikan, timbullah perkara yang tidak sihat, nak panggil MAMPUlah, nak panggil peguamlah, nak panggil Jabatan Tanahlah, orang ni tak sokonglah. Salah Siapa? Kalau yang betul, semuanya ini harus dibangkitkan dalam jangkamasa perancangan supaya keputusan bersama boleh dicapai dan bukan selepas semuanya selesai. Bagaimana kalau pandangan jemaah perancang tidak diterima oleh penaung eksekutif? Kerisauan ini sering ditimbulkan oleh jemaah perancang kerana penglibatan mereka bukan sedikit. Banyak kerja sebelum, semasa dan selepas sidang perancang yang harus dilakukan. Masalah timbul apabila jemaah perancang merasakan bahawa apa yang diketengahkan hendaklah diterima oleh penaung eksekutif. Ini satu tanggapan yang salah. Pertama yang harus disedari oleh jemaah perancang ialah bahawa mereka ditugaskan untuk membuat perbincangan dan perancangan dengan sebaik- baiknya berdasarkan latarbelakang dan pengalaman mereka. Kedua, tidak semestinya semua cadangan diterima, malah kadangkala kesemuanya ditolak. Tugas jemaah perancang ialah untuk membangkitkan cabaran, isu, mengenalpasti, menyuara, mengemukakan dan memperbincangkan penyelesaian mellaui cara paling profesional dan mesyuwarah tetapi keputusan akhir mestilah diserahkan kepada pemimpin tertinggi organisasi dengan perasaan "with clear conscience." Jika sebahagian atau kesemua cadangan tidak diterima, ia tidak bermakna jemaah perancang membuang masa dan tenaga. Di sini saya ingin menyatakan bahawa sesuatu cadangan yang tidak diterima bukan bererti ianya cadangan yang tidak baik. Ia hanyalah satu keputusan yang dibuat berdasarkan keperluan tertentu.Jemaah perancang seharusnya merasa puas kerana berpeluang menyuarakan pendapat mereka dengan sejelasnya dalam suasana baik. OPERASI 64 BIT Silicon Graphics Inc (SGI) mengumumkan pelancaran IRIX 6.0 untuk sistem operasi Sistem V Keluaran keempat (SVR4) Unix. IRIX 6.0 menggunakan kelebihan rekacipta pelbagai prosesan (multiprocessing atau SMP) menawarkan kebolehan untuk pakar teknikal yang terbabit dalam pembinaan dan penyimpanan data sains seperti kimia, informasi geografi dan rekaan berkomputer. Sistem operasi IRIX 6.0 yang baru menyokong penggunaan aplikasi 64 bit dalam MIPS R8000 termasuk titik terapung daripada 310 Specfp92 dan operasi logikal 64 bit. Naib Presiden dan Pengurus Besar Silicon Graphics Bahagian Sistem Komputer Berkuasa Tinggi, Ron Bernal berkata IRIX 6.0 adalah sistem operasi pelbagai prosesan yang membolehkan penggunaan aplikasi 64 bit berdasarkan Sistem Kuasa (Power Challenge System) yang ada dalamnya. Selain itu, MIPSpro sejenis pengkompilasi (compiler) menggunakan 64 bit untuk sistem R8000 juga akan dibekalkan apabila membeli sistem operasi IRIX 6.0. Pengkompilasi adalah atur cara khas yang dicipta untuk menukarkan aturcara yang disediakan dengan bahasa tahap tinggi (bahasa punca) ke dalam kod mesin (atur cara objek) sebelum ia boleh dijalankan oleh komputer. Pengkompilasi juga membolehkan perisian untuk kajian saintifik dan kejuruteraan serta pengembangan dijalankan. Ahli keluarga pengkompilasi termasuk Power Fortran 77 dan Power C di mana ia mampu menghubungkan Sistem Kuasa secara selari. Ini membenarkan pengaturcara program menggunakan pelbagai prosesan serta mengarahkan data maklumat itu kepada Fortran 77 atau Power C. SGI juga memperkenalkan Silicon Graphics CASE Vision Workshop adalah perisian yang sesuai untuk meningkatkan kuasa bagi IRIX 6.0. Alat itu terdiri daripada penganalisis statistik dan penganalisis selari MPF Fortran. SGI adalah pengeluar grafik tiga dimensi antara aktif, media digital dan pelbagai proses untuk komputer berkuasa tinggi untuk kerja teknikal, saintifik dan kreatif. ((No: Pameran Antarabangsa Teknologi Maklumat (ITX) 1994.)) KEBANYAKAN organisasi kini menghadapi persekitaran perniagaan yang kompetitif untuk beberapa dekad kebelakangan ini membabitkan faktor globalisasi, pengurangan halangan perdagangan dan proses penswastaan. Peningkatan persaingan itu memaksa banyak firma memotong kos dan mengambil langkah mengurangkan skop operasi dengan cara memanfaat sumber luar dan mempertingkatkan rasa tanggungjawab dan keberkesanan tugas. Tekanan persaingan itu menyebabkan banyak organisasi lebih menumpukan kepada usaha menyelaraskan organisasi dan mengekalkan hubungan rapat dengan rakan dagangan. Trend itu mendapat sokongan melalui pembangunan sistem dan teknologi maklumat. Berdasarkan fenomena itu, Persidangan Antarabangsa Teknologi Maklumat 94 (ICIT 94) akan mengetengahkan kertas kerja khusus membincangkan pemasalahan yang berlaku. Kertas kerja bertajuk Bentuk Organisasi Baru Untuk Masyarakat Kaya Maklumat akan disampaikan oleh Pensyarah Jabatan Sistem Maklumat, Sekolah Ekonomi London, Smith Smithson. Smithson akan mengutarakan beberapa bentuk organisasi baru termasuk rangkaian organisasi dan kaedah lain yang dikenal pasti berupaya memperkukuhkan struktur organisasi. Seramai 40 pembentang kertas kerja mengesahkan penyertaan mereka pada persidangan yang bermula awal bulan depan. Bertemakan Ke Arah Masyarakat Kaya Maklumat: Satu Agenda Untuk Tindakan, persidangan itu dijangka membincangkan isu berkaitan bentuk masyarakat kaya maklumat; pembangunan budaya, ekonomi, sosial dan teknologi maklumat; penyelidikan dan pembangunan IT; IT dan pembangunan industri; kemudahan dan teknologi IT; IT dalam organisasi. AST Research Inc (AST) dan Creative Technology Ltd, pembekal rumusan pelbagai media terulung dalam pasaran komputer peribadi (PC), bekerjasama menghasilkan barangan audio pelbagai media, telefon dan perisian bersepadu berteknologi tinggi. Perkongsian kerjasama yang strategik itu dijangka mengukuhkan kedudukan AST dan Creative Technology dalam pasaran pengguna melalui gabungan tenaga pakar terbaik. Naib Presiden AST, Howard Elias, berkata AST berusaha menghasilkan produk pelbagai media bermutu tinggi yang mudah dimanfaat dalam usaha meluaskan keupayaan PC bagi kepentingan pengguna. Melalui kerjasama strategik itu, AST dan Creative Technology dijangka mampu menawarkan perkhidmatan terus kepada pelanggan melalui barangan audio terkini, perisian dan telefon yang dilengkapi komputer pelbagai media AST Advantage Adventure. ((Pix:- Keluaran terbaru ... ICL DX2/66 murah tetapi mutunya setanding dengan komputer daripada jenama terkenal yang lain.)) ICL memperkenalkan PC terbaru keluarannya, DX2/66 MegaHertz mengikut Skim Jaminan Harga. Ini membolehkan pembeli memperolehi komputer itu pda harga RM4,990 iaitu 20 peratus lebih rendah berbanding komputer jenis DX2/66 di pasaran. Mengikut skim itu, ICL memberi jaminan selama tiga tahun iaitu merangkumi tahun pertama untuk alat ganti, tahun kedua dan ketiga bagi membaiki Unit Pemprosesan Pusat (CPU). ICL juga memberi jaminan, walaupun harga komputer yang ditawarkan murah berbanding komputer sejenisnya, tetapi pembeli akan memperolehi mutu setanding dengan komputer daripada jenama terkenal. PC terbaru ini mempunyai pemacu 210 Megabyte (MB), 4 MB untuk Ingatan Capaian Rawak (RAM) dan perisian seperti Win 3.1, MS-DOS 6.2, ICL Butler, Easyguide serta ICL SystemSave. Pembeli juga dibekalkan dengan ValuePlus DL/66d i bersama soket Pentium Overdrive untuk meningkatkan keupayaan komputer berkenaan apabila diperlukan. ((No: Pameran Antarabangsa Teknologi Maklumat (ITX) 1994.)) KREATIVITI adalah ciri utama yang perlu diserap sejak peringkat kanak- kanak lagi dalam usaha melahirkan masyarakat berjiwa mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru. Topik inilah yang akan diberi keutamaan pada Persidangan Asean mengenai pereka cipta, jurutera dan saintis wanita (Wise). Ketua Jabatan Yayasan Kreativiti dan Perlakuan Kreatif Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Rohayaty Mohd Mazjub akan memperkatakan tajuk Paradigm Shift For Mothers. Penceramah lain ialah Prof Chiam Heng Keng dari Universiti Malaya yang memperkatakan mengenai Creativity In Children: The Role of Education. Selain dua kertas kerja itu, beberapa penceramah lain juga akan mengetengahkan topik menarik mengikut perkembangan semasa. Persidangan itu dianjurkan oleh LADYMINDS (satu bahagian dalam Persatuan Reka Cipta dan Reka Bentuk Kebangsaan - MINDS). Penceramah lain yang mengesahkan penyertaan mereka ialah Ketua Pengarah Planetarium Negara, Dr Mazlan Othman dengan kertas kerja bertajuk Women In Space Science and Astronomy, Presiden Pertubuhan Persatuan Reka Cipta Antarabangsa (IFIA), Dr Farag Moussa, Women Creative Power dan Presiden Persatuan Reka Cipta Wanita Finland, Maila Hakala yang akan membentangkan tajuk World History of Woman. Keterangan lanjut hubungi Ramesh Pillai di alamat Lot 10, Jalan Jaya 5, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur. ((No: Judul: No-Sweat desktop publishing - A Guide From Office Computing Magazine. Penulis : Steve Morgenstern. Penerbit: American Management Association (Amacom). Pengulas: Ahmad Ghazali Musa.)) ((Pix:- Kulit buku ... No-Sweat desktop publishing.)) PENERBITAN desktop (desktop publishing) adalah bidang yang semakin penting dan popular terutama dalam industri percetakan. Bidang itu terus mewarnai industri percetakan dan menjadi nadi pembangunan industri terbabit. Faktor itu menyebabkan bidang yang dulunya kurang diminati terus dibangunkan menjadi lebih canggih berasaskan sistem komputer terkini. Pelbagai ciri tambahan dimasukkan supaya ia mampu memenuhi kehendak pengguna. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu mengambil peluang menjadikannya sebagai sumber pendapatan utama atau kerja sambilan yang menguntungkan. Justeru itu, buku yang membicarakan tajuk penerbitan desktop terus mendapat tempat di kalangan masyarakat teknologi maklumat. Antaranya ialah No-Sweat Desktop Publishing - A Guide From Office Computing Magazine. Buku setebal 206 halaman ini membicarakan dengan terperinci mengenai komputer, teknologi, terminalogi dan prosedur menjadi desktop publisher. Persoalan paling penting ialah berkaitan komunikasi untuk membolehkan proses komunikasi di antara pengguna dan komputer boleh dilakukan dengan berkesan sebelum diterjemahkan dalam tugasan harian. Diterbitkan oleh American Management Association (Amcom), buku ini mampu menjadi sumber rujukan terbaik kepada penerbit desktop atau mereka yang berminat memasuki bidang ini. Ia terbahagi kepada 12 bahagian yang mana pada bahagian awal menjelaskan dengan terperinci perkara berkaitan kegiatan perniagaan sampingan dalam penerbitan desktop. Ia kemudian disusuli dengan perkakasan dan perisian yang diperlukan dalam penerbitan desktop sebelum memulakan proses membentuk patah-patah perkataan. Memilih bentuk perkataan menjadi satu tajuk penting memandangkan ia menjadi asas kepada pembentukan sekumpulan patah perkataan. Selepas itu, proses mendapatkan gambar dibincangkan dengan teliti pada bahagian seterusnya sebelum pembaca dibimbing bagaimana kaedah terbaik mereka bentuk kerja. Tajuk lain yang turut dibincangkan ialah bagaimana idea menghasilkan surat berita (newsletters), brosur dan bahan promosi lain. Pembangunan aspek itu memerlukan daya kreativiti membentuk sekumpulan perkataan untuk menjadikannya lebih menarik sebelum disampaikan dengan berkesan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, penulisnya, Steve Morgenstern begitu menitikberatkan proses komunikasi dalam buku ini selain membicarakan perkara berkaitan komputer, terminologi, teknologi dan prosedur sebelum menjadi penerbit desktop. Perbincangan beliau turut berkisar kepada pengalamannya sebagai penyunting sebelum menerjah masuk ke dalam bidang penerbitan desktop. Pengalaman sebagai penyunting boleh memperkukuhkan seseorang sebagai penerbit desktop berwibawa. Beliau mengakui bidang penerbitan desktop sebahagian besarnya adalah bentuk komunikasi dengan alat pengkomputeran yang secara menyeluruh memanfaat kaedah tradisional. Menceritakan pengalamannya sebagai penyunting, Morgenstern berkata: "Ketika saya memulakan kerjaya dalam bidang penerbitan buku 20 tahun lalu, buku yang sama turut dimanfaat untuk tujuan itu dengan keadaan yang berbeza. "Sebagai penyunting muda dalam penerbitan, saya bertanggungjawab terhadap satu aspek dalam proses penerbitan buku - membentuk perkataan. Saya kemudian menyerahkan perkataan kepada pereka bentuk yang bekerjasama dengan typesetter dan artis pasteup untuk menukarnya daripada bahan mentah kepada buku bercetak," katanya. SALAH satu faktor penting untuk muncul sebagai syarikat berwibawa ialah kebijaksanaan menggunakan kelebihan teknologi maklumat (IT). Tidak keterlaluan untuk mengatakan faktor ini menjadi penentu kejayaan operasi sesebuah syarikat terutama pada ketika ia berhadapan dengan cabaran besar operasi. Kebijaksanaan menggunakan kelebihan IT di sini boleh dibahagi kepada tiga. Pertama, pembangunan prasarana mengikut keperluan semasa (termasuk penyediaan perkakasan dan perisian), Kedua, perbelanjaan pembangunan atau peningkatan kemudahan IT sedia ada membabitkan kos yang tidak terlalu membebankan. Ketiga, pengurusannya dilakukan oleh pakar IT yang perlu diberi kepercayaan membuat keputusan. Daripada faktor itu bolehlah disimpulkan perlunya gabungan mantap di antara tiga elemen iaitu faktor kemanusiaan membabitkan pengurusan teknologi, kewangan dan teknologi yang bakal dimanfaat secara maksimum mengikut kemudahan terkini. Pendekatan yang memberi ruang dan kepercayaan kepada pakar IT dalam syarikat tidak merugikan kerana mereka mampu membuat keputusan yang lebih jitu berbanding pihak pengurusan tertinggi syarikat yang tidak mengetahui dengan mendalam mengenai IT. Ketiga-tiga elemen itu juga dapat memastikan keputusan tepat dan cepat dalam persekitaran begitu banyak syarikat IT, menawarkan perkhidmatan yang tidak dapat ditentukan kemampuannya. Syarikat korporat mahupun yang dikategorikan dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) perlu mempunyai ketiga-tiga elemen itu dan sikap berhati- hati dalam membuat keputusan memanfaat teknologi internet dan intranet. Sekiranya, syarikat terbabit hanya mengambil sikap sambil lewa, kemungkinan besar mereka akan dibebani dengan kos pembangunan prasarana IT yang besar. Akhirnya, tidak keterlaluan dikatakan kemudahan IT yang mungkin menelan belanja berjuta-juta ringgit itu hanya menjadi gajah putih. Apatah lagi apabila syarikat terbabit terperangkap dengan keputusan sama ada menggantikan semua prasarana terbaru atau mengemaskini kemudahan sedia ada untuk memperolehi perkhidmatan IT terkini. Bagi syarikat korporat peruntukan untuk prasarana IT memang besar. Mereka juga mempunyai perancagan rapi yang dipertanggungjawabkan kepada bahagian sistem maklumat. Itupun ada antaranya yang masih gagal menggunakan secara maksimum kemudahan IT disebabkan kesilapan pelaksanaan di peringkat awal. Kalau syarikat korporat boleh menghadapi keadaan itu, apatah lagi syarikat IKS yang peruntukan untuk IT begitu kecil. Justeru daripada kos pembangunan atau mengemaskini kemudahan IT kecil itu memungkinkan mereka berhati-hati mencari teknologi yang tepat dan bersesuaian dengan keperluan. Ia memerlukan kebijaksanaan membuat keputusan. Syarikat ternama seperti Novell, Oracle, Microsoft, Lotus Corporation dan Sun Microsystems sudah diketahui memiliki kepakaran dan teknologi yang diperlukan itu. Syarikat ini sentiasa sedia menawarkan pelbagai produk atau perkhidmatan untuk membenarkan pelanggan memiliki kemudahan Internet atau Intranet yang terkini. Seperkara yang perlu disedari ialah syarikat terbabit sentiasa memikirkan keuntungan sesuai dengan kepakaran dan perkhidmatan yang didakwa bermutu yang bakal mereka salurkan kepada pelanggan. Di samping itu kemunculan syarikat baru yang menjadikan teknologi Internet dan Intranet sebagai kegiatan dan pendapatan utama perlu diberi perhatian. Ini kerana kedapatan syarikat yang hanya pandai memancing pelanggan, tapi apabila tiba di peringkat pelaksanaan mereka gagal melakukannya dengan baik. Keadaan ini sudah tentu perlu dielakkan. Senario itu adalah perkara biasa dalam persekitaran di mana pasaran Internet dan Intranet terus berkembang. Ia memerlukan kebijaksanaan syarikat korporat atau IKS membuat pilihan tepat untuk perkhidmatan yang bakal diperolehi. Justeru, tiga pendekatan yang dinyatakan di atas perlu diterjemah dalam membuat keputusan menjadikan Internet dan mungkin di peringkat yang lebih mengkhusus untuk operasi dalaman penggunaan Intranet sebagai elemen pembangunan syarikat, memandangkan kedua-duanya boleh meningkatkan tahap profesionalisme dan globalisasi sesebuah syarikat. Atau erti kata, profesionalisme dan globalisasi itu hanya impian kosong yang tidak tertunai disebabkan gagal menterjemahkan perancangan IT secara bijaksana. Perlu diingat persekitaran perniagaan dalam hampir semua industri dewasa ini menghadapi cabaran sengit yang memerlukan prestasi cemerlang untuk menyokong keperluan dan memastikan kejayaan perniagaan. Tekanan baru yang dihadapi kebanyakan perniagaan termasuklah kepentingan faktor masa memasarkan barangan, perubahan pasaran, kawalan kos yang lebih ketat, meningkatkan produktiviti, permintaan untuk mutu lebih baik dan khidmat lepas jualan. Ia boleh dikawal dan dikendali dengan berkesan sekiranya organisasi perniagaan mempunyai sistem komunikasi cekap untuk menyalurkan maklumat terkini dengan tepat dan cepat pada bila-bila masa bagi menyokong pergerakan atau tindakan pantas untuk berjaya. Intranet yang bakal menjadi revolusi teknologi maklumat utama untuk dekad akan datang tidak mempunyai perbezaan ketara dengan Internet melainkan ia sebagai sistem penerangan segera untuk kakitangan sesebuah organisasi manakala maklumat yang disalurkan menerusinya bukan untuk tatapan umum. Penggunaan Intranet korporat, iaitu pelaksanaan dan eksploitasi teknologi Internet untuk menyebar segera maklumat yang sentiasa berubah ke setiap PC dalam organisasi berkenaan secara berkesan, dengan kos murah dan usaha minimum, adalah penyelesaian pilihan organisasi dengan lebih 100 pengguna tidak kira mereka berada di tempat atau cawangan mana. Ia mudah dilaksana kerana Web browser menjadi aplikasi popular dan setiap komputer peribadi (PC) dipasang dengan aplikasi ini. Teknologi Intranet menyediakan aplikasi, standard dan pendekatan baru dalam menangani masalah dunia perniagaan dewasa ini. Yang menarik ialah Intranet adalah teknologi yang dizahirkan dengan ciri mudah dan berkuasa serta tidak terikat dengan mana-mana sistem operasi PC. Ia juga tidak dimiliki oleh sesiapa melainkan organisasi terbabit. Seperti Internet, perkataan Intranet kini makin diterima ramai sejak bermula kira-kira setahun lalu, manakala lebih separuh pelayan Web yang diwujudkan adalah untuk kegunaan dalaman korporat. Ia menunjukkan penggunaan tapak Web dalaman mendapat perhatian, manakala pengurusan isi kandungan Web menjadi sebahagian tugasan penting mana-mana korporat. Intranet bermula dengan projek kecil bertujuan menguji teknologi dan memahami tahap kecekapan diperlukan sebelum ia berkembang menjadi sistem maklumat sepenuh masa yang terus menyerap kaedah dan budaya sesebuah syarikat korporat. Selaras perubahan budaya kerja sesebuah pertubuhan ke tahap di mana setiap jabatan bergerak ke arah matlamat sendiri, Internet dalam Intranet boleh menjadi alat sesuai untuk menyampaikan maklumat terkini ke jabatan atau individu. Enjin pencariannya menyediakan kaedah untuk memperolehi maklumat kumpulan atau individu dengan jawapan kepada persoalan yang timbul dalam melaksanakan urusan harian. Aplikasi mel memudahkan pengiriman dokumen, klip suara dan video serta bahan multimedia lain antara individu atau sekumpulan pengguna serentak. Individu atau jabatan dalam Intranet sesebuah organisasi berinteraksi dengan mana-mana individu atau jabatan dan berkomunikasi dengan rakan, agensi, pelanggan dan pasaran di luar organisasi berkenaan. Teknologi Internet terbukti tahan lasak dan boleh dipercayai. Walaupun Intranet mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki kerana ia masih di peringkat menengah, tetapi ia mempunyai masa depan cerah kerana kewujudan hanya membabitkan kos rendah. Penggunaan protokol seperti TCP/IP atau HTML yang piawai memudahkan organisasi membangunkan prasarana, menyusun semula dan pembangunan bagi memenuhi keperluan perniagaan yang sentiasa berubah serta memastikan keberkesanan komunikasi dengan penggunaan rangkaian jalur lebar yang tinggi. Jabatan yang berpotensi untuk memanfaat kemudahan ini ialah Jualan dan Pemasaran, Jualan menerusi talian, Sumber Manusia, Latihan, Pengurusan Sistem Maklumat, Kewangan, Komunikasi Korporat, Penyelidikan dan Pembangunan serta Dokumentasi. Bahagian Pemasaran perlu menyokong bahagian Jualan dengan pelbagai bahan seperti maklumat untuk pelanggan, senarai harga, promosi dan insentif, pameran perdagangan, maklumat pasaran dan barangan, katalog, panduan jualan, borang pesanan dan lain-lain lagi. Dengan Intranet, Jabatan Pemasaran akan lebih yakin pasukan jurujual mereka sentiasa mencapai maklumat terkini di mana saja berada. Jabatan Sumber Manusia boleh memanfaat Intranet dengan berkesan dalam meningkatkan komunikasi, produktiviti kakitangan dan di masa yang sama mengurangkan kos. Penggunaan pelayan WWW dalaman menyediakan kakitangan di semua cawangan capaian mudah ke bahan Sumber Manusia, termasuk maklumat mengenai dasar dan prosedur, jawatan kosong dalaman, buletin kakitangan serta carta organisasi. Kakitangan Sumber Manusia boleh menumpukan usaha kepada keperluan organisasi yang kritikal daripada melayan tugasan rutin lagi berulang. Selain itu buku panduan pekerja tidak perlu dicetak kerana kakitangan boleh menyemaknya dalam talian bila diperlukan. Jabatan Latihan pula mampu meneruskan cabaran untuk memastikan bahan latihan adalah terkini walaupun menghadapi banyak perubahan dalam keperluan latihan, arah strategi jualan atau fokus pasaran. Tapak WWW dalaman adalah cara mudah untuk mengatasi masalah ini asalkan semua kakitangan boleh mencapai bahan berkenaan. ((Pix:- Terbaru ... SCO Open Server dan Unixware 2.02.)) PEMBEKAL terkemuka peralatan komunikasi data, Specialix, mengumumkan inisiatif syarikat meluaskan barisan peralatan kawalan SI dan XIO input/output pintar dengan pengenalan bus PCI dan pemacu SCO dan UnixWare 2.02. Pengenalan produk ini adalah sebahagian komitmen berterusan syarikat membangunkan perisian dan perkakasan terkini untuk pasaran peralatan perhubungan. Produk SCO dan UnixWare XIO PCI menyediakan sistem penyelesaian penyambungan efektif kos untuk rangkaian pelbagai pengguna yang membenarkan 128 pengguna dihubung menerusi adaptor terminal (standard atau modular) ke terminal, komputer peribadi (PC), pencetak, faksimili dan modem. Sistem kawalan itu menyokong 32 port serentak dengan port individual menyediakan data melalui 115.2 kilobit sesaat. Pengarah urusan syarikat bagi Asia-Pasifik, Steven Blow, berkata produk SI dan XIO direka bentuk khas untuk industri kecil dan sederhana dan persekitaran pelbagai pengguna. ((No: JUDUL: JUMP START PRE-K PERISIAN: Pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak 3-5 tahun. KEPERLUAN MINIMUM: 486DX/33, 8MB RAM, 12MB ruang cakera liat, Windows 3.11/95 dan kaedah grafik SVGA 256 warna. CIRI TAMBAHAN: Suara, muzik dan kesan bunyi serta ada bahagian boleh dicetak. Perisian hybrid. KAWALAN: Tetikus atau papan kekunci.)) MENGEJAR kehidupan maju memaksa manusia lekas bertindak. Sesiapa yang berlengah akan kerugian manakala yang ketinggalan akan terus tercicir. Oleh kerana pendidikan dan ilmu pengetahuan adalah aset paling penting dalam pembentukan masa depan seseorang kanak-kanak, kebanyakan ibu bapa yang berkemampuan tidak berfikir panjang menyediakan segala keperluan agar anak mereka tidak ketinggalan. Ramai yang menghantar anak mereka ke tadika, taska atau tabika supaya mereka cukup bersedia apabila tiba hari pertama persekolahan. Malah, ada kanak-kanak yang dihantar pada usia tiga tahun dengan harapan mereka pandai membaca dan mengira sebelum berumur enam tahun. Tidak cukup dengan itu, pada waktu malam pula, ibu bapa yang berwawasan juga membimbing lagi anak mereka dengan pelbagai perkakasan alat bantuan mengajar yang sudah banyak di pasaran. Bagaimanapun, adakah ibu bapa berkenaan benar-benar memahami kehendak dan keperluan minda-minda kecil itu yang sangat mereka sayangi? Memanglah mudah mengajar A-B-C dan mengeja DURIAN tetapi kanak-kanak nanti lebih gemar menyebut DORAEMON. Jika sedemikian kesnya, ibu bapa dan anak-anak mereka disyorkan supaya mengikuti JUMP START PRE-K yang menggalakkan interaksi bersama kedua-dua pihak. Dalam Pre-K, kanak-kanak dibawa ke bandar yang mempunyai sembilan tempat untuk dikunjungi iaitu bakery, barber shop, carousel, toy shop, clothing store, construction site, fire station, diner dan airport. Setiap tempat berkenaan mempunyai permainan menduga akal untuk disertai. Di bakery, kanak-kanak membantu untuk menghias icing di atas kek dengan menghubungkan nombor atau huruf dengan teratur; di carousel, padankan jumlah belon dengan nombor kuda; di barber shop, memainkan lagu dengan mengenal pasti huruf atau padankan objek dengan ejaan atau jumlah objek dengan nombor. Ada juga tempat yang mengajak kanak-kanak bermain. Contohnya di airport, kanak-kanak membawa kapal terbang sambil mengelak awan bahaya berdasarkan corak berwarna; di toy shop, kanak-kanak membuat barang permainan dengan mencantumkan bahagian tertentu manakala di fire station, ada memory game sambil gambar dan hint sengaja disorok. Selepas melengkapkan sesuatu permasalahan, kanak-kanak akan mendapat bintang emas. Jika kanak-kanak dapat kumpulkan empat bintang emas, mereka akan mendapat hadiah animasi binatang untuk diletakkan di taman. Semakin banyak bintang yang dapat kanak-kanak kumpulkan, makin banyak jugalah binatang comel di dalam taman mereka itu. Perisian ini, terbitan Knowledge Adventure sebagai koleksi dalam siri Jump Start, memang mudah difahami oleh kanak-kanak serta comel dari segala segi. Ia menampilkan empat watak anak binatang sebagai teman kanak-kanak yang membantu mereka jika menghadapi kesukaran. Bagaimanapun, kebanyakan daripada permainan dan ujian dalam Pre-K sudah muncul dalam banyak perisian lain, antaranya ialah Busytown dan KidsWork Deluxe. Selain itu, Pre-K kononnya menyelitkan hidden surprises agar kanak-kanak lebih berani meneroka dan membiasakan diri dengan tetikus tetapi ada siri lain, terutama Magic Tales dan Living Books, mempunyai lebih banyak hot spots lucu yang menghiburkan kanak-kanak. Kebosanan mungkin musuh paling bahaya jika kanak-kanak sudah mengikuti banyak perisian edutainment lain. Namun demikian, kelebihan siri Jump Start tetap merupakan keistimewaan utama Pre-K berbanding program lain seumpamanya. Seperti judul lain dalam siri Jump Start, Pre-K menggunakan Adaptive Learning Technology, sejenis IA yang meningkatkan tahap kesukaran secara berperingkat bergantung kepada kemampuan kanak-kanak. Pre-K juga mempunyai Progressive Report yang mencatatkan pencapaian kanak-kanak mengikut beberapa kategori, termasuk kemahiran membaca dan mengira, mengenal warna dan bunyi, saiz dan bilangan serta pembentukan ingatan dan kreativiti. Di samping itu, ibu bapa juga diingatkan supaya jangan lupa meneliti panduan mengajar yang disertakan bersama program ini. Selain memberikan cadangan supaya program ini lebih berkonsep bermain bersama, ia juga mempunyai buku kerja lebih 30 muka yang boleh dicetak, untuk kemudiannya diisi dan diwarna oleh kanak-kanak. Tentu sekali bukan saja untuk ibu bapa, guru-guru tadika juga boleh mendapat banyak bantuan daripada perisian sebegini. ((Pix:- Membanggakan ... sistem notebook yang mengambil bahagian.)) TIDAK lama dahulu, memiliki komputer peribadi notebook merupakan simbol status golongan tertentu. Harga tinggi menjadi penyebab penerimaan terhad kepada teknologi notebook. Evolusi teknologi maklumat terutama dalam bidang perkakasan, komponen, dan aplikasi mengubah tren dan penerimaan masyarakat. Kini penggunaan notebook dilihat lebih meluas dalam industri berbeza dan profesion pelbagai. Wakil insurans ketika menawarkan pakej insurans. Ahli korporat ketika membuat persembahan. Jurutera yang melakukan analisis sistem dari jauh. Jurujual yang membentangkan produk. Wartawan dalam membuat liputan luar dan banyak lagi contoh nyata. Saiz kecil dan mampat membolehkan pengguna membawa sistem dengan teknologi canggih ke mana-mana. Teknologi bateri memberi kuasa antara tiga hingga lima jam sebelum sambungan kuasa elektrik diperlukan. Penurunan harga drastik dan peningkatan kuasa pemprosesan, kapasiti storan maklumat dan memori menyamai sistem desktop turut meningkatkan minat pengguna. Teknologi paparan lebih padu dan setanding dengan skrin monitor komputer peribadi desktop. Gabungan utiliti MPEG juga membenarkan pengguna menonton video CD di atas sistem kecil ini. Penambahan fungsi perhubungan membolehkan pengguna menghantar faks, menerima mel elektronik dan melungsur halaman web melalui sambungan tetap dan selular. Integrasi kad bunyi, pembesar suara menjadikan notebook multimedia sedia. Manakala reka cipta notebook yang modular menjadikan kegunaannya lebih fleksibel. Semua ini dapat dicapai kerana teknologi yang memacu penggunaan komputer mudah alih telah mencapai peringkat matang dan menghampiri kebolehan sistem desktop. Kesimpulan ini dapat dilihat daripada lapan notebook yang dihantar untuk laporan khas daripada berbagai vendor. Kuasa pemprosesan aras masuk (entry level) kini ialah cip Intel 133MHz Pentium. Terdapat juga sistem dengan cip Pentium dengan sambungan multimedia atau MMX seperti sistem Nuovo Acer dan Digital HiNote. RAM standard dilengkap di dalam kebanyakan sistem ialah 16MB. Fungsi multimedia (pembesar suara dan mikrofon) dan CD-ROM kini menjadi komponen standard. Kebanyakan sistem juga diperkuatkan dengan pemacu video dengan kapasiti memori video 2MB yang cukup berkuasa menjana kualiti grafik menarik termasuk memainkan CD video tanpa kesan getaran nyata. Daripada segi kualiti, semua sistem yang terlibat mempunyai kekuatan tersendiri. Jelas sistem dengan cip sambungan MMX seperti Nuovo dan HiNote berada di dalam kelasnya tersendiri. Mereka yang tidak kisah untuk berbelanja lebih sedikit mungkin menjadikan kedua notebook ini berserta sistem ThinkPad sebagai pilihan. Persembahan sistem dengan cip 133MHz juga tidak boleh dipandang rendah kerana berdasarkan pangkalan data Wintune 95, pencapaian sistem ini setaraf dengan sistem desktop yang menggunakan cip serupa. Kapasiti storan cukup menarik. Semua sistem di dalam laporan ini menawarkan ruangan storan melebihi 1GB. Fungsi infra merah yang dikatakan akan lebih luas digunakan menjadi ciri asas di dalam semua notebook. Faktor harga juga cukup menarik. Kini pengguna boleh memiliki sistem notebook dengan belanjawan serendah RM5,000. Dua tahun lalu, purata harga minimum sistem komputer kecil ialah RM7,000. Terdapat juga sistem yang mencapai harga RM24,000. Evolusi teknologi turut dilihat di dalam penggunaan tetikus. Tiada sistem di dalam laporan yang menggunakan tetikus jenis Rollerball atau attached mouse. Kini, teknologi TouchPad lebih digemari di kalangan vendor. Manakala IBM masih berpegang kepada teknologi popular TrackPointnya. Perisian tambahan seperti pemain MPEG, antivirus dan pelbagai aplikasi produktiviti lain meningkat nilai setiap notebook. Apa lebih penting, teknologi yang mendorong pembangunan notebook berada pada tahap boleh bersaing dengan sistem desktop daripada segi fungsi, persembahan dan kegunaan. Tidak mustahil di masa depan komputer ringan ini akan menggantikan sistem desktop baik untuk tugas di jalanan mahupun di pejabat. ((No: PRODUK: IBM THINKPAD 760E. (Notebook dengan cip Intel 150MHz) PENGELUAR: IBM Corporation. PERTANYAAN: PeriCom-SisTech Sdn Bhd (Tel: 03-7046066). HARGA: RM14,750.)) ((Pix:- ThinkPad ... unggul daripada segi teknologi dan seni reka.)) KEBOLEHAN dan teknologi IBM di dalam mereka notebook memang tidak boleh dipertikaikan. Contohnya, ThinkPad Butterfly yang diperkenal beberapa tahun lalu mendapat pengiktirafan kerana papan kekunci yang inovatif. Penggunaan Track Point pula menjadi ikutan vendor notebook lain. Tetapi tidak semua orang mampu memiliki ThinkPad. Bayangkanlah, dua tahun lalu, model ThinkPad ada mencecah hingga RM24,000. Walaupun penerimaan terhad, IBM terus unggul di dalam penciptaan dan teknologi komputer mudah alih. Model ThinkPad 760E contoh terbaik kebolehan IBM di dalam menggabungkan inovasi, ciri elektronik dan fungsi ke dalam suatu kotak mampat. Skrin TFT 12.1 inci cukup luas untuk tontonan selesa. Teknologi video IBM membolehkan ThinkPad 760E mencapai resolusi XGA atau 1024 X 768. Komponen video dengan bantuan pemacu CD-ROM 6X menyokong format MPEG-1 dan MPEG-2 tanpa getaran nyata. Kualiti imej diperkukuhkan dengan sistem audio berkualiti. Bagi perhubungan dengan dunia luar, ThinkPad 760E menampilkan fungsi telefoni dengan komponen speakerphone duplex dan modem pada kelajuan 28.8Kbps. Seperti yang diperkatakan tadi, inovasi ialah kekuatan utama IBM. Di dalam siri 760E ini, papan kekunci akan terjengket setiap kali panel skrin dibuka. Kebolehan ini memberi keselesaan seperti menaip di atas papan kekunci sistem desktop. Saiz papan kekunci juga serupa dengan sistem desktop. Jadi pengguna tidak akan kekok ketika menggunakannya. Pengguna yang biasa dengan tetikus TrackPoint akan mendapati versi III TrackPoint lebih intuitif. Ruang untuk berkembang juga luas. Dengan hanya menbuka papan kekunci, pengguna boleh menggantikan slot UltraBay dengan bateri kedua, cakera keras, pemacu disket atau pemacu CD-ROM. Spesifikasi asas lain sistem ThinkPad termasuk cakera keras 2.1GB, RAM 16MB dan 2MB memori video. Enjin pemprosesan data ThinkPad dipacu cip Intel Pentium 150MHz yang berjaya menghasilkan persembahan terpuji. Model ThinkPad 760E mencatat keputusan paling konsisten berbanding notebook lain. Bagi semua ujian, Dhrystone, Whetstone, kepantasan video dan purata membaca, menulis dan menyalin RAM, IBM ThinkPad 760E berjaya menduduki tiga tempat teratas. Walaupun ThinkPad tidak menggunakan cip MMX, persembahannya hanya ketinggalan sedikit berbanding HiNote dan AcerNote. Jika dibandingkan dengan TwinHead Slimnote dengan cip serupa, ThinPad lebih menyinar. Harga yang hampir mencecah RM15,000 mungkin menghalang kepada penggunaan lebih meluas Rolls Royce dunia notebook. ((No: PRODUK: NEC VERSA 6030H. (Notebook dengan cip Intel Pentium 133MHz) PENGELUAR: Packard-Bell-NEC (NEC Computer Systems Division). PERTANYAAN: NEC Sales (M) Sdn Bhd (Tel: 03-7587788). HARGA: RM9,699.)) ((Pix:- Versa 6030H ... kualiti daripada NEC.)) NEC Versa 6030H ialah model aras tinggi (high-end) dituju kepada pengguna kuasa atau power user yang memerlukan sistem lengkap dengan fungsi dan spesifikasi tinggi. Faktor ini dapat dilihat jika perbandingan dibuat dengan Versa 2430CD. Persamaan antara kedua model ini hanya pada cip pemprosesan atau enjinnya, cip Intel Pentium 133MHz. Berbanding dengan model 2430CD, model Versa 6030H menampil skrin TFT SVGA yang lebih besar iaitu pada saiz 12.1 inci. Kualiti grafik dan video paparan skrin kualiti tinggi kerana pemacu grafik dilengkap dengan kapasiti video memori 2MB. Rekabentuk dan kedudukan komponen juga berbeza terutama slot untuk pemacu CD-ROM yang berada di posisi tengah manakala port infra merah atau IRDA pertama terdapat di bahagian panel depan. Berlainan dengan sistem lain, Versa 6030H menampilkan port IRDA kedua yang terdapat di panel belakang sistem. Casing sistem juga lebih melengkung berbanding reka bentuk kotak di dalam kebanyakan sistem lain. Kedudukan butang kuasa dan pembesar suara juga berlainan. Suis kuasa terletak berhampiran skrin manakala pembesar suara dibina di bahagian bawah panel paparan. Butang untuk panel VersaGlide Touchpad juga lebih kecil dan kapasiti storan lebih besar (1.35GB) berbanding Versa 2430CD. Perisian yang dilengkap ke dalam sistem sebagai pakej standard cukup menarik. Selain daripada sistem operasi Windows 95, Versa 6030H datang dengan antivirus McAfee VirusScan dan WebScan, pemain format MPEG MediaMatic dan penangkap imej video InterActal VideoSaver. Daripada segi persembahan, keputusan ujian Wintune 95 mendapati sistem ini setanding dengan model yang dilengkap dengan pemprosesan 133MHz Pentium. Kehadiran RAM 16MB yang boleh ditingkatkan hingga 48MB turut membantu di dalam meningkatkan kuasa pemprosesan sistem ini. Bagi ujian pemprosesan, Versa 6030H mencapai keputusan yang hampir sama dengan sistem 133MHz lain. Bagaimanapun Versa 6030H mendahului model lain di dalam dua ujian, 83MB/s bagi purata menulis RAM dan 55MB/s untuk menyalin RAM. Kepantasan video 8.7 MP/s yang dicatat oleh model Versa (tempat keempat secara keseluruhan) membuktikan kebolehan arkitektur NEC. NEC Versa 6030H juga mendapat markah bonus untuk seni reka menarik, penggunaan selesa dan faktor mudah guna. Jika digabungkan semua aspek ini ditambah dengan spesifikasi menarik dan fungsi terkini, model Versa setaraf dengan sistem lebih mahal. ((Pix:- Unsur pengajaran ... perisian edutainment menggunakan watak Power Rangers.)) ((Pix:- Al Quran ... dalam bentuk multimedia.)) TAHUKAH anda bahawa mendidik anda menggunakan komputer adalah lebih mudah dari yang dijangka. Bukan saja mudah dari segi kaedah mengajar malah anak- anak itu sendiri dengan mudah menerima apa yang diajar. Ini kerana kebanyakan komputer sekarang banyak di antaranya mempunyai ciri-ciri multimedia. Jadi anak-anak akan lebih tertarik dengan perisian yang dipenuhi dengan grafik dan bunyi-bunyian, walaupun mereka tidak memahami walau sepatah perkataan atau ejaan yang tertera di skrin komputer. Anak yang berumur empat tahun sudah bolehlah mula diajar mengendalikan komputer kerana mereka sudah boleh memahami percakapan kita. Jika anda pergi ke kedai komputer anda boleh perolehi berbagai jenis perisian yang telah diolah khas untuk kegunaan anak-anak. Dari perisian untuk belajar membaca, belajar menulis dan melukis, matematik, permainan malah perisian untuk mengajar anak mengaji juga sudah lama berada di pasaran. Terdapat berbagai pilihan permainan yang berada di pasaran, tetapi anda perlu pandai memilih apakah bentuk dan jenis permainan yang sesuai untuk anak anda. Saya ambil satu contoh perisian games atau permainan yang mempunyai ciri pengajaran iaitu Power Rangers. Dengar nama Power Rangers tentu anda sangka ianya satu permainan yang akan memberikan kesan negatif kepada mereka. Tetapi permainan ini sebenarnya lebih mendatangkan kebaikan dan memberi kesan yang positif terhadap pemikiran anak anda. Sekali imbas jika difikirkan ialah keganasan, tetapi melalui permainan ini sebenarnya anak anda dilatih untuk berfikir sambil mengira dengan lain perkataan minda anak anda akan berkembang dengan lebih pantas. Saya katakan demikian kerana seperti apa yang pernah kita lihat siri Power Rangers di televisyen, sebelum hero-hero itu menjadi kuat mereka perlukan peralatan khas untuk dipasangkan di badan mereka termasuk senjata, perisai dan sebagainya. Di dalam permainan ini, anak anda perlu memasang peralatan tersebut ke badan hero-hero mereka satu persatu. Untuk memasangnya mereka perlukan sedikit pengiraan dan kemahiran. Jika salah, hero mereka tidak lengkap dan tidak menjadi kuat. Jadi di sini mereka dilatih untuk berfikir menjadikan hero mereka lebih berkuasa untuk melawan musuh. Ketika berlawan, anak anda akan diberikan beberapa pilihan untuk membuat pergerakan. Katalah pilihan pertama untuk pergerakan dari sebelah kiri menggunakan tangan. Pilihan kedua pula pergerakan dari sebelah kiri menggunakan kaki. Pilihan ketiga pergerakan mengundur dan pilihan keempat membuat sepakan lompat dan sebagainya. Sekiranya pilihan mereka betul, komputer akan terus membuat pergerakan itu. Tetapi jika pilihan mereka salah, satu mesej akan keluar dan arahan membuat pilihan lain akan dikeluarkan. Di sini walaupun anak anda belum pandai membaca, lebih-lebih lagi arahan dalam bahasa Inggeris. Tetapi anak kita mudah memahami pergerakan dari grafik atau gambar yang terpapar. Sebab itu saya katakan tadi mereka mudah tertarik dan mudah memahami dengan adanya grafik dan gambar-gambar. Secara tidak langsung minda atau pemikiran anak mula berkembang di mana mereka akan berusaha memikirkan cara untuk mengatasi masalah. Jika dalam permainan tadi, tentu mereka memikirkan cara untuk mengalahkan pihak lawan. Kalau permainan mencari harta karun pula, tentu mereka memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan harta tersebut. Berdasarkan pengalaman seorang rakan, dua orang anaknya berusia empat dan tiga tahun mula menunjukkan minat terhadap komputer. Gaya pemikiran mereka juga berubah setelah pandai menggunakan komputer. Bila diperhatikan ketika mereka bermain, satu petunjuk positif terhadap pemikiran mereka boleh dilihat. Pada mulanya kita perlulah ajar mereka cara menggunakan tetikus, kenalkan kepada kunci-kunci utama seperti kunci anak panah dan kunci return. Untuk pengetahuan anda, anak kita ini cepat menangkap apa yang kita tunjukkan. Pada permulaan saja mungkin banyak pertanyaan daripada mereka, tetapi mungkin ada ketikanya nanti, anda pula akan bertanya kepada mereka. Bila minat sudah timbul, bolehlah kita mulakan dengan perisian yang lebih berfaedah seperti pelajaran membaca atau mengeja rumi dan jawi, pelajaran mengira atau matematik dan bacaan al-Quran dari huruf alif hinggalah khatam. Ini semua meringkaskan tugas anda sedangkan pemikiran anak lebih menonjol. Hanya satu faktor penting perlu diingat iaitu disiplinkan mereka dengan masa. Sekiranya sampai waktu tidur, sekat masa mereka. Sampai waktu makan, pastikan mereka berada di meja makan dan sebagainya. Berdasarkan pengalaman rakan tadi juga, anak kita boleh ketagih terhadap komputer. Bangun dari tidur terus menagih untuk bermain komputer. Jadi, berhati-hatilah dengan situasi seperti ini. Apa yang penting ialah disiplinkan dengan masa supaya penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran dan pengembangan minda menjadi lebih berkesan. PEMINAT dan pengguna komputer peribadi (PC) sekali lagi berpeluang membeli PC dengan harga menarik selain menyaksikan pelbagai produk terkini di Pesta PC atau PC Fair 97, Jumaat ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Pesta beli dan bawa balik (cash-and-carry) kali ketiga itu anjuran Persatuan Industri Komputer Malaysia (Pikom) bermula di Pulau Pinang dan Johor Bahru (28 Mac) dan berakhir di Kuala Lumpur. Pikom berharap melalui pesta itu ia mampu mewujudkan satu platform keberkesanan kos untuk vendor IT mencapai pelanggannya iaitu golongan profesonal dan pengguna rumah. Memandangkan ia menjadi pusat sehenti bagi memperolehi PC dengan harga menarik, Pikom yakin pesta kali ini mampu menarik lebih ramai pengunjung berbanding tahun lalu kerana harga produk dan persisian kini semakin murah. Selain daripada aktiviti jualan, pesta itu juga turut mengadakan aktiviti promosi lain seperti peraduan, permainan serta kuiz dan banyak hadiah disediakan kepada pemenang bertuah. Pikom akan memberi cenderahati (door gift) kepada 100 pengunjung pertama pesta itu yang mana ia adalah sumbangan Acer Sales & Services Sdn Bhd. Selain itu, pengunjung yang membeli lebih RM500 akan diberi pelindung matahari untuk kereta (sunshade) bernilai RM17, manakala lebih RM1,000 diberi beg persidangan (RM45). DUNIA komputer berkembang dengan sangat pantas. Teknologi silih berganti dan serpihan revolusi teknologi bukan saja melanda arena sistem desktop. Teknologi notebook tidak terlepas daripada merasai bahang fenomena serangan teknologi. Kerana faktor ini, notebook hari ini menghampiri keupayaan sistem komputer peribadi desktop. Kebanyakan ciri sistem desktop boleh didapati di dalam sistem kecil tanpa perlu mengorbankan kekuatan utamanya, saiz yang kecil. Evolusi teknologi juga mengubah persepsi awal terhadap notebook daripada hanya alat yang menyenangkan sesuatu operasi kepada komponen kritikal di dalam melaksanakan urusan perniagaan. Penurunan kos turut membantu di dalam meletakkan notebook sebagai peralatan kritikal di dalam operasi perniagaan. Komponen utama menjana kekuatan notebook ialah komponen pemprosesan. Bagaimanapun, tumpuan vendor lebih berat kepada penggunaan pemprosesan baru di dalam sistem desktop berbanding sistem notebook. Amalan lazim itu sedikit sebanyak sudah berubah. Hari ini vendor notebook tidak teragak memperkenal pemprosesan dengan MHz lebih tinggi ke dalam notebook. Contohnya, ketika ini pengguna sudah boleh membeli notebook dengan teknologi Pentium MMX. Kemasukan cip Intel dengan sambungan MMX menggabungkan 57 arahan baru khas bagi meningkatkan persembahan multimedia. Operasi seperti sintesis muzik, keupayaan resolusi tinggi, pemprosesan imej dan sidang video dikatakan dapat ditingkatkan dengan kehadiran MMX. Tidak hairan jika sistem notebook juga menampilkan kebolehan untuk melaksanakan sidang video. Kuasa pemprosesan dijangka terus berkembang. Pada akhir tahun 1995 cip untuk sistem notebook berada pada kelajuan 120MHz. Pada tahun berikutnya, kelajuan Pentium 150MHz memasuki pasaran notebook. Berdasarkan perkembangan teknologi cip, tahun 1998 akan menyaksikan notebook beraksi lebih pantas dengan kebolehan pemprosesan 200MHz dan 233MHz. Teknologi storan mengalami perubahan teknologi yang pantas. Secara purata, kapasiti storan pemacu cakera keras meningkat 60 peratus setiap tahun. Di tahun 1995 dan 1996, kapasiti storan pemacu cakera keras berlegar antara 810MB hingga 1.3GB. Tahun ini dan selanjutnya kapasiti 2.1GB dan lebih tinggi akan menjadi kapasiti standard kerana perisian terbaru memerlukan ruangan storan lebih besar. Selain daripada teknologi storan cakera keras, kemasukan teknologi seperti cakera video digital dan DVD yang mempunyai ruangan storan 650MB dan 4.7GB pasti dikembangkan ke arena sistem notebook. Teknologi DVD membolehkan filem penuh format MPEG-2 disimpan di dalam satu CD. Satu lagi inovasi yang hangat diperkatakan ketika ini ialah saiz panel paparan atau skrin. Suatu ketika dulu, pengguna terpaksa berpuas hati dengan saiz paparan 8.4-inci hingga 10.4-inci. Tahun ini, kebanyakan sistem notebook didatangkan dengan skrin SVGA 11.3 dan hingga 12.1-inci. Terdapat juga notebook yang menawarkan paparan saiz 13.3-inci SVGA dan XGA. Besar kemungkinan, hujung tahun ini atau tahun depan, paparan resolusi SXGA 14-inci memasuki pasaran. Terdapat vendor yang telah menyatakan usaha mereka di dalam menghasilkan notebook dengan saiz panel paparan 14-inci. Satu komponen penting teknologi notebook ialah bateri. Penggunaan jenis bateri turut berubah. Bateri jenis NiCad popular di tahun 1993 dan 1994. Bagaimanapun efek memori bateri NiCad mendorong ahli teknologi mencari pilihan lain. Kemasukan NiMH dan Li-Ion menjadi penyelesai dan hari ini kedua jenis bateri ini digunakan meluas di dalam notebook. Li-Ion dijangka menjadi bateri popular di kalangan pengguna terutama tahun hadapan manakala penggunaan bateri jenis NiCad dijangka susut. Industri bateri juga sedang berusaha membangunkan teknologi bateri baru yang dipanggil Litium Polymer. Bateri baru dijangka mula memasuki pasaran tahun depan paling awal. Komponen lain seperti infra-merah (4mb/s), 2MB RAM Video, perisian MPEG- 1, dan modem kelajuan 28.8kbps hingga 33.6kbps dijangka menjadi komponen standard di dalam kebanyakan notebook. Jika dilihat daripada teknologi yang bakal diperkenalkan, pengguna notebook akan dihidang teknologi sepantas dan secekap sistem desktop. Yang pasti, pengkomputeran notebook akan terus mewarnai dunia teknologi komputer. ((No: Graphics (Statistics) - Keputusan Dhystone. (Graphics appeared on pg. 18))) ((No: Graphics (Statistics) - Keputusan purata menulis RAM. (Graphics appeared on pg. 18))) ((No: Graphics (Statistics) - Keputusan purata membaca RAM. (Graphics appeared on pg. 18))) ((No: Graphics (Statistics) - Keputusan kepantasan video. (Graphics appeared on pg. 18))) ((No: Graphics (Statistics) - Keputusan whetstone. (Graphics appeared on pg. 18))) ((No: Graphics (Statistics) - Keputusan purata menyalin RAM. (Graphics appeared on pg. 18))) TERDAPAT berbagai aplikasi benchmark seperti Winstone, WinBench, iCOMP dan Norton Utilities yang boleh digunakan untuk menguji kepantasan sistem. Wintune 95 yang digunakan sebagai perisan benchmark untuk laporan khas salah satu daripadanya. Fungsi utama perisian benchmark ialah menguji kebolehan, persembahan sistem dan komponen subsistem seperti kepantasan CPU, sistem video dan grafik, RAM, cache, dan komponen lain. Harus dinyatakan di sini bahawa catatan persembahan perisian benchmark juga berbeza. Kerana ini keputusan dicatatkan tidak harus diambil sebagai ukuran muktahir. Keputusan perisian benchmark tidak semestinya dijadikan sandaran di dalam mengukur keupayaan sesuatu sistem. Faktor seperti spesifikasi, ciri tambahan, harga dan fungsi patut diambil kira sebelum membuat keputusan. Bagaimana sistem diuji? Semua lapan komputer notebook diuji dengan menggunakan Wintune 95. Untuk mendapat keputusan seadil mungkin, semua sistem diuji pada mod SVGA resolusi 800 X 600 piksel. Tiada perubahan lain dilakukan kepada konfigurasi sistem. Setelah Wintune 95 dilengkap ke dalam sistem, ujian analisis dilakukan. Catatan enam ujian, Dhrystone, Whetstone, kepantasan video, purata membaca, menulis dan menyalin RAM diambil. Ujian Dhrystone Dhrystone mengukur persembahan integer CPU dengan pengiraan Millions of Instructions per Second (MIPS). Pengiraan persembahan integer CPU digunakan meluas untuk mengukur persembahan. Dhrystone ialah kayu ukur sintetik yang direka dengan sampel operasi yang menyerupai operasi perisian. Keputusan Dhrystone ditentukan dengan mengukur jumlah masa diperlu untuk melaksanakan susunan arahan. Ujian Whetstone Whetstone mengukur persembahan floating-point CPU dengan pengiraan Millions of Floating-point Operations per Second (MFLOPS). Perkiraan Floating-point penting kepada program yang memerlukan fungsi FPU terutama program yang berkait dengan bidang sains, kejuruteraan, statistik, dan CAD (computer-aided design). Ujian Kepantasan Video Ujian video mengukur keseluruhan keupayaan video di dalam Megapixels per Second (MPS). Persembahan keseluruhan video diukur dengan mengambil jumlah keseluruhan piksel yang ditulis ke skrin ketika semua ujian video kemudian dibahagikan dengan jumlah masa diambil. Ujian Purata Membaca RAM Mengukur persembahan CPU membaca data di dalam Megabytes per Second . Ujian akan membaca blok data saiz tertentu di dalam CPU. Ujian membaca RAM Wintune berguna di dalam menentukan saiz dan keberkesanan RAM cache. Ujian Purata Menulis RAM Pengukuran persembahan CPU di dalam menulis data. Ujian in menulis blok data ke memori di dalam saiz berbeza. Secara am, cache RAM kurang efektif untuk menulis jadi persembahan ujian ini lebih rendah berbanding daripada ujian membaca. Ujian menulis RAM ialah penanda terbaik mengukur kecekapan dan persembahan memori utama. Jika RAM sesuatu sistem mempunyai bilangan status tunggu, kebolehan menulis RAM akan lebih rendah. Ujian Purata Menyalin RAM Pengukuran persembahan CPU untuk menyalin data. Ujian akan membaca dan kemudian menulis blok data beraneka saiz. Perisian dan Windows melakukan operasi menyalin blok data daripada sesuatu sumber ke sumber lain. Ujian mengukur operasi menyalin dalam memori dengan menggunakan fungsi memcpy C compiler. Bagi mendapatkan catatan keseluruhan menyalin RAM, Wintune membahagi semua keputusan ujian menyalin RAM. ((No: PRODUK: TWINHEAD SLIM 133MHZ. (Notebook dengan cip Intel Pentium 133MHz) PENGELUAR: Twinhead. PERTANYAAN: Inchape Marketing (Tel: 03-7569955). HARGA: RM5,399.)) ((Pix:- Twinhead ... semua komponen tersedia bina.)) JENAMA Twinhead mungkin masih baru kepada kebanyakan pengguna tetapi berdasarkan program publisiti yang agresif sekarang, nama Twinhead pasti tidak lekang daripada bibir pengguna bilamana topik notebook dibualkan. Diperkenalkan ke negara ini lebih kurang dua tahun lalu, model Twinhead mula mendapat tempat terutama dengan produk berkualiti pada harga lebih rendah berbanding jenama ternama. Untuk laporan khas ini, Inchape Marketing menghantar dua model, Twinhead Slim 133MHz dan 150MHz. Fungsi dan reka bentuk kedua model ini hampir serupa kecuali jenis CPU Intel yang digunakan. Enjin pemprosesan model Twinhead Slim 133MHz diperkuatkan dengan cip Pentium 133 MHz daripada Intel. Keputusan ujian Wintune 95 membuktikan sistem Twinhead bukan mesin murahan yang tidak berkualiti. Untuk ujian Dhrystone dan Whetstone, Twinhead mencatat 244 MIPS dan 72 MFLOPS. Kepantasan video model 133MHz juga sepantas model Twinhead 150MHz dengan kelajuan 8.3 MP/s. Bagi ujian purata RAM membaca, menulis dan menyalin Twinhead 133MHz mencapai keputusan 237 MB/s, 50 MB/s dan 38 MB/s. Berdasarkan catatan ujian ini, persembahan Twinhead 133MHz jelas setanding dengan model pengeluar dengan kuasa pemprosesan 133MHz. Sistem yang dilengkap dengan RAM 16MB juga unik berbanding sistem lain di dalam laporan ini. Semua model lain menggunakan konsep menggantikan komponen (removable). Contohnya, untuk menggunakan disket 1.44MB, pemacu CD-ROM harus dikeluarkan daripada slotnya dan diganti dengan komponen pemacu disket. Twinhead menyediakan cukup ruang di dalam arkitektur rekaannya agar komponen CD-ROM dan disket 3.5-inci boleh digunakan sekali gus. Ini memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu menggantikan pemacu setiap kali bertukar media storan. Pengguna juga tidak perlu membawa komponen tambahan seperti pemacu kerana ianya sudah tersedia bina ke dalam sistem. Daripada segi operasi sistem dan keselesaan guna, Twinhead tidak mengecewakan. Terdapat ruang rehat pergelangan dan papan kekunci tidak terlalu keras memudahkan operasi menaip. Twinhead juga dilengkapkan dengan aplikasi PowerPanel dan pakej antivirus PC-cillin '95 yang cukup berguna. Kesimpulannya, walaupun sistem Twinhead tidak mencatatkan persembahan terbaik, seni reka yang menggabungkan semua komponen ke dalam casing menjadikan sistem ini unik. Pengguna yang tidak gemar membawa komponen atau memasang komponen pasti menjadikan Twinhead Slim 133MHz pilihan terbaik. ((No: PRODUK: DIGITAL HINOTE VP545. (Notebook dengan cip Intel MMX 150MHz) PENGELUAR: Digital Equipment Corp. PERTANYAAN: Digital Equipment (M) Sdn Bhd (Tel: 03-7581988). HARGA: RM10,575 (dengan RAM 8MB).)) ((Pix:- HiNote VP545 ... Keupayaan multimedia ditingkat dengan cip MMX.)) DIGITAL Equipment Corp memang terkenal terutama di dalam memperkenalkan inovasi bagi notebook. Model ultra-portable HiNote meletakkan Digital sebagai vendor notebook disegani daripada segi teknologi dan kecanggihan. Digital ialah antara beberapa vendor notebook yang memperkenalkan sistem dengan pemprosesan MMX. Di dalam laporan khas ini, Digital memperkenalkan HiNote VP545 yang dilengkapi dengan cip Intel dengan sambungan MMX sebagai enjin pemprosesan. Dengan gabungan pemprosesan Intel 150MHz MMX dan fungsi multimedia, HiNote sesuai digelar komputer peribadi mudah alih multimedia. Fungsi multimedia dengan sokongan MPEG bagi sistem grafik, pembesar suara dan port untuk audio keluar/masuk membolehkan pengguna menonton CD video terus di atas skrin 12.1 inci TFT HiNote. Digital juga tidak lokek di dalam menggabung teknologi terkini. Bus PCI, cakera keras HiNote dengan keupayaan storan 1.44GB, cakera CD-ROM berkelajuan 6X dan kebolehan inframerah cukup untuk memenuhi keperluan pengguna serius. Seni reka HiNote menekankan faktor ruang dan gabungan fungsi menyeluruh. Kerana itu cakera CD-ROM dan drive disket 1.44MB hanya boleh digunakan secara berganti. Mujurlah, operasi menukar cakera CD-ROM ke disket mudah dilakukan. Hanya lepaskan klip kunci di bawah HiNote dan tarik keluar pemacu daripada slotnya. Selain perkakasan dan komponen, komputer mudah alih HiNote dilengkap dengan perisian produktiviti seperti Laplink For Windows 95 dan Adobe Acrobat Reader. Bagaimanapun ciri yang pasti menangkap perhatian pengguna ialah cip Intel 150MHz MMX. Keupayaan pemprosesan MMX dan seni reka papan utama Digital dibuktikan daripada keputusan ujian Benchmark Wintune 95 yang dijalankan ke atas mesin ini. HiNote VP545 berada di persada teratas bagi ujian kepantasan video dengan 11 MP/S. Pencabar terdekat HiNote VP545 di dalam prestasi grafik ialah IBM ThinkPad. Persembahan HiNote juga tidak mengecewakan di dalam ujian Dhrystone dan Whetstone Wintune 95. Bagi ujian-ujian ini, HiNote VP545 menduduki posisi kedua dengan keputusan 293 MIPS dan 85 MFLOPS. Keupayaan RAM bagi membaca, menulis dan menyalin RAM juga melebihi purata di dalam laporan ini. Harus dinyatakan bahawa keputusan ini berdasarkan sistem dengan RAM 24MB. Harga RM10,757 yang ditawar hanya bagi spesifikasi 8MB. Secara keseluruhan, HiNote VP545 ialah satu opsyen yang menarik berdasar gabungan fungsi, persembahan di dalam ujian Wintune 95, faktor selesa guna dan keupayaan multimedia. ((No: PRODUK: TWINHEAD SLIM 150MHZ. (Notebook dengan cip Intel Pentium 150MHz) PENGELUAR: Twinhead. PERTANYAAN: Inchape Marketing (Tel: 03-7569955). HARGA: RM9,799.)) ((Pix:- Twinhead ... persembahan setaraf dengan jenama terkemuka.)) TERDAPAT tiga perbezaan ketara antara Twinhead Slim 150MHz ini dengan jenama serupa yang dilengkap dengan pemprosesan 133MHz. Pertama ialah kepantasan MHz pemprosesan. Kedua, jenis skrin dan ketiga persembahan. Dengan kuasa Intel 150MHz Pentium, Twinhead Slim 150MHz menunjukkan prestasi membanggakan jika keputusan ujian dijadikan sandaran. Untuk ujian Dhrystone Twinhead mencatat 268 MIPS berbanding dengan 273 MIPS yang dicapai oleh sistem IBM ThinkPad yang menggunakan cip kuasa MHz serupa. Twinhead ini juga ketinggalan sedikit kebelakang berbanding model IBM bagi Whetstone dengan catatan 80 MFLOPS. Keputusan kepantasan video, purata RAM membaca, menulis dan menyalin juga membuktikan sistem Twinhead ada pada kedudukan agak baik. Dan jika faktor persembahan dan harga diambil kira, jelas Twinhead Slim 150MHz menandingi sistem lebih mahal. Daripada segi fungsi, Twinhead tidak ketinggalan kerana ianya dilengkap dengan RAM 16MB dan skrin TFT yang berupaya mencapai resolusi SVGA 800X600 piksel. Seperti model 133MHz Twinhead, komponen pemacu untuk CD-ROM dan disket terbina terus dengan kehadiran slot masing-masing. Rekabentuk yang agak rugged dan mampat menggambarkan imej yang kukuh dan dapat menahan kegunaan sedikit lasak. Penggunaan TouchPad sensitif berserta butang tetikus sensitif memudahkan operasi menggerakkan pointer di atas paparan skrin TFT. Ruangan rehat pergelangan cukup luas juga menambahkan keselesaan pengguna. Kapasiti storan 1.2GB agak standard hari ini dan mencukupi untuk dilengkapkan dengan tiga instalasi Microsoft Office 97. Memori RAM 16MB juga mencukupi bagi larian selesa Windows 95 dan aplikasi grafik. Bagaimanapun, aplikasi yang diberi standard hanya terdiri daripada PC- cillin '95 dan PowerPanel. Seperti sistem lain, ciri multimedia dan audio tidak ketinggalan di dalam model Twinhead. Port bagi audio dan mikrofon tersedia di panel kiri sistem manakala port lain seperti COM dan LPT berada di panel belakang. Twinhead juga dilengkapkan dengan panel LCD bagi menunjukkan status sistem seperti model HiNote. Secara ringkas, gabungan lengkap dan persembahan mantap meletakkan Twinhead Slim 150MHz antara notebook yang patut disegani. Selain daripada spesifikasi, bentuk dan arkitektur yang lengkap pasti mendapat sambutan pengguna. Tidak menghairankan jika model Twinhead berupaya mengukir nama daripada hanya dikenali sebagai jenama klon kepada jenama terkemuka seperti Acer, IPC dan Digital. ((No: PRODUK: Microsoft Office 97 (Edisi Profesional). (Aplikasi Produktiviti Berbentuk Suite) PENGELUAR: Microsoft Corp. PERTANYAAN: Microsoft (M) Sdn Bhd (Tel: 03-2300299).)) LAPORAN uji pakai dua minggu lalu menampilkan fungsi Word 97 dan Outlook 97. Bahagian kedua laporan uji pakai mentafsir fungsi dan ciri menarik di dalam perisian PowerPoint 97, Excel 97 dan Access 97 yang juga komponen penting suite Office 97. Secara ringkas, fungsi asas seperti penyemak ejaan, bar menu, fungsi dan toolbar adalah konsisten di dalam semua aplikasi Office 97. Ciri Web yang diperkata sebelum ini disokong meluas di dalam PowerPoint, Access dan Excel. Persamaan fungsi dan penampilan menu sekata memudahkan pengguna walaupun ketika menggunakan aplikasi berlainan di dalam suite ini. Terdapat juga fungsi tambahan yang baru diperkenalkan di dalam ketiga aplikasi ini. POWERPOINT LEBIH CEKAP Berdasarkan fungsi dan paparan PowerPoint, versi 97 menonjolkan peningkatan fungsi dan gabungan ciri baru paling banyak. Gabungan fungsi Internet tidak dihad kepada butang pada menu alatan (toolbar) saja. Selain meluncur atau mencari data, PowerPoint didatangkan dengan penapis import baru (import filter) khas untuk membaca fail format HTML. Dalam lain perkataan, pengguna boleh membaca dokumen HTML di dalam PowerPoint tanpa perlu membuka browser Internet. Fungsi mencari pantas Web menyenangkan operasi mencari fail Office atau HTML di dalam rangkaian komputer. Fail PowerPoint lama boleh juga dibuka atau disimpan kerana operasi pentafsir disertakan dalam versi 97. Satu kelemahan PowerPoint ialah fungsi eksport yang terbatas. Fail dan objek di dalam PowerPoint sukar dieksport ke format grafik lain. Di dalam versi 97, Microsoft telah menambah pilihan eksport yang membolehkan pengguna memilih salah satu format iaitu JPEG, WMF, EPS, PICT, dan GIF. Antara fungsi menarik yang pasti dialu-alukan pengguna ialah kawalan kandungan. Kawalan format teks yang lebih luas di dalam versi ini membenar pengguna memutar dan menyusun teks sepanjang sempadan carta. Kandungan carta akan lebih menarik berserta teks lebih jelas. Penambahan sokongan carta tiga dimensi (3D) dan dua dimensi (2D) seperti silinder, piramid, kon, bubble, pie-of-pie, dan carta bar-of-pie menghasilkan persembahan lebih menarik. Bagi persembahan lebih menarik, carta animasi turut disediakan. Papan bar, data dan carta boleh dianimasikan di atas skrin. Kesan animasi seperti berpusing, swivel, zoom in dan crawl boleh dilakukan terhadap teks dan objek lain. Selain kecanggihan visual, kebolehan audio boleh digabungkan ke dalam sesuatu persembahan. Lagu tertentu boleh ditambah dan panjang musik latar diubah mengikut jangka masa persembahan. Selain musik latar, fungsi baru PowerPoint membolehkan muzik CD diprogram ketika sesuatu persembahan. Fungsi multimedia menjadikan PowerPoint secanggih pakej persembahan lain seperti Astound. Sudah diketahui umum, setiap fail PowerPoint menggabung grafik, objek dan pelbagai kebolehan termasuk audio dan video. Bagi membantu persembahan pemprosesan, Microsoft telah meningkatkan operasi asas PowerPoint. Ini dilakukan dengan fungsi mampatan (compression) automatik yang mengecilkan saiz keseluruhan sesuatu fail PowerPoint. Pengguna juga tidak perlu menunggu lama ketika membuka dan menyimpan fail PowerPoint. Walaupun fungsi baru cukup menarik tetapi keupayaan sistem harus diambil kira. Sistem dengan cip Pentium berkuasa tinggi lebih sesuai untuk tugasan berat begini. Terdapat berbagai fungsi baru menarik di dalam PowerPoint. Paparan dua skrin membolehkan kandungan penceramah dan penonton dipertontonkan secara berasingan. Hyperlink ke halaman Web di Internet boleh digabungkan ke dalam sesuatu muka surat. PowerPoint Central pula memberi bantuan tutorial, dan texture tambahan. Bunyi dan animasi daripada halaman Web PowerPoint boleh didapati dengan hanya mengklik butang fungsi. Kandungan Wizard ditingkatkan dengan kehadiran 50 kandungan baru manakala 30 rekaan baru dimasukkan ke dalam templat rekaan. Jumlah ini termasuk format animasi. Bagi berkongsi komen dan maklumat mengenai sesuatu kandungan, pembaca fail PowerPoint boleh mengkepilkan nota komen ke dalam fail atau sesuatu muka surat. Selain daripada itu, PowerPoint berkongsi fungsi seperti Office Art, galeri grafik, simbol, multiple undo, simpanan di dalam format HTML, sokongan untuk ActiveX dan menambah hyperlink. LEBIH DARIPADA HAMPARAN DATA - Excel 97 Kebelakangan ini, Excel telah berjaya menarik jumlah pengguna yang ramai. Faktor utama penerimaan Excel ialah penggunaannya yang mudah dan fungsi menarik. Versi Excel 97 tidak kurang gahnya. Di dalam versi baru Excel, fungsi Internet menjadi daya tarikan utama. Fungsi Web Queries yang dimasukkan ke dalam Excel membolehkan pengguna menarik maklumat terkini daripada tapak Web dan memasukkannya ke dalam hamparan data yang direka di desktop pengguna. Bagi menerbitkan informasi ke Internet, data Excel melalui Access, boleh disimpan di dalam format HTML interaktif yang dinamik. Selain pendedahan Internet, informasi ini boleh digunakan di dalam organisasi melalui persekitaran Intranet. Pengguna juga boleh menyimpan data terus ke dalam server dengan hanya memasukkan alamat URL server itu. Selain format statik, sokongan untuk bahasa ActiveX membenarkan gabungan animasi dan suara ke dalam Internet untuk menjadikannya lebih menarik. Selain fungsi Internet, Excel menggabungkan operasi kiraan baru yang membenar pengguna menulis formula perkiraan dengan terminologi mudah. Kolum dan barisan (column/row) boleh digunakan untuk menulis dan memahami pengiraan. Excel juga memasukkan pencari jarak. Fungsi ini akan mewarnakan sel yang termasuk di dalam sesuatu perkiraan bagi memudahkan perbandingan terutama bagi dokumen kompleks. Integrasi rapat dengan aplikasi lain dalam Office 97 membolehkan Excel berkongsi fungsi seperti multiple undo, OfficeArt untuk alatan melukis, dan efek 3D. Koleksi clipart Office 97 yang berjumlah 3000 termasuk 150 tulisan juga boleh diakses melalui Excel 97. PANGKALAN DATA DIMUDAHKAN - ACCESS 97 Mula diperkenal pada 1992, persekitaran Windows, Microsoft Access terus diperlengkap dengan fungsi canggih yang memudahkan pentadbiran data. Gabungan teknologi seperti sokongan OLE, grafik, pembina query dan Wizard menyenangkan pengguna baru atau yang kurang mahir mengenai pangkalan data. Access 97 berdasarkan 32-bit tidak kurang menarik daripada segi inovasi dan gabungan teknologi. Teknologi Internet menjadi tonggak utama. Kini, pengguna boleh menyimpan sambungan Internet (hyperlink) ke dalam semua pangkalan data Access. Fail dan data statik Access juga boleh diterbitkan ke World Wide Web. Memudahkan penerbitan data terbaru, Access dilengkap dengan kebolehan replikasi dengan menggunakan perisian FTP (file transfer program). Tugasan mencari informasi juga dimudahkan dengan khidmat Simple Query Wizard yang membolehkan pengguna mencari data tertentu dengan mudah. Fungsi penapis borang (form), table analyzer Wizard laporan dan borang juga tingkat secara keseluruhan bagi meningkatkan fungsi mudah guna dan persembahan Access. KESIMPULAN Office 97, atau lebih khusus PowerPoint 97, Access 97 dan Excel 97 telah ditingkatkan dengan gabungan fungsi lebih menjuruskan kepada menjadikan Internet komponen penting di dalam tugasan harian. Ini sejajar dengan langkah korporat Microsoft Corp yang menekankan kepentingan Internet. Berdasar fungsi Internet yang digabungkan, tidak mustahil penggunaan perisian browser berasingan akan menjadi sebahagian daripada sejarah. Meluncur halaman Web boleh dilakukan terus daripada perisian seperti program di dalam Office 97. Bagaimanapun, perkara asas yang diperlukan ialah sambungan Internet itu sendiri. ((Pix:- Penuh tumpuan ... Markovitz (bertali leher) sedang mendengar penerangan daripada pengajar Futurekids mengenai keupayaan pelajar membina Projek Robotik Menara KL.)) GURU harus dilengkapi dengan kurikulum tepat dan latihan berterusan terutama dalam penggunaan komputer peribadi (PC) walaupun PC tidak mampu mengganti peranan mereka. Namun begitu, menurut Presiden dan Ketua Eksekutif Futurekids, Peter Markovitz, PC tetap dianggap alat penting masa kini dalam membantu dan mempertingkatkan proses pembelajaran. "Keadaan itu memberi harapan kepada Futurekids untuk meningkatkan jumlah pusat pembelajaran komputernya yang kini beroperasi di Lembah Klang dan Pulau Pinang," katanya. Futurekids kini mempunyai 10 pusat di Malaysia dengan lebih 1,100 pelajar dan merancang memperluaskan ke 10 pasaran baru seperti di Ipoh, Seremban, Melaka dan Johor Bahru. Konsep Futurekids menumpukan kepada pembelajaran berkaitan penggunaan komputer kepada pelajar berumur di antara tiga tahun dan 15 tahun, bermula dengan pengenalan komponen utama dalam PC sehingga pelajar berupaya menghasilkan program sendiri. ((No: JUDUL: HOW THINGS WORK 2.0 PERISIAN: Sumber rujukan untuk pelajar sekolah rendah. KEPERLUAN MINIMUM: 486DX/33, 8MB RAM, 8MB ruang cakera liat, Windows 3.1/95, Quicktime dan kaedah grafik SVGA 256 warna. CIRI TAMBAHAN: Suara dan kesan bunyi yang boleh disalin. Perisian hybrid. Ilustrasi dan teks boleh dicetak serta kemudahan mencapai tapak dalam Internet. KAWALAN: Tetikus.)) ((Pix:- Bernas ... versi kedua antara perisian paling popular.)) ((Pix:- Ilustrasi ... sungguhpun agak teknikal tetapi jelas dan penuh warna-warni.)) ((Pix:- Storeroom ... mengandungi pelbagai perkara baru yang boleh disalin dan dicetak.)) PERCAYA atau tidak, kita kini hidup dalam era ajaib. Ramai di kalangan kita mungkin memperkatakan pencapaian dalam bidang sains atau kemajuan dalam teknologi maklumat tetapi yang sebenarnya ialah, kita sudah menganggap mudah segala peralatan canggih di sekeliling kita. Kita kini boleh berbual dengan rakan sama ada di kutub utara atau selatan, kita sudah boleh menerima mesej dari tengah hutan belantara atau menatap gambar yang dikirim berjuta-juta kilometer jauhnya dari ruang angkasa lepas. Namun begitu, pernahkah kita terfikirkannya 10 tahun lalu ... malah pada awal dekad ini? Mungkin pernah tapi pasti cuma dalam angan-angan. Banyak barangan di sekeliling kita, yang kita pandang remeh selama ini, sebenarnya adalah hasil ciptaan yang bernas, yang mulanya wujud dalam angan-angan tetapi sudah diolah dan perbaiki sehingga sempurna dan mudah diguna. Telefon, gitar elektrik, pembesar suara, peti sejuk, malah radio mono yang dijual cuma RM10 sekalipun, jika boleh kita bawa ke zaman silam... `zaaaz'... ia sudah menjadi barang ajaib. Jelas, yang membezakan sama ada sesuatu barangan itu ajaib atau sebaliknya adalah jika kita dapat menjelaskan rahsia operasi di sebalik fungsi barangan berkenaan. Dapatkah anda menerangkan apa sebenarnya yang berlaku ketika kita menonton pita video lapan trek... kerana ia memang bukan lagi sesuatu yang ajaib??? Maka, jika perakam video yang kita gunakan setiap hari itu tampak ajaib kepada anda, program HOW THINGS WORK 2.0 terbitan Dorling Kindersley boleh membantu anda `mengun-ajaibkan' barangan berkenaan. Begitupun, rasanya, sudah ramai di kalangan kita yang sudah tidak asing dengan perisian berkenaan kerana program lebih awal, How Things Work yang dikeluarkan hampir tiga tahun lalu, adalah sangat popular. Malah ia mendapat pujian daripada golongan ibu bapa dan pendidik serta memenangi pelbagai anugerah. Namun demikian, dalam era kemajuan pesat sekarang, tiga tahun adalah tempoh yang lama yang menyaksikan kemunculan pelbagai lagi barangan ajaib. Maka, mereka yang belum berpeluang mengikuti perisian asalnya, usahlah rasa ketinggalan manakala mereka yang sudah, anda akan rugi jika berasakan versi lalu sudah lengkap. Sememangnyalah, pada dasarnya, kedua-dua perisian tidak jauh bezanya. Seperti keluaran awal, How Things Work 2.0 juga mempunyai penjelasan mengenai beratus-ratus mesin dan perkakas, rahsia di sebalik setiap satunya, sejarah penggunaan alat berkenaan dan biografi penciptanya. Setiap halaman dalam program ini adalah berhubungan antara satu sama lain (hyperlinked). Adalah mudah bagi menatapi sesuatu grafik dan beralih bagi membaca kisah penciptaannya sebelum kembali kepada grafik berkenaan. Bagi memudahkan pengguna, segala fakta yang berkait ini dibahagikan kepada lima kategori iaitu gudang (warehouse), perkakas (machines), prinsip (principles), sejarah (history) dan pencipta (inventors). Lazimnya, kita boleh bermula dengan pergi ke gudang dan memilih barangan apa yang ingin kita cungkil rahsianya. Begitupun, usah rasa ragu-ragu untuk terus menatapi kategori lain kerana dengan cara ini, kita akan dapati juga bahawa banyak daripada barangan ini juga berasaskan prinsip yang sama atau penciptanya adalah orang yang sama. Ini bukan saja lebih menyeronokkan tetapi juga merangsangkan minda. Asalnya program How Things Work adalah sebuah buku besar setebal kira- kira tiga sentimeter tetapi besar kemungkinan kandungannya tidak sepadat versi CD-ROM ini. How Things Work 2.0 mengandungi 1,000 ilustrasi, 300 animasi, 40 petikan audio visual serta teks lebih 70,000 perkataan. Ia bukan saja cukup menyeronokkan bagi murid sekolah tetapi juga pengguna dewasa yang meminati bidang sains dan teknikal. Lebih hebat lagi, penulis bukunya, David Macaulay sendiri yang memberi ulasan dalam program ini sambil ditemani oleh maskotnya, Woolly Mammoth. Di samping itu, perisian ini juga mempunyai Storeroom untuk kita menyalin pelbagai screen-saver dan kesan bunyi (ada bunyi letupan yang sangat sesuai bagi kita menakutkan rakan jika menggunakan komputer tanpa izin). Ada juga bahagian indeks jika kita mahu lekas mencari tajuk yang kita ingini yang disusun mengikut abjad serta ikon untuk kita mencapai tapak perisian ini dalam Internet. Saintis muda di sekolah pasti menggemari tapak ini, Mammoth.Net, kerana ia menjanjikan penerangan lebih lanjut, kerja projek dan peluang bertukar fikiran dengan rakan di seluruh dunia. Kecuali beberapa perkara yang remeh, sukar bagi mengutarakan kelemahan program ini kerana ia begitu lengkap dan amat mudah diguna. Jika kita mahu sentiasa maju dan enggan dikelilingi oleh barangan dan perkakasan ajaib, program ini sangat bernas dan pasti diguna berulang kali. ((No: Koridor Raya Multimedia (MSC).)) ((Pix:- Penuh minat ... Dr Mahathir meninjau kandungan UPMNet sambil diperhatikan oleh Timbalan Canselor UPM, Prof. Datuk Dr Syed Jalaludin Syed Salim.)) UNIVERSITI Putra Malaysia (UPM) mampu memainkan peranannya dalam menjayakan Koridor Raya Multimedia (MSC) melalui pelancaran UPMNet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sempena lawatannya ke kampus itu, minggu lalu. UPMNet adalah rangkaian komputer kampus yang menyambungkan 24 sistem rangkaian setempat (LAN) di fakulti atau pusat UPM. Pada masa ini terdapat 10,000 pengguna yang berdaftar dengan UPMNet, 7,000 daripadanya adalah pelajar. Ia menggunakan gentian optik berkapasiti tinggi (panjangnya kira-kira 20 kilometer) berserta teknologi ATM sebagai tulang belakang yang membolehkannya mengakses ke Internet melalui Jaring dengan kelajuan 2Mbps. Sebanyak 4,000 nod diperuntukkan untuk memenuhi kehendak pengguna yang semakin meningkat. Selain itu terdapat 24 subdomain di bawah UPMNet itu. Bagi pelaksanaan dan pembangunan UPMNet, 800 stesen kerja SunSparc 5 dan 400 unit komputer peribadi (PC) Pentium disediakan untuk pensyarah dan pegawai pentadbiran. Kini, kerangka utama IBM 3090 sudah dipertingkatkan kepada IBM S/390. Sebanyak 30 pelayan (server) digunakan bagi memenuhi kehendak sebahagian besar pengguna kampus UPM. Pelayan itu merangkumi pelayan surat, Lotus Notes, web, NIS, FTP, pangkalan data dan DNS. Ada pelbagai jenis aplikasi digunakan dalam UPMNet bagi tujuan komunikasi, pentadbiran, pembelajaran, automasi pejabat dan maklumat timbal balik. Aplikasi itu mampu mengendalikan: * surat elektronik; * persidangan video bersemuka; * sistem maklumat pelajar; * sistem pentadbiran kewangan; * sistem maklumat kakitangan; * pembelajaran jarak jauh; * pemindahan fail; * pengolah kata; * pemerhatian imej; * pemprosesan statistik; * tempahan dewan pensyarah; * bilik darjah maya (virtual class); * permohonan cuti; * perakam waktu maya; * buletin pelbagai kampus * SSB dan * sistem pengurusan fail. Selain daripada aplikasi berkenaan, ada juga pembangunan prototaip yang direka untuk membolehkan UPM menuju ke arah konsep masyarakat kampus tanpa kertas. ((Pix:- Gambar hiasan ... pemandangan seorang wanita yang leka dengan permainan komputer.)) SUDAH beberapa kali saudari dihidangkan dengan cerita suami dan Internetnya. Kali ini agak berlainan pula, tapi masih mengenai suami dengan komputer juga, cuma kali ini apa yang hendak diperkatakan ialah suami yang gila kepada permainan komputer (computer games). Setakat ini sudah ada dua gila yang kita temui iaitu gila Internet, gila perempuan dalam Internet dan kali ini gila baru pula iaitu gila permainan komputer. Untuk pengetahuan saudari semua, suami yang macam ini pun memang tak boleh pakai. Apa tidaknya, kalau dah mula main... Farah Fawcett lalu depan mata pun dia buat tak tahu. Inilah yang dikatakan ketagihan kerana bila seseorang sudah mula berjinak-jinak dengan `games', satu hari tak main terasa bagai ada sesuatu yang tak kena pada dirinya. Ini bukan cakap-cakap kosong, kalau saudari nak dengar satu kisah atau pengalaman sebenar yang dialami oleh seorang rakan lama iaitu Azizah (bukan nama sebenar) yang sudah mendirikan rumah tangga tiga tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 18 bulan. Suaminya yang bekerja di sebuah institusi kewangan di Kuala Lumpur, sudah membeli sebuah komputer peribadi lengkap dengan tetikus dan `joystick' yang diletakkan di bilik bacaan. Keputusan untuk membeli komputer diambil setelah Azizah selalu merungut kerana suaminya sering pulang lewat kononnya banyak kerja. Azizah yang tidak tahu menahu tentang komputer pada mulanya menyangka memang benarlah si suami membeli komputer untuk menyambung kerjanya di rumah. Dia pun tak mahu kacau bila suaminya mula duduk di depan komputer. Biasanya lepas makan malam tanpa berlengah lagi terus menghadap komputer seakan-akan sebagai juadah pencuci mulut. Bila dah mula menghadap, jangan harap nak minta tolong buat kerja rumah atau jaga anak, kalau dikacau akibatnya jadilah mangsa kemarahannya. Pada suatu hari anak Azizah menghidap demam panas dan sentiasa merengek. Bagi ini tak kena, bagi itu tak kena semua serba tak kena. Si suami pula buat tak tahu saja, macam biasa dia menghadap komputer, kononnya sibuk membuat kerja pejabat. Bila si anak terus menerus menangis tanpa henti, suami pula seakan tiada telinga, panggil berulang kali pun tiada sambutan, Azizah naik berang dan terus menerjah masuk ke bilik bacaan di mana suaminya berada. Punyalah hancur dan luluh hati Azizah bila didapati si suami sedang asyik menikmati permainan komputer. Walaupun Azizah tak tahu menahu tentang komputer tapi dia kenal yang mana satu kerja dan mana satu permainan komputer. Apa lagi ... Azizah pun bertambah beranglah, rupa-rupanya selama ini suaminya bukan membuat kerja pejabat, tetapi menghabiskan masa dengan permainan komputer. Masa itu juga perang teluk kedua berlaku bukan di tanah Arab tetapi di rumah Azizah. Serangan `Scud' bertubi-tubi dari Azizah dan si suami pula tak mahu mengalah, malah membalas dengan serangan `Patriot'. Kemuncak peperangan ialah apabila Azizah dapat menghampiri komputer suami dan ditolaknya hingga jatuh ke lantai. Maka ibarat sebutir bom atom yang pernah menimpa Hiroshima ketika Perang Dunia Kedua suatu ketika dulu... Hancur berderai komputer suami tidak dapat diselamatkan lagi. Peperangan pun tamat. Azizah keluar dari bilik itu dan bersiap-siap untuk keluar sendirian menghantar anaknya ke klinik menaiki teksi. Doktor pula menasihatkan Azizah membawa anaknya ke hospital kerana keadaan demamnya agak teruk. Anaknya ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur, suaminya dapat tahu anaknya ditahan di wad, ada juga terhegeh-hegeh datang tetapi dibiarkan saja oleh Azizah. Setelah seminggu berada di hospital dan si anak sudah sembuh barulah dibenarkan pulang. Sampai di rumah, Azizah mendapati si suami kelihatannya masih murung dan termenung panjang. Azizah tak angkat muka dan terus masuk ke dalam bilik bersama anak kesayangannya. Lama-kelamaan si suami pun masuk ke bilik mendapatkan Azizah dan merayu- rayu meminta maaf atas kesilapannya. Beliau menyesali atas sikapnya yang keterlaluan selama ini lalu berjanji tidak akan mengulanginya dan bertekad untuk meninggalkan tabiat yang suka bermain permainan komputer. Azizah bersyukur kepada Allah, kerana suaminya sudah sedar dan sama-sama berjanji untuk berusaha memulihkan kembali keadaan rumah tangga mereka yang kucar kacir akibat kelekaan suami yang selama ini tenggelam di dunia fantasi. Itulah satu gejala keruntuhan rumah tangga akibat terlalu asyik dengan permainan komputer. Nasib baik sempat kembali ke pangkal jalan. Jadi berhati-hatilah jika ada di antara suami saudari yang mula berjinak dengan permainan komputer. Pastikan ia tidak keterlaluan. PAKAR komputer berkata mereka kini menemui cara untuk menembusi keselamatan dalam sistem operasi terkenal Microsoft Corporation, Windows NT. Penemuan itu membolehkan pengguna mendail ke dalam sistem rangkaian komputer korporat daripada kawasan pedalaman dan seterusnya mendapat maklumat rahsia termasuk kata laluan pengguna. Menurut EE Times Online, majalah yang pertama menyiarkan masalah itu, Microsoft menafikan penemuan itu dengan mengatakan sistem NTnya disediakan ciri keselamatan ketat. ((Pix:- Membuang masa ... pelajar yang masih memakai uniform sekolah di pusat permainan video.)) GEJALA sosial yang melanda negara sekarang boleh dikatakan sudah sampai ke peringkat parah. Hampir setiap hari ada saja berita mengenai gejala sosial disiarkan di dalam akhbar atau melalui televisyen. Minggu lepas saya perkatakan tentang suami yang tergilakan permainan komputer, minggu ini masih menjurus kepada permainan video yang bersangkutan dengan keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang. Saya pasti saudari tentu sedar tentang kewujudan pusat permainan video yang tumbuh bagai cendawan. Kalau ada pusat beli-belah yang baru dibuka pasti ada ruang khas digunakan untuk pusat hiburan. Apabila teknologi sudah bertambah canggih, berbagai-bagai bentuk permainan video dan simulator disediakan untuk menarik perhatian pelanggan terutamanya remaja. Bukannya kita anti kepada pembangunan teknologi ... sebenarnya teknologi sungguh berguna dan diperlukan, tetapi kalau pembangunan teknologi digunakan untuk membina pusat hiburan seperti itu, akibatnya ramai remaja yang menghabiskan masa dan wang ke arah yang tidak memberi faedah. Saya ceritakan kisah ini bukan untuk apa, cuma meluahkan rasa kesal dan terharu saya terhadap mereka kerana ada di antara remaja yang mengunjungi pusat permainan video ini adalah remaja wanita. Bukannya seorang dua, tetapi boleh dikatakan sebahagian daripada pengunjung adalah remaja wanita. Di manakah adat resam wanita timur yang disanjung selama ini? Merekakah yang akan menjadi tiang negara seperti slogan yang sering digembar- gemburkan "Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara". Sebagai contoh, terdapat sebuah kompleks beli-belah baru di bandar Kajang yang saya dapati tidak kurang tiga buah pusat permainan video baru di dalam kompleks itu. Sudah beberapa kali saya berkunjung ke pusat permainan video itu untuk membuat sedikit penyelidikan. Setiap kali saya berkunjung setiap kali itu jugalah ramai pengunjung remaja wanita leka menikmati permainan video. Saya sangka mereka mengunjungi pusat itu untuk bermain permainan yang dianggap ringan tetapi sangkaan saya rupanya meleset. Kebanyakan mereka lebih gemar bermain permainan video yang lebih mencabar seperti permainan yang membabitkan peperangan dan simulator lumba motor atau lumba kereta. Beberapa remaja wanita yang sempat saya temubual berkata tujuan mereka mengunjungi pusat permainan video itu untuk mendapatkan hiburan dan mengisi masa lapang. Apa pendapat saudari bila mereka mengunjungi pusat itu untuk mendapatkan hiburan dan mengisi masa lapang. Mereka tidak fikir bahawa sebenarnya mereka mengisi ruang masa dan mendapatkan hiburan yang tidak berfaedah, sedangkan banyak lagi perkara lebih berfaedah yang boleh dilakukan. Mereka seharusnya sedar bahawa pusat permainan video seperti itu biasa dikunjungi oleh orang lelaki yang mempunyai akhlak kurang sihat. Mereka berpakaian tidak senonoh, menghisap rokok walaupun masih remaja dan mengamalkan pergaulan bebas. Secara tidak langsung gejala seperti ini dengan mudah mempengaruhi remaja wanita tadi. Kalau saudari lihat gelagat mereka di pusat permainan video itu memang menggerunkan. Pergaulan bebas antara mereka seakan tiada batasan yang cenderung ke arah kemaksiatan, dengan pakaian yang kurang menyenangkan mata dan tidak kurang juga remaja wanita yang menghisap rokok. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Pembangunan teknologi tidak harus dipersalahkan, kerana teknologi adalah perlu untuk kemajuan dan pembangunan negara. Cuma apa yang kita fikirkan ialah bagaimana kita menggunakan teknologi secara bijak dalam kehidupan harian. Ibu bapa yang mempunyai anak remaja wanita seharusnya lebih peka kepada masalah ini. Sudah tentu kita tidak mahu lihat anak kita terjerumus ke dalam kancah keruntuhan akhlak. Kita sedar bahawa peringkat umur remaja adalah peringkat yang mudah dipengaruhi dengan unsur-unsur luaran seperti itu. Oleh itu peranan ibu bapa adalah penting pada peringkat ini, didikan yang sempurna dan terbaik daripada mereka adalah penting untuk bekalan mereka di hari mendatang. Sumber lesen perniagaan seharusnya lebih prihatin apabila mengeluarkan lesen perniagaan terutama lesen perniagaan permainan video, snuker atau lain-lain yang difikirkan mendorong ke arah keruntuhan akhlak dan sebagainya. Walaupun kita ada dengar serbuan dijalankan tetapi tidak selalu. Saya fikir serbuan secara mendadak seharusnya lebih kerap diadakan supaya gejala keruntuhan akhlak terhadap remaja ini dapat dikurangkan dari masa ke semasa. Sementara pemilik pusat permainan video pula diharapkan janganlah terlalu mementingkan keuntungan sehingga ada pihak lain yang kerugian disebabkan oleh perniagaan yang dijalankan. ((Pix:- Canggih ... pelajar mencuba komputer yang dilengkapkan dalam bas YayasaNet.)) YAYASAN Bumiputera Pulau Pinang Bhd (YBPPB) menerajui kaedah pendidikan komputer di negara ini dengan melancarkan program Rangkaian Komputer Multimedia Bergerak atau YayasaNET. Pengurus Besarnya, Anuar Hashim, berkata projek bernilai lebih RM750,000 itu bertujuan meningkatkan pemahaman, pengetahuan serta kepakaran berhubung pelbagai aspek penggunaan komputer, khususnya di kalangan pelajar. Untuk itu YBPPB menyediakan sebuah bas bergerak yang dilengkapkan 10 unit komputer serba canggih bagi kegunaan penduduk di semua peringkat. "Keseluruhan Bas YayasaNET ini direka bentuk khas bagi memastikan keselesaan pengguna di samping mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sesuai dan berkesan," katanya kepada media di majlis memperkenalkan perkhidmatan itu di Kolej Yayasan-SALiTMatics Tasek Gelugor, Seberang Prai, minggu lalu. Menurut Anuar, YBPPB akan membangunkan hompej sendiri bagi membolehkan pengguna berinteraksi secara berkesan selain mendapatkan maklumat terperinci mengenai program disediakan dalam YBPPB. "Hompej itu akan dibangunkan sebaik saja YBPPB mendapat kelulusan pendaftaran dari pihak berkuasa. "Berdasarkan hompej itu, kami akan membentuk subdirektori dengan sekolah yang dipilih menyertai program ini," katanya. Anuar berkata, sistem ini memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi melalui Internet. "Program ini juga turut membuka peluang kepada pelajar bertukar maklumat serta berkomunikasi melalui Internet di samping memberi pendedahan lebih meluas berhubung penggunaan teknologi tinggi sebagai alat penting dalam dunia pendidikan," katanya. Pada masa ini YBPPB bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendidikan Negeri dalam usaha mengenal pasti sekolah yang layak menyertai program terbabit. Keutamaan akan diberi kepada sekolah yang masih belum mempunyai kemudahan komputer. "Apabila beroperasi nanti, perkhidmatan YayasaNET akan bergerak ke sekolah terpilih mengikut jadual yang akan ditetapkan. "Seorang penyelia akan ditugaskan dalam bas itu untuk mengawasi dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar mengenai penggunaan komputer dan Internet," katanya. Menurutnya, bas itu akan beroperasi lima hari seminggu dan setiap kumpulan pelajar terbabit di beri masa sekurang-kurangnya sejam bagi satu sesi. "Bas ini boleh menampung sehingga 20 pelajar bagi setiap sesi," katanya. Program pendidikan komputer anjuran YBPPB selaras dengan matlamat pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang akan menjadi teras pembangunan masa depan. "Permintaan bagi mereka yang mahir dalam penggunaan komputer kini semakin tinggi dan penubuhan MSC sudah pastinya membuka peluang yang lebih meluas kepada golongan yang mempunyai kelayakan dalam bidang itu," katanya. Sehubungan itu pelajar Bumiputera, khususnya yang kurang mampu, perlu diberi pendedahan serta pendidikan dalam bidang komputer dari peringkat awal bagi memastikan mereka tidak ketinggalan. HARUSKAH anda pindah dari Windows 95 atau Windows 3.1 ke Windows NT? Jawapannya tergantung pada kemampuan masing-masing: mahu kestabilan dan keamanan melawan keserasian. Dalam waktu yang tidak begitu lama, Windows 95 telah membuat sensasi dengan publisiti yang sangat luas. Upgrade formal terhadap Windows 95 tidak akan muncul sampai tahun depan, saat Microsoft merencanakan akan melancarkan pembaharuan sistem operasinya. Versi baru ini mungkin akan diberi nama Windows 97. Versi upgrade ini tetap akan menampilkan semua ciri dan kelebihan yang ditawarkan Windows 95, seperti kemampuan untuk menggunakan browser Internet Explorer 4.0 sebagai alternatif standard untuk desktop Windows. Sekarang pun Windows 95 sudah bersaing dengan anggota baru keluarga Windows, iaitu Windows NT Workstation 4.0. Microsoft versi terakhir ini mungkin tidak terlalu dihebohkan seperti Windows 95, tetapi tetap satu berita besar di dunia komputer. Nyatanya, banyak juga pemakai Windows 3.1 yang masih menahan diri dan enggan beralih ke Windows 95 kecuali bila sangat perlu. Mereka berspekulasi bahawa Win NT Workstation 4.0 akan menggabungkan antaramuka Win 95 yang dikembangkan dan kelebihan tradisional Windows NT, iaitu kestabilan dan keamanannya. Bahkan jika anda sudah pindah ke Windows 95, mungkin anda akan bertanya-tanya apakah Windows NT menawarkan keuntungan besar. Dalam ujian, banyak kelebihan ditemui pada Win NT. Secara teknikal sistem operasi ini lebih unggul, lebih aman sehingga program dengan banyak bug pun tidak akan membuat seluruh PC berhenti. Dan berbeza dengan NT versi sebelumnya, Win NT 4.0 hanya memerlukan PC yang sedikit lebih baru dibandingkan Windows 95. NT memerlukan minimum RAM 12MB, dan Microsoft menganjurkan paling tidak PC anda menggunakan Pentium 60, meskipun ia dapat juga berfungsi di PC 486. Bagi kebanyakan pengguna, kelemahan terbesar NT adalah keterbatasan keserasian hadwer dan softwernya. Hampir semua produk yang diuji dapat jalan di bawahnya, tetapi terdapat beberapa pengecualian penting. Kelemahannya, konfigurasi plug and play pada Windows NT tidak membantu. Windows NT memiliki rintangan-rintangan yang unik. Salah satunya, anda perlu minimum 110MB ruang kosong untuk memasangkannya. NT juga tidak serasi dengan program DriveSpace DOS dan Windows 95. Jika anda telah mengecutkan semua ruang cakera, anda harus membuang DriveSpace sebelum memasang NT. Selain itu, Windows NT juga memerlukan driver tersendiri untuk peranti- peranti, seperti kad video dan mesin cetak. Driver versi DOS, Win 3.1, atau Win 95 yang anda miliki tidak dapat digunakan. NT muncul dengan banyak driver, tetapi mungkin anda perlu mencari driver lain yang tidak tersedia. Meskipun anda dapat meletakkan Win NT pada sistem Win 95 tanpa menghapus isi cakera keras, NT tidak dapat menerima setting Win 95. Anda harus memasang semua program dan driver di bawah sistem operasi baru itu. Untunglah salah satu ciri Windows NT dapat mengurangi kesusahan perpindahan sistem operasi. NT memiliki sebuah utiliti yang mempermudah pemilihan di antara dua atau tiga sistem operasi setiap kali anda menghidupkan PC. Sebaiknya ketika memasang Win NT, anda tetap menyimpan sistem operasi yang lama, sehingga boleh digunakan apabila aplikasi kunci tidak serasi dengan Windows NT. Selagi anda memiliki PC dengan RAM 16MB, keputusannya adalah memilih keamanan dan kestabilan Windows NT yang lebih baik dan softwer Intranet Servernya, atau keserasian Windows 95, kemampuan plug and play, dan dukungan untuk PC portabel dari Win 95. Jika anda menemukan segala sesuatunya dapat bekerja dengan Win NT kecuali satu item penting, anda selalu dapat memilih sistem operasi lama anda dari boot menu saat anda ingin menggunakan item itu. Tetapi Win 95 menjadi pilihan yang lebih baik jika anda tidak mahu pening dengan isu keserasian. Secara konvensional Win NT memerlukan PC yang lebih bertenaga dibandingkan Win 95 untuk kerja yang memuaskan. NT adalah versi Windows yang logikal pada sebuah PC Pentium Pro kerana CPU tersebut benar-benar mendukung 32-bit. Dalam jangka panjang, semua aplikasi yang berorientasi bisnes dari Win 95 akan dapat dijalankan di bawah NT. Microsoft sedang meninggalkan logo "Designed for Windows 95" dan menggantikannya dengan logo "Designed for Windows NT and Windows 95". Produk yang menggunakan logo baru dijamin dapat bekerja dalam kedua versi. KESERASIAN: KEKUATAN WIN 95, KELEMAHAN WIN NT Ketiadaan Plug and Play dalam Win NT hanyalah satu isu yang dapat membantu menentukan betapa mudah - atau sukar - baginya untuk dijalankan pada PC yang ada. Isu yang lebih besar adalah apakah macam-macam item yang sudah disusun dalam sistem anda akan bekerja secara penuh dalam Win NT. Win NT tidak diasaskan kod-kod pokok MS-DOS dan menggunakan seni bina driver yang berbeza dengan Win 3.1 dan Win 95, sehingga satu-satunya cara bekerja dengan cakera keras tertentu adalah jika seseorang telah menuliskan sebuah driver yang khusus buat Windows NT. Sebelum memutuskan untuk berpindah ke Win NT, periksa dulu panduan Microsoft mengenai perangkat keras yang telah diuji dengan berjaya dengan NT (http://www.microsoft.com/isapi/hwtest/hsearchn4.idc). Windows NT dan Win NT 4.0 mungkin tampak seperti kembar. Namun pada dasarnya sangat berbeza. Windows secara nominal merupakan sistem operasi 32-bit, tetapi beberapa kod MS-DOS dan Windows 3.1 16-bit masih dipakai. Kod-kod tersebut yang membuat serasi dengan sebahagian besar hardwer dan dengan kebanyakan program DOS dan Windows. Sayangnya, hal ini bererti juga Win 95 masih membawa cerita lama mengenai ketidakkukuhan sistem fail FAT dan kurang stabil seperti pada Windows 3.1. Sedangkan Windows NT, direka sebagai sistem operasi 32-bit penuh. Di samping dapat jalan di pelbagai PC, ia juga mengambil keuntungan dari sistem multiprosesor dan tersedia untuk beberapa jenis sistem workstation RISC. Juga tidak seperti Windows 95, terdapat versi yang direka untuk menjalankan LAN besar: Windows NT Server 4.0, yang bertindak seperti sistem operasi jaringan sebagai Netware. NT juga memberikan beberapa langkah melebihi Win 95 untuk mengecam nahas sistem dan untuk menjaga aplikasi yang sedang nahas daripada aplikasi lain atau sistem operasi itu sendiri. Kelebihan lain dibanding Windows 95, ia menuntut bahawa driver dan softwer lain mengakses skrin, cakera keras, dan pelbagai komponen hanya melalui prosedur rasmi sistem operasi, kemudian ia dapat memonitor dan menjaganya dari gejala-gejala nahas ada PC. Setup tersebut akan membantu menjaga softwer membuat kekacauan, tetapi juga bererti bahawa banyak program, khususnya utiliti dan permainan, tidak akan berfungsi dengan NT. Win 95 dan Win NT memencilkan aplikasi DOS dan Windows 16-bit dalam RAM yang terpisah dari program 32-bit. Bagi pengguna korporat yang menginginkan sistem operasi yang dapat menjaga data sensitif dari penghapusan tidak sengaja atau mata-mata yang tidak berhak, NT menyediakan keuntungan melebihi Win 95. Keselamatan Windows NT ketat. Hanya pengurus sistem yang dapat menciptakan akaun. CIRI YANG KURANG BAGUS PADA NT Sayang Win NT tidak mempunyai pemasang hadwer plug and play seperti Win 95. Plug and play memang tidak sempurna, tetapi jika bekerja, ciri ini dapat melakukan upgred atau memasang hadwer baru pada sistem anda. Win NT akan menemukan cakera, pemacu CD-ROM, peranti SCSI dan tetikus dengan sendirinya. Itu saja. Memasang peranti lain, seperti kad suara, berlangsung seperti pada Win 3.1 - anda harus menempatkan driver. "CD-ROM Win NT atau disket. Anda juga masih harus mengotak-katik IRQ, interrupt dan konfigurasi lainnya. - INFOKOMPUTER. KURANGKAN pergerakan tangan ketika membaca halaman Web yang panjang menggunakan butang kekunci Page Up dan Page Down untuk bergerak satu skrin ke atas atau ke bawah setiap kali butang ditekan, Ctrl+Home untuk bergerak ke permulaan halaman Web dan Ctrl+End ke bawah sekali. CANON Marketing (M) Sdn Bhd yang memasarkan pelbagai perkakasan automasi pejabat dan fotografi, mencatat peningkatan perolehan dagangan kepada RM245 juta tahun lalu berbanding RM180 juta pada tahun 1995. Naib Pengerusi Canon Marketing (M) Sdn Bhd, Yuici Endo, berkata peningkatan perolehan didorong faktor ekonomi sihat, peningkatan kuasa beli rakyat dan keupayaan Canon memperkenalkan produk bernilai untuk semua kategori pembeli. "Berdasarkan tren sekarang, Canon meramalkan perolehan dagangan RM290 juta tahun ini iaitu peningkatan 20 peratus daripada tahun lalu. Canon juga akan terus memperkenalkan teknologi dan produk baru seperti kad optikal, sistem tenaga suria, dan fotografi," Endo berkata ketika sidang akhbar sempena perayaan ulang tahun ke-10 Canon di Malaysia, di Kuala Lumpur, minggu lalu. Sempena ulang tahun ke-10, Canon turut mengadakan pameran Canon Grand Fair 97 yang menampilkan pelbagai produk dan teknologi baru untuk fotografi, pencetakan dakwat, sistem penyalin warna laser dan komputer digital. Menurut Endo lagi, rantau Asia dijangka menjadi menyumbang utama kepada perolehan keseluruhan jualan Canon. Ketika ini perolehan jualan Asia hanya 10 peratus. "Canon menjangkakan benua Asia akan menyumbang 15 peratus pada tahun 2000 dan di masa depan, Asia dijangka menyumbang 25 peratus daripada keseluruhan jualan Canon," tambah Endo lagi. Mengulas prestasi jualan sistem pencetak dakwat BubbleJet Canon, Pengurus Besar produk elektronik Canon Marketing, Liew Sip Chon, berkata, Canon masih kekal sebagai pemimpin di dalam pasaran ini. "Canon berjaya memasarkan 82 ribu unit pencetak tahun lalu atau 52 peratus daripada keseluruhan jumlah pencetak dakwat yang dijual tahun lalu," katanya. Agensi penyelidikan industri, Dataquest meletakkan sejumlah 152 ribu unit pencetak dakwat dijual di Malaysia tahun lalu. Menurut Liew, perniagaan pencetak desktop dakwat menyumbang 23 peratus daripada keseluruhan perolehan dagangan Canon tahun lalu. Perniagaan pencetak dijangka terus meningkat di mana di suku pertama tahun ini, Canon telah memasarkan hampir 30 ribu unit pencetak dakwat BubbleJet. NEC Corporation (NEC) memulakan pengedaran sampel VR4102 iaitu pemproses mikro 64-bit berkelajuan tinggi dengan fungsi perkakasan dalam cip yang sesuai dengan platform Microsoft Windows CE bagi kegunaan komputer mudah alih. Produk baru ini mempunyai tahap persembahan dan peruntukan konfigurasi untuk komputer mudah alih yang menghubungkan VR4102 dengan memori dan beberapa peralatan yang akan menghasilkan sebuah komputer mudah alih berprestasi tinggi. Penggunaan arahan set komputer terkurang (RISC) berkelajuan tinggi, unit pemprosesan pusat akan menghasilkan tahap pemprosesan terpantas. Pasaran semasa komputer mudah alih sudah memasuki fasa baru dengan pengenalan Windows CE. Paradigma baru terhadap telefon mudah alih dengan kemungkinan untuk berkembang baik melepasi rangka kerja PDA yang sedia ada. Komputer mudah alih kini menawarkan satu suasana pengoperasian yang menghampiri Windows 95 bersepadu. Komunikasi mudah alih yang mudah dengan berhoskan PC, berhubungan dengan aplikasi PC, menyokong pelayaran Internet dan sesuai dengan Win32API yang memudahkan pembangunan sesebuah aplikasi. NEC bekerjasama dengan Microsoft membangunkan platform komputer mudah alih dan menjadi pengeluar pertama di dunia dengan pembangunan dan pengeluaran VR4101 64-bit pemproses RISC dengan fungsi perkakasan dalam cip. Sekarang NEC mengeluarkan VR4102 yang akan membuka laluan kepada sebuah komputer mudah alih yang berprestasi tinggi dengan fungsi yang lebih bertenaga. Sampel ini dijual pada harga 5,000 yen sebuah dan NEC merancang untuk mengeluarkan 500,000 unit sebulan bermula Julai depan. Versi pengeluaran besar-besaran VR4102 akan dijual pada harga 2,500 yen sebuah untuk tempahan sebanyak 100,000 unit. INSTITUT Teknologi Mara (ITM) melalui pelajar Kursus Kewartawanan dan Penerbitan serta Pusat Pendidikan Lanjutan (PPL) merintis jalan membangunkan penerbitan alternatif dan penerbitan intelek dikenali sebagai Journicca On-Line. Homepej itu dilancarkan Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Khalid Yunus di Auditorium 2, Pusat Sumber Pengajaran dan Pembelajaran ITM, hari ini. Journicca On-Line adalah homepej yang memuatkan rencana pilihan. Pada peringkat awal sebanyak 14 rencana meliputi pelbagai isu dimuatkan dalam homepej terbabit. Pembangunan homepej itu untuk mendedahkan pelajar Kewartawanan dan Penerbitan ITM mengenai program Hypertext Markup Language (HTML) yang digunakan sebagai bahasa utama pembangunan sesebuah homepej. Ia turut memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penerbitan elektronik dengan menggunakan Internet sebagai rangkaian media baru serta saluran berita, maklumat dan rencana terkini. Journicca On-Line dibangun menggunakan pelayan Web. Pelajar dibimbing menggunakan hompej ini dan Internet oleh pensyarah pengajian akhbar dan pengurusan, Kajian Sebaran Am, Dr Firdaus Ahmad Azzam. ((Pix:- Berjaya ... kumpulan CSA Distribution (M) Sdn Bhd bergambar dengan Lingam (berkaca mata) selepas dipilih sebagai Pengedar Utama Desktop Digital.)) ((Pix:- Bangga ... wakil First Tech Pacific Distributor bergambar dengan Cheam (kiri) selepas dianugerah pengedar utama Prioris Digital.)) ((Pix:- Tahniah ... Cheam (kanan) menyampaikan anugerah kepada Sayauti Ahmad dari Berita Information System Sdn Bhd (BIS) bagi kategori Pengedar Bertauliah Utama.)) DIGITAL Equipment Malaysia (Digital), mencatat peningkatan perolehan tertinggi di Asean bagi suku lalu, iaitu Januari hingga Mac, hasil sokongan berterusan pengedarnya. Pengurus Besarnya (Perniagaan PC), V S Lingam, yakin pengedarnya akan terus memberi sokongan padu untuk membolehkan Digital mencatat kejayaan berterusan pada suku akan datang. "Apa yang penting, mereka menunjukkan kerjasama menggalakkan sehingga menjadikan Digital Malaysia rangkaian terbaik Digital rantau ini," katanya di majlis penyampaian anugerah untuk pengedarnya di Subang, minggu lalu. Hadir sama di majlis itu ialah Pengurus Besar Digital (Unit Perniagaan Sistem), Cheam Tat-Inn dan Pengarah Jualan dan Pemasaran Asean (Perkhidmatan Sistem Rangkaian dan Integrasi), Phil Captain. Wakil Penjual Prioris Digital: * Pengedar Utama Q3FY97 - First Tech Pacific Distributors Sdn Bhd. * Pengedar Bertauliah Terbaik - Berita Information Systems Sdn Bhd * Pencapaian Terbaik Q3FY97 - NPS Computer Sales & Services. - Xybase Technologies Sdn Bhd Pengedar Desktop Digital: * Pengedar Utama Q3FY97 - CSA Distribution (M) Sdn Bhd. * Pengedar Bertauliah Terbaik Q3FY97 - Seniko Sdn Bhd. * Pencapaian Terbaik Q3FY97 - Innosis Komputer Sdn Bhd. HEWLETT-PACKARD Co akan menjadikan pasaran komputer konsumer, pengimejan digital dan fotografi desktop sasaran utama selepas mengukir nama di dalam bidang pencetakan dan komputer komersil. Pengurus Pemasaran bahagian produk rumah Hewlett-Packard Co, Richard Walker, berkata, inisiatif ini sebahagian daripada strategi "domestication" HP yang menyasar kepada menjadi vendor utama di dalam pasaran ini. "HP akan memasuki pasaran konsumer lebih agresif dengan produk khusus bagi pengguna di rumah dan golongan konsumer. Produk ini juga berbeza daripada apa yang ditawarkan oleh vendor lain ," kata Walker. Beliau berkata, sistem Pavilion yang baru dilancarkan bulan lalu contoh terbaik yang membezakan HP daripada vendor lain. Sistem Pavilion menggabungkan keupayaan multimedia dengan pengimbas Photo-Drive dan perisian manipulasi fotografi desktop. "HP juga bercadang memperkenal komputer peribadi yang lebih mudah digunakan dengan enjin penalaan, utiliti berguna seperti perakaunan rumah, pengimejan dan manipulasikan gambar," katanya. Fotografi desktop dijangka menjadi satu industri konsumer sebesar penerbitan desktop (DTP) kerana 50 bilion gambar diambil setiap tahun. Laporan Dataquest menunjukkan sejumlah 1.1 juta kamera digital dijual tahun lalu. Tahun ini sejumlah 1.9 juta kamera digital dijangka dijual dan 6 juta unit tahun 2000. Menurut Walker, untuk pasaran fotografi desktop dan bidang pengimejan digital, HP akan memperkenal kamera digital dan penyelesaian pengimejan digital lengkap. Mengulas sambutan kepada sistem Pavilion ke pasaran konsumer negara ini, Pengurus Wilayah untuk produk komputer, pemasaran, sokongan dan pengedaran, Hewlett-Packard Sales Malaysia Sdn Bhd (HPSM), Yasmin Mahmood berkata, sambutan amat menggalakkan. "Permintaan untuk sistem Pavilion melebihi dua kali ganda daripada apa yang diramalkan oleh HPSM untuk semua model terutama sistem aras masuk (entry-level)," katanya. PINTASAN boleh dibuat untuk mana-mana halaman Web yang dicapai menggunakan Netscape Navigator dalam Windows 95. Klik butang kanan tetikus pada halaman berkenaan dan pilih shortcut. Taipkan nota anda di dalam Create Internet Shortcut dialog box dan klik OK. Sebuah ikon akan diwujudkan pada desktop yang mewakili halaman berkenaan. DIANGGARKAN sembilan juta orang dewasa singgah ke beberapa ratus tapak berunsurkan seks setiap hari dan menjadikan Internet sebagai perkhidmatan temu janji paling besar dikunjungi di dunia. Terdapat beberapa sebab fenomena fantasi dilakukan melalui Internet dan antaranya ialah pengguna tidak akan diganggu, keadaan sudah tersedia, mempunyai ruang sendiri yang selamat selain boleh membuat percubaan sendiri dengan watak dalam talian itu. Pengarah Klinikal Pusat Seksualiti dan Perkahwinan, San Jose, Dr Al Cooper, berkata seksualiti adalah sesuatu yang setiap orang dalam masyarakat kita minati dan kagumi. "Setiap insan masih ingin menemui seseorang yang dianggap istimewa yang mana dia boleh menjadi cara positif untuk menghasilkan pertemuan," katanya dalam pertemuan membabitkan 750 pakar psikologi, membincangkan pelbagai masalah sosial membabitkan keganasan dan seks. Manakala menurut Pengarah Perkhidmatan Dalam Talian Seksualiti dan Perkahwinan, Dr Coralie Scherer, terdapat pengguna yang menerima sepenuhnya kehidupan perkhidmatan dalam talian sehingga lupa kepada kehidupan asal. "Menggunakan khidmat dalam talian sebenarnya tidak akan memberi banyak masalah kepada kita. Ia seperti membeli sebotol minuman ringan tetapi tidak membeli pembukanya. "Tetapi terdapat manusia yang menjadi terlalu asyik sehingga merosakkan diri sendiri," katanya. Keadaan itu boleh dilihat kepada kejadian membunuh diri 39 ahli kumpulan Heaven Gate, yang mana ramai daripada mereka adalah pengguna komputer canggih. ((Pix:- Nokia Cellular Data Suite ... diintegrasikan dengan Windows 95.)) NOKIA memperkenalkan "Nokia Cellular Data Suite" iaitu penyelesaian konsep baru yang berinovatif untuk data komunikasi tanpa wayar dalam suasana MS Windows 95. Sekali lagi Nokia mendahului pasaran sebagai pengilang telefon selular pertama yang menawarkan konsep sedemikian. Ia dilancarkan untuk standard sistem digital GSM/DCS 1800 yang ada sekarang. Buat masa ini, kebanyakan pengendali sistem GSM di seluruh dunia menawarkan perkhidmatan penghantaran data dan bilangan pelanggannya semakin bertambah. Pasaran penghantaran data tanpa wayar semakin berkembang dan Nokia mengambil inisiatif itu dengan rangkaian produk yang menawarkan keperluan pengguna yang berbeza. Ia adalah satu penyelesaian penyambungan yang diperbesarkan kerana bilangan pengguna yang menggunakan MS Windows semakin bertambah. Nokia Cellular Data Suite adalah satu sistem penyelesaian data tanpa wayar berasaskan perisian yang menyepadukan Windows 95 dengan telefon bersel Nokia. Gabungan ini membolehkan pengguna menghantar atau menerima e-mel, faks, fail komputer dan mesej pendek melalui rangkaian bersel. Selain itu pengguna dapat berkomunikasi melalui satu port bersiri, manakala slot PC Card dibiarkan untuk kad rangkaian, pemacu CD-ROM, pencetak atau lain-lain perkakasan. Satu kabel bersiri menghubungkan komputer laptop dengan telefon Nokia 8110, Nokia 3810 atau pun telefon bersel GSM/DCS 1800 yang sepadan. Perisiannya dijalankan melalui sistem pengoperasian Windows 95. Dengan penyelesaian bersepadu ini, mesej pendek dan memori telefon dapat diuruskan dengan lebih cekap dari sebuah komputer laptop dengan cara menaip terus di komputer dan dihantar dengan mudah ke telefon mudah alih. Data dalam komputer juga boleh dipadam atau dipindah dengan mudah. Pakej jualannya termasuk satu kabel bersiri, cakera instalasi dan manual pengguna. Kadar transmisi datanya adalah sehingga 38,400 bps. ((Pix:- HP SureStore DAT24x6e ... mengurangkan kemungkinan kesilapan yang dilakukan manusia.)) SEBAGAI inisiatif membentuk satu standard bagi sokongan automatik, Hewlett-Packard Sales (M) Sdn Bhd, melancarkan sistem muatan automatik HP SureStore DAT24x6e. Sistem mengandungi enam pita Storan Data Digital Siri Ketiga (DDS-3) 24 GB dengan kadar pemindahan 2 MB sesaat membenarkan sistem terbabit mengalami gangguan minimum. DAT24x6e dapat mengurangkan kemungkinan kesilapan yang dilakukan manusia ketika prosedur sokongan dan mengelakkan kakitangan teknologi maklumat (IT) menjimatkan masa pentadbiran lazimnya berkaitan sistem sokongan. Kelebihan sistem automasi berkenaan ialah kemampuannya meningkatkan tahap keselesaan; menjimatkan kos IT jika pentadbir rangkaian tidak mengagih-agihkannya daripada aplikasi misi kritikal ketika menyediakan sokongan manual. Tambahan pula pemacu sistem sokongan terbabit boleh disesuai dengan format DDS terdahulu membenarkan ia mengguna semula pita DDS dan DDS-2 sekali gus mewujudkan suasana kos efektif lebih bersepadu dalam persekitaran perniagaan. HP turut memaksimumkan tahap keupayaan HP SureStore DAT24x6e melalui inisiatif menggabungkannya dengan ciri seperti TapeAlert dan pembersih kepala dalaman automatik. TapeAlert yang dibangunkan HP, kini boleh diperolehi secara percuma. Ia adalah teknologi yang berfungsi mengenal pasti masalah pita storan di peringkat dalaman dan luaran. Teknologi itu juga sudah diterima oleh Bahagian Cheyenne, Computer Associates dan Seagate Software dalam perisian sokongan mereka. Kepala pembersih berfungsi membersihkan kotoran dalam sistem terbabit yang mungkin mengganggu kelancaran aliran data. Kapasiti tinggi dan kadar pemindahan cepat standard DDS-3 yang diterima oleh HP SureStore DAT24x6e membenarkan sistem muatan automatik menghadapi cabaran kerja pentadbir rangkaian yang semakin meningkat. HP SureStore DAT24x6 boleh disesuai dengan semua sistem operasi rangkaian utama termasuk NetWare dan Windows NT serta dengan perisian aplikasi sokongan seperti Cheyenne ARCserve dan Seagate Backup Exec. HP SureStore DAT24x6e adalah penyelesai enam pita dalam sistem muatan automatik yang mana setiap pita berkapasiti 24GB dengan mampatan perkakasan. SONY Data Media yang mula membangunkan produk cakera padat akhir tahun 70- an yang dimulakan untuk pengguna sektor hiburan. Selepas itu ia berkembang ke industri storan data hingga kepada CD-ROM dan CD-R. Kini Sony maju setapak lagi dengan memperkenalkan CD-RW (CD-rewritable) iaitu cakera padat boleh tulis semula yang dijangka akan berada di pasaran mulai September depan. Ini akan merangsangkan perkembangan industri media storan data di mana CD-RW mempunyai sistem yang fleksibel yang mampu menyediakan fungsi perekodan tanpa had terhadap penggunaan komputer dan penyimpanan aplikasi multimedia. Menurut pegawai pemasaran bahagian Asia, Chooi Geit Ho, cakera CD-RW ini akan bertindak sebagai media storan generasi depan di mana data yang tersimpan boleh dipadam dan boleh ditulis atau direkod semula di atas cakera yang sama. "Kebanyakan komputer peribadi sekarang dibekalkan dengan pemacu CD-ROM, jadi tidaklah mustahil sekiranya CD-RW menjadi satu produk yang popular di masa depan," kata Chooi. Dengan kapasiti sehingga 650 MB (74 minit) yang boleh dicapai secara rawak, produk ini dijangka akan mengambil tempat cakera liut dan berpotensi menjadi suatu media yang sesuai untuk simpanan data sementara dan meningkatkan kapasiti simpanan data komputer peribadi pengguna. Ketika ini hanya dua jenis CD yang berada di pasaran iaitu CD-ROM yang hanya boleh digunakan untuk membaca data saja dan CD-R iaitu sejenis cakera padat yang boleh digunakan untuk membaca dan menulis data sekali saja. Ia terkenal di dalam industri hiburan seperti nyanyian dan filem. "Sony mempunyai teknologi dan kepakaran di dalam bidang optikal. Cakera optikal memainkan peranan yang penting berganding dengan pita di dalam sistem akan datang kerana cakera optikal lebih tahan lama, lebih stabil, capaian rawak yang pantas, kapasiti lebih besar, kebolehan menulis dan menulis semula, kos yang rendah dan berpotensi besar," tambah Chooi. Fail multimedia dengan audio dan video digital memerlukan kelajuan dan kapasiti storan yang lebih tinggi setiap saat. Storan optikal termasuk CD- ROM, CD-R, Magneto Optical, MD-Data dan DVD-ROM akan menambah peranannya di dalam bidang ini. Satu lagi ciri penting CD-RW ini ialah ia dijangka menjadi jambatan kepada produk DVD dan DVD-RAM pertama atau pemacu boleh tulis semula yang dijangka akan dikeluarkan dalam masa dua tahun lagi. Berdasarkan kepada industri storan, kedua-dua teknologi CD dan DVD ini akan terus berganding untuk tempoh yang lama sebelum mengambil alih sepenuhnya industri storan dan kejatuhan harga yang membuatkan ia mampu dimiliki dan digunakan oleh semua peringkat pengguna. PROGRAM, perisian, fail dan sistem operasi ialah nadi utama sesebuah sistem komputer peribadi (PC). Komponen ini juga paling terdedah kepada kerosakan yang disebabkan oleh salah guna PC, serangan virus atau kerosakan cakera keras. Kerosakan sesuatu fail boleh menyebabkan sistem operasi tidak berfungsi dengan baik, sesuatu perisian tidak dapat dilancarkan, mesej Error selalu terpapar dan operasi PC menjadi perlahan. Kepentingan penyelenggaraan sistem fail dan cakera keras memang tidak boleh dipandang ringan. Kerana itu, terdapat beberapa perisian khusus seperti Norton Utilities (Symantec) yang dihasilkan dengan fungsi imbasan dan pembetulan bagi memastikan fail dan ruang storan berada di dalam keadaan baik. Selain perisian khas, sistem operasi seperti DOS dan Windows 95 menggabungkan beberapa utiliti khas bagi membantu pengguna melakukan beberapa operasi senggaraan dengan mudah. Antara utiliti digabungkan ke dalam Windows 95 ialah Backup, Disk Defragmenter, DriveSpace dan ScanDisk. Pengguna boleh mengakses semua utiliti System Tools dengan mengklik Start, memilih Programs, Accessories dan seterusnya System Tools. SCANDISK - Menentukan cakera keras dalam keadaan baik Scandisk akan memeriksa kesilapan pada fail (jika ada), jadual peruntukan fail (file allocation table), folder dan juga memeriksa permukaan cakera sekiranya terdapat kerosakan dan/atau serpihan fail. Scandisk berupaya membetulkan kerosakan fail yang tidak serius dan mengenal pasti sektor buruk pada permukaan pemacu. Setelah Scandisk mengimbas cakera keras, status sistem dan kerosakan yang berjaya dikesan disenarai dan dipapar kepada pengguna. DISK DEFRAGMENTER - Menyusun semula kandungan cakera keras Cakera keras terdiri daripada ruangan atau sektor yang menyimpan fail. Apabila sesuatu fungsi capaian dilaksana, sistem operasi akan mengakses fail tertentu yang disimpan di dalam cakera keras. Lebih cepat sesuatu fail diakses, lebih pantas fungsi itu beroperasi. Bagaimanapun, kandungan cakera keras sentiasa berubah kerana pengguna tetap menambah atau menghapuskan fail dan perisian. Bila ini berlaku, susunan dan kandungan fail di dalam cakera keras turut berubah. Lebih berselerak susunan fail di dalam cakera keras, lebih lambat sesuatu fail atau komponen diakses. Masalah ini boleh diperbaiki menggunakan Disk Defragmenter. Secara am, Defragmenter akan mengimbas cakera keras dan menyusun semula fail ke dalam sektor yang kosong. Selain itu, Defragmenter akan menentukan keadaan susunan fail, membaca setiap sektor, mengenal pasti sektor yang rosak, dan memperbaiki semula susunan fail. Bila pengguna memulakan Defragmenter, fungsi ini membaca setiap sektor dan kandungannya. Kandungan yang boleh diubah dibawa ke sektor kosong. Ini akan memampatkan susunan fail dan mengurangkan jumlah sektor kosong. Pengguna digalak supaya melakukan Defragment selalu kerana cakera keras dengan kandungan yang berterabur memperlahankan operasian PC, terutama ketika membaca atau mencari fail daripada cakera keras. BACK UP - Menyelamatkan kandungan cakera keras Tidak ramai pengguna mengetahui dan menggunakan fungsi Backup atau pendua. Secara am, fungsi ini membenarkan pengguna membuat salinan sesuatu fail, program dan sistem operasi ke dalam media storan lain seperti cakera liut, ruang storan cakera keras di server atau pita. Sebagai langkah keselamatan ketika kerosakan fail, salinan fail yang telah dibuat boleh dikeluar dan digunakan semula. Untuk memulakan "back-up", klik System Tools dan pilih fungsi Back Up. Panel utama mempamer semua pemacu, folder dan fail yang dikesan sistem. Klik folder atau fail yang hendak disalin dan pilih Next. Kemudian pilih pemacu atau drive di mana salinan akan disimpan dengan mengklik pada pemacu itu. Jika pemacu A dipilih, masukkan disket. Setelah selesai, namakan fail yang sudah disalin tadi. DRIVESPACE - Meningkatkan kebolehan storan cakera keras Kebanyakan pengguna selalu merungut ruangan storan cakera keras yang tidak pernah mencukupi walaupun setelah menambah, menggantikan dengan cakera lebih besar atau mengeluarkan fail daripada Recycle Bin dan folder Temp. Windows 95 mengatasi masalah ini dengan menggabungkan fungsi DriveSpace yang berfungsi sebagai ejen mampatan. Contohnya, DriveSpace boleh meningkat keupayaan storan sistem 30MB yang masih tidak digunakan menjadi sehingga 600MB selepas operasi mampatan. Sesuatu yang menakjubkan dan berguna terutama kepada mereka yang malas untuk menambah atau menggantikan cakera keras kepada saiz lebih besar. Untuk menambahkan ruangan storan pemacu anda, klik DriveSpace, pilih pemacu yang hendak dimampatkan dan daripada menu Drive, pilih Compress. Panel DriveSpace akan menunjukkan status storan sebelum dan selepas dimampatkan. Klik Start jika anda ingin meneruskan operasi mampatan. Pengguna juga boleh memampatkan disket 1.44MB tetapi nisbah yang akan dihasilkan tidak setinggi cakera keras. Harus dinyatakan di sini, fail di dalam pemacu yang telah dimampat mungkin mengambil sedikit masa untuk dibaca. Bagaimanapun sistem PC dengan pemprosesan lebih pantas mengatasi masalah ini. Pengguna diingatkan supaya jangan memampat disket atau pemacu yang telah dimampatkan kerana ini mungkin menghilangkan data yang tersimpan. ((No: JUDUL: BARBIE AS RAPUNZEL. PERISIAN: Buku cerita antaraktif untuk kanak-kanak. KEPERLUAN MINIMUM: CPU 486DX/66, 8MB RAM, 2MB ruang cakera keras, Windows 3.1/95 dan kaedah grafik SVGA 256 warna. PENERBIT: Mattel Media. NILAI:* *)) UNGKAPAN Inggeris, `No man's land' pada dasarnya bermakna sesuatu tempat atau kawasan yang tiada manusia atau terlalu bahaya untuk didiami oleh manusia. Kita ada juga ungkapan seperti itu - tempat jin bertandang - tetapi tidak pasti pula jika ia diiktiraf oleh pihak berkuasa bahasa. Bagaimanapun, kita bukan hendak berbincang mengenai manusia atau jin tetapi wanita. Apabila kita memperkatakan wanita, kebelakangan ini ungkapan `No man's land' sudah membawa erti baru iaitu sebarang tempat atau barangan yang khusus untuk wanita. Bukan sexist atau politically correct tetapi cuma, jika disebut hanya sesuai untuk lelaki, kandungannya pasti tidak sesuai disiarkan dalam Komputer. Umumnya, wanita dianggap tidak mampu berfikir secara logik. Oleh kerana itu, bidang perkomputeran tidak dianggap sesuai untuk wanita atau tidak ramai wanita yang mampu memahirkan diri dalam pemprograman. Namun demikian, tanggapan berkenaan sudah lapuk dan sesuai pada zaman pra-Windows saja. Kini multimedia sudah menjadi perkataan household (ehemm... macam masuk bakul angkat sendiri) walaupun masih banyak rumah yang tidak mempunyai komputer. Sungguhpun tidak ramai yang boleh membezakan bit dan bait, koridor dan gentian optik membawa makna cool. Tentu sekali wanita enggan ketinggalan dan sekarang, (syabas!) ramai pula tidak kurang handalnya. Kalau dulu muncul pelbagai pergerakan, butik dan majalah wanita tetapi kini sudah ada banyak hompej dan program eksklusif untuk wanita. Antara program untuk wanita yang muncul di pasaran sekarang ialah Barbie, khusus untuk mereka yang meminati anak patung designer itu. Malah penerbitnya, Mattel Media, dengan megahnya melabelkan keluaran mereka itu perisian untuk kanak-kanak perempuan, membayangkan betapa yakinnya mereka bahawa program Barbie tetap akan mendapat sambutan dan menguntungkan. Keluaran terbaru dalam kelompok Barbie ialah Barbie as Rapunzel, daripada siri Magic Fairy Tales. Sebagaimana judulnya, Barbie yang selama ini menghiasi bilik tidur wanita, kanak-kanak mahupun dewasa dengan pelbagai gaya, dikenali pula sebagai Rapunzel di dalam satu kisah dongeng Eropah. Ringkasnya, Rapunzel, seperti juga dongeng lain Snow White, Sleeping Beauty dan Princess Swan, mengisahkan seorang puteri yang dianiaya oleh perempuan sihir yang jahat dan dengki. Rapunzel dikurung dalam satu menara sejak bayi dan sangat ingin melihat dunia luar. Keistimewaan Rapunzel ialah dia mempunyai rambut panjang, yang jika dihulurkan ke luar tingkat menara, boleh mencecah ke tanah. Rapunzel juga mempunyai kekasih iaitu Putera Galen. Galen sering memanjat menara dengan bantuan rambut Rapunzel yang panjang itu. Apabila perempuan sihir itu mengetahui perhubungan Rapunzel dan Galen, dia marah lalu menyumpahkan Galen supaya sesat di tempat yang tidak diketahuinya. Rapunzel yang menyedari kekasihnya disumpah, mengorbankan rambutnya yang cantik itu untuk diguna sebagai tali bagi membolehkannya keluar dari menara itu. Di sinilah bermulanya tugas kanak-kanak untuk membantu Rapunzel membebaskan Galen daripada sumpahan perempuan sihir kejam itu. Ada empat cabaran untuk diselesai oleh kanak-kanak jika mereka mahu membantu Rapunzel. Di samping itu juga, ada dua permainan lain yang dirasakan sesuai dan boleh menggembirakan kanak-kanak perempuan. Rapunzel adalah program keempat Barbie. Bezanya ialah tiga program awal iaitu Storymaker, Print `N Play dan Fashion Designer merupakan pusat aktiviti. Kanak-kanak perempuan enam tahun boleh mereka cerita Barbie dan Ken (teman lelaki Barbie) dan kehidupan mereka, menulis surat atau kad ucapan yang penuh dengan hiasan Barbie atau mencipta fesyen pakaian Barbie dan mencetaknya. Ketiga-tiga program itu yang muncul agak serentak, sangat cemerlang dan mendapat sambutan. Semua program berkenaan menjanjikan keseronokan berjam- jam untuk kanak-kanak dan sambil itu, membolehkan mereka mengembangkan kebolehan kreativiti. Maka itu, agak menghairankan mengapa Mattel Media mengeluarkan pula program Barbie as Rapunzel yang berbentuk buku cerita antaraktif. Ia seolah-olah selangkah ke belakang. Mungkinkah mereka cukup yakin bahawa gabungan nama Barbie dan kisah dongeng Rapunzel sudah cukup bagi menjanjikan keuntungan? Sungguhpun perisian ini dituju kepada kanak-kanak empat tahun, cabaran yang ada sebenarnya tidak mencabar langsung. Program ini tidak menawarkan cabaran multi-level, maka tidak ada apa-apa keistimewaan lagi jika kanak- kanak mengikuti perisian ini bagi kali ketiga atau keempat. Nampaknya, Mattel Media perlu banyak belajar daripada siri Disney's Animated Story Book. Tanya sajalah kepada kanak-kanak jika mereka mengenali Toy Story, Pocahontas, Hunchback of Notre Dame atau 101 Dalmations. Bukan saja jalan ceritanya menarik, banyak pula permainan dan teka-teki yang menyeronokkan. Satu perkara yang boleh menyelamatkan Barbie as Rapunzel ialah ia mempunyai lebih 30 lukisan untuk dicetak dan diwarnakan oleh kanak-kanak. Selepas semua lukisan itu diwarnakan, program ini akan terus disimpan kemas di dalam almari sebagaimana versi anak patungnya juga. [:) Persembahan warna-warni yang indah. Penyampaian lancar. [:( Animasi kaku dan tidak menghiburkan. Aktiviti tidak mengasah akal dan daya kreativiti. SETIAP pengguna Internet, khususnya pengembara tapak web, sudah pasti kenal dengan pesanan ralat yang kadang-kadang muncul di browser mereka. Seperti 404 atau 403 yang suka datang apabila kita benar-benar perlu memasuki sesuatu tapak. Contohnya, ada satu tapak yang menyediakan lagu Hindustan dalam format real audio, tetapi sejak dua minggu lalu setiap kali kita ke sana akan keluarkan pesanan 404. Maksud pesanan ralat kelompok 400 seperti berikut: 401 - Server atau pelayan hos mahu kata laluan sebelum mengizinkan anda masuk. Kita perlu pergi ke hompej utama tapak itu dan mendaftar nama dulu. Berikut contoh rambang bagaimana berbuat demikian. Katakan kita menghalakan browser kita ke www.adultcheck.com/sites/index.html, mungkin melalui hubungan dari tapak lain sebelum ini. Tapak sasaran ini memberikan pesanan 401. Jadi kita perlulah pergi ke www.adultcheck.com dulu dan mendaftar nama. Cara paling mudah ialah dengan memotong /sites/index.html daripada URL atau alamat asal kita di browser. 403: Larangan - kita mungkin cuba mendapatkan satu dokumen yang berada di belakang satu firewall (program lindungan server yang digunakan oleh kebanyakan pertubuhan besar. Jika dokumen itu sudah dipindahkan ke situ, kita tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Kebanyakan pertubuhan yang menawarkan dokumen kepada pengguna Internet menggunakan program firewall ini untuk melindungi dokumen yang tidak ditawarkan kepada awam. Sebagai contoh lagi, www.berita.com menawarkan satu dokumen bernama nama.html kepada awam. Apabila tapak itu tidak mahu lagi dokumen itu diedarkan kepada awam, ia akan memindahkannya ke dalam firewall yang hanya boleh dicapai oleh pengguna dalaman. Mungkin hubungan ke dokumen itu dibuat pada ketika ia masih dibuka kepada awam. Jika kita mengklik nama.html selepas ia ditutup pesanan 403 akan muncul. Bagaimanapun, 403 boleh juga muncul kesan server yang salah konfigurasi. Mungkin juga URL yang kita tuju itu di paras bawah hirarki fail dalam server hos, dan kedatangan anda dianggap cubaan menceroboh. Cuba naik ke paras lebih atas di tapak sasaran untuk mencari jalan masuk ke paras bawah itu. Sesetengah server hanya membenarkan penggunakan Internet masuk ikut pintu depan. 404: Tidak ditemui. Inilah pesanan paling popular. Apa yang kita cari tidak ada. Pastikan kita tidak silap ejaan - periksa huruf besar dan kecil dan semua noktah dan sempang dalam URL. Pergi juga ke paras atas kerana mungkin fail yang kita cari sudah dipindahkan ke tempat lain. Pesanan ini selalu berlaku apabila kita memasuki sesuatu tapak melalui hubungan dalam halaman luar. Pemilik tapak penghubung mungkin tidak sedar bahawa fail di tapak sasaran sudah dipadamkan, dipindahkan atau ditukar nama. Mungkin juga pemilik fail sudah menukar server Internetnya. Pesanan ralat kelompok 500 selalunya berkaitan konfigurasi hadwer yang tidak betul atau jaringan yang sesak. Jika server yang anda cuba hubungi tidak dipasang dengan betul, pesanan 500 akan muncul. Tidak banyak yang boleh kita buat selain menghantar e-mel kepada pengurus tapak itu memberitahunya perkara demikian. Jaringan sesak memberikan pesanan 502 atau 503 atau menerbitkan pesanan "Too Many Connections - Try Again later" (Terlalu ramai pengguna - Cuba Semula Kemudian). Ini sering berlaku apabila kita cuba FTP satu program baru, Netscape versi baru misalnya. Seharusnya kita memikirkan dulu sama ada kita benar-benar memerlukan program itu dengan segera. Jika perlu sangat, pastikan dulu sama ada ia boleh dicapai di negara lain atau tempat yang zon waktunya berbeza. Ingatlah bahawa 12 malam di Malaysia jam 12 tengah hari di New York. Pengguna Internet yang belayar malam sebenarnya memasuki server di Amerika pada waktu siang, waktu pejabat dibuka. Tetapi 12 malam 1 dinihari di Tokyo. Pergilah ke sana dan mungkin server yang menyediakan program yang sama tidak sesibuk mana. Jika semua ini tidak berjaya juga - mungkin tiada server bayangan yang menawarkan fail yang anda mahu atau tapak di Tokyo, Sydney dan Hong Kong juga sibuk - cubalah cara berikut. Apabila mendapat pesanan yang menunjukkan tapak sasaran sesak, kecilkan tingkap browser anda. Biar hanya butang RELOAD dan sebahagian pesan ralat kelihatan. Kemudian buka tingkap baru dan ubah saiznya supaya anda dapat melihat tingkap kecil tadi. Kini anda dapat meneruskan pengembaraan web dan pada masa yang sama mengklik butang RELOAD yang mengarahkan browser cuba memasuki semula tapak sasaran awal tagi. Teruskan mengklik RELOAD apabila anda tidak diberi izin. Kita akan dapat masuk sejurus selepas ada orang meninggalkan tapak itu. Cara ini lebih baik daripada mencuba setiap setenah jam, contohnya. Kita juga harus sedar bahawa memindahkan fail pada waktu sibuk boleh melambatkan proses itu dan kadang kala terputus hubungan, selalunya apabila tinggal sedikit lagi hendak habis. Paling baik, pilihlah waktu paling sesuai seperti memasuki tapak di Amerika pada waktu subuh di sana (jam 5 atau 6 petang di Malaysia). Pesanan 505 memberikan Fatal Error (kesilapan besar). Sebenarnya ia tidaklah seteruk digambarkan. Ini selalunya diberikan oleh server sebagai jalan terakhir jika ia tidak lagi dapat menguruskan kesibukan lalulintas masuk. Ia serupa juga dengan 403 atau 503. Server mungkin sibuk atau ditutup untuk senggaraan, atau tidak menerima orang luar masuk pada waktu kerja. ((No: AUTOCAD RELEASE 14 FOR WINDOWS 95/NT (Perisian CAD untuk IBM-PC) PENGELUAR: Autodesk Inc PERTANYAAN: ACA Pacific Sdn Bhd HARGA: RM11,000)) NAMA AutoCAD sudah sinonim dengan pasaran perisian Rekabentuk Komputer Terbantu atau Computer-Aided Design (CAD). Mercu tanda dan projek besar kejuruteraan di negara ini seperti Menara Kembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur menggunakan AutoCAD untuk mereka pelan dan rekaan kejuruteraan. Menurut Autodesk, lebih 200 ribu rekaan CAD untuk KLCC dihasilkan dengan AutoCAD. Dikeluarkan pertama kali 15 tahun lalu, AutoCAD kini menjadi standard de-facto di banyak negara. Selepas 30 bulan sejak AutoCad R13 diperkenalkan, Autodesk memperkenal versi baru iaitu AutoCAD R14 yang direka sepenuhnya sebagai perisian 32- bit, khas untuk platform Windows 95 dan NT. AutoCAD R14 ialah versi terbaik dengan fungsi baru lebih menarik, enjin persembahan lebih pantas untuk pelbagai operasi, antaramuka sekata dengan perisian Microsoft, dan kebolehan menerbit pelan rekaan AutoCAD ke Internet. LEBIH PANTAS DARIPADA R12 DAN R13 Kebanyakan pengguna memandang berat faktor persembahan ketika melakukan sesuatu operasi, melancar perisian, membuka dan menyimpan fail kerja. Kriteria ini menjadi perkara utama ketika Autodesk menghasilkan AutoCAD R14. Menurut Autodesk, berdasarkan benchmark yang dijalankan, AutoCAD R14 ialah 10 hingga 50 peratus lebih pantas untuk input/output fail, 10-40 peratus lebih pantas untuk memapar kandungan, 10-40 peratus lebih pantas untuk operasi lukis/sunting berbanding versi AutoCAD R12 platform DOS. AutoCAD R14 mampu meningkatkan keupayaan persembahan dengan menggantikan saluran grafik ADI dengan HEIDI yang lebih pantas serta tidak melengkapkan semua modul ketika dilancarkan. Modul ARX yang diperlukan saja disiap sedia setiap kali AutoCAD R14 dilancarkan. Selain mempercepat operasi, had modul yang dilengkap juga mengurangkan tekanan penggunaan memori oleh aplikasi dan mempercepatkan operasi perisian itu sendiri. Peningkatan persembahan jelas ketara ketika melaksanakan operasi seperti menggerak (pan) dan zoom rekaan pelan. MIRIP KEPADA PERISIAN MICROSOFT Persembahan dan operasi keseluruhan AutoCAD R14 menyamai perisian Microsoft seperti Word dan Excel. Selain antaramuka yang menyamai perisian Microsoft, AutoCAD menggabungkan menu terbang (flyout), papan menu dan alat guna seperti di dalam perisian Microsoft Office. Yang berbeza hanyalah, terdapat lebih banyak papan menu alat guna di dalam perisian CAD, berbanding perisian Microsoft. Bantuan seperti "bubble help" dipaparkan bila penunjuk tetikus digerakkan di atas sesuatu ikon alatan. AutoCAD menyokong fungsi butang tetikus kanan dan OLE2 standard untuk penukaran data antara aplikasi. Kebolehan menyalur kepada data luar membolehkan pengguna memindahkan data sesuatu komponen lukisan dan melihatnya di dalam perisian seperti Excel. FUNGSI LEBIH MENARIK Operasi AutoCAD bukan saja lebih mudah tetapi juga lebih pantas. Sesuatu operasi yang mengambil lapan gerakan di dalam versi sebelum ini boleh dilakukan dengan empat gerakan di dalam AutoCAD R14. Contohnya: Operasi menukar warna pada garis tertentu di dalam rekaan. Di dalam AutoCAD R14, pengguna hanya menanda garis yang hendak ditukar warna, pilih warna daripada menu terbang, klik pada kekotak warna yang dipilih dan klik OK. Cukup mudah dan pantas. Memenuhi ruang tertentu juga mudah dilaksanakan. Hanya tanda kawasan atau bentuk tertentu dan pilih warna yang ingin dipenuhi dan seluruh kawasan akan diisi dengan warna baru itu. Cara kerja ini menyamai operasi di dalam pakej grafik seperti CorelDraw. AutoCAD R14 menggabungkan fungsi lapisan (layers) dan jenis garisan (linetypes) yang boleh diubah dan dipilih oleh pengguna. Suntingan ini boleh dilakukan dengan gabungan fungsi "Object Properties". Teks di dalam rekaan AutoCAD R14 juga lebih mampat berbanding garis halus di dalam versi sebelum ini. Peningkatan paling menarik ialah pada sokongan grafik. AutoCAD kini membolehkan pengguna menggabungkan grafik format raster, imej yang diimbas dan grafik format BMP ke dalam rekaan AutoCAD. Imej dan grafik raster boleh diterap ke dalam rekaan sama ada sebagai latar belakang rekaan atau di atas rekaan itu sendiri. Grafik raster boleh disaiz semula mengikut kehendak pengguna manakala logo di dalam format BMP boleh dimasukkan ke dalam ruangan tertentu di dalam sesuatu rekaan kejuruteraan. AutoCAD kini turut memperkenalkan kebolehan menerbitkan lukisan kejuruteraan ke Internet. Di dalam aspek ini, Autodesk mempelopori standard penerbitan lukisan kejuruteraan dengan format Drawing Web File (DWF) yang berfungsi seperti HTML. Dengan format ini, imej boleh diterbitkan di hompej Web pada saiz lebih kecil dan memudahkan penghantaran grafik vektor melalui Internet. Pengguna juga mengheret fail DXF daripada Internet ke dalam rekaan CAD pada PC pengguna. KESIMPULAN AutoCAD R14 untuk Windows 95 dan NT ialah penyelesaian terbaik daripada Autodesk untuk para pengguna CAD, tidak kira pengguna baru atau lama. Antaramuka, bar menu dan bar alat guna yang menyamai antaramuka perisian Microsoft menjadikan AutoCAD lebih menarik, terutama bagi mereka yang masih baru. Seperti yang dinyatakan di atas keupayaan meningkatkan persembahan, fungsi suntingan lebih pantas, sokongan tulisan TrueType dan penerimaan grafik format raster pasti mendapat sambutan pengguna. Di dalam banyak aspek, AutoCAD R14 berjaya memecah "larangan" perisian yang kompleks untuk ahli kejuruteraan kepada perisian produktiviti dan grafik yang mudah digunakan. ((Pix:- Berganda ... antara CD cetak rompak berharga RM25, diisi dengan pelbagai perisian dan aplikasi bernilai beribu ringgit.)) BAHAGIAN Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna berjaya merampas perisian cetak rompak bernilai setengah juta ringgit daripada beberapa pusat jualan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Barangan haram terbabit tidak berbungkus ketika serbuan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan di Plaza Imbi, Atria dan 1 Utama berikutan aduan yang dibuat oleh Microsoft Corporation. Pengarah Penguatkuasaan Wilayah Persekutuan, Tuan Badrul Ahmad berkata, "Kami harap mesejnya adalah jelas. Kami tidak akan bertolak ansur apabila sesuatu serbuan dan pemeriksaan dilakukan terhadap barangan haram. "Tidak kira di mana juga mereka berada, sama ada di tempat jualan peralatan komputer terkenal seperti di Imbi atau penjual perisian perseorangan di arked beli-belah dan sebagainya, mereka menghadapi risiko ditangkap dan tiada pengecualian sekiranya berbuat demikian. "Serbuan hari ini adalah sebahagian daripada penguatkuasaan yang dijanjikan oleh bahagian kami untuk bertindak terhadap pengusaha cetak rompak perisian. "Kami tidak akan menghentikan tindakan seperti ini sehingga kami nampak ada penurunan di dalam aktiviti mencetak rompak perisian. Perisian cetak rompak adalah antara aktiviti jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang dan kami tidak akan bertolak ansur untuk mengheret mereka ke muka pengadilan," kata Tuan Badrul. Sejak November lepas, Bahagian Penguatkuasaan berjaya merampas perisian cetak rompak bernilai lebih RM5.5 juta daripada penjual runcit perisian seluruh negara. Ini termasuk serbuan yang dijalankan baru-baru ini di Plaza Imbi dan berjaya membuat sembilan tangkapan serta menutup sebuah pusat pembuatan CD-ROM haram di Johor. Tuan Badrul juga meminta orang ramai mengambil bahagian di dalam memerangi gejala perisian cetak rompak. "Untuk memperolehi tindak balas yang serius, kami perlukan bantuan orang ramai. Tidak lama lagi Bahagian Penguatkuasaan juga akan melancarkan satu rancangan yang membabitkan orang ramai di dalam menangani isu ini," katanya. Buat masa ini orang ramai diminta membuat aduan jika mendapat sebarang maklumat mengenai kegiatan cetak rompak perisian ini dengan menelefon terus kepada talian hotline Business Software Alliance di nombor 800-3875. ((Pix:- Storan masa depan ... CD-RW dengan storan boleh rakam/padam berkapasiti 650 MB.)) SONY Data Media memulakan strategi pemasaran secara agresif untuk mempromosikan produk media storan data di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang untuk meningkatkan penguasaannya di pasaran. Ini selari dengan pengenalan terhadap pengeluaran produk terbaru mereka iaitu cakera padat boleh tulis semula (CD-RW) dan Digital Versatile Disc (DVD) sebagai media storan data masa depan. Menurut Pengurus Jualan Kanan, Sony Data Media, Terence Thian, pasaran media storan data di Malaysia meningkat di antara 13 hingga 15 peratus tahun lalu yang menjadi detik permulaan kepada industri ini. "Kami yakin dengan pasukan pemasaran yang digandingkan dengan perancangan pemasaran yang kuat, mampu menambah jumlah pasaran Sony di dalam industri media storan data," katanya. Pada dasarnya, produk Sony Data Media tidak begitu popular di pasaran, sedangkan Sony adalah pencipta cakera mini 3.5" pada 1981 tetapi hanya memasuki pasaran data media pada 1992. Walau bagaimanapun pasukan pemasaran Sony telah bekerja keras selama lebih dua tahun untuk menjadikan jenama Sony lebih digemari dan berkembang dengan menggalakkan. Sekarang produk media storan data Sony merangkumi kira-kira 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan RM35 juta hingga RM40 juta pasaran media data. Rancangan pemasaran yang agresif ini mempunyai tiga kunci kerja utama iaitu pertama, mengadakan rangkaian perhubungan yang kukuh dengan pengedar dan ejen untuk produk media data. Dengan hubungan yang erat dan baik ini membuatkan mereka mendapat sokongan yang kuat daripada pengedar yang kini lebih memahami tentang kualiti dan kesesuaiannya. Kedua, kualiti dan kebolehan produk media data Sony sudah diiktiraf seluruh dunia dan ketiga, Malaysia tidak lagi ketinggalan kerana semua produk yang baru dilancarkan akan terus dibawa ke negara ini dengan adanya hubungan yang baik antara Sony Data Media dengan ibu pejabat. Menurut Thian lagi, industri storan media data adalah yang paling dinamik. Senario cabaran untuk pasukan pemasaran kami ialah, harga sentiasa semakin menurun, kapasiti sentiasa bertambah dan teknologi sentiasa berubah. ((Pix:- Tunjuk kemahiran ... menikmati pengalaman baru berkomputer sambil dibantu oleh Bunnyman MMX Intel.)) ((Pix:- Pendidikan-hiburan ... belajar dan bergembira bergabung ketika melunsuri Timetables of Technology, perisian yang direka oleh Byron Preiss Multimedia Company, Inc.)) INTEL Semiconductor baru-baru ini memulakan kempen pemasaran pengguna di Asia Pasifik untuk mempromosikan pemproses Pentium dengan teknologi MMX. Sasaran pemproses terbaru ini ialah pengguna di rumah. Kempen yang membabitkan pengiklanan baru, perhubungan awam, jualan runcit, kandungan menerusi Internet dan saluran serta acara perdagangan di lebih 10 buah negara Asia Pasifik ini juga merupakan yang pertama diadakan oleh Intel bagi pasaran Vietnam dan Filipina. Pengurus kawasan Intel Malaysia, Yohani Yusof berkata permintaan terhadap komputer peribadi (PC) di rumah seluruh Asia Pasifik sungguh menggalakkan. PC memainkan peranan utama sebagai alat bagi tujuan pembelajaran dan pendidikan. Malah ramai di antara mereka mampu membeli PC berprestasi tinggi. "Ramai pembeli PC mahukan sistem berteknologi terkini dan merupakan faktor membuatkan kami melabur untuk mempromosikan pemproses Pentium baru kami. Pemproses Pentium baru ini mampu memberikan keseluruhan ciri terbaik di dalam penggunaan PC hari ini termasuk bunyi, grafik, audio dan sebagainya," kata Yohani. Menurut pengurus seni bina Intel Malaysia, Terence Chan, pemproses Pentium dengan teknologi MMX ini memperbaiki kebolehan PC dengan penghasilan warna hidup, video dan grafik skrin penuh, animasi masa nyata dan manipulasi imej serta sistem audio tiga dimensi. Dengan pengenalan pemproses terbaru ini, Intel mampu menyediakan satu dimensi baru terhadap kualiti paparan grafik, audio dan video. Ia juga merupakan pemroses mikro pertama dihasilkan oleh teknologi baru Intel untuk memperbaiki prestasi aplikasi berintensifkan multimedia melalui tambahan 57 arahan baru untuk memproses data audio, video dan grafik supaya lebih cekap. Aplikasi pendidikan melalui PC menjadi lebih menarik dan menghiburkan, permainan komputer mampu memberikan pengalaman menakjubkan dengan mutu grafik dan bunyi yang dipertingkatkan, aplikasi perniagaan seperti persidangan video, video dan grafik tiga dimensi menjadi lebih nyata dan hidup. Kebanyakan PC di Malaysia dijangka akan dibekalkan dengan pelbagai perisian yang direka khas untuk teknologi MMX Intel. Penggunaan PC di rumah, di sekolah atau di tempat kerja akan menikmati pengalaman baru melalui penggunaan PC dengan teknologi MMX ini. Intel meramalkan PC yang menggunakan pemproses mikro terbaru ini boleh didapati dengan mudah selepas suku tahun pertama 1997 daripada beberapa pengeluar komputer peribadi. SUN Microsystems Inc. mengumumkan penyelesaian selamat penyediaan Web yang disasarkan kepada perkembangan pasaran penerbitan dalam talian (online). Penyelesaian terbaru ini mempunyai ciri Adobe yang pernah memenangi anugerah penyediaan Web dan peralatan penerbitan termasuk perisian keselamatan Internet Sun berdasarkan harga sistem itu. Perisian keselamatan rangkaian Sun, menyediakan enkripsi data dan keaslian terhadap laluan trafik IP. Melalui penyelesaian terbaru ini, penerbit dalam talian bekerjasama dengan pengguna Internet untuk membuat rangkaian persendirian maya bagi memastikan keselamatan kandungannya. Persaingan yang ditawarkan termasuk penyelesaian keselamatan Internet berdasarkan harga sistem. Cooperative Media, pembekal utama teknologi World Wide Web dan perkakasan kursus untuk bilik darjah elektronik menggunakan penyelesaian Sun dan Adobe untuk pembangunan kurikulum pelajaran jarak jauh. Menurut presiden Cooperative Media, Jeff Larsen, pekej penyelesaian penyediaan/penerbitan Web yang selamat ini memberikan apa saja yang diperlukan untuk menyediakan tapak Web dengan cepat. "Produk Adobe di UltraSPARC berfungsi lebih pantas dibandingkan dengan mana-mana Macintosh dan perisian keselamatan dari Sun ini membolehkannya membuat proses pembangunan secara eksklusif antara dua mesin, iaitu mesin kami dan mesin pelanggan," katanya. Menurut pengurus pembangunan pemasaran dunia, industri media dan penerbitan Sun Microsystems Computer Company, Bill Correll, penerbit yang bertambah mendapati sumber kandungan mereka dibuat dari jarak jauh yang ditempatkan secara individu dan berkumpulan. "Kandungan peralatan penerbitan dibekalkan dengan suasana pembangunan Java dan ciri-ciri keselamatan Internet membolehkan asas Web yang selamat di samping penjimatan dari segi masa dan wang di dalam proses penerbitan. "Penyelesaian ini menjelaskan kommitmen kami kepada media dan pelanggan penerbitan bagi menggunakan rangkaian untuk membuat kandungan, pengurusan dan pengedaran," tambahnya. Naib presiden Adobe Systems, bahagian penerbitan, Paul R Anderson pula berpendapat bahawa di dalam pasaran yang menggalakkan sekarang memerlukan satu penyelesaian penyediaan Web yang selamat. International Data Corporation (IDC) meramalkan lebih tiga juta, setengah juta server Web yang dibeli sebelum tahun 2000, akan digunakan untuk penerbitan dalam talian. ((Pix:- Goh ... pasaran nombor satu.)) MALAYSIA kekal sebagai pasaran utama bagi Autodesk Inc untuk perisian Rekabentuk Komputer Terbantu atau Computer-Aided Design (CAD) yang dikenali sebagai AutoCAD. Pengarah Urusan kawasan Asean/Indochina Autodesk Asia Pte Ltd, Goh Wei Ming, berkata pasaran perisian Malaysia menyumbang antara 30-40 peratus kepada perolehan keseluruhan rantau Asean dan Indochina. Katanya, jumlah ini menjadikan Malaysia pasaran nombor satu kepada Autodesk. Ini diikuti oleh Singapura dan Indonesia. "Pembangunan projek besar dan infrastruktur yang dilaksanakan di negara ialah sebab utama Malaysia menjadi pasaran utama kepada AutoCAD. Aliran ini akan berterusan kerana masih terdapat pelbagai projek besar akan dilaksanakan," katanya selepas pratonton AutoCAD Release 14 di Kuala Lumpur minggu lalu. AutoCAD ialah perisian utama digunakan oleh jurutera dan pereka di dalam melakar pelbagai lukisan kejuruteraan dan rekabentuk. Menurut Goh, perolehan AutoCAD daripada pasaran ini sepatutnya lebih tinggi berdasarkan jumlah pengguna. "Jumlah pengguna AutoCAD berlesen ialah 10 ribu dan Autodesk menjangka terdapat 80 ribu pengguna perisian cetak rompak AutoCAD di negara ini," katanya. Untuk mengurangkan kesan perisian cetak rompak kepada perniagaan Autodesk, Goh berkata, Autodesk akan melaksanakan program pendidikan untuk mengubah sebahagian pengguna tidak berlesen kepada yang berlesen. Autodesk berharap dapat menukar sekurang 10 peratus daripada jumlah 80 ribu pengguna tidak berlesen terutama dengan pelancaran AutoCAD R14, katanya lagi. Gambar dalam halaman web memakan masa untuk terbit di skrin pengguna. Untuk menyelesaikan masalah ini, ada beberapa petua yang boleh kita amalkan. 1. Kurangkan jumlah grafik dalam halaman web anda seminimum mungkin. Kemudian buang lagi grafik yang ada. Biar tinggal yang perlu saja. Menurut guru-guru web, grafik di tapak anda mesti untuk salah satu fungsi berikut: * membawa kandungan penting (contohnya gambar sekolah di atas gunung jika sekolah anda Sekolah Menengah Gunung Senyum), atau * memberikan panduan pelayaran (seperti ikon atau butang seperti yang ada di Yahoo), atau * memberikan fungsi estetika yang menambah nilai kandungan untuk khalayak sasaran. Pembaca yang mencari maklumat mengenai tokoh sukan tanah air di halaman anda lebih memerlukan gambar daripada mereka yang pergi ke situ untuk mendengar muzik format mp3. Jumlah grafik pada sesuatu halaman web berbeza-beza mengikut tujuan dan khalayak dokumen anda. Berilah apa yang pembaca sasaran anda mahu. Bagi hompej sekolah, gambar sekolah mungkin perlu. Tetapi gambar guru besar, gambar pasukan bola atau gambar guru kelab komputer boleh dimasukkan ke halaman lain. Jika guru besar mahu juga gambar dia dan keluarga dia di hompej utama, buang gambar sekolah. Jika laman anda memakan masa berminit-minit untuk keluar, mungkin itulah kali pertama dan terakhir pengunjung ke situ. Lebih teruk mereka mungkin menekan butang STOP selepas 30 saat, dan kandungan tapak sekolah anda tidak akan dimanfaatkan seluruh dunia. 2. Gunakan semula grafik di tapak anda. Katakan, grafik pertama yang terbit di skrin pengunjung ialah peta bandar Kuching tempat sekolah anda. Imej ini akan disimpan di cakera pengunjung, dalam kec atau cache. Kemudian jika di halaman lain, atau mungkin di tiap-tiap halaman anda menggunakan peta bandar Kuching, gambar itu akan terbit segera kerana ia sudah ada dalam komputer pengunjung. Begitu juga dengan logo, ikon dan imej-imej seperti ini. Gunakan semula fail-fail ini di tempat lain. Halaman anda akan kelihatan lebih menarik dan pengguna tidak menanggung beban ruang kec atau masa. 3. Gunakan format yang terbaik. Bagi gambar gunakan JPEG. Jika lukisan gunakan format GIF. 4. Kurangkan standard kualiti anda. Mungkin gambar anda mempunyai 16 juta warna dan layak dipamerkan dalam balai seni foto terbesar di dunia. Tetapi untuk halaman web, kurangkan warnanya dan ciri-ciri lain asalkan tidak merubah rupanya. Pengunjung laman anda akan berterima kasih kerana ini. Menurut pandangan kami hanya halaman foto yang popular menggunakan grafik mutu tinggi yang memakan masa berminit-minit untuk keluar. Tetapi pengunjung tempat itu sanggup menunggu kerana mereka ke sana untuk melihat foto. Jika laman kita bukan jenis demikian, cubalah jauhi cara ini. 5. Beri panduan kepada browser. Gunakan arahan HEIGHT dan WIDTH ketika memasukkan sebarang imej ke halaman web. Ini akan membantu browser kerana tanpanya ia terpaksa mengira. Jangan lupa juga memasukkan sedikit teks supaya pengunjung dapat membaca sesuatu sementara menunggu gambar keluar. 6. Progresif atau Interlace Kita boleh gunakan program grafik untuk menjadikan gambar kita keluar peringkat demi peringkat di skrin pengunjung. Format yang ada ialah Interlaced Gif dan Progressive JPEG. Selain itu kita boleh juga menghantar gambar mutu rendah dulu ke skrin pengunjung, gambar yang cepat keluar. Kemudian apabila gambar itu sudah keluar, hantar pula gambar sama yang mempunyai 16 juta warna ke ruang yang sama. 7. Gunakan program mengurangkan berat fail. Sejak akhir-akhir ini ada banyak program yang dapat mengurangkan berat fail untuk halaman web. Antara nama yang sering disebut ialah Bandwidth Buster. Ada juga khidmat di Internet sendiri yang dapat mengurangkan berat grafik. Kami belum menggunakannya. Kononnya tapak ini akan meminta URL grafik anda dan selepas satu atau dua minit ia akan melaporkan bahawa gambar anda seberat 300k sudah menjadi 30K. Webmaster sekolah boleh mencari tapak ini melalui enjin pencarian seperti Infoseek atau Alta Vista. Rumusnya, laman web kita seharusnya cepat terbit di skrin pengunjung. Sekarang zaman serba pantas. Ada berjuta hompej lain di Internet dan tidak ada siapa yang hendak menunggu berminit-minit. Sebuah laman sekolah yang dipilih sebagai salah satu 10 hompej terbaik baru-baru ini, memasukkan animasi, muzik dan ikon-ikon berat di hompej utamanya. Kami mencuba lebih tiga jam untuk masuk ke situ tetapi tidak berjaya. Akhirnya untuk mendapatkan juga gambarnya kami hantar robot jam 5 petang. Jam 9 pagi esoknya baru robot itu balik membawa balik gambar skrin hompej itu. Macam mana hompej itu terpilih kami juga hairan. IBM mengumumkan server Internet terpantas, RS/6000 Model F50, iaitu salah satu daripada beberapa produk UNIX yang mampu menyediakan penyelesaian perdagangan elektronik yang berinovatif. IBM juga mengumumkan penurunan harga sehingga 30 peratus dan prestasi yang dipertingkatkan sehingga 50 peratus bagi sistem sedia ada. Bersama dengan peningkatan AIX dan perisian UNIX IBM, sistem ini menyokong beberapa perkakasan bersepadu dan pakej perisian yang digabungkan untuk Internet. Menurut pengurus kawasan bahagian RS/6000 IBM, Ron Tan, IBM percaya prestasi F50 yang memberangsangkan dengan penumpuan penyelesaian, berjaya menempatkan IBM setaraf dengan vendor UNIX utama lain yang menawarkan penyelesaian perdagangan elektronik dunia sebenar yang lengkap, malah digabungkan pula dengan sistem berprestasi tinggi. Model F50 memegang rekod baru iaitu mencatat 2148 operasi http sesaat dalam ujian benchmark SPECweb96, benchmark standard industri yang digunakan untuk mengukur prestasi asas server Web. Dalam ujian itu, sistem yang digunakan ialah pemprosesan simetrik berbilang (SMP) dengan empat pemproses mikro 604e PowerPC. Ia melepasi rekod benchmark 2114 yang dicatat oleh sistem Hewlett Packard 9000 Model K460 4-way SMP dengan harga lebih mahal. Server ini boleh digunakan sebagai server `stand-alone', pengguna berbilang, aplikasi atau pangkalan data dan mempunyai hubungan untuk mengambil bahagian di dalam rangkaian PC dan Unix yang baru dipasang. Sebagai tambahan di dalam memainkan peranannya sebagai pelayan Web berkelajuan tinggi, model SMP 1 hingga 4-way ini sudah melepasi tahap harga/prestasi menggalakkan dalam benchmark yang menguji kebolehannya untuk memproses transaksi, iaitu unsur utama dalam penggunaan perdagangan. Di dalam benchmark standard industri TPC, F50 sudah melepasi tahap harga/prestasi 7308.10tpmC dan RM248.30/tpmC (AS$99.32) dalam konfigurasi 4-way 3GB. Selain itu IBM menyatakan bahawa produk berikut boleh didapati dengan RS/6000 Internet POWERsolutions, iaitu IBM Firewall 3.1 AIX bagi meningkatkan keselamatan, IBM Net.Commerce versi 2 untuk mengembangkan peluang perdagangan elektronik dan IBM Internet Connection Secure Server version 4.2. ((Pix:- Bangga ... Chang Kyu Suk, (kiri) Pengarah Urusan Samsung Electronics (M) Sdn. Bhd, menerima anugerah ISO 9002 dari Dr Mohd Yusoff Zakaria, Pengarah Eksekutif Sirim Berhad.)) SAMSUNG Electronics (M) Sdn Bhd (SEMA), satu-satunya pengilang ketuhar gelombang mikro di Malaysia telah diberi anugerah pengesahan ISO 9002 oleh Sirim Berhad. Skop pengesahan ini meliputi model bagi jaminan mutu dalam pengeluaran, pemasangan dan penyediaan perkhidmatan ketuhar gelombang mikro. Pengarah Urusan SEMA, Chak Kyu Suk berkata, pencapaian ISO 9002 adalah bukti tahap piawaian tinggi yang dikekalkan oleh Samsung Electronics. Katanya, "Kami berbangga di atas penerimaan akreditasi MS ISO 9002 ini kerana ia akan mengukuhkan komitmen Samsung di seluruh dunia terhadap mutu." Menurut beliau, pengesahan ISO 9002 ini merupakan penghormatan kepada SEMA di atas penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan serta melaksanakan kelebihan daya teknologi dan kawalan mutu yang ketat dalam proses pengilangan. SEMA mengilang 1.2 juta unit ketuhar gelombang mikro setahun. Daripada jumlah itu, 98 peratus dieksport ke Amerika Utara, Amerika Latin, rantau Asia, Jepun dan Afrika Selatan. KEJOHANAN Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ) kali ke 30 yang diadakan di Batu Pahat, baru-baru ini mencatat sejarah di negara ini apabila keputusan pertandingan sukan berkenaan boleh didapati secara talian terus menggunakan Internet. Pegawai Data Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat, Mohd Sanie Azahari, berkata inisiatif mewujudkan keputusan secara terus itu bagi memberi peluang kepada semua sekolah yang mempunyai capaian ke Internet mengikuti perkembangan terkini keputusan olahraga yang sedang berlangsung. "Misalnya, acara 100 meter lelaki yang mana mereka boleh mengetahui siapa peserta acara berkenaan, keputusan dan pemenang," katanya kepada Komputer di Kuala Lumpur, minggu lalu. Selain itu pengguna Internet boleh mendapatkan maklumat mengenai rekod kejohanan, pungutan pingat, kedudukan markah dan berita terkini sepanjang kejohanan. Mohd Sanie berkata, sebelum pelaksanaan sistem maklumat MSSJ secara terus melalui Internet itu dilakukan, projek percubaan dilakukan di peringkat daerah melalui Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD). "Berdasarkan keputusan ujian yang baik ketika dilaksanakan di peringkat MSSD, maka PPD mengambil keputusan untuk mencubanya di peringkat MSSJ," katanya. Semua projek Internet yang dilaksanakan PPD di peringkat daerah adalah inisiatif guru yang tidak ada kepakaran khusus dalam bidang komputer tetapi mempunyai minat mendalam dan kesungguhan untuk mencuba. Maklumat mengenai keputusan MSSJ yang berlangsung itu boleh diperolehi melalui hompej milik PPD di alamat http://hope.cdc.com.my/bpahat. Sementara itu, projek sekolah siber hasil inisiatif PPD Batu Pahat sudah melakukan ujian pelaksanaan penghantaran mel elektronik daripada dua sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Rengit dan Sekolah Menengah Tun Sardon Jubir. Sekolah terbabit yang sudah memperolehi kemudahan capaian Internet akan menghantar pelbagai maklumat mengenai guru dan murid termasuk pendaftaran peperiksaan ke PPD. Sebanyak 50 sekolah rendah dan menengah di Batu Pahat menyertai projek sekolah siber berkenaan. Projek itu bertujuan membentuk jaringan maklumat di Batu Pahat bagi memudahkan proses penghantaran data daripada PPD ke sekolah dan sebaliknya. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka merasmikan pelancaran sekolah siber di Batu Pahat pertengahan bulan ini. PEMACU Generik/Teks Saja (Generic/Text Only) dalam Windows NT 3.51 hanya menghasilkan cetakan teks saja. Sebenarnya anda tidak boleh mencetak halftones walaupun antaramukanya menandakan anda boleh mencetaknya. KETIKA menggunakan Microsoft Access Wizard pada Windows NT 4.0, anda mungkin mendapat mesej ralat seperti berikut: "There was an unexpected error displaying a form or report style". Mesej ini akan dipaparkan tidak kira memilih data sampel atau sebaliknya. Masalah ini ada kaitan dengan Microsoft Access versi 7.0. Untuk mengatasinya, upgrade Microsoft Access anda ke versi 7.0a. ((No: JUDUL: A HISTORY OF MEDICINE. PERISIAN: Dokumentari antaraktif. KEPERLUAN MINIMUM: CPU 486DX/33, 8MB RAM, 4MB ruang cakera liat, Windows 3.1x/95, Quicktime dan kaedah grafik SVGA 256 warna. PENERBIT: Flagtower. NILAI: * * *)) ((Pix:- Sejarah perubatan ... persembahan menarik yang boleh diikuti dan difahami oleh semua golongan.)) ((Pix:- Teknologi perubatan ... kebanyakan lukisan dan foto yang dipapar tidak berwarna.)) AIDS dan HIV mungkin dua nama singkatan yang paling ditakuti di seluruh dunia. Penghidap AIDS (sindrom kekurangan daya melawan penyakit) dipandang semacam penjenayah dan penagih dadah manakala pembawa HIV (virus) dijauhi dan dipulau bagai pesakit kusta se alaf lalu. Setiap cebis khabar berita berkaitan AIDS dan HIV menggemparkan. Yang baru disyaki sudah dianggap pesakit tenat, yang baru dijangkiti sudah dicop di ambang maut. Sudah hampir dua dekad AIDS menggemparkan dunia, sudah banyak kes yang dikenal pasti tetapi terlalu sedikit yang diketahui bagi mencari ubatnya. Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa sungguhpun AIDS mengancam nyawa, ia hanyalah fasa baru dalam sejarah perubatan dunia. Sebelumnya, manusia amat takut terhadap jangkitan malaria, campak, hepatitis serta pelbagai wabak penyakit yang timbul sejak zaman prasejarah lagi. Namun, kegigihan sebilangan manusia yang tidak mengenal penat lelah mencari penawar dan ubatan menjanjikan umat manusia terus bertapak di muka bumi ini. A History of Medicine adalah mengenai mereka dan perjuangan mereka. Program itu menyentuh penyakit yang mengancam manusia sejak zaman azali dan kecekalan manusia mencari rahsia untuk hidup lama, seni memulihkan kecergasan yang berkembang menjadi bidang sains perubatan yang kita amat kenali sekarang. Ia bermula dengan bahagian Overview yang mengulas panjang lebar sejarah perubatan manusia yang merangkumi tiga era - tamadun awal, moden dan selepas 1945. Menerusinya kita akan mengetahui hubungan perubatan/penyakit dengan kepercayaan atau animisme serta keagamaan. Bagaimana pula ia mula menjadi cabang sains dan berpisah daripada penguasaan gereja seterusnya dikatakan sekular dan kemudian sering bercanggah dengan pihak gereja. Di kalangan pengamalnya pula, sungguhpun sangat berdedikasi dan ada yang berjaya, ramai juga yang dikhianati dan dihukum kerana dikatakan mendekati ilmu sihir. Overview khususnya mempunyai sembilan bahagian iaitu Early Medicine, Renaissance & Enlightenment, Nineteenth Century, Before 1945, The World at War, Children & Childbirth, Science & Technology, Breakdown & Breakthrough dan Ancient & Modern Approaches. Setiap bahagian itu pula dibahagi lagi kepada beberapa subtopik. Kita boleh meneliti semua bahagian dan topik itu satu persatu dengan mengklikkan ikon tertentu atau mengikutinya secara berterusan dengan menggunakan fungsi play all. Satu lagi bahagian utama dalam A History of Medicine ialah Viewpoints. Jika dalam Overview kita mendengar ulasan secara kasar dan penjelasan berbentuk sejarah, kali ini adalah pandangan definitif daripada golongan pakar. Kita juga boleh memilih sama ada mahu mengikutinya satu persatu atau secara berterusan. Ada tujuh pakar yang menerangkan subjek tertentu. Profesor Roy Porter menyentuh Quackery, Profesor Susan Lawrence (Anatomy), Dr Robert J T Joy (Care of Casualties of War), Elisabeth Brooke (Women in Medicine), Sue Minter (Plants and Healing), Profesor Harold Ellis (Treatment of War Wounds) dan Dr Catherine Crawford (Forensic Medicine). Mereka tidak akan mengajar kita bagaimana untuk menjadi doktor atau jururawat tetapi selepas mendengar pandangan mereka, kita pasti lebih peka terhadap sesuatu penyakit dan penderitaan penghidapnya. Dua bahagian kecil yang lain tetapi tidak kurang menarik ialah Stories dan Did You Know? Stories adalah kisah-kisah benar dan sorotan peristiwa yang mengiringi setiap subtopik dalam Overview dan Viewpoints. Ia boleh dianggap catatan lanjutan bagi kita lebih memahami masalah dan kesan setiap topik yang disentuh dalam Overview dan Viewpoints. Did You Know? pula terasing daripada Overview dan Viewpoints dan boleh diikuti pada bila-bila masa. Ia dipenuhi catatan trivia dan fakta bermakna, ada yang mengerikan dan ada yang menghiburkan. Tidak kurang pula ada yang sekadar menambah pengetahuan kita dalam bidang sains dan perubatan. Apa yang pasti, A History of Medicine menonjolkan bidang perubatan secara am dan bukan bahan rujukan khusus untuk pelajar sejarah atau bakal doktor. Sebaliknya, salah satu bahagian dan topik yang dibincangkan pasti memikat perhatian ramai daripada kita, malah ia boleh menjadi sumber aspirasi kepada sesiapa di kalangan kita yang ingin mendekati bidang perubatan sama ada sebagai doktor atau atendan di hospital. Persembahan A History of Medicine sangat bermutu tinggi. Ia bukan sekadar menyuapkan maklumat untuk diteliti tetapi seolah-olah mengupas setiap rahsia dunia perubatan sedikit demi sedikit untuk kita tetapi dan fahami. Ulasannya sungguh jelas dan tenang, seperti penyampai berita profesional dalam siaran TV. Bagaimanapun, keistimewaan A History of Medicine adalah juga ciri-ciri janggalnya. Nampaknya, Flagtower (penerbit) meneruskan tabiat mereka memaparkan persembahan multimedia seperti siaran rencana TV. Ulasan dan penerangan terlalu panjang lebar, bukan seperti sepatutnya iaitu padat dan jitu. Oleh yang demikian, usahlah risau jika ada kalanya, kita terlupa bahagian mana yang sedang kita ikuti. Persembahannya juga, sungguhpun lancar, terlalu bergantung kepada kehebatan audio iaitu gaya penyampaian dan irama latar belakang yang hebat. Sebaliknya, visual yang dipapar tidak lebih daripada pertunjukan slaid, sederetan foto dan lukisan yang kebanyakannya hitam putih. Terlalu kurang ditunjukkan petikan video yang terkini atau berwarna. Sungguhpun demikian, penerbitan A History of Medicine patut dipuji. Hasil kerja pembangun program amat teliti, terutama dari segi pemaparan menu utama yang kreatif, manakala bahan kajian dan rujukan nampaknya sangat lengkap. Kita tidak akan terasa mengikuti perisian komputer sebaliknya pasti asyik mengikuti persembahan yang menarik dari satu bahagian ke bahagian yang lain. [:) Persembahan imaginatif, hasil kerja kajian meluas, irama iringan sesuai, penyampai bergilir-gilir dan tidak membosankan. [:( Mirip rencana TV, ulasan terlalu panjang dan memakan masa. ((Pix:- NET PC ... strategi Intel dan Microsoft melawan NC.)) TAHUN lalu beberapa vendor bergabung menyokong sistem murah khas bagi penggunaan komputer rangkaian atau NC. Usaha ini dilihat lebih daripada penampilan teknologi baru. Motif di sebalik inisiatif Sun Microsystems jelas untuk membatasi penguasaan pakatan Microsoft dan Intel atau lebih dikenali sebagai Wintel. Tahun ini lebih ramai vendor seperti IBM dan Sun dijangka akan menampilkan sistem komputer murah NC di bawah paras RM2,500 atau AS$1,000. Matlamat ini mungkin tidak tercapai bila Microsoft, Intel dan tiga vendor pengeluar komputer peribadi (PC), Hewlett-Packard, Compaq dan Dell mencapai kata sepakat kepada spesifikasi versi NC mereka yang dikenali sebagai NetPC. Pengurus Arkitektur Intel Asia Sdn Bhd, Terence Chan, berkata spesifikasi yang dipersetujui merangkumi arkitektur, saiz, dan fungsi pentadbiran berpusat. "Semua NetPC berdasarkan arkitektur Intel iaitu menggunakan pemprosesan Intel, menggabungkan fungsi pentadbiran, elemen PC terurus dan inisiatif pentadbiran bersambung," kata Chan. Faktor utama membezakan Net PC dengan PC fungsi penuh ialah saiz dan bentuk kekotak. Chan berkata "Rekaan NetPC berteras "sealed case" yang menghalang sebarang perubahan kepada kongfigurasi komponen seperti kad video, memori, rangkaian dan pemprosesan pusat." Kebolehan pentadbiran pusat, katanya membolehkan pemasangan perisian daripada pentadbir rangkaian daripada lokasi lain. Kebolehan pengesan yang dibina ke dalam NetPC dan bantuan perkhidmatan tadbiran jauh membolehkan pentadbir rangkaian mengesan sebarang kerosakan di dalam NetPC. "Elemen pentadbiran membolehkan pentadbir mengawal perisian yang dilengkapkan ke dalam NetPC kerana spesifikasi NetPC tidak menyediakan ruang untuk komponen pemacu cakera liut," kata Chan kepada pemberita di Kuala Lumpur, minggu lalu. Selain itu perbezaan utama yang membezakan NetPC dengan NC ialah kehadiran cakera keras. Dijangka dijual dalam lingkungan harga RM2,500, NetPC menyokong pemprosesan Intel dengan konfigurasi minimum Pentium 133MHz, memori 16MB, dan bersaiz kecil iaitu 21.6 x 28 x 7.6 sm. Kebolehan audio/grafik dibina terus ke dalam sistem manakala port USB menjadi komponen standard. Bagaimanapun, Chan menambah, NetPC tidak direka sebagai pengganti sistem fungsi penuh PC penuh. "NetPC sesuai untuk kegunaan fungsi tertentu. Bagi pengguna pelbagai fungsi, sistem PC penuh akan tetap menjadi pilihan. Kekuatan NetPC ialah untuk mengurangkan kos pemilikan keseluruhan PC terutama dengan kebolehan pentadbiran pusat. "Vendor yang telah mengiktiraf spesifikasi NetPC dijangka mula memasarkan model NetPC mereka Jun ini," katanya. ((Pix:- Dell Dimension ... menggunakan cip memproses Pentium II.)) PENGELUAR dan pengedar terus komputer utama dunia, Dell Corp. (Dell), mengumumkan dua model terbaru dalam siri Dell Dimension yang dilengkapi dengan cip pemprosesan Pentium II keluaran Intel Corp. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Hong Kong minggu lalu, Dell menyatakan dua model Dell Dimension, iaitu XPS H233 dan H266 akan memanfaatkan cip Pentium II dengan kelajuan 233MHz dan 266MHz, serentak dengan pelancaran cip berkenaan. Model terbaru dalam siri Dell Dimension itu disifatkan mempunyai keupayaan lebih berkuasa dalam barisan PC Dell. Ia direka bentuk untuk perniagaan kecil dan sederhana serta pengguna individu. Presiden Dell Computer Corp. bagi Asia Pasifik, Phillip E Kelly, berkata pengguna Dell dapat memanfaatkan teknologi terkini dalam bidang cip tanpa menunggu lama. Teknologi terbaru yang dipasang pada model Dell Dimension XPS H233 dan H266, termasuk pemacu cakera 4.3 GB, kad video Matrox Millenium, kad suara bersepadu Yamaha, CD-ROM dengan kelajuan 12X/16X, modem dengan kelajuan 33.6K dan bas bersiri. TERDAPAT pemacu baru untuk kad video S3 yang menggunakan cip Trio64V+ bagi mengatasi masalah paparan dalam DirectX 3.0 Microsoft. Menurut S3, pemacu generik yang serasi dengan DirectX 3.0 untuk cip Trio64V+ boleh didapati daripada ftp://ftp.s3.com/pub/bbs/765drv/index.htm. ((Pix:- Canggih ... kemudahan telekomunikasi terkini yang disediakan di dalam B-777 MAS.)) PENIAGA yang sering membuat perjalanan ke luar negara akan menikmati perjalanan lebih sempurna tanpa bersusah payah membawa komputer laptop ketika di dalam penerbangan dengan Sistem Penerbangan Malaysia. Malaysia Airlines akan menyediakan Pusat Niaga bagi setiap pesawat Boeing 777 yang dilengkapi komputer peribadi dengan perisian perniagaan dan hiburan Microsoft versi paling popular yang digunakan sekarang. Dengan perisian yang ditaja sepenuhnya oleh Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd ini, setiap penumpang B-777 boleh mencapai Microsoft Office 97 yang membolehkan mereka melakukan kerja ketika dalam penerbangan. Versi terkini Microsoft Office Suite membolehkan penumpang mencapai tapak web dan lebih mudah menggunakan ciri-ciri terbarunya. Tambahan pula penumpang boleh mendapatkan maklumat terkini dunia hiburan melalui perisian Cinemania 97 dan Music Central 97 yang meliputi keseluruhan maklumat filem dan muzik dunia masa kini. Penumpang juga boleh mendapatkan maklumat tentang destinasi serta maklumat lain yang berkenaan dengan perjalanan daripada Microsoft Encarta 97 World Atlas. Pengurus besar Microsoft Malaysia, Benedict Lee berkata produk Microsoft terutamanya daripada kumpulan Office sudah digunakan secara meluas dan menjadi sebahagian daripada cara hidup kebanyakan pengguna komputer di seluruh dunia. "Gabungan kedua-dua perjalanan udara dan penggunaan produk Microsoft, kami fikir ia adalah satu cara di mana kami dapat mengembangkan penggunaan perisiannya kepada penumpang bukan saja ketika dalam perjalanan tetapi juga menjadi jalan sementara kepada mereka," katanya ketika mengulas mengenai keputusan syarikatnya menaja perisian terbabit di setiap pesawat Boeing 777. Sebanyak 10 unit perisian bernilai RM21,000 ditaja sepenuhnya oleh Microsoft (Malaysia) Sdn Bhd diletakkan di pesawat Malaysia Airlines B- 777. Tajaan ini juga merangkumi setiap perisian yang akan dikemaskinikan atau setiap versi terbaru yang akan dikeluarkan bagi memastikan setiap penumpang mendapat maklumat dan teknologi terkini. MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS), pengendali rangkaian televisyen berbayar Astro menjadi pelanggan pertama yang menyertai program Akaun Global Northern Telecom (Nortel) di rantau Asean. Melalui program Akaun Global Nortel, MBNS menikmati kemudahan teknikal dan tenaga kerja khusus daripada Nortel di dalam melengkapkan infrastruktur telekomunikasi rangkaian persendirian untuk operasi MBNS di dalam dan luar Malaysia. Perjanjian bernilai RM25 juta termasuk sokongan produk dan teknikal untuk jangka masa lima tahun daripada Nortel. Dengan perjanjian ini, MBNS melengkapkan rangkaian telekomunikasi persendirian dengan sistem PABX Nortel Meridian 1 dan platform rangkaian data Magellan. Pengurus Kanan sistem informasi MBNS, S Rohini Ratnam, berkata sistem rangkaian telekomunikasi persendirian keseluruhan MBNS akan menjadikan Nortel sebagai platform standard. "Kemudahan telekomunikasi persendirian daripada Nortel membolehkan MBNS menyokong perkhidmatan komunikasi dalaman dan pelanggan Astro yang berjumlah 52 ribu di Malaysia," kata Rohini. "Penyediaan sistem Nortel dapat menyokong jumlah pelanggan Astro yang dijangka mencapai 200 ribu tahun ini dan tenaga kerja Astro yang dijangka turut meningkat," katanya. "Langkah ini sejajar dengan program pembesaran operasi Astro yang akan memasuki Indonesia, Vietnam, India, Filipina dan Taiwan," kata Rohini ketika sidang akhbar sempena majlis menandatangani perjanjian antara Nortel and MBNS. Pada majlis itu, MBNS diwakili Pengarahnya, Datuk Badri Masri dan Rohini manakala Nortel diwakili Naib Presiden kawasan Asia Pasifik Nortel, Barry Southern dan Pengarah Urusan Northern Telecom (M) Sdn Bhd, Mark Steven. Dalam ucapannya, Badri, berkata MBNS memerlukan sistem yang dapat menyokong rancangan pengembangan operasi Astro di rantau Asia. "Melalui perjanjian ini, MBNS akan menggunakan teknologi telekomunikasi canggih bagi membolehkan Pusat Panggilan Pelanggan menerima sehingga dua ribu panggilan setiap hari dan menyediakan lebih daripada satu ribu sambungan untuk kegunaan dalaman," katanya lagi. MENCETAK menggunakan pencetak dengan nama melebihi 32 aksara dalam Lotus Notes akan menghasilkan mesej ralat: Cannot access printer or printer driver (may be due to insufficient memory). Masalah ini timbul kerana had buffer dalaman 32-bit Lotus Notes bagi nama fail hanya menerima 32 aksara pertama setiap nama pencetak. Untuk mengatasinya, tukar tugasan mencetak kepada pencetak dengan nama sepanjang 32 aksara atau kurang atau menukar nama pencetak itu. PERSATUAN Industri Semikonduktor (SIA) mengandaikan jualan global dalam industri semikonduktor akan meningkat 4.6 peratus tahun ini setelah mengalami kejatuhan 10.5 peratus tahun lalu. SIA menganggarkan jualan itu akan meningkat daripada RM330 bilion (AS$132 bilion) ke RM345 bilion (AS$138 bilion). Andaian itu bagaimanapun jauh meleset berbanding penganalisis utama lain seperti Dataquest Inc., yang menjangka peningkatan 12 peratus, meningkat sedikit daripada andaian awalnya, iaitu 7.4 peratus. SIA menjangkakan kadar perkembangan global itu akan berganda tetapi disebabkan pengukuhan Dolar, ia memberi kesan terhadap jualan seberang laut. Nilai Dolar meningkat sehingga 11 peratus berbanding Yen sejak awal tahun walaupun mengalami kelemahan beberapa minggu kebelakangan ini. Pengarah Sistem Maklumat SIA, Doug Andrey, berkata pengaruh kewangan memberi impak besar terhadap kadar perkembangan jangka pendek. Kira-kira 70 peratus jualan dunia berjaya diperolehi daripada luar Amerika Utara yang mana ia adalah pasaran utama terbesar. Jualan mikroprosesor yang menjadi tunjang utama dalam komputer peribadi (PC) mampu menerajui peningkatan dalam perolehan. Menurut SIA, jualan mikroprosesor dijangka meningkat 33 peratus tahun ini ke RM61.50 bilion (AS$24.6 bilion). Pada 1997, jualan mikroprosesor mampu mengatasi jualan cip memori buat kali pertama. Jualan cip memori komputer atau DRAM jatuh 39 peratus tahun lalu disebabkan kejatuhan harga. Jualan DRAM dijangka jatuh kira-kira 20 peratus tahun ini ke RM50.25 bilion (AS$20.1 bilion) dan akan meningkat 35 peratus pada 1998. SIA juga menjangkakan jualan dalam industri cip akan meningkat lebih 20 peratus setahun bermula 1998 hingga 2000. Pada 1998, jualan dijangka meningkat 20 peratus ke RM414.50 bilion (AS$165.8 bilion) dan meningkat 22 peratus (1999) ke RM505 bilion (AS$202 bilion). Pada 2000, perolehan dijangka meningkat 22 peratus ke RM614.25 bilion (AS$245.7 bilion). ((Pix:- Jansz ... Pentium II bakal menjadi standard de facto.)) INTEL Corp, pengeluar cip yang menjadi enjin kepada 85 peratus komputer desktop di dunia akan terus mengeluarkan edisi pemprosesan Pentium Pro walaupun dengan kemasukan Pentium II. Pengurus jualan kawasan Intel Asia Pasifik, Tony Jansz, berkata Intel tidak bercadang menghentikan pengeluaran cip Pentium Pro ketika ini. "Terdapat sistem yang direka berdasarkan keupayaan Pentium Pro dan Intel ketika ini terus mengeluarkan cip ini bagi menyokong vendor dan pengguna yang memerlukan keupayaan pemprosesannya," katanya. Bagaimanapun, Intel tidak akan memperkenalkan versi baru Pentium Pro dengan persembahan atau kelajuan jam (clock speed) lebih tinggi. Intel cuma akan mengeluarkan versi overdrive bagi Pentium Pro. "Intel menjangkakan cip pemprosesan Pentium II menjadi standard de facto dan menggantikan Pentium Pro di masa depan," kata Jansz ketika sidang akhbar sempena pelancaran cip Pentium II di Kuala Lumpur, minggu lalu. Cip pemprosesan Pentium Pro diperkenalkan 18 bulan lalu dan kebanyakan cip ini digunakan dalam stesen kerja (workstation) dan sistem pelayan. Kelajuan pemprosesan maksimum Pentium Pro ialah 200MHz. Cip terpantas Intel Pentium II mencapai kelajuan 300MHz dengan teknologi MMX sebagai fungsi standard. Ditanya kesan kemasukan Pentium II ke atas jualan Pentium Pro, Jansz berkata Intel tidak menjangka kesan besar kepada jualan Pentium Pro. "Strategi Intel ialah memberi pilihan kepada pengguna dan tugasan yang mereka lakukan. Pentium II sesuai untuk tugasan pengkomputeran visual, visualisasi grafik tiga dimensi dan sidang video," katanya. Pemproses Pentium II diperkenalkan dengan kelajuan 233-, 266- dan 300MHz dengan kelajuan 300MHz hanya mula diperkenalkan pada suku akan datang. Mengulas kesilapan pemprosesan Pentium II yang dilaporkan di Internet sehari sebelum cip itu dilancarkan, Jansz, berkata Intel berjaya mengenal pasti kesilapan dan sudah mengeluarkan pembetulan dalam bentuk perisian yang boleh didownload melalui laman Intel di Internet. Sebagai langkah tetap, pembetulan juga dilakukan ke atas pemprosesan itu, katanya lagi. ((No: Graphics (Art) - Arkitektur dua bus persendirian.)) SAIZ cip pemprosesan tidak lagi sebesar "ibu jari" seperti kita ketahui sebelum ini. Cip pemprosesan kini sebesar tapak tangan, seperti dilihat pada cip baru Pentium II daripada pengeluar pemprosesan sistem desktop terbesar, Intel Corporation. Cip Pentium II dengan MMX dikeluarkan di dalam tiga versi, atau kelajuan - 233MHz, 266MHz dan 300MHz. Secara umum, Pentium II ialah hibrid Pentium Pro dan Pentium MMX. Kekuatan kedua-dua edisi cip Intel digabung ke dalam pakej unik dan ditingkatkan keupayaan cache serta keupayaan kelajuan jam (clock speed). Dengan bentuk dan saiz baru, pemprosesan Pentium II tidak menggunakan pin dan melalui proses seramik seperti di dalam edisi cip terdahulu. Sebaliknya, rekaan Pentium II dibina dalam bentuk kad tambahan dengan jejari penghubung (single edge contact) seperti pada kad video dan bunyi. Bezanya, ukuran Pentium II lebih tebal berbanding kad komponen biasa, mempunyai sistem pendingin dan pengalir haba khusus yang disambung kepada pemprosesan. Faktor saiz cip yang berbeza bermakna seni bina papan utama untuk menyokong cip Pentium II berbeza daripada yang digunakan bagi cip Pentium, Pentium MMX dan Pentium Pro. Ini bermakna, cip Pentium II tidak boleh dilengkap ke dalam papan litar utama yang menyokong format pin. Saiz atau form factor lebih besar bagaimanapun membolehkan Intel menggabungkan beberapa fungsi tambahan untuk memaksimumkan persembahan terutama di dalam pemprosesan arahan multimedia. Antara ciri baru yang diterap ialah keupayaan cache aras 1 dan 2 lebih tinggi, gabungan keupayaan dua bas seperti di dalam cip Pentium Pro dan 57 sambungan MMX. Kebolehan cache aras 1 ditingkat kepada 32KB (16KB baca dan 16KB tulis). Cache berfungsi sebagai ruangan storan sementara bagi arahan paling kerap digunakan. Dengan saiz lebih besar, cip tidak perlu mencari data daripada subkomponen kerana jumlah arahan lebih besar disimpan di dalam cache. Satu lagi kelainan pada Pentium II berbanding edisi Pentium ialah gabungan seni bina dua bus bersendirian yang menyediakan bus khusus bagi cache aras 2 dan subkomponen seperti grafik, memori dan pemacu cakera keras. Bus di dalam sistem PC umpama lebuh raya yang menghubungkan komponen dengan cip. Penggunaan bus khusus membolehkan data dihantar lebih pantas daripada cache 512KB aras 2 (L2 cache). Trafik data di dalam bus tidak terlalu besar kerana setiap kedua komponen (subkomponen dan cache L2) mempunyai bus tersendiri. Lebih menarik ialah rekaan pemprosesan Pentium II membolehkan saiz cache lebih besar daripada 512KB dilengkapkan ke dalam rekaannya. Saiz cache lebih besar 32KB dan 512KB (aras 1 dan 2), kebolehan pemprosesan dinamik dan arkitektur dua bus membolehkan cip Pentium II mencapai persembahan pantas. Gabungan MMX dan seni bina pemprosesan pantas menjadikan Pentium II pilihan menarik, terutama bagi pengkomputeran visual, aplikasi grafik intensif, visualisasi grafik tiga dimensi, multimedia, sidang video, dan pengimejan. Keupayaan MMX dan pemprosesan pantas juga membolehkan sidang video dengan talian telefon biasa dengan kadar lapan hingga 10 bingkai sesaat. Berdasarkan ujian dan keputusan benchmark yang disediakan oleh Intel, keupayaan Pentium II akan mendapat perhatian meluas, terutama di kalangan pengguna dengan aplikasi grafik. Selain bidang profesional, keupayaan multimedia Pentium II pasti menjadikan pilihan penggemar permainan komputer 3D, satu aspek cip ini dapat menunjukkan keupayaan sebenarnya. COMPASIA mengembangkan rangkaian cawangannya di Pantai Timur dengan membuka stor keempatnya di Kuantan, Pahang, yang merangkumi ruang niaga seluas kira-kira 2,500 kaki persegi. Stor itu di bawah Program Perniagaan Francais CompAsia dan dimiliki oleh pemegang francaisnya, Computeland, akan menumpukan perniagaan terhadap peralatan komputer, perisian, buku, teknologi terkini serta produk hiburan dan pendidikan. Pengurus Besar Computeland, Raymond Lim, berkata kawasan itu mempunyai pasaran tinggi yang mampu meningkatkan permintaan terhadap produk teknologi maklumat (IT). Selain menjual PC berjenama, pencetak dan notebook tertentu, CompAsia itu juga menyediakan perkhidmatan sokongan jualan kepada pelanggan melalui kaunter klinik PC. ((Pix:- Scanmail ... imbas e-mel untuk kesan virus.)) PEMBEKAL perisian antivirus berasaskan server terkemuka dunia, Trend Micro Inc (Trend Micro), memperkenalkan ScanMail iaitu perisian antivirus untuk kegunaan Microsoft Exchange Server Versi 5.0 yang berupaya mengimbas e-mel dan perkongsian 'folder' dalam server Microsoft Exchange. Antara kelebihan ScanMail, ia mampu mengimbas mesej mel; mengesan virus jenis makro, melaksanakan pengimbasan walaupun mel masih berada dalam server serta mudah dipasang dari server. Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi Trend Micro, Eva Chen, berkata pelanggan tertarik dengan ciri tambahan server Microsoft Exchange, terutamanya persepaduannya dengan Internet. "ScanMail direka khas berdasarkan perisian server berganding dengan ciri keselamatan server Microsoft Exchange, memastikan pentadbir sistem mengesan virus dan menghapuskannya segera," katanya. ScanMail menambah sokongan penuh kepada standard Internet, termasuk SMTP dan e-mel POP3, berita NNTP, capaian direktori LDAP, HTTP dan capaian Web HTML serta sekuriti SSL. Satu lagi produk yang diperkenalkan ialah PC-Cillin 97 iaitu perisian antivirus untuk kegunaan Windows NT. Ciri terbaru PC-Cillin 97 termasuk perlindungan eksklusif sumber berasaskan Internet yang disediakan oleh Makmal Virus Internet dan Macro Shield. PC-Cillin NT berupaya memberi perlindungan virus bagi stesen kerja dalam persekitaran NT melalui penyusunan keupayaannya beroperasi pada platform Windows NT 4.0 dan Windows NT 3.51. Pengurus Kawasan Trend Micro, Kenny Ooi CK, berkata kebanyakan vendor antaranya Acer, Philips, Leo, Nec, Daewoo dan Olivetti mengiktiraf produk ini. PC-Cillin 97 menggunakan teknologi terbaru ActiveX, memberitahu segera pengguna sekiranya virus dikesan ketika mengemas kini program dan fail bagi perlindungan sepenuhnya. Sekiranya virus gagal dimusnahkan, pasukan pakar Makmal Virus Internet bersedia memberikan perkhidmatan. ARAHAN Xcopy membabitkan fail bertarikh dalam tahun lompat (menggunakan /D:mm-29-yy) akan gagal dalam NT versi 3.1, 3.50 dan 3.51. Untuk mengatasinya, salin XCOPY32.EXE daripada Windows 95 dan guna fail/arahan ini sebagai ganti XCOPY.EXE. Masalah ini tidak timbul dalam NT 4.0. 1. Biarlah program kemas Ini membolehkan orang lain membaca dan memahaminya. Mungkin laman utama anda menarik perhatian ramai orang dari seluruh dunia. Bagi yang mahu melihat bagaimana anda berbuat demikian akan mahu membaca susunan program HTML-nya. Anda juga berbuat demikian bukan? Bila mahu mencari idea baru atau belajar teknik terkini. Berilah ruang antara blok-blok program anda. Arahan berlapis seperti arahan rajah (table) eloklah disusun supaya pembaca dapat tahu mana permulaan dan di mana penutupnya. Mungkin anda sendiri perlu membaiki program itu satu hari nanti. Semua ini akan memudahkan kerja. Jangan juga kedekut meletakkan arahan komen sebagai tajuk atau arahan tambahan untuk rujukan orang lain dan kita sendiri. Selalunya selepas tiga bulan kita sudah lupa apa fungsi blok-blok dalam program yang kita buat sendiri. Contohnya kita boleh masukkan arahan komen seperti berikut: Ini semua memudahkan kita. Bayangkan jika jalan-jalan raya di negara ini tanpa tanda simpang dan nama jalan. Begitulah program tanpa arahan komen ini. 2. Kenali khalayak Laman anda mungkin mempunyai pelbagai ciri-ciri canggih seperti muzik stereo 256,000 bit per saat, gambar yang bertukar-tukar setiap dua saat dan naskhah yang bergerak sendiri. Tetapi jika ia tidak direkabentuk untuk khalayak sasaran semua ini tidak berguna. Rahsianya ialah, mengetahui siapa pengunjung laman kita. Jika ia untuk pengunjung biasa dari Malaysia dan Indonesia, misalnya, masalah utama mereka ialah hubungan yang lambat dan terputus-putus. Jadi tidak ada guna kita memasukkan kandungan Real Video gambar perkahwinan adik kita. Ia akan keluar macam filem zaman Charlie Chaplin. Itu pun jika ia keluar. Begitu juga dengan grafik yang berat-berat. Untuk menjimatkan kos talian telefon, banyak pengguna mematikan grafik. Kebanyakan pertubuhan besar dan universiti juga menggunakan stesen kerja sistem operasi Unix, walaupun anda membuat laman dengan Windows NT. Dan bagi yang berjimat, browser yang digunakan bernama Lynx. Tiada gambar, hanya naskhah. Pada zaman Gopher dominan di Internet dulu, Lynx sesuai kerana laman Gopher tidak ada gambar. Jika khalayak kita bercampur-aduk, cuba berikan pilihan. Satu untuk browser bergrafik dan satu untuk Lynx. Satu untuk talian besar dan satu untuk talian kecil. Dan jika laman anda mengenai rujukan peperiksaan PMR, misalnya, menyediakannya dalam bahasa Inggeris supaya kata orang ada kelas, juga tidak munasabah. Pengunjung mungkin tidak faham kerana di sekolah Matematik diajar dalam bahasa Melayu. Format kerangka atau frame juga lambat keluar. Jangan gunakannya jika khalayak anda tidak sukakannya. Kita sendiri boleh tahu sama ada kita sukakan frame atau tidak. Sekali lagi kami hendak mengungkit kisah laman sekolah yang menang baru- baru ini. Ada muzik, ada animasi dan ada VRML di laman utama. Laman yang terpaksa dihantar robot untuk mendapatkan gambar halaman utamanya. Laman web seperti itu mungkin sesuai apabila semua orang menggunakan hubungan satelit ke Internet tidak lama lagi. 3. Biar halaman anda kecil Kecilkan halaman anda. Pisahkan halaman yang panjang kepada beberapa bahagian. Jika anda tidak memerlukan grafik keluar dengan mutu terbaik, gunakan GIF kerana ia terbit lebih cepat daripada JPEG. Cuba lawan keinginan untuk membuat halaman penuh grafik. Lebih cepat ia keluar di skrin pengunjung lebih baik. Jangan juga lupa banyak orang malas melihat lebih daripada satu skrin. 4. Uji untuk semua Tidak semestinya laman web anda kelihatan menarik dalam semua browser. Cuba laman anda di pelbagai platform, jika boleh. Satu Netscape, satu MIE, satu Lynx (browser Lynx untuk DOS boleh didapati di kebanyakan tapak FTP). Anda juga mungkin perlu mengorbankan sedikit kecanggihan yang hanya boleh dinikmati oleh pengguna talian laju. Seperti pertunjukan slaid di halaman utama. Kehilangan di sini akan memberi faedah kepada pengguna lain, yang mungkin majoriti pengunjung laman anda. Itulah sebabnya, mula-mula kita mesti kenal khalayak kita. Jika semua pengunjung kita menggunakan talian besar T4 mungkin laman kita dipandang rendah jika tidak ada Real Video menayangkan filem terkini atau sembilan gambar satu bilion warna yang bertukar-tukar setiap lima saat. 5. Jangan paksa Akhir sekali jangan paksa pengunjung kekal di laman anda. Ada beberapa laman sekolah membuang butang-butang browser pada laman mereka. Contohnya butang STOP, BACK dan sebagainya. Memang benar Java membolehkan kita berbuat demikian. Tetapi secara tidak langsung kita memaksa mereka kekal di laman kita. Jangan lupa suis ON/OFF di komputer lebih berkuasa daripada cubaan kita yang kurang bijak itu. ((No: JUDUL: WHAT'S THE SECRET? PERISIAN: Pendidikan sains untuk kanak-kanak 8-12 tahun. KEPERLUAN MINIMUM: 486/33, 8MB RAM, 4MB ruang cakera keras, Windows 3.1x/95, Quicktime 2.0 dan kaedah grafik 256 warna. PENERBIT: 3M Learning Software. NILAI: ** 1/2)) ((Pix:- Rahsia alam ... banyak uji kaji berdasarkan siri TV untuk kanak-kanak, Newton's Apple.)) KITA semua kenal buah epal. Ramai daripada kita juga tentu kenal, jika tidak pun pernah mendengar, roller coaster corkscrew. Sekarang, bayangkan kedua-duanya dan fikirkan, apakah kaitannya di antara sebiji epal dan sebuah thrill ride yang sangat popular di seluruh dunia? Tentulah jika kita bayangkan sahaja, kita akan hanya nampak sebiji epal merah masak ranum yang sedap dimakan dan roller coaster yang bergerak laju ke atas dan ke bawah mengikut landasannya. Sebaliknya, jika sebiji epal yang masak jatuh dari tangkainya ke atas kepala seseorang yang sedang lena di pangkal pohon, dia pasti tersentak dan marah sambil tertanya-tanya mengapa epal berkenaan gugur dan menggegarkan beberapa skru dalam kepalanya... `apa rahsianya?' Kejadian seumpama itu berlaku lebih 300 tahun lalu dan bertuah bagi kita semua, mangsa epal masak berkenaan ialah seorang bijak pandai, Isaac Newton, yang gemar bertanya dan memikirkan sesuatu kemusykilan dengan mendalam. Akhirnya, Newton, yang kemudiannya digelar `Bapa Fizik' dan dilantik Presiden The Royal Science Society, merumuskan bahawa epal berkenaan gugur kerana ditarik oleh sesuatu daya yang dikenali sebagai graviti. Tidak cukup dengan itu Newton mengeluarkan tiga lagi teori yang dikenali sebagai Hukum Pergerakan Newton. Antara hukum itu menyatakan sesuatu benda yang bergerak akan terus bergerak sehingga ada daya yang menahan pergerakannya. Benda berkenaan akan berhenti bergerak jika ditentang daya lain yang menyamai kekuatan pergerakannya ... lebih kurang begitulah bunyinya. Maka, apa kena-mengena teori Newton dengan roller coaster corkscrew? Kerana berdasarkan teori Newtonlah, roller coaster menjadi kenyataan. Ia tidak menggunakan sebarang enjin, cuma ketika ditarik ke puncak landasan. Selepas itu, pergerakannya ke atas ke bawah dan berpusing dalam corkscrew hanya bergantung kepada daya momentum dan tarikan graviti. Begitulah rahsia roller coaster menurut penjelasan What's The Secret, perisian keluaran 3M Learning Software. Bukan setakat rahsia roller coaster sahaja yang dibongkar, pelbagai benda lain yang sangat dikenali dalam dunia kanak-kanak diperbincang dengan mendalam. Setiap penjelajahan di dalam What's The Secret? bermula dengan pertanyaan. Dari situ, kanak-kanak boleh menyusuri mana-mana laluan yang tersedia, setiap satu laluan boleh membawa kepada penemuan atau hakikat yang menarik berhubung alam sekeliling kita. Apabila program dibuka, kanak-kanak akan disambut oleh Newt dengan berlatarbelakangkan lukisan besar yang meliputi empat tema iaitu taman hiburan dan zoo, bunyi, lebah dan sistem peredaran darah. Newt akan mempelawa kanak-kanak menyelami mana-mana tema yang menarik hati mereka. Jika sebarang tema diklik, Newt akan mengemukakan satu soalan. Andainya kanak-kanak tertarik dengan kemusykilan oleh Newt dan ingin mengetahui lebih lanjut, klikkan Let's Go! Newt akan membawa kanak-kanak ke alam tema yang dipilihnya di mana ada lebih banyak persoalan dikemukakan. Sudah tentu kanak-kanak akan tertarik untuk menjelajah lebih jauh. Selepas satu kemusykilan dilerai, akan menyusul soalan lain dalam bidang yang sama atau berkaitan dengan persoalan asal tadi. Seiringan dengan setiap soalan, sederetan ikon muncul di bahagian bawah yang jika diklikkan, membincangkan setiap subjek dengan lebih lanjut. Ikon itu yang berkaitan dengan setiap tema ialah Science Try It, Newt Notes, Gadget TV, Timeline, Notepad, White Cross dan Patch Pak. Science Try It ialah cadangan uji kaji mudah yang boleh dicuba sendiri oleh kanak- kanak di rumah atau di sekolah. Newt Notes adalah maklumat tambahan manakala Notepad ialah nota yang mahu dicatat sendiri oleh kanak-kanak. Menerusi Gadget TV, kanak-kanak boleh melihat petikan video atau animasi berkaitan tema yang mereka pilih. Timeline memaparkan perkembangan sejarah sesuatu tema manakala White Cross ialah penerangan sesuatu tema daripada kaca mata perubatan. Di samping itu, daripada menu, kanak-kanak boleh mengetahui makna beberapa perkataan yang dirasakan jarang mereka temui serta bentuk kerjaya yang berkaitan dengan bidang atau tema yang mereka ikuti. What's The Secret sebenarnya adalah spin-off daripada rancangan TV sains untuk kanak-kanak iaitu Newton's Apple. Kerana itulah, program ini mempunyai banyak petikan video yang menarik dan bermutu tinggi. Antara petikan video yang dapat disaksi ialah jantung berdenyut, sel darah putih dan merah, perjalanan roller coaster, ternakan lebah dan pelbagai lagi. Malah, pengacara rancangan TV berkenaan juga yang menerangkan setiap penjelasan kepada kemusykilan yang dikemuka. Jelas mereka sangat berpengalaman dan mampu menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak dengan mudah dan berkesan. Perisian antaraktif ini yang dibangun oleh Iconos, pada dasarnya, tidak jauh beza daripada banyak program lain yang berasaskan sains iaitu membongkar rahsia bagaimana atau kenapa sesuatu perkara itu terjadi. Mungkin juga, jika kita benar-benar mencari, ada program lain yang membincangkan topik yang sama dengan What's The Secret. Bagaimanapun, corak persembahan dan pembentangan fakta dalam What's The Secret sungguh cemerlang. Banyak animasinya adalah tiga dimensi manakala uji kaji yang dicadangnya juga sangat praktikal. Di samping itu, banyak ujian yang dirasakan mustahil dilakukan oleh kanak-kanak dipaparkan dalam bentuk permainan. Akhir sekali, kanak-kanak yang ingin mengikuti perisian ini perlu lancar membaca bahasa Inggeris kerana berbanding program lain untuk murid sekolah rendah, kandungan teksnya agak banyak. Jika ini tidak membebankan kanak- kanak, What's The Secret pasti sangat sesuai untuk mereka di rumah dan di sekolah. (Nota: Sehingga kini, tidak dapat dipastikan secara sahih sama ada Newton benar-benar dijatuhi sebiji epal di kepalanya atau sekadar kisah bagi menjadikan insiden bersejarah itu lebih dramatik.) [:) Banyak idea bernas, persembahan menghiburkan. [:( Animasi kaku, terlalu banyak bergantung kepada teks. ((Pix:- Mediaphone ... harga rendah tetapi kebolehan tinggi.)) WEARNES Peripherals International Pte Ltd (WPI), syarikat berpangkalan di Singapura yang bergiat di dalam pembuatan persisian seperti pemacu CD-ROM dan kad bunyi, memperkenalkan sistem sidang video yang menggunakan talian telefon biasa atau Plain Old Telephone Systems (Pots). Kebanyakan sistem sidang video desktop di pasaran menggunakan talian ISDN atau talian sewaan yang menyokong penghantaran data tinggi dan pada kadar pantas. Dengan sistem MediaPhone Video Conferencing WPI, pengguna boleh menggunakan talian telefon sedia ada dan mengambil bahagian di dalam sidang video dengan rakan di luar negara. Sistem lengkap MediaPhone merangkumi kad Video Capture, kamera video warna desktop, perisian sidang video VDOPhone 2.0 dan perisian suntingan, penangkapan imej dan video, Video Studio. Pengarah Pengagihan Antarabangsa WPI, Terence Liu, berkata sistem WPI MediaPhone menambahkan satu arena di dalam dunia multimedia. "MediaPhone menggabungkan fungsi menarik untuk menyokong kualiti audio dan video bagi sidang video desktop dengan sambungan Pots, Internet atau Intranet pada kos rendah," katanya. Selain sidang video melalui Internet, MediaPhone membenarkan sidang video antara dua punca dengan talian Pots. Menurut beliau lagi, Intranet korporat yang menyokong protokol TCP/IP boleh menggunakan MediaPhone untuk komunikasi video di dalam syarikat. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena pelancaran MediaPhone di Subang Jaya, minggu lalu. Kebolehan menyokong kualiti audio/video MediaPhone ditingkat dengan integrasi cip DSP khusus bagi pemprosesan audio pada kualiti tinggi, tanpa gema dan tiada kesan terputus. Selain perkakasan video dan kad, pakej MediaPhone menggabungkan perisian suntingan grafik dan video. MediaPhone yang dijual pada harga RM880 diedar oleh Marvel Technology Sdn Bhd. ((Pix:- Thinkpad 380 ... model notebook berprestasi tinggi.)) INTERNATIONAL Business Machines (IBM), gergasi perkakasan dan perisian komputer dunia memperkenalkan produk inovasi tiga dalam satu, iaitu pemacu cakera keras, pemacu cakera liut dan pemacu CD-ROM bagi model notebook ThinkPad 380. Reka bentuk tiga dalam satu itu menghasilkan produktiviti tambahan kepada pengguna kerana mudah digunakan, mengatasi keperluan menukar antara cakera padat dan cakera liut. Pengurus Negara IBM PC Co Malaysia, CK Tan, berkata reka bentuk berinovasi ThinkPad 380 mempermudahkan dan memberikan kesesuaian kepada pengguna yang sering bergerak. "Ia menawarkan kepada pengguna penyatuan dan prestasi sebuah komputer meja tanpa premium tinggi yang lazimnya dikaitkan dengan komputer buku nota," katanya di Kuala Lumpur, minggu lalu. Sasaran utama model Thinkpad 380 ialah eksekutif yang sering kali bertugas di luar pejabat dan sektor pendidikan serta pengguna yang menjadikan rumah mereka sebagai pejabat (SOHO). "Universiti Putra Malaysia adalah universiti pertama di negara ini menggunakan 3,000 unit Thinkpad 380 yang mana ia memanfaatkannya bagi memudahkan pelajar mencapai maklumat," katanya. Komputer notebook terbaru itu dilengkapi dengan paparan monitor 12.1 inci, menggunakan teknologi matriks aktif atau DSTN serta menyokong palet warna melalui 2MB VRAM. Terdapat tiga model Thinkpad yang ada di pasaran iaitu, Thinkpad 380; Thinkpad 380D memanfaatkan cip 150 MHz dan Thinkpad 380D menggunakan cip Pentium MMX 150MHz. Harga yang ditawarkan ialah RM6,100 (Thinkpad 380); RM6,900 (model Thinkpad 380D bersama cip 150 MHz) dan RM10,500 (Thinkpad bersama 150MMX). ((No: Koridor Raya Multimedia (MSC).)) ((Pix:- Dr Kasmiran ... UKM mahu sedia kad berteknologi terkini.)) MENJELANG 2000, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan memangkinkan penggunaan kad pintar dalam pentadbirannya, khasnya kepada pelajar, sejajar dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). Kad pintar adalah antara tujuh aplikasi utama terkandung dalam pembangunan MSC. Perancangan kad pintar di UKM itu ditumpukan untuk kegunaan pelajarnya, terutama dalam melicinkan proses pendaftaran pelajar yang mana jumlahnya dijangka meningkat melebihi 18,000 pada tempoh itu. Pengarah Pusat Komputer UKM, Prof Dr Kasmiran Jumari, berkata konsep kad itu kini masih dalam pembangunan dan beberapa kajian sedang dijalankan terhadap keberkesanan teknologinya. Katanya, UKM sedang berusaha untuk menghasilkan kad yang berupaya memberikan pulangan terbaik terutama kepada pelajarnya dengan mementingkan sistem kawalan data. "UKM ingin menyediakan satu kad berteknologi terkini yang dapat digunakan untuk semua kemudahan terutama berintegrasi dengan konsep kad pintar yang akan digunakan di MSC nanti. "Keutamaan ialah dengan memastikan kad itu menurut standard yang terdapat pada MSC," katanya kepada Komputer, di Bangi, minggu lalu. Beliau berkata demikian ketika menerangkan konsep sistem pendaftaran pelajar UKM yang mula digunakan secara menyeluruh pada sesi pengajian tahun ini. Hadir sama ialah Pengurus Operasi Pusat Komputer UKM, Idris Takyan. Sistem pendaftaran itu memudahkan urusan pendaftaran pelajar termasuk yang mengikuti pendidikan jarak jauh (PJJ) dan siswazah lanjutan. Kasmiran berkata, "Kami tidak mahu tergesa-gesa menyediakan kemudahan itu supaya pelaburan yang dilakukan mampu memberi kesan terbaik dan kos efektif kepada universiti dan pelajar. Menurutnya, UKM pasti menyediakan kemudahan itu apabila semuanya sudah meyakinkan terutama dengan sistem kawalan data tinggi memandangkan keadaan kini pelajar lebih pintar daripada pentadbir universiti. "Bila sudah terdapat kaedah canggih terutama teknologi terbaik dan berjaya, baru UKM akan menggunakannya. Apa yang pasti kad itu mampu memberi keselesaan kepada pelajar," katanya. Menurutnya, sebagai permulaan, UKM mungkin akan memulakan dengan pengenalan kad yang tidak mempunyai ciri keselamatan tinggi sebagaimana penggunaan kad telefon masa kini. Sejajar dengan prasarana sistem rangkaian kampusnya berasaskan teknologi pensuisan ATM 155MBps, Kasmiran berkata, kaedah pendaftaran juga boleh dilakukan di kamsis atau di bilik pelajar. "Walaupun kini sistem rangkaian sudah disediakan di kamsis dan tidak di bilik, kemudahan penyambungan akan tersedia di bilik pelajar dalam tempoh tiga tahun lagi," katanya. Menurutnya, UKM akan menyediakan nod dan ketika itu pelajar akan terus membuat pendaftaran dari bilik mereka. Bagaimanapun untuk menjayakannya, ia bergantung kepada sumber kewangan selain banyak faktor yang perlu diteliti dalam usaha memberi kepuasan kepada penggunanya. Di samping itu, UKM juga akan memperkenalkan konsep kios bagi membolehkan pelajar berinteraksi terus dengan sistem yang mana kemungkinan akan disediakan di setiap kamsis. "Keutamaan kios itu ialah kandungan bahan dan kemudahan dicapai kepada pelajar selain mengutamakan keselamatan data. "UKM menjangka kemudahan itu disediakan dengan konsep tidak mempunyai akses kawalan ketat atau kaedah baca saja (read only) dan kemudian dipertingkatkan kepada tahap keselamatan tinggi," kata Kasmiran. ((No: JUDUL: Earth Quest. PERISIAN: Maklumat sains geologi. KEPERLUAN MINIMUM: 486DX/33, 12MB RAM, 13MB ruang cakera keras, Windows dan kaedah grafik SVGA 256 warna. TERBITAN: Dorling Kindersley Multimedia. NILAI: * * * *)) KEBANYAKAN daripada kita gemarkan cabaran, apatah lagi jika cabaran berkenaan dipaparkan dalam bentuk permainan. Sebarang permainan sampingan yang mencabar kemampuan fizikal atau mental biasanya boleh menceriakan suasana atau meringankan beban kerja. Cabaran atau permainan yang diselitkan di dalam sesuatu tugasan lazimnya bukan untuk bersuka-suka semata-mata. Lebih daripada fungsinya untuk merehatkan penumpuan dan melegakan jiwa, ia menonjolkan beberapa matlamat kecil yang boleh membawa kesan menyeluruh yang positif dalam jangka panjang. Keadaan sedemikian hanya menunjukkan keistimewaan program multimedia dalam proses penyampaian maklumat dan pembelajaran. Mudah bagi kita membayangkan buku-buku rujukan dan ensaiklopedia yang banyak diguna oleh penuntut dan golongan profesional selama ini. Memang kebanyakannya lengkap dan penuh dengan maklumat berguna. Namun demikian, berat mata memandang, lebih berat bahu memikul. Mungkin kerana itulah agak sukar mengajak murid sekolah rendah mendekati buku-buku seperti itu. Sebaliknya, muncul kemudahan multimedia dan keadaan jauh berubah. Sumber ilmu dan maklumat bukan sahaja tidak berat lagi, malah penuh warna-warni dan antaraktif. Sambil belajar boleh bermain, dalam permainan ada unsur keseronokan, akhirnya semakin banyak berseronok makin banyak maklumat yang tersemat. Kelebihan program multimedia antaraktif itu diperguna sepenuhnya oleh gergasi penerbitan United Kingdom, Dorling Kindersley (DK). Jika selama ini, DK banyak menerbitkan buku rujukan mirip buku panduan telefon, ia kini bergiat mengalihkan kandungan buku-buku yang berat dan membosankan itu ke bentuk perisian multimedia yang menarik dan menyeronokkan. Antara judul oleh DK yang sudah muncul dalam bentuk buku dan diterbitkan semula sebagai program multimedia ialah Earth Quest, sebahagian daripada siri Eyewitness. Topiknya adalah kejadian bumi yang membincangkan pembentukannya berjuta-juta tahun lalu serta perubahan yang melandanya sehingga menjadi planet yang amat kita kenali sekarang. Perbincangannya meliputi subjek geologi, geofizik dan geografi... sungguh membeban dan membosankan. Versi bukunya yang diberi sebagai hadiah hari jadi yang kelapan, pasti disimpan kemas selama sembilan tahun 11 bulan dan 23 hari sebelum ditelaah semula apabila kanak-kanak yang memilikinya sudah menjadi remaja yang menghadapi peperiksaan prauniversiti. Sebaliknya, jika kanak-kanak berkenaan menerima hadiah Earth Quest versi program multimedia, dia boleh berseronok dengan permainan Earth Builder yang mampu menarik minatnya bertahun-tahun. Bayangkan ilmu pengetahuan terhimpun yang dibongkarnya dalam tempoh berkenaan. Paling penting, kanak- kanak berkenaan tertarik untuk mendekati bidang itu walaupun tidak pasti jika dia mahu menjadi pakar kaji bumi atau pegawai perlombongan apabila besar kelak. Dalam permainan Earth Builder, kanak-kanak (atau golongan dewasa juga) mempunyai matlamat untuk membina semula bumi daripada keadaannya lebih dua juta tahun dahulu sehingga menjadi seperti keadaannya hari ini. Mereka mempunyai tugas untuk memasang kepingan tektonik pada bumi bagi menstabilkannya. Bagi memasang sekeping tektonik, mereka perlu menyelesaikan tiga kemusykilan pada satu kad soalan. Ada 17 kad soalan semuanya yang perlu diharungi. Tiga kemusykilan yang perlu diselesaikan ialah pertama, mencari contoh galian berdasarkan panduan dan petua yang diberi; kedua, menjawab soalan am; ketiga, menjawab soalan objektif. Sudah tentulah ramai di kalangan kita, apatah lagi kanak-kanak, tidak tahu kebanyakan jawapan kepada kemusykilan berkenaan. Maka, kita pun terpaksa menjelajah apa yang digelar muzium maya (virtual museum) dan mencari jawapannya di segenap ruang. Muzium maya itu mempunyai lima kawasan yang boleh dikatakan ruang pameran. Ruang utama dan paling besar ialah Earth Gallery. Ia dikelilingi oleh empat kamar iaitu Violent Earth, Shaping the Earth, Mining dan Lobby. Dalam Earth Gallery, kita boleh melihat banyak kabinet kaca di kelilingnya yang mengandungi contoh pelbagai jenis batu dan galian. Ada lebih 200 jenis yang dipamerkan daripada batu permata ke kristal dan yang biasa kita lihat di tepi-tepi jalan. Setiap contoh yang dipaparkan secara foto atau animasi, diiringi keterangan ringkas sama ada ulasan atau teks. Ia menerangkan kejadiannya, nilai komersilnya serta kepentingannya dalam kehidupan manusia. Dalam Violent Earth pula, kita boleh mendapatkan maklumat mengenai gempa bumi dan gunung berapi. Ada kemudahan antaraktif yang membolehkan kita membuat adegan gempa bumi atau gunung berapi meletup. Berdasarkan fakta- fakta yang kita isikan, kita boleh melihat kesan kejadian seperti gelombang gegaran dan bandar yang ranap (bagi gempa bumi) atau pelbagai bentuk gunung yang terjadi apabila aliran lahar membeku. Semua animasi diiringi ulasan dan kesan bunyi. Jika ke kamar Mining, kita akan didedah kepada pelbagai kegiatan perlombongan yang dijalankan oleh manusia sejak dahulu. Selain maklumat am, kita akan mengetahui taburan dan kuantiti kandungan pelbagai jenis galian di seluruh dunia dan menyaksikan petikan video kaedah yang biasa diguna bagi mengeluarkan bahan-bahan galian dari perut bumi. Tidak kurang menariknya ialah Shaping the Earth yang menjelaskan lanskap dan rupa bentuk muka bumi. Kita boleh menyaksikan bagaimana lanskap dan struktur muka bumi terbentuk secara semula jadi. Lapan bentuk lanskap utama dibincangkan dan kita berpeluang membentuk sendiri struktur kerak bumi mengikut spesifikasi yang kita tetapkan. Sesungguhnya muzium maya oleh DK Multimedia ini amat realistik. Reka dalamannya menyerupai gua yang samar-samar dan suasananya sangat sunyi. Terlalu nyaman seperti muzium sebenar yang keadaannya boleh menyebabkan kita tertidur jika tidak berhati-hati. Hakikat sedemikian mencetuskan sedikit nostalgia peribadi. Kebetulan kini musim cuti sekolah, pasti banyak yang mengadakan rombongan ke Muzium Negara. Pernah dalam kunjungan ke Muzium Negara beberapa tahun lalu, pihak muzium menganjurkan pertandingan treasure hunt untuk kami (pelajar sekolah) yang perlu diberes dalam tempoh tertentu. Pertandingan itu sungguh bernas. Kami terpaksa meneliti segala fakta pameran bagi mendapatkan cenderamata muzium sebagai hadiah. Walaupun semua anggota rombongan mendapat hadiah kerana saling meniru, yang pentingnya kita membaca semua maklumat dan bergembira mencuba segala mekanisme yang dipamer. Strategi yang sama dipraktik juga oleh Earth Quest dan ternyata sangat berkesan. Jika pun kita sudah bosan kerana beberapa kali membina semula bentuk bumi, kita boleh juga mengunjungi The Store di Lobby bagi mendapatkan pelbagai cenderamata. Ada banyak imej dan gambar yang boleh disalin atau download sebagai hiasan kertas surat, kad ucapan, poster dan label atau juga sekadar wallpaper untuk desktop. Andainya ini tidak cukup bagi menjaminkan Earth Quest kadar hayat lama di dalam cakera keras, tidak tahulah apa lagi yang kita mahukan sebagai pengguna. [:) Banyak kandungan antaraktif, persembahan inovatif. [:( Terlalu sunyi, penyampaian kaku. ((No: HP LaserJet 6L & LaserJet Companion. (Pencetak enjin laser peribadi dan aksesori pelbagai fungsi). Pengeluar: Hewlett-Packard Co. Pertanyaan: Hewlett-Packard Sales (M) Sdn Bhd (Tel:03-2986555). Harga: RM1,188 (LaserJet Companion dijual berasingan).)) ((Pix:- Gabungan yang menarik ... Sistem pencetak LaserJet 6L dan aksesori Companion.)) PENCETAK peribadi LaserJet 6L ialah pengganti kepada mo-del LaserJet 5L yang dikeluarkan Hewlett-Packard Co hampir dua tahun lalu. Model 5L juga ialah sistem ulung daripada HP yang direka dengan rangka berbeza berbanding pencetak siri LaserJet 4, dan 5 yang dipasarkan sebelum ini. Kebanyakan pencetak berenjin laser berbentuk "kotak" seperti yang selalu kita lihat. Model LaserJet 5L direka dengan tapak lebih kecil, ruang storan kertas menegak dan bentuk lebih dinamik. HP terus mengekalkan bentuk unik di dalam model Laserjet 6L yang dihantar kepada Komputer untuk kolum ini. Walaupun luarannya sama, beberapa peningkatan diterap di dalam model baru terutama di dalam aspek kuasa pemprosesan, kelajuan jumlah cetakan setiap minit (ppm) dan pilihan menggabung aksesori tambahan. Peningkatan Menyeluruh Faktor persembahan ditekan di dalam setiap model baru dan LaserJet 6L tidak terkecuali. Model 6L diperkuat dengan enjin pencetak baru yang berupaya mencetak enam cetakan setiap minit (ppm). Model sebelum ini hanya mempunyai kadar kelajuan empat ppm. Peningkatan ini walaupun kelihatan kecil dapat dirasai pengguna terutama ketika mencetak dokumen yang mempunyai grafik agak berat. Satu lagi kayu pengukur persembahan ialah keupayaan mencetak muka pertama. Di dalam ujian yang dilakukan, LaserJet 6L berjaya mengeluarkan cetakan pantas terutama bagi dokumen teks penuh. Fail bergrafik pula mengambil sedikit masa untuk dihasilkan. Pemprosesan 25MHz yang diterap ke dalam sistem sedikit sebanyak membantu mempercepatkan proses cetakan. Hasil cetakan pertama (first page) berada di dalam kadar yang direkodkan oleh HP iaitu 18 saat. Harus diingat faktor persembahan berbeza dan bergantung kepada saiz dokumen dan kepadatan kandungan (sama ada teks saja atau bergrafik). Resolusi sesuatu cetakan (mod terbaik atau draft) juga memberi kesan kepada kepantasan. Selain persembahan mantap, kualiti cetakan juga membanggakan dengan warna hitam padu dihasil terutama untuk teks. Hasilan juga menarik bagi grafik dan lengkungan tanpa tanda "jaggies" nyata. Keupayaan mencetak pada resolusi 600X600 dpi dengan teknologi Resolution Enhancement (REt) faktor utama kepada hasilan cetakan padu. Sistem pencetak LaserJet 6L dilengkap dengan keupayaan memanaskan toner lebih pantas. Setiap kali pencetak ini dimulakan pengguna tidak perlu menunggu lama sebelum arahan cetakan dihantar. Bagi sokongan media, LaserJet 6L masih mengekalkan sokongan kepada pelbagai media dengan saiz berlainan termasuk poskad seperti di dalam model 5L terdahulu. Sistem 6L juga hanya menggunakan satu ruang untuk media pelbagai saiz. Sepanjang ujian, sistem 6L tidak mengalami masalah kurang memori kerana storan 1MB cukup untuk cetakan dokumen biasa. Bagaimanapun bagi cetakan intensif grafik, memori tambahan diperlukan. Aksesori Tambahan Pelbagai Guna Ini kali pertama HP menghasilkan produk aksesori tambahan untuk digunakan dengan model siri LaserJet 4, 5 dan model 6L dan 6P. Aksesori tambahan dengan rekaan seperti pencetak HP DeskJet 400 ialah pengimbas. Dan seperti pengimbas lain, ianya boleh digunakan untuk mengimbas dokumen untuk tugasan seperti salinan, faks dan sistem pengenalan optikal (OCR). Apa yang menarik, LaserJet Companion mempunyai dua port dan tidak memerlukan kad tambahan untuk disambung ke komputer. Sebaliknya, kabel paralel daripada pencetak 6L disambung ke port "To printer Connector" pada LaserJet Companion. Manakala satu lagi kabel paralel disambung daripada Companion ke port paralel PC. Walaupun mungkin kedengaran sukar, perlengkapan sistem Companion ini agak mudah. Seperti sistem pengimbas lain, LaserJet Companion didatangkan dengan perisiannya sendiri yang menyokong fungsi pengimbasan dokumen, faks dan OCR. Kesimpulan Keupayaan menggabung produk pengimbasan dengan pencetak selari dengan strategi HP untuk menyediakan penyelesai lengkap - mencetak, menyalin, memfaks, dan OCR. Dilihat daripada keupayaan kedua sistem, ianya satu pilihan cukup menarik terutama kepada pengguna yang ingin sistem lengkap. Operasi kedua sistem juga sekata kerana dihasilkan oleh vendor yang sama. Hasil daripada kedua sistem juga berkualiti dan agak mudah digunakan terutama mereka yang biasa kepada perisian PaperPort daripada Visioneer Inc. Rating (berdasar bintang) Mudah guna: *** Nilai: ***1/2 Fungsi: **1/2 Kualiti: *** TERDAPAT penampal (patch) perisian untuk Groupwise 4.1a bagi Windows dengan nama GWCFC3.EXE di laman Novell http://support/.novell.com. Ia mengatasi ralat Remote Client Communications yang menyebabkan penangguhan lama ketika menghantar (upload) fail besar. PAPARAN semua fon skrin dalam Norton File Manager sama ada kecil atau tidak jelas setelah memasang aplikasi senggaraan (maintenance) Norton Navigator untuk Windows 95? Semak dan pastikan fon MTSORTS_.TTF masih ada lagi dalam sistem. Jika ada, tukarkan namanya kepada nama asal. Jika ini tidak mengatasi masalah, cari arahan yang menyebut Helv=dalam fail WIN.INI dan pastikan arahan di kanannya adalah MS Sans Serif. Sekiranya masalah berterusan, buka Options dalam Norton File Manager, kemudian Fonts, dan kemaskini setiap SmartTab. Mesej ralat Already Printing filename dipapar ketika membuat cetakan menggunakan pencetak Hewlett-Packard LaserJet 5 atau 5si daripada penjilid (binder) Microsoft Office dan tiada cetakan terhasil walaupun mesej ini diulang pada setiap halaman yang dicetak. Ini berlaku jika menggunakan pemacu pencetak HP5SI.DRV 2.40 (pemacu pencetak untuk LaserJet 5Si/5SiMX) atau pemacu pencetak yang dipertingkat, HPBXLA.DRV 1.0 (LaserJet 5/5M). Anda perlu memasang pemacu pencetak LaserJet 4si yang disertakan bersama Windows 95 untuk membuat cetakan daripada penjilid Office. Pemacu pencetak asal boleh digunakan bagi cetakan lain yang tidak dibuat daripada penjilid. Gunakan pemacu standard HP LaserJet 5/5M yang disertakan bersama pencetak bagi cetakan dalam penjilid Office menggunakan pencetak LaserJet 5 atau 5M. Pemacu yang dipertingkat masih boleh diguna untuk tugas cetakan lain. ((No: JUDUL: WAKTU BERCERITA DENGAN ARTI PERISIAN: Buku cerita antaraktif untuk kanak-kanak. KEPERLUAN: 386SX, 8M RAM, Windows dan kaedah grafik warna SVGA. PENERBIT: Articulate Multimedia (tel:603-791 6233). NILAI: P P P)) AKHIRNYA, selepas beberapa tahun, muncul juga program multimedia tempatan khusus untuk kanak-kanak. Suatu tempoh masa yang lama tetapi better late than never. Juga, rasanya inilah kali pertama muncul suatu perisian yang mempunyai tiga nama; Waktu bercerita dengan Arti, Storytime with Arti dan Arti .... (sebenarnya dalam Mandarin tetapi lebih kurang begitulah maknanya). Bacaannya turut disampaikan dalam tiga bahasa berkenaan. Nampaknya program ini benar-benar ditujukan kepada kanak-kanak berbilang bangsa di negara kita agar tiada yang ketinggalan. Sebagai keluaran negara Asia yang dituju kepada masyarakat Asia, program ini memaparkan empat dongeng rakyat Asia iaitu Seorang lelaki dengan buaya (kisah dari Malaysia), Beruang hitam dengan kucing hutan (Laos), Keldai dengan singa (Iran) dan Harimau yang bodoh (Brunei). Semua kisah itu ringkas dan padat serta mempunyai nilai moral di sebalik setiap satunya. Namun begitu, tidak bolehlah diceritakan satu per satu, kelak hilang pula keseronokannya. Bagaimanapun memadailah dikatakan bahawa semuanya pasti tidak asing lagi bagi kita. Pada halaman utamanya, Arti (rupanya bagai saudara jauh kartun naga dalam filem Pete's Dragon) akan menerangkan fungsi setiap butang yang disusun dalam panel selain tajuk empat cerita dongeng yang boleh diikuti. Pertama, kanak-kanak perlu menetapkan bahasa yang mereka kehendaki sama ada bahasa Malaysia, Inggeris atau Mandarin. Selepas itu, mereka boleh memilih kaedah penyampaian iaitu mendengar cerita atau ingin bermain bersama cerita. Jika memilih mendengar bacaan, setiap halaman beralih dengan sendiri. Jika mahu bermain dengan cerita, kanak-kanak boleh menyaksikan animasi tambahan jika mengklikkan hot-spot tertentu. Selain mendengar atau bermain dengan cerita, kanak-kanak juga ada pilihan untuk menyertai permainan. Ada lima permainan semuanya, Jawab soalan; Warnakan gambar; Susun suai gambar; Namakan gambar dan Permainan ingatan. Setiap permainan berbeza dan mengikuti cerita dipilih. Menurut penerbit, program ini sudah melalui beberapa peringkat ujian termasuk kid tested dan kid approved. Tidak pasti kanak-kanak mana yang mengujipakai program ini tetapi jelas kanak-kanak terbabit kurang mengikuti program edutainment lain. Ini kerana, mengikut hasil kajian self-tested, kanak-kanak tidak begitu tertarik kepada bahagian buku, sebaliknya lebih tertumpu dan leka ketika mengikuti bahagian permainan. Permainan seperti susun suai gambar (jigsaw puzzle), mewarnakan gambar dan permainan memori (memori game) memang popular. Banyak program lain turut mengandungi permainan berkenaan sebagai sampingan dan semestinya well tested, malah lulus dengan "warna-warna terbang" (flying colours...). Memanglah, masih banyak yang boleh diperbaiki tetapi untuk kanak-kanak prasekolah yang menjadi sasaran program ini, nampaknya mereka amat gembira dan puas hati. Sebaliknya, lain pula dengan bahagian bacaan cerita. Sekali lagi, tidak pasti mengapa penerbit menyertakan versi buku cerita yang sama dengan buku multimedia dalam CD-ROM. Ini kerana, buka saja bungkusan program, kanak- kanak akan terdorong untuk mengambil dahulu buku cerita dan membacanya, berbanding terpaksa memasukkan CD ke tempatnya dan menanti Arti memperkenalkan diri. Patutlah selepas itu, mereka tidak lagi berminat mengikuti bacaan, sebaliknya pergi terus ke bahagian permainan. Lebih-lebih lagi, kandungan buku multimedia tidak jauh bezanya daripada buku cerita cetakan. Bukan sahaja setiap patah perkataan dan ayat yang sama, gambar dalam buku multimedia juga diambil bulat-bulat dari versi cetakannya. Alihkan saja ke bentuk digital dan tambah animasi sedikit sebanyak. Maka, timbul pula konflik yang mana produk utama dan yang mana sampingan, buku cerita cetakan atau multimedia? Meskipun begitu, cita rasa kanak-kanak tidak selalunya jitu. Walaupun ia mungkin kurang popular berbanding versi cetakan, kelebihan buku cerita multimedia tiada tandingnya. Selain animasi lucu dan diiringi irama menarik, gaya penyampaian sungguh terpuji. Pada kotak bungkusan, penyampai jalan cerita dikatakan Ramona Rahman tetapi mungkinkah Ramona juga berbahasa Mandarin? Mungkin dengan bantuan rakan-rakan. Walau apa pun, kepada Ramona dan semua yang terbabit dari segi audio, syabas! Kemampuan menghasilkan program edutainment bersama tiga bahasa bukan perkara baru. Langkah yang sama turut dilakukan oleh Broderbund ketika menerbitkan Just Grandma and Me, dalam siri Livingbooks. Buku cerita antaraktif/multimedia itu disampaikan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Jepun. Judul berkenaan suatu hit, malah masih dicari sehingga kini, tetapi entah mengapa, Broderbund hanya mengekalkan bahasa Inggeris dalam judul- judul berikutnya dalam siri Livingbooks. Ini mungkin tindakan yang berkaitan strategi pemasaran dan cuma Articulate Multimedia boleh mencari jawapannya. Memang terasa serba kekurangan jika membandingkan keluaran tempatan yang baru bernafas dengan hasil luar negara yang terkemuka. Ibarat kereta Proton diletak sebelah BMW. Maka supaya lebih adil dan berpadanan, bandinglah Proton dengan Skoda, Hyundai atau Putra. Dari segi ini, jelas program keluaran tempatan boleh dibanggakan kerana ada juga perisian dari negara yang maju IT, lebih banyak cacat celanya. Kata pepatah, sayangkan anak tangan-tangankan, semua komen tulus dan ikhlas. Lagipun, bayar harga Proton masakan mendapat Ferrari. Jika kita boleh puas hati dengan Proton, tiada sebab kanak-kanak kita tidak boleh bergembira mendengar cerita dengan Arti. [:) Sesuai dengan kehendak tempatan. Gaya penyampaian menarik. Mesra guna. [:( Kurang bahan asli. Animasi kaku. Persembahan tidak sepenuh kaca monitor. ((No: Graphics (Statistics) - Sistem runcit elektronik Jaya Jusco.)) JAYA Jusco, rangkaian pasar raya terbesar di Malaysia memperkenalkan komuniti runcit berasaskan pertukaran data elektronik (EDI) bagi menghubungkan empat gedungnya dengan 100 pembekal barangan yang mana proses ini dapat mengurangkan tempoh menunggu antara pesanan dan penghantaran barangan. Sistem yang dibangunkan oleh EDI Malaysia itu membolehkan Jaya Jusco menghantar pesanan pembelian secara elektronik kepada pembekal barang, yang mana barang yang dipesan itu akan dilabelkan secara automatik. Timbalan Pengarah Urusan Jaya Jusco, Masaaki Toyoshima, berkata melalui sistem runcit elektronik ini Jaya Jusco tidak lagi perlu menunggu kedatangan pembekal untuk mengambil dokumen, memprosesnya dan menghantar kembali sebelum penghantaran barangan dilakukan. "Sistem runcit elektronik ini membantu Jaya Jusco dan pembekal meningkatkan produktiviti dan kecekapan di samping merapatkan perhubungan," katanya di Kuala Lumpur, minggu lalu. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian antara EDS IT Services (M) Sdn Bhd dan EDI (M) Sdn Bhd. Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz. Menurutnya, apabila fasa kedua dilaksanakan, ,Jaya Jusco dapat menghantar terus data jualan kepada pembekal bagi mengawal belanjawan, meramalkan sasaran pengeluaran, merancang jadual penghantaran dan pengangkutan. "Ini membolehkan pembekal mengawasi dan memenuhkan stok di pasar raya secara antaraktif tanpa menunggu arahan apabila terdapat kekurangan barangan," katanya. Sementara itu, Rafidah berkata, Malaysia mesti seiring, jika tidak mendahului, dengan perkembangan dalam teknologi maklumat (IT) memandangkan negara kini sedang muncul sebagai pedagang sejagat. Urus niaga secara elektronik atau perniagaan elektronik akan menjadi alat penting ketika melakukan jual beli dalam abad ke 21 yang mana Malaysia perlu memanfaatkannya sebaik mungkin. Katanya, penggunaan teknologi maklumat (IT) dalam urus niaga elektronik kini mula menjadi sesuatu yang lazim di kalangan masyarakat perniagaan. Sebagai contoh, penyertaan masyarakat perniagaan dalam EDI Pelabuhan Klang, yang dikenali sebagai Sistem Komuniti Pelabuhan Klang (PKCS), adalah menggalakkan dan amat baik untuk pembangunan sistem perniagaan elektronik di seluruh negara. PKCS yang ditubuhkan pada 1994, memperbaiki dan mempertingkatkan penyertaan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Lembaga Pelabuhan Klang, ejen kargo, ejen perkapalan, pengendali pelabuhan dan bank. "PKCS membolehkan semua pihak mengemukakan data secara elektronik kepada pihak berkuasa berkenaan, termasuk pembayaran duti kastam melalui arahan secara elektronik kepada pihak bank terbabit," katanya. Mengikut perangkaan terbaru, sebanyak 421 ejen kargo, 191 ejen perkapalan, 15 buah bank dan tiga pengendali pelabuhan beroperasi di Pelabuhan Klang. Urus niaga EDI melalui PKCS turut mencatat peningkatan daripada 230 dalam Ogos 1995 kepada 130,000 Mac tahun ini, dengan pembayaran duti yang diproses melalui Pemindahan Dana Elektronik naik kepada RM80 juta berbanding RM4 juta Ogos tahun lalu. ((Pix:- Libretto 50CT ... dimensi baru dalam dunia komputer.)) Toshiba Corp (Toshiba), pengeluar komputer notebook terbesar di dunia memperkenalkan komputer mini pertama di dunia model Libretto 50 CT, yang mana ia adalah komputer paling ringan di dunia seberat 850 gram. Kejayaan Toshiba mencipta komputer mini Libretto 50 CT menggunakan teknologi pengecilan (miniature) dijangka mewujudkan pasaran baru dalam dunia komputer berbanding yang ada sekarang seperti palmtop. Libretto 50 CT (Libretto dalam bahasa Itali yang mana jika diterjemahkan bermaksud buku kecil) dilengkapkan dengan pelbagai fungsi seperti komputer peribadi (PC) tetapi mempunyai ciri tambahan seperti menjadikannya sebagai kamera digital. Saiznya satu pertiga daripada saiz notebook biasa, mempunyai monitor 210x115x34mm dan beroperasi menggunakan sistem operasi lazim iaitu Windows 95 dan boleh memanfaatkan aplikasi lain. Ia mempunyai spesifikasi cip Pentium Intel 75MHz, paparan TFT LCD dengan resolusi 640x480, 16MB EDO RAM, cakera simpanan sehingga 8.15 megabait, SoundBlaster 16 bit. ((Pix:- Pelaburan masa depan ... kemahiran komputer suatu kewajipan untuk generasi akan datang.)) "Abah, jika hujung tahun ini abah dan ibu dapat bonus, kita beli komputer ya"... " Emm, abah dan ibu bercadang nak beli sebuah motosikal supaya senang abah dan ibu pergi ke kedai dan ke pasar"... "Alaaah abah ni, kan kereta dah ada..." Mungkin perbualan begini pernah atau akan berlaku dalam beberapa buah keluarga di Malaysia. Jika tidak berlaku secara tersurat, ia mungkin berlaku juga secara tersirat. Apa tidaknya, berapa ramai keluarga yang berkemampuan, apabila ada wang lebih, akan digunakan untuk membayar pendahuluan kereta baru walaupun kereta yang ada masih elok atau membeli sebuah motosikal walaupun kereta sudah ada dua buah ataupun pergi umrah untuk kali ketiga atau keempat. Memanglah semua itu penting. Namun, persoalannya ialah, yang mana yang lebih utama. Dalam zaman gelombang teknologi maklumat ini, jika anak-anak kita tidak diberi peluang mengambil barang sedikit faedah daripada perkembangannya, mereka akan ketinggalan dan kerugian. Ada yang memberikan alasan tidak tahu cara untuk menggunakannya, tiada masa untuk belajar, takut anak buang masa bermain dengan permainan komputer dan sebagainya. Mereka boleh memberikan berbagai-bagai alasan jika tidak melihat anak- anak sebagai aset yang penting bagi pembangunan generasi bermaklumat. Pendek kata, "mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih". Cuba bandingkan faedahnya. Kepada yang ingin membeli sebuah motosikal bagi menambahkan kenderaan sedia ada, faedahnya untuk memudahkan pergerakan ke tempat tertentu. Tetapi ia mungkin tidak benar-benar diperlukan jika sesebuah keluarga itu sudah memiliki dua buah kereta. Jika dibelikan sebuah komputer, seisi keluarga akan mendapat manfaatnya kerana ia benda baru dalam keluarga tersebut. Haji dan umrah yang kedua memang wajar dilakukan bagi yang mampu. Jika kali ketiga, bagaimana? Pahalanya akan diperolehi oleh pelakunya. Tetapi jika digantikan dengan sebuah komputer dan digunakan dengan betul, pembelinya beroleh pahala memberikan ilmu dan anak-anak yang belajar menggunakannya mendapat faedah daripadanya. Jadi, andaikata anda bercadang untuk menggunakan wang bagi sesuatu tujuan yang bersifat mewah atau sekadar tambahan kepada yang sedia ada, padahal di rumah anda masih belum ada sebuah komputer, eloklah berfikir dengan mendalam sebelum mengambil langkah yang mungkin membazir atau kurang menepati tujuannya. Sebenarnya, komputer menjana banyak faedah yang boleh dimanfaatkan oleh sesebuah keluarga. Ia bukan sekadar untuk menaip nota atau soalan peperiksaan. Memadailah di sini kita lihat perkara yang mudah dilakukan saja iaitu untuk tujuan pendidikan. Kita boleh mengajar anak-anak membaca al-Quran melalui perisian Al-Quran yang tidak sukar didapati sekarang. Anak-anak kita juga boleh membuat latihan kendiri menggunakan perisian yang berasaskan KBSR dan KBSM atau mereka juga boleh diberi peluang mengembara ke alam ilmu yang lebih luas daripada apa yang terkandung di dalam buku teks mereka melalui perisian yang berasaskan sains, geografi, kembara, bahasa Inggeris dan sebagainya yang begitu mudah didapati sekarang ini. Ibu-ibu yang ada kalanya sibuk dengan kerja di dapur boleh juga menggunakan komputer sebagai alat "mententeramkan" anak-anak menerusi perisian didikhibur. Dengan cara ini anak-anak mendapat ilmu yang berfaedah di samping berasa terhibur. Ia lebih baik daripada menyuruh mereka menonton televisyen kerana ibu bapa menentukan pembelian perisian komputer sedangkan rancangan televisyen tidak dapat ditentukan oleh ibu bapa. Apa yang disiarkan terpaksa diterima saja jika ingin ditonton sama ada ia ada unsur ganas, lucah dan sebagainya. Satu lagi perkara menarik ialah kehadiran komputer dapat dijadikan alat bagi merapatkan hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak. Proses ini berlaku semasa ibu bapa meluangkan sedikit masa untuk bersama mereka, tidak kira mengajar menggunakan perisian tertentu atau menyelesaikan jawapan yang tidak dapat dijawab oleh anak-anak yang sedang membuat latihan kendiri. Ibu bapa juga boleh meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris anak-anak jika duduk bersama mereka dan menerangkan maksud perkataan, frasa atau ayat tertentu yang terdapat di dalam perisian yang digunakan memandangkan banyak perisian komputer adalah dalam bahasa Inggeris. Seorang ustaz memberitahu, "Sejak ada komputer senang sikit, sambil dukung anak pun boleh baca Al-Quran. Buka suis komputer, pasang CD al- Quran, duduk dekat komputer sambil mendukung anak, kita baca saja bersama Shaikh Mahmud Khalil Al-Khusori sambil melihat kepada ayat-ayat al-Quran pada skrin". Boleh juga ibu bapa mengadakan sesi membaca al-Quran bersama anak-anak, katakan bacaan surah tertentu pada malam Jumaat dengan memperdengarkan bacaan qari melalui komputer. Mungkin dengan cara ini lebih mudah menarik minat mereka untuk bersama hadir ke dalam majlis begini. Perkara ini, dalam masa yang sama dapat merapatkan hubungan emosi antara ibu bapa dengan anak-anak mereka, suatu hubungan yang amat penting dalam sesebuah keluarga. Tiada guna kita sibuk berjam-jam bersama orang lain di pejabat atau dengan anak-anak orang lain di sekolah jika kita tidak dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama anak-anak kita saban hari. Kehadiran sebuah komputer di rumah mungkin boleh mempermudahkan hal ini untuk berlaku. Sebenarnya kita perlu tahu menentukan mana yang lebih utama dan berpandangan jauh ke hadapan dalam tindakan kita. Tapi awas, jangan hanya menjadikan komputer sebagai alat untuk bermain permainan atau untuk "glamour" saja! BENGKEL Kumpulan Pendidik AutoCAD 97 (ATG), anjuran Integral Cad Technologies Sdn Bhd (ICT), mampu meningkatkan pengetahuan pendidik mengenai teknologi reka bentuk berbantukan komputer (CAD) dalam sektor pendidikan. Selain itu bengkel berkenaan mampu mewujudkan persefahaman antara pensyarah, guru dan pegawai di samping bertukar pengalaman mengenai CAD dalam usaha menjadi pendidik yang lebih berkesan dalam melahirkan masyarakat celik komputer. ATG 97 ialah program disertai pensyarah, guru dan pegawai daripada Kementerian Pendidikan yang terbabit dalam pengajaran atau menyediakan kurikulum pengajaran berasaskan CAD. Program dua hari yang diadakan di Kajang minggu lalu, merangkumi seminar, bengkel dan pameran. AutoCAD ialah perisian khas untuk kegiatan mereka bentuk, digunakan dengan meluas dalam industri reka bentuk grafik berkomputer. Pengguna utama perisian itu ialah jurutera dan pereka bentuk dengan tumpuan kepada bahagian mekanikal, infrastruktur am, bangunan, automobil dan sebagainya. KAMPUS multimedia Universiti Telekom Malaysia (Unitele) di Cyberjaya akan dilengkapi dengan teknologi canggih dan kakitangan berpengalaman, termasuk pakar dari luar negara. Presidennya, Prof Ghauth Jasmon, berkata dengan kemudahan dan pensyarah berpengalaman itu, ia berupaya membantu peningkatan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) menjelang alaf baru ini. Katanya, kampus itu menawarkan program teknologi maklumat (IT) dan media, sains dan sastera serta elektrikal. "Kira-kira 2,000 pelajar akan mendaftar di kampus itu pada pertengahan 1998 dan meningkat sehingga 6,000 pelajar menjelang 2000," katanya. Unitele juga menerima kemasukan pelajar daripada negara luar seperti Afrika Selatan, Malawi, Guinea, Ghana, India, Sri Lanka, Bangladesh dan Kemboja. 1. Word Macro Concept (49 peratus) Virus makro pertama - tandanya termasuk fail dan kotak dialog yang tidak diingini - boleh disimpan hanya pada panduan templat. 2. Form.A (15 peratus) Bertindak hanya pada hari ke 18 setiap bulan - mengakibatkan tindak balas yang lambat selain berbunyi ketika klik. Ia mengandungi mesej, "Virus Form mengirim ucap selamat kepada sesiapa saja yang membaca teks ini," 3. Stealth B atau C (10 Peratus) Kemerosotan memori keseluruhan sehingga 4,000 bait. Tidak menyebabkan sebarang kerosakan yang disengajakan pada kandungan cakera keras. 4. Anti-Exe (5 Peratus) Tidak terdapat sebarang tanda tertentu. Keseluruhan pengurangan memori ialah 1,024 bait. 5. Monkey (4 Peratus) Sekiranya ia mula berjangkit daripada cakera liut yang tidak dijangkiti, semua maklumat dalam komputer tidak dapat diakses. Monkey juga antara beberapa virus yang boleh menjejaskan cakera liut ketika Microsoft Windows beroperasi. 6. Stoned (3 Peratus) Tidak terdapat kerosakan yang disengajakan. Ia akan memaparkan teks "PC anda kini sudah diSTONEkan." 7. Anti-CMOS (2 Peratus) Jarang menimbulkan masalah tetapi boleh mengakibatkan PC kaku sepenuhnya dengan mengubah konfigurasi perkakasan dalam CMOS. 8. Natas (2 Peratus) Virus akan format semula cakera keras dan memusnahkan data yang tersimpan. 9. NYB (2 peratus) Kerosakan tidak dikenal pasti. 10. Michelangelo (2 peratus) Cergas hanya pada 6 Mac iaitu tarikh lahir Michelangelo. Format semula cakera keras dan over-write data sedia ada. (Sumber: NCSA 1997. Kajian Computer Virus Prevalence). HTML ialah bahasa programan halaman web. Ia kependekan Hyper Text Markup Language atau Bahasa Penanda Naskhah Hiper atau seakan-akan itu. Minggu ini ruangan ini mengajak pembaca berkenalan dengan HTML, dan jika mahu, menggunakannya untuk satu projek yang berfaedah: iaitu membuat menu fail naskhah atau teks yang ada dalam komputer anda. Untuk tujuan ini, kita perlu ada editor (Notepad misalnya) dan program browser. Pengguna Internet tentu sedia maklum bahawa halaman web bersulam-sulam antara satu sama lain. Fail di Amerika boleh memanggil fail di Malaysia dan sebaliknya. Tetapi untuk tujuan kita, kita hanya akan membuat HTML dua lapis. Satu lapis untuk menu dan lapis kedua data yang sedia ada dalam komputer. Kita hanya perlu membuat fail HTML untuk menu. Untuk data kita gunakan format yang sedia ada. Browser dapat membaca fail naskhah. Berikut struktur fail lapis pertama yang akan kita gelar MENU.HTM. tajuk hubungan ke fail dan maklumat ringkas mengenainya Mudah bukan? HTML bukanlah susah. Ia sengaja digayakan sukar supaya menakutkan orang baru. Contoh 1:

Menu fail dalam PC

Teori UFO
Belajar Visual Basic
Sekarang kita lihat satu persatu. 1. Kita mulakan dengan arahan untuk memberitahu browser bahawa ini fail HTML. Lihat, arahan ini ditutup di akhir fail dengan arahan . Palang kanan tanda penutup arahan. Arahan ini seperti BEGIN dan END dalam Pascal atau Bismillah dan Wassalamu dalam Muqadam. 2. Kemudian kita berikan arahan . Untuk tujuan kita kali ini, arahan ini boleh ditinggalkan, tetapi masukkanlah kerana kita kemudian dapat menulis arahan lain di sini, seperti menukar warna latar dan teks misalnya. Arahan ini juga ditutup apabila habis bahagiannya, selalunya sebelum penutup arahan html. 3. Selepas itu kita berikan tajuk kepada fail kita. (

Menu fail dalam PC

). Di sini kita menggunakan kepala saiz 2. Saiz 1 paling besar dan saiz 5 paling kecil. Tanpa tajuk ini, kita mungkin tidak tahu maksud fail ini apabila dibuka dalam browser. 4. Arahan paling penting dalam projek kita: membuat hubungan kepada fail yang berselerak dalam PC, dan memberikan sedikit penjelasan mengenai kandungan fail itu. Teori UFO
^ ^ ^ ^ | | | | arahan lokasi dan tajuk penutup hubungan nama fail fail arahan Dan arahan
di hujung sekali mengarahkan supaya teks seterusnya ditulis pada baris baru. Cuba tinggalkan arahan ini dan lihat bentuk fail anda dalam browser. Apabila dibuka dengan browser, hanya tajuk fail akan kelihatan (Teori UFO), selalunya berwarna biru dan bergaris. Jika diklik di tempat ini, fail bernama ufo3.txt dalam folder usenet akan dipaparkan di skrin. Anda boleh mengisi seberapa banyak hubungan dalam menu ini. Tetapi jika terlalu banyak, elok juga dibuat tajuk kecil untuk memudahkan pencarian. Tajuk kecil ini mengikut keperluan dan kandungan PC anda. Contoh 2:

Menu fail dalam PC

Matematik

Teori UFO
Belajar Visual Basic

Teknologi



Panduan Java



Apabila siap, kita akan mempunyai satu menu utama semua fail naskhah dalam PC kita. Jika selama ini sukar bagi kita mencari fail yang kita rasa kita pernah download dari Usenet dulu, masalah ini akan selesai dengan adanya menu ini. Seperti dijanjikan, kita juga boleh memberi arahan warna. Contohnya, kita ubah arahan supaya menjadi seperti berikut: Kita boleh menggunakan red, blue, cyan, white, black, dark blue dan pelbagai lagi. Untuk warna-warna lain perlulah menggunakan nombor heksadesimal. Angka heks berasas 16 dari 0 sampai F, dengan 10 digantikan dengan A dan seterusnya, sehingga 15 menjadi F. Skrin komputer menggunakan protokol RGB atau Red Green Blue. Jadi jika kita memberikan arahan bgcolor = "ff0000", warna latar kita akan menjadi merah. Kerana nombor hex ini memberi arahan Red 15 Green 0 Blue 0. Tajuk ini memerlukan satu buku lengkap untuk penjelasan terperinci. Tetapi anda boleh mencuba beberapa nombor untuk mendapatkan warna yang paling anda minati. ((No: ADOBE PAGEMAKER 6.5 (Perisian penerbitan desktop) Penerbit: Adobe System Inc Pertanyaan: Micro Express Sales (M) Sdn Bhd (Tel: 03-2936000) Harga: RM1,808)) ((Pix:- Versi terkini ... Adobe Pagemaker 6.5.)) NAMA perisian PageMaker tidak asing kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan desktop dan grafik. Satu lagi perisian sinonim dengan industri pencetakan ialah QuarkExpress. Bagaimanapun, kebelakangan ini PageMaker kelihatan lebih agresif dan memperkenal versi baru lebih kerap, terutama sejak pelancaran Windows 95. Perisian yang tidak lama dahulu di bawah Aldus (sebelum dibeli oleh Adobe System Inc) memperkenalkan versi 6.5 dengan banyak kelebihan berbanding versi sebelumnya. Bagi pengguna yang sudah menggunakan versi 6.0 perubahan fungsi agak minimum. Tetapi kepada mereka yang masih terlekat dengan versi PageMaker 4 atau 5, PageMaker 6.5 menyinar secara keseluruhan. APA YANG DIHIDANGKAN Pakej Adobe PageMaker untuk Windows 95 dan stesen kerja Windows NT 4.0 bukan sekadar perisian individu. Selain PageMaker 6.5, pakej CD-ROM mengandungi Adobe Acrobat Distiller, Acrobat Reader, Adobe Photoshop(R) versi terhad, Adobe Table 3.0, tutorial multimedia, maklumat produk, QuarkXPress Converter dan perisian Dictionary untuk 17 bahasa. Satu CD-ROM tambahan Adobe Type On Call dengan 220 fon turut didatangkan dalam pakej 6.5. Pengguna boleh melihat maklumat mengenai produk dan tutorial multimedia semasa proses instalasi perisian. Instalasi biasa perisian ini memerlukan ruang storan kira-kira 62MB, termasuk komponen warna dan pemacu pencetak yang sesuai. Proses ini memakan masa 10 minit, bergantung kepada spesifikasi dan komponen yang dipilih. Pakej turut melengkapkan komponen QuickTime. FUNGSI BARU Satu aspek yang akan dihargai pengguna ialah antaramuka PageMaker 6.5. Versi kali ini lebih kemas dan tersusun. Susunan fungsi bentuk tab membolehkan pengguna mendapat dua atau tiga operasi melalui satu panel bentuk tab. Panel sebegini membolehkan pengguna hanya membuka satu panel dan membuat skrin paparan kurang berselerak. Memasukkan fail Adobe Illustrator ke dalam PageMaker juga lebih mudah. Pengguna boleh meletakkan fail AI terus ke dalam penerbitan tanpa perlu ditukar ke format EPS. Fungsi ini juga mengurangkan langkah operasi dan masa. Sokongan untuk Internet bukan fungsi baru. Kebanyakan perisian penerbitan dan produktiviti hari ini menggabungkan fungsi ini dan PageMaker 6.5 tidak terkecuali. Selain fungsi eksport, palet Hyperlinks digabungkan dan pengguna juga boleh mengheret dan meletak URL ke dalam dokumen fail PageMaker. Keupayaan eksport agak terhad. Bila fail PM6 dieksport ke format HTML terdapat ciri dan format yang akan hilang. Teks bersaiz besar kelihatan sangat kecil bila ia dibuka di dalam browser. Grafik yang diletakkan di dalam dokumen bagaimanapun tidak mengalami perubahan daripada dokumen asal. Untuk mengekalkan semua ciri fail asal, pengguna boleh mengeksport dokumen di dalam format fail dokumen Adobe Portable. Keupayaan mengeksport di dalam format PDF dapat mengekal keadaan asal termasuk susunan, grafik, warna dan font. Adobe turut menyertakan fungsi lapisan yang ditemui di dalam perisian grafik ke dalam versi baru PageMaker. Pengguna boleh menyusun objek kandungan di dalam bentuk lapisan. Fungsi lapisan ini yang boleh dimula dan ditutup membolehkan kerja suntingan, eksport atau cetak objek tertentu dengan lebih mudah. Fungsi yang berguna kepada pengguna ialah pemindahan fail PageMaker versi lama, menyunting warna, sokongan standard pentadbiran dan automasi format susunan. KESIMPULAN Mungkin sudah tiba masa pengguna yang masih menggunakan versi 4.0 dan 5.0 untuk menggunakan PageMaker 6.5. Sokongan kepada penapis pelbagai dan keupayaan menerima format AI terus tanpa pemindahan kepada format EPS menjadikan penggunaan PageMaker 6.5 lebih produktif. Pengguna juga pasti tertarik dengan antaramuka kemas dan penggunaan tab bagi panel menjadikan skrin lebih ceria untuk operasi. Jika adapun kekurangan ialah saiz storan yang besar dan harga agak tinggi. Jika dua faktor ini bukannya penghalang, PageMaker 6.5 ialah pilihan yang anda harus pertimbangkan. RATING Mudah guna: **** Nilai: **** Fungsi: **** Persembahan keseluruhan: **** ((Pix:- Aquanta XR/6 ... guna 10 cip Pentium Pro.)) SEBAGAI sebahagian daripada usaha menjadikan Unisys pembekal utama sistem enterprise berasaskan Windows NT, Unisys Corporation memperkenalkan pelayan pertama dalam industri perkomputeran yang menggunakan 10 unit pemproses Pentium Pro Windows NT dikenali XR/6. Pelayan ini menggunakan bas terbaru yang direka khas untuk mengelakkan prestasi menurun akibat keadaan trafik yang sempit dan melebihi had semasa skalabiliti. Walau bagaimanapun penambahan pemproses di dalam pelayan ini tidak meningkatkan prestasi yang melampaui tahap tertentu akibat desakan set cip Intel. Rekaan terbaru ini dibina dengan lima buah bas, setiap satu dipasang dua pemproses Pentium yang dihubungkan oleh SCM (Synchronous Coherent Memory) 64-bit berkelajuan tinggi dan cache L3 sehingga 20MB yang mampu mengurangkan keadaan trafik di bas SCM. XR/6 mempunyai memori sehingga 8GB ECC (error correction mode), 10 slot PCI, tiga EISA dan enam pemacu cakera keras 52GB storan dalaman. Ia dikeluarkan dengan cakera sub-sistem "hot-plugable", kuasa "hot-plugable" dan sistem penyejuk. Menurut pengarah urusan Unisys Malaysia, Jorge M Yulo, "Unisys adalah antara syarikat yang mampu mengubah NT kepada enterpris berdasarkan sejarah perisian bersepadu dan komponen perkakasan sebagai sebahagian penyelesaian yang lebih besar. Unisys komited untuk mengubah kesemua arkitektur kami kepada pemproses 1A64." XR/6 mendahului pelayan Aquanta Enterprise di samping dua buah lagi model daripada siri ini, iaitu pelayan pelbagai pemprosesan simetri - Aquanta HS/6 dan Aquanta HR/6. Keduanya berskala sehingga enam pemproses Pentium Pro dengan cache tersepadu L2 512KB setiap pemproses. Ia menawarkan memori sehingga 4GB ECC, bas PCI/EISA berkembar, 12 slot tambahan dan 15 ruang "hot-swappable" Single Connection Attachment RAID. Keduanya boleh beroperasi melalui Windows NT, Unixware dan Netware Novell. Siri Aquanta ini disasarkan untuk misi kritikal, aplikasi transaksi, keluasan yang memerlukan sesuatu yang berkebolehan tinggi untuk melindungi suasana enterpris. Pelayan keluaran terbaru memerlukan semua keperluan di atas supaya dapat menyediakan satu alternatif yang murah di dalam sistem berasaskan RISC. ((Pix:- Compaq Professional ... lebih berprestasi dengan harga berpatutan.)) COMPAQ Computer (M) Sdn Bhd (Compaq), pengeluar komputer peribadi terbesar di dunia memperkenalkan stesen kerja Compaq Professional dilengkapkan dengan cip pemprosesan Intel Pentium Pro 200 MHz bagi membolehkan jurutera, insan kreatif dan sektor kewangan mempertingkatkan kecekapan. Stesen kerja itu yang turut dilengkapkan dengan Microsoft Windows NT, kaya dengan grafik, didakwa mempunyai prestasi melebihi sistem Unix/Risc serta pengurangan kos lebih 75 peratus. Pengarah Urusan Compaq, Wong Chun Fong, berkata model terbaru stesen kerja Compaq itu mempunyai prestasi tinggi kerana dilengkapkan dengan teknologi terkini dan memenuhi standard industri. "Kerjasama antara Compaq dengan syarikat utama perisian dan perkakasan dunia membolehkan pelanggan memperolehi stesen kerja yang mampu memenuhi keperluan mereka," katanya di Kuala Lumpur, minggu lalu. Stesen kerja Compaq Professional juga boleh dilengkapkan dengan perisian kewangan dan Reka Bentuk Berbantu Komputer (CAD) dengan keupayaan grafik dalam bentuk dua atau tiga dimensi. Kesemua model mempunyai komponen standard, termasuk pemacu CD-ROM kelajuan lapan kali, pengawal Wide-ultra SCSI, antara muka bersepadu NetFlex-3 dan mudah dipertingkatkan keupayaannya kepada sistem dua pemprosesan. Bagi model yang direka bentuk untuk melakukan aplikasi tiga dimensi dilengkapkan dengan kawalan grafik ELSA GLoria-L mengandungi pemecut grafik 3D dan penampan bingkai 8MB (VRAM). Harga yang ditawarkan ialah daripada RM12,455. ((No: (STF) - Tidak sukar menentu dan memilih jenis komputer yang ingin dimiliki asalkan ada maklumat yang mencukupi. Ikutilah panduan seterusnya untuk membantu anda membuat keputusan sendiri.)) KOMPONEN BERNILAI Satu lagi aspek yang penting ketika membeli ialah mendapat nilai untuk wang anda. Lihat pada komponen yang ditawarkan dan bukan saja pada cip pemprosesan. "Rule of thumb" umum PC ialah lebih tinggi spesifikasi komponen lebih baik. Cuba lihat kepada tawaran memori (RAM), memori video, monitor, storan cakera keras, kelajuan modem, dan pemacu CD-ROM. Kemudian cuba nilai komponen tambahan yang ditawarkan seperti kad audio, pemacu zip, pembesar suara, perisian, papan kekunci dan persisian tambahan yang disediakan. RUANGAN UNTUK BERKEMBANG Selain komponen, lihat sejauh mana arkitektur sistem dapat dikembangkan daripada segi memori, kad tambahan, persisian tambahan, memori video dan cip. Untuk menyelamatkan pelaburan anda, lebih baik jika anda mendapatkan sistem dengan papan utama (motherboard) yang boleh menerima cip kelajuan tinggi dengan hanya "chip swap" tanpa perlu menukar papan utama. Periksa jumlah kad tambahan yang boleh ditambah agar dapat menambah alatan lain seperti tape backup, atau kad scanner. Juga pastikan jenis sistem video sama ada dibina terus ke atas papan utama atau menggunakan kad. Kebanyakan sistem dengan cip video dibina ke papan utama agak sukar untuk ditingkatkan berbanding kad asing. Jumlah memori yang boleh ditambah ke dalam sistem juga penting kerana selain daripada pemprosesan, meningkatkan memori (RAM) dapat mempercepatkan operasi keseluruhan sistem. JANGAN SEGAN BERTANYA Ketika bertemu penjual, tanyakan keupayaan sistem, komponen yang digunakan, ruangan untuk berkembang dan perisian tambahan yang ditawarkan. Jangan ambil bulat-bulat leteran penjual. Tanyakan kos tambahan untuk spesifikasi lebih tinggi seperti untuk RAM, video dan storan cakera keras dan buat penilaian yang bernilai. Pastikan jurujual menunjukkan keupayaan sistem dengan melakukan sesuatu operasi. Cara mudah untuk menilai keupayaan sistem ialah dengan membawa perisian benchmark sendiri agar dapat menentukan komponen seperti cip beroperasi pada kelajuan yang sepatutnya. Juga tanyakan tentang jangka masa perkhidmatan lepas jualan yang disediakan oleh sesuatu vendor. PERIKSA DULU Sebelum menerima sesuatu sistem pastikan vendor memulakan sistem beroperasi dengan mantap. Semua komponen seperti papan kekunci, kad bunyi, modem, tetikus pemacu cakera keras dan pembesar suara berada di dalam keadaan baik. Juga pastikan semua perisian seperti sistem operasi, driver untuk video, kad bunyi dan persisian lain disediakan. Semua perisian dan driver ini sangat penting terutama ketika berlaku kerosakan pada fail driver komponen. Kerosakan pada fail driver boleh menyebabkan persisian tidak boleh beroperasi dengan baik. Dan akhir sekali baca manual yang disediakan. Ini dapat meningkatkan jangka masa hayat sistem. ((Pix:- Buat amal ... antara mereka yang menderma darah di Menara IBM.)) IBM Malaysia mengadakan kempen derma darah tahunannya di Plaza IBM, Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini. Kempen yang dianjurkan oleh Kelab IBM mendapat kerjasama daripada Hospital Universiti dan sambutan menggalakkan daripada ahli kelab dan bukan ahli. Seramai 86 orang dari Plaza IBM tampil untuk menderma darah, 52 daripadanya kakitangan IBM. Jumlah ini adalah sekali ganda lebih banyak berbanding dengan tahun lalu. Setiap penderma diberikan satu tiket menonton wayang di Tanjong Golden Village (sah selama enam bulan) sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur. Tiada apa-apa tawaran yang diumumkan sebelum kempen ini diadakan, tetapi atas kesedaran ke atas mereka yang memerlukan, kempen derma darah ini berjalan dengan lancar dan terbaik. DI bawah ini panduan persediaan sebelum memasang Windows NT 4.0. * Pastikan ruang kosong cakera keras sekurang-kurangnya 120MB. * Memori terpasang tidak kurang daripada 16 MB. * Kurangkan masa pemasangan dengan menyediakan semua pemacu (drivers) untuk perkakasan terpasang. * Perkakasan baru mungkin tidak menghadapi masalah tetapi kebuntuan selalunya disebabkan oleh pemacu CD-ROM yang disambung pada kad bunyi. Dapatkan dulu pemacu bagi NT 4.0 yang diperlukan. KEMENTERIAN Pendidikan disaran menyediakan kemudahan mengakses komputer kepada semua pelajar tidak kira di mana mereka belajar, sama ada di sekolah bestari atau luar bandar. Mereka seharusnya diberikan kemudahan dan hak yang sama memandangkan ia akan mempengaruhi jenis interaksi yang berlaku secara dalam talian. Dalam memangkinkan kejayaan penggunaan komputer sebagai alat pendidikan di negara ini, pengalaman menggunakannya sendiri harus dijadikan sebahagian daripada kurikulum. Pendidik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Nor Azilah, berkata kementerian harus mempunyai matlamat untuk menyediakan semua pelajar dengan peluang yang sama. "Peluang seperti itu tidak akan berlaku kecuali mereka terutamanya di luar bandar diberi peluang yang sama," katanya di Persidangan Discovery Malaysia 97, di Shah Alam, minggu. Selain itu katanya, kemudahan mengakses itu juga harus diberikan kepada kakitangan. Menurutnya, terdapat beberapa pusat pengajian tinggi tempatan menghadkan keupayaan mengakses kepada kakitangannya, manakala pelajar diberi masa tertentu untuk melungsur Internet menggunakan browser dan menyekat kemudahan e-mel. "Menghadkan akses ke komputer kepada pelajar dan kakitangan mampu menyekat kebebasan akademik serta menghalang kegiatan kaji selidik," katanya. TIGA cara lazim membut sistem adalah: Tekan Ctrl+Alt+Del dua kali, aktifkan butang Restart pada sistem atau Start|Shut Down, pilih Restart the computer dan klik OK. Bagi Windows 95, ada cara untuk restart tanpa reboot sistem, terutamanya selepas membuat perubahan pada Registry dan sistem meminta anda membut. Caranya ialah pilih Start|Shut Down, kemudian pilih Restart the computer, dan tekan kekunci Shift ketika mengklik OK. TIME Telecommunications Sdn Bhd (TIME Telekom) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Wearnes Multi-media (Pte) Ltd untuk memperkenalkan perkhidmatan GuestNet Malaysia. TIME Telekom dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, minggu lalu berkata GuestNet adalah mod laluan Internet menerusi televisyen yang membolehkan pengunjung hotel mencapai maklumat. Wearnes Multi-media akan menyediakan TIME Telekom kelengkapan pengguna termasuk alat kawalan jauh infra merah, papan kekunci tanpa wayar, kabinet dan perkhidmatan komunikasi bagi pemasangan di hotel atau di lokasi luar. Hubungan GuestNet kepada Internet akan dilakukan menerusi rangkaian gentian optik berkelajuan tinggi TIME Telekom yang membolehkan pemindahan data dan video dengan pantas serta cekap. TIME Telekom juga menyediakan perkhidmatan menyeluruh kepada pelanggan, antaranya perkhidmatan data hingga rumusan penyelesaian rangkaian bagi komunikasi. KONSORTIUM angkasa lepas Eropah, Arianespace membuat pelancaran keempat bagi tahun ini minggu lepas dan meletakkan dua satelit telekomunikasi ke orbit menggunakan roket Ariane 44L dari tapak pelancarannya di Kourou, French Guiana. Misi itu membabitkan pelancaran satelit INMARSAT-3F4 bagi Organisasi Antarabangsa Satelit Bergerak (IMSO) dan INSAT-2D milik Organisasi Penyelidikan Angkasa India (ISRO), pada 4 Jun lalu. INMARSAT-3F4 akan membekalkan perkhidmatan telekomunikasi merangkumi kawasan Atlantik manakala INSAT-2D adalah satelit komunikasi pelbagai perkhidmatan untuk India, menurut kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Kedua-dua satelit itu adalah yang kelima dilancarkan oleh Arianespace untuk ISRO dan IMSO yang mana ini akan diikuti oleh satelit INMARSAT-3F5 dan INSAT-2E antara awal dan pertengahan tahun depan. NETSCAPE Communications Corporations (NSCP), memperkenalkan Netscape Mission Control, aplikasi baru yang dibangunkan untuk mengurangkan kos pemilikan dan pentadbiran masa dalam operasi enterpris. Produk itu dijangka akan diperkenalkan bulan ini bersama edisi Netscape Communications Standard dan Profesional. Mission Control membolehkan konfigurasi berpusat, pengedaran dan pengurusan Communicator dan komponennya melalui enterpris atau organisasi. Industri menganggarkan bahawa sepanjang hayat komputer (PC), kos operasi adalah lima atau 10 kali kos pemilikan. Mission Control merendahkan kos pemilikan secara kerjasama dengan Netscape Communicator termasuk komponen terbaru, Netscape Netcaster. Mission Control juga menyamakan teknologi server Netscape SuiteSpot dengan membolehkan Pengurus Sistem Maklumat (MIS) menyimpan dan akses peletakan konfigurasi client melalui server panduan pemboleh LDAP. Timbalan Presiden, Pemasaran Produk Client Netscape, Bob Lisbonne, berkata Mission Control mengatasi kebanyakan halangan dihadapi pengurusan sistem rangkaian enterpris masa kini. Katanya, produk itu meningkatkan kuasa Netscape Communicator bagi memudahkan penggunaan dan pengurusan perisian client enterpris. Gabungan teknologi Mission Control, AutoAdmin dan Marimba Castanet dalam Netscape Netcaster, menyediakan penyelesaian lengkap untuk pengurusan, pengedaran dan pemasangan perisian enterpris. Mission Control menyediakan alat yang membolehkan Communicator Pro diurus melalui komponen AutoAdmin, iaitu ejen perantara Communication Pro yang membolehkan perisian dikonfigurasi berpusat dan dikemas kini oleh MIS. PRODUK terkini WRQ, Reflection X 6.0, kini menyokong stesen kerja Digital Personal menggunakan prosesor Alpha. Malahan Reflection X itu juga boleh diperolehi untuk perkakasan Intel dan PowerPC. Reflection X mengekalkan komponen mudah gunanya yang digabungkan ke ReadyX iaitu set ciri reka cipta dan peralatan yang memudah pemasangan, konfigurasi dan penyambungan serta berintegrasi dengan sistem operasi desktop. Produk untuk platform Alpha itu juga menawarkan semua fungsi sedia bina terdapat pada versi pertama 6.0 seperti pemilihan warna, desktop maya Reflection dan penggabungan antara muka pengguna. ((Pix:- Terpantas ... Sistem stesen kerja peribadi Digital 600au dilengkap dengan cip Alpha 600MHz.)) DIGITAL Equipment (M) Sdn Bhd, pengeluar sistem komputer dan stesen kerja, memperkenal stesen kerja peribadi, termasuk sistem yang menyokong dua pemprosesan Pentium II dan cip Alpha dengan kelajuan jam 600MHz. Bagi sistem stesen kerja peribadi platform Pentium II, Digital menampilkan model yang menggunakan cip terbaru daripada Intel Corp, Pentium II 266MHz. Model 266i2 pula menggunakan seni bina yang menyokong dua cip Pentium II 266MHz. Untuk pengguna yang memerlukan kuasa pemprosesan lebih tinggi, Digital turut memperkenalkan siri stesen kerja berdasarkan platform cip Alpha. Sistem platform Alpha menggunakan cip Alpha kelajuan 433-, 500- dan 600MHz iaitu keupayaan terpantas bagi cip pemprosesan ketika ini. Pengurus Perniagaan Stesen Kerja kawasan Asean Digital Equipment Trevor Dodd, berkata perkenalan sistem Alpha sangat penting. "Pengumuman produk terbaru Digital termasuk stesen kerja terpantas dengan kuasa cip Alpha pada kelajuan 600MHz dan berupaya menyokong dua sistem operasi iaitu Windows NT dan Unix," kata Dodd. Selain kepantasan sistem, kekuatan platform Alpha membolehkan pengguna memilih antara sistem operasi Unix atau Windows NT. "Kerana kebolehan menyokong kedua sistem operasi ini, sistem stesen kerja Alpha ditumpu kepada pengguna Unix yang berkemungkinan mengubah kepada Windows NT," katanya lagi. Bagaimanapun sistem dengan cip 600MHz hanya akan mula dikeluarkan dalam unit lebih besar pada bulan Jun manakala sistem dengan cip lain sudah dipasarkan. Seni bina 64-bit sistem kerja Digital 600au, 500au dan 433au turut mampu menyokong peningkatan RAM hingga 1.5GB, ultra SCSI cakera keras, kebolehan audio dan CD-ROM 12X. WINDOWS NT versi 3.5 dan 3.51 tidak memasang secara automatik pemacu CD- ROM bukan-SCSI jika Setup dimulakan menggunakan WINNT.EXE atau WINNT32.EXE dan anda tidak mengarahkan Setup menambahkan pemacu yang diperlukan. Jangan lupa untuk menyertakan arahan ini atau salin pemacu yang diperlukan daripada salah satu daripada tiga disket Setup Boot Windows NT atau daripada CD-ROM Windows NT 3.5x. SEAGATE Technology Inc. (Seagate), dijangka menikmati hasil fiskal suku keempat jauh daripada perancangan disebabkan permintaan lembap terhadap produk pemacu cakeranya berkeupayaan tinggi. Pengerusi, Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Al Shugard, berkata kelembapan disebabkan permintaan hanya tertumpu kepada pasaran fail pelayan high-end, yang mana Seagate kehilangan pasaran, bukan dalam pasaran komputer peribadi (PC). Bagaimanapun katanya, pasaran desktop masih terdapat permintaan tinggi bagi pemacu cakera berbanding bekalan yang Seagate bekalkan. Menurut kenyataan Seagate, perolehan bagi tiga bulan berakhir Jun ini di jangka antara enam peratus dan 10 peratus, rendah berbanding suku ketiga berakhir Mac, bawah RM6.25 bilion. KEMENTERIAN Pendidikan akan membekalkan komputer ke seluruh sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menjelang 2000. Timbalan Menterinya, Datuk Dr Fong Chan Onn, berkata sehingga ini proses pengagihan komputer itu sedang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Menurutnya, sepanjang bulan lalu, 250 sekolah terbabit dengan proses itu yang mana 230 sekolah menengah dan 20 sekolah rendah dibekalkan dengan komputer multimedia. TANDEM Computers Inc. (Tandem), mengumumkan 14 rakaniaga perisian baru bersekutu, mampu menyediakan rangkaian meluas aplikasi enterpris untuk industri perkhidmatan kewangan merangkumi sistem penyelesaian berasaskan Windows NT Server. Rakaniaga itu ialah Advanced Information Resources (AIR); Braid Systems Ltd; FICS; Financial Systems Technology Pty Ltd (FST); Financial Technologies International (FTI) dan The Frustrum Group Inc. Selain itu terdapat Fundtech Corporation; INGENIA; InteliData; Mosaic Software Inc; MPACT Immedia Corporation; Prologic Corporation; Software Dynamics Inc dan Versatility Inc. Sebagai rakaniaga bersekutu, perisian sistem penyelesaian mereka akan dipasarkan bersama rangkaian sistem enterpris Tandem berasaskan Windows NT Server. ((No: IPC PYRAMID (Sistem desktop pemprosesan Pentium II 266MHz). Pengeluar: IPC Corp. Pertanyaan: IPC System (M) Sdn Bhd (Tel: 03-7047679). Harga: RM6,990.)) ((No: Graphics (Statistics) - Keputusan Intel Media Benchmark.)) ((Pix:- IPC Pyramid ... dengan pemprosesan Pentium II 233 MHz.)) KEPADA kebanyakan pengguna cip Pentium II hanya satu lagi siri pemproses maklumat dengan tambahan 57 arahan khusus untuk memproses multimedia dan kelajuan jam (MHz) lebih tinggi. Tetapi kepada segelintir pengguna komputer peribadi (PC) yang gilakan kelajuan, kehadiran Pentium II bagai mimpi jadi kenyataan. Cip terbaru daripada Intel antara yang terpantas bagi pada platform PC (bukan stesen kerja), Pentium II memberikan persembahan mantap seperti yang dihebohkan. Ini jelas dilihat di dalam sistem IPC Pyramid dengan pemproses 266MHz yang dihantar ke Komputer untuk kolum ini. Persembahan sistem IPC Pyramid pasti membuat pengguna kagum dan rasa ingin terus mendapatnya atau sistem yang serupa. Keupayaan sebenar dilihat daripada keputusan ujian benchmark IntelMedia, perisian yang direka untuk mengukur keupayaan memproses tugasan yang berkait dengan grafik berat dan audio. Untuk mendapat gambaran kekuatan, ujian yang sama turut dijalankan dengan sistem dengan pemprosesan Pentium 90MHz. SPESIFIKASI RINGKAS Sebelum mendalami apa yang berupaya dilakukan oleh sistem Pyramid IPC, mari kita lihat komponen dan spesifikasi yang menjadikan keseluruhan hidangan sistem IPC ini menarik. Komponen yang paling sukar untuk diketepikan sudah tentu cip Pentium II kelajuan 266MHz yang dipakej dengan cache 512KB iaitu cip terpantas boleh didapati di pasaran daripada Intel. Keupayaan pemproses Intel dibantu dengan kehadiran saiz memori yang agak besar iaitu 32MB EDO dan 2MB memori video S3 Virge yang cukup berkuasa bagi menyokong CD video tanpa gangguan nyata. Keupayaan pemproses disokong dengan komponen lain yang cukup menarik seperti 3.5GB cakera keras, CD-ROM kelajuan 16X, kad bunyi serasi Sound Blaster, dan modem 33.6kbps. Monitor 14 inci yang dihantar lengkap dengan pembesar suara dengan port untuk bunyi keluar dan mikrofon. Komponen standard lain di pakej Pyramid ialah pemacu cakera 1.44MB, tetikus dan papan kekunci. Rekabentuk menara membolehkan kekuatan sistem Pyramid ditingkat dengan tujuh ruangan kad tambahan (satu digunakan untuk S3 Virge) dan empat slot pemacu cakera hadapan (satu digunakan bagi pemacu CD-ROM). Bentuk menara bukan sahaja menyediakan ruangan berkembang tetapi ia juga memudahkan pelengkapan komponen seperti memori dan kad tambahan. Susunan komponen di dalam sistem kemas. Komponen mudah dicapai termasuk ruangan cakera. PANTAS ... SANGAT PANTAS Seperti yang dinyatakan, kekuatan utama Pyramid ialah keupayaan pemproses dan fakta ini disokong oleh keputusan ujian IntelMedia Benchmark. Perisian ini ialah aplikasi yang menjalankan beberapa operasi khusus. Operasi yang dijalankan berkait dengan persembahan video, proses imej, grafik 3 dimensi dan audio. Keputusan keseluruhan sistem turut diberikan. Semua ujian ini mengukur kebolehan pemprosesan grafik berat dan multimedia. Secara ringkas, lebih tinggi markah, lebih baik persembahan sesuatu sistem. Untuk ujian video dan proses imej, Pyramid mencatat 205.25 dan 1123.70. Manakala untuk grafik 3D dan audio, sistem IPC merekod persembahan 280.35 dan 403.65 dengan keputusan keseluruhan 295.83. Untuk melihat perbezaan persembahan, ujian yang sama turut dijalankan ke atas sistem dengan pemproses Pentium 90MHz (lihat carta untuk melihat keputusan). Jika dibuat perbandingan, sistem 90MHz kalah teruk. Sistem IPC ialah empat kali ganda lebih pantas berdasar keputusan keseluruhan dan lebih 20 kali ganda untuk proses imej. Begitu juga untuk keputusan grafik 3D dan audio. Sistem Pentium 90MHz tidak berjaya menghampiri IPC Pyramid. IPC Pyramid ialah pemenang mutlak. Bagaimanapun, harus diingat, ujian yang dijalankan mensasar kepada grafik berat dan kebolehan multimedia. Cip dengan kebolehan MMX memang direka bagi menyokong penggunaan aplikasi seperti ini. Selain daripada kekuatan pemproses, sistem bunyi IPC Pyramid juga cukup hebat terutama dengan tambahan keupayaan bunyi 3D. Bunyi permainan seperti sistem "surround sound". KESIMPULAN Cukup hebat bagi sistem desktop. Mereka yang berminat dengan permainan komputer, animasi, multimedia dan lukisan CAD/CAM pasti dapat memanfaat kekuatan IPC Pyramid. Pengguna bagaimanapun tidak dapat melihat peningkatan mendadak dan kekuatan pemprosesan Pyramid jika sistem ini digunakan untuk tugasan mudah seperti pengolah kata atau bermain Solitaire. Satu faktor yang boleh menjadikan sistem ini lebih menarik ialah monitor 15 inci. Secara keseluruhan, pada kos RM6,990 sistem IPC cukup bernilai dengan kekuatan pemprosesan padu dan beberapa perisian multimedia menarik. PENILAIAN Mudah guna **** Nilai: **** Komponen: **** Persembahan Keseluruhan: **** SEPERTI juga jentera dan mesin, Windows 95 perlu selalu disenggara agar persembahan keseluruhan senantiasa berada pada paras optimum dan kurang kejadian "hang" serta "system error". Tugas untuk menentukan Win95 berada pada status padu bukan sesuatu yang kompleks atau memakan masa panjang untuk dilakukan. Pengguna biasa yang mengetahui asas sistem operasi Win95 berupaya melakukan operasi penyelenggaraan dengan mudah tanpa perlu mendapat pakar teknikal. Selain daripada meningkat keupayaan Win95, tabiat menyelenggara sistem komputer juga boleh meningkat hayat komponen serta menyelamatkan data penting daripada mengalami kerosakan. Tip Win95 kali ini akan membentangkan beberapa panduan yang boleh dipraktikkan di dalam menentukan perjalanan sistem operasi berjalan lancar. Selain daripada panduan, beberapa aspek seperti mencipta disket untuk "booting", meningkatkan ruangan storan, menghilangkan ikon pengawal suara dan mengadakan File Manager turut dibincangkan. MENYELAMATKAN DARIPADA FAIL ROSAK Kebanyakan pengguna hanya mengetahui kerosakan pada sistem operasi bila sesuatu fail, program atau persisian tidak boleh dibuka atau tidak beroperasi. Untuk mengelakkan fail daripada menjadi rosak atau "corrupt", gunakan fungsi ScanDisk bila mengesyaki sesuatu seperti bila sistem "hang" atau mesej "error" dipapar ketika sesuatu operasi dijalankan. Masalah ini boleh dikurangkan dengan melakukan operasi ScanDisk dan Defragmenter setiap kali sistem "crash" atau pada masa tertentu seperti setiap hujung minggu. Fungsi Defragmenter juga boleh diprogram untuk berfungsi secara automatik. Tabiat menggunakan Disk Defragmenter juga akan meningkat persembahan cakera keras secara keseluruhan. MEMBERSIH CAKERA KERAS Semakin besar keupayaan storan, semakin banyak fail yang disimpan. Selalunya, fail tambahan yang disimpan tidak mempunyai fungsi khusus dan hanya mengambil ruangan storan. Dengan memusnah (delete) fail dan folder yang tidak diperlukan, pengguna bukan saja mendapat ruangan storan tambahan tetapi menjadikan sistem lebih pantas dan responsif. Selain daripada fail dan folder, mengeluarkan "drivers" dan aplikasi yang tidak diperlukan mengurangkan tekanan kepada memori sistem. Memori sedia ada boleh digunakan oleh aplikasi yang penting dan ini juga membantu meningkatkan persembahan sistem dan ketika operasi perisian. Bagaimanapun pengguna harus berhati-hati ketika mengeluarkan fail dan "driver" kerana ia mungkin menyebabkan sistem operasi atau aplikasi berhenti berfungsi. Cara mudah ialah dengan menggunakan fungsi Add/Remove Program ketika mengeluarkan perisian daripada sistem. Pengguna juga boleh menggunakan program Uninstaller atau fungsi "uninstaller" yang dilengkap bersama perisian. Jika was-was akan fungsi sesuatu fail, pengguna boleh menamakan semula fail tertentu di dalam direktori lain dan lihat kesannya kepada operasi sistem. Jika tiada kesan negatif kepada operasi, baru sesuatu fail itu boleh dihapuskan. Sebagai jaring penyelamat, pengguna digalakkan supaya membuat "backup" keseluruhan sistem. MENCIPTA DISKET BOOT Ketika memasang Win95, pengguna diberi pilihan sama ada untuk membuat boot disket atau tidak. Pengguna yang tidak membuatnya, boleh melakukan dengan mengakses Start, Setting dan ikon Add/Remove Program. Pilih Tab "Startup Disk" dan masukkan disket ke dalam pemacu. Sistem akan menyalin fail tertentu ke disket yang membolehkan sistem operasi diakses ketika "crash" yang teruk. Kadangkala, pengguna juga boleh menyalin fail MSDOS.SYS daripada direktori utama ke dalam disket yang sama. Ini akan mengarahkan sistem kepada direktori di mana Windows 95 disimpan. MENGHILANGKAN IKON PENGAWAL BUNYI Pengguna boleh menghilangkan ikon pengawal bunyi pada Taskbar dengan menekan folder Control Panel daripada Settings dan klik ikon Multimedia. Di bawah tab Audio di dalam bahagian Playback, padamkan kawalan fungsi "Show volume control" pada Taskbar dan klik OK. MAHUKAN FAIL MANAGER Walaupun Explorer dan My Computer agak canggih, sebilangan pengguna masih taat kepada cara kerja dengan menggunakan File Manager. Kepada peminat File Manager, Win95 membenarkan pengguna mendapat fungsi dan antaramuka File Manager dengan mudah. Klik butang Start, pilih Run, taip Winfile dan klik OK. File Manager akan dipapar pada skrin seperti di dalam Windows 3.1. Pengguna juga boleh meletakkan ikon File Manager pada Desktop dan menjadikannya sebahagian daripada fungsi desktop. Gunakan pencari untuk mendapatkan fail Winfile di dalam direktori c:/windows (saiznya 152KB) dan salin ke Desktop. Setiap kali ia diklik, antaramuka File Manager dipapar di skrin. Semua fungsi yang didapati di dalam File Manager termasuk kekunci pintas disediakan seperti di dalam sistem operasi terdahulu. ((Pix:- Makin murah ... pencetak berwarna Epson Stylus Color.)) EPSON Trading (M) Sdn Bhd mengumumkan penurunan harga tiga model popular pencetak dakwat untuk pengguna di rumah mulai 1 Jun lalu. Harga terbaru bagi model Stylus Color 200, Stylus Color 500 dan Stylus 500 kini ialah RM398, RM498 dan RM598. Model pencetak dakwat Stylus Color 200, 500 dan 400 ialah model aras kemasukan model pencetak Hi-Definition dengan keupayaan mencetak resolusi tinggi 720dpi. Menurut Epson, penurunan harga ini merendahkan kos pemilikan untuk pencetakan kualiti tinggi. Pengurus besar Epson Trading (M) Sdn Bhd, Miho Tanaka, berkata model Stylus Color 200, 500 dan 400 ialah pilihan menarik dengan pencetakan kualiti laser untuk teks dan warna menarik pada harga yang mudah dimiliki pengguna di rumah. Pencetak dakwat warna Stylus Color 400 menggunakan teknologi Super Microdot yang mampu meningkatkan mutu pencetakan dan warna yang seakan hidup. Persembahan Stylus Color 400 juga telah dipertingkatkan kepada empat muka surat seminit untuk cetakan hitam putih dan tiga muka surat seminit untuk warna. ((No: (STF) - Pengguna komputer tentu pernah mendengar mengenai virus komputer (tidak berkait dengan Coxsackie) yang menimbulkan keadaan huru-hara kepada pengguna komputer samada persendirian atau di dalam organisasi. Fenomena serangan virus bukan sesuatu yang baru. Untuk mengatasi serangan virus pelbagai perisian direka oleh vendor perisian yang dipanggil antivirus dan mampu membendung virus daripada terus aktif. Perisian antivirus ialah satu-satunya cara untuk menangkis serangan virus komputer. Semua pengguna harus menimbangkan perisian ini ketika membuat pembelian komputer.)) SEBENARNYA, virus komputer ialah perisian mudah atau kod program boleh laksana (executable code) yang ditulis menggunakan bahasa pengaturcaraan komputer. Kod virus akan aktif bila sesuatu operasi atau fungsi dimulakan dan ia berupaya merebak dengan membuat salinan secara automatik. Kebanyakan virus dicipta oleh mereka yang ingin menguji atau menunjukkan kebolehan pengaturcaraan mereka serta bertujuan jahat untuk merosakkan sistem komputer orang lain. Dijangka terdapat lebih 12,000 jenis virus komputer manakala lebih 300 virus baru ditemui setiap bulan. Jumlah ini cukup menakutkan kerana serangan virus kepada sistem komputer boleh meninggalkan kesan yang buruk kepada pengguna. JENIS-JENIS VIRUS Seperti juga virus yang menyerang manusia, virus komputer yang menyerang sistem menampilkan ciri tertentu seperti jenis serangan, fail yang dirosakkan, dan ruang ia berfungsi. Antara kategori virus ialah "boot sector", "file infector", "boot strap sector", "stealth", "polymorphic" dan "macro word concept". BAGAIMANA VIRUS MEREBAK? Selalunya virus komputer berpindah daripada satu PC ke PC melalui disket yang dijangkiti virus. Bila disket yang dicemari digunakan ke dalam sesuatu PC, virus turut berpindah ke sistem. Virus turut boleh berpindah melalui rangkaian komputer di dalam organisasi. Hari ini, Internet jaringan PC yang menyambungkan beribu PC boleh menjadi sumber perpindahan virus. Sebelum ini, fail sistem (dengan sambungan .exe, .sys dan .com) menjadi pembawa virus. Hari ini fail teks seperti Word boleh membawa virus jenis "makro word concept". APAKAH KESAN KEPADA KOMPUTER? Kesan serangan virus komputer bergantung kepada jenis virus dan operasi kod virus itu. Kesan serangan virus paling dahsyat ialah kehancuran seluruh sistem fail di dalam cakera keras. Antara kesan lain yang nyata ialah kehilangan masa produktif, kerosakan data, perisian tidak stabil, mesej pada skrin, gangguan, sistem "lockup" dan "crashed". Sebagai satu program, virus mempunyai saiz (dalam byte) dan beroperasi di dalam memori dan storan. Ini dengan tidak langsung menyebabkan prestasi sistem makin perlahan. Pemasangan kedua-dua Windows NT 4.0 dan Windows 95 pada komputer yang sama memang boleh dilakukan tetapi banyak aplikasi terpaksa dipasang dua kali, iaitu satu set bagi setiap sistem. Misalnya, Microsoft Office perlu dipasang pada kedua-dua sistem. Jika tidak Registry tidak akan mempunyai maklumat yang betul dan aplikasi tidak mungkin dapat mencari semua fail operasian sampingan yang diperlukan. Pelaksanaan penyemak nahu (grammar check) dalam edisi antarabangsa WordPro 96 bagi Windows 95 akan menghasilkan mesej ralat: WORDPRO caused a General Protection Fault in module LTIPRN01.DLL. Ini berlaku apabila Proof Reader, LTIPRN01.DLL tidak berinteraksi dengan baik dengan beberapa SmartMasters. Fail .DLL terkini yang tiada masalah ini boleh didapati daripada bahagian penyokong pelanggan Lotus. Penggunaan pemacu DirectX/Direct Draw untuk Windows 95 bagi kad video dengan cip Cirrus Logic yang terdahulu daripada CL-GD5420 tidak dapat dilakukan kerana Cirrus tidak menyokong DirectX untuk cip lama. ((No: INET 1997.)) ((Pix:- Mohd Azzman ... mewujudkan masyarakat elektronik.)) PERSIDANGAN Internet 97 (Inet 97) anjuran Masyarakat Internet Antarabangsa (ISOC) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini membincangkan pelbagai perkara utama membabitkan teknologi, sosial, politik, teknologi, organisasi dan bagaimana memperolehi faedah daripadanya. Persidangan Inet 97 yang mengumpulkan pakar dalam pelbagai bidang dari seluruh dunia membicarakan bagaimana Internet memberi manfaat kepada negara maju, sedang membangun dan mundur. Panel pakar yang akan menyertai sesi sidang pleno akan memperincikan kelebihan dan kelemahan apabila Internet diperkenalkan kepada negara dan diterima pakai sebagai alat untuk mempercepatkan proses kemajuan. Selain itu, sidang pleno itu turut membincangkan mengenai potensi Internet, mengenal pasti potensinya untuk membantu negara, organisasi dan individu memanfaatkannya. Jalan penyelesaian di peringkat kebangsaan, serantau dan global perlu dicari dan amat penting apabila timbul pelbagai isu di samping penyertaan agensi tempatan dan antarabangsa. Perkembangan mendadak Internet sebagai media popular untuk berkomunikasi, berhibur, mencari maklumat dan mendidik menyebabkan timbulnya pelbagai persoalan membabitkan masalah teknikal, organisasi dan isu yang memerlukan penyelesaian bagi memastikan pertumbuhannya tidak terbantut. Internet perlu diuruskan dengan baik bagi memastikan ia milik masyarakat global kerana ketika ini ia bukan lagi media untuk berhubung antara ahli sains tetapi sudah berkembang dan mencakupi bidang kehidupan manusia. Oleh sebab itu, penilaian mengenai potensinya, alternatif dan memperkayakan kandungannya akan dibincangkan oleh ahli panel untuk memastikan semua penduduk dunia menerimanya sebagai media yang dapat menambahkan maklumat dan pengetahuan. Isu mengenai siapa yang akan memiliki maklumat penting turut dibincangkan kerana apabila kesemua penduduk atau masyarakat sudah mempunyai capaian mudah kepada maklumat menyebabkan kemungkinan menimbulkan ancaman kepada keamanan negara. Sesi perbincangan sidang pleno itu akan menggunakan kaedah persidangan video antara ahli panel di Malaysia dan pihak Bank Dunia di Toronto, Kanada yang mana ini adalah kali pertama Bank Dunia menyertai dialog berkenaan membabitkan strategi perkembangan, hak persamaan, capaian, pendidikan dan teknikal. Di pihak Malaysia, ia akan mengetengahkan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai Internet dekad depan dan bagaimana negara ini dapat memanfaatkan teknologi multimedia bagi memudahkan capaian dan penyebaran maklumat kepada masyarakat. Presiden dan Ketua Eksekutif Mimos Bhd, Tengku Datuk Mohd Azzman Shariffadeen, berkata sebelum ini Internet adalah media yang kaya dengan maklumat berbentuk teks tanpa mempunyai elemen lain seperti bunyi dan gambar. "Apabila Jaringan Seantero Dunia (WWW) dicipta ia membolehkan aplikasi multimedia dimanfaatkan. "Malaysia menawarkan kepada dunia MSC iaitu kawasan yang mana eksperimen mengenai potensi multimedia dapat dilakukan dengan sebebas-bebasnya mengikut kreativiti manusia," katanya di sidang akhbar pra-Inet 97 di Kuala Lumpur, minggu lalu. Beliau berkata, hasil ujian yang dilakukan di MSC akan dapat memperkayakan maklumat dan pengetahuan keputusan untuk mewujudkan masyarakat elektronik (electronic community) pada masa akan datang. Menurutnya, rakyat di negara ini boleh mengambil peluang kewujudan MSC dengan memperkayakan kandungan bercorak tempatan untuk diketengahkan ke peringkat global serta menseimbangkan maklumat yang datang dari Barat. Beliau juga menyeru supaya lebih ramai rakyat di negara ini mengambil peluang dengan menyertai Inet 97 untuk mempelajari pelbagai selok-belok Internet untuk manfaat bersama. ((No: Judul: Personality Test. Perisian: Kuiz antaraktif. Keperluan minimum: 486SX/33, 4MB RAM, 1MB ruang cakera keras, Windows atau DOS dan kaedah grafik SVGA 256 warna. Terbitan: Virtual Entertainment Inc. Nilai: * * * *)) RAMBUT sama hitam, hati lain-lain. Walaupun pepatah ini sebenarnya ketinggalan zaman kerana warna rambut kini boleh dipelbagaikan, makna di sebaliknya tidak boleh disangkal langsung. Setiap insan punya ragam tersendiri, ada keistimewaan dan ada kekurangan masing-masing. Seperti tanda ibu jari, tiada yang sama di kalangan kita semua. Namun begitu, berbeza pula dengan tanda ibu jari yang gunanya tidak lebih daripada kaedah pengenalan, keperibadian seseorang mempunyai makna yang besar dalam arah kehidupan. Ia berkait dengan persekitaran serta perkembangan hidup kita. Sungguhpun keperibadian atau personaliti tidak mempengaruhi daya intelek dan fizikal seseorang, ia mendorong cara kita berfikir dan segala tindak-tanduk kita. Sama ada kita bijak atau gagah, personalitilah yang menentukan jika kita berfikir dan bertindak dengan sewajarnya. Maka, adakah kita mengenali diri kita sendiri? Tahukah arah kecenderungan kita? Bagaimanakah pandangan umum terhadap kita? Andainya kita inginkan jawapan terhadap semua soalan berkenaan, program Personality Test boleh membantu bagi `meneropong' jiwa kita. Ujian personaliti ini seolah-olah melihat diri kita di dalam cermin tetapi ia tidak memperlihat keadaan fizikal sebaliknya menonjolkan jiwa kita, ketinggian dan kekuatan rohani. Personality Test mempunyai empat ujian yang boleh kita ikuti iaitu personality test (ujian personaliti), self-image test (cermin diri), well- being test (ketenteraman) dan destiny test nasib masa depan). Semua ujian itu tidak berkait di antara satu sama lain dan mana-mana ujian boleh diikuti tanpa yang lainnya. Ujian personality kononnya boleh menonjolkan keperibadian kita yang sebenar. Ia membantu kita mengenali dan menilai jiwa kita yang sebenarnya. Ujian ini mengemukakan 16 soalan, semuanya berkaitan kecenderungan kita. Apa kegemaran kita, siapa tokoh atau celebrity yang kita minati, bidang apa yang menarik perhatian kita dan sebagainya. Setiap soalan itu diiringi dengan kira-kira 10 jawapan, tidak semestinya semua betul dan tidak semestinya semua salah. Kita boleh klikkan semua calon jawapan atau tidak menjawab langsung. Semua pilihan kita mempunyai maknanya. Self-image test pula membiarkan kita menilaikan apa yang kita lihat pada diri sendiri. Ia tidak mencerminkan jiwa kita sebaliknya bagaimana perawakan diri yang kita tonjolkan. Dalam ujian ini, 30 soalan dikemuka yang berupakan objektif. Ia akan menanyakan tindakan kita dalam sesuatu situasi dan lima calon jawapan diberi. Kita mesti memilih cuma satu, sama ada almost always, often, half the time, occasionally atau seldom. Jika kita ingin mengetahui keistimewaan dan kekurangan pada diri kita, kita boleh mengikuti well-being test. Ia membantu kita mengenal pasti kelebihan jiwa kita supaya boleh bertindak atau membuat pilihan yang bersesuaian dengan jiwa kita. Ia akan mengemukakan 45 soalan yang mengutarakan cadangan tindakan dalam pelbagai situasi. Kita cuma perlu menjawab benar atau salah. Bukanlah maknanya jika tindakan yang disebut itu betul atau tidak, hanya sama ada kita bersetuju atau sebaliknya. Akhir sekali, destiny test yang menilaikan sejauh mana kita mempengaruhi jalan hidup sendiri dan persekitaran kita. Adakah kita berupakan 'master' atau `wimp' dalam menentukan masa depan kita sendiri? Seperti juga well-being test, destiny test mengemukakan 30 cadangan situasi untuk kita. Sebaliknya pula, jawapannya merupakan objektif iaitu pilih satu daripada definitely agree, somewhat agree, somewhat disagree atau definitely disagree. Sekali lagi tiada jawapan yang betul atau salah, cuma sekadar sama ada kita gemarkannya atau tidak. Ujian personaliti ini, berasaskan ujian asal Cambridge, adalah antara yang paling unik menarik yang pernah dikemukakan. Ia mampu menyelami jiwa kita yang sebenar dan memberikan gambaran yang tepat, walaupun tidak kita gemari. Halaman utamanya sungguh ringkas dan mudah. Selepas menaipkan nama, kita boleh memilih sama mengikuti ujian secara individu, berkumpulan atau melakukannya untuk orang lain (administered test). Bagaimanapun, sebelum mengikuti mana-mana ujian, kita diingatkan bahawa program ini hanyalah untuk berseronok serta jangan mengelat kerana sebarang kesamaran akan menjejaskan ketepatan keputusan program. Atas keperluan inilah rasanya lebih ramai di kalangan kita yang lebih menggemari ujian secara individu agar lebih sulit. Ujian berkumpulan terbukti tidak pernah menghasilkan keputusan memuaskan. Sebaliknya, ujian bagi pihak orang lain sungguh culas. Agak mudah untuk kita menyelami keperibadian orang lain dengan hanya mengutarakan beberapa soalan mudah kepadanya sebelum memasukkan jawapannya ke dalam ujian. Ini suatu senjata hebat menjelang sesuatu perundingan! Keistimewaan Personality Test memang hebat walaupun boleh disalahgunakan. Namun begitu, dari aspek program multimedia, ia sangat mengecewakan. Ia tidak lebih daripada teks antaraktif tanpa unsur animasi atau daya tarikan visual. Maka jelaslah, apabila penerbitnya, Virtual Entertainment mengatakan Personality Test sekadar untuk berseronok, mereka tidak bermaksud berhibur. Bagaimanapun, sama ada ia dianggap serius atau sebaliknya, bergantunglah kepada kita sendiri. [:) Keputusan agak tepat. Mudah dikendali dan fahami. [:( Tidak menggunakan kelebihan multimedia sepenuhnya. Tiada unsur hiburan. ((Pix:- Masih ada tempat ... walaupun populariti menurun kerana saingan daripada mesin cetak semburan dakwat, jenis cetak dot matriks diguna meluas di pejabat.)) MESIN cetak peribadi bukan lagi dikenali sebagai aksesori tambahan yang hanya mampu dimiliki oleh sebahagian pengguna komputer peribadi (PC). Sistem mencetak yang dijana oleh arahan PC diterima sebagai kemestian di dalam melengkap pengkomputeran PC. Penerimaan mesin cetak sebagai peranti keluarga PC jelas dilihat daripada jumlah unit dijual oleh vendor utama sejak kebelakangan ini. Kempen yang dimulakan oleh vendor mesin cetak sedikit sebanyak menjadi pemangkin di dalam menyedarkan pengguna. Harga mesin cetak yang telah turun secara mendadak ekoran pasaran yang kompetitif dan lambakan produk meningkat minat pengguna. Bagaimanapun di dalam keriuhan mengejar teknologi terbaru, kebanyakan pengguna PC masih lagi kabur apa yang ditawarkan oleh pelbagai jenis mesin cetak di pasaran. Kolum panduan pembeli minggu ini melihat jenis mesin cetak, nilai, kos tambahan dan persembahannya. Jenis mesin cetak Secara asas, mesin cetak komputer dibahagi kepada dua kategori - mesin cetak impak dan tidak impak. Seperti dibayangkan namanya, mesin cetak impak beroperasi dengan menghentak mata pencetak (printhead) ke kertas. Contoh mesin cetak impak ialah sistem matriks bintik (dot matrix). Mesin cetak tidak impak (seperti mesin cetak berenjin inkjet dan laser) beroperasi tanpa hentakan mata pencetak pada permukaan kertas. Kedua jenis mesin cetak ini mempunyai operasi sendiri di dalam menabur dakwat dan toner ke atas kertas. Mesin cetak dot matriks Mesin cetak dot matriks cukup popular tiga tahun lalu sebelum serangan mesin cetak enjin dakwat dan laser di dalam pasaran. Dua komponen utama di dalam mesin cetak dot matriks iaitu mata pencetak dan katrij reben seperti yang digunakan di dalam mesin taip. Bila mendapat arahan daripada PC, mata pencetak bergerak melintang di atas kertas manakala mata pencetak menghentak garis halus di atas reben. Hasilnya, teks dan grafik terbentuk di atas kertas. Kekuatan utama mesin cetak dot matriks ialah kos pencetakan lebih murah, harga katrij rendah, jumlah cetakan lebih banyak dan keupayaan menyokong media panjang (fanfold paper). Operasi menjaga mesin cetak juga lebih mudah dan ia dapat menahan penggunaan lasak. Bagaimanapun, mesin cetak dot matrix mempunyai kelemahannya sendiri. Selain daripada kualiti pencetakan yang tidak berapa tajam dan kurang sokongan pencetakan warna, mesin cetak dot matrix agak bising. Pencetakan waktu malam dengan pencetak ini tidak digalakkan kerana mungkin mengganggu jiran bersebelahan. Hari ini populariti mesin cetak dot matrix semakin menurun dan pengiklanan pencetak jenis ini semakin berkurangan. Pengguna di rumah boleh mendapatkannya pada harga kurang daripada RM500. Segmen yang masih menggunakan mesin cetak jenis ini ialah sektor korporat yang memerlukan pencetakan pada kos rendah. Mesin cetak semburan dakwat Mesin cetak semburan dakwat tidak menggunakan reben dan menghentak permukaan kertas. Sebaliknya, pencetak dakwat menyembur dakwat halus ke atas kertas bila setiap katrij warna dipanaskan pada suhu tertentu. Untuk mesin cetak warna, tiga warna utama (cyan, magenta dan kuning) bercampur untuk menghasilkan beribu warna lain. Semburan di dalam titik setiap inci (dpi) pencetak menentukan jumlah dakwat yang mengenai kertas. Selain daripada tiga warna ini, satu katrij hitam turut dilengkap ke dalam setiap mesin cetak. Berdasar aliran semasa, mesin cetak dakwat atau (inkjet) paling popular di kalangan pengguna kerana satu faktor - keupayaan mencetak di dalam warna. Harga menarik yang ditawarkan (kurang daripada RM500) menjadi daya penarik utama berbanding mesin cetak dot matrix. Selain daripada kekuatan mencetak di dalam warna, mesin cetak dakwat senyap dan kualiti yang dihasilkan baik termasuk untuk cetakan teks hitam dan grafik warna. Pengguna diingatkan bahawa kualiti yang benar-benar menyamai kualiti foto boleh dicapai dengan menggunakan kertas kilat atau kertas khas. Penggunaan kertas taip dan kertas salinan biasa menghasilkan kualiti gambar yang kurang hidup berbanding penggunaan kertas kilat. Bagaimanapun, kertas kilat atau kertas khas lebih mahal. Ada hingga mencapai harga RM1 sehelai. Pengguna yang berminat dengan mesin cetak dakwat harus meminta penjual menunjukkan contoh cetakan pada kertas biasa untuk mendapat gambaran sebenar keupayaan mesin cetak. Selain kualiti, katrij setiap warna diganti lebih kerap berbanding katrij reben mesin cetak dot matrix. Pastikan anda mengetahui jangka masa guna dan harga untuk setiap katrij. Bergantung kepada jenis mesin cetak dan model, harga setiap katrij boleh dibeli pada harga di antara RM60 dan RM100. Ini ialah kos tambahan yang tidak diambil kira oleh pengguna ketika membuat belian. Kebanyakan vendor juga tidak menggalakkan penggunaan katrij isian semula kerana ia boleh merosakkan mesin cetak. Jaminan untuk mesin cetak juga terhenti jika kerosakan disebabkan oleh katrij isian semula. Mesin cetak laser Mesin cetak enjin laser tergolong di dalam kategori mesin cetak tidak impak. Ia menggunakan asas elektrik (positif dan negatif) untuk menarik toner ke atas kertas. Hari mesin cetak enjin laser popular di kalangan pengguna korporat kerana keupayaan mencetak lebih pantas berbanding sistem semburan dakwat. Kualiti pencetakan terang dan padu. Jumlah cetakan setiap toner juga lebih tinggi dan jarang berlaku masalah dakwat terkeluar pada cetakan. Faktor utama yang menghalang penerimaan meluas mesin cetak enjin laser kepada pengguna ialah harga yang tinggi (hampir RM1,000) untuk model entry. Pengguna juga tidak dapat menikmati kebolehan warna. Mesin cetak laser warna berharga lebih daripada RM5,000. Membuat pilihan Seperti membeli PC, mesin cetak peribadi yang dipilih harus sesuai dengan kehendak gunaan harian. Jika kehendak cetakan hanya teks mudah dan mencetak kertas panjang (fanfold), mesin cetak dot matrix kekal sebagai pilihan utama. Mesin cetak laser dan dakwat tidak berupaya mencetak media panjang. Harganya juga murah dan kos cetakan setiap keping sangat rendah. Bagi mereka yang inginkan kuasa mencetak di dalam warna, mesin cetak dakwat ialah pilihan terbaik kerana kos belian permulaan murah dan kualiti cetakan menarik. Teknologi cetakan dakwat mencapai tahap matang dan pembangunan teknologi mata pencetak dan dakwat kualiti tinggi membolehkan pengguna mendapat hasil yang seakan foto sebenar. Penggunaan juga lebih fleksibel. Bagaimana pula dengan mesin cetak enjin laser? Jarang ditemui pengguna di rumah menggunakan mesin cetak jenis ini kerana kos pembelian yang tinggi. Sebelum membuat pilihan, pengguna digalakkan mengkaji kebolehan semua model di pasaran dan membuat pembandingan harga termasuk komponen perlu ganti seperti katrij. Juga pastikan anda boleh mendapat bekalan komponen dengan mudah. Selamat membeli! KEHIDUPAN di dalam industri teknologi maklumat (IT) dan komputer peribadi (PC) cukup mudah satu masa dulu dan saya bukan maksudkan ketika zaman dinosaur. Beberapa tahun lalu, garis pemisah antara jenis sistem nyata berdasar fungsi dan ciri tertentu. Di atas meja pengguna terdapat sistem desktop PC manakala sistem besar yang mendiami ruangan seluas bilik hotel terdiri daripada sistem kerangka. Antara kedua kategori ini hidup stesen kerja platform Unix yang menjadi teman golongan jurutera untuk tujuan lukisan kejuruteraan. Hari ini lain pula jadinya. Perkembangan teknologi yang sepatutnya memudahkan pemilihan perkakasan dan sistem kini menjadi kusut. Kebanyakan pengguna digamit kekeliruan dan perasaan ini bukan tanpa sebab. Cuba lihat sistem asas PC yang dijual di pasaran. Memilih cip pemproses sudah cukup untuk memeningkan kepala. Cip yang mana satu hendak dipilih. Hari ini terdapat empat perasa daripada Intel iaitu pemproses Pentium, Pentium dengan MMX, Pentium II dan Pentium Pro. Yang tambah pening, setengah cip mempunyai kelajuan sama seperti 200MHz dan 233MHz. Itu baru daripada satu vendor. Jika diambil kira pemproses Cyrix, pengguna terpaksa memilih pemproses 6x86, 6x86MMX dan Media GX. Itu tidak termasuk pemproses daripada AMD. Jadi pemproses mana yang harus dipilih? Adakah cip 200MHz Pentium MMX, 200MHz Pentium II atau 200MHz Pentium Pro? Bagaimana pula dengan stesen kerja? Sama ada untuk memilih platform tradisional Unix atau NT. Kerana kekuatan pemproses platform x86 mencapai kelajuan kelas stesen kerja, kini timbul pula sistem yang dikenali sebagai stesen kerja peribadi - komputer peribadi keupayaan stesen kerja. Kekeliruan pengguna mencapai kemuncak bila dua pakatan industri (penyokong Microsoft/Intel dan Oracle/Sun Microsystem) memulakan pengeluaran komputer perangkaian. Umpan yang menjadi gimik penjualan ialah kos pentadbiran rendah dan pembelian permulaan harga rendah. Kaum Wintel akan mula mengeluarkan sistem untuk rangkaian yang mereka gelar NetPC pertengahan tahun ini. Seterusnya mula mengeluarkan sistem yang dicop sebagai stesen Java. Beza utama kedua sistem ialah sistem operasi. Pakatan Wintel mengguna Windows manakala kaum Java menggunakan teknologi Java. Jadi sistem mana yang harus dipilih ... NetPC, stesen Java atau sistem desktop PC penuh. Kemudian persoalan vendor atau jenama mana yang akan dipilih - jenis klon atau berjenama. Apa yang nyata kekeliruan di dalam industri hanya akan lesap bila pakatan atau pemproses yang satu muncul sebagai juara. Kemudian "perasa" lain mungkin lesap daripada pasaran. Sehingga itu terjadi, pengguna yang keliru dengan segala perkembangan industri ini jangan risau ... anda tidak berseorangan. Apa yang pasti tahun ini dengan semua produk baru yang menarik lebih baik dikenali "tahun IT keliru". ((Pix:- Bangga ... Langford memperkenalkan Nortel N911.)) GERGASI telekomunikasi Kanada, Northern Telecom (Nortel) memperkenalkan telefon selular digital versi GSM model N911 di negara ini dengan keupayaan memperolehi perkhidmatan kelui, mel suara, panggilan menanti dan tertangguh. Pasaran utama telefon selular digital itu ialah ahli profesional dan perniagaan yang jarang berada di pejabat yang mana mereka memerlukan capaian kepada maklumat. Pengarah Urusan Nortel Malaysia, Mark Langford, berkata telefon selular digital model N911 berkenaan mempunyai ciri menarik seperti program kekunci (hot key) yang membolehkan pengguna mendail terus nombor telefon. "Ini akan memudahkan pengguna supaya jangan membuang masa mencari maklumat penting yang diprogramkan dalam telefon berkenaan," katanya di Kuala Lumpur, minggu lalu. Ia mempunyai skrin paparan besar dan kad Modul Pengenalan Pengguna (SIM) yang boleh memuatkan sehingga 99 nama dan nombor telefon. Saiznya kira- kira 13 sm panjang dan masa bercakap hingga 100 minit manakala masa menanti 35 jam. Bateri pilihan mempunyai masa bercakap hingga 160 minit dan masa menunggu hingga 54 jam serta aksesori kereta dan pejabat disediakan, termasuk penggalak kereta eksklusif. Harga yang ditawarkan ialah RM688. Langford berkata, Nortel mensasarkan 15 peratus daripada pasaran telefon selular digital di Malaysia dapat dikuasai dalam masa 10 bulan selepas pelancarannya. Katanya, Binariang Communications Sdn Bhd, pengendali rangkaian telefon selular GSM Maxis akan menjadi operator kepada Nortel N911 manakala Trisilco Folec Sdn Bhd bertindak sebagai pengedar. SETIAP kali mesej 404: Not Found dipapar ketika melungsur, ini bermakna URL yang ingin dicapai tidak wujud, iaitu ia memang tidak wujud atau kesilapan menaip. Satu lagi sebab ialah nilai cache memori dan cakera (memory & disk caches) yang ditetapkan terlalu rendah. Untuk menambahkannya, buka Options|Preferences|Cache dan besarkan nilai cache secara berperingkat dengan kadar peningkatan 1000 untuk memastikan nilai paling sesuai. ((Pix:- AS/400 ... versi baru lebih murah.)) MODEL komputer AS/400, sistem perkomputeran 64-bit kini boleh dimiliki oleh peniaga industri kecil dan sederhana (IKS) dengan kemasukan versi baru AS/400 yang lebih murah berbanding model sebelum ini. Model AS/400 Advanced Entry daripada IBM World Trade Corp, sesuai digunakan sebagai pelayan bagi perangkaian komputer jabatan dan perniagaan kecil. Selain teknologi 64-bit, AS/400 Advanced Entry dilengkap dengan perisian pangkalan data DB/2 400, sistem operasi OS/400 V3R7, Client Access/400, Query Manager/400, Fax/400, dan Performance Manager/400. Perkakasan Advanced Entry dilengkapi dengan memori 32MB, cakera keras 4 GB, CD-ROM, dan pemacu pita 2 GB QIC. Pengurus Strategi AS/400 Asean/Selatan Asia IBM World Trade Corp, Mahesh C. Ramanayake, berkata model AS/400 Advanced Entry direka sebagai sistem 64-bit daripada pemproses kepada perisian. "Selain menikmati kuasa perkomputeran 64-bit, pengguna juga dapat menikmati satu sistem lengkap dengan perisian penting bagi individu di dalam perniagaan kecil," kata Mahesh. Pakej keseluruhan AS/400 Advanced Entry dijual pada harga RM22,660. Katanya, IBM boleh memperkenalkan sistem AS/400 Advanced Entry pada harga yang rendah kerana keupayaan syarikat memindahkan teknologi 64-bit yang didapati di dalam sistem besar ke pakej lebih kecil tanpa mengorbankan persembahan dan fungsi. Sistem dengan konfigurasi dan perisian serupa platform Intel lebih mahal tetapi bukan teknologi 64-bit. Sistem AS/400 Advanced Entry diedar oleh Sunway Business Systems Sdn Bhd. ((Pix:- AST Bravo MS ... gabungkan teknologi sistem pengurangan bunyi.)) AST Computer & Services (M) Sdn Bhd (AST), menyediakan rangkaian komputer desktop AST Bravo MS, sistem pengkomputeran berkeupayaan tinggi untuk pengguna di sektor perniagaan. Kuasa AST Bravo MS menggabungkan reka cipta berinovatif bersesuaian dengan perisian dan perkakasan utama dalam industri selain menghasilkan sistem penyelesaian pengkomputeran lasak bertumpukan kepada pengurangan kos. Pengurus Kawasan AST Malaysia, Nor Adnan Zainal, berkata model Bravo MS dicipta khas untuk meningkatkan persekitaran pekerjaan terutama dengan sistem penyelesaian berkuasa, menyediakan keperluan di luar jangkaan pengkomputeran. "AST menyediakan keperluan bagi dunia perniagaan masa kini yang membekalkan kombinasi tepat dalam keupayaan, ciri dan nilai bagi memaksimumkan produktiviti," katanya. Sistem Bravo MS adalah komputer peribadi (PC) senyap (Silent PC) pertama dalam industri yang menggabungkan teknologi sistem pengurangan bunyi (SNR), menjadikannya 70 peratus senyap berbanding desktop pesaing lain. FlexChassis terbaru AST adalah reka cipta NLX pertama dalam industri berasaskan standard Intel yang memudahkan pengguna membuka bahagian dalam PC hanya dengan menekan butang, menjadikan sistem itu mudah dipertingkat dan diservis. Pengguna boleh akses ke enam sistem komponen utama iaitu RAM, CPU, CD- ROM, cakera liut; cakera keras dan RAM video dalam hanya beberapa saat. Produk yang boleh diperolehi dalam bentuk desktop atau menara mini, Bravo MS menggabungkan 166MHz atau prosesor Pentium Intel 200MHz; 166MHz atau prosesor Pentium Intel dengan teknologi MMX 200MHz dan 16MB atau 32MB SDRAM (boleh dipertingkatkan sehingga 256MB). Ia juga menyediakan cache aras 2 512KB; kad grafik ATI 3D RAGE II dan kawalan grafik dengan RAM grafik yang diseragamkan (SGRAM); integrasi Intel 10/100 Ethernet; cip PCI Intel 430TX; pemacu cakera keras UltraDMA- 33 dan perisian Intel LANDesk Client Manager 3.0 untuk penilaian pengurusan DMI. Kesemua sistem Bravo MS memaparkan ciri tinjauan sendiri, analisis dan laporan teknologi (SMART) yang membolehkan pemacu cakera keras berkomunikasi secara status realibiliti di samping membantu mengatasi masalah sebelum ia berlaku. Bravo MS yang dijual dengan harga RM4,200.80 tersedia dengan perisian antivirus VirusScan dan WebScan daripada McAfee, melindungi pengguna daripada pelbagai jenis virus dengan kadar 98 peratus perlindungan. AST menyediakan model Bravo MS itu dengan Windows 95 serta IBM VoiceType 3.0. Ini memaksimumkan keberkesanan kerja pejabat kerana model itu bagaikan mendengar arahan untuk melayari melalui Windows, melancar aplikasi, mengambil memo dan helaian selain melungsur Internet. ((Pix:- CS150 ... pelayan kluster berkeupayaan tinggi.)) SYARIKAT utama dalam pengkomputeran kritikal perniagaan, Tandem Computer Incorporated (Tandem), memperkenalkan CS150, pelayan kluster berkeupayaan tinggi yang direka untuk pasaran enterpris kluster Windows NT Server. Pada harga RM37,500 serta tersedia dengan aplikasi, model CS150 mampu dimiliki dengan keupayaan pentadbiran dikendali serta sesuai digunakan bagi tugasan pemprosesan di pejabat cawangan selain pengedaran aplikasi. Berdasarkan arkitektur pelayan kluster dua prosesor Intel Pentium Pro dalam satu kabinet, model ini ialah pengenalan bagi perangkaian sistem kluster berasaskan Windows NT Server. CS150 menghasilkan keupayaan tinggi tetapi pada kos rendah berserta integrasi prosesor pantas. Pelayan CS menyediakan kemampuan dan keupayaan tahap tinggi kepada pelanggan. Arkitekturnya menggabungkan dua SMP Intel Pentium Pro dengan reka bentuk yang berupaya mengatasi kerosakan sama ada gangguan perkakasan, sistem operasi atau aplikasi dengan gabungan nod kedua. Model itu juga yang pertama berasaskan platform Intel serta dicipta khusus sebagai kluster dua nod bagi operasi Microsoft Cluster Server. Selain persembahan, sistem penyelesaian kluster Tandem juga beroperasi dengan pangkalan data Oracle dan juga NonStop SQL/MX (Tandem). CS150 juga ialah produk pertama pelayan kluster berasaskan Windows NT yang menggabungkan teknologi ServerNet bagi komunikasi kluster berkelajuan tinggi. Teknologi ServerNet menyediakan persembahan tinggi dalam kluster pada kos lebih rendah. Menurut Tandem, ia adalah sistem pertama dalam industri yang menggabungkan standard de facto interconnect. Selain teknologi dalaman Tandem, ia menerima sokongan padu bagi rekaan kluster Windows NT Server daripada rakan niaganya strategik Microsoft Corp. dan Computer Associates. Sistem CS150 ditingkatkan dengan gabungan perisian seperti Lotus Notes, Microsoft SQL Server 6.5 dan IP Watch. Tandem juga sedang mengkaji perisian lain untuk disertakan bersama CS150 itu. ((Pix:- Digital VNswitch 900XX ... untuk akses kelajuan tinggi ke pelayan.)) DIGITAL Networks, memperkenalkan Digital VNswitch 900XX, suis Fast Ethernet, produk terkini dalam rangkaian multiteknologi VNswitch. Dengan empat port suis modular 100BaseFX/TX, VNswitch 900XX menghasilkan keupayaan, suis pelbagai lapisan untuk akses kelajuan tinggi ke pelayan dan tulang belakang kampus. Ia boleh digunakan sebagai suis persendirian atau dengan mudah dijadikan ke casis suis berkelajuan tinggi Digital MultiSwitch 900. Pengurus Pemasaran (Digital Networks Asean), C J Neoh, berkata strategi suis Digital ialah membekalkan perlindungan pelaburan lengkap serta laluan perkembangan industri paling fleksibel dan berskala. "Apabila disambungkan ke VNswitch lain, VNswitch 900XX mampu menyediakan suis segera antara teknologi Ethernet, Fast Ethernet, FDDI dan ATM, kesemuanya dalam Digital MultiSwitch 900," katanya. Ciri baru suis ialah IP routing yang akan disediakan sebagai perkukuhan yang dipertingkatkan Oktober ini. "Vendor lain yang menawarkan pilihan itu perlu memastikan pelanggan membeli perkakasan tambahan dan membayar yuran untuk perisian router itu yang mana ini akan meningkatkan harga suis dengan banyaknya," katanya. Antara ciri VNswitch ialah: * Telnet bina dalam dan pengurusan SNMP dengan sistem pengurusan jelas VISN Digital. * Router pengedaran bina dalam, router IP berkeupayaan tinggi (lebih 90K pps) digabungkan dengan kelajuan wayar, suis dua lapis. * Sokongan standard lengkap (termasuk IEEE 802.1/3, ATM Forum LAN Emulation, kemunculan IEEE VLAN). Digital VNswitch 900XX kini boleh diperolehi daripada Digital Networks dan rakan niaga Asia Pacific. ((Pix:- Kapasiti tinggi ... Hornet NS8 diguna untuk membuat salinan maklumat penting.)) PENGELUAR utama pemacu pita Travan TR-4, Seagate Technology Inc. (Seagate), meningkatkan rangkaian Travan dengan memperkenalkan Hornet NS8 dan TapeStor Travan NS 8GB. Kedua-dua siri pemacu rangkaian Travan itu disediakan dengan ciri pemampatan data perkakasan sehingga 8GB serta dengan fungsi read-while- write, menjadikannya sistem penyelesaian bantuan terbaik untuk stesen kerja NT dan pelayan. Pemacu pita Hornet NS8 mempunyai keupayaan bantuan sehingga 8GB dengan kemampatan sehingga 4GB dalam mod asal bagi melindungi maklumat penting untuk golongan profesional teknologi maklumat (IT). Hornet NS8 adalah pemacu paling berkeupayaan dalam kelasnya dengan MTBF selama 275,000 jam bagi pusingan kerja 20 peratus. Seagate TapeStor Travan NS 8GB dipakejkan untuk pelanggan runcit dan digabungkan dengan pemacu Hornet NS8 serta Seagate Backup Exec untuk edisi stesen kerja NT. Menurut Timbalan Presiden Asia Pasifik (Jualan dan Pemasaran) Seagate, Joel Stead, ciri kemampuan, kapasiti dan keupayaan Hornet NS8 pada harga kompetitif, menjadikannya sistem penyelesaian bantuan penting bagi kelas pelayan baru. Seagate sudah berjaya dengan cemerlang melalui produknya, Travan, dengan menerima pengiktirafan daripada Windows Sources, HomePC, IDEA, Computer Shopper, PC World UK, Mikro Datorn dan PC Professional. Produk TR-4 Seagate kini menguasai pasaran global yang teknologinya dibangunkan bersama Imation. Seagate adalah pemasar pertama memperkenalkan pemacu TR-4 dengan antaramuka ATAPI (IDE) dan menghasilkan pemacu Travan di kilang pengeluarannya yang baru di Singapura. Seagate terus meningkatkan nilai tambah untuk produk Travan dengan gabungan media dan perisian menarik. Contohnya ia menggabungkan tambahan Seagate Backup Exec untuk Windows 95 versi 2.0 ke pakej pemacu dalaman TapeStor 3200 serta Seagate Backup Exec for NT 4.0 edisi stesen kerja ke pemacu lengkap TapeStor 8GB Travan. TUAN/PUAN; Saya ingin meminta sedikit maklumat, adakah terdapat artikel berkenaan asas komputer dan beberapa konsep umum atau bahasa komputer sebelum ini. Dan saya juga ingin tahu jika pihak tuan ada menyenaraikan beberapa buah buku rujukan atau buku terbitan dalam bahasa Malaysia yang terdapat di pasaran. Saya memohon jasa baik pihak tuan untuk mendapatkan maklumat ini sekian terima kasih. Saya begitu bangga kerana BH dapat menyediakan keluaran KOMPUTER ini yang banyak membimbing dan ianya merupakan keluaran dalam bahasa kebangsaan yang banyak membantu mereka yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris. Tahniah dan Syabas. Teruskan usaha ini dan mungkin pihak BH dapat mengumpulkan keluaran lepas KOMPUTER (artikel-artikel) dan diterbitkan dalam bentuk buku. Saya berpendapat ianya sangat baik dalam meningkatkan perkembangan pengetahuan komputer kepada masyarakat Malaysia keseluruhannya. Terima Kasih Samsur Mohamad msamsur@frst.unimas.my Universiti Malaysia Sarawak Bahan rujukan dalam bahasa kebangsaan agak terhad terutama yang berbentuk asas serta yang berbentuk panduan bagi menggunakan aplikasi, perisian, Internet dan perkakasan. Bagaimanapun, kita melihat semakin banyak penerbitan buku seperti itu terutama dalam membincangkan perkara mengenai asas komputer. Dan KOMPUTER berharap dapat memenuhi ruang yang kosong untuk informasi data dalam bahasa kebangsaan sebaik mungkin. ((Pix:- Dimensi baru audio ... kad TerraSound 128 PCI.)) INTRESOURCE Systems Pte Ltd, pembekal terkemuka sistem penyelesaian multimedia berinovatif, mengumumkan pembaharuan terhadap produk kad bunyi TerraSound 64 PCI. Kad bunyi termaju pernah dihasilkan oleh mereka dikenali sebagai TerraSound 128 PCI dengan mutu bunyi 128-Voice WaveTable Synthesizer (jadual gelombang synthesizer 128 suara) yang lebih tinggi, merangkumi 128 perisian dan perkakasan, saluran serta prosesor isyarat audio. Dimensi baru dalam penciptaan kad bunyi itu berasaskan arkitektur bas PCI dan teknologi prosesor Pentium MMX, mampu meningkatkan prestasi audio kerana direka untuk memaksimumakan kawalan audio terutama dalam aplikasi permainan komputer, multimedia dan Internet. Pengurus Jualan Kawasan, IntreSource, Bryan Hor, berkata apabila kad ini digunakan oleh komputer dengan Pentium MMX, segala peralatan muzik yang digunakan akan dapat didengar dengan jelas secara satu persatu, lebih dinamik dan realistik. Katanya, dengan arkitektur bas PCI, prestasi audio dapat dipertingkatkan berbanding peralatan audio berasaskan arkitektur ISA yang sudah ketinggalan. Haluan kad bunyi bagi komputer peribadi ketika ini ialah ke arah PCI berbanding ISA untuk memastikan peningkatan mutu bunyi dan ketepatannya. "Antara sebab mengapa ISA tidak dapat diterima lagi ialah perbelanjaan asas yang tinggi, keperluan sumber yang berlebihan seperti IRQs, DMA, I/O dan kapabiliti mengurus tenaga yang terhad." "Jalur lebar PCI adalah 133MB/saat, jauh lebih besar berbanding 7MB/saat melalui bas ISA. Ciri ini dapat mengelakkan kesesakan trafik dan membolehkan sumber unit pemprosesan pusat (CPU) digunakan untuk lain-lain aktiviti termasuk menyokong program intensif grafik dan pemecahan kod audio/video DVD," ujarnya. IntreSource menjangkakan jualan yang menggalakkan di pasaran negara ini iaitu 5,000 unit sebulan. Pengeluaran produk ini juga antara usaha mendidik pelanggan bahawa penggunaan arkitektur bas PCI adalah haluan kad bunyi komputer peribadi di masa depan. TerraSound 64 PCI sudah mula berada di pasaran sejak awal tahun ini yang dijual dengan harga RM199, manakala TerraSound 128 PCI akan dipasarkan bermula minggu ini yang akan dijual dengan harga RM229 seunit. BAHASA Melayu harus diguna dan digarapkan dalam perkembangan teknologi maklumat (IT) dan dunia siber supaya ia dapat terus hidup, kata Pengerusi Berita Nasional Malaysia (Bernama), Prof Datuk Dr Abu Bakar Hamid. Beliau berkata, apa yang menentukan bahasa itu hidup atau pupus ialah sama ada ia dapat berkembang seiring dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan digunakan dalam pelbagai bidang. "Bahasa Melayu boleh menjadi satu daripada bahasa dunia dan juga ia boleh digunakan dengan menyeluruh dalam bidang teknologi maklumat dengan memasukkan pelbagai istilah multimedia dalam bahasa itu," katanya dalam rancangan Bicara Maklumat di TV1, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Kuala Lumpur, minggu lalu. EXCITE akan melancarkan perkhidmatan WebCrawler baru, www.webcrawler.com, khasnya kepada pengguna Internet belum fasih terhadap penggunaan teknologinya. WebCrawler baru itu di jangka akan dilancarkan bulan ini dengan menyediakan ciri laman permulaan serta ciri subjek biasa seperti penjagaan kesihatan dan dihubungkan dengan alat, perbualan dan jual beli yang berkaitan. Perkhidmatan baru itu ditujukan kepada pengguna di rumah dan yang sentiasa sibuk untuk membuat tinjauan melalui beberapa ciri asas Internet. Bersama enjin pencarinya, ia akan menawarkan beberapa panduan berguna, tajuk berita utama dan alat Internet, yang mana pengguna mungkin tidak tahu cara bagaimana hendak mengaksesnya. Excite memiliki WebCrawler daripada America Online pada 1996 dan sejak itu mempunyai dua produk Internet serupa itu yang juga bersaing antara satu sama lain. SALAH satu kemudahan hiperteks atau naskhah berangkai ialah, pengguna dapat memasukinya mengikut beberapa pintu yang disediakan. Ia seperti sebuah gedung besar yang mempunyai banyak pintu. Pelanggan boleh masuk ikut pintu tepi atau pintu belakang, dan keluar mengikut jalan yang sama. Ia seperti mana-mana halaman web yang ditenun dengan rapi. Pengguna tidak perlu pergi ke laman utama atau hompej (dan diserang iklan yang bertubi-tubi) untuk mendapatkan maklumat yang dikehendakinya. Sebagai contoh, untuk mendapatkan kadar tukaran wang daripada laman web Berita Harian Online, kita tidak perlu membaca semua berita hiburan atau sukan. Pergi saja ke halaman Bisnes, dapatkan maklumat yang dikehendaki dan keluar dari situ. Mungkin untuk meneruskan ngomong-ngomong di laman chat dengan Farah_Sayang atau SangkarKala. Hiperteks atau naskhah berangkai menjadi asas kepada Internet melalui bahasa skrip yang dikenali sebagai HTML (Hypertext Markup Language). Semua laman web ditenun dengan HTML, dan web adalah ciri dominan Internet. Sifatnya yang berangkai, tenun-bertenun, dan rantai-berantai ini menjadikan hiperteks satu alat berkesan dalam pemindahan ilmu, khususnya daripada guru kepada murid. Ia membuka satu kaedah baru yang mungkin dapat memudahkan lagi pemahaman murid jika digunakan dengan betul. Ambil contoh mata pelajaran Fizik. Jika kita membuka Ensiklopedia Brittanica edisi elektronik, misalnya, pengguna disediakan satu enjin pencari sejurus setelah halaman utama terbit. Jika kita memilih istilah "Physics" (Fizik), program itu akan memberikan kita beberapa tajuk utama mengenainya. Seperti Fizik Asas, Fizik Menengah, Fizik Atom, Fizik Moden atau Perkembangan Teori Fizik. Seorang pengguna biasa yang hanya mahu menyemak lewa mungkin berminat dengan ciri-ciri bom atom yang boleh didapati dalam tajuk kecil Fizik Atom. Dan apabila dia membaca halaman mengenai bom atom, pengguna yang tidak mempunyai asas ilmu Fizik tadi, akan bertemu dengan beberapa istilah dan kaedah yang tidak difahaminya. Bagaimanapun, program ini merangkaikan istilah-istilah itu kepada tajuk- tajuk lain mengenainya. Contohnya, ada hubungan kepada sejarah bom atom, Hiroshima, teori atom dan seterusnya. Ini membolehkan pengguna mendapatkan latar belakang yang diperlukan. Hubungan kepada tajuk "atom" akan membawa kita kepada beberapa esei mengenainya - daripada yang asas hinggalah kepada perkembangan terkini. Dalam pemindahan ilmu pula, hiperteks dapat memberikan kemudahan yang serupa kepada pelajar. Mungkin dalam mata pelajaran Fizik, disediakan beberapa persoalan harian yang ada kaitan dengan Fizik. Contohnya, persoalan bagaimana Fizik membantu murid-murid menonton siaran langsung bola sepak yang diadakan di England. Atau beberapa isu lain yang menarik kepada pelajar peringkat umur sasaran. Dari situ, diberikan penjelasan secara ringkas bagaimana perkembangan moden bidang komunikasi dan elektronik membolehkan mereka menyaksikan Fulham mengalahkan Manchester United 7-0, pada masa yang sama dengan penonton di stadium jauh di sana. Dalam penjelasan ringkas ini ditenun hubungan kepada beberapa tajuk lain yang sesuai dengan silabus pelajar, sedikit demi sedikit. Dalam penjelasan peringkat kedua pula ditenun lagi hubungan kepada teori-teori asas yang ada dalam buku teks dan penjelasan mengenainya. Lebih elok jika setiap halaman penting disediakan gambar. Lebih baik lagi jika ada animasi dan kesan bunyi. Teknologi untuk menyediakan semua ini sudah ada. Apa yang perlu ialah mereka yang terbabit dalam bidang pendidikan menguasai teknologi ini dan menggunakannya dalam bilik darjah. Naskhah berangkai hanya dapat digunakan secara meluas dengan menggunakan komputer. Sebelum ini ada cubaan membuat cerita adventure secara berantai untuk kanak-kanak. Tetapi perantaian dalam buku tidaklah selengkap apa yang dapat dibuat dengan komputer. Bayangkanlah betapa seronoknya pembelajaran mengikut kaedah ini. Pelajar akan dapat melihat sendiri kaitan antara satu peristiwa dengan peristiwa lain, antara teori dan aplikasi, dan antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Contohnya, antara teori matematik dengan fizik dengan sejarah dengan biologi dan dengan agama. Pelajar dapat melihat keseluruhan rimba yang besar, bukan hanya sebatang pohon yang ada di depan matanya. Kaedah ini sudah mula digunakan oleh sesetengah sekolah yang guru- gurunya berfikiran maju di seluruh dunia. Mereka juga bertukar-tukar bahan melalui Internet supaya sumber cepat diperbesar, dan faedahnya meliputi lebih banyak pelajar. Di Internet misalnya, kita akan dapati laman-laman web yang menyediakan persembahan sebegini mengenai tajuk-tajuk yang diajar dalam darjah. Jika yang dibincangkan Biologi, akan ada gambar bergerak dan sebagainya. Kita juga melihat bahawa dalam kebanyakan laman web seperti ini, penyedia maklumat tidak terus membincangkan teori asas. Mereka terus pergi ke aplikasi harian dan dari situ dikaitkan dengan teori asas yang dipelajari dalam bilik darjah. Jika Internet ada sejak dulu, mungkin penulis kini seorang saintis yang dapat berbincang secara ilmiah dengan sebayanya dalam Sci.Unified.Theory. ..TX: Keperluan pada penyedia maklumat Buat permulaan penyedia maklumat - selalunya guru yang ada prakarsa dan berfikiran maju - perlu menguasai bahasa hiperteks. Paling mudah pada masa ini ialah HTML. Ada beberapa program yang dapat memudahkan penyediaan naskhah HTML daripada naskhah biasa. Kemudian perlu ada kelengkapan, seperti komputer dan mesin imbas. Memang benar semua ini membabitkan masa dan wang. Tetapi ia sepatutnya tidak menjadi halangan. Seorang guru yang kreatif dapat menjadikan semua halangan sebagai cabaran kepada daya inovatifnya. IA wujud sejak zaman Windows 3.0 lagi. Kemudian ia melihatkan fungsinya pada zaman sebelum dan awal Internet. Tetapi kemunculan Windows 95 dan perkembangan perisian Internet membuatkan program minggu ini tenggelam. Nama program itu ialah Hyplus, sebuah perisian DOS yang membolehkan kita membuat hiperteks atau naskhah berangkai dengan mudah. Ia shareware percuma. Tidak perlu daftar dan bayar, dan boleh disertakan dengan naskhah yang kita edarkan tanpa royalti. Kini sudah ada banyak program yang boleh membuat hiperteks, khususnya untuk Internet. Hyplus bukan untuk menyediakan laman Web tetapi untuk kegunaan biasa, khususnya projek tanpa grafik. Contohnya, menjadikan satu rencana ilmiah yang panjang dalam bentuk hiperteks: seperti tesis, buku panduan dan mata pelajaran sekolah. Memang benar DOS seperti hampir dilupakan dan kebanyakan program DOS yang lapuk di zaman akan hilang bersamanya. Tidak mungkin perkara ini berlaku kepada Hyplus. Ia dapat bertahan dalam zaman NT 5 ini dan dengan prosesor yang lebih laju, hiperteks gubahan Hyplus bertambah laju. Program ini dapat bertahan kerana ia mengurangkan proses penciptaan teks berangkai sehingga 90 peratus. Sebagai contoh, penulis mengambil masa hampir empat jam menyediakan satu kapsul hiperteks mengenai Protokol Zion menggunakan program Homesite dalam Windows 95. Semuanya teks, tanpa gambar. Dengan Hyplus, semuanya siap dalam 15 minit. Naskhah berangkai ini dapat dilihat melalui kotak DOS Win 95 dan ia laju kerana prosesor sekarang lebih laju daripada cip zamannya - zaman 13 MHz. Penyediaan hiperteks menggunakan Hyplus cepat sebab ia hanya menggunakan penanda pilihan sendiri untuk semua hubungan, lompatan atau kaitan. Katakanlah, kita mahu mengaitkan istilah "kucing" dalam frasa `dua tiga kucing berlari'. Kita berikan penanda kepada "kucing" seperti ini: dua tiga kucing <1> berlari. Apabila pengguna membuka hiperteks ini, dia akan melihat huruf atau kata yang dikelilingi penanda, menjadi cerah. Kita juga boleh menukar direktori dan memberikan hubungan terperinci seperti <1 3 15>. Maksudnya, pergi ke fail bernama 1, pada skrin nombor 3, baris ke-15. Suruhan ringkas ini memudahkan penenunan hiperteks. Kita hanya perlu memasang Edit.com, memasukkan penanda lompat dan memecahkan fail asal tadi mengikut nama dalam penanda. Pengguna pula hanya menggunakan anak panah kanan pada kata yang ditanda untuk melungsur ke fail yang dikaitkan. Jika dia mahu kembali ke fail asal, gunakan pula anak panah kiri. Hanya dua kunci penting, tidak payah klik kanan atau klik kiri. Disediakan juga beberapa ciri tambahan seperti penanda halaman dan penyertaan grafik dalam halaman, tetapi Hyplus lebih selesa dengan naskhah teks. Dalam zaman serba pantas ini, satu program yang mudah seperti Hyplus akan meningkatkan produktiviti kita. Ia boleh digunakan untuk membuat bahan rujukan sekolah misalnya. Taip atau gunakan mesin imbas untuk memasukkan teks ke dalam komputer. Kemudian buat tanda lompat dalam fail itu, dan pecahkan fail tadi menggunakan nama pada tanda lompat. Hiperteks olahan Hyplus boleh dijadikan kompleks mengikut kehendak kita, seperti kita menggunakan HTML. Cuma masa membuatnya tidak lama. Kali terakhir penulis melawat ftp.jaring.my, Hyplus ada dalam direktori pub/simtelnet/msdos/hypertext. Jika tidak ada, gunakan enjin pencari untuk kata "hyplus.zip". Ia berguna kepada guru dan kepada sesiapa yang mahu menyediakan hiperteks dengan cepat. Kalaulah ia boleh digunakan untuk Web, mudahlah tugas webmaster semuanya. MAKSUD PENGGUNAAN PEMBOLEH UBAH, TATASUSUNAN DAN PENUDING UNTUK mengubah nilai sesuatu pemboleh ubah itu, kita perlu ubahkan nilai VAL yang dipegangnya dan bukan nilai &ADD pemboleh ubah itu. Dengan ini kita tahu apabila kita mengisytiharkan sesuatu pemboleh ubah seperti int ix, char ch, long p double db atau float f, dengan mengisytihar kenyataan di bawah dengan mengambil x ialah sebarang jenis int, long, char, float atau double, anda bermaksud; x ubah/dapatkan nilai VAL atau nilai benar &x dapatkan nilai &ADD atau alamat ingatan CONTOH int ix, iy, iz; ix = iy = iz; // dapatkan nilai VAL iz dan berikan pada VAL iy dan ix *x += 1; // salah. x bukan tatasusunan atau penuding (*x) += 1; // salah. x bukan tatasusunan atau penuding (*x)++; // salah. x bukan tatasusunan atau penuding ix = &iy; // salah. Tidak boleh beri &ADD kepada VAL &ix = iy; // salah. Tidak boleh beri VAL kepada &ADD &iy = &iz; // salah. Tidak dibenarkan mengubah &ADD Jika kita isytiharkan pemboleh ubah tatasusunan seperti int ix[4], char str[10], long p[6] atau double d[3], dengan mengisytihar kenyataan di bawah dengan mengambil x ialah sebarang jenis int [], long [], char [], float [] atau double [], anda bermaksud; *x ubah/dapatkan nilai VAL elemen 0 x dapatkan nilai &ADD elemen 0 x[3]ubah/dapatkan nilai VAL elemen 3 &x dapatkan nilai &ADD bagi elemen 0 &x[3] dapatkan nilai &ADD bagi elemen 3 CONTOH int x, y[4] = { 34, 56, 76, 22 }; x = y[1]; // dapatkan VAL elemen y[1] dan berikan pada VAL x y[2] = x; // dapatkan VAL x dan berikan pada VAL elemen y[2] x = *y; // dapatkan VAL elemen y[0] dan berikan pada VAL x *y = x; // dapatkan VAL x dan berikan pada VAL elemen y[0] y[0] = y[1]; // dapatkan VAL elemen y[1] dan berikan pada VAL elemen y[0] *y += 1; // dapatkan VAL elemen y[0] dan tambah 1 (*y) += 1; ; // dapatkan VAL elemen y[0] dan tambah 1 (*y)++; ; // dapatkan VAL elemen y[0] dan tambah 1 &y = x; // salah. Tidak dibenarkan mengubah &ADD elemen 0 tatasusunan &x = y; // salah. Tidak dibenarkan mengubah &ADD &y[2] = x; // salah. Tidak dibenarkan mengubah &ADD elemen 2 tatasusunan Jika kita mengisytiharkan pemboleh ubah penuding seperti int *ix, char *str, long *p atau double *d, dan ia menuding ke arah tatasusunan { 34, 22, 45, 60, 24 }, dengan mengisytihar kenyataan di bawah, anda bermaksud; x terus ke alamat VAL dan ubah/dapatkan nilai VAL iaitu 34 *x terus ke alamat VAL dan ubah/dapatkan nilai VAL elemen 0 iaitu 34 &x terus ke alamat VAL dan dapatkan nilai &ADD bagi elemen 0 x[3]terus ke alamat VAL dan ubah/dapatkan nilai VAL elemen 3 iaitu 60 &x[3] terus ke alamat VAL dan dapatkan nilai &ADD bagi elemen 3 CONTOH int *x, y, z[4] = { 23, 45, 67, 89 }; x = &y; // dapatkan &ADD y dan berikan pada VAL x x = z; // berikan alamat &ADD z[0] dan berikan kepada VAL x x = &z[2]; // dapatkan &ADD z[2] dan berikan pada VAL x y = *x; // terus ke alamat VAL x, beri nilai VAL dari VAL x pada VAL y *x = 32; // terus ke alamat VAL dari VAL x, beri nilai VAL dengan 32 x[1] = 24; // terus ke alamat VAL x elemen x[1], dan ubah nilai dengan 24 Dengan ini bermakna; * menggunakan nama pemboleh ubah itu, anda akan pergi ke VAL * menggunakan &, anda akan pergi ke &ADD * menggunakan * atau (*), anda akan pergi ke VAL * jika ia adalah penuding, menggunakan * atau (*) akan pergi kepada VAL yang dituding Kita lihat latihan berikutnya yang menggunakan int, int [] dan int *, // Fail PROG41.C #include void main( void ) { int y[4] = { 732, 496, 310, 532 }, x=400, *ix, z; printf( "\nx = %d y[0] = %d y[1] = %d y[2] = %d y[3] = %d", x, y[0], y[1], y[2], y[3] ); ix = &x; (*ix)++; y[2] += x + y[1]; *y += 4; ix = y; (*ix)++; for ( z=0; z<4; z++ ) { ix = &y[z]; (*ix)++; } printf( "\nx = %d y[0] = %d y[1] = %d y[2] = %d y[3] = %d", x, y[0], y[1], y[2], y[3] ); } Contoh di atas mengisytiharkan int x, z, penuding *ix dan tatasusunan y[4]. Mula-mula sekali kita paparkan dahulu nilai setiap pemboleh ubah dan elemen tatasusunan. Kemudian kita berikan nilai VAL x kepada penuding ix. Menggunakan arahan. (*ix)++; Kita tambahkan nilai VAL yang dituding oleh VAL ix dengan satu. Nilai x sekarang sudah berubah. Kita ubah pula nilai VAL y[2] dengan cara y[2] += x + y[1]; Nilai VAL elemen y[2] akan ditambah dengan nilai VAL x dicampur dengan nilai VAL elemen y[1]. Dengan menggunakan arahan. *y += 4; // sama seperti * y = *y + 4 Kita sebenarnya menambah nilai VAL elemen y[0] dengan 4. Selepas itu kita berikan nilai &ADD y kepada ix atau ix menuding ke arah tatasusunan y dengan cara. ix = y; // sama dengan ix = &y[0] Apabila kita panggil arahan (*ix)++; Kita tambahkan satu kepada VAL yang dituding oleh VAL ix, iaitu elemen pertama ix[0] yang juga ialah elemen tatasusunan y[0]. Nilai elemen y[0] juga turut berubah. Dalam arahan for () pula, kita gunakan z = 0, untuk bergerak dari satu elemen y ke elemen seterusnya. Kita berikan elemen alamat ingatan &y[z] kepada VAL ix dengan cara ix = &y[z]; Penuding ix sekarang menuding ke arah setiap elemen tatasusunan y. Apabila kita tambahkan nilai dengan satu menggunakan (*ix)++; // sama dengan ix[0]++ Nilai setiap VAL bagi VAL yang dituding oleh ix itu akan berubah dengan tambahan 1. Arahan (*ix)++ bagi penuding ix itu, adalah sama jika anda taipkan ix[0]++. Jika anda menyatakan ix = y atau ix = &y[0], VAL bagi penuding ix akan menuding ke arah elemen y[0]. Jadi adalah sama dengan arahan di atas, jika anda gunakan penuding itu dengan cara ix[0]++, ix[1]++, ix[2]++, ix[3]++, y[0]++, y[1]++, y[2]++ atau y[3]++. Dengan menggunakan penuding (*ix)++, kita mengubah nilai VAL setiap elemen y. Sekarang kita ada &y[0] dan *ix. Jadi apa pula maksudnya; ix = &*y; ix = &(*y); Apa itu &*, &(*), &*(&*), &(*(&(*))), (*(&*(&(*)))) atau *(&(*(&(*))))? Anda pernah lihat arahan seperti begini dalam mana-mana contoh kod sumber C? Pernah anda guna atau memberanikan diri untuk mencubanya? int *ix, y[4] = { 234, 554, 763, 916 }; ix = &y[0] ix = &*y; ix = &(*y); ix = (&(*y)); ix = &*(&*y); ix = &(*y) + 1; ix = &*(&(*y) + 1); Agak-agaknya, kalau kita baru belajar C, mahu pengsan kalau tengok arahan di atas. Mungkin kalau kita dah lama gunakan C, kalau tak faham kita mahu give-up kalau tengok arahan di atas. Setidak-tidaknya kita akan cakap "C memang susah". Jangan putus semangat. Baru nampak parang dah kecut. Kata orang tua, "kalau hendak cairkan besi, kena tahu asal-usul besi". Sekarang kita akan cairkan C anda sedikit demi sedikit. Barulah anda akan berasa yakin semasa bercakap dengan bos anda, "Calang-calang orang, boleh tumbang Bos...". Baiklah. Orang Sabah kata "Sonang tu Ba". JIKA anda pengguna Web, besar kemungkinan anda akan mendapat berita dari Internet, menurut satu kajian yang dikomisen MSNBC. Internet kini menjadi perantara pilihan bagi pelanggan berita. Kajian itu yang dijalankan Market Facts Inc., mengkaji 350 pengguna Internet mengenai tabiat membaca berita mereka. Ia membandingkan peranan Internet sebagai sumber berita kepada televisyen, akhbar dan media lain. Peratusan pengguna Internet yang memilih laman Web begitu kerap untuk mendapat berita setinggi mereka untuk televisyen, akhbar, dan radio, menurut data kajian. Contohnya, 20.1 juta pengguna Internet melaporkan mengguna Internet dengan kerap sebagai sumber berita. Jumlah itu melebihi separuh (53 peratus) dari pengguna Internet AS. Manakala 82 peratus memilih televisyen. Peratusan untuk akhbar ialah 82 peratus dan radio 74 peratus. Untuk maklumat kewangan, pengguna lebih cenderung kepada Internet berbanding akhbar, TV kabel dan majalah. MICROSOFT Corp. (Microsoft), menguasai tangga teratas dua tahun berturut- turut dalam jualan runcit perisian komputer tahun lalu, menurut laporan firma penyelidik pasaran, PC Data. Pembuat terbesar dunia dalam perisian komputer peribadi (PC) menguasai lebih 20 peratus daripada keseluruhan pasaran runcit yang bernilai AS$4.69 bilion. Selain itu, Microsoft juga menguasai dalam kategori perisian perniagaan bagi tahun kedua dengan 36 peratus daripada nilai keseluruhan AS$2.06 bilion dalam jualan. WINDOWS NT 4.0 boleh memperuntukkan lebih banyak memori kepada pencetak daripada jumlah sebenar yang terpasang pada pencetak. Apabila ini berlaku, sistem akan cuba menghantar lebih banyak data daripada had yang termampu diterima oleh pencetak. Nilai penetapan memori perlu disemak sekiranya anda baru memasang pencetak dan kerap menghadapi masalah ketika mencetak. Untuk menyemaknya, klik Start|Settings. Klik Printers dan tekan Enter untuk membuka kotak dialog, klik kanan pada pencetak, pilih Properties dan klik Device Settings. Pilih Installed Memory dan buat pembetulan yang perlu. Setelah selesai, klik OK dan tutup kotak dialog. MEMBESARKAN saiz penimbal (buffer) rangkaian Navigator adalah satu lagi cara mengatasi sambungan lembap. Asasnya penimbal mengawal saiz data yang dihantar atau diterima pada setiap penghantaran atau penerimaan. Untuk menetapkannya, pilih Options|Network Preferences, dan klik butang Connections. Jumlah lazim ialah 32K, cukup untuk kebanyakan komputer. Bagaimanapun jumlah lagi besar boleh ditetapkan untuk membantu memperbaiki mutu sambungan. Berhati-hati dan jangan tetapkan nilai secara mendadak. Saiz penimbal yang terlalu besar sebaliknya akan melembapkan sambungan kerana komputer tidak mampu mengendalikan jumlah data terlalu besar dalam masa yang singkat. Ada baiknya membuat beberapa ujian bagi memastikan nilai paling sesuai untuk komputer anda. BERAPA kali anda dengar keluhan pengguna komputer peribadi (PC) mengenai ruangan cakera keras mereka tidak pernah cukup. Realiti sebenarnya, ia fenomena biasa. Lebih besar ruangan storan, semakin banyak yang kita isi walaupun kadangkala antara fail yang tersimpan tidak diperlukan. Apa yang yang dicipta atau program yang didapati dengan mudah menjadikan cakera keras PC rumahnya. Capaian Internet yang mengandungi berterabait data sama ada teks, grafik, audio, animasi, serta video turut menyesakkan ruangan storan. Secara tidak langsung, pengisian data tidak terkawal dalam cakera keras boleh menimbulkan masalah kepada pengguna. Asas Windows 95 kali ini melihat beberapa tabiat mudah yang boleh dipraktikkan dalam menangani "kesesakan" cakera keras. Ini beberapa cara yang dapat dilakukan untuk membebaskan cakera keras. i) Kosongkan Recycle Bin Recycle Bin ialah tong sampah sementara yang menjadi ruangan storan bagi fail yang sudah dihapuskan. Dan jika ia tidak dikosongkan, anda akan dapati storan cakera keras anda akan turut berkurangan walaupun anda tidak membina fail baru. Untuk kosongkan Recycle Bin, dwi-klik ikon Recycle Bin pada desktop dan pada menu File, klik Empty Recycle Bin. 2) Gunakan Scandisk ScanDisk cukup berguna terutama dalam memeriksa kerosakan pada cakera atau fail yang hanya menghabiskan ruangan storan. Klik butang Start, pilih Program, Accessories dan System Tools. Dalam System Tools, klik Scandisk. Pilih cakera yang ingin diperiksa dan klik Start. 3) Buat fail salinan fail yang tidak diperlukan Kadangkala terdapat fail yang tidak diperlukan tetapi masih tersimpan dalam ruangan cakera keras. Windows 95 dilengkap dengan fungsi Back Up yang boleh digunakan untuk menyalin fail dan kemudian dihapuskan dari cakera keras. Klik BackUp dalam Systems Tools dan pilih folder dan fail yang ingin disalin. Selalunya, salinan akan dihantar ke cakera pita atau cakera liut. Kemudian pengguna boleh menghapuskan fail yang sudah disalin dari cakera keras. 4) Zip fail Terdapat perisian yang dipanggil WinZip yang membolehkan pengguna memampatkan satu fail atau beberapa fail menjadi satu fail yang lebih kecil saiznya berbanding fail asal. Anda hanya perlu memulakan WinZip, pilih fail atau folder yang ingin "dizipkan" dan tekan zip. Fail yang sudah dimampatkan akan mempunyai sambungan .zip. Saiz fail zip yang dimampatkan bergantung kepada jenis fail. Pengecilan fail tidak ketara pada fail dokumen teks. Ia lebih ketara kepada beberapa format grafik dan fail sistem perisian. 5. Buang komponen Windows Tidak semua yang dilengkap dalam Windows 95 diperlukan. Anda boleh membuang komponen atau aksesori seperti permainan. Klik Control Panel dan pilih Add/Remove Program dan tab Windows Setup. Hilangkan tanda pada kotak sesuatu komponen contohnya Accessories dan klik OK. Selain komponen pengguna boleh membuang fail bantuan Help File. AGENSI Polis Kebangsaan Jepun (NPA) sedang menyiasat laporan berhubung dakwaan terdapat 58 laman porno dalam Internet, iaitu peningkatan sebanyak 38 berbanding tiga tahun lalu, yang mana mereka menggunakan negara matahari terbit berkenaan sebagai pusat operasinya. Menurut jurucakap NPA, kes yang disiasat itu merangkumi pengendali laman Internet mempamerkan imej lucah hingga kepada penjualan pelbagai tajuk pita video porno. Kegiatan pornografi amat ditegah di Jepun. Bagaimanapun, imej kanak- kanak bertelanjang boleh dipamerkan dengan syarat ia tidak menyalahi akta penganiayaan kanak-kanak. NPA sedang melakukan penyemakan ke atas undang-undang perniagaan hiburan bagi golongan dewasa, termasuk menguatkuasakan akta terhadap laman yang memerlukan capaian bagi golongan dewasa. - AFP DARI minggu lepas, apa yang dimaksudkan dengan penggunaan &*, &(*), &*(&*), &(*(&(*))), (*(&*(&(*)))) atau *(&(*(&(*)))) ialah, perujuk kepada VAL penuding. Semua kenyataan di atas, kalau anda ingin tahu, sama sahaja maknanya, iaitu memberikan nilai &ADD elemen tatasusunan y[0] kepada VAL *ix. Bagi mereka y ang mengetahui cara begini, akan menggunakannya supaya barang siapa yang melihat arahan itu akan berasa terpegun dan yang penting, tidak faham apa yang anda tulis. Untuk mengetahui keterangan di atas, anda perlu faham ini; * apabila kita mengatakan *y, kita pergi terus ke VAL elemen y[0] untuk mengubah atau mendapatkan nilai VAL tersebut * apabila kita mengatakan &y, kita pergi terus ke &ADD elemen y[0] * apabila kita mengatakan (*y), kita pergi terus ke VAL elemen y[0], sama dengan *y * jika kita mengatakan &(y), kita pergi terus ke &ADD elemen y[0] sama dengan &y * jika kita mengatakan &*y, kita pergi terus ke &ADD dari VAL elemen y[0] * jika ianya ialah &(*y), kita pergi terus ke &ADD dari VAL elemen y[0] * jika ianya ialah (&(*y)) atau (&*y), kita pergi terus ke &ADD dari VAL elemen y[0] * arahan &*(&*y), &*(&(*y)) atau &(*(&(*y))) bermaksud pergi ke &ADD dari elemen y[0] dari &ADD dari elemen y[0] * (&(*(&*(&(*y))))) atau (&*(&*(&(*y)))) pula bermaksud pergi ke &ADD dari elemen y[0] dari &ADD dari elemen y[0] dari &ADD dari elemen y[0]. Tujuan arahan di atas ialah untuk mendapatkan elemen pertama tatasusunan atau y[0]. Jika kita perhatikan operator & di sebelah kiri arahan di atas seperti &(y) &(*y) &*(&*y) &*(&(*y)) (&(*(&*(&(*y))))) Apabila anda dapati bahawa operator yang paling kiri sekali ialah operator &, yang dikurung atau tidak dalam operator ( dan ), ia menandakan, anda akan mendapatkan alamat ingatan &ADD sesuatu pemboleh ubah atau tatasusunan. Jika terdapat pula operator * penuding di sebelah kanan operator & pula, iaitu &* atau &(*) atau (&*), ia menandakan anda akan mendapatkan &ADD bagi VAL elemen 0. Dengan itu latihan di bawah memberikan beberapa cara untuk memberikan nilai &ADD bagi sesuatu elemen tatasusunan dan mendapatkan nilai bagi elemen y[0] sehingga y[3] melalui penuding menggunakan ix = &(*y); ix = &*y; ix = &(*(&(*y))); ix = &(*(&(*(&(*y))))); ix = &(*(&(*(&y[z])))); ix = &*y + z; *ix; (*ix); Kita teruskan dengan latihannya; // Fail PROG42.C #include void main( void ) { int y[4] = { 732, 496, 310, 532 }, x=400, *ix, z; printf( "\nx = %d y[0] = %d y[1] = %d y[2] = %d y[3] = %d", x, y[0], y[1], y[2], y[3] ); // menuding ke arah int x=400 ix = &(x); (*ix)++; // ubahkan nilai VAL x printf( "\n(*ix) nilai ix = %d nilai x = %d\n", *ix, x ); // menuding ke arah int y[4] printf( "\nMendapatkan elemen y[0]" ); ix = &(*y); // sama dengan ix = iy || ix = &y[0] || &(y[0]) printf( "\n&(*y) nilai = %d", *ix ); ix = &*y; printf( "\nix = &*(&(*y)) nilai = %d", *ix ); ix = &(*(&(*y))); printf( "\nix = &(*(&(*y))) nilai = %d", *ix ); ix = &(*(&(*(&(*y))))); printf( "\nix = &(*(&(*(&(*y))))) nilai = %d\n", *ix ); printf( "\nMendapatkan elemen y[i] #1" ); for ( z=0; z<4; z++ ) { ix = &(*(&(*(&(*y)))))+z; // sama dengan ix = y+ z || *ix++ ) printf( "\nix = %d VAL ix 0x%x", *ix, &(*ix) ); } printf( "\nMendapatkan elemen y[z] #2" ); for ( z=0; z<4; z++ ) { ix = &(*(&(*(&y[z])))); // sama seperti di atas printf( "\nix = %d VAL ix 0x%x", *ix, &(*ix) ); } printf( "\nMendapatkan elemen y[z] #3" ); for ( z=0; z<4; z++ ) { ix = &*y + z; // sama dengan &y[z] printf( "\nNilai ix = %d", *ix ); } } Dalam latihan tadi, kita telah mengisytiharkan int y[4], x=400, dan *ix. Terdapat satu arahan untuk menuding ke arah x, iaitu ix = &(x); Dengan arahan ini, penuding x akan menuding ke arah x. Oleh kerana x itu bukan jenis tatasusunan dan x akan memberikan nilai &ADD kepada penuding *ix, jadi adalah sama jika kita taipkan ix = &x; Sebarang arahan untuk meningkatkan nilai VAL yang dituding oleh penuding dengan cara (*ix)++; akan tetap meningkatkan bukan nilai penuding *ix, tetapi nilai VAL yang tudingnya atau lebih tetap kalau kita kata nilai yang diwakili oleh penuding *ix. Kita perlu tahu ini supaya tujuan meningkatkan nilai VAL tidak menjadi perkara lain. Arahan seperti ix = &(*y)+z; ix = &*(&(*y))+z; ix = &(*(&(*y)))+z; pula bermaksud untuk memberikan nilai &ADD elemen y[0+z] atau dari tatasusunan y elemen 0+z kepada VAL ix, sama jika anda mengatakan ix = &y[z]; atau ix = y + z; Dalam lain perkataan, pelbagai arahan dalam C boleh digunakan yang membawa maksud yang sama. Jadi, kita tidak perlu patah semangat. Kita perlu ada keyakinan dalam diri kita ini untuk melakukan sesuatu. Kita perlu faham logiknya, taktik dan cara. Kita ubahkan latihan tadi dengan menggunakan arahan yang baru ini; // Fail PROG43.C #include void main( void ) { int y[4] = { 732, 496, 310, 532 }, *ix, z=0; printf( "\nx = %d y[0] = %d y[1] = %d y[2] = %d y[3] = %d", x, y[0], y[1], y[2], y[3] ); printf( "\nMendapatkan dan mengubah nilai elemen y[z] #1" ); for ( z=0; z<4; z++ ) { ix = &(*(&(*(&(*y)))))+z; // sama dengan ix = y+ i || *ix++ ) (*ix)++; printf( "\nix = %d VAL ix 0x%x", *ix, &(*ix) ); } ix = &(*(&(*(&(*y))))); printf( "\nMendapatkan dan mengubah nilai elemen y[z] #2" ); for ( z=0; z<4; z++ ) { ix = &(*(&(*(&y[i])))); // sama seperti di atas (*(&(*ix)))++; printf( "\nix = %d VAL ix 0x%x", *ix, &(*ix) ); } printf( "\nMendapatkan dan mengubah elemen y[z] #3" ); for ( z=0; z<4; z++ ) { (*(&(*(&*(&(*y)+z)))))++; printf( "\nix = %d VAL ix 0x%x", *(&*y+z), &(*y)+z ); } } Dengan latihan di atas tadi, jika kita isytiharkan int y[4] = { 732, 496, 310, 532 }, *ix, z = 0; for ( z=0; z<4; z++ ) { ix = &(*(&(*(&(*y)))))+z; (*ix)++; } arahan seperti ix = &(*(&(*(&(*y)))))+z; akan memberikan nilai &ADD dari elemen y[z] kepada penuding VAL ix. Kemudian, menggunakan penuding ix, kita akan tingkatkan nilai y[z] itu melalui penuding ix dengan cara (*ix)++; arahan memberi nilai &ADD kepada VAL penuding adalah sama seperti for ( z=0; z<4; z++ ) { ix = &(*(&(*(&y[i])))); (*(&(*ix)))++; } Perhatikan juga arahan terakhir yang bertujuan untuk meningkatkan nilai VAL bagi penuding *ix dengan menggunakan cara (*(&(*ix)))++; DUA program percuma ini dapat memudahkan kita menguruskan fail dan folder dalam Windows 95. File Notes membolehkan kita menulis maklumat mengenai sebarang folder dan fail, dan maklumat itu akan keluar dalam Desktop Explorer. Annotate pula membolehkan kita menulis maklumat yang lebih panjang mengenai perkara yang sama. Bezanya dengan File Notes ialah, kita terpaksa membuka kotak dialog Properties fail atau folder yang dimaksudkan untuk menulis atau membaca maklumat itu. Fungsi kedua-dua program ini satu saja, iaitu ia mengingatkan kita apa kandungan folder atau fail tanpa perlu membukanya. Setelah sekian lama, cakera kita akan dipenuhi fail jenis teks, grafik, html dan pelbagai lagi. Jika ditulis catatan mengenai kandungan fail JPG kita, misalnya "Gambar Masjidil Aqsa", mudahlah kita mengetahui apa kandungan "aqmij.jpg" tiga bulan selepas fail itu masuk ke dalam PC. Di antara dua ini, File Notes lebih praktikal. Ini kerana kita dapat melihat catatan di paparan. Bagaimanapun, Annotation - yang memerlukan kita membuka Properties - lebih berguna jika kita tidak mahu orang lain mengetahui kandungan fail itu. Mereka juga tidak akan tahu ada ciri ini dalam kotak dialog Properties. Annotation juga membolehkan kita menulis catatan lebih panjang. Kaki shareware atau freeware, anda dapat memindahkan kandungan "file_id.diz" atau "readme.txt" ke dalam ruang Annotation. Ia juga dapat digunakan untuk menulis nota jika kita mengenkodkan fail jpg kita misalnya, atau mencatat kata kunci untuk fail yang dikunci. Dengan adanya program seperti ini, kita tidak perlu menulis nama fail yang panjang untuk mengecam kandungannya. Kita hanya perlu memberikan fail kita nama "surat3.txt" dan bukan "surat kepada ruangan Surat Pembaca Berita Harian mengenai lampu jalan di kampung saya.txt". Nama yang pendek memudahkan kita apabila mahu menggunakan DOS untuk membaca atau menyunting surat itu. Bagi kebanyakan orang, menulis menggunakan edit.com (program DOS) lebih cepat daripada Notepad (program Win95). ((Pix:- Canggih ... Kitney (kiri) dan Pengurus Besar Kumpulan Kulim Technology Management Sdn Bhd, Mazlee Md Ramli menerangkan penggunaan kad pintar dalam PIF.)) FAIL Maklumat Pesakit (PIF), aplikasi teleperubatan yang dibangunkan pakar perubatan Britain membolehkan diagnosis dan sejarah pesakit dilakukan secara dalam talian (online) dan Internet menggunakan talian telefon. Melalui PIF, doktor akan merekodkan data ECG di pusat rawatan di Malaysia yang kemudian dihantar ke pakar jantung di London. Pakar berkenaan melakukan diagnosis terhadap data penyakit yang dihantar dalam bentuk multimedia serta memberi nasihat kepada doktor di Malaysia mengenai rawatan yang perlu dilakukan. Data ECG itu kemudian dimasukkan ke dalam PIF secara elektronik dan automatik. Kelebihannya ialah kos yang rendah (STG50), mengambil masa hanya sehari untuk keseluruhan proses dan pesakit tidak perlu mengambil cuti hanya semata-mata untuk mengunjungi pakar jantung. PIF adalah sistem rangkaian komputer terbuka, modul yang menyokong protokol TCP/IP mengandungi tiga stesen iaitu pelayan, arkib dan reviu. Ia juga boleh diperluaskan kepada lebih daripada 10 stesen kerja. Ketua Jabatan Biologi, Teknologi dan Perubatan, Kolej Imperial London, Prof Dr R I Kitney, berkata PIF adalah aplikasi teleperubatan yang memanfaatkan teknologi Web (Web based technology) dengan keupayaan multimedia. "Ia mengambil masa lebih empat tahun untuk dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan untuk menggabungkan Sistem Maklumat Radiologi, patologi, jantung dan hospital yang mana ia dihantar ke stesen kerja serta pangkalan data," katanya minggu lalu. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis seminar kesihatan anjuran Software International dan Taman Teknologi Kulim di Pusat Sumber, Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kesihatan, Chua Jui Meng sempat meluangkan masa selama lebih sejam mendengar ceramah mengenai PIF yang disampaikan Profesor Kitney. Kitney berkata, PIF dibangunkan mengikut standard yang ditetapkan Komunikasi Imej Digital (DICOM), beroperasi menggunakan komputer berasaskan Windows, dan stesen kerja Unix. "Ketika ini, sistem PIF yang sedang dibangunkan menggunakan sistem rangkaian Intranet manakala ujian sedang dilakukan untuk memanfaatkan Internet bagi menghantar data berkenaan," katanya. Pusat Pakar Utama (PPU) di Alor Star Kedah dipilih untuk melakukan ujian klinikal bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaan PIF selama tiga bulan. "Ujian berkenaan merangkumi penggunaan kad pintar sebagai kaedah menangani isu keselamatan dalam Internet kerana kad pintar itu akan bertindak sebagai komputer yang menyimpan semua data pesakit," katanya. Malaysia dipilih bagi pusat ujian klinikal itu kerana negara ini sedang giat membangunkan projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang mana salah satu daripada aplikasi perdananya ialah teleperubatan. "Melalui MSC terutama aplikasi teleperubatan, Malaysia akan dapat memasuki pasaran teleperubatan global dan menjadi sebahagian daripada jaringan teleperubatan dunia," katanya. Sistem Rangkaian Perubatan Global beroperasi 24 jam sehari itu dibangunkan secara bersama dengan Hospital St Mary, Hospital Bumrungrad di Bangkok London dan University of Southern California di Los Angeles, dalam tempoh empat minggu lagi. SIAPA perlukan menu jika kebanyakan fungsi Navigator boleh dilaksana menggunakan papan kekunci? Guna Ctrl-R untuk reload laman. APLIKASI Microsoft Office 4.x boleh dilaksana dalam ruang memori berasingan daripada Microsoft Office Toolbar dengan Windows NT 3.50 dan 3.51. Persediaan yang perlu ialah mewujudkan batch file dengan arahan seperti di bawah ini (boleh gunakan NotePad untuk mewujudkan fail ini). start /separate /b d:\msoffice\excel\excel.exe exit Selepas menamakan fail itu (dengan sambungan *.BAT) dan menyimpannya dalam folder, mulakan toolbar dengan melaksanakan Microsoft Office. Seterusnya, klik butang aplikasi (hujung sebelah kanannya), pilih Customize|Toolbar dan seterusnya pilih Add. Isikan ruang kosong dan seperti di bawah ini: Description: Excel (atau aplikasi lain) Command Line: c:\bat\Excel_S.bat (lokasi fail *.bat yang diwujud disimpan) Working Directory: [Seperti diperlukan] Button Image: [Seperti diperlukan] BADAN standard antarabangsa bagi Jaringan Seantero Dunia (WWW), World Wide Web Consortium (W3C), menerima standard terbaru bagi WWW dikenali sebagai eXtensible Markup Language (XML). XML ialah bahasa yang dibangunkan berdasarkan bahasa terawal WWW iaitu Hypertext Markup Language (HTML), bahasa yang membolehkan setiap teks dihubungkan antara satu sama lain. Bahasa terbaru itu membolehkan maklumat yang berada di dalam sistem rangkaian komputer dicapai, dikategori dan diseragamkan. Misalnya, jualan buku secara dalam talian atau online boleh menggunakan tag untuk menyisihkan maklumat mengenai harga, bilangan muka surat dan penulis. Pelanggan yang memanfaatkan browser XML boleh menggunakan kriteria spesifik itu untuk mengasingkan maklumat dalam inventori. Dengan gabungan program Java dan teknik terbaru dikenali sebagai HTL dinamik, XML boleh menjadikan browser yang ada lebih fleksibel. XML dicipta dan dibangunkan Kumpulan Kerja XML W3C yang dianggotai vendor utama industri seperti Adobe, DataChannel, Hewlett-Packard, Microsoft, Netscape dan Sun Microsystems Inc. ((Pix:- Dell PowerEdge 2200 ... mampu menyediakan pelanggan dengan suasana perkomputeran bertenaga bagi memenuhi keperluan meningkatkan perniagaan.)) DELL Computer Corp, penjual langsung komputer peribadi (PC) terkemuka dunia, mengumumkan pelayan untuk perniagaan kecil model Dell PowerEdge 2200. Pelayan kategori kumpulan kerja itu dilengkap dengan perisian Microsoft Backoffice Small Business Server (SBS) untuk menjimatkan masa pelanggan serta membolehkan konfigurasi mudah serta pantas di samping membantu memastikan kepercayaan maksimum. Boleh didapati serta-merta di pasaran Asia Pasifik (AP), ia dilengkapkan prosesor Pentium II 233MHz, 300MHz dan 333MHz. Dijual dengan harga RM15,267, sistem berasaskan prosesor 233MHz menyokong arkitektur dwiprosesor Pentium II dan memori ingatan 512MB. Keupayaan ini dalam satu sistem mampu memenuhi keperluan perkomputeran semasa dan akan datang di samping mengurangkan kos ketika prestasi dipertingkatkan. Presiden, Dell Computer Corporation, Asia Pasifik, Philip E Kelly berkata," Peniaga kecil aktif mahukan sebuah sistem dengan prestasi dan kapabiliti aplikasi sama seperti kegunaan enterpris lebih besar. "Pelayan peniagaan kecil Dell PowerEdge 2200 mampu menyediakan pelanggan dengan suasana perkomputeran bertenaga bagi memenuhi keperluan meningkatkan perniagaan mereka," tambahnya. Perisian Microsoft Small Business Server tidak hanya menawarkan pengguna dengan suite pelayan bersepadu, tetapi ia juga membuka peluang kepada pengguna untuk menyeragamkan sistem pelanggan. Selain itu, Dell menyediakan perkhidmatan sokongan melalui telefon untuk proses konfigurasi dan memaksimumkan sistem operasi dan perkakasan. PERISIAN suntingan grafik Paint Shop ialah contoh yang baik bagaimana perisian yang bermula sebagai shareware berkembang menjadi salah satu pakej grafik popular di kalangan pengguna. Dari hanya saiz keseluruhan perisian yang boleh dimuatkan dalam satu disket 3.5 inci dalam versi Paint Shop 3.0, perisian itu sudah memasuki Beta 5.0. Paint Shop mendapat sambutan pengguna yang tidak memerlukan semua fungsi dalam perisian grafik besar seperti Adobe PhotoShop atau CorelDraw. Mereka ini, terutama pencipta laman Web, menggunakan Paint Shop bagi menukar format grafik ke format GIF atau JPG untuk dimuatkan dalam laman Web. Paint Shop Pro sebenarnya ialah aplikasi suntingan imej format atau lebih mudah dikenali sebagai "program lukisan". Satu contoh perisian suntingan raster ialah Paint yang diberi percuma dalam Windows 95. Imej format raster termasuk Windows BMP dan CompuServe GIF. Setelah sekian lama dan kini hampir ke versi 5.0, Paint Shop sudah matang dengan fungsi lebih menarik dan hampir menyamai perisian serupa yang lebih mahal. Program manipulasi imej Paint Shop 4.14 termasuk berus pelbagai lukisan dengan tekstur boleh diubah, kesan khas tersedia, klon foto dan alatan suntingan serta meningkatkan kualiti imej. Selain itu, fungsi yang menjadikan PaintShop popular iaitu sokongan format fail Internet serta utiliti penangkap skrin terus ditingkatkan. Paint Shop Pro kini menyokong lebih 30 format fail grafik termasuk menyimpan fail sebagai EPS. Pengguna juga boleh memilih warna untuk fail format Gif terutama dalam Internet atau mencipta fail berbentuk transparent GIF. Dengan menggunakan alatan Eyedropper bagi memilih warna latar belakang, pengguna hanya perlu mengklik butang Options dalam kotak dialog pada Save As dan pilih "Set the transparency value to the background color". Imej itu kemudian boleh dimasukkan ke dalam laman. Kunjungi laman http://www.jasc.com untuk mengambil versi cubaan Paint Shop Pro. Pintasan dan Fungsi Paint Shop Pro Fungsi setiap butang boleh dilihat bila penunjuk tetikus dilalukan di atas sesuatu butang. Boleh melihat (zoom) imej dengan menekan butang kanan tetikus. Ikon kanta pembesar akan kelihatan. Jika butang kiri tetikus ditekan, ia akan fokus keluar (zoom out). Jika melakukan kesilapan, anda boleh undo sesuatu dengan memilih Edit dan Undo atau memilih fungsi Undo pada papan alatan (tool bar). Boleh menghilangkan semua perubahan yang dilakukan pada sesuatu imej sejak ia disimpan (save) kali terakhir dengan mengklik File/Revert. Boleh fokus ke dalam atau keluar dengan menggunakan kekunci numerik + dan -. Boleh melakukan aktiviti mengambil imej skrin secara berterusan dengan memilih Capture/Setup dan klik kotak Multiple Captures. PERISIAN memampat (compress) fail atau lebih popular dengan sebutan ZIP, menjadi perisian kemestian di kalangan pengguna, terutama mereka yang mempunyai sambungan Internet. Ini disebabkan kebanyakan fail sistem dari Internet disimpan dengan sambungan .zip, menyebabkan pengguna memerlukan perisian ZIP untuk nyah mampat (uncompress) fail ke format sebenar. Selain itu, perisian Zip turut membolehkan pengguna mengecilkan saiz fail untuk dihantar sebagai lampiran (attachment) e-mel. Berita baik ialah perisian zip kini semakin mudah dan lebih cekap berbanding perisian terdahulu. Winzip 6.3 ialah program yang mesti dimiliki kerana ia mudah dikonfigurasi serta lebih berkesan. Ia juga menyokong fungsi Windows 95, termasuk nama fail panjang dan integrasi rapat dengan operasi Windows 95. Dengan ini pengguna juga boleh dengan mudah drag and drop ke atau dari Windows Explorer, atau zip dan unzip fail tanpa perlu keluar dari Explorer. Perisian Winzip turut dilengkap dengan fungsi sokongan bagi pelbagai format fail Internet popular seperti TAR, gzip, Unix compress, UUEncode, XXencode, BinHex, dan MIME. WinZip juga selari 100 peratus dengan versi ZIP dan UNZIP. Antara muka Winzip juga bersih dan kemas, operasinya boleh dilaksanakan dengan hanya memilih dan menekan sesuatu butang. Papan menu operasi (tool bar) membolehkan capaian pantas kepada operasi yang kerap digunakan selain kandungan fail bantuannya yang lengkap. Selain menu mudah, operasi Winzip dipermudahkan dengan keupayaan melengkapkan fail perisian format Zip terus ke dalam sistem. Dengan ini, pengguna tidak perlu melakukan operasi pemecahan dan kemudian memulakan fail Setup atau Install bagi melengkap program atau perisian. Dalam Winzip, pengguna boleh terus Install sesuatu perisian setelah fail Zip itu dinyah mampat. Bagi mengatasi masalah serangan virus, terutama fail yang didapati dari Internet, Winzip boleh dikonfigurasi untuk berfungsi dengan kebanyakan perisian anti-virus dalam pasaran. Winzip boleh didapati dari url:www.winzip.com. Pintasan Winzip 6.3 New Archive ............ Ctrl+N Open Archive ........... Ctrl+0 Favorite Zip Archive ... Ctrl+F Wizard ................. Ctrl+W Move Archive ........... F7 Copy Archive ........... F8 Extract ................ Ctrl+E Delete ................. Ctrl+D Add .................... Ctrl+A RUANGAN R&R minggu ini menyentuh permainan action, G-Police, dan program penerokaan untuk kanak-kanak, Profesor Wise and his X-ray eyes, yang juga boleh dianggap perisian permainan. G-Police adalah sebenarnya permainan yang dibangun untuk PlayStation dan selepas ia terbukti sangat popular, penerbitnya bangunkannya semula untuk dimainkan dengan komputer peribadi. Bagaimanapun peralihan itu bukan sekadar bertujuan menambah keuntungan, juga meningkatkan keupayaan grafiknya bagi memuaskan sesiapa yang mempunyai kad 3-D dan sistem yang dilengkapi AGP. Profesor Wise pula mengajak kanak-kanak 5-8 tahun meneroka alam sekeliling mereka dan dengan keistimewaan mata X-ray, melihat banyak perkara yang selama ini tersorok daripada pandangan mereka. G-POLICE (Psygnosis) G-Police adalah singkatan kepada angkatan polis galaksi yang ditugaskan menjaga keamanan penempatan manusia di banyak planet. Kononnya pada abad akan datang, perbalahan manusia menghancurkan semua negara dan sistem pemerintahan berkerajaan selain menjadikan bumi tidak lagi sesuai untuk didiami. Pihak yang berkuasa ialah korporat global dan mereka membangunkan banyak penempatan di planet lain bagi tujuan pelombongan. Oleh kerana banyak planet berkenaan tidak mempunyai udara untuk manusia bernafas, semua binaan di permukaan planet ditudung dengan beberapa kubah besar dihubungkan dengan terowong. Tidak ubah seperti filem Total Recall. Kita memegang watak sebagai Jeff Slater, bekas juruterbang tentera dan kini anggota G-Police di Callisto. Selain kerana itu sahaja kerja yang serasi dengan kebolehan kita sebagai juruterbang handalan, kita menyertai pasukan itu bagi menyiasat kematian adik perempuan kita yang terkorban ketika berkhidmat dengan G-Police. Bagaimanapun, sebelum kita memandai-mandai untuk mencungkil rahsia di luar bidang tanggungjawab kita, kita terlebih dahulu terpaksa menunaikan tugas harian sebagai anggota polis seperti membanteras jenayah, mengejar penyeludup, mencari barangan yang terbabit dengan pertubuhan haram dengan segala benda yang sebenarnya sangat menyeronokkan. Kita bertugas menerbangkan helikopter DASA-Kamov yang lengkap bersenjata antaranya mesingan, peluru berpandu dan bom plasma. Cukup hebat, boleh mengalahkan Blue Thunder pada bila-bila masa di mana saja. Begitupun, oleh kerana zaman ini adalah abad ke-21, helikopter itu sebenarnya ibarat tin buruk pada kaca mata anggota lain pasukan G-Police. Sungguhpun kecewa sedikit, kelemahan itu sebenarnya mempunyai tujuan di sebaliknya. Keadaan itu memaksa kita benar-benar memerah akal dan mencabar ketangkasan bagi menjadikan watak Jeff Slater hebat menepati reputasinya sebagai juruterbang handalan. Ada 35 misi keseluruhannya untuk kita harungi dengan disambung dan selang-selikan dengan adegan video. Kita mesti melepasi setiap misi itu satu demi satu sebelum menyertai peringkat seterusnya. Di sini ada sedikit masalah. Walaupun kita boleh selamatkan permainan ini untuk dimainkan kemudian, kita hanya boleh melakukannya selepas sesuatu misi selesai dan bukan ketika ia berlangsung. Awalnya kita mungkin tidak merasakannya tetapi pada peringkat seterusnya yang lebih panjang, kita terpaksa berbalik ke permulaan misi berkenaan jika terkandas. Aaaow! Namun demikian, mungkin ada di kalangan kita yang tidak hirau keadaan begitu kerana grafik G-Police sungguh menakjubkan. Setiap adegan memaparkan pemandangan, sama ada bandar atau perkampungan, sangat realistik. Bangunan pencakar langit yang tinggi, ruang udara yang penuh dengan kenderaan terbang serta papan iklan neon yang bergemerlapan antaranya menjadikan permainan ini seolah-olah simulasi penerbangan yang hebat. Ini kerana, G-Police menyediakan tiga kamera pandangan untuk kita sama ada dari atas helikopter, dari luar dan first person. Tentulah secara first person boleh menggembirakan peminat permainan simulasi tetapi kaedah kawalannya tidak serumit atau mencabar seperti kebanyakan simulasi. Sebaliknya ia sangat mudah, tidak ubah seperti permainan arked, yang pastinya pula akan turut menggembirakan mereka yang lazimnya malas menyesuaikan diri dengan segala masalah yang berkaitan penerbangan. Tumpukan saja perhatian mencari musuh dan tembak! Keistimewaan selanjutnya pula adalah di segi jalan cerita. Semua misinya bersambung-sambung dan saling berkaitan sehingga kita terasa bagai melakonkan suatu watak dalam filem. Premisnya mampu berkembang sehingga mencapai klimaks di penghujungnya, sesuatu yang jarang ada pada permainan lain dan sesungguhnya, sangat memuaskan jika mampu menamatkannya. PROFESSOR WISE and his X-RAY EYES GTI Entertainment Pengedar tempatan: Image Gallery (tel. 03-9871231) PROFESOR Wise mempunyai suatu kelebihan berbanding manusia biasa, dia mempunyai mata X-ray yang membolehkannya melihat benda yang tersembunyi dan membaca fikiran orang lain. Dalam program ini, kanak-kanak boleh meminjam matanya (???) dan mengikut Prof Wise meneroka dan membongkar rahsia 10 tempat. Tempat yang dikunjungi ialah parti hari jadi, pementasan silap mata, kilang barang permainan, pasar raya, rumah, apartmen, bandar, piramid, bahtera dan sekolah angkasa lepas. Program ini berbentuk kuiz dan jika kanak-kanak mengunjungi sesuatu lokasi, mereka terpaksa mencari benda yang ditanya oleh Prof Wise. Prof Wise akan menanyakan lima soalan dan setiap satunya berbentuk rima, yang di dalam rangkapnya mengandungi petua menemui barang yang dicari. Oleh yang demikian, kanak-kanak perlu mempunyai pemahaman bahasa Inggeris yang kukuh bagi mengikuti program ini. Setiap lokasi pula sebenarnya adalah peringkat cabaran yang perlu diharungi oleh kanak-kanak. Selepas selesai sesuatu lokasi, kanak-kanak akan menerima pingat pelbagai rupa. Jika kanak-kanak mampu mengharungi setiap peringkat hingga menamatkan penerokaan di sekolah angkasa, maka tergantunglah 10 pingat di atas nama kanak-kanak berkenaan. Begitupun, kanak-kanak tidak boleh beranggapan bahawa mereka sudah berjaya kerana setiap kali bermain, Prof Wise akan bertanyakan soalan yang berbeza. Maka, ini menjadikan program ini ringkas dan mudah difahami tetapi juga mempunyai kadar hayat yang lama. MIMOS Bhd dan Komputer, Berita Harian akan memulakan ruangan Jalinan@Jaring, khusus bagi menyalurkan maklumat kepada masyarakat umum dan pelanggan Jaring serta media pilihan dalam mendapatkan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi pengguna Internet. Ruangan yang akan mula menemui pembaca dalam sisipan keluaran 1 April depan turut memaparkan pelbagai perkembangan terkini Internet di Malaysia dan di seluruh dunia di samping perbincangan untuk membolehkan pengguna menyelesaikan masalah sambungan Internet. Selain itu, ruangan ini juga akan menyenaraikan istilah lazim teknologi maklumat (IT) bagi memudahkan rujukan kepada pengguna yang masih kabur mengenainya dalam bahasa Melayu. Pembaca boleh berinteraksi dengan ruangan ini menggunakan alamat e-mel jalinan@jaring.my atau jalinan@komputer.com.my. XIRCOM Asia Pacific, syarikat penyelesaian perhubungan untuk perkomputeran mudah alih, mengumumkan kad PC CreditCard Ethernet 10/100+Modem 56, mendapat anugerah Mobolity 1998. Anugerah itu biasa diberikan kepada produk mudah alih yang paling berjaya berjaya dan berinovatif dalam tahun berkenaan. Majalah Mobile Insights and Mobile Computing & Communications menamakan kad PC ini sebagai penerima anugerah bagi kategori Perkakasan Capaian Jauh dalam majlis yang berlangsung di Pasadena, California. CreditCard Ethernet 10/100+ Modem 56 mampu menyediakan kelajuan tinggi 10/100Mbps Ethernet dan kefungsian modem 56K, sebagaimana keupayaan GSM/PCS 1900 dan ciri GlobalACCESS termasuk persetujuan seluruh dunia dan perisian CountrySelect. Assalamualaikum warahmatullah Saya adalah salah seorang peminat setia Komputer dan ingin mengemukakan beberapa cadangan bagi membangunkan lagi sisipan ini. Diharap Komputer dapat mengadakan ruangan khas bagi artikel perisian yang tentunya amat bermakna untuk saya serta pembaca lain kerana saya adalah salah seorang pengarang majalah Komputer Kolej Islam Sultan Alam Shah. Dengan itu saya berharap sidang pengarang dapat membantu saya dalam hal ini. Semoga Komputer terus maju dalam usaha menyampaikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar terutamanya. kisas@tm.net.my KOMPUTER sudah mula memaparkan artikel mengenai perisian, fungsi serta pintasan dalam menggunakan perisian. Kami bercadang menjadikan ia salah satu bahan utama dalam penerbitan. Terima kasih di atas cadangan anda. DISKET Startup Windows 95 mengandungi program untuk mendiagnosa dan membaik pulih masalah berkaitan sistem. Bagaimana pun disket yang diwujudkan dengan Control Panel|Add/Remove Programs|Startup Disk|Create Disk ini mengandungi keperluan asas saja. Salah satu utiliti yang perlu ditambah ke disket ini dan amat berguna untuk operasi mendiagnosa dan membaik pulih masalah berkaitan sistem ialah Microsoft Diagnostics daripada folder \Other\Msd CD Windows 95 Utiliti MSD.EXE ini amat berguna untuk mendiagnosa masalah seperti konflik IRQ. ((Pix:- Terkini ... maklumat boleh dibaca oleh komputer dari cip yang dipasang di dalam pasport.)) PENGGUNAAN cip pintar dalam dokumen rasmi sudah bermula. Mulai minggu lalu, dokumen perjalanan elektronik atau pasport elektronik dilengkap cip yang mempunyai ciri keselamatan serta teknologi tinggi. Berdasarkan ciri pembacaan mesin, maklumat pemegang pasport seperti maklumat peribadi termasuk cap jari, gambar serta maklumat lain dimasukkan ke dalam cip pasport. Mesin pembaca maklumat yang ditempatkan di pintu masuk dan keluar negara akan menyemak kandungan dan ini memudah operasi pengenalan dan pemeriksaan. Agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan dokumen itu, Jabatan Imigresen Malaysia akan mula memperkenalkan pasport elektronik itu di Lembah Klang dan seterusnya ke pejabatnya di seluruh negara. Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Aseh Che Mat berkata langkah memperkenalkan pasport elektronik itu selaras dengan projek permodenan yang giat dilaksanakan. Katanya, JIM membangunkan sistem perkomputeran secara bersepadu pada awal tahun 1995 dan beberapa sistem telah siap dibangunkan dan mula beroperasi mulai 1998. Ia membabitkan pembangunan Sistem Kawalan Imigresen, Sistem Keselamatan, sistem Pasport dan Sistem Visa dan Pas. Dengan peruntukan RM430 juta, projek Permodenan dan Pengkomputeran JIM dijangka akan siap sepenuhnya hujung tahun 1999. Projek yang dibangunkan oleh PNB IT, Kumpulan Guthrie Berhad dan Iris Technologies (M) Sdn Bhd dan Kumpulan Guthrie Berhad dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad minggu lalu. ((Pix:- Platt ... Internet kumpul berjuta manusia.)) TEKNOLOGI Internet akan membentuk kehidupan masyarakat menjadi lebih mudah, malah lebih terbuka, kata Ketua Pegawai Eksekutif Hewlett-Packard Co. (HP), Lewis E. Platt. Malah masyarakat maya Internet sudah membentuk satu paradoks serta mampu mengumpulkan berjuta manusia melalui satu kaedah yang tidak pernah terfikir manusia sebelum ini, katanya. "Namun dalam masa yang sama, Internet juga membentuk kebanyakan perhubungan berkenaan yang tidak dikuasai mana-mana pihak," katanya dalam ucaptama di Internet World, di Los Angeles, baru-baru ini. Beliau juga menyarankan eksekutif industri teknologi dan pemaju kandungan Internet menimba pengalaman daripada kewujudan televisyen selain membentuk kandungan yang bermakna serta ilmiah berbanding memasukkan kandungan bagaikan sampah. "Bebannya ialah ke atas kita bagi memastikan hala tuju Internet itu ke arah kebaikan," kata Platt. Beliau juga menyenaraikan beberapa kepentingan baru di Net yang mampu memberi pengguna keseronokan yang tinggi. Antaranya foto berasaskan Internet, menggabungkan teknologi percetakan termaju yang membentuk mesin faks masa depan dan menyediakan kepada pengguna foto secara maya, sama dengan kaedah biasa. Menurutnya, Jabatan Syerif Angeles kini menggunakan teknologi itu untuk membentuk imej komposit penjenayah. Dunia percetakan juga akan mengalami perubahan besar yang mana pengguna dan sektor perniagaan boleh memiliki buku yang dicetak mengikut permintaan, berdasarkan saiz taip dan format yang diingini. "Dalam dunia perbankan, Internet ATM membolehkan pengguna membuat pemindahan tunai daripada akaun ke kad pintar selain membuat pembelian. Ini menjimatkan kos peruncit berbanding pemindahan kad kredit atau cek," kata Platt. Selain itu, kemudahan perkakasan rumah yang dihubungkan ke Internet membolehkan kita mengendalikan operasinya secara jauh dengan kos kemudahan yang rendah. "Namun begitu, bagi memastikan semua ini menjadi kenyataan, prasarana maklumat digital perlu kukuh agar ia tidak gagal apabila mengendali sebarang urusan nanti," tambah beliau. Assalamuaikum. Terlebih dahulu terima kasih kerana mengadakan ruangan soal jawab Komputer dan Asas Komputer kerana ia banyak memberi panduan serta rujukan berguna bagi pengguna komputer seperti saya. Diharap ruangan itu dapat diperluaskan lagi di masa akan datang. Komputer saya jenis Olivetti PCs 286 dengan cakera keras 40MB, RAM 1 MB dan prosesor 12MHz. Ia dilengkapi dengan program Windows 3.0. Saya ingin meningkatkan RAM 8MB, cakera keras 1GB, prosesor 60-1000MHz dan Windows 3.11 serta modem 33.6KBps. Soalan: berapa belanja yang diperlukan bagi tujuan di atas kerana saya difahamkan perbelanjaan meningkatkan komputer lama lebih kurang sama dengan membeli komputer baru. Dari apa yang saya tahu komputer baru berkuasa 166-200MHz Pentium MMX, cakera keras 2.1GB berharga antara RM3,000 dan RM4,000 tetapi dengan kemampuan yang terhad, saya rasa memadai dengan meningkatkan komputer sedia ada kerana mencapai Internet tidak memerlukan sistem yang tinggi. Harap dapat memberi pandangan dan panduan. Wan Mohamad Faizal Wan Jamaluldin. Kuala Lipis. TERIMA kasih kerana mengikuti Komputer. Masalah yang saudara hadapi turut dirasai ramai pengguna lain yang mempunyai sistem agak "lama" tetapi bercelaru di antara untuk meningkatkan kepada spesifikasi lebih tinggi atau membeli sistem baru. Dalam kes saudara, lebih baik membeli sistem baru kerana hampir semua komponen perlu diganti. Contohnya, papan litar, adaptor kuasa, prosesor, cakera keras, cip memori, dan kad video. Beberapa penambahan seperti kad bunyi, CD-ROM serta modem akan meningkatkan harga proses peningkatan sistem. Operasi meningkatkan sistem saudara akan menyamai atau hampir menyamai sistem baru 166MHz yang hampir RM3,000 bagi sistem klon. Juga tidak pasti samada kotak atau casing PC kerana kebanyakan casing sistem jenama zaman dulu tidak menyediakan ruang membuat upgrade dengan mudah. Peningkatan sesuatu sistem lebih munasabah jika sistem anda sekarang, contohnya jenis Pentium 60MHz. Jadi, perubahan hanya pada prosesor saja dan bukan keseluruhan (90 peratus) komponen sistem. Mengenai persembahan Internet... lebih pantas sesuatu prosesor dan besar memori RAM, lebih pantas pemprosesan kandungan atau laman Web Internet selain penggunaan modem berkelajuan tinggi. Ini kerana laman Web dilengkapi dengan grafik, animasi dan PC terpaksa memproses data itu. Berbalik kepada harga PC, mungkin saudara boleh tunggu hingga mata wang kita kembali pulih kerana harga PC serta komponen lain pasti turut pulih kepada aras yang lebih menarik kepada pengguna. ((No: Jalinan Jaring.)) ((No: Bersambung.)) DI satu pihak Internet dibincang dan diperkatakan dengan rancak dari segi kebaikan, teknologi dan bagaimana memanfaatkannya dalam kehidupan serta pelaksanaan kerja harian. Di satu pihak lagi, ia bagaikan satu perkara asing yang tidak diketahui dari mana asalnya. Asing sehingga menimbulkan ketakutan dan kehairanan. Keadaan begini menampakkan bahawa jurang antara komuniti yang mengenali Internet dengan yang masih belum mengenalinya begitu luas dan terasing. Fenomena ini juga menimbulkan kebimbangan dalam usaha membentuk sebuah masyarakat bermaklumat dan seterusnya Masyarakat Madani. Jurang di antara komuniti bermaklumat dan yang tidak bermaklumat akan menjadi lebih luas lagi sekiranya tiada langkah serius diambil. Perantaraan utama ialah Internet. Jika Internet tidak diterima oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira pangkat, kedudukan, tahap kelulusan akademik dan tanpa membezakan tempat tinggal sama ada di bandar atau di kampung, maka matlamat kita untuk merealisasikan konsep pendemokrasian maklumat tidak akan tercapai. Matlamat kami ialah memberi penerangan dengan pelbagai cara bagi menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai teknologi maklumat (IT) kepada masyarakat. Dan Internet adalah satu bahagian terbesar IT untuk kita semua. Kami akan cuba menceritakan pengalaman dan keperitan serta berkongsi kepakaran yang ada dalam bahasa paling mudah kepada pembaca supaya kita dapat memanfaatkan sepenuhnya IT dan Internet. Itulah antara sebab Jalinan Jaring diilhamkan. Pada masa yang sama, matlamat Jalinan Jaring ialah menyampaikan pengetahuan dan maklumat terkini mengenai Internet serta penggunaannya kepada masyarakat umum. Dengan maklumat dari pelbagai pelosok muka bumi berada dalam genggaman, maka mudahlah langkah diatur bagi memenuhi hasrat membentuk masyarakat bermaklumat. Dalam pada itu, harus diingat bahawa agenda utama di sebalik teknologi Internet ialah pembangunan kandungan dan aplikasi berasaskan teknologi maklumat. Ia juga boleh digambarkan sebagai sebuah masyarakat berorientasikan maklumat, di mana berjuta orang di seluruh dunia berkomunikasi serta berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Perkara utama ialah bagaimana masyarakat kita menggunakan IT dan Internet bagi kebaikan serta menjadikan diri kita menguasainya, bukannya teknologi menguasai kita. Dalam masa yang sama kita perlu turut mengenali sempadan agar tidak terjerumus dalam kegiatan yang tidak sesuai dengan budaya, agama, dan tata susila masyarakat. Apabila kita berjaya menghasilkan kandungan maklumat dan aplikasi tempatan dalam Internet dan memperkenalkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia cukup bersedia menempuh segala cabaran dengan cara berhemah, maka kita akan menjadi tumpuan masyarakat global. Kita boleh mencipta riak kecil di sini, dan kelak gelombangnya akan menjelajah dunia. Dengan IT dan Internet, kita menjadi sebuah komuniti berilmu tanpa menerima acuan dari Barat sepenuhnya. Dengan berbekalkan kesedaran, komitmen, kepakaran dan kandungan yang diselaputi nilai murni masyarakat, siapa dapat menyangkal Masyarakat Madani akan kita capai. Marilah kita bersama berpadu erat melangkah ke era maklumat dengan berani serta yakin. Lengkapkan diri dengan pengetahuan IT dan Internet, agar negara dan rakyat Malaysia akan setanding dengan rakyat negara maju dalam bidang IT dan Internet menjelang tahun 2020. Serangkap pantun salam perkenalan: Kalau padi katakan padi, Tidaklah hamba tertampi-tampi; Maklumat terkini komuniti bestari, Gagah berdiri dalam Madani. Jumpa lagi. Web Sutera Minggu depan: Sejarah ringkas Internet di Malaysia. PUSAT Mesej Netscape Communicator disertakan dengan ciri penyisihan mel yang akan memindahkan mesej atau pesanan baru ke folder tertentu secara automatik. Misalnya, semua mesej dari si Ana dan si Anu boleh dipindah secara automatik (dari Inbox) ke dalam folder Zaidi dan mesej dari Ani dan Ane ke folder Trash. Untuk mengaktifkan ciri ini, buka pusat mesej Communicator, pilih Edit|Mail Filters. Pada kotak dialog Mail Filters, klik New yang akan membuka kotak dialog Filter Rules. Pada bahagian Filter Name, berikan sebarang nama rujukan kepada penyisihan ini dan kriteria tertentu di dalam kotak lain. Misalnya, jika subject mengandungi (perkataan) "Adik", Move to folder "Zaidi" atau sekiranya sender mengandungi (perkataan) "komputer.com.my", Change priority (ke) Highest. Mudah saja. Selesai semuanya, klik OK untuk menutup Filter Rules dan OK sekali lagi menutup kotak Mail Filters. ((Pix:- Erat kerjasama ... Armstrong bertukar dokumen dengan Mohamed Saleh.)) KESUNGGUHAN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dalam membentuk kandungan kursus yang bersesuaian dengan persekitaran pendidikan di Malaysia menjadikannya universiti pertama di Malaysia memanfaatkan Program Kolej Sapient (SCP) SAP. Selain itu menurut Timbalan Presiden, Pembangunan dan Latihan, SAP Data Processing, Asia Selatan, Robert Armstrong, pemilihan UKM untuk program itu juga berdasarkan minat universiti berkenaan melahirkan bahan kursus sendiri menggunakan produk SAP dan menggabungkannya dengan kurikulum mereka. Dengan pemilihan UKM dalam SCP kata Armstrong, ia membolehkan universiti itu merangkaikan program tersedia dengan universiti lain di dunia yang sudah memanfaatkannya. "Ini sudah tentu akan membentuk satu pemindahan pengetahuan, pengalaman dan teknologi di kalangan universiti berkenaan," katanya kepada media selepas majlis perjanjian persefahaman (MoU) antara Pusat Kejuruteraan Termaju UKM dan SAP Malaysia. Selain Armstrong bagi pihak SAP, MoU itu dihadiri oleh Timbalan Presiden Eksekutif, SAP Asia Barat Daya, John Dubois dan Pengarah Urusan SAP Malaysia, Hee Kim Fah. UKM yang terpilih antara 20 universiti terbaik Asia, diwakili Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr Mohamad Salleh Mohamad Yasin; Pengerusi Pusat Kejuruteraan Termaju, Prof Madya Ir. Dr Abdul Halim Shansuddin dan Pengarah Eksekutifnya, Ir Riza Atiq O K Abdullah. Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Khalid Yunus menyaksikan MoU itu yang mana SAP menyumbang suite lengkap perisian pelayan/pelanggan Enterpris Resource R/3 SAP bernilai RM1 juta. Di majlis itu juga, SAP turut menyumbang enam buku teks khas mengenai R/3. Di bawah perjanjian itu, SAP akan memindahkan teknologi R/3 SAP secara melatih pensyarah UKM dalam fakulti kejuruteraan, perniagaan, pentadbiran, komputer sains dan perakaunan. Pensyarah berkenaan kemudiannya akan membentuk kurikulum yang mana akan dimasukkan ke silibus universiti. Kini terdapat lebih 20 universiti sudah memanfaatkan SCP yang merangkumi negara seperti Singapura, Filipina, Australia, Eropah dan Amerika Utara. Empat universiti Asia Pasifik Selatan sudah mengendalikan program itu. WINDOWS Commander ialah program pengurusan fail untuk Windows 95, seperti Desktop Explorer dan Winfile. Ciri mesra 1. Dua tingkap mudahkan pemindahan dan salin-menyalin. Windows Commander memberikan dua tingkap yang boleh dikendalikan secara berasingan. Kita boleh menjadikan tingkap satu C:\windows dan tingkap dua D:\program. Kita juga boleh menjadikan kedua-dua tingkap serupa. Jika langkah pertama diambil, urusan menyalin dan memindahkan fail dari satu direktori ke direktori lain lebih mudah. Apabila kedua-dua tingkap serupa, pengguna dapat menukar nama fail dan mencantumkan fail dengan senang. 2. Menguruskan fail arkib seperti zip dan arj. Windows Commander juga dapat menguruskan fail yang diarkibkan seperti zip, arj, rar dan sepertinya. Klik saja nama fail zip dan kandungannya akan keluar di tingkap yang sama. Ada juga disediakan kemudahan menguji fail itu, satu ciri berguna jika kita memindahkan fail zip ke disket. Pengurusan fail seperti ini biasa dibuat oleh pengguna yang banyak mengutip fail daripada tapak web dan usenet. 3. Kemudahan lain. Windows Commander menyediakan kemudahan FTP dan pengurusan enkod/dekod. Ia juga dapat memotong dan menyambung fail. Semuanya tanpa membuka atau menggunakan program lain. Ia juga memberikan satu kotak untuk memasukkan suruhan seperti dalam DOS, tidak perlu buka Run dalam Start Menu atau balik ke DOS. 4. Laju. Tidak perlu ia dijadikan program kerangka. Hidupkan WC dan ia akan mengambil alih tugas Desktop Explorer. Ini membuat program ini lebih laju, kadang-kadang seperti dalam DOS pula. Ciri Kurang Mesra 1. Klik kanan tidak berfungsi. Malangnya klik kanan tidak berfungsi dalam Windows Commander. Ini bermakna sebarang kemudahan yang kita pasang pada menu klik kanan tidak dapat dicapai. Bagaimanapun, kebanyakan kemudahan itu ada disediakan dalam menu Windows Commander. Cuma penulis rasa rindu dengan klik kanan yang terus menghantar e-mel. Rumus Didapati Windows Commander lebih mudah dan cepat daripada Desktop Explorer, Power Desk dan Winfile. Ini saja sudah cukup bagi pengguna yang hanya mempunyai memori 16 megabait ke bawah. Sejak mencubanya penulis telah mengucapkan `bye bye' kepada Desktop Explorer yang datang dengan Windows 95. Ini mungkin kerana program ini serasi dengan PC penulis yang jenis lama dan dipasang memori rendah. Setakat ini penulis hanya memberikan taraf lima bintang kepada program Net Vampire. Windows Commander juga layak menerima penarafan yang sama. Windows Commander datang dalam bentuk shareware dan ia berfungsi selama 30 hari. ADA kalanya tugasan memerlukan kita membuka lebih daripada satu laman Web serentak. Dengan Netscape anda boleh membuka lebih daripada satu browser serentak. Hanya pilih File|New Browser atau menggunakan kekunci Ctrl-N. Tetingkap browser baru akan terbuka dengan yang lama di bawahnya. KEBANYAKAN masalah berkaitan pencetak boleh diselesaikan dengan mudah menggunakan aplikasi yang disertakan bersama CD Windows 95. Aplikasi itu ialah Enhanced Printer Troubleshooter dalam \Other\Misc\Epts\Epts.exe CD Windows 95. Kaedah mengatasi masalah adalah mudah kerana anda hanya perlu memberi jawapan dan mengikuti arahan yang dipaparkan oleh aplikasi ini. ((No: Internet.)) Semua pengguna Internet sedia maklum ada beratus-ratus juta halaman yang memaparkan pelbagai kandungan dalam jaringan web. Untuk mendapatkan maklumat yang kita mahu, selalunya kita menggunakan program yang digelar enjin pencari. Antara nama popular ialah Altavista, Infoseek, Hotbot dan Excite. Kita berikan subjek yang kita mahu kepada enjin itu, dan beberapa saat kemudian, kita akan diberikan semua halaman yang mengandungi subjek itu. Jumlahnya mungkin kosong atau mungkin 600,000, bergantung kepada kepopularan subjek kita. Misalnya, kalimah "Ibn Arabi" akan memberikan kurang daripada enam halaman, tetapi istilah "free" akan memberikan kita lebih 100,000 jawapan. Bukan semua alamat atau URL yang diberikan ini menerbitkan halaman web. Ada yang memberikan kita pesanan ralat 404, iaitu halaman tidak ditemui. Mencari maklumat dalam Internet ada satu seni yang harus dipelajari oleh setiap pengguna. Jika tidak, kita akan hanya menerima apa yang dihidangkan kepada kita. Seperti pergi ke restoran dan meminta pelayan membawa sebarang makanan. Kita dihidangkan sambal belacan sedangkan kita mengidam steak. Ada beberapa petua asas dalam usaha mencari intan daripada timbunan kaca dalam Internet. Antaranya: 1) Gunakan suruhan Boolean supaya subjek lebih khusus. Secara ringkasnya, gunakan suruhan AND (dan), OR atau) dan NOT (tidak). Sebagai contoh, katakanlah kita hendak mencari halaman mengenai UFO di Tigasegi Bermuda. Untuk itu kita berikan kalimah > ufo AND "bermuda triangle". Ini akan menyisih semua halaman yang tidak berkaitan, walaupun ia mengandungi salah satu istilah yang kita mahu. 2) Jika boleh hadkan pencarian kepada tarikh tertentu. Kebanyakan enjin pencari mempunyai keupayaan menghadkan tarikh dalam. Advanced Search (pencarian khusus) mereka. Berikan tarikh tidak lebih tiga bulan untuk mengelakkan daripada diberikan halaman 404. Ini kerana Internet tidak statik dan halaman yang ada dua tahun lalu mungkin tidak wujud lagi hari ini. 3) Gunakan huruf kecil. Pengguna harus menyedari kalimah "malaysia" meliputi "Malaysia" tetapi "malaYsia" hanya memberikan "malaYsia". 4) Jangan hadkan pencarian kepada satu enjin saja. Tidak ada sebarang enjin yang lengkap. Masing-masing mempunyai kekuatan dan kelemahan. Satu enjin mungkin memberikan hanya lima hasil dan enjin yang lain memberikan 200. 5) Tutup grafik. Ia akan mempercepatkan hasil. Lagi pun kita tidak akan dihujani iklan yang sememangnya memenuhi laman utama semua enjin pencari. 6) Tanda atau bookmark URL semua enjin pencari. Untuk latihan sila cari: a) clinton AND bilderberg (web dan usenet) b) "science of mohammed" AND hulusi (web) c) goethe AND tawhid (web) d) gamez OR appz AND NOT pics (hadkan tarikh pencarian dalam seminggu lalu. Altavista Advance Search sesuai untuk ini). Setelah meneliti semua halaman ini, kita akan dapati ada banyak maklumat dalam Internet. Maklumat ini tidak akan datang sendiri. Seperti intan, ia harus digali. INFORMIX Corp. (Informix) dan SAP AG (SAP) meneruskan usaha pembangunan bersama dengan memperkenalkan Gedung Maklumat Perniagaan (BIW) SAP untuk Informix Dynamic Server (IDS). Penggabungan gedung data itu yang akan dilaksanakan tahun ini membolehkan korporat meningkatkan sumber maklumat dalam menghasilkan keputusan lebih cepat dan berkesan. IDS akan menyokong sistem penyelesaian gudang data baru SAP yang mana ia menggabungkan teknologi gudang data paling berkuasa dengan kepakaran perniagaan SAP. Produk berkenaan diusahakan bersama di ibu pejabat SAP, di Walldorf, Jerman. Dengan pengumuman usahasama itu, kata Pengurus Besar Unit Pembangunan Perniagaan Gudang Data Informix, Tony Rodoni, ia menandakan hubungan berpanjangan dengan SAP selain mengukuhkan kedudukan Informix dalam pasaran gedung data. Manakala menurut Timbalan Presiden Eksekutif SAP AG, Karl-Henz Hess, dengan sokongan server Informix, gedung data maklumat SAP mampu menyediakan sektor perniagaan dengan capaian data yang mudah, pengendalian fleksibel dan antaramuka terbuka. NEC Corp. (NEC) akan mengeluarkan produk terkininya, paparan hablur cecair (LCD) dengan TFT beresolusi tinggi 46cm, secara besaran Ogos depan. Penghantaran pertama dijangka pada Mei depan dengan kadar pengeluaran 2,000 unit sebulan. Produk ini akan dipamerkan di Pameran Paparan Electronics, yang akan diadakan pada 22 hingga 24 April depan di Jepun. LCD itu dihasilkan untuk digunakan sebagai monitor desktop dengan stesen kerja dan komputer high-end. Ia juga memaparkan ciri antaramuka analog, paparan warna sepenuhnya dan sudut pandangan luas. Produk itu meningkatkan pengembangan NEC dalam rangkaian modul LCD-TFT skrin lebar beresolusi tinggi untuk monitor desktop yang disasarkan bagi menggantikan teknologi CRT, khasnya keupayaan paparan high-end. Antara cirinya ialah ruang penglihatannya seluas monitor CRT 20 inci; beresolusi tinggi 1,280 x 1,024 piksel; menggunakan kaedah isyarat analog bagi keupayaan paparan terperinci dan mengekalkan paparan warna sepenuhnya. Melalui pengenalan produk ini, NEC mampu memenuhi keperluan pelanggan pelbagai sektor selain menambahkan produk paparan LCD yang menawarkan resolusi bermula dari 780,000 piksel hingga 1.92 juta piksel. TELEFON bersel bukan lagi dianggap barang mewah tetapi sebahagian keperluan harian masyarakat moden. Penerimaannya yang mendadak kini melahirkan kumpulan pemilik yang menggunakan lebih dari satu telefon (dengan perkhidmatan berlainan) atau setiap anggota keluarga memiliki satu, tidak kira yang sudah bekerja mahu pun budak sekolah. Tidak kira bagaimana pemiliknya membawa telefon mereka dari Lembah Beringin ke Bukit Sekilau, apa yang pasti ialah masih ramai yang tidak menghormati, apa lagi mematuhi, larangan penggunaan telefon bersel di kawasan tertentu. Misalnya, tidak kira berapa besar dan lebarnya papan tanda di dalam bank, pawagam atau tempat lain yang melarang penggunaannya, masih ramai yang menggunakan telefon bersel di tempat berkenaan kerana tidak mengetahui, atau sengaja tidak mahu ambil tahu, masalah sampingan yang boleh disebabkan oleh telefon bersel. Sudah tentu ada sebab mengapa larangan dikenakan. Tidak kiralah sama ada ia bagi memelihara keselesaan pelanggan lain atau aspek keselamatan kawasan berkenaan, tetapi apa yang tidak diketahui ramai ialah telefon bersel boleh menjadi alat untuk membunuh dan tanpa anda sedari. Satu pembunuhan "tidak langusng" menggunakan telefon bersel telah berlaku di negara kita sendiri baru-baru ini. Cerita benar ini telah disampaikan oleh seorang doktor pelatih di sebuah hospital tempatan. Mangsa yang tidak berdosa itu ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dimasukkan ke hospital hanya kerana patah kaki. Dia terpaksa menjalani pembedahan kerana tulang kakinya yang patah terkeluar dan perlu dimasuk dan dibetulkan ke kedudukan asalnya. Pembedahan yang dijalankan hanyalah pembedahan kecil lagi mudah, tetapi kanak-kanak itu perlu dikenakan dengan life support system kerana ia sebahagian prosedur pembedahan. Sebelum dimulakan, juruteknik perlu memasukkan beberapa data mengenai pesakit dan prosedur pembedahan yang akan dijalankan ke dalam sistem itu. Malang tidak berbau. Ketika pembedahan, life support system dengan tiba- tiba tidak berfungsi. Sistem itu mati begitu saja. Sebabnya ialah gangguan gelombang telefon bersel di luar bilik pembedahan. Kakitangan hospital cuba mengesan orang yang telah menggunakan telefon bersel itu tetapi tidak berjaya. Kanak-kanak perempuan yang tidak berdosa dan menjalani pembedahan kecil itu meninggal dunia tidak berapa lama kemudian kerana "dibunuh secara tidak langsung" oleh seorang pengguna telefon bersel. Apa yang mengharukan ialah kanak-kanak yang malang itu ialah anak tunggal dan ibunya tidak boleh lagi mengandung kerana masalah kesihatan. Bertimbang rasalah! Jangan gunakan telefon bersel di kawasan hospital atau tempat yang dilarang menggunakannya. Anda mungkin tidak ditangkap kerana melanggari peraturan tetapi anda mungkin menjadi pembunuh tanpa disedari. Bayangkan senario ini: anda sendiri yang terlantar di bilik pembedahan, menantikan saat pembedahan dimulakan manakala semua saudara mara anda yang sedang menunggu di luar bilik pembedahan adalah pemilik telefon bersel... Ingatlah! Ada sebabnya dikenakan peraturan dan larangan penggunaan telefon bersel bagi kawsan tertentu. Jika menganggap larangan di kawasan tertentu hanyalah remeh-temeh, mengapa tidak menggunakan telefon bersel ketika pesawat penerbangan anda sedang berlepas atau hendak mendarat? CJ Null: Selain telefon, turut guna CPU, memori, HDD, sudu, gelas dan pinggan mangkuk bersel... PUSAT Pendidikan dan Latihan MCSB, salah satu unit perniagaan MCSB Systems (M) Berhad, mengumumkan pelantikan Zuma Engineering Sdn Bhd sebagai ejennya bagi kursus-kursus teknologi maklumat (IT) MCSB yang luas di Malaysia Timur. Pusat pendidikan ini telah mencatatkan pertumbuhan yang berterusan melalui berbagai latihan IT yang dijalankan dan telah melatih lebih 30,000 profesional di beberapa pusat latihannya yang terletak di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru, sejak tahun 1992. Penolong Naib Presiden unit perniagaan Pendidikan dan Latihan MCSB, Jude Tan berkata, kini MCSB menawarkan kira-kira 81 kursus yang ditumpukan kepada latihan kepakaran melalui Novell Netware, Microsoft Windows NT, Aplikasi dan Pemprograman Microsoft, Lotus Notes, aplikasi Lotus dan Kursus Persijilan Learning Tree. ((Pix:- Terkini ... Pentium II penuhi keperluan laksana aplikasi termaju.)) PRODUK terkini Intel Corp. (Intel), prosesor Pentium II, yang disasarkan kepada pasaran PC mudah alih, menyediakan tahap pelaksanaan dan keupayaan pengkomputeran yang belum pernah dinikmati pengguna sebelum ini. Dengan kelajuan 233 dan 266MHz, cip itu memenuhi keperluan melaksanakan aplikasi termaju masa kini serta menepati permintaan dalam pelaksanaan sistem operasi masa depan. Selain itu prosesor Pentium II menyediakan keupayaan termaju dalam reka bentuk mikro P6 di samping memenuhi keunikan penggunaan tenaga berserta kesesuaian saiz yang diperlukan PC mudah alih. Menurut Pengarah Pemasaran Produk dan Pengurusan Perniagaan Intel, Thomas A Lacey, penghasilan cip itu adalah bagi memenuhi keperluan segmen peralatan komputer yang lebih dedikasi. "Komitmen Intel ialah menghasilkan produk dan teknologi baru bagi mempertingkatkan keupayaan PC mudah alih," katanya kepada media di Intel Asia Press Day di Pulau Pinang minggu lepas. Malaysia mencatat sejarah apabila Intel memilih Pulau Pinang untuk pelancaran rasmi prosesor Pentium II itu, yang pertama diperkenalkan di dunia. Prosesor Pentium II 233 dan 266MHz itu dihasilkan menggunakan proses teknologi 0.25 micron serta menawarkan ciri yang sama seperti prosesor Pentium II bagi segmen desktop. Produk itu yang beroperasi pada 1.7 volt adalah prosesor mudah alih voltan terendah Intel masa kini. Ia juga mempunyai keupayaan aplikasi web 3D serta aplikasi jauh. Dengan pengenalan prosesor itu, pengguna PC mudah alih kini boleh mencapai ke generasi prosesor termaju Intel dalam konsep reka bentuk sistem yang meluas, konfigurasi dan harga, kata Lacey. Melalui Pentium II itu ia menyediakan kelebihan kepada sektor perniagaan kecil dengan keupayaan untuk terus mengekalkan produktiviti dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan. Sektor berkenaan mampu mengekalkan interaksi lebih cepat dan mudah dengan kakitangan, pelanggan dan pembekal di samping menghasilkan persembahan jualan multimedia proesional. Tambahan lagi prosesor itu mampu mengendalikan kerjasama dengan pelanggan dalam waktu sebenar daripada pejabat, dalam perjalanan atau di rumah. Bagi pengguna khasnya pelajar, PC mudah alih dengan Pentium II, menyediakan kemudahan kepada mereka membuat penyelidikan melalui Internet, menghasilkan penyediakan multimedia dan kertas kerja di sekitar kampus. Antara OEM Asia Pasifik yang menyokong prosesor mudah alih Pentium II ialah Acer (Acer TravelMate 7300TE); Compaq Computer (Armada 7800); Dell; Hewlett-Packard; IBM; Samsung dan Great Wall. BAGI memudahkan pengguna mengetahui keadaan cuaca, Perkhidmatan Kajicauca Malaysia menyediakan laman web dengan maklumat terkini mengenai keseluruhan cuaca setiap hari. Laman berkenaan tersedia dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu (http://kjc.gov.my/people/cfo/wxfcb.htm) dan Inggeris (http://kjc.gov.my/people/cfo/wxfc.htm). Kemudahan itu membolehkan pihak berkenaan menyediakan maklumat terkini tepat bagi kemudahan pengguna terutama media, menggantikan perkhidmatan faksimili sebelum ini. ((No: Soal jawab.)) KETIKA menggunakan akaun JARING, e-mel tidak dapat diterima. Untuk pengetahuan, saya boleh menghantar e-mel. Apakah punca dan bagaimana bagi mengatasinya? Antara punca e-mel tidak dapat diterima serta panduan bagi mengatasinya ialah:- 1. E-mel yang dihantar terlalu besar atau melebihi had yang dibenarkan oleh Penyedia Perkhidmatan Internet. 2. Fail yang dilampirkan (Attachment File) bersama e-mel yang dihantar terlalu besar. 3. Perisian e-mel tidak dapat membaca "Attachment File". 4. Perisian tidak dapat menyokong jenis akaun e-mel yang dilanggani. Pastikan perisian e-mel yang digunakan mampu menyokong jenis akaun yang dilanggani sama ada POP atau UUCP. Contoh: Netscape atau Eudora menyokong akaun jenis POP, sebaliknya Winnet menyokong akaun jenis UUCP. 5. Alamat e-mel bagi penerima tidak disetkan dengan tepat oleh pengirim. 6. "Incoming Mail (POP3) Server" tidak disetkan dengan betul. Sila hubungi Penyedia Internet sekiranya tidak pasti mengenainya. 7. "POP3 User Name" atau "Mailserver User Name" atau "POP3 Account" atau "Account Name" atau "User-id" atau "E-mail Username" tidak disetkan dengan betul. Contoh: Sekiranya e-mel anda ialah abc@pc.jaring.my, "POP3 User Name" atau "Mailserver User Name" atau "POP3 Account" atau "Account Name" atau "User-id" atau "E-mail Username" anda ialah abc. Nota: Bagi Eudora 1.5.2 dan Eudora (Lite) Pro 3.0, POP account ialah abc@relayN.jaring.my dimana N ialah nombor "mail server" ahli. "Setting" bagi perkara ke 7 ini bergantung kepada jenis perisian e-mel yang digunakan. PENGELUAR prosesor platform x86 Advanced Micro Devices, Inc. melaporkan kerugian suku pertama sebanyak AS$55.8 juta, lebih tinggi dari jangkaan penganalisis. Pengeluar semikonduktor itu berkata ia kerugian AS$0.39 setiap saham. Jangkaan kerugian setiap saham ialah AS$0.28 yang dipersetujui banyak penganalisis. AMD mengeluarkan prosesor K6 pilihan murah berbanding cip Pentium dari Intel dan digunakan dalam sistem berharga kurang AS$1,000 Compaq Computer Corp. Menurut penganalisis, sukar bagi mana-mana pengeluar cip mengunjur keuntungan hanya dengan mensasar pasaran sistem PC murah. ((Pix:- Canggih ... Datuk Mohamed melawat kelengkapan teknologi tinggi di bilik kawalan utama NTV7.)) HARI Raya Haji pada 7 April lalu juga menjadi tarikh keramat kepada stesen televisyen swasta ketiga, NTV7 yang secara rasmi dapat dinikmati penonton seluruh Malaysia. Seminggu sebelum hari pelancaran, Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat datang melawat ke stesen itu untuk melihat secara dekat operasi stesen TV digital pertama negara. Dengan falsafah `Ceria Bersama NTV7', stesen ini didakwa akan menonjolkan kelainan, terutama dari segi pemberitaan dengan laporan yang lebih mendalam, seimbang dan adil, selain menyiarkan rancangan yang berorientasikan kekeluargaan. Datuk Mohamed melahirkan rasa puas hati dan kagum dengan teknologi yang dibawa dan digunakan oleh NTV7 selaras dengan zaman teknologi maklumat yang menjadi hala tuju Malaysia ketika ini. "Peralatan yang digunakan sangat canggih dan berbeza, berbanding peralatan stesen TV sedia ada yang lain. Menggunakan sistem digital sepenuhnya membolehkan penonton menerima siaran lebih jelas dan bermutu dari segi suara dan gambar," katanya. Pengerusinya, Datuk Affendi Norwawi berkata, menurut kajian yang dibuat, siaran NTV7 dapat ditonton oleh 80 peratus dari 4.2 juta isi rumah seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. "NTV7 adalah stesen pertama di Malaysia yang beroperasi dari pusat penyiaran menggunakan sistem digital sepenuhnya manakala format pancaran masih dalam sistem analog," tambahnya. "Rancangan yang kami siarkan dipancarkan melalui gelombang frekuensi tinggi ultra (UHF), di mana penonton hanya perlu menukar atau membeli antena jenis UHF yang dijual pada harga tidak lebih RM180," kata Affendi lagi. ((Pix:- Rancak ... kamera sisi mengikut pelumba CART hingga tamat.)) PERMAINAN berbentuk sukan perlumbaan memang banyak tetapi jika disebut simulasi perlumbaan, hanya dua nama yang timbul, Papyrus dan Psygnosis. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jika timbul gian untuk ke trek, kerap permainan yang menjadi pilihan ialah Indy Car, NASCAR (kedua-duanya oleh Papyrus) atau Formula 1 (Psygnosis). Sega cuma handal di arked. Bagaimanapun, monopoli berkenaan itu bakal dipecah oleh CART Precision Racing, satu lagi simulasi perlumbaan kereta. Awalnya, tiada apa yang menarik mengenai CART kecualilah nama Microsoft tertera bersamanya tetapi selepas beberapa sesi, tiada apa yang mampu dikata kecualilah OOH AAH CART-ona. Permainan kedua dalam ruangan R&R kali ini sangat bertepatan dengan konsepnya, Riadah dan Riang. Broken Sword 2 bukan sahaja permainan adventure yang menduga akal, juga hiburan ringan yang cukup lucu bagi menggembirakan sesiapa sahaja yang memainkannya. Kata orang tua, air dicincang tak akan putus. Begitu juga pedang yang patah. Kisah George Stobbart dan temannya, Nico Collard, yang gemar menyiasat bersambung dalam The Smoking Mirror selepas edisi pertama Broken Sword: The Circle of Blood. CART PRECISION RACING (Terminal Reality/Microsoft) CART bukanlah perlumbaan go-kart yang biasa kita saksikan di perlumbaan tempatan tetapi adalah singkatan kepada Championship Auto Racing Teams. Nampaknya badan pelumba kereta itu memberikan lesen kepada program ini sebagai produk rasminya tetapi pengiktirafan itu tidak bererti sama sekali kecuali kita sendiri yang mencubanya. Maka, ayuh kita ke trek. Ada 17 trek untuk kita nikmati dalam CART. Oleh kerana ini simulasi, semua litar berkenaan adalah berdasarkan yang benar-benar wujud, maka tiadalah cabaran menarik seperti loop atau corkscrew atau unsur-unsur lain yang menempah maut! Malah, bagi membikin litar benar-benar realistik, pembangunnya menggunakan sistem GPS sebagai panduan supaya ukuran litar setepat mungkin. Namun, usah kita kaget kerana sekali lagi pembikinan litar se- real mana sekalipun, bukan jaminan mutu game play. Lebih-lebih lagi, mungkin ramai daripada kita sebenarnya amat mengenali setiap litar dan sebenarnya sudah dalam kategori pro, sekali rev di trek dah tau lekuk dan selekohnya. 17 litar yang menghiasi cabaran perlumbaan Indycar dalam CART ialah di Miami, Long Beach, Nazareth, St Louis, Milwaukee, Detroit, Portland, Cleveland, Michigan, Mid-Ohio, Elkhart Lake, Laguna Seca, Fontana, Surfers Paradise (Australia), Rio de Janeiro (Brazil) serta Toronto dan Vancouver (kedua-duanya di Kanada). Sesetengah trek berbentuk seperti balapan olahraga di stadium, maka berpusing-pusinglah sehingga tamat perlumbaan. Ada kalanya, brek tidak perlu disentuh langsung. Sesetengahnya pula bagai ular kena palu, berselekoh tajam bak sepit rambut dan klip kertas. Kalau sekadar lesen L, usah harap nak habis; satu lap pun susah nak lepas kerana kerap terbabas dan melanggar tembok. Maka jelas, setiap litar cabarannya berbeza dan jika ditambah dengan unsur cuaca dan keadaan trek, pasti menimbulkan pelbagai keseronokan, bergantung pada cita rasa sendiri. Namun begitu, andainya kita sudah Pro (probation, bukan profesional) tetapi kereta masih tidak meluncur lurus, usah terus hampa. Semua kereta dalam CART seolah-olah baru keluar kilang, spesifikasinya mengikut pengeluaran. Kalau benar-benar nak berlumba, mesti modify! Maka bergegas pula kita ke garaj. Dalam CART, sebelum kita menjadi pelumba pro, kita mesti terlebih dahulu menjadi mekanik pro. Kereta kita perlu sentiasa diubah suai supaya menjadi sebaik mungkin bagi menghadapi cabaran berbeza di setiap trek. Anggaplah ia sebagai pelaburan, luangkan sedikit masa untuk memaksimumkan keupayaan kereta dan nikmatilah pulangan maksimum ketika di litar. Kita boleh mengubahsuai bahagian pacuan, sistem gantungan, ciri aerodinamik, kemampatan tayar selain bekalan minyak dan brek. Semua unsur ini boleh diubah semula di setiap litar atau disimpan saja untuk semua perlumbaan. Semua ini mudah dilakukan tetapi bagi kita yang cuma faham AGP atau MMX, mungkin sukar membezakan psi, gal atau rpm. Mujur CART mempunyai jurutera lumba bagi membantu kita. Ia akan menilaikan keperluan kita dan memberi beberapa cadangan. Elok ikut sajalah cadangannya, kalau kalah nanti taulah siapa nak disalahkan. Sesudah selesai dan puas hati, barulah kita ke litar. Namun bukan untuk berlumba tetapi uji pandu. Selepas uji pandu, kembali ke garaj untuk mengimbas kemampuan kereta menggunakan kaedah Pi Analysis, yang turut diguna oleh pelumba profesional CART. Kemudian, ubahsuai lagi dan uji kereta di trek sehinggalah kita berasa benar-benar cun. Barulah kini, kita bersedia berlumba. Di samping uji pandu, CART menawarkan Quick Race atau sesi lengkap dari peringkat kelayakan hingga perlumbaan utama. Kita boleh memilih untuk berlumba dengan komputer atau multiplayer menerusi Internet. Grafik perlumbaan sungguh memuaskan. Selain trek dan pelbagai papan iklan di tepinya, cuma sedikit binaan hiasan ditonjolkan bagi meningkatkan kelancaran. Jika kita menonton ulang tayang perlumbaan, seolah-olah menyaksikan siaran di TV. Kesan bunyinya pula sungguh menakjubkan. Deruman enjin bergema menerbitkan suasana sungguh realistik. Kedengaran tayar mencengkam litar dan jika terbabas dan melanggar tembok, seolah-olah terasa badan kereta kemek. Namun usah risau, seteruk manapun kita melanggar tembok, kereta tetap mampu meneruskan perlumbaan. Semua ini membuatkan CART Precision Racing sungguh mengasyikkan. Suasana realistik dan kereta yang sempurna membuatkan kita mahu terus berlumba berkali-kali. Sesungguhnya, segala-galanya menjurus untuk kita menjadi pelumba handalan. Kalau tak menang juga, sekurang-kurangnya kita pasti menjadi mekanik handalan! BROKEN SWORD II: The Smoking Mirror (Revolution Software/Virgin Interactive) SEBAGAIMANA kisah adventure tulen, George dan Nico mengembara ke serata dunia dalam permainan ini. Dari mana mereka peroleh sumber berbuat demikian, bagaimanapun, tidak perlulah dijawab di sini. Memadailah dikatakan, adventure kedua ini tidak kurang hebatnya. Segala-galanya bermula apabila Nico menemui satu bahan sejarah purba kaum Maya di Amerika Tengah. Dia tidak menyangka apa-apa kepentingan berkaitan bahan itu tetapi sejak menemuinya, dia diancam kumpulan penyeludup dan mereka menculiknya. Nyawa George turut dalam bahaya. Begitupun, wira kita itu memberanikan diri bagi menyelamatkan teman wanitanya. Apa tidaknya, selepas tidak bertemu sekian lama tentulah rindu. Namun bila berpeluang, Nico diculik pula. Masalahnya, kita yang menentukan sama ada George dan Nico bertemu kembali atau sebaliknya. Mata mesti cekap, pasang telinga betul-betul dan otak mesti bergeliga! Setiap maklumat amat berharga. Jikapun kita dapat membantu George menyelamatkan Nico, permainan belum tamat. Semakin kita menyelami Smoking Mirror, terbongkarlah bahawa bahan sejarah Maya yang ditemui Nico boleh membangkitkan dewa Maya yang sungguh berkuasa. Bahan itu sangat dikehendaki oleh ketua gerombolan penyeludup dadah agar mereka boleh menguasai dunia. Maka kita pun sibuk kembali, membantu George dan Nico menyiasat misteri bahan sejarah itu dan menghalang ia jatuh ke tangan penjahat. Penghujungnya bergantung kepada kita sendiri. Grafik animasi dan kesan bunyi Smoking Mirror di tahap tertinggi. Plotnya berkembang dengan baik dan diselitkan banyak adegan lucu. Cuma bayangkan ia seperti watak komik Belgium, Tin Tin, kesudahannya Smoking Mirror adalah permainan yang sungguh menghiburkan. Dalam pada itu pula, cabarannya tidak begitu sukar bagi memuaskan penagih teka-teki. Sesiapa yang pernah memainkan Circle of Blood akan melalui perasaan yang sama. Smoking Mirror tidak menonjolkan sebarang peningkatan, sekadar ulangan kegembiraan. INGIN tahu baki sumber sistem yang ada? Dalam mana-mana tetingkap Windows 95, pilih Help|About Windows 95 atau pada sebarang aplikasi Windows 95 (seperti Notepad, Calculator, atau WordPad), buka menu Help dan pilih About [nama program]. Kotak dialog yang terbuka memaparkan baki memori fizikal dan sumber sistem yang boleh dicapai oleh Windows. (Cuba cara ini pada Word 97 dan anda akan dapati butang System Info dipaparkan. Klik butang itu dan kotak dialog akan terbuka dengan paparan perangkaan keadaan sistem... terlalu banyak maklumat.) ((No: Internet.)) BUKAN semua orang dapat mencapai Internet. Kebanyakan pengguna di Malaysia mengenalinya di pejabat, melalui akaun korporat, melalui server proksi yang selalunya dipasang pelbagai penapis. Selalunya juga, mesin yang dipasang kemudahan Internet terletak di meja bos. Jadi adalah tidak selesa bagi kita duduk di meja bos untuk membaca surat khabar percuma atau mencari fail. Begitu pun, sesetengah pejabat memberikan pekerjanya kemudahan emel, sama ada dengan menggunakan akaun emel korporat atau mengizinkan kita menggunakan alamat emel percuma seperti di Yahoo.com atau Rocketmail.com. Ini kerana e-mel dianggap tidak membuang masa dan satu keperluan, sekurang-kurangnya untuk pelanggan berhubung dengan kita. Minggu ini kita akan membincangkan bagaimana pengguna biasa seperti di atas dapat menggunakan emel untuk mendapatkan halaman web, sama seperti melungsur secara langsung menggunakan program browser seperti Opera atau Netscape. Untuk mendapatkan halaman web melalui emel, kita gunakan apa yang digelar server Agora. Server ini tugasnya mengambil halaman web dan memberikan kepada orang yang memintanya. Tugas pertama kita ialah untuk mendapatkan alamat sebuah server agora. Ini kita buat menggunakan ilmu yang diperturunkan minggu lalu - bagaimana menggali intan dalam Internet. Cari "agora" kita pasti diberikan beberapa alamat server agora di seluruh dunia. Setelah mendapatkan alamat e-melnya, bolehlah kita menggunakannya untuk mendapatkan halaman web yang kita mahu. Ada tiga arahan penting yang boleh kita berikan kepada agora. Pertama, send, kedua deep, dan ketiga source. Contoh emel untuk setiap suruhan seperti berikut: To: agora@ (alamat penuh) Subject: (kosongkan) send http://www.jaring.my/bharian/wed/index.htm Arahan ini akan membuat agora menghantar indeks surat khabar percuma Berita Harian Online edisi hari ini kepada kita dalam bentuk teks sepenuhnya. Bagi sesetengah orang membaca indeks itu sudah cukup. Tapi jika kita hendak membaca juga setiap berita yang ada dalam indeks itu berikan arahan berikut: To: agora@ (alamat penuh) Subject: (kosongkan) deep http://www.jaring.my/bharian/wed/index.htm Agora akan menghantar kepada kita setiap halaman yang dihubungkan oleh fail index.htm tadi. Awas! Pada hari biasa Berita Harian Online menghidangkan kira-kira 70 laporan. Semua 70 laporan itu akan dihantar kepada alamat e-mel anda. Arahan ini juga memberikan naskhah format teks. Jika kita tidak selesa membaca halaman web dalam bentuk naskhah biasa dan mahukannya dalam bentuk htmlnya, berikan arahan berikut: source http://www.jaring.my/bharian/wed/index.htm. Kemudian kita bolehlah membaca halaman itu secara luar talian menggunakan Opera atau Netscape. Sebenarnya kita boleh memberikan lebih daripada satu suruhan menggunakan cara ini. Mungkin satu arahan source Berita Harian Online, satu lagi deep Jurusalem Post dan satu lagi send Tempo Online. Apabila halaman itu tiba, pindahkan ke PC kita dan buka Opera atau Netscape yang kita pasang untuk membaca halaman web luar talian. PENULIS yakin ramai yang berminat sudah menjumpai alamat server agora yang kita bincangkan minggu lalu. Banyak juga pembaca yang bertanya bagaimana hendak mencarinya. Ini bermakna mereka tidak membaca ruangan pertama kita dulu. Kami memulakan ruangan ini tiga minggu lalu dan mulai minggu ini ia akan diberi nombor siri. Semua siri berkaitan antara satu sama lain. Kami berharap maklumat minggu lalu berfaedah kepada pengguna Internet di pejabat. Cuma jangan salah guna kemudahan ini, nanti server agora ditutup dan kita juga yang susah. Juga, jika pembaca membuat latihan pertama dulu sudah tentu mereka kini mengenali Presiden Clinton dengan lebih dekat, serta memiliki banyak program dan permainan freeware. Dan ada rencana baru di halaman Hulusi, mengenai kenapa Hu tidak boleh diterjemahkan kepada Dia. Untuk latihan minggu ini sila cuba dapatkan perkara berikut menggunakan perbincangan kita selama tiga minggu ini: 1) Lagu Indonesia dalam format MP3. (Pencarian ini agak rumit kerana jika anda dapat tapaknya, servernya tidak akan mengizinkan kita masuk. Ada caranya, cubalah). 2) Gambar Dessy Ratnasari (penyanyi Tenda Biru) pakai tudung, bukan yang pakai kasut biru. 3) Sekurang-kurangnya empat laman tidak rasmi penyanyi Siti Nurhaliza. Menurut peminatnya, Siti wanita paling cantik di dunia. Entahlah! Penulis lebih suka gambar Dessy (yang pakai tudung):-) Kepada pembaca yang ingin hubungi penulis melalui emel, sila lihat alamat diruangan sebelah. Jika anda mencuba latihan minggu ini, sertakan bukti kejayaan anda. MENGAPA JARING tidak menghantar bil bulanan, seperti TNB dan JBA kepada ahlinya? JARING telah melaksanakan sistem pengebilan tanpa kertas di mana status akaun dihantar kepada ahli melalui e-mel apabila diminta. Ahli boleh menyemak status terkini akaun masing-masing pada bila-bila masa melalui: a) E-mel kepada balance@jaring.my. b) Laman Web JARING di https://www.online.jaring.my Walaupun demikian, invois dihantar kepada ahli JARING kategori organisasi (PO). Nota: Sila hantarkan pertanyaan dan maklumbalas anda melalui e-mel kepada jalinan@jaring.my atau poskan surat anda kepada MIMOS Berhad, Taman Teknologi Malaysia, 57000 Kuala Lumpur. (u/p: Jalinan JARING) ((Pix:- Celeron ... Prosesor terbaru Intel dengan prestasi lebih baik daripada cip Pentium menggunakan teknologi MMX.)) INTEL Corporation (Intel), gergasi pengeluar cip prosesor dunia memperkenalkan prosesor terbaru bagi komputer peribadi model Celeron yang beroperasi pada kelajuan 266 MHz. Prestasi Celeron didakwa lebih baik daripada cip prosesor Pentium menggunakan teknologi MMX yang banyak dipasang di dalam komputer peribadi ketika ini. Pengarah Pemasaran dan Jualan Intel Asia Tenggara, Kevin Lee, berkata Celeron dibangunkan bagi memanfaatkan arkitektur mikro P6 yang digunakan dalam Pentium II. Intel juga memperkenalkan prosesor Pentium II berkelajuan 350 dan 400 MHz untuk mempertingkatkan prestasi sistem komputer korporat dan pengguna. Pengguna juga dapat memanfaatkan teknologi terbaru seperti pemain DVD dan grafik AGP. Kesemua prosesor menggunakan teknologi pemprosesan setebal 0.25 mikron. ANDA boleh membuka seberapa banyak folder di dalam folder tanpa meninggalkan banyak folder yang terbuka pada desktop. Caranya ialah: buka folder utama, tekan butang Ctrl dan dwiklik subfolder yang mahu dibuka. Apa yang berlaku selepas ini ialah folder baru akan dibuka dan folder asal ditutup. Ada satu masalah saja di sini: subfolder akan dibuka pada format yang sama seperti folder utama. Jika folder utama ditetapkan untuk memapar ikon besar, subfolder akan turut dibuka dan paparkan ikon besar walau pun pada asalnya paparannya ditetapkan sebagai List atau ikon kecil. MARA akan menyediakan pelan induk teknologi maklumat (IT) sebagai usaha mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat Bumiputera mengenai perkembangan bidang itu, kata pengerusi barunya, Ruhanie Ahmad. "Pelan induk itu yang masih pada peringkat kajian akan diumumkan dalam tempoh dua bulan lagi bagi mewujudkan program latihan dan pendidikan serta pembangunan usahawan," katanya kepada pemberita selepas melawat Akademi Infotech Mara di Bangunan Mara Lama di Kuala Lumpur, minggu lalu. SEBELUM meningkatkan sistem ke Windows NT4, pastikan dulu jenis cakera keras sedia ada. Jika ia jenis lebih daripada 1024 silinder (cylinders) seperti kebanyakan cakera keras model baru, pastikan ia diformat dan dibahagikan (partition) dengan mod LBA diaktifkan. Masalah serius mungkin timbul jika LBA diaktif ke atas cakera keras yang diformat tanpa LBA diaktifkan. Salah satu masalah yang akan dihadapi ialah paparan ralat bahawa peranti but tidak boleh dicapai (not accessible). Sekiranya ini berlaku setelah menggunakan cakera keras untuk beberapa lama, masalahnya ialah kerosakan pada sektor pembahagian but. ADA kalanya Windows NT4 boleh mengesan modem yang baru dipasang dan menamakannya sebagai standard modem walau pun modem itu disokong oleh NT dan fail pemacu (driver) didapati daripada pek CD. Jika ini berlaku, anda perlu membatalkan nilai yang dikesan oleh NT dan menetapkan sendiri pemacu yang betul untuk modem yang baru dipasang. MENYUSULI tinjauan dalam talian antarabangsa pertama AltaVista Asiawide, Alam Teknokrat Sdn Bhd (Altek) menjalankan satu lagi tinjauan dalam usahanya menjejaki aliran penggunaan Internet di Asia. Ketua Pegawai Eksekutif Altek, Hisham Isa, berkata tinjauan dalam talian pertama membantu menentukan profil psikologi dan demografi pengguna di Asia manakala tinjauan kedua akan menumpukan aliran penggunaan, khususnya keperluan dan kecenderungan pengguna Internet Asia. "Tinjauan pertama yang dibentangkan awal bulan lepas, didapati Internet mendapat sambutan hebat dari pelanggan dan sekutu perniagaan, di mana hasilnya dapat memberi maklumat berharga untuk membantu mereka merangka strategi perniagaan dalam usaha merebut peluang dalam ekonomi digital," katanya. "Oleh itu, penting bagi kami mengemaskini diri dengan maklumat aliran kecenderungan pengguna yang sentiasa berubah. Itu sebabnya kami menjalankan tinjauan kedua dengan kerjasama www.research Pte Ltd," tambahnya. Dengan menjejaki aliran dan perubahan profil yang mungkin berlaku, Altek dan AltaVista Asiawide dapat menyediakan akauntabiliti dan daya pengukur untuk pelanggan dan pengiklan yang menekankan ciri faedah pengiklanan menggunakan enjin pencari popular. Data mengenai aliran dalam dunia siber yang bergerak pantas dan keperluan serta kecenderungan pengguna Internet Asia akan memberi pengetahuan yang mendalam mengenai masyarakat Asia dalam Internet. Sebagaimana tinjauan pertama, tinjauan kali ini juga memerlukan pengguna menghantar jawapan dalam talian melalui http://www.skali.com.my/our- services/survey/av2/survey2.html. Tinjauan bermula sejak 4 April, 1998 dan berakhir 2 Mei, 1998. ((No: Infotech Malaysia 1998.)) ((Pix:- Zoraini ... boleh jadi ketagih.)) KEBIMBANGAN isteri mengenai kegilaan suami mereka dengan sembang siber (cyber-chat) dan penubuhan sekolah bestari, antara isu yang diketengahkan pada sesi perbincangan persidangan teknologi maklumat, Infotech Malaysia '98 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, minggu lalu. Pengarah Eksekutif, Global Learning Corporation (M) Sdn Bhd, Dr Zoraini Wati Abas memberitahu 200 peserta yang menghadiri persidangan itu, kebanyakan pengguna Internet, terutama remaja, tertumpu pada talian perbualan. "Saya mendapat panggilan daripada seorang isteri yang memberitahu suaminya menghabiskan masa berjam-jam dengan talian perbualan itu dan hampir hendak melamar seorang wanita," katanya. Talian sembang siber adalah satu daripada perkhidmatan yang ada pada Net, menawarkan ruang kepada pengguna berbual dengan pengguna lain mengenai pelbagai topik daripada politik, sosial, filem dan komunikasi. Terdapat juga kebimbangan mengenai aktiviti remaja di Kafe Siber yang menurut Zoraini, hanya untuk berbual-bual. Katanya, remaja terbabit akan membelanjakan banyak wang untuk tempoh berjam-jam berbual menerusi talian siber itu yang sepatutnya digunakan bagi mencari pelbagai maklumat lain yang berfaedah. "Ia boleh menjadi ketagih, ianya berterusan," katanya di sesi perbincangan bertajuk Pembangunan Sumber Manusia: Meningkatkan Kemahiran dan Celik Komputer di Infotech Malaysia/ITX '98. Mengenai sekolah bestari, beliau berkata, pelaksanaannya harus dikembangkan ke semua sekolah di negara ini. Beliau mencadangkan sekolah memasang sistem komputer mereka sendiri dengan ibu bapa membantu membiayai kosnya. Profesor Diraja Ungku Aziz yang juga perceramah pada sesi itu berkata, aspek bahasa tidak boleh diabaikan dalam membina agenda IT negara. Katanya, walaupun negara sedang menuju ke era IT, mereka perlu mengutamakan bahasa mereka sendiri, dalam kes ini, bahasa Melayu. Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang berkata, ibu bapa harus menjadi model utama kepada anak-anak mereka dalam mempelajari IT. "Ibu bapa perlu mengatasi rasa takut mereka terhadap IT. Biasanya, ibu bapa yang berusia 35 tahun ke atas takut menyentuh komputer, memikirkan betapa mahalnya komputer itu," katanya. PEMASANGAN kad bunyi bagi Windows NT 4.0 memerlukan penentuan pilihan penyambungan kad (port I/O, nombor atau laluan interrupt) dibuat dulu. Setelah kad dipasang dan komputer dihidupkan, buka Control Panel, dwiklik ikon Multimedia dan klik butang Devices di dalam kotak dialog yang terbuka. Pilih Audio Devices, klik Add (di peringkat ini, CD Windows NT 4.0 mungkin diperlukan) dan kotak dialog mengenai pilihan pemacu (driver), peranti yang sesuai dengan kad bunyi akan dipaparkan. Di sini tetapkan peranti yang sesuai dengan kad bunyi yang dipasang serta nilai I/O yang ditentukan pada kad bunyi menggunakan jumper. Klik Continue dan tetapkan interrupt yang juga ditentukan pada kad bunyi menggunakan jumper. Selesai semuanya, but semula komputer (restart) dan kad bunyi yang terpasang akan mula berfungsi. Jika terdapat percanggahan (conflict) interrupt, nilai yang baru dan tiada percanggahan perlu ditetapkan menggunakan jumper pada kad bunyi dan proses pemasangan diulangi. TEKAN butang F3 untuk memulakan carian dari dalam mana-mana folder yang aktif (termasuk Windows NT Explorer). Jika folder tidak aktif, klik folder berkenaan untuk menjadikannya aktif dan tekan F3. Bagi carian dari desktop, klik padanya dan tekan F3. PERICOMP-SISTECH Sdn Bhd meningkatkan jumlah produk perisian yang diedar dengan hak pengedaran rasmi bagi semua produk Lotus. Antara pengedar perisian utama di negara, PeriComp-SisTech akan memastikan pelanggan korporat dan individu mendapat akses mudah kepada perisian Lotus melalui rangkaian penjual seluruh negara. Menurut PeriComp, pemberian hak pengedaran rasmi itu akan menguatkan kemasukannya dalam pasaran Internet dan Intranet. Bagi pengguna, mereka dapat akses kepada produk dengan mudah dan pantas. Lotus ialah pengeluar perisian terkenal dengan produk seperti Lotus SmartSuite, Lotus Domino, Lotus 1-2-3, Notes, Lotus AmiPro dan Lotus cc:mail. ((No: Internet 4.)) MINGGU sebelum ini kita membincangkan bagaimana mencari maklumat dengan menggunakan browser seperti Opera atau Netscape. Kita juga membincangkan bagaimana hendak mendapatkan halaman web menggunakan e-mel dengan menggunakan pelayan agora. Kali ini kita akan melihat pula bagaimana mencari maklumat dengan menggunakan e-mel. Seperti yang kita katakan dulu, bukan semua orang ada kemudahan mencapai Internet, khususnya yang sayangkan duit untuk berdaftar dengan TMnet atau Jaring. Sila lihat contoh e-mel berikut: To: agora@dna.affrc.go.jp Subject: (kosongkan) Kandungan: send http://www/altavista.digital.com/cgi bin/query?pg=q&what=web&fmt=.&q=murabitun E-mel ini meminta agora pergi ke Altavista dan mengarahkan enjin itu mencari halaman Web mengenai murabitun. Untuk rujukan, murabitun ialah sebuah kumpulan Islam di Sepanyol yang menolak sistem ekonomi riba dan membuat duit sendiri dalam bentuk emas dan perak. Jika tajuk ini tidak sesuai dengan anda, pilihlah tajuk lain yang lebih menarik seperti Pamela Anderson atau Spice Girls. Parameter bagi Altavista seperti berikut: &what=web: memintanya mencari halaman web &what=news: memintanya mencari dalam usenet &fmt=. : pencarian biasa (tajuk, URL, dua baris pertama, tarikh dan saiz) &fmt=c: pencarian padat (c=compact) _ tajuk, tarikh dan 30 huruf pertama setiap dokumen &fmt=d: pencarian menyeluruh (d=detailed) &q=image%3Asiti%2A.jpg: cari gambar siti, tak kira siti apa. Kita juga dapat mencari gambar atau sekurang-kurangnya gambar jpg dengan menggunakan siti*.jpg. Ini kerana %2A adalah simbol untuk bintang (*). Webcrawler: Enjin webcrawler paling mudah kerana kita tidak perlu memahami simbol-simbol pelik dan kaedah Boolean. Lihat contoh berikut: To: agora@dna.affrc.go.jp Subject: (kosongkan) Kandungan: send http://webcrawler.com/cgi-bin/WebQuery?murabitun Webcrawler akan memberikan kita 25 dokumen pertama mengenai murabitun. Parameter webcrawler: &maxHits=25 jika tidak ditulis, 25 dokumen yang akan diberikan. Kita boleh memilih 10, 25 atau 100 sekaligus. &summaries=yesjika tidak ditulis, kita akan diberikan format menyeluruh dengan tajuk, ringkasan, URL, opsyen melihat halaman serupa dan nombor menunjukkan ketepatan hasil pencarian mengikut kalimah yang diberikan. Lycos: To: agora@dna.affrc.go.jp Subject: (kosongkan) Kandungan: send http://lycis11.lycos.cs.cmu.edu/cgi- bin/flpursuit?first=1\\&maxhits=30\\ &minterms=1\\&min score=0.01\\&terse=standard\&query=murabitun Suruhan ini mesti ditulis dalam satu baris saja. Sekali pandang ia sukar, tetapi setelah digunakan ia boleh disimpan dan digunakan semula di lain kali. Tukar saja `murabitun' dengan `wali songo' sebagai contoh. Kita juga dapat mencari kandungan usenet melalui cara ini. Altavista dan beberapa enjin lain menyediakan kemudahan ini. Cara paling baik ialah cuba memberikan suruhan melalui browser dan salin suruhan yang keluar di kotak arahan browser itu untuk digunakan dengan e-mel. Setelah mendapat jawapan, hantar suruhan (send `URL yang diberikan'). Cuma agora mengehadkan menghantaran kepada fail sehingga 5,000 baris saja. Ini bermakna fail besar seperti jpg dan zip tidak dapat dicapai melalui agora. Tetapi itu cerita lain. Penulis sedar ruangan ini bukan untuk semua orang, terutama orang yang baru mengenali modem. Kepada mereka diharapkan bersabar. Ramai yang menulis mengatakan mereka tidak tahu apa benda itu Altavista, dan komplen bila tidak dapat memasuki usenet menggunakan kaedah yang kita sebut dalam perbincangan selama ini. Kepada yang sudah berjumpa fail mp3 Indonesia sila e-mel penulis menceritakan pengalaman mereka. Mungkin dapat kita kongsi bersama di lain keluaran. WINDOWS 98, sistem operasi (OS) yang didakwa oleh Pengerusi dan Ketua Eksekutif Microsoft Corp Bill Gates sebagai lebih mudah digunakan, gagal dalam suatu demonstrasi yang diadakan di hadapan ribuan pengunjung yang memenuhi Auditorium Comdex Spring '98 di Chicago. Sebelumnya, Windows 98 sering dihebahkan sebagai OS yang mempunyai pelbagai ciri baru termasuk sokongan bus bersiri am (USB), lebih pantas melengkapkan aplikasi, lebih stabil dan pelbagai ciri menarik lain. Ia juga didakwa turut menampilkan sokongan grafik lebih baik dan sistem pentadbiran fail lebih cekap berbanding Windows 95. Tapi, ketika demo dilakukan, OS itu gagal apabila cuba mengenal pasti halaman pengimbas melalui port USB. Namun Gates dan pegawai tidak cepat melenting lalu menyalahkan alat pengimbas yang kononnya menjadi perkakas yang sering dihantar semula. Mujur ia berlaku pada versi beta. PELAKSANAAN Sistem Informasi Rekod Negara (Siren), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mampu membantu jabatan berkenaan membuat semakan ketika memproses permohonan kad pengenalan. Selain itu juga Siren berupaya membantu mencegah penipuan dalam pengeluaran sijil kelahiran. Menurut Ketua Pengarah JPN, Azizan Ayub, sistem yang akan dilaksanakan Jun depan mampu meningkatkan pengeluaran kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) dalam sesuatu tempoh. Siren menggunakan teknologi laser dengan membolehkan data yang disimpan menerusi proses pengimbasan dan pencetak laser dipindahkan untuk percetakan KPT melalui talian data elektronik. Pengenalan Siren menjadikan Malaysia negara pertama di dunia menggunakan sistem baru itu bagi kegunaan awam walaupun ia sudah digunakan di beberapa negara maju bagi pengeluaran kad keselamatan. Sistem itu akan dilaksanakan bersama sistem pengenalan cap jari automatik yang sudah diguna beberapa tahun lalu. Sebelum ini, kad pengenalan dihasilkan berdasarkan sistem pendaftaran penduduk negara (SPPN) menggunakan teknologi fotografi secara mengambil semula foto, cap jari dan maklumat melalui borang JPN 1/1 yang dimasuk dan dicetak dalam basestock untuk dijadikan kad pengenalan. Sejumlah RM94 juta peruntukan diluluskan bagi penyediaan sistem itu yang akan dilaksanakan secara perintis di ibu pejabat JPN dan di dua cawangan iaitu di Kompleks Campbell dan Bandar Tun Razak. Melalui sistem itu juga, pengeluaran sijil kelahiran bagi bayi yang baru dilahirkan disertakan nombor KPT yang akan menjadi nombor kad pengenalan kanak-kanak berkenaan apabila mereka memohonnya ketika berusia 12 tahun nanti. Sistem Siren itu mampu mengurangkan kesilapan dalam proses membuat kad pengenalan selain memendekkan masa memprosesnya daripada sembilan bulan kepada antara tiga dan enam bulan - Bernama. BAGAIMANA ahli boleh menukar kata laluan (password) melalui laman web JARING https://www.online.jaring.my? Selain itu, apakah kemudahan lain disediakan oleh laman web tersebut? Kemudahan laman web ini hanya disediakan kepada ahli JARING dan boleh dicapai melalui kemudahan pelayar web sama ada Internet Explorer (IE) atau Netscape. Versi yang diperlukan bagi kedua-dua pelayar ini ialah 3.0 ke atas saja. A.INTERNET EXPLORER. Anda perlu memasang (install) Root CA Certificate ke dalam perisian ini. Bagi yang telah memasangnya, tidak perlu mengulanginya buat kali kedua. Sebelum pemasangan, pastikan IE dibuka dan tersambung ke Internet. Berikut adalah cara pemasangannya:- a. Internet Explorer 3.0 1. Kunjungi ke Laman Web http://www.jaring.my/jaring/online.cacert 2. Kotak menu New Site Certificate akan terpapar. Pilih Accept and enable this site certificate. Klik OK. b. Internet Explorer 4.0 1. Ikuti langkah a.1 di atas. 2. Kotak menu File Download akan bertanyakan What would you like to do with this file". Pilih "Open this file from its current location. Pilih juga Always ask before opening this type of file. Klik OK. Sambungkan semula ke laman https://www.online.jaring.my. B.NETSCAPE Anda tidak perlu memasang Root CA Certificate. Pastikan anda telah menyemak (check) hanya pada Enable SSL v2 di dalam perisian ini. Sebelum penyemakan, pastikan Netscape dibuka dan tersambung ke Internet. Berikut ialah adalah langkah penyemakan:- a. Netscape Navigator (NN). Pilih menu Options dan kemudian pilih menu Security Preferences. Klik Tab General, di bawah kotak SSL, pilih hanya Enable SSL v2 sahaja. Kemudian klik OK. b.Netscape Communicator (NC) Pilih menu Security seterusnya menu Navigator. Di bawah Advanced Security (SSL) Configuration, pilih hanya Enable SSL v2 sahaja. Kemudian klik OK. Sambungkan semula NN atau NC untuk ke laman https://www.online.jaring.my Masukkan nombor keahlian serta kata laluan anda bila diminta oleh sistem. Pilih menu yang dikehendaki. Nota: Jika terlupa nombor keahlian JARING, hantarkan e-mel kosong kepada balance@jaring.my. Balasan automatik akan diterima. Di dalamnya ada terkandung nombor keahlian JARING anda. Kemudahan lain yang disediakan adalah seperti berikut:- 1. Mendaftar ahli baru melalui Pakej Keluarga (Family) atau Pejabat (TeleOffice) tanpa dikenakan yuran pendaftaran dan tahunan. Maklumat lanjut, kunjungi http://www.jaring.my/jaring/anno/newpkg.html 2. Mengemaskini maklumat/data-data peribadi. 3. Menyemak status tempoh capaian (access usage) terkini. Nasihat: Anda dinasihatkan menukar kata laluan setiap tiga bulan atau bila kata laluan tersebut diketahui atau disyaki diketahui oleh pihak lain. GATEWAY 200, Inc, penjual langsung komputer peribadi (PC) terkemuka di dunia, menjangka akan menjadikan sistem operasi Microsoft Windows 98 sebagai pilihan peningkatan kepada pembeli PC baru dengan harga yang kompetitif. Semua pembeli PC baru Gateway dengan Windows 95, berpeluang membeli kupon berharga RM104, yang membolehkan mereka bertukar kepada Windows 98 sebaik saja ia berada di pasaran. Dalam usaha mengekalkan komitmennya kepada kepuasan pelanggan, peningkatan itu didapati pada harga terendah kepada pelanggan baru dan tiada sebarang caj tambahan dikenakan. Mulai pertengahan tahun ini, Gateway akan meluaskan pilihan untuk tempahan kepada rakyat Malaysia dan Indonesia menerusi Internet yang mana mereka mampu berurusan secara dalam talian. PENGGUNA Net pertama yang didapati bersalah kerana membuat ugutan bunuh 59 pelajar universiti berketurunan Asia melalui e-mel, dihukum penjara setahun. Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap bekas penuntut Universiti California, Richard Machado, 21, berdasarkan dua kesalahan pelanggaran undang-undang awam persekutuan pada Februari lalu. Pada 1996, Machado didapati bersalah menghantar e-mel kepada pelajar yang kebanyakannya dari Asia dengan mengugut membunuh mereka secara persendirian. E-mel itu dihantar daripada komputer dalam kampus dan ditandatangani oleh Asian Hater. Keputusan yang dibuat memperakui hujah yang mengatakan penghantaran ugutan melalui Net adalah sama dengan melakukannya melalui telefon atau menggunakan mel biasa. Pada mulanya, Machado dihukum dengan 10 kesalahan tetapi perbicaraan pertama berakhir tanpa sebarang keputusan disebabkan berlaku kekeliruan. Namun pada perbicaraan kedua, juri mendapati beliau bersalah dan Machado akhirnya dihukum penjara setahun dan denda AS$100,000. Kumpulan penyokong Machado membuat bantahan dengan mengatakan e-mel itu gurauan bodoh yang mana ia sudah menjadi kebiasaan perbincangan dan masyarakat Internet. Hakim bagaimanapun tidak meminta Machado menyegerakan pembayaran denda tetapi mengarahkannya tidak menggunakan komputer, modem, perkhidmatan dalam talian, telefon selular atau televisyen dengan capaian ke Internet. Ketika perbicaraan sepanjang enam hari itu, dakwaan mengekalkan hujah dengan mengatakan budaya Net bukan lagi menjadikannya syurga untuk undang- undang persekutuan. APA yang dimaksudkan dengan mesej berikut: Unable to locate the server. The server does not have a DNS entry. Sistem nama domain atau Domain Name System (DNS) adalah kaedah yang digunakan untuk mencari alamat Internet yang anda masukkan. Ralat ini terjadi mungkin disebabkan tapak tersebut memang tidak wujud atau sambungan kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) menghadapi masalah. Untuk membuktikan sambungan kepada ISP bukan punca masalah, cuba tapak web yang anda ketahui memang ada DNS, seperti http://www.jaring.my. Jika masih lagi mendapat ralat DNS, kemungkinan besar sambungan kepada ISP tidak dapat dilakukan. Anda juga turut boleh cuba kosongkan ruang cache untuk menyediakan ruang cache kosong daripada dokumen yang selalu anda capai atau laman web yang selalu dilawati. ASSALAMUALAIKUM, Adakah sebarang perisian yang boleh membaiki cakera keras yang telah diserang virus.? ikmys@comnet.ca Terdapat banyak perisian antivirus dalam pasaran seperti dari MacAfee, Solomon, Armour dan Norton. Setiap perisian dilengkap dengan disket bagi membolehkan pengguna `boot clean' dan membersihkan sistem sebelum melengkap perisian anti virus. Ini penting kerana jika anda terus melengkapkan perisian antivirus sebelum membersihkannya, kemungkinan perisian itu dirosakkan juga. Selain itu, mungkin anda boleh melakukan Scandisk bagi memeriksa kerosakan pada cakera keras. Jika demikian, ia mungkin kerosakan fizikal pada cakera keras dan tiada kena mengena dengan virus. APABILA saya masukkan satu alamat URL, saya menerima mesej Network connection refused by the server. Apakah maksudnya. Mesej begini menunjukkan terlalu ramai pengguna cuba untuk mencapai laman web yang sama. Jika menerima mesej ini ketika mencapai tapak web yang kerap anda kunjungi, cuba semula dalam masa beberapa minit kemudian. INTEL Corp. (Intel), pengeluar cip utama dunia akan meningkatkan pembangunan prosesor terbarunya, Celeron selain memperkenalkan dua versi cip baru tahun ini. Celeron adalah prosesor Intel dengan sasaran kepada komputer peribadi (PC) pada harga AS$1,200 atau kurang, dihasilkan berasaskan reka bentuk Pentium II. Pada suku ketiga, Intel dijangka mengeluarkan prosesor Celeron 300 MHz tanpa cip memori berkelajuan tinggi para kedua. Celeron kini hanya 266MHz. Ini diikuti dengan pengenalan prosesor Celeron 333 MHz pada suku keempat yang menyepadukan cache para kedua 128K ke dalam kepingan silikon prosesor. Cip versi terbaru itu dikenali dengan nama kodnya, Mendocino. Intel akan memperkenalkan versi cip Mendocino 300 MHz pada separuh kedua tahun ini manakala versi 333 MHz awal tahun depan. Cache para kedua bertindak sebagai memori pelaju capaian bagi prosesor, meningkatkan keupayaan keseluruhan sistem. Versi pengenalan prosesor Celeron yang diperkenalkan April lalu berasaskan Pentium II yang tidak menyediakan memori cip para kedua. Ini dilakukan bagi penjimatan kos. Menurut beberapa penganalisis, versi Celeron berkonsepkan tanpa para ini tidak menunjukkan keupayaan terbaik berbanding cip Pentium MMX. HYATT International Corp (Hyatt), rangkaian hotel mewah lima bintang terkemuka dunia memperkenalkan perkhidmatan tempahan bilik secara dalam talian bagi memudahkan pengunjungnya di seluruh dunia. Melalui laman webnya www.hyatt.com, pengunjung boleh memeriksa bilik yang masih kosong dan menempahnya, menentukan kadar bayaran bilik, memeriksa pakej yang ditawarkan, berita terbaru serta peluang pekerjaan. Bagi pengembara yang sering ke luar negara, laman Web Hyatt menyediakan perkhidmatan hotelnya di seluruh dunia yang mana mereka boleh mengunjungi hotel berkenaan secara nyata maya untuk melihat keadaan bilik yang ingin ditempah, ruang legar, restoran serta kemudahan lain. INTERNET dibangunkan di atas sekumpulan jaringan yang merangkumi seluruh dunia. Jaringan yang terbentuk tersebut mengandungi banyak jenis komputer yang berbeza. Oleh itu, sesuatu mesti ada yang membolehkan jaringan itu dapat dirangkaikan bersama-sama. Inilah yang dinamakan TCP/IP. Penerangan terperinci TCP/IP adalah terlalu teknikal dan selalunya sebahagian besar daripada kita tidak mahu mengetahuinya. Walaupun demikian terdapat beberapa idea asas yang mungkin anda ingin tahu. Bagi memastikan pelbagai jenis komputer berbeza itu boleh bekerja bersama-sama, pengaturcara menulis aturcara mereka menggunakan protokol piawai. Protokol merupakan set peraturan yang diterangkan secara teknikal bagaimana sesuatu perkara itu dilaksanakan. TCP/IP ialah nama biasa sekumpulan lebih 100 protokol yang digunakan bagi menyambung komputer dan jaringan. Nama sebenar TCP/IP dibentuk dari dua protokol utama, iaitu TCP (Transport Control Protocol) dan IP (Internet Protocol). Komputer yang membentuk jaringan Internet bercakap antara satu sama lain menggunakan bahasa protokol TCP/IP. Protokol ini mengendalikan skim pengalamatan untuk setiap komputer dalam Internet. TCP/IP menentukan undang-undang dan peraturan bagaimana data seharusnya bergerak melalui jaringan dan komputer. Dalam Internet, maklumat dihantar tidak secara gugusan data besar, tetapi dipecahkan menjadi pakej kecil yang dipanggil paket. Pecahan data ini juga dikendalikan sebaiknya oleh TCP/IP. Contohnya, katakan anda menghantar pesanan panjang kepada sahabat di negara lain. TCP akan membahagikan pesanan tersebut kepada sekumpulan paket. Setiap paket ditandakan dengan nombor turutan dan alamat penerima. Sebagai tambahan, TCP turut memasukkan maklumat kawalan ralat sebelum menghantar paket melalui jaringan. IP akan membuat penghantaran kepada destinasi yang dikehendaki. Apa yang berlaku setelah paket dikirim? Bagaimana dengan kesibukan laluan? Ikuti sambungannya minggu depan. THIS program has performed an illegal operation and will be shut down. Apakah maksudnya? Bagaimana untuk kosongkan ruang cache komputer? Ralat ini menandakan komputer anda keliru dengan apa yang sedang anda lakukan. Cuba kosongkan ruang cache atau mulakan semula (restart) perisian pelayar anda. Untuk mengosongkan cache, ikuti langkah berikut: Netscape Communicator 1. Pergi ke menu Edit, klik sub-menu Preferences. 2. Di bawah Category, pilih Advanced. 3. Klik Advanced dua kali dengan tetikus dan ia akan keluar sub-menu Cache. 4. Menu Cache akan paparkan kotak dengan butang Clear Memory Cache dan Clear Disk Cache. Klik kedua-dua butang tersebut. 5. Akhir sekali klik butang ok. Internet Explorer 3.0 1. Pergi ke menu View, klik Options. 2. Klik butang Advanced dan kemudian klik Seetings. 3. Klik butang Empty Folder. 4. Satu kotak dialog akan paparkan mesej Delete all files in the Temporary Internet Files folder?, klik Yes. TOLONG beritahu saya modem yang terbaik yang boleh kita gunakan serta nyatakan juga harganya sekali. Selain itu nyatakan juga modem jenis luaran yang boleh kita gunakan. kharrus@hq.jkr.gov.my Gunakan modem jenis luaran yang mendapat kelulusan JTM. Ia dinyatakan pada kotak atau modem itu. Pengguna juga boleh memilih modem jenama kerana lebih baik jaminan tetapi harganya lebih sedikit. Juga pilih modem dengan kelajuan hantaran 33.6Kbps atau lebih tinggi. BUAT pertama kalinya di dunia, mesin pengeluar wang automatik (ATM) masa depan wujud di Britain, apabila pelanggan Nationwide Building Society mendapati mereka boleh mengeluarkan wang tunai dengan hanya mengelipkan mata. Sistem ATM ini dipelopori oleh NCR, pengedar ATM terbesar di dunia, menggunakan sistem pengenalan bahagian mata hitam (iris) yang dimajukan oleh Sensar Inc Princeton, New Jersey dan teknologi yang diusahakan oleh Dr John Daugman dari Universiti Cambridge. Percubaan ini dilangsungkan terus berdasarkan satu kaji selidik mengenai ATM yang mendapati lebih dari 51 peratus rakyat Britain mahukan kaedah yang lebih mudah bagi pengenalan diri. Pelanggan hanya perlu memasukkan kad ATMnya dan sebuah kamera yang dipasang akan merakam gambar iris mata. Jika iris mata pelanggan sepadan dengan rekod yang tersimpan di dalam pangkalan data bank terbabit, mesin ATM akan terus membenarkan capaian ke akaun pelanggan tanpa memerlukan nombor PIN. KOMPUTER saya, Packard Bell Pentium 133, cakera keras 1.3 GB sekarang ini semakin lembap. Untuk pengetahuan, ruang kosong cakera keras tinggal 100 MB. Saya dah berapa kali Scandisk dan Defrag, tapi sama juga, komputer masih lagi lembap dan selalu `hang'. brosnan@tm.net.my Saudara tidak menyatakan spesifikasi memori. Satu langkah mudah untuk meningkat persembahan ialah menambah memori. Contohnya, 16MB, 24MB atau lebih tinggi. Ruangan storan yang rendah turut menjejaskan persembahan sistem kerana PC turut menggunakan storan `maya' bagi `swap files' dan fail sementara untuk operasi seperti cetakan. Mungkin saudara boleh membuang direktori dan/atau fail yang tidak diperlukan atau mengeluarkan perisian yang tidak penting. Untuk meningkatkan persembahan, kurangkan jumlah font yang dilengkap dalam sistem serta sentiasa kosongkan Recycle Bin. PAPAN litar saya jenis (vx) yang menyokong CPU Pentium 120MHz. Bolehkah saya menukarkan CPU kepada Pentium 200 MMX kerana di dalam buku panduan papan litar, ia mengatakan bahawa CPU yang disokong dalam lingkungan Pentium 100MHz hingga 200MHz tetapi tidak disebut mengenai MMX. Pentium 120MHz saya ini menggunakan soket 7. Adakah soket ini sama dengan CPU Pentium MMX. Fajar76@hotmail.com Tiada masalah kerana Pentium MMX menggunakan soket 7 manakala papan litar VX juga boleh menyokong cip 166-200MMX kerana mematuhi set cip 430VX. Cip MMX digabungkan dengan 57 arahan pemprosesan tambahan yang ditumpukan bagi pemprosesan multimedia dan grafik supaya lebih pantas. Bagaimanapun pastikan sama ada jumper perlu diubah untuk pertukaran ini. Terdapat papan litar VX yang tidak memerlukan perubahan jumper. Juga pastikan BIOS sistem dapat beroperasi dengan cip baru itu. APAKAH jenis komputer yang patut saya gunakan bagi menyambungkan kepada Internet? Sebarang jenis komputer boleh diguna dengan syarat modem boleh disambungkan. Bagaimanapun, bagi menggunakan antara muka bergrafik World Wide Web yang menjadi keperluan utama selepas aplikasi e-mel, anda perlukan komputer peribadi (PC) dengan sistem pengoperasian Windows (kami cadangkan Windows 95) atau Apple Macintosh. Jika mahu membeli sebuah komputer baru, kami cadangkan spesifikasi minimum: Windows 95, pemproses Pentium 100 MHz, cache 256Kb, 16MB RAM, kad grafik dengan 2MB RAM, pemacu CD-ROM 6 kelajuan, kad bunyi 16-bit, pembesar suara dan monitor 14 inci. ((Pix:- Tingkatkan keupayaan ... HyperRace MxPro 180 menjimatkan kos meningkatkan prestasi CPU.)) HYPERTEC Memory (Malaysia) Sdn Bhd (Hypertec), memperkenalkan HyperRace MxPro 180, iaitu produk cip prosesor yang digunakan untuk meningkatkan prestasi Unit Pemprosesan Pusat (CPU) komputer sehingga 360 peratus. Pengarah Urusan Hypertec, Colin Lillywhite, berkata melalui prosesor yang diperkenalkan ini pengguna tidak perlu membeli cip prosesor baru untuk memperbaiki prestasi kelajuan komputer. "HyperRace MxPro 180 boleh dimanfaatkan untuk komputer generasi Pentium bagi pengguna yang memanfaatkan operasi Windows 95, Windows NT, perisian permainan dan aplikasi Internet," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, minggu lalu. Bagi komputer yang menggunakan HyperRace MxPro 180 untuk prosesor Pentium berkelajuan 75 MHz ia dapat mempertingkatkan prestasi Windows 95 hingga 47 peratus; 41 peratus untuk Windows NT manakala 360 peratus untuk aplikasi multimedia serta permainan. Menurutnya, pengguna dapat menjimatkan wang untuk mempertingkatkan prestasi komputer mereka tanpa perlu membeli komputer generasi Pentium MMX serta mudah dipasang. Harga yang ditawarkan ialah RM599. Maklumat lanjut boleh didapati dari Hypertec Memory (M) Sdn Bhd di 03- 7036269. ((No: Internet (6).)) KALI ini kita bincangkan perkara yang semua orang boleh faham. Sambungan kepada perbincangan dulu, insya-Allah, akan dipasang di satu laman web tidak lama lagi. Semoga ia dapat menjadi rujukan kepada pengguna Internet yang hanya faham bahasa Melayu kelak. Kenapa Netscape 3x? Netscape 3x bermakna sebarang program Netscape versi 3.0 ke atas. Ini termasuklah Netscape Gold yang digunakan juga untuk membuat halaman web. Suruhan ini tidak dicuba pada Netscape 2x atau Netscape 4x. Ini kerana 2x sudah lama penulis padamkan dan 4x terlalu besar untuk diambil. Lagi pun sejak versi 4x keluar, sudah ada browser Opera yang lebih laju dan kini menjadi browser rasmi. Kotak Lokasi Mungkin istilah ini tidak sesuai sebagai terjemahan kepada Location Box, tetapi ia adalah tempat kita menulis URL sesuatu laman web yang hendak kita pergi dalam Netscape. Ia terletak di atas skrin anda, berwarna putih. Suruhan Rahsia Istilah rahsia kami gunakan secara am. Maksudnya ia tidak diketahui oleh ramai pengguna, khususnya yang tidak membaca semua kandungan Panduan Netscape di netscape.com dan rencana lain mengenai browser ini di Internet atau di tempat lain. 1) about: (tulis `about" diikuti noktah bertindih) Suruhan ini mempamerkan About Box Netscape yang dapat kita keluarkan juga dengan mengklik butang yang sama pada browser. 2) about: blank (tiada ruang antara `:' dan `blank') Memberikan kita satu halaman kosong. Untuk apa belum dapat dipastikan. 3) about: cache Mempamerkan kandungan semua fail dalam kec (cache). Pilihan lain kepada suruhan ini ialah dengan membuka fail dalam folder cache satu persatu. Awas! Jika kec terlalu besar suruhan ini akan memakan masa. Suruhan ini berguna jika kita mahu melihat apa yang ada dalam kec kita, atau mengintai kegiatan pengguna Netscape sebelum kita (jika ke Internet melalui PC kongsian). 4) about: image-cache Arahan ini lagi menarik. Semua fail grafik dalam kec akan keluar di skrin. No comment! 5) about: memory-cache Mempamerkan kec memori, jika ia dipasang. Selalunya kandungan terbaru sebelum dipindahkan ke kec cakera. 6) about: global Mengeluarkan sejarah URL daripada fail netscape.hst. Semua URL pengguna sebelumnya akan dipamerkan, jika diberikan pada permulaan sesi Internet anda. Bayangkan betapa suruhan ini akan membuka segala rahsia pengguna sebelum anda. Kita dapat tahu ke mana dia pergi. Rupa-rupanya Halim yang bising di pejabat itu peminat tasawuf kerana dia pergi ke tapak haqqani naqshahbandi. Jika digunakan dengan arahan berkaitan cache, akan tahu apa yang dibacanya dan gambar apa yang dilihatnya. Di haqqani, banyak lukisan apa yang kononnya gambar para wali. 7) Mailto: Akan membuka skrin bagi kita menghantar emel melalui Netscape. Ini jika sudah memasangnya terlebih dulu. Cuba suruhan itu dan emel penulis. Tulis testing saja sudah cukup. Cuma cukuplah e-mel maki-hamun. Penulis akan cuba menjawab dengan menghantar satu fail lampiran kecil. 8) view: source Seperti juga mengklik View-Source pada menu Netscape. Berguna pada pembaca yang belajar HTML. Jika fail html tidak keluar, ini bermakna tapak itu menggunakan HTML Dinamik. Contohnya tapak nstpi.com.my. Disebabkan suruhan ini dibuat di kotak lokasi ia boleh digunakan dalam fail html anda. Demikian sebahagian suruhan Netscape yang sebelum ini tidak kita ketahui. Ia tidak didokumentasi dalam Panduan Netscape dan hanya boleh didapati dengan membuka fail netscape.exe dan membaca kod asalnya. Penulis berharap pembaca mencubanya pada Netscape 4x. Jika berjaya, sila Mailto:. ((No: Graphics (Statistics) - Sumbangan Fiskal Hasil Kadar Cetak Rompak Perisian Menurun.)) SEPANJANG tahun ini, komputer yang membabitkan perisian cetak mencatat nilai rampasan kedua tertinggi, iaitu RM288,000 berbanding produk lain di bawah akta hak cipta 1987. Akta hak cipta itu merangkumi filem, muzik, sastera, seni dan komputer. Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang dikumpul selama empat bulan mulai 1 Januari hingga 30 April tahun ini turut mencatat satu aduan dan satu kes. Aduan dan kes berkenaan diterima daripada cawangan kementerian berkenaan di Shah Alam. Dalam tempoh berkenaan juga, filem mencatat nilai rampasan tertinggi dengan RM47,442. Rampasan tertinggi ialah di Kuala Lumpur dengan nilai RM12,516 manakala aduan yang diterima 16 dan kes juga 16. Bagaimanapun nilai rampasan dalam kategori komputer itu gagal mengatasi data 1997 (tindakan di bawah akta hakcipta 1987: 1 Disember 1987 hingga 30 April 1998) yang mencatat RM2,988,722. Sepanjang tempoh berkenaan, 30 aduan diterima membabitkan hak cipta komputer dan 30 tindakan diambil yang mana ia berjaya menghasilkan kes untuk bertindak. Sejak akta hak cipta 1987 itu digubal hingga pertengahan 1998, nilai rampasan terhadap produk komputer melebihi RM4 juta dengan 69 tindakan menghasilkan kes. Dalam tempoh berkenaan juga, 74 aduan diterima dan 74 tindakan diambil. Manakala menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S Subramaniam, usaha sedang dilakukan bagi mempertingkatkan undang-undang harta intelektual. "Bahagian harta intelektual kementerian sedang mempergiatkan program kesedaran terhadap harta intelektual itu yang akan merangkumi seluruh bandar utama di negara ini," katanya. Beliau juga menegaskan bahawa hak perlindungan harta intelektual menjadi keperluan asas persekitaran yang kreatif dan berjaya dalam membangunkan masyarakat pembangun perisian di negara ini. Tanpa penguatkuasaan dan pembentukan undang-undang, negara tidak akan berjaya memajukan pembangunan perisian tempatan ke peringkat lebih matang. "Bagi menjayakan usaha itu, kementerian komited dalam menyediakan perlindungan berkesan bagi hak intelektual itu," katanya. Beliau yakin sekiranya dipertingkatkan sumbangan terhadap industri perisian, negara mampu membuat persediaan terhadap kesan yang akan menimpa ekonomi global selain menjadi peneraju dalam pembangunan industri perisian dan teknologi maklumat (IT). ADA kalanya stesen kerja Windows NT4.0 atau 3.51 gagal untuk dimulakan dan anda tahu sebabnya. Katalah fail Ntdetect.com rosak. Apabila komputer dimulakan, mesej ralat bahawa sistem gagal mencari atau melaksanakan Ntdetect akan dipaparkan. Bagaimanapun sistem perlu dibut dahulu sebelum pembaikan kepada fail Ntdetect.com atau masalah lain dapat diatasi. Jawapan mudah ialah membut sistem menggunakan cakera liut. Untuk membuat cakera but, masukkan cakera liut ke pemacu A, klik kanan ikon cakera liut, pilih format dan format cakra menggunakan Full Format (biar selamat). Selepas itu buka Windows NT Explorer dan klik pada folder induk (lazimnya C:\) dan salin fail di bawah ini ke cakera liut: Boot.ini Ntdetect.com Bootsect.dos (untuk pemasangan dwi-mula) NTLDR Ntbootdd.sys (jika ia berada di dalam folder induk) Jika semua fail di atas tidak kelihatan, pilih View|Options pada Windows NT Explorer, tekan butang Show All Files|Apply dan seterusnya OK. Sekiranya fail tersebut masih tidak dapat dilihat, tekan F5 dan semak semula. BANYAK sangat mesej yang tersimpan dalam inbox? Jika ingin melihat mesej yang belum dibaca saja, pilih Options|Show Only Unread Messages daripada menu Netscape Mail. Mesej yang telah dibaca tidak akan disenaraikan di dalam inbox tetapi disorok. Pilih Options|Show All dan semua mesej akan dipapar semula. ((No: Graphics (Art) - Kaedah operasi swatch `access menang'.)) ((Pix:- Bergaya ... Felix (kiri), Benny Ong (kanan) bersama Sunil Amarasuriya (tengah) menggayakan Swatch Access Menang masing-masing.)) ATLIT dan pegawai Sukan Komanwel XVI (Kuala Lumpur 98) yang akan berlangsung dari 11 hingga 21 September depan, bakal ditampilkan dengan jam tangan interaktif, membolehkan mereka keluar masuk ke kompleks sukan dengan mudah dan selamat. Jam tangan yang dikenali sebagai `Swatch Access Menang' mampu berfungsi sebagai pas masuk atau kad pintar yang memudahkan kemasukan bagi melicinkan pelaksanaan pas keselamatan tanpa dokumen. Pengurus Jenama Swatch, SMH Asia Tenggara, Benny Ong berkata, pengenalan Swatch Access Menang yang cukup berinovatif dan bergaya itu bagi meneruskan usaha Swatch yang terbabit dalam arena pencatatan masa di Sukan Olimpik Atlanta pada 1996 dan kini berjaya menghasilkan jam tangan khas untuk Kuala Lumpur 98. "Memandangkan Swatch adalah jam masa rasmi sukan berprestij ini dan paling gemilang akan berlangsung di Malaysia, Swatch telah mencipta sesuatu yang paling inovatif dan dapat dikenang sepanjang hayat buat rakyat Malaysia kerana kami telah memberikan satu sentuhan tempatan kepada jam tangan istimewa ini di mana Menang adalah perkataan dari bahasa Malaysia. "Orang ramai atau bakal penonton juga boleh memiliki jam tangan ini yang dijangka berada di pasaran beberapa hari lagi di 64 ejen penjual barangan Swatch seluruh negara dengan harga RM156 sebuah." "Bagaimanapun penonton perlu membeli tiket terlebih dahulu sebelum masuk ke tempat berlangsungnya sukan ini," katanya. Menurut Pengurus Serantau, Swatch Access Asia Pasifik, Felix Heinimann, Swatch sudah melabur RM17 juta bagi peralatan pencatat masa yang canggih dan bertekad menunjukkan ketepatan masanya dan pengiraan mata bagi semua acara serta menawarkan kemasukan mudah atlit dan pegawai. "Pengguna hanya perlu menghalakan jam ini ke arah alat penerima dan mereka akan dibenarkan masuk. Teknologi ini sekali gus memperkenalkan satu lagi ciri keselamatan IT yang mampu mengenal pasti kesahihan ahli urusan rasmi dan akan menentukan sama ada membenarkan atau tidak mereka memasuki kawasan dengan kawalan ketat seperti perkampungan sukan, tempat tetamu kehormat, kantin, pusat media utama dan lokasi sukan," ujarnya. "Jam tangan ini dipasang dengan cip komputer untuk menyimpan maklumat dan satu gelung antena pengesan luaran. Sewaktu beroperasi, maklumat akan dipancar ke komputer untuk pengesahan dan pengenalan menggunakan teknologi frekuensi radio interaktif," kata Felix lagi. Dari segi pencatatan masa dan pengiraan mata, Swatch akan membawa masuk 35 tenaga pakar kejuruteraan dan teknikal bagi memastikan tiada sebarang masalah dalam penggunaan setiap peralatan. Swatch Access Menang juga adalah simbol berkuasa yang melambangkan kemajuan teknologi, inovasi, inspirasi, keriangan, aksi dan satu pandangan kosmopolitan dunia yang akan menjadikan Kuala Lumpur 98 pengisytiharan acara sedunia. PEMINAT Sukan Komanwel ke-16 (KL'98) tidak perlu lagi beratur atau menunggu lama untuk membeli tiket kerana kemudahan pembelian diperluaskan lagi menggunakan perkhidmatan Internet. Sekarang mereka boleh membeli tiket menerusi laman Web khas KL'98 di alamat http://www.ticketexpress.com.my. Ticket Express Sdn Bhd yang pertanggungjawabkan sebagai ejen rasmi pertiketan KL'98 melancarkan laman Web terbabit April lalu yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir menjadi pelanggan pertama membeli tiket menggunakan kemudahan ini. Kaedah baru ini didakwa lebih mudah dan selamat kepada masyarakat Malaysia dan seluruh dunia amnya kerana mereka tidak perlu lagi bersusah mendapatkan tiket. Setakat ini laman `ticket express' sudah merekodkan purata kemasukan 20,000 pengunjung sejak dilancarkan. CANON Inc, Jepun (Canon) menghasilkan pencetak bubble jet BJC-50v yang akan menjadi pencetak terkecil dan paling ringan dalam industri pernah diperkenalkan. Dengan beratnya kurang satu kilogram, pencetak itu adalah rangkaian produk untuk pengguna yang sentiasa bergerak dengan reka bentuk padat serta mudah digunakan dengan notebook ketika dalam perjalanan. Pencetak itu menawarkan resolusi 720 x 360 titik per inci. Ia tersedia dengan pangkalan keserasian IrDA, mengatasi masalah kabel. Terdapat pengimbas imej pilihan IS-12 warna menggantikan katrij dakwat, membolehkannya berfungsi sebagai pengimbas 360 dot per inci. BJC-50v kini boleh diperolehi di Jepun dengan harga AS$447 dan Canon mensasarkan matlamat pengeluaran 25,000 unit sebulan bagi produk itu. CIP prosesor isyarat digital (DSP) Texas Instrument (TI) menerima anugerah "Innovation of the Year" daripada majalah EDN berdasarkan keupayaannya sebagai cip prosesor paling bertenaga di dunia. EDN, majalah penerbitan perdagangan elektronik terkemuka mendapati reka bentuk cip TI sebagai satu produk kejuruteraan yang menarik dan unik dalam industri. Cip TMs320C6x DSP memenangi anugerah dalam kategori prosesor mikro/dsp, beroperasi pada 1.6 bilion arahan sesaat, 10 kali lebih laju berbanding DSP sedia ada. Cip berkelajuan tinggi ini akan menerajui pertumbuhan mendadak sistem komunikasi tanpa wayar dan data, terutamanya proses pindah turun berkelajuan tinggi daripada Internet. DSP sangat bertenaga, prosesor mikro yang sesuai untuk perkomputeran intensif matematik masa nyata. Kebanyakannya digunakan dalam telefon selular digital dan stesen pangkalan selular, modem, pemacu cakera keras, sistem satelit digital, pengimejan perubatan seperti MRI, pengimbas CT, kamera digital dan peralatan di rumah. PENGENALAN produk terkini IBM, G5, komputer kerangka utama paling berkuasa, membolehkan pemprosesan lebih banyak serta murah terhadap maklumat perniagaan. Komputer baru itu berupaya pengendali jumlah pengiraan yang sama serta berganda kelajuannya seperti model Systems 390 yang diperkenalkan 14 bulan lalu. G5 yang dirancang akan dihantar kepada pelanggan Ogos ini adalah generasi kelima siri reka cipta semula IBM sejak diperkenalkan pada 1994. Seperti Systems 390 lain, kos komputer baru itu rendah dari segi pengendalian dan harganya. Pakar industri berkata, komputer terkini itu akan membantu IBM bersaing dengan Hitachi, yang menjual kerangka utama dengan sistem penyejukan menggunakan air yang dikatakan lebih berkuasa berbanding model IBM. ((No: Graphics (Art) - TCP memastikan pesanan dan alamat penerima yang betul semasa proses penghantaran.)) ((No: Sambungan.)) Pengenalan kepada protokol TCP/IP telah diterangkan minggu lepas. Ikuti pula apa yang berlaku kepada isyarat yang dijana dan dihantar oleh komputer anda. DI destinasinya, TCP menerima paket yang dihantar dan memeriksa sekiranya terdapat sebarang ralat. Jika ada, TCP meminta paket tersebut dihantar semula. Apabila semua paket diterima dalam keadaan baik, barulah TCP akan menggunakan turutan nombor bagi menjana semula pesanan seperti dalam bentuk asal. Dalam lain perkataan, tugas IP ialah mendapatkan data mentah, iaitu paket, dari satu tempat ke satu tempat manakala tugas TCP pula ialah memastikan aliran dan kandungan data yang dihantar adalah betul. Memecahkan data kepada paket ada beberapa kebaikan utama. Pertama, ia membenarkan ramai pengguna menggunakan talian komunikasi yang sama pada satu masa. Memandangkan setiap paket tidak perlu dipindahkan bersama-sama, talian komunikasi boleh membawa pelbagai jenis paket yang menuju destinasi berbeza. Bayangkan sebuah lebuh raya yang dipenuhi banyak kenderaan pada jalan yang sama tetapi sebenarnya mereka menuju ke destinasi berasingan. Setiap paket yang dihantar akan melalui satu hos ke satu hos sehingga ia sampai ke destinasi sebenar. Ini bermakna Internet mempunyai tahap fleksibel yang tinggi. Jika sambungan tertentu tidak dapat dilalui, komputer yang mengawal aliran data tersebut akan mencari laluan alternatif. Malah semasa proses pemindahan sedang berjalan, pelbagai paket mungkin melalui jalan yang berlainan. Ini juga bermakna jaringan boleh menggunakan sambungan terbaik yang wujud pada satu masa. Misalnya, apabila suatu laluan dalam jaringan tertentu itu penuh atau sibuk, paket boleh dipindahkan kepada laluan yang kurang sibuk. Satu lagi kebaikan menggunakan paket ialah apabila sesuatu terjadi yang mengakibatkan paket tertentu itu tidak dapat dihantar, hanya paket itu saja yang perlu dihantar semula dan tidak keseluruhan data atau pesanan. Keadaan jaringan Internet yang fleksibel ini membolehkan TCP/IP melaksanakan penghantaran data dengan jayanya walau bagaimana cara sekalipun. Yang pastinya, Internet boleh menghantar suatu pesanan atau fail tertentu hanya dalam masa beberapa saat saja, walaupun jarak yang terlibat antara penghantar dan penerima beribu kilometer jauhnya. Dengan itu, TCP/IP merupakan sekumpulan protokol yang terlibat untuk mengendalikan peranti komputer dan komunikasi dalam jaringan. Dengan adanya TCP/IP juga peranti komputer dan komunikasi boleh bekerjasama melaksanakan proses pemindahan data dari satu komputer hos ke komputer hos yang lain. Jawapan terbaik bagi TCP/IP ialah ia adalah gam yang memegang beribu jaringan dan berjuta-juta komputer dalam Internet bersama-sama. GUNA kekunci Ctrl+B dalam browser Navigator dan tetingkap bookmark akan segera terbuka. ANDA boleh mencetak dokumen dengan lebih muda jika meletakkan pintasan (shortcut) pencetak di desktop dan mengheret ikon dokumen ke pintasan pencetak. Bagaimanapun cara terpantas ialah meletakkan pintasan pencetak di dalam folder Send To. Untuk melaksanakannya, buka Windows NT Explorer dan cari Winnt\Profiles\Administrator\Send To (diandaikan anda adalah administrator). Setelah dibuka, klik Start|Settings|Printers. Pada tetingkap Printers yang terbuka, tekan Ctrl dan heret ikon pencetak ke folder Send To. Selepas ini bolehlah melaksanakan tugasan mencetak dengan hanya mengklik-kanan ikon dokumen ke Send To, PencetakAnda (atau apa-apa nama yang anda beri kepada pencetak). ADA cara mudah untuk menutup semua tetingkap atau folder yang terbuka dengan satu tindakan saja. Katalah anda dwi-klik My Computer diikuti dengan dwi-klik pemacu C: untuk membuka kedua-dua folder ini. Untuk menutupnya dengan satu tindakan, tekan Shift dan klik pada kotak tutup (atas, kanan) folder atau tetingkap terakhir yang dibuka. Folder atau tetingkap terakhir akan ditutup, termasuk My Computer. Bagaimanapun folder atau tetingkap lain yang terbuka dan tiada kaitan dengan My Computer tidak ditutup. Anda boleh juga klik-kanan taskbar dan pilih Minimize all Windows. Tindakan ini tidak menutup semua folder atau tetingkap tetapi membersihkan desktop anda daripada objek yang berselerak. RALAT The modem is being used by another Dial-up Networking connection or another program. Disconnect the other connection or close the program, and then try again diperolehi sewaktu cuba membuat penyambungan ke JARING/Internet. Mengapa ini terjadi dan bagaimana pula menyelesaikannya? Mesej ini cuba memberitahu anda bahawa terdapat percanggahan (conflict) di antara aplikasi-aplikasi yang cuba menggunakan modem. Lazimnya ralat diperolehi apabila anda cuba membuat sambungan ke JARING/Internet sedangkan pada masa yang sama komputer telah dijalankan dengan aplikasi yang lain contohnya aplikasi faksimili. Berikut ialah penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut: 1. Tutup (Close) atau Keluar (Exit) terlebih dahulu aplikasi yang sedang digunakan sebelum menggunakan aplikasi lain yang akan menggunakan modem yang sama. 2. Jika anda menggunakan modem jenis luaran (external modem), pastikan modem ditutup dan dibuka semula (reset). 3. Jika anda menggunakan modem jenis dalaman (internal modem), pastikan komputer diulang-mula (restart) SEBAGAI ahli bagaimanakah cara untuk saya melakukan proses upload sebarang fail pada komputer ke pelayan FTP JARING? Protokol Pemindahan Fail (FTP: File Transfer Protocol) merupakan kaedah piawai bagi memindahkan fail. Untuk melakukan proses hantar (upload) ke pelayan JARING, anda boleh menggunakan sama ada menggunakan pelayar Web Netscape atau perisian FTP seperti WS_FTP. A. Netscape 1. Buka pelayar Netscape. Pastikan anda disambungkan ke Internet. 2. Di bawah menu Location, taipkan ftp.jaring.my/pub/incoming 4. Pergi menu `File' dan pilih `Upload file'. 5. Pilih fail yang anda ingin dihantar. B. WS_FTP Perisian ini menawarkan antara muka grafik yang mudah dan membolehkan anda hantar dan ambil fail tanpa mengetahui perintah ini. Tetingkap Utama (Main Windows) WS_FTP disusun menjadi dua bahagian. Bahagian pertama mewakili komputer anda, termasuk direktori dan fail yang terdapat di dalamnya, manakala bahagian kedua memaparkan fail dan direktori yang terdapat pada komputer yang jauh. Tetingkap yang memaparkan komunikasi antara kedua-dua komputer tersebut turut diberikan. Dengan hanya mengklik tetikus, fail akan dipindahkan secara automatik antara komputer. ((Pix:- Mudah saja ... celik komputer menjadi satu keperluan asas di zaman teknologi maklumat.)) REVOLUSI maklumat yang bakal mewujudkan Era Maklumat akan membawa perubahan secara menyeluruh dan mendadak kepada cara hidup kita, cara bekerja dan tatacara melihat dunia secara global. Revolusi ini sedang bergerak sekarang. Pemangkin utama revolusi maklumat ini ialah teknologi maklumat (IT) yang berkaitan dengan komputer dan telekomunikasi. Negara kita telah berjaya melihat akan kemunculan era yang dipenuhi dengan generasi berilmu dan bermaklumat tersebut. Sesungguhnya kita bertuah kerana telah mengambil langkah awal di peringkat permulaan revolusi. Kemajuan dalam teknologi komputer pada hakikatnya memastikan bahawa revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita secara lebih mendalam serta menyeluruh. Yang pastinya komputer akan terus bertapak di Malaysia. Setiap hari ia menjadi makin sukar dan mencabar untuk digunakan tanpa pemahaman asas tentang apa itu komputer dan bagaimana komputer digunakan. Justeru itu, pada pandangan Jalinan Jaring, semua pelajar kita perlu mengetahui empat kemahiran asas untuk bersaing dalam dunia Era Maklumat, iaitu membaca, menulis, mengira dan celik komputer. Walaupun terminologi celik komputer mempunyai maksud berbeza kepada orang yang berlainan, ramai bersetuju ciri celik komputer adalah seperti berikut: - Mempunyai kefahaman asas mengenai apa yang boleh dibuat oleh komputer dan apa yang tidak boleh dibuatnya, - Berjaya menggunakan komputer sebagai satu alat pada tahap peribadi dan juga profesional, - Boleh berinteraksi dengan komputer dan menggunakan aplikasi terkini seperti aplikasi berbentuk multimedia dan aplikasi Internet, - Memahami implikasi sosial yang disebabkan oleh teknologi komputer pada masa kini dan akan datang. Nampak jelas dari maksud celik komputer, kita tidak perlu mengetahui apa yang terdapat dalam isi perut sesebuah komputer secara mendalam. Cukup sekadar asas operasi komputer dan bahagian yang memainkan peranan tertentu. Celik komputer tidak bermakna anda mesti memahami soal teknikal serta litar dalam badan komputer. Ya, memang benar, ada segolongan individu yang perlu tahu mengenai persoalan teknikal sesebuah komputer, tetapi tidak semua. Biarlah pakar komputer mendalami tugas mereka. Pengguna umum atau pengguna akhir perlu mempunyai pengetahuan komputer mengenai bagaimana teknologi ini boleh digunakan bagi memudahkan pelaksanaan tugas harian. Inilah celik komputer. Dengan kecelikan komputer akan menjadi pelopor kepada celik maklumat. Apabila masyarakat kita telah celik maklumat, maka mudahlah maklumat yang datang disaring untuk mengasingkan maklumat berguna daripada sampah sarap perosak iman dan minda. Tanpa celik komputer dan maklumat, sudah tentu kita sentiasa disogok oleh maklumat yang bercampur baur antara baik dan buruk. Sudah pasti kita tidak dapat menyanggah anasir jahat kerana kita buta komputer dan seterusnya kekurangan ilmu. Seterusnya masyarakat yang celik komputer dan maklumat akan membentuk persekitaran ilmu. Dengan ilmu masyarakat dan negara Malaysia akan maju, dan ilmu terkini yang mesti dipelajari ialah IT. Carilah ilmu tersebut melalui sumber bacaan seperti surat khabar, majalah, buku dan Internet, atau orang perseorangan. Jangan takut digigit komputer, kerana anda pasti akan menggigit jari seandainya masih berdegil tidak mahu mempelajari IT. Didoakan terus berjaya. Mari kita ke Tanjung Keramat, Mari membeli tepung pelita, Celik komputer celik maklumat, Riak digarap gelombang dicipta. Web Sutera CISCO Systems Inc, pembekal sistem antara rangkaian Internet terkemuka, memperkenalkan strategi fasa kelima untuk membina pengoptimuman data, pembekal perkhidmatan rangkaian menggunakan teknologi antara rangkaian optikal. Sebagai sebahagian strategi, Cisco juga mengumumkan sebuah antara muka berprestasi tinggi bagi Suis Router Gigabit (GSR) Cisco 12000. Hasratnya juga untuk bekerjasama dengan CIENA Corporation yang membolehkan suis dan router Cisco berganding secara terus ke atas penyelesaian rangkaian optikal CIENA tanpa perlu peralatan pembahagian masa berasingan, pelbagai isyarat logik melalui satu saluran (TDM). Cisco dan CIENA akan berganding dengan peserta industri terkemuka yang lain untuk mengumumkan Forum Antara Rangkaian Optikal (OIF), forum terbuka industri yang akan digunakan untuk meningkatkan penerimaan produk dan perkhidmatan antara rangkaian optikal generasi depan. ((Pix:- Chee ... permintaan tinggi terhadap struktur kabel.)) REICHLE & De-Massari (R&M), pengeluar sistem rangkaian kabel optik dan tembaga memperkenalkan R&M Freenet, struktur rangkaian kabel optik fiber bagi menyokong keupayaan suara, data dan video hingga mencapai kelas F/Kategori 7 serta pembukaan pejabatnya di Kuala Lumpur. Pengarah Urusan R&M (M) Sdn Bhd, Chee Yih Tzuen, berkata sistem yang diperkenalkan itu mewakili generasi terbaru berbanding Kelas D/Kategori 5 yang ada di pasaran ketika ini. "Produk terbaru kami menawarkan kemudahan kepada operator untuk memilih teknologi telekomunikasi yang diperlukan, termasuk sambungan ISDN, sistem pengedaran telefon dan gabungan telefoni," katanya di Kuala Lumpur, minggu lalu. Menurutnya, R&M memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia bagi memantapkan operasi perniagaan di negara ini dan berdasarkan peningkatan permintaan terhadap pasaran kabel telekomunikasi. "Permintaan tinggi terhadap penyediaan sistem telekomunikasi bertaraf dunia di samping keperluan untuk sistem penyelesaian kabel bagi organisasi multinasional dan Industri Kecil Sederhana," katanya. R&M turut menawarkan program jaminan lima tahun bagi memastikan tahap perkhidmatan lepas jualan bermutu tinggi kepada pelanggannya di seluruh negara. SAYA ada satu CD yang dihadiahkan oleh majalah IT tempatan yang mengandungi banyak program menarik. Masalah timbul apabila saya cuba menggunakannya di rumah. Saya menggunakan sistem 486DX-100 MPC dan Window 95. Tertera paparan pada CD itu mengandungi data yang diformatkan dengan Sistem Fail Microsoft Joliet dan hanya boleh dibaca dengan sistem operasi yang menyokong Sistem Fail Microsoft Joliet. Apa yang dimaksudkan oleh kenyataan itu dan bagaimana caranya menggunakan CD tersebut dengan komputer saya sekarang? Bakir Bujang Sistem fail Microsoft Joliet ialah sokongan nama fail panjang bagi CD/CDR. Kebanyakan pembaca CD-ROM terbaru dan canggih menyokongnya. Perisian CDR dalam sistem PC pengguna juga harus menyokong fail Joliet. Saya tidak pasti jenis CD-ROM yang saudara gunakan tetapi saudara boleh pindah turun fail baru CDFS.IFS yang membolehkan CD-ROM mengenali Joliet. Cuba laman http://service.software.ibm.com/ untuk mendapat dan mencubanya. SEKTOR semikonduktor mengikut jangkaan awal penyelidik pasaran, In-Stat, akan mencatat perkembangan negatif tahun ini. Walaupun ia dijangka berada pada paras terbawah, namun jualan akan berkembang semula pada 1999. Menurut Penganalisis Kanannya, Chris Van Gaal, perolehan bagi industri cip akan turut jatuh 0.9 peratus tahun ini. "Walaupun beliau menjangkakan angka yang baik sepanjang tahun, iaitu antara lima dan enam peratus pada setiap suku, ia masih tidak mampu mencapai kadar peningkatan 9.2 peratus bagi suku pertama 1998." "Malahan ia memerlukan perkembangan angka berganda bagi suku ketiga dan keempat untuk mencapai tahap itu dan kami juga tidak nampak sebarang jawapan untuk membawa ke arah kejayaan bagi mengatasi masalah itu," katanya. Beliau menegaskan bahawa angka jualan suku pertama tidak pernah mencatat serendah ini sejak 1985. Menurutnya, keadaan itu dibantu dengan penurunan dalam unit akibat permintaan lembap bagi sektor pengguna akhir. Bagaimanapun Van Gaal, berkata 1998 mencatat data paling terendah dan dijangka pada 1999 mampu mencatat 19.1 peratus. "Tahun ini paling sukar namun begitu akan menyaksikan perkembangan yang baik menjelang tahun depan," katanya. BEBERAPA perkara perlu dipertimbangan sebelum menukarkan sistem operasi komputer anda daripada Windows 95 ke stesen kerja Windows NT 4. Antaranya seperti di bawah ini: Windows 95 menyokong lebih 1000 peranti (devices) berbanding Windows NT. Tidak tepat untuk menganggap kebanyakan pemacu Windows 95 serasi dengan NT. Dengan ini pastikan anda ada semua pemacu peranti bagi perkakasan yang terpasang sebelum memulakan penghijrahan ini. Anda juga perlu pastikan semua perisian boleh diguna atau dilaksanakan dengan baik dalam Windows NT kerana beberapa jenis perisian Windows 95 mungkin dihasilkan khas untuk sistem operasi itu dan tidak boleh dilaksanakan oleh NT. Prestasi NT memuaskan dengan CPU Pentium 100MHz atau lebih baik. Ini bermakna NT agak mengecewakan menggunakan CPU kurang pantas daripada Pentium 100MHz walaupun dipasang dengan memori 64MB atau lebih. Selain itu kelancaran NT bermula dengan memori 32MB manakala 64MB adalah memadai bagi kebanyakan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh kebanyakan stesen kerja NT. SAYA menggunakan modem 56kbps tetapi setiap kali memasuki Internet, modem saya hanya mencatat keupayaan maksimum 48kbps. Mengapa ini terjadi? Bagaimana caranya mencapai keupayaan sebenar sesebuah modem? Yuszairi Amir Da Kelajuan penghantaran data bergantung kepada beberapa faktor seperti kualiti talian telefon, konfigurasi modem yang betul, kesibukan tapak Web yang dihubungi, talian ISP dan jumlah kehilangan paket ketika sambungan. Apa yang anda boleh lakukan ialah memeriksa konfigurasi modem dalam Control Panel iaitu jenis model, pemacu yang betul serta kadar penghantarannya. Kandungan APA pun yang dipilih untuk menjadi kandungan hompej anda, ia mestilah sesuatu yang kita minati. Ini akan memastikan keghairahan kita tidak luntur dan hompej itu dipersegar selalu. Ada orang tidak pernah menjenguk hompejnya lebih enam bulan, apa lagi untuk memperbaharuinya. Program Untuk webmaster baru yang tidak tahu HTML - bahasa komputer untuk pembinaan hompej - cuba dapatkan satu editor jenis WYSIWYG. Wiswig adalah kependekan bahasa Inggeris untuk `apa yang anda lihat itulah yang keluar'. Ada beberapa program freeware (percuma) untuk tujuan ini. Penulis cadangkan Netscape Gold kerana antara mukanya seperti browser kita. Ruang web Kini ada banyak pembekal ruang web percuma. Antaranya tripod, geocities, dan xoom. Gunakan enjin pencari untuk mendapatkan URL yang lainnya. Daftar keahlian anda di situ. Membina laman Cara paling mudah bagi orang baru ialah dengan menggunakan laman web yang sedia ada untuk reka letak anda. * Langkah pertama dalam proses ini ialah memilih laman yang anda minati. Jangan pilih yang terlalu canggih. Cukuplah dengan laman sederhana. * Kedua, SAVE laman itu ke PC anda. * Ketiga, buka fail yang anda simpan tadi di dalam Netscape Gold. * Keempat, tukar kandungan dalam fail asal dengan kandungan anda. * Kelima, SAVE perubahan itu. Anda sudah anda laman web sendiri. * Langkah seterusnya ialah memindahkan fail itu ke pembekal ruang web anda, misalnya di xoom.com. Promosi Supaya orang lain tahu, laman web anda mestilah diiklankan. * Kelompok pertama ialah kawan-kawan anda. Beritahu mereka melalui e- mel. * Kedua, daftarkan laman web anda di enjin pencari utama. Dalam laman web enjin pencari ini selalunya ada kemudahan mendaftarkan laman baru. * Ketiga, sertai salah satu apa yang dinamakan Web Ring atau rantaian web. Ada beribu-ribu jenis rantaian. Pilih satu yang sesuai dengan kandungan anda. Ahli rantaian ini mengiklankan laman satu sama lain. * Akhir sekali, anda juga boleh membuat promosi dengan menandatangani buku lawatan laman web lain. Strategi Kedua Setelah laman web anda ke udara, langkah seterusnya ialah belajar HTML. Banyak panduan mengenai bahasa pemprograman ini di Internet. Memang benar kita boleh membina laman tanpa HTML, seperti membawa kereta tanpa mengetahui bagaimana mengisi angin tayar kempis atau mengisi air bateri. Kedua, cuba belajar menggunakan teknologi tambahan untuk laman web itu. Seperti memasukkan bunyi, animasi dan sebagainya. Ketiga, masukkan perkhidmatan tambahan untuk laman anda. Adakan ruang borak, ciri-ciri interaktif, realiti maya, pertunjukan slaid dan banyak lagi. Untuk mencari idea, lihat laman web orang lain. Webmaster Anda kini seorang webmaster. Anda akan dapati bahawa menjadi seorang webmaster sangat meletihkan. Tetapi kepuasan yang diperolehi boleh menghilangkan segala kelesuan. Sebab itulah dari awal lagi kami cadangkan supaya kandungan laman anda sesuatu yang benar-benar kita minat. Kita juga akan dapati bahawa yang penting sekali dalam sebarang laman web ialah kandungan. Bentuk laman anda mungkin buruk, tetapi jika isinya bagus pengguna akan berpusu-pusu ke situ. Begitu juga sebaliknya. Renungan Kita kurang laman web dalam bahasa Melayu. Bahasa Inggeris Internet agak sukar difahami, terutama di laman-laman ilmu. Jika anda boleh menterjemah, carilah pahala dengan membina laman web yang memberikan terjemah kepada laman-laman web seperti ini. Malaysia juga kurang laman web mengenai pendidikan. Guna enjin pencari dan cari "spm OR stpm". Guru atau sesiapa saja yang mahu menabur bakti boleh membantu dalam bidang ini. Kini sekolah luar bandar sudah dipasang Internet. Biarlah laman web kita berfaedah. Ilmu yang dimanfaatkan orang lain adalah salah satu bekalan yang paling berharga di ketika wang dan ringgit tidak berharga lagi. PADA penetapan kawalan lazim, Communicator akan memaparkan mel atau pesanan discussion group menggunakan fixed width font. Pilihan paparan kedua ialah variable width font, dengan paparan fon lebih menarik tetapi menggunakan lebih banyak ruang skrin. Untuk mengaktifkannya, buka Edit|Preferences dan pilih Mail & Groups. Pada bahagian Display Messages and Articles With: klik Variable width font dan klik OK. PENGIMBASAN Tomografi Berkomputer menggunakan Pancaran Elektron (EBCT) mampu membuat telahan awal (antara tiga dan empat tahun lebih awal) mengenai penyakit jantung di kalangan pengguna yang belum menghidap penyakit itu. Susulan kajian asal selama empat tahun ke atas beribu pesakit oleh pakar kajian jantung St Francis Hospital, New York, Dr Alan Guerci dan Dr Yodan Arad, mendapati penyakit itu ada kaitan dengan lapisan kalsium dalam salur nadi jantung serta risiko bagi individu menghidapnya pada masa depan. Kajian menunjukkan anggapan negatif nilai kalsium sifar ialah 99 peratus yang bermakna perolehan itu mendapati seseorang berkemungkinan menghidap penyakit berkenaan menjelang antara tiga dan empat tahun adalah rendah. "Kami mengesyorkan penemuan itu melalui EBCT mampu menjadi alat pengimbasan utama untuk penyakit salur nadi jantung," kata Dr Guerci. BAGAIMANAKAH untuk mengatasi masalah kekurangan memori storan cakera keras? Untuk pengetahuan, saya menggunakan dua cakera keras yang mempunyai ruang 545MB setiap satu dan ruang untuk menyimpan data telah penuh. mohd-din-98@yahoo.com Keluarkan atau Uninstall perisian yang tidak diperlukan, misalnya komponen Windows seperti Games. Saudara juga boleh mencari semua fail bantuan Readme.TXT atau Help.txt yang dirasakan membazirkan ruangan storan cakera keras. Hapuskan fail dokumen serta gunakan kaedah Remove Program bila membuang fail perisian. Jangan lupa hapuskan Folder perisian yang tidak lagi aktif serta kerap kosongkan Recycle Bin. ((Pix:- Bangga ... pereka Wizard, Shawn Sher di pelancaran produk itu.)) PENGURUS organisasi tempatan kini mampu mengatasi sebarang masalah berkaitan undang-undang buruh di Malaysia melalui penggunaan pakej perisian berevolusi dikenali dengan Wizard. Wizard mengandungi semua persoalan, jawapan dan dokumen setiap aspek undang-undang buruh di Malaysia. Pakej CD-ROM itu mesra guna, mudah dipasang serta lengkap dengan menu dan arahan. Perisian terkini yang dilancarkan oleh Pegawai Eksekutif Kanan, Antah Holdings Berhad, YAM Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar, di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beroperasi dalam Windows 95. CD-ROM itu dibangunkan sepenuhnya di Malaysia berdasarkan keutamaan hasil kerja Latiff Sher Mohamed, pakar terkemuka undang-undang buruh/hubungan perindustrian di Malaysia. Sistem itu juga direka oleh Shawn Sher yang mengetuai usaha pengembangan perisian Wizard. Harga yang disyorkan ialah RM899. Wizard terdiri daripada satu bank data yang besar, mampu menyediakan pelbagai maklumat dengan segera serta lebih 100 soalan mencakupi undang- undang buruh di negara ini. Data lengkap itu mampu mengatasi keraguan kepada pengurus organisasi dalam mencari maklumat lengkap berbanding penggunaan buku memandangkan ia tersedia dengan maklumat berkenaan seksyen undang-undang buruh dan keputusan mahkamah perindustrian. Pengenalan produk itu bertindak sebagai pembantu utama yang membolehkan pengurus mengatur rekod dan mengawasi prestasi kakitangan selain mengurus keadaan buruh menggunakan prosedur mengikut arahan tersedia dalam pangkalan data. ((Pix:- Kawalan jauh ....Connect UPS untuk Ethernet dan modem boleh menggunakan talian telefon untuk mengawasi pengurusan kuasa.)) EXIDE Electronics (EE), memperkenalkan perkakasan Connect UPS bagi Ethernet dan modem sebagai tambahan kepada keluarga adapter Connect UPS bagi membolehkan pengurus sistem rangkaian mengawasi sistem kuasa mereka dengan menggunakan talian telefon. Adapter sambungan sistem rangkaian Connect UPS untuk Ethernet dan modem memberikan kawalan pengurusan kuasa tambahan kepada sistem rangkaian. Ia boleh secara maya mengurangkan kerosakan seperti kehilangan fail, data yang korup dan reboot secara spontan ketika berlakunya kelebihan kuasa atau kekurangannya. Pengarah Pemasaran dan Jualan EE Asia Tengah, Klaus Thieme, berkata kehilangan kuasa boleh berlaku pada bila-bila masa dan menyebabkan kerugian kepada organisasi perniagaan. "Melalui produk terbaru kami, pengurus sistem rangkaian boleh mengawasi sistem kuasa mereka pada bila-bila masa dan memperbaikinya tanpa perlu duduk terlalu lama di depan komputer," katanya dalam kenyataan akhbar di Kuala Lumpur. Hubungan terus kepada port bersiri UPS, Connect UPS untuk Ethernet dan modem adalah serasi kepada perisian pengurusan sistem rangkaian seperti Exide Electronics OnliNet, Netview untuk AIX, HP OpenView, pengurus SunNet dan sistem pengurusan Novell Netware. PEMBUKAAN dua pusat kecemerlangan Solaris pada reka bentuk Intel (SOIA) di Menlo Park, California dan Boston menyediakan peningkatan SOIA untuk vendor perisian dan perkakasan persendirian (ISV & IHV). Ini membolehkan mereka membuat capaian ke jurutera, alat khas serta salinan termaju perisian Sun selain sistem perkakasan rakan niaga, menurut kenyataan Sun Microsystems dan Intel Corp. Pusat itu akan dikendalikan oleh Sun dengan sokongan Intel dan Rakan Niaga Perniagaan Sistem Solaris, melambangkan komitmen syarikat itu untuk menyalurkan versi optimum perisian Solaris bagi prosesor Intel IA-32 dan IA-64. Sun baru melancarkan hari teknologi perisian seluruh dunia di Tokyo bertujuan mempertingkatkan penerimaan SOIA. Pasaran kini dikatakan berkisar sekitar Solaris dan Sun menumpukan kepada program dengan menyokong peningkatan terhadap pangkalan pengeluaran pembangunan sistem yang menyokong aplikasi Solaris pada platfom Intel. ((Pix:- PowerEdge 6300 ... menyokong sehingga empat prosesor Xeon 400MHz.)) SASARAN terhadap perniagaan enterpris dalam usaha penjimatan kos, Dell Computer Corp. (Dell) memperkenalkan pelayan PowerEdge 6300, komputer yang dikatakan paling berkuasa pernah disediakan. Pelayan itu membolehkan pelanggan mempertingkatkan keupayaan sistemnya sehingga dua kali ganda selain 100 peratus kemajuan dalam kepadatan para berbanding pelayan high-end Dell sebelum ini. PowerEdge 6300 itu akan dibekalkan dengan prosesor Xeon Pentium II Intel, menjadikan Dell antara syarikat utama komputer yang menyediakan pelayan berasaskan prosesor itu. Penghantaran pelayan berasaskan prosesor itu dijangka bermula pertengahan bulan ini apabila Intel selesai membuat pengesahan terhadapnya. Dengan harga pada kadar AS$10,088, PowerEdge akan menjadi strategi Dell dalam menyediakan kepada pelanggan dengan sistem pengkomputeran kelas enterpris termasuk produk storan termaju berserta perkhidmatan profesional yang diperlukan oleh pelanggan entepris. PowerEdge 6300 juga menerima pengiktirafan perkakasan bagi mengoperasikan perisian SAP R/3 untuk pelayan Windows NT. Produk itu menyokong sehingga empat prosesor Xeon 400MHz Pentium II selain menawarkan sokongan PCI Hot Plug dan teknologi lain serta boleh diubahkan dari format menara stand-alone ke para menegak. Ia juga mampu menyokong produk storan luaran Dell, Fibre Channel dan menyokong SCSI Dell terkini. Setiap PowerEdge 6300 itu dibina atas tempahan dan dihantar terus dari kilang dengan menawarkan pelanggan konfigurasi yang tepat sebagaimana memenuhi keperluan persekitaran pengkomputeran mereka. Produk itu diuji dan diluluskan untuk Microsoft Windows NT Server 4.0, Microsoft Windows NT Server Enterprise Edition dan IntraNetWare Novell. ((Pix:- Pasaran perniagaan ... HP Brio 7000 dengan reka bentuk menara mikro.)) HEWLETT-PACKARD Sales (M) Sdn Bhd (HP), gergasi pengeluar komputer dunia memperkenalkan komputer terbarunya siri model HP Brio 7000 PC untuk pasaran syarikat dalam kategori Industri Kecil Sederhana (IKS). Pengurus Produk Komersil Asia Pasifik, Suresh T Sundaram, berkata model terbaru siri Brio itu dilengkapkan dengan teknologi prosesor terkini Intel iaitu cip Pentium II dan Celeron. "Dengan reka bentuk terbaru iaitu menara mikro (microtower) yang pertama dalam industri ia dapat menjimatkan ruang dalam pejabat kerana tidak menggunakan ruang yang besar," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beliau berkata, pelanggan boleh memilih model dalam siri Brio 7000 daripada cip Celeron atau Pentium II dengan konfigurasi termasuk pemacu cakera hingga 8GB, pemacu cakera 32x Max CD-ROM, faks/modem 56kbs dan pakej perisian produktiviti Lotus Smartsuite. Katanya, pelanggan boleh memilih model komputer dengan perkakasan asas seperti prosesor Celeron 266MHz, 32 MB SDRAM, pemacu cakera 2.1 GB, SoundBlaster Pro 16 bit dan adapter 10/100 Base-T LAN. Selain itu HP turut memperkenalkan komputer model siri HP Vectra VE dengan cip prosesor Celeron 333 MHz dan Pentium II 450 MHz. ((Pix:- iShare201 ... membolehkan pengguna berkongsi capaian ke Internet.)) ACCTON Technology Corp. (Accton), menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk mencapai ke Internet dengan memperkenalkan alat perkongsian Internet iaitu iShare201. Melalui produk itu, Accton menjanjikan kepada pengguna kemudahan dengan rumusan berkesan berkos rendah bagi capaian Internet. Ia hanya menggunakan satu akaun pengguna bagai menyalurkan capaian Internet ke pengguna LAN. iShare201 meminimumkan kos capaian Internet bagi kesemua pengguna dalam sistem rangkaian mengatasi penggunaan perkakasan router, alamat IP kelas C dan kos pelbagai modem. Sama ada melakukan komunikasi e-mel, memindah turun perisian atau meluncur Internet, iShare201 tetap menyediakan sambungan pelbagai pengguna yang diperlukan. Produk terkini Accton itu adalah alat perkongsian Internet padat dengan satu port modem untuk capaian Internet dan port LAN BNC/RJ-45 bagi penyambungan ke sistem rangkaian Ethernet. Dengan modem portnya berkelajuan tinggi RS-232 (DB-9), iShare201 menyediakan capaian mudah Internet melalui satu penyambungan modem ke sistem rangkaian perkhidmatan telefon awam (PSTN) atau menggunakan sambungan terminal adapter ISDN ke pembekal perkhidmatan ISDN. Program konfigurasi iShare201 memudahkan alamat protokol Internet (IP) yang mana secara automatik mengarahkan alamat itu ke setiap sambungan stesen kerja. Melalui sambungan pintar, produk itu membolehkan pengguna mengguna satu akaun pengguna bagi memenuhi keperluan capaian Internet yang mampu menjimatkan beratus ringgit yuran perkhidmatan daripada pembekal perkhidmatan ISP. Pemasangannya begitu mudah memandangkan ia menggunakan konsep pemasangan plug-and-play. Ia memudahkan konfigurasi sama ada sambungan PC ke LAN atau dari PC terus ke serial port. Ciri lain tersedia ialah perkhidmatan yang membolehkan capaian segera ke Internet dengan hanya menggerakkan browser dan memasukkan URL. Ia juga menyediakan laluan selamat dan firewall bagi pengguna LAN. ((Pix:- Tiga dalam satu ... model terbaru mesin pencetak jet laser HP LaserJet 1100A menggabungkan proses mencetak, menyalin dan mengimbas menjadi satu.)) HEWLETT-PACKARD Sales (M) Sdn Bhd (HP), memperkenalkan dua mesin pencetak jet laser generasi terbaru iaitu HP LaserJet 1100 dan HP LaserJet 1100A untuk pasaran korporat, perniagaan kecil dan sederhana serta pengguna di rumah. Model terkini HP LaserJet 1100 A itu menggabungkan tiga fungsi iaitu mencetak, menyalin dan mengimbas dalam satu mesin. Ia dicipta untuk mempertingkatkan kecekapan pengguna dengan membekalkan lebih fungsi dan kelajuan mencetak. Pengurus Saluran Perniagaan HP, Peter Choong, berkata produk terbaru HP itu mengurangkan jurang antara mesin pencetak laser dan peningkatan produktiviti bagi kepentingan pengguna. "Ia dicipta untuk individu yang memerlukan mesin pencetak berkualiti tinggi di samping mempertingkatkan kecekapan dengan menggabungkan tiga fungsi dalam satu mesin," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, minggu lalu. Mesin pencetak laser model HP LaserJet 1100 menggunakan teknologi JetPath, iaitu kod arahan yang disimpan di dalam perisian, perkakasan dan firmware untuk memudahkan pengguna melaksanakan tugasan. Ia mempunyai kepantasan mencetak 33 peratus lebih laju berbanding mesin pencetak laser sebelumnya iaitu HP LaserJet 6L, memori 2MB (boleh dipertingkatkan kepada 18MB) dan katrij toner UltraPrecise bersaiz 5.6 mikron. Bagi mesin pencetak laser HP LaserJet 1100A, pengguna disediakan perisian Pembantu Dokumen untuk membantu mereka memilih pelbagai fungsi yang ada seperti menyalin, mengimbas dokumen dan mencetak. Pengguna boleh mencetak dokumen, menyalinnya mengikut keperluan atau mengimbas dokumen untuk dihantar dalam bentuk mel elektronik atau faksimili komputer kepada orang lain. ((Pix:- Norton 2000 ... lindungi PC daripada masalah Y2K.)) SYARIKAT perisian utiliti utama dunia bagi pengkomputeran peribadi dan perniagaan, Symantec, menyediakan edisi susulan Norton 2000, rumusan berkesan tahun 2000 bagi melindungi PC desktop dan laptop. Dengan Norton 2000 yang tersedia dengan isu perkakasan dan perisian Y2K, ia memudahkan sektor perniagaan kecil dan pengguna mengurangkan masalah aplikasi dan komponen akibat ancaman Y2K. Produk itu menyediakan alat berkuasa yang secara proaktif melindungi data misi kritikal terdapat pada desktop dan laptop. Ia juga berupaya mengimbas data, aplikasi serta perkakasan dan memberitahu pengguna terhadap masalah tidak tersedia Y2K yang memungkinkan berlaku kerugian kos serta sistem tidak serasi dengan rakan niaga, kawan dan pelanggan. Melalui pengimbasan komponen data, Norton 2000 bukan saja mengenal pasti masalah Y2K malah menghasilkan laporan penemuan secara terperinci. Ia mengimbas fail seperti Excel, Lotus 123, Access, dBase, Clipper, FoxPro dan Paradox. Di samping itu, produk yang berharga RM171 itu berupaya memeriksa aplikasi perisian popular lain bagi memastikan tersedia Y2K serta membandingkan aplikasi berkenaan dengan pangkalan data yang mengenal pasti Y2K. Aplikasi pangkalan data sentiasa dikemaskinikan menggunakan LiveUpdate, program utiliti Symantec berkuasa yang mengesan dan membantu memasang pemacu perkakasan serta mempertingkatkan perisian ke sistem pengguna. Norton 2000 juga menggunakan boot floppy untuk menguji dan membaiki clock systems serta Bios sebaik mungkin, ini memastikan supaya pengguna tidak sengaja memusnahkan data atau program ketika melakukan ujian konfigurasi. Bagi lebih meyakinkan, Norton 2000 juga menawarkan sistem menguji tarikh berasaskan Windows. Norton 2000 1.0 memerlukan Intel 80486 atau lebih tinggi, 16MB RAM dan ruang pemacu keras 10MB. DALAM usaha membuat proses pengurusan tenaga yang lebih cekap, BTR Power Systems, mengumumkan Exide Electronics PowerVision 2.0, perisian pengurusan tenaga enterpris pertama seumpamanya membolehkan proses pengawasan dan pengurusan 256 perkakasan UPS di atas satu sistem rangkaian. Ia juga menyediakan tren analisis yang terperinci untuk membantu mengelakkan masalah tenaga dan mengurus kedua-dua UPS `single-phase' dan `three-phase'. Dari sebuah stesen kerja atau PC, pengurus rangkaian boleh melihat sehingga 256 perkakasan UPS, menganalisis data sistem dan mengambil langkah pantas untuk memastikan data kritikal dilindungi daripada ketidakseimbangan tenaga dan kekurangan bekalan. Sebuah aplikasi pelayan/pelanggan yang betul ialah apabila PowerVision 2.0 menjadi sebuah peralatan pengurusan bernilai untuk aplikasi yang diedarkan melalui rangkaian Ethernet dan `token ring' sedia ada, sementara pengguna luar boleh mendapatkannya dengan kaedah dail masuk menggunakan modem. Menurut Pengurus Besarnya, Klaus Thieme, pertumbuhan menggalakkan sistem rangkaian dan peningkatan penggunaan Internet sebagai sebahagian daripada perdagangan moden masa kini, perlindungan data kritikal dan operasi sistem rangkaian 100 peratus menjadi kemestian. "Perlindungan tenaga adalah satu komponen utama merancang rangkaian dan pengurusan. Dengan pengawasan yang komprehensif serta keupayaan pengurusan yang cekap, PowerVision 2.0 mampu mengelakkan masalah tenaga dan membebaskan pengurus rangkaian daripada banyak isu pengurusan tenaga," katanya. INTEL Corp. (Intel) akan memperkenalkan cip terkininya, Pentium III, 26 Februari ini yang mana PC berasaskan prosesor itu juga turut diperkenalkan dan diikuti dua hari kemudian dengan promosinya, The Blue Door. The Blue Door yang akan diperkenalkan pada 28 Februari itu, menjadi tempat pengguna meninjau panduan membeli untuk Pentium III selain mengoptimumkan perisian untuk prosesor itu. Bercakap pada satu persidangan di Phoenix, Pengarah Perhubungan Pelaburan Intel, Gordon Casey, menegaskan bahawa Intel bermatlamat menjadikan Pentium III sebagai standard baru industri PC. Pertingkatan grafik 3D yang dilakukan terhadap Pentium III ujarnya, mampu meningkatkan penggunaan Internet berdasarkan pengenalan kelajuan cip itu, 450MHz dan 500MHz. "Intel melihat terdapat peluang besar dalam perkembangan Internet dan menjangkakan berbilion komputer berhubungan di seluruh dunia menjelang 2005," kata Casey. Esok (17 Februari), Intel akan mengadakan hari previu di San Jose, California yang mana pembangun kandungan, pembekal perkakasan PC dan pembuat alat perisian akan mempamerkan produk mereka untuk Pentium III. Intel juga merancang untuk mengembangkan reka bentuk Pentium III tahun ini bagi keseluruhan segmen pasaran termasuk pelayan peringkat tinggi yang dikuasai prosesor lain seperti cip RISC. KOMPUTER peribadi (PC) mungkin menjadi alatan penting kepada kebanyakan orang tetapi ia juga boleh menjadi punca kemarahan terutama bila pelbagai masalah timbul. Masalah PC pelbagai daripada sistem hang, kepada mesej error hingga tidak boleh dimulakan langsung. Kepada majoriti pengguna komputer, masalah seperti ini menjadi punca kenapa ramai menghindari daripada menyentuh papan kekunci dan tetikus. Kadang-kadang, masalah yang timbul seperti tiada akhirnya. Walaupun setelah dibetulkan, ia masih berterusan. Paling menyakitkan hati, kita tidak dapat menentukan punca masalah. Setelah "reinstall" semula, ia masih tidak berfungsi dengan betul. KOMPUTER melihat beberapa punca, apa yang boleh dilakukan, apa yang tidak boleh dilakukan dan bagaimana pengguna boleh mencapai kehidupan "nirvana PC" melalui beberapa langkah mudah. 1. Terlalu banyak tangan Kebanyakan masalah PC berpunca daripada terlalu banyak tangan yang menggunakan sesuatu PC. Bila orang yang berbeza dengan pengetahuan PC tidak sama, masalah mungkin timbul. Antaranya, sesetengah pengguna akan terus mematikan sistem pada suis dan bukan menggunakan prosedur Shut Down bagi Win95/98, menggubah konfigurasi paparan kepada resolusi tinggi untuk mendapat imej lebih baik, menghapuskan sesuatu peranti sistem atau sesuatu fail terutama yang berkaitan dengan sistem. Yang paling menarik sekali bila pengguna hendak melakukan format cakera A: tetapi memilih C: dan terus menekan OK. Penggunaan PC oleh lebih daripada seorang berlaku di pejabat dan rumah. 2. Kerosakan komponen Komponen yang kurang elok juga mungkin menjadi punca kepada masalah. Walaupun sistem PC bukan seperti mesin dan jentera yang mempunyai komponen bergerak, ia masih boleh rosak. Antara kerosakan yang lazim berlaku seperti cakera keras tidak berfungsi, bateri BIOS habis, paparan dan papan litar utama terbakar, kipas tidak berfungsi dan adaptor rosak. Kerosakan yang berpunca daripada perkakasan jarang berlaku kepada sistem baru yang "berkualiti" kecuali terdapat komponen yang "defect" dari kiling contohnya seperti cakera keras. Dan bekalan elektrik mendadak elektrik atau kerana kilat boleh merosakkan sistem. 3. Virus Kebanyakan masalah PC disebabkan oleh virus yang bukan sahaja menghapuskan fail malah sehingga menyebabkan sistem langsung tidak boleh dibut. Punca virus yang paling lazim ialah penggunaan disket daripada sistem lain. Internet kini juga menjadi sumber virus. 4. Terima kasih kepada Microsoft Windows mungkin sistem operasi (OS) yang menduduki 85 peratus sistem PC dunia dan tidak hairanlah jumlah masalah yang timbul seperti mesej "error", "safe mode" tak boleh guna aplikasi dan lain-lain kejadian aneh. Selain itu, pelbagai pemacu dari pelbagai vendor peranti dan perkakasan menyebabkan saiz folder Windows mengembang dengan fail .INI, .DLL. dan fail bantuan. Pengguna juga mempunyai kecenderungan untuk melengkapkan apa sahaja perisian yang boleh dicapai dan itu dengan sendirinya meningkatkan saiz folder Windows. Selain saiz folder Windows, fail Registry turut mengembang sehingga menjadikan operasi but semakin panjang kerana terpaksa melengkapkan semua arahan. Penyelesaian 1. Mungkin pengguna PC tidak dapat mengehadkan jumlah pengguna tetapi sesuatu dapat dilakukan bagi mengelakkan kejadian perubahan konfigurasi. Pengguna boleh mengkonfigruasi agar direktori C: tidak menunjukkan fail fail sistem dan jenis "hidden". Logiknya, individu tidak akan menghapuskan fail yang tidak dapat dijumpai. Terdapat juga perisian yang menghalang penghapusan fail. Cara lain ialah memberi penerangan agar jangan melakukan perubahan pada konfigurasi sistem terutama kepada anak-anak. Yang penting...ELAK GODAAN UNTUK MENJADI BILL GATES DAN MENGGUBAH KONFIGURASI SISTEM. 2. Walaupun kerosakan perkakasan tidak dapat dielakkan, langkah secara tidak langsung boleh dilakukan. Ini antaranya: - Scandisk dan Defrag seminggu sekali bagi memastikan cakera keras dalam keadaan elok. - Menggunakan UPS dan penghalang aliran berlebihan elektrik. - Gunakan komponen dengan berhati-hati seperti tetikus, pemacu CD-ROM dan dan papan kekunci. 3. Gunakan perisian antivirus yang dapat mengenalpasti kehadiran virus sama ada yang berpunca daripada disket mahupun Internet. Imbas semua disket luar yang ingin digunakan dan cuba bersihkan PC yang menjadi sumber virus. 4. Bagi mengurangkan risiko kejadian "error" pastikan sistem PC mempunyai sumber (jenis prosesor dan RAM) yang dapat menyokong perisian yang ingin dilengkapkan. Lengkapkan perisian yang ingin digunakan sahaja dan "uninstall" perisian yang tidak perlu. Guna kaedah "Add/Remove" program bagi menghapuskan perisian. Hapuskan fail .DLL, .INI dan .SYS jika anda benar-benar pasti ia tidak meninggalkan kesan kepada operasi sistem. Jangan lakukan perubahan pada Registry jika anda tidak mahir serta jangan menggubah Setting komponen dalam Control Panel terutama Setting Resource kerana ia mampu menyebabkan konflik peranti. ((Pix:- Model terbaru ... PowerShot A5 Zoom (atas) dan PowerShot Pro70.)) ((Pix:- Liew ... mengatur program kesedaran.)) PENERIMAAN dingin kepada kepada produk digital terutama bagi pengimejan optikal dan kamera tidak akan menghalang Canon untuk terus membawa masuk lebih banyak produk digital baru ke negara ini. Pengurus Besar, Operasi Bersepadu dan Produk Sistem, Canon Marketing (M) Sdn Bhd, Liew Sip Chon, berkata pertumbuhan pasaran kamera digital agak lembap di Malaysia disebabkan oleh beberapa faktor. "Dua faktor penyebab dikenal pasti ialah persepsi kamera digital sebagai sebuah alat pengimejan dan memerlukan kemahiran teknologi maklumat (IT) supaya penggunaannya dapat dimaksimumkan. "Ia bukan sekadar alat untuk mengambil gambar tetapi dengan gabungan keupayaan komputer peribadi (PC), imej yang dihasilkan mampu dieksploitasikan untuk mendapatkan hasil dengan kesan lebih mendalam," katanya. Kamera digital juga terpaksa bersaing dengan penggunaan alat pengimbas yang tidak membabitkan kos yang tinggi. Menurut Liew, masyarakat negara ini masih ketinggalan dalam aspek tertentu bidang IT. Dalam setiap 100 orang, hanya 20 orang saja yang benar-benar mahir dalam bidang itu dan golongan itu yang mampu memaksimumkan penggunaan hasil daripada pelbagai jenis alat sokongan termasuk kamera digital. "Kami sedang mengatur beberapa program kesedaran termasuk mengadakan beberapa siri seminar kepada pengedar Canon seluruh negara dan individu IT dalam usaha membantu mereka memahami kelebihan dan keberkesanan peralatan kami terutamanya kamera digital jika digabungkan dengan komputer peribadi mereka," tambahnya. "Faktor kedua adalah disebabkan oleh keadaan ekonomi negara yang kurang menggalakkan ketika ini sehingga menyebabkan keseluruhan perolehan daripada jualan kamera biasa saja (analog) menguncup sehingga 15 peratus. Ini secara tidak langsung turut membabitkan pasaran kamera digital," kata Liew. Walaupun pasaran kamera digital menyaksikan penyusutan, Canon mampu menguasai 15 peratus pasaran negara ini dan menjangkakan berupaya mencapai antara 22 hingga 25 peratus pasaran itu menjelang akhir tahun ini dan lebih 30 peratus menjelang akhir tahun 2000. Beliau berkata demikian di majlis pelancaran dua model baru kamera digital iaitu Canon PowerShot Pro70 dan Canon PowerShot A5 Zoom, di Kuala Lumpur, minggu lepas. PowerShot Pro70 yang berharga RM4,950 disasarkan kepada tiga golongan pengguna iaitu jurugambar profesional yang serius dalam perniagaan gambar kerana kemampuannya menghasilkan gambar menarik dengan kesan khas; pengguna perniagaan termasuk wartawan yang biasa keluar bertugas dan pengguna korporat seperti dalam industri insuran untuk digunakan oleh pegawai penyelarasnya (adjuster) bagi mengambil gambar kenderaan yang terbabit dalam kemalangan dan sebagainya. Antara ciri utama kemera digital baru itu ialah kiraan piksel tertingginya dengan pengesan CCD 1.68 juta piksel. Saiz pengesan 0.5 inci CCD megapiksel mampu menghasilkan imej resolusi 1536x1024 piksel yang membolehkan pengguna mencetak gambar foto sehingga 8x10 inci dengan menggunakan pencetak Bubble Jet Canon. Model pertama yang merangkumkan penggunaan dua slot kad CompactFlash (CF) membolehkan kapasiti simpanan tertinggi dicapai tanpa mengganggu pengambilan gambar lain. Ia juga mampu mengambil gambar dalam mod bersambung sehingga empat kerangka sesaat dan sehingga 20 kerangka dalam satu masa pada resolusi 768x512. PowerShot A5 Zoom pula adalah generasi kedua A5 berharga RM2,980 dengan ciri lensa power zoom 2.5 kali. Menggunakan lensa zoom 28mm-70mm termasuk mod makro pada 17-50mm untuk mengambil gambar dekat. Resolusi CCD 810,000 piksel dan merekodkan imej bersaiz 1024x768 piksel dan mempunyai paparan cecair kristal 2 inci dengan teknologi transistor filem nipis poli-silikon bersuhu rendah untuk menghasilkan imej lebih jelas dan tajam. NEC Corporation (Nec), gergasi perkakasan dan perisian komputer Jepun membangunkan cip Memori Capaian Rawak Dinamik (DRAM) dengan kelajuan 6.8 nanosaat yang mana ia boleh digunakan sebagai ingatan tertanam di dalam cip logik sebagai peralatan utama. DRAM terbaru ini memanfaatkan reka bentuk cip dengan mengurangkan saiz ingatan cip di samping melambatkan masa wiring daripada tahap 50 nanosaat kepada 10 nanosaat. Ia turut memanfaatkan DRAM bersaiz 0.25 mikron yang digabungkan bersama proses logik untuk membolehkan DRAM ditanam di dalam litar pelbagai lapisan dan transistor berkuasa tinggi. Melalui teknologi terbaru yang diperkenalkan ini, Unit Pemprosesan Pusat (CPU) komputer dapat dipertingkatkan prestasinya untuk melaksanakan operasi multimedia dan grafik. Ketika ini, peningkatan prestasi CPU untuk memproses grafik dan multimedia dapat menambahkan bilangan data yang boleh ditukar antara cip porsesor dan sistem ingatan melalui bas ingatan. Dengan pertambahan pengaliran data antara logik dan peralatan ingatan, beberapa teknologi baru muncul dan menyebabkan ia dapat mempertingkatkan kelajuan proses pertukaran data. INTERNATIONAL Business Machines (IBM) berjaya menggabungkan litar memori dan logik pada satu silikon yang mana produk itu mampu meningkatkan keupayaan kebanyakan produk elektronik di samping mengurangkan jumlah cip yang diperlukan. Litar logik memproses maklumat manakala litar memori menyimpan maklumat. Sehingga kini kedua-dua fungsi itu disediakan dalam cip berasingan. Dengan teknologi baru itu, 24 juta litarnya bersamaan sehingga lapan kali pemprosesan dan dua hingga empat kali memori yang terdapat pada komputer peribadi (PC) biasa, semuanya pada satu cip. IBM merancang untuk memulakan usaha mereka cipta cip seragam dengan dua keupayaan itu pada April ini. "Sehingga kini, mempunyai kuasa pemprosesan dan data pada cip berasingan bagaikan memiliki bahan yang diperlukan untuk melakukan tugas berasingan," kata Naib Presiden, Bahagian Pembangunan IBM Mikroelektronik, Bijan Davari. Menurutnya, dengan meletakkan memori dan logik itu pada satu cip, IBM memastikan prosesor beroperasi dengan lebih berkesan, katanya. INTEL Corp (Intel), gergasi pengeluar cip prosesor komputer dunia yakin ia dapat mencapai sasaran kelajuan 1GHz penghujung tahun ini atau selewat- lewatnya awal tahun depan. Pengurus Pemasaran Intel Eropah, Asia dan Timur Tengah Intel, Pierre Mirjolet, berkata keyakinan itu timbul apabila Intel sedang membina kilang pengeluaran cip dengan keupayaan sehingga 0.18 mikron penghujung tahun ini. "Teknologi semikonduktor 0.18 mikron membolehkan prosesor komputer mencapai kelajuan antara 600 MHz hingga 800 MHz yang mana tidak mustahil ia boleh mencecah 1GHz penghujung tahun ini," katanya dalam akhbar teknologi maklumat Register di Britain . Mirjolet berkata, Intel akan mula mengeluarkan cip 0.18 mikron pertengahan Jun ini yang mana menjelang tahun 2000 terdapat tiga kilang fabrikasi wafer yang dapat menghasilkan cip dengan keupayaan berkenaan. Ketika ini, saiz bagi cip prosesor Intel Pentium II bagi komputer ialah 0.25 mikron. Kelebihan memanfaatkan cip bersaiz lebih kecil ialah dapat dipertingkatkan prestasinya, lebih sejuk, penggunaan kuasa rendah dan kos pengeluaran lebih murah. Jurucakap Intel berkata Intel memang bercadang untuk mengeluarkan cip prosesor dengan kelajuan 1GHz menjelang tahun depan atau 2001. CAPAIAN wayarles ke perkhidmatan komunikasi menjadi satu lagi kejayaan besar apabila Nortel Networks memperkenalkan Proximity II iaitu sistem capaian wayarles tetap generasi depan. Sistem ini membolehkan pembekal perkhidmatan atau operator menyediakan suara, gelombang data berkelajuan tinggi dan perkhidmatan termaju lain kepada berjuta pelanggan berpotensi mereka. Selari dengan pelancaran itu juga, Nortel Networks turut mengumumkan kontrak perjanjian perbekalan tiga tahun bernilai lebih AS$400 juta kepada AXtel Mexico. Proximity II adalah penyelesaian anjal yang boleh dipadankan dengan kehendak operator individu, daripada rangkaian komuniti kecil yang menyokong beberapa ribu pelanggan ke operator yang mampu menyokong berjuta pelanggan. Ia menggunakan stesen pangkalan wayarles tetap berkapasiti tertinggi dalam industri untuk menyediakan mutu suara sama kualiti seperti sistem berwayar, data berkelajuan tinggi, ISDN, dan hubungan Internet bagi ahli korporat atau penduduk dalam bandar dan luar bandar. Stesen pangkalannya padat dan mudah dipasang, guna pakai yang kos efektif dan boleh berkhidmat kepada lebih 2,000 pelanggan dalam lingkungan kawasan 40 kilometer. Ia juga memaksimumkan pelaburan operator dengan peningkatan dari segi kecekapan untuk kapasiti yang lebih baik dan mutu perkhidmatan, serta suis antaramuka terbuka untuk berhubungan dengan suis pengendali lain. KEMENTERIAN Pendidikan bersetuju menambah peruntukan bagi mengembangkan Fakulti Teknologi Maklumat (IT) dan Sains Kuantitatif, Institut Teknologi Mara (ITM). Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata pengembangan fakulti tersebut bersesuaian untuk menambah bilangan tenaga mahir dalam bidang terbabit, yang diperlukan menjayakan Koridor Raya Multimedia (MSC). "Ia bertujuan menambah tenaga pengajar dalam bidang IT," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan fakulti itu di Shah Alam, minggu lalu. Antara kursus yang ditawarkan oleh fakulti itu ialah Sarjana Sains (IT), Sarjana Muda Sains (Kepujian Multimedia), Sarjana Muda Sains (Kepujian Sains Komputer), Sarjana Muda Sains (Kepujian Pengkomputeran Industri) dan Sarjana Muda Sains (Kepujian Matematik Pengurusan). ((Pix:- Generasi baru ... cip Pentium III.)) ((Pix:- Penuh debaran ... Craig Barret, CEO dan Presiden Intel di hari pratonton Pentium III bulan lalu.)) PROSESOR penuh kontroversi kerana isu privasi siri Intel Pentium III diperkenalkan di Malaysia oleh Intel Electronics (Malaysia) Sdn Bhd, sebagai sebahagian pelancaran global minggu lalu. Enjin prosesor Intel yang menjadi nadi 85 peratus sistem desktop global, Pentium II ialah siri terbaru dari gergasi pengeluar prosesor x86 dan pelancaran terbesar Intel sejak kemasukan cip siri Pentium lima tahun lalu. Siri Pentium III yang didatangkan dengan kelajuan 450MHz dan 500MHz menggabungkan 70 arahan baru bagi penghasilan kualiti lebih baik bagi grafik tiga dimensi (3D), pengenalan suara dan menjelajahi Internet. Kepentingan cip dengan nama kod Katmai itu juga menyaksikan Intel menyediakan pembiayaan AS$300 juta bagi tujuan promosi. "Kemasukan prosesor Pentium III ialah pelancaran yang terbesar bagi produk Intel," kata Yohani Yusof, Pengurus Negara Intel Electronics (Malaysia) Sdn Bhd. "Ini kerana ialah memenuhi keperluan generasi perkomputeran akan datang terutama dengan peningkatan penggunaan Internet yang tidak pernah dijangkakan," katanya. Gergasi prosesor yang berpangkalan di Santa Clara, California juga berjaya menarik lebih 200 pembangun perisian dan kandungan bagi pelantar baru Pentium III itu. Pentium III menjanjikan kebolehan pemprosesan multimedia tinggi bagi rangkaian web termasuk paparan 30 rangka setiap saat dengan kualiti yang mantap. Dalam sesi demonstrasi kepada media minggu lalu, Intel menunjukkan beberapa aplikasi yang ditulis khusus bagi memaksimumkan prosesor baru itu termasuk transaksi elektronik iBank dan permainan Wargasm. Keupayaan menghantar nombor siri melalui rangkaian World Wide Web (WWW) boleh digunakan pembangun bagi tujuan pengesahan identiti pengguna terutama dalam memastikan sesuatu transaksi kewangan selamat. Intel menegaskan kemasukan fungsi nombor siri itu antara yang diminta oleh industri terutama bagi menghalang penipuan terutama transaksi kewangan melalui Internet. Sehari sebelum prosesor itu dilancarkan, satu kumpulan kebebasan awam yang dikenali sebagai Demokrasi Internet dan Teknologi berkata akan memfail aduan rasmi dengan Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) mengenai teknologi kontroversi yang dibina ke dalam cip Pentium III. Pengeluar prosesor terbesar dunia dengan jualan AS$26.2 bilion tahun lalu mereka Pentium III dengan keupayaan menghantar nombor siri unik ke laman web yang memintanya bagi menentukan kesahihan identiti pelanggan. "Intel akan senantiasa menghormati hak privasi pengguna dan penggabungan ciri nombor siri itu berdasarkan kehendak industri bagi meningkatkan keselamatan transaksi Internet serta memudahkan pentadbiran aset bagi organisasi," kata Pengurus Arkitektur Intel Electronics (M) Sdn Bhd, Terence Chan. Walaupun dibina terus ke dalam cip, ciri penghantaran nombor siri prosesor itu boleh dimatikan dengan menggunakan perisian yang diberi secara percuma oleh Intel. Ditanya mengenai kesesuaian prosesor Pentium III dengan sistem litar utama yang berada di pasaran, Chan berkata, ia boleh dilengkapkan dalam kebanyakan papan utama yang mempunyai set cip jenis BX. "Ini membolehkan pengguna yang mempunyai papan litar dengan set itu melengkapkan Pentium III itu di dalam sistem PC mereka," katanya. Bagaimanapun pengguna perlu memeriksa sama ada BIOS sesuatu sistem dapat mengenal pasti kehadiran prosesor itu. Selain peningkatan kelajuan sehingga 500MHz, Pentium III menggabungkan 70 arahan sambungan aliran SIMD yang berupaya meningkatkan persembahan terutama pemprosesan 3D, aliran video/audio dan aplikasi pengenalan suara. Kata Chan, keupayaan SIMD membolehkan pemprosesan nyah mampat tinggi dicapai terutama bagi aliran data Internet yang diterima walaupun melalui talian telefon biasa. Intel percaya sistem PC dengan prosesor Pentium III akan boleh diperolehi pada harga antara RM5,000 hingga RM6,000. Selain itu, Intel bercadang mengadakan promosi melalui pameran di lapan lokasi seluruh negara bagi menerangkan keupayaan cip terbaru itu. Walaupun Windows NT4 bukan sistem operasi jenis Plug and Play tetapi anda masih boleh menambah sokongan ini untuknya. 1. Masukkan CD-ROM Windows NT4 ke pemacunya 2. Dengan menggunakan Explorer, mara ke folder drvlib\pnpisa\x86, pilih fail maklumat Plug and Play pnpisa.inf, klik kanan dan pilih Install. Sokongan Plug and Play tersedia sebaik saja komputer dibut semula. Saya mempunyai sebuah komputer Acer Aspire Pentium 133 MHz. dan ingin menukar prosesor kepada Pentium II. Saya ada membaca dalam sebuah majalah komputer mengenai kad yang membolehkan pengguna meningkatkan prosesor PC daripada sebarang jenis papan induk dengan Socket 7. Bolehkah prosesor komputer saya ditukar? Papan induk komputer saya hanya boleh mengendalikan isyarat sehingga 166MHz sahaja. Perlukan saya menukar papan induk kepada jenis yang baik? man77@tm.net.my Kota Kinabalu, Sabah Adalah lebih baik untuk tidak menukarkan prosesor kerana kelajuan maksimum pemprosesan isyarat papan induk hanya 166MHz. Selain itu prosesor Pentium II menggunakan Slot 1 dan bukan Soket 7 manakala kelajuan lazim pada hari ini ialah 300MHz. Sebarang peningkatan perlu membabitkan penukaran papan induk. Selain pilihan peningkatan prosesor, saudara boleh meningkatkan komponen yang menyumbangkan kepada peningkatan persembahan seperti menambahkan memori (RAM), kad video dan cakera keras lebih pantas. Ini pilihan yang lebih sesuai. Satu lagi masalah dengan sistem berjenama berbanding klon ialah reka bentuk casing dan beberapa komponen yang digunakan. Casing bagi kebanyakan sistem jenama tidak boleh menerima papan induk baru kerana perbezaan kedudukan pin. Ini bermakna anda perlu mendapatkan casing baru. Kebanyakan PC berjenama menggunakan kabel dengan sambungan PS/2 (6 pin DIN) bagi tetikus dan papan kekunci. Ini bermakna hampir semua komponen perlu ditukar. Persembahan sistem dengan 133MHz hari ini walaupun jauh daripada prosesor 450MHz, masih dianggap mantap dengan pemilihan komponen yang berupaya meningkatkan persembahan seperti dinyatakan di atas. PROGRAM Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) melancarkan satu sistem pengkelasan baru bagi barangan dan perkhidmatan bertujuan membantu negara membangun bersaing secara global menerusi perdagangan elektronik (EC). Menurut UNDP, sistem pengkelasan produk baru itu yang dikenali sebagai UN/SPSC, akan meningkatkan perdagangan elektronik antara negara kaya dan miskin. "Sistem pengkelasan itu terdiri lebih daripada 8,000 kod perdagangan bagi barangan dan perkhidmatan yang menyelaraskan pemasaran dan pemerolehan melalui Internet," menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, minggu lalu. UNDP adalah penyedia geran terbesar di dunia bagi bantuan teknikal di negara membangun manakala Dun & Bradstreet adalah penyedia kredit perniagaan, pemasaran dan maklumat pembelian utama di dunia. UNDP berkata, ia menggabungkan dua sistem iaitu Sistem Pengkodan Perdagangan dan Kod Standard Produk dan Perkhidmatan, masing-masing dimajukan oleh UNDP dan Dun & Bradstreet. Kod itu boleh dicapai secara percuma dalam Internet melalui alamat www.unspsc.org atau www.dnb.com dan boleh digunakan semua peniaga. UNDP akan mengekalkan hak harta intelektual kepada UN/SPSC yang diuruskan persatuan baru. SAYA kerap menonton VCD menggunakan XingMpeg Player 3.30 tetapi kualitinya tidak memuaskan. Gambar yang dihasilkan tidak menyamai mutu seperti pemain VCD kerana ia sedikit kaku dan tidak seperti paparan TV. Seorang rakan mengesyorkan memasang kad Mpeg untuk mengatasi masalah ini. Harga kad Mpeg dikatakan antara RM200-RM300. Apakah jenis kad Mpeg yang baik serta murah. rintis@tm.net.my XING Mpeg Player ialah penyelesaian perisian yang membolehkan pengguna PC menonton VCD dalam format Mpeg. Seperti perisian lain, keupayaan mentaksir data, memproses kandungan CD dan memaparkan pada skrin banyak bergantung kepada keupayaan sistem, termasuk jenis prosesor, memori dan jenis kad video. Lebih tinggi spesifikasi elemen ini lebih tinggi kualiti paparan VCD. Kad Mpeg ialah penyelesaian perkakasan yang khusus memproses imej format Mpeg. Penggunaan kad ini mungkin lebih nyata dahulu kerana sistem tidak sepantas hari ini, terutama untuk memaparkan VCD. Kebanyakan sistem hari ini dilengkapkan dengan kad video bersama memori lapan hingga 16 MB yang berupaya memaparkan kualiti grafik pada resolusi tinggi dengan jumlah warna tertinggi (16 juta warna). Harus diingat PC bukan pemain VCD yang dihasilkan untuk memproses data VCD saja. Mutu paparan turut berbeza kerana kadar persegar (refresh rate) dan saiz piksel skrin komputer tidak sama dengan TV. Satu contoh yang mudah untuk melihat perbezaan mutu ialah Playstation dan permainan di PC, di mana mutu Playstation jauh lebih mantap. Jurang perbezaan ini boleh dirapatkan dengan PC menggunakan komponen yang baik. Selain menambah memori dan memasang kad Mpeg untuk memindahkan tugasan memproses isyarat VCD dari CPU (terutama sistem lama), saudara disyorkan juga untuk meningkatkan kad grafik (seperti Banshee dengan memori 16MB) bagi meningkatkan prestasi sistem secara keseluruhan, tidak kira permainan, grafik atau VCD. ((Pix:- Ng ... bantu majukan industri perisian.)) PEMAJU perisian di negara ini berpeluang mengalami dan merasai pengalaman kecanggihan teknologi, peralatan dan sumber Microsoft di Persidangan Pemaju Profesional Microsoft (PDC) yang akan berlangsung daripada 17 hingga 19 Mac ini. Persidangan yang diadakan di Sunway Lagoon Resort itu terdiri daripada bengkel kerja dan seminar, yang akan memberi peluang kepada pemaju untuk belajar dan memahami serta mencuba teknologi Internet terbaru dan produk terkini Microsoft, mengikut bimbingan pakar daripada Microsoft. Pengurus Pusat Modal Pengetahuan Microsoft (MKCC), Stanley Ng, berkata Microsoft komited untuk memajukan industri perisian di Malaysia. "Kami percaya perkongsian dan teknologi seperti ini akan membolehkan pemaju tempatan menggunakan pemahaman konsep, istilah dan teknologi Microsoft untuk membina lebih banyak aplikasi dinamik dan penyelesaian standard antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, minggu lalu. ((Pix:- Di sini ... Sabarudin (kanan) dan Pengarah Urusan IDM, Gerard Lim menekan papan kekunci untuk melancarkan Kempen Siber Melawat Malaysia.-By Sobri Sudin.)) SEKTOR pelancongan di negara ini mempunyai pertalian yang amat rapat dengan telekomunikasi bentuk baru dalam era digital kerana ia boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi tugas mempromosi produk pelancongan negara. Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Sabarudin Chik, berkata kecanggihan teknologi seperti sistem penyampaian, rangkaian gentian optik, satelit, penghantaran data, Internet dan laman web menjadi wadah bagi mengerakkan industri berkenaan dengan lebih berkesan. "Kementerian dan agensi di bawahnya turut dilengkapkan dengan sistem pengurusan dan pentadbiran dengan kemudahan Internet, intranet dan mel elektronik dapat melicinkan lagi kecekapan dan keberkesanan melaksanakan tugas," katanya di Kuala Lumpur, minggu lalu. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian majlis Kempen Siber Melawat Malaysia. Turut hadir ialah Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Iskandar Dzakurnain Badarudin dan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Arshad Hashim. Pengguna Internet di Malaysia dipelawa merebut peluang menyertai kempen mencipta rekod dunia bagi penghantaran 50 juta mel dan kad elektronik promosi pelancongan negara ke seluruh dunia mulai 4 Mac hingga 31 Ogos. Sekumpulan 178 sukarelawan tempatan yang menggelarkan diri mereka Pahlawan telah memulakan Kempen Siber Melawat Malaysia bertemakan Fikirkan Cuti, Fikirkan Malaysia melalui Internet di alamat www.pahlawan.com.my. Sabbaruddin berkata, matlamat 50 juta mel dan kad elektronik itu, yang pertama seumpamanya dalam promosi pelancongan di dunia, boleh dicapai berdasarkan terdapat 700,000 pelanggan berdaftar Internet di Malaysia. "Ia dijangka meningkat kepada 1.2 juta menjelang abad ke-21 yang mana ia boleh memberikan kesan berganda terutamanya untuk membantu mempromosikan Malaysia," katanya. Sebelum pelancaran, kempen berkenaan sudah berjaya menyebarkan 300,000 mel dan kad elektronik oleh rakyat Malaysia kepada rakan siber mereka di luar negara. Kempen itu turut menawarkan pelbagai hadiah bernilai RM500,000 kepada peserta, yang juga terbuka kepada pengguna Internet di seluruh dunia, yang mana pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut dan syarat pertandingan melalui laman web yang disediakan. KESATUAN Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) mengkritik Perancis dan Itali kerana kegagalan menghantar laporan kesediaan bagi menghadapi masalah Tahun 2000 sehingga baru-baru ini, kata pegawai ITU. Sesetengah negara dunia tidak melaporkan langkah kepatuhan Tahun 2000 (Y2K) kata Ron Balls, ketua pasukan petugas Y2K ITU di persidangan global isu itu di Manila, minggu lalu. Perancis dan Itali gagal untuk menghantar laporan terbaru kepada ITU berkenaan langkah Y2K mereka sehingga mereka dikritik secara terbuka di dua mesyuarat antarabangsa ITU, Balls menambah. Balls berkata kaji selidik 402 firma telekomunikasi global mendapati hanya 36 peratus akan bersedia Y2K sebelum akhir - 1998 manakala sembilan peratus akan sedia pada Mac 1999. Dua puluh dua peratus akan bersedia dalam tempoh tiga bulan sehingga Jun, dengan 17 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga September dan tiga peratus hingga akhir Disember. Balls juga berkata beliau terkejut yang banyak firma telekomunikasi selular juga tidak menghantar laporan. ASSALAMUALAIKUM Saya ingin tahu, bagaimana caranya untuk membuat pembahagian (partition) cakera keras terutama pada ruang yang besar untuk keadaan seperti di bawah: 1) Setelah memformat cakera keras melalui arahan DOS atau setelah melengkapkan perisian-persisian Windows dan sebagainya. Iaitu melalui arahan windows (WINDOWS environment). Jika boleh, tolong terangkan langkah demi langkah. Adakah ini akan mengakibatkan kerosakan pada data yang sedia ada dan juga cakera keras? Wassalam "Sofian Abdullah" sofian73@hotmail.com Jawapan: Pembahagian ialah proses membahagi cakera keras kepada beberapa bahagian. terdapat dua jenis pembahagian, Partition DOS utama dan Extended DOS Partition. Extended DOS Partition mempunyai pemacu logikal dan akan membahagi pemacu mengikut abjad. Jika cakera 1GB dibahagikan setiap akan mempunyai saiz . 206MB. Bagaimanapun, membuat pembahagian (partition) cakera keras ialah satu tugas yang memerlukan pemerhatian kerana ia agak sukar. Pengguna harus membuat cakera but atau cakera start-up bagi Windows 95/98 dengan mengakses Add/remove Program dalam Control Panel dan pilih Tab Create Startup disk. Proses membuat disket but itu akan menyalin fail berikut: ATTRIB.EXE; CHKDSK.EXE; COMMAND.COM; CONFIG.SYS; DEBUG.EXE; DRVSPACE.BIN; EDIT.COM; FDISK.EXE; FORMAT.COM; IO.SYS; MSDOS.SYS; REGEDIT.EXE; SCANDISK.EXE; SCANDISK.INI and SYS.COM. Pengguna juga perlu menyalin fail HIMEM.SYS dan EMM386.EXE dari folder Windows serta MSCDEX.EXE dan fail AUTOEXEC.BAT. Pengguna harus ingat, pemacu CD-ROM harus boleh diaktifkan bila menggunakan disket but terutama dalam melengkapkan Windows 95. Kerana itu salin pemacu CD-ROM dalam disket but dan pengguna perlu menambah baris tertentu dalam kedua CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT. Pengguna harus ingat dengan melakukan pembahagian abjad pemacu CD-ROM juga akan turut berubah. Jika kini ia diwakili D:, ia secara automatik ditingkatkan bergantung kepada jumlah pembahagian. Jika anda membahagi cakera keras kepada C:, dan D:, pemacu CD-ROM akan diwakili E:. Suntingan bagi fail CONFIG.SYS dan AUTOEXEC.BAT dalam disket but perlu dilakukan terutama dalam memastikan CD-ROM berfungsi. Fail CONFIG.SYS perlu mempunyai baris dengan nama pemacu CD-ROM anda. Fail CONFIG.SYS DEVICE=HIMEM.SYS DEVICE=EMM386.EXE RAM DOS=HIGH,UMB FILES=50 LASTDRIVE=Z DEVICE=(pemacu CD-ROM .SYS /D:MSCD000 Bagi fail AUTOEXEC.BAT, anda perlu melengkapkan sambungan CD (MSCDEX.EXE) bagi akses CD-ROM dalam mod DOS. Contoh: AUTOEXEC.BAT MSCDEX.EXE /D:MSCD000 /M:10 Proses "Partitioning" dilakukan dalam mod DOS dengan menggunakan arahan FDISK. Mulakan sistem dengan menggunakan cakera but dan taip "FDISK" pada A:\> dan ikut arahan skrin. Harus dingat yang FDISK ialah program yang kuat dan semua data pada cakera akan terhapus bila melakukan "partition". INGIN membuang panel Favorites pada menu Start Windows 95? Tentu ada yang berminat, terutama mereka yang tidak pernah mengguna atau tidak memerlukannya terus. Untuk membuangnya, suntingan Registry perlu dilaksana, iaitu pada bahagian HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\ Policies\Explorer. Seperti biasa dan demi keselamatan, buat salinan fail Registry, iaitu User.dat dan System.dat. Lancarkan Registry dan mara ke bahagian HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explo rer. Di tetingkap kanan, klik-kanan mana-mana bahagian kosong, pilih New, kemudian Binary value, namakannya NoFavoritesMenu dan tekan kekunci Enter. Klik-kanan new value, pilih Modify dan taip 01 00 00 00 dalam kotak data Value. Klik OK, tutup Registry dan but semula komputer. Jika ingin wujudkan kembali panel Favorites pada menu Start, ulangi operasi suntingan Registry seperti di atas, tetapi nilai 01 00 00 00 digantikan dengan 00 00 00 00. Cara kedua ialah membuang (Delete) bahagian NoFavoritesMenu yang diwujudkan tadi. MENJEJAKI tapak yang dilawati menggunakan arahan about:globalhistory pada kotak Location Navigator dijelaskan pada 24 Februari lepas. Pengesanan ini dapat membantu ibu bapa yang prihatin mengenai tapak yang anak-anak mereka lawati. Satu lagi cara menjejaki apa yang telah dilalui oleh Netscape Navigator ialah menggunakan arahan about:global di dalam kotak Location untuk memaparkan kandungan penuh fail History, termasuk URL lengkap serta tarikhnya. Selain itu, apa yang disimpan di dalam cache adalah bahan yang telah dipapar oleh browser komputer anda. ANDA antara pengguna yang malas dan jarang mengosongkan Recycle Bin? Jika demikian, lebih baik aktifkan penggera automatik Recycle Bin Windows 95 untuk mengingati anda apabila tahap maksimum yang ditetapkan, lazimnya 10 peratus daripada saiz cakera keras dicapai. Klik-kanan ikon Recycle Bin, pilih Properties dan tetapkan nilai peratusan bagi menghidupkan penggera apabila tahap itu dicapai. Bagaimanapun, jika ruang bebas cakera keras adalah terhad, tahap 10 peratus ini elok dikurangkan. NIPPON Telegraph & Telephone Corp (NTT), gergasi telekomunikasi dunia, mengumumkan kejayaannya menghasilkan cip komputer yang mampu mengenal pasti cap jari untuk melindungi pengguna kad elektronik, telefon mudah alih dan peralatan elektronik lain. Cip terbaru itu, mengambil masa 0.5 saat untuk mengenali cap jari yang berdaftar dengan hanya menyentuh permukaan cip berkenaan. Saiz cip terbabit ialah 1.5 sentimeter dan setebal 0.5 millimeter. NTT mengambil masa selama beberapa tahun untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan sebelum ia dapat dikomersilkan. KEUPAYAAN pemprosesan teknologi perkomputeran sekali lagi mendapat publisiti meluas tetapi untuk sebab yang tidak sedap didengar. Penyebaran gambar lucah penyanyi popular melalui mel elektronik (e-mel) baru-baru ini serta penggunaan teknologi grafik bagi menggabungkan imej berbeza dalam pembentukan imej baru jelas menjadi tajuk hangat. Walaupun isu generasi grafik baru mendapat perhatian hingga mendapat tempat di laman utama akhbar, penggunaan perisian grafik dalam rekaan, suntingan dan penciptaan imej digital bukan sesuatu yang baru. Rekaan grafik dan suntingan digital mula bertapak sejak kemasukan perisian grafik pertama. Bezanya hari ini, capaian kepada pelbagai perisian semakin meningkat berbanding lima tahun lalu. Sistem besar khusus seperti SGI, stesen kerja Unix atau kerangka utama yang digunakan bagi pemprosesan animasi kini boleh dilakukan di atas platform PC menggunakan sistem operasi Windows 98 atau NT. Selain apa yang dipaparkan di pasaran, beratus perisian canggih boleh didapati dari Internet secara percuma. Pelbagai perisian itu termasuk aplikasi yang hanya dahulu boleh didapati dalam Unix seperti untuk tujuan morphing, gabungan imej, suntingan video serta animasi. Kini, hampir sesiapa saja dengan bakat dan kreativiti mampu menghasilkan imej, grafik dan foto dengan mudah, cepat dan berkualiti. Era digital grafik Penerimaan kepada imej janaan komputer (computer generated image) itu semakin nyata sejak empat tahun lalu didorong perkembangan dalam dua bidang berbeza tetapi mempunyai matlamat akhir sama iaitu menawan pengunjung - industri pembikinan filem dan Internet. Sejak filem Who Framed Roger Rabbit?, filem gabungan animasi, kartun dan karektor hidup, lonjakan kepada imej yang dijana komputer meningkat dengan mendadak. Hollywood seperti biasa menerajui dengan pelbagai filem yang menggunakan animasi, grafik dan perkomputeran sebagai pelantar mencipta filem. Hasilnya filem blockbuster seperti Titanic, Species, Twister, Armageddon dan lain-lain. Tumpuan kepada filem janaan komputer yang menggabungkan cara perfileman tradisional filem dengan animasi komputer jelas dalam filem Forrest Gump. Apa yang menarik dalam filem yang membariskan pemenang akademi Tom Hanks yang memboleh karektornya, Forrest Gump melakukan perkara aneh seperti berjabat tangan dengan Presiden Kennedy di satu acara di Rumah Putih. Imej janaan komputer membolehkan Kennedy menjawab soalan yang diajukan Gump. Bagaimanapun filem yang meletakkan animasi janaan komputer di pelantar ulung ialah Toy Story, filem yang keseluruhannya direka dan dijana menggunakan komputer sepenuhnya. Filem itu mengambil masa lima tahun untuk disiapkan. Sejak itu muncul filem animasi baru seperti Antz dan yang terbaru, A Bug's Life. Dalam filem ini pelbagai kesan khas dapat dihasilkan dengan mudah melalui sistem komputer: dari kapal tenggelam hingga koloni serangga yang hidup seperti manusia di bandar. Grafik dalam Internet mula berkembang sebagai elemen penghias sesuatu laman. Hari ini, ia sudah berkembang kepada animasi mudah bagi menarik perhatian. Jarang sekali laman web hari ini tidak dihias dengan grafik. Internet juga menjana kelahiran perisian grafik baru khusus untuk memenuhi keperluan Webmaster di serata dunia. Stesen kerja di rumah Bagaimanapun, perisian, Internet dan filem saja tidak mencukupi. Kecenderungan kepada pembangunan grafik dipermudahkan dengan kepantasan sistem memproses imej, keperluan kerada animasi, dan kecanggihan teknologi pengimejan dan imbasan digital. Sebuah sistem 486 memerlukan hampir 90 minit untuk menjana 30 rangka imej pergerakan sebuah cawan. Sistem desktop terpantas hari ini boleh melakukan tugasan yang sama dalam satu persepuluh masa yang diperlukan sistem 486. Animasi kini tidak terhad kepada sistem SGI atau keperluan ratusan komputer bagi melakukan perkiraan, sistem pantas di rumah dengan spesifikasi padat pada pemprosesan grafik berupaya melakukannya. Alat pengimejan dalam pasaran tidak terhad kepada pengimbas saja. Kamera digital yang suatu masa dahulu besar dan tidak mempunyai sokongan piksel tinggi kini boleh mencapai takat tertinggi piksel serta menggunakan lensa jauh seperti digunakan dalam kamera SLR. Janaan digital mengabui mata Janaan imej komputer hari ini boleh melakukan hampir apa saja yang diperlukan: dari imej lembu terbang dalam pusaran puting beliung (dalam filem Twister) kepada menggabungkan dua imej berlainan menjadi satu. Salah satu teknik yang digunakan bagi menggabungkan dua gambar, imej atau sedutan filem ini dipanggil Morphing. Kaedahnya agak mudah, iaitu pengguna hanya perlu mengambil dua gambar yang hampir serupa dengan dimensi sama. Jika saiz gambar berbeza, pengguna boleh mengubah suai saiz atau menterbalikkan sesuatu gambar itu menggunakan perisian seperti Paint Shop Pro. Bagi ahli grafik, mereka lebih cenderung kepada perisian seperti Illustrator dan Photoshop. Pengguna hanya perlu melengkapkan kedua gambar dalam perisian morph seperti Gryphon Morph atau mana-mana perisian morphing lain. Selepas melengkap kedua imej, pengguna hanya perlu mencipta tandaan penting (keypoints) dan menyambungkan sesetengah tandaan penting dengan baris. Tandaan itu berfungsi sebagai penghubung kait antara objek dalam dua gambar dan baris yang disambungkan itu digunakan dalam membina objek baru. Kemudian klik jana morph dan sistem akan melakukan tugasan seterusnya. Tranformasi itu akan menghasilkan imej baru dengan ciri berbeza daripada kedua gambar asal. Morphing imej digunakan bagi menunjukkan transformasi sesuatu imej baik dalam bentuk 3D dan 2D. Kaedah itu antara yang canggih digunakan untuk pelbagai tugasan daripada penyelidikan sains hingga pembikinan filem. Cara lebih mudah ialah kaedah suntingan superimpose di mana ahli grafik akan menggabungkan ciri sesuatu imej ke dalam gambar lain. Suntingan grafik ini seperti kaedah potong dan tampal bagi suntingan teks. Pengguna hanya perlu menanda kawasan tertentu sesuatu imej dan menyalinnya dalam imej lain. Dalam beberapa saat, anda dapat meletakkan gambar seekor kerbau dengan kepala kucing. Pengguna kemudian hanya perlu menyelaras warna imej agar mencapai jumlah piksel sama dengan melakukan sedikit suntingan. Selain kaedah menyalin imej, kebanyakan perisian membenarkan pengguna melakukan deformasi (deformation) yang menukar bentuk sesuatu imej kepada bentuk baru. Ini antara beberapa kaedah yang digunakan pakar grafik dalam mencipta masterpiece mereka dan terdapat pelbagai lagi kaedah termasuk menggabungkan kesan cahaya, bayang, mengkaburkan dan lain-lain yang boleh digunakan bagi meningkatkan aspek realiti sesuatu imej. Dan pengguna hanya perlu meluncur dunia siber untuk mendapatkan pelbagai imej hasil cetusan "artis" ini. Walaupun teknologi janaan imej komputer dapat mensimulasi letupan nukleur, transformasi sesuatu bentuk, rekaan objek bagi pembangunan produk seperti kereta, janaan imej komputer juga digunakan dalam aktiviti kurang baik seperti yang didengar baru-baru ini. Dan Internet penuh dengan gambar superimpose, morph, juxtaposition dan lain-lain. Berhati-hatilah. COMPAQ Computer Corp (Compaq), gergasi pengeluar komputer dunia kini menawarkan komputer laptop menggunakan cip K6-2 keluaran Advanced Micro Devices (AMD) dengan kelajuan antara 350 dan 380 MHz. Cip terbaru itu menawarkan teknologi bas terbaru yang lebih laju. Secara amnya, lebih laju prestasi bas lebih baik keupayaan prosesor yang mana bus AMD beroperasi dengan kelajuan 100 MHz manakala bas cip Intel ialah 66 MHz. AMD mendakwa cip prosesor keluarannya 50 peratus lebih pantas berbanding cip Intel Celeron 300 untuk komputer notebook. Walaupun ia tidak sepantas Pentium II-366 tetapi lebih murah. Compaq berkata, penggunaan cip terbaru itu turut membabitkan barisan produk lain seperti model Presario 1675, 1670 dan 1270 serta laptop model yang sama. Bagaimanapun, Intel tidak berdiam diri kerana ia bercadang untuk memperkenalkan prosesor berkelajuan tinggi daripada 500 MHz hingga 600 MHz penghujung tahun ini untuk komputer notebook. KOMPUTER saya dilengkapkan dengan Win98 sebagai sistem operasinya. Jika saya ingin melengkapkan dua OS system dalam satu komputer (saya mahu memasang Linux), apakah langkah yang perlu dilakukan? Sekian terima kasih. husnud@nettaxi.com. Proses melengkapkan OS Linux agak mudah tetapi pengguna digalak membuat salinan sistem operasi dalam cakera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan, terutama fail data. 1. Pengguna harus mendapatkan maklumat mengenai perkakasan sistem. 2. Siap disket but. 3. Jika anda ingin mempunyai sistem dwibut (Linux dan Windows), anda perlu membuat pembahagian (partition) cakera keras bagi melengkapkan Linux pada satu bahagian. (Cara membuat pembahagian diterangkan minggu lalu.) 4. But mengunakan disket melengkapkan Linux bagi mendapatkan capaian ke CD-ROM. 5. Sediakan sistem fail Linux 6. Lengkapkan versi asas Linux dari CD-ROM. 7. Mulakan Linux daripada cakera keras. 8. Lengkapkan lagi pakej daripada CD-ROM. Bagaimanapun, prosesnya agak rumit terutama dalam memastikan konfigurasi sistem beroperasi dengan perkakasan dan komponen sistem. Anda digalak membaca manual melengkapkan Linux atau mendapat bantuan pakar. PENTADBIR stesen kerja Windows NT4 tentu ada terjumpa pengguna menamatkan operasi dengan mengklik LogOff setelah menekan gabungan Ctrl-Alt-Del dan tidak secara lazim, iaitu mengklik Start dan Shut Down. Butang LogOff ini boleh dimatikan dengan menyunting Registry, di bahagian HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explo rer. Klik-kanan tetingkap kanan folder Ex plorer dan pilih New, DWORD Value. Namakan nilai baru ini NoLogoff, tekan Enter dua kali, tetapkan nilai sebagai 1, klik OK dan tamatkan RegEdit. Tekan gabungan Ctrl-Alt-Del dan anda akan dapati paparan butang LogOff malap daripada butang lain serta tidak boleh digunakan. Pelaksanaan perubahan adalah serta merta dan sistem tidak perlu dibut semula. ((Pix:- NonStop Himalaya S700 ... guna teknologi RISC.)) PELAYAN NonStop Himalaya S700 menggabungkan reka bentuk antara sambungan ServerNet dengan teknologi pemprosesan terkini RISC untuk menghasilkan keupayaan atau harga paling menarik selain skalabiliti tanpa had. Melalui teknologi ServerNet yang menjadi jantung S700 itu, ia menyediakan antara sambungan berkeupayaan tinggi di kalangan prosesor dan alat I/O. Ia juga menyediakan secara maya potensi perkembangan yang tiada tandingannya merangkumi sistem jalur lebar dan keupayaan pemprosesan bagi mengendali peningkatan permintaan dalam proses urus niaga dalam talian, sokongan keputusan dan aplikasi perdagangan elektronik. Di samping reka bentuk ServerNet mampu mempertingkatkan keupayaan aplikasi sedia ada, ia juga berupaya menyokong aplikasi data intensif generasi akan datang dengan berkesan secara memindahkan jumlah data berlebihan di kalangan pelayan siri S. S700 adalah produk rangkaian siri S yang tersedia S7000 dan S70000 yang mana ia boleh didapati dalam konfigurasi dua prosesor menggunakan sama ada mikroprosesor MIPS R10000 beroperasi pada 200MHz atau MIPS R4400 pada 150Mhz. Setiap prosesor mempunyai unit arahan sendiri, memori, capaian memori, cache dan sambungan router. S700 adalah pelayan tahap kemasukan kos rendah untuk aplikasi cawangan pengedaran yang memerlukan keupayaan dan integriti data NonStop tetapi tidak memerlukan skalabiliti. Sekiranya pemasangan S700 perlu diskalakan hingga lebih dua prosesor, ia harus ditukarkan ke S7000 atau S70000 dengan lesen bayaran yuran yang dipohon. Pelayan NonStop Himalaya Compaq mewakili 900 bank utama dunia dan 40 komuditi dan sekuriti yang mana produk itu memproses 70 peratus daripada wang dunia dengan mencatat kira-kira AS$2 trilion sehari. Produk itu juga mengendali urus niaga 66 peratus kad kredit dan kesemua ATM selain 90 peratus urus niaga tukaran saham dunia. PESTA jualan perkakasan komputer peribadi PCFair 99 kembali lagi bagi meningkatkan kegiatan perniagaan komputer peribadi (PC) serta mendedahkan masyarakat kepada produk terbaru pada harga yang berpatutan. Pesta PCFair yang diadakan setiap tahun sejak 1995 telah berjaya mengembangkan pasaran PC terutama dengan kehadiran pesta yang sama di lokasi luar Kuala Lumpur. Acara PCFair 99 tahun ini dijangka lebih meriah kerana diadakan tiga kali sepanjang tahun dengan acara pertama bermula pada 2 hingga 4 April di Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra dan Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru manakala di Dewan Tungku Geodesic, Pulau Pinang pada 9 hingga 11 April. PCFair99 kedua dirancang untuk bulan Julai manakala PCFair99 ketiga dijangka diadakan pada bulan November juga di ketiga-tiga lokasi. Menurut Persatuan Industri Komputer Malaysia yang menjadi penganjur acara tahunan itu pesta itu bertujuan menyediakan pilihan yang kos efektif kepada penjual runcit PC dan pengedar bagi mencapai sasaran pasaran itu. Selain itu, pesta itu juga menyediakan tapak mendapatkan PC dan produk berkaitan pada harga yang rendah. Sambutan kepada PCFair jelas dengan peningkatan pengunjung dengan kehadiran pada tahun 1995 mencapai 35,000, dan 160,000 bagi 1996. Manakala keseluruhan pengunjung ke PCFair I dan II tahun lalu mencapai hampir 450,000 pengunjung. ASIA Travel Network Sdn Bhd (ATN), pengendali ATN Interactive, sistem penempahan pelancongan berkomputer pertama di Asia akan bekerjasama dengan Mimos Bhd untuk melancarkan Perkhidmatan Pelancongan dan Percutian Jaring (JTVS). Ketua Eksekutif ATN, Alex Kong berkata, JTVS akan menawarkan pakej riadah menarik kepada pelanggan Jaring yang kini berjumlah melebihi 170,000, atau kira-kira 600,000 pengguna. "Semua ahli Jaring akan diberitahu mengenai tawaran promosi pakej riadah ini melalui e-mel mereka secara berkala," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur. ATN Interactive dilantik sebagai Pembekal Perkhidmatan Tempahan Internet rasmi pada 7 Januari tahun ini oleh Mimos Bhd, Penyedia Perkhidmatan Internet negara yang mengurus dan mengendalikan rangkaian Jaring di seluruh negara. Menurutnya, setakat ini, ATN Interactive sudah mengadakan perkongsian pintar dengan Alta Vista, Asia Mall, MyWeb, E-Trade dan CNET untuk menjadi rakan kembara mereka. Katanya, ATN Interactive muncul pertama kali pada Pesta Pelancongan Antarabangsa '99 anjuran Persatuan Ejen Pelancongan Malaysia (MATTA). "Penyertaan ATN Interactive adalah untuk mewujudkan lebih kesedaran mengenai ATN Interactive di kalangan industri perdagangan pelancongan serta mencari rakan pelancongan di dalam negara, serantau dan seluruh dunia," katanya. ATN Interactive akan melancarkan pakej promosi khas hotel dan pelancongan yang merangkumi beberapa destinasi percutian tempatan. Turut diketengahkan dalam promosi ini ialah pakej pelancongan ke Nepal, Turki, Mesir, Afrika Selatan, Tibet dan Vietnam. ((Pix:- Sejarah ... Abdullah melancarkan akta komunikasi dan multimedia dengan merakamkan pesanan khas akta itu yang akan dibuka pada 2020, sambil diperhatikan Moggie.-By Izahari Arifin.)) PENGGUBAL dasar perlu mempunyai visi, kebijaksanaan, perancangan terbaik serta kreatif dalam menghadapi cabaran dunia komunikasi dan multimedia yang sentiasa melalui proses perubahan. Memandangkan Malaysia mempunyai prospek untuk menjadi pusat komunikasi dan multimedia utama dunia, mereka bertanggungjawab dalam memastikan rakyat Malaysia diberi peluang dan insentif untuk menggunakan secara bijak alat baru zaman maklumat ini. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap penggubal berkenaan mewujudkan satu persekitaran dasar awam yang menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia. Dalam masa yang sama, persekitaran itu juga mampu memudahkan pembangunan pasaran elektronik yang mana potensi perdagangan dan pelaburannya adalah tidak terhad. "Mereka harus berusaha mencari formula bagi menggalakkan produk dan perkhidmatan baru dalam pendidikan, hiburan, informasi, kesihatan dan sebagainya sambil mengekalkan sistem nilai serta identiti negara. "Ini menjadikan masa depan mereka begitu mencabar dan memberangsangkan dalam persaingan di peringkat antarabangsa," katanya di majlis perayaan 20 tahun Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, di Subang Jaya, minggu lalu. Pada majlis yang sama, beliau juga melancarkan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Hadir sama ialah Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Leo Moggie dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Najib Tun Razak. Selain itu, Abdullah menyarankan supaya pihak kawal selia menjaga kepentingan pengguna bagi memastikan terdapatnya capaian dan pilihan terhadap produk dan perkhidmatan bertaraf dunia pada harga berpatutan. Memandangkan terbentuk struktur pasaran baru serta peluang promosi produk dan perkhidmatan bersilang katanya, pihak kawal selia perlu mewujudkan keseimbangan terbaik antara pertimbangan komersil dan tanggungjawab sosial. "Negara ingin mewujudkan pengawalseliaan kendiri industri pada tahap sewajarnya khasnya pada pihak pemberi perkhidmatan dan pengguna kandungan. Oleh itu beliau menyarankan supaya setiap pihak terbabit mewujudkan satu dialog dan perundingan bermakna serta berkesan untuk memanfaatkan negara serta masyarakat. "Pada ketika inilah pihak kawal selia akan menghadapi cabaran paling besar di samping menerima kesan terbaik," katanya. Mengenai Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, beliau menegaskan ia adalah langkah pertama yang amat penting dalam usaha global dalam menangani isu berkaitan percantuman industri telekomunikasi, perkomputeran dan penyiaran. Langkah seterusnya, memerlukan semua industri berkenaan bergerak bersama dalam membina satu persekitaran perundangan yang komprehensif lagi dinamik. "Garis panduan, peraturan, kod dan lain-lain keperluan kawal selia yang kita perkenalkan hari ini perlu bagi membolehkan kita berjaya di masa depan," katanya. READY FOR MATH with POOH Disney Interactive APABILA menyebut perisian Disney, banyak watak kartun yang timbul terutama Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy dan Pluto. Kebelakangan ini muncul pula Hercules, Mulan, Flik, Woody dan Buzz Lightyear. Mereka semua bukan saja beraksi di layar perak, malah layar PC bagi menghiburkan kanak-kanak seluruh dunia. Kemudahan interraktif, antara keistimewaan multimedia, memang ajaib. Dengan hanya sekeping CD-ROM, kanak-kanak bukan saja boleh menatap watak kartun kegemaran mereka pada bila-bila masa (teknologi VCR sudah lapuk) malah berbual, bermain dan melakukan pelbagai aktiviti. Bagi kanak-kanak, ia adalah permainan paling hebat. Mereka boleh menatapinya berjam-jam sama dengan satu sesi sekolah. Permainan canggih ini, bergabung dengan kegemilangan animasi Disney menghasilkan aktiviti interaktif unggul paling menghiburkan kanak-kanak. Bagaimanapun, apabila menyentuh aktiviti pendidikan, Disney Interactive nampaknya ragu-ragu. Kebanyakan watak kartunnya mempunyai daya tarikan hiburan sangat popular dan hype yang berlebihan. Apabila muncul Donald atau Goofy pada skrin monitor, semua kanak-kanak ingin bergelak ketawa dan mereka mungkin tidak serius mengikuti sebarang program berkaitan pendidikan, lebih-lebih lagi yang mempunyai unsur hiburan. Mujurlah Disney juga mempunyai watak kartun yang agak serius iaitu Winnie the Pooh, yang tidak segirang Mickey, tidak sebecok Donald tapi paling penting, tidak sebebal Goofy. Mungkin kerana itulah Pooh tidak sepopular mereka. Mungkin kerana itulah juga Pooh calon paling sesuai untuk dikaitkan dengan perisian pendidikan untuk kanak-kanak prasekolah. Untuk sekadar renungan, sebelum ini Disney Interactive pernah menerbitkan program didik hibur bersama watak Genie (dari filem Aladdin) dan Simba (Lion King)yang dirasakan cukup bagus tetapi entah apa yang tidak kena, kedua-duanya disambut sepi. Bagaimana pula nasib Pooh... bergantunglah!! Dalam Ready For Math, Pooh dan penduduk Forest mengajak kanak-kanak berkebun di 100 Acre Wood. Bagaimanapun, kawasan itu hanyalah tempat lapang yang terbiar dan banyak yang perlu dilakukan sebelum berkebun. Kanak-kanak perlu menyelesaikan beberapa masalah matematik bagi membuat persediaan berkebun. Di utara Forest, Rabbit mengajak rakan-rakannya melakukan tarian hujan supaya hari hujan dan tanah di kebun menjadi subur. Masalahnya, Pooh, Piglet, Eeyore dan Tigger menari bertaburan. Kanak-kanak perlu menyusun mereka supaya mereka menari mengikut giliran masing-masing dengan lebih teratur. Kanak-kanak perlu mengenali sekuens untuk berjaya melakukannya. Tigger juga mempunyai masalah dengan Little Roo. Mereka berdua gemar mengumpul ulat dan kumbang. Mereka berdua juga mendakwa koleksi masing- masing lebih banyak. Kanak-kanak perlu menjadi hakim menyatakan koleksi siapa lebih banyak. Untuk melakukan ini, kanak-kanak harus bijak menilai dan membezakan jumlah kurang atau lebih.. Andainya kanak-kanak pergi ke barat Forest, kanak-kanak boleh pergi ke rumah Pooh. Pooh tiada di rumah tetapi dia meninggalkan pesan meminta kanak-kanak menyimpankan sayur-sayurannya di dalam balang yang betul. Setiap sayur mempunyai nombor dan hanya boleh disimpan dalam balang dengan nombor yang sama. Jikalau tugas itu terlalu mudah, kanak-kanak boleh pergi ke rumah Piglet. Dia sedang membuat cup cake untuk penduduk Forest yang bergotong- royong di kebun. Piglet memerlukan bantuan kanak-kanak meletakkan krim di atas setiap cup cake dan mengambil jumlah cebisan coklat yang betul supaya cukup untuk semua cup cake. Tugas ini mengajar kanak-kanak menghitung dan mengenali nombor jumlahnya. Di timur Forest pula ada Wishing Well tetapi bukan untuk kanak-kanak menyatakan impian, sebaliknya telaga itu yang menyatakan keinginannya. Kalau kanak-kanak melihat di permukaan air telaga itu, akan muncul nombor. Kanak-kanak perlu dapatkan barang yang jumlahnya sama dengan nombor itu dan meletakkannya di tengah-tengah telaga itu. Jika kanak-kanak dapat melakukannya dengan betul, telaga itu akan bertukar warna dan sesudah semua hajatnya dipenuhi, ia akan menjadi telaga berwarna-warni. Sesudah itu, kanak-kanak boleh membantu Tigger. Dia mempunyai mesin hebat yang boleh membuat peralatan untuk diguna di kebun daripada barang terbuang. Kanak-kanak perlu memasukkan pelbagai barang terbuang ke dalam mesin itu mengikut aturan dan jumlah yang dicatat pada blueprint. Ada juga barang-barang yang tidak diperlukan, jika kanak-kanak tersilap ambil, mesin itu akan hanya meluahkannya kembali. Eeyore juga memerlukan bantuan kanak-kanak. Dia mahu menyusun jadual untuknya mengerjakan tanam-tanaman tetapi tulis pada kalendarnya terlalu kabur hingga sukar dibaca. Kanak-kanak diminta menulis kembali nombor pada kalendar berkenaan agar lebih jelas dan dapat dibaca oleh Eeyore. Tugas ini sebenarnya bukan masalah matematik tetapi latihan menulis nombor untuk melembutkan jari-jari kanak-kanak yang masih lagi tergigil-gigil. Bagi setiap tugas atau masalah yang berjaya disempurnakan, kanak-kanak akan menerima benih sayur dan bunga untuk ditanam di 100 Acre Wood. Ada juga pelbagai alat dan hiasan untuk diletakkan di kebun termasuk jangkasuhu, payung, pancuran air dan kincir angin. Setiap tugas mempunyai tiga tahap kesukaran dan setiap tahap menawarkan hadiah berbeza. Jika kanak-kanak dapat melepasi semua tugas, maka penuhlah 100 Acre Wood dengan pelbagai benih sayur dan bunga serta macam-macam jenis alat dan hidupan. Sebagai ganjarannya, kanak-kanak boleh menanam sayur dan bunga di petak yang disediakan, siramkan air dan lihat semua tumbuhan itu membesar. Kepada ibu bapa, anggaplah kebun 100 Acre Wood ini sebagai laporan kemajuan anak mengikuti program ini. Jika kebun ini lengkap dan penuh dengan tumbuhan pelbagai bunga dan sayur, bermakna kanak-kanak telah mengikuti program ini dengan setia dan sudah menikmati manfaatnya. Andai sebaliknya, usah salahkan kanak-kanak, ini mungkin merupakan satu lagi kegagalan di pihak Disney Interactive. ((Pix:- Murah dan cepat ... Megat Junid mengimbas setin minuman ringan untuk mendapatkan harganya.)) GEDUNG beli-belah tanah air mendapat pelepasan daripada meletakkan tanda harga ke atas setiap barangan sekiranya mereka menyediakan alat pengimbas harga untuk pelanggan dan mematuhi etika Code of Practice. Pelepasan Tanda Harga Individu untuk Gedung Pengimbas (EIPTSS) adalah projek yang diselaraskan oleh Persatuan Peruncit-peruncit Malaysia (MRA) dan Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM). Ia mendapat sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dilancarkan oleh menterinya, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pelepasan itu merupakan langkah bijak lebih-lebih lagi ketika semua sektor industri tanah air digalakkan untuk menerima pakai teknologi maklumat dalam operasi mereka bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti. Menurut Datuk Megat Junid, langkah menggunakan alat pengimbas (scanner) melalui kod bar adalah dialu-alukan dan kementeriannya turut terbabit dalam projek perintis yang dilaksanakan oleh MRA dan FMM di lima pasar raya mulai pertengahan tahun 1997. "Difahamkan bahawa penggunaan sistem baru dalam projek perintis itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna memandangkan penggunaannya dapat menjimatkan masa membeli-belah dan tidak perlu beratur terlalu lama di kaunter bayaran," katanya. "Bagi melicinkan pelaksanaan projek ini di seluruh negara, MRA sudah mengeluarkan risalah yang diluluskan oleh kementerian yang bertajuk Code of Practice alat imbasan harga yang memberi panduan kepada peruncit dan pengguna," tambahnya. Mengenai berlakunya kekeliruan di kalangan kedua pihak, beliau berkata garis panduan dalam risalah itu akan dijadikan sebagai rujukan. Sementara itu, menurut Pengerusi MRA, Toh Peng Koon, pelepasan meletakkan tanda harga itu akan mengurangkan kos operasi dan simpanan stok pengusaha. Katanya, sejak lebih 10 tahun lepas, kebanyakan peruncit sudah mengeluarkan belanja yang besar untuk melaksanakan teknologi maklumat dalam operasinya. Namun, Akta Kawalan Harga yang memerlukan peruncit meletakkan harga ke atas setiap barangan, sedikit sebanyak menghalang daripada peruncit mendapat faedah maksimum daripada teknologi maklumat itu sendiri. Tambahnya, sebab itulah MRA, FMM dengan kerjasama kementerian menjalankan projek ini. Kelebihannya ialah hanya satu tanda harga diletakkan di atas rak dan barangan dibalut dengan label yang mempunyai kod bar. Secara tidak langsung ia menjimat kos tenaga kerja dan operasi. "Projek perintis dijalankan di lima gedung membeli belah iaitu Parkson, Metrojaya, Jaya Jusco, DFI dan Ikea. "Projek ini telah menunjukkan kejayaan dan akan diperluaskan ke seluruh negara. Setakat ini lebih 40 ahli MRA sudah memberi maklum balas positif terhadap inisiatif ini dan dijangka akan turut melaksanakannya tidak lama lagi," tambahnya. Mengenai operasinya, Toh Peng Koon berkata, pengusaha akan menyediakan alat pengimbas di beberapa lokasi strategik dalam pasar raya yang dilengkapi dengan stesen penunjuk harga atau unit paparan. Pelanggan hanya perlu melalukan barangan di atas alat pengimbas dan harganya akan tertera di stesen penunjuk harga. "Sebuah alat pengimbas lengkap berharga antara RM4,000 hingga RM5,000 dan disokong oleh sistem komputer induk untuk melakukan proses paparan dan pangkalan data," katanya. Dengan kawalan ketat daripada Bahagian Penguatkuasa dan panduan komprehensif disediakan melalui Code of Practice, MRA yakin pelanggan dan peruncit akan mendapat faedah sepenuhnya daripada kaedah ini walaupun tiada tanda harga pada barangan yang dijual. AKTA Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) adalah bahagian yang integral dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif terhadap pembangunan pesat industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Akta itu yang berkuatkuasa 1 April juga merupakan langkah pertama ke arah rejim baru bagi perundangan dan kawal selia yang merangkumi ekonomi, teknikal, kepentingan pengguna dan sosial. Keutamaan di sini menurut Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Leo Moggie, ialah Malaysia kini menerokai satu bidang yang belum pernah diterokai. "Oleh itu, perundangan ini adalah yang terunggul di dunia dan negara tidak mempunyai rujukan atau contoh best practice yang boleh dibuat acuan," katanya di majlis perayaan 20 tahun kementeriannya dan pelancaran akta itu yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Moggie menegaskan, adalah tidak wajar sekiranya negara melaksanakan kesemua peruntukan di bawah akta berkenaan sekali gus tanpa membuat pertimbangan terhadap kepentingan pihak industri serta pengguna. Akta berkenaan sudah digubal dengan cara yang fleksibel bagi membolehkan penarikan balik peruntukan, pindaan serta perubahan yang dilakukan mengikut keadaan dan keperluan tertentu, ujarnya. "Ini penting kerana kita menjelajah bersama dengan sempadan baru dalam komunikasi dan multimedia yang amat memberangsangkan. "Prinsip asas akta ini adalah ketelusan, keadilan, persaingan sihat dan kawal selia kendiri industri. "Atas hakikat ini, kita akan teruskan kewujudan persekitaran yang menggalakkan rundingan serta dialog antara penggubal dasar, pihak kawal selia, industri serta pengguna," katanya. PERTUBUHAN yang ditubuhkan Pengerusi Microsoft Bill Gates menjanjikan AS$1.5 juta kepada pelarian Kosovo, kata Persatuan Bulan Sabit Merah Amerika. Janji Yayasan William H. Gates termasuk setiap AS$500,000 kepada Dana Bantuan Antarabangsa Persatuan Bulan Sabit Merah, CARE dan Jawatankuasa Antarabangsa Pertolongan Antarabangsa. "Kami mengesa semua rakyat Amerika menyambut seruan membantu penderitaan rakyat yang berduyun keluar dari Kosovo," kata William Gates Sr., bapa Bill Gates. SUN Microsystems mengumumkan satu inisiatif yang menawarkan penyelesaian di peringkat papan litar kepada sistem penyepadu bagi membantu mereka membina penyelesaian kos rendah Linux, beroperasi di atas platform berasaskan teknologi SPARC. Hasil daripada inisiatif ini, litar berasaskan teknologi UltraSPARC mampu beroperasi di atas kedua-dua persekitaran pengoperasian enterpris iaitu Solaris dan Linux. Litar pemprosesan SPARCengine Ultra AXi membolehkan penyepadu sistem mengambil kesempatan ke atas kelajuan dan kesepaduan tahap tertingginya untuk membina platform berprestasi tinggi yang menggerakkan Linux. Prosesor UltraSPARC III pula menjadikan litar SPARCengine Ultra AXi sesuai untuk menggerakkan Linux dan menyediakan prestasi baru serta pilihan peningkatan kepada penyedia perkhidmatan Internet (ISP) kecil dan sederhana. SAYA ingin bertanyakan tentang langkah hendak membuang (uninstall) Windows yang lama dan cara hendak melengkapkan (install) Windows yang baru. nikhaf@pd.jaring.my Anda tidak menyatakan jenis siri Windows sedia ada serta versi peningkatan yang ingin dilakukan. Kami menjangkakan sistem dilengkapkan dengan Windows 95 dan bercadang meningkatkannya kepada Windows 98. Cara termudah peningkatan kepada Windows 98 jika sistem anda tidak mempunyai sebarang masalah ialah memasukkan cakera Windows 98 ke dalam pemacu CD, kotak dialog auto-detect dipaparkan dan pilih Install. Kebanyakan sistem fail dalam Windows 95 masih boleh digunakan dan tidak perlu melakukan proses Uninstall. SAYA mempunyai sebuah komputer 133MHz, 48 MB, 2.1GB dan modem 56KBps. Soalan saya ialah: 1. Jika ingin meningkatkan keupayaan komputer supaya menjadi lebih berkuasa, apakah peralatan yang perlu saya tambah atau tukar? 2. Jika menukar cip lama saya kepada Pentium III, bolehkah saya bermain permainan yang memerlukan cip prosesor yang lebih rendah seperti MK3, SimCity 2000 dan permainan berasaskan DOS? azanhusni01@hotmail.com Sistem anda cukup pantas untuk keperluan perisian produktiviti harian seperti pengolah kata, hamparan data, meluncur Internet dan lain-lain tanpa sebarang peningkatan komponen. Bagaimanapun, jika masih inginkan persembahan lebih pantas tanpa melakukan perubahan papan induk, memori boleh ditingkat kepada 64MB, terutama jika bercadang menggunakan sistem operasi Windows98. Untuk persembahan grafik, dapatkan kad video dengan jumlah memori tinggi seperti lapan atau 16MB serta dapatkan cakera keras dengan kepantasan baca/tulis dan kadar pemindahan data lebih tinggi. Jika bercadang bertukar kepada prosesor Pentium III, papan induk perlu ditukar kerana sistem anda kini menyokong platform Soket 7 manakala Pentium III Slot 1 serta memerlukan sokongan set cip BX. Peningkatan kepada prosesor terbaru itu memerlukan penukaran komponen utama seperti papan litar, set cip, dan memori kerana sistem kini menggunakan memori jenis EDO atau fast page mode. Komponen yang boleh digunakan hanya cakera keras, modem, casing luar dan beberapa peranti seperti tetikus, paparan dan papan kekunci serta komponen da-laman tertentu. Menurut Intel, prosesor terbarunya backward compatible bagi operasi perisian untuk siri Pentium sebelumnya. Jadi, tiada masalah menggunakannya dengan permainan seperti yang dinyatakan. Mungkin anda akan dapat saksikan persembahan lebih pantas. BAGAIMANA mengenali fail yang diwujudkan oleh Scandisk atau CHKDSK daripada serpihan fail (file fragments) yang hilang? Bagi pembaca yang bertanyakan soalan ini, ia mudah dikenali iaitu rentetan nama fail File0001, File0002 dan seterusnya di direktori utama. Seperti fail *.TMP, fail ini boleh dibuang saja. Bagi anda yang ingin memeriksanya, bolehlah gunakan pengolah kata seperti Notepad. BEBERAPA program lama MS-DOS memerlukan expanded memory (EMS) untuk beroperasi dengan lebih berkesan. Bagi memastikan program terbabit mendapat EMS yang diperlukan, wujudkan pintasan (shortcut) untuk program itu., klik-kanan ikon pintasan, buka Properties|Memory dan tetapkan jenis memori yang diperlukan. Agak sukar memberi satu formula penetapan expanded memory ini kerana ia bergantung kepada program berkenaan. Sebagai pilihan yang selamat, tetapkan Auto pada kotak EMS. INTERNATIONAL Business Machines Corp. (IBM), menyediakan pelayan 64bit paling laju di dunia, pelayan web empat hala, khas untuk pelanggan perniagaan dalam perdagangan elektronik (E-dagang) dan penyediaan perkhidmatan Internet. Pelayan itu direka cipta untuk menyediakan kelajuan terkini, keupayaan dan keupayaan tinggi. R/S 6000 model H70 memenuhi keperluan sektor E-dagang, perancangan sumber enterpris, perancangan rangkaian pembekalan dan aplikasi perniagaan pintar. Pelayan itu mencipta rekod baru industri dengan 11,774 hit sesaat dalam uji pakai terkini yang memeriksa keupayaan asas pelayan web, menjadikannya pelayan web empat hala paling laju. Dalam kenyataannya, IBM berkata projek Internet termajunya itu mampu membantu pelanggannya mengubah cara mereka melakukan perniagaan secara memanfaatkan sistem rangkaian berkelajuan tinggi. Salah satu daripada projek itu, IBM akan menumpukan kepada pembangunan teknologi dan aplikasi termaju yang memanfaatkan sistem rangkaian mewah jalur lebar. IBM juga melancarkan Pusat Antarabangsa Untuk Penyelidikan Internet Termaju dengan Universiti Northwestern dan universiti lain untuk menghasilkan aplikasi Internet termaju. Selain itu, IBM akan membentuk Pusat Aplikasi Internet Termaju Eropah di Netherlands dengan kerjasama Institut Telematics dan SURFnet. Pusat itu yang dijangka beroperasi separuh kedua 1999, akan mengembangkan inovasi IBM kepada pelanggan Eropah yang sudah bersedia untuk menggunakan teknologi termaju Internet itu. Selain itu, ia akan menumpukan kepada cara untuk memaksimumkan teknologi pengedaran storan dalam usaha meningkatkan keupayaan sistem rangkaian. ((Pix:- Meterai perjanjian ... Badlisham bertukar dokumen dengan Lee.)) HEWLETT-PACKARD, pembekal pelbagai perkhidmatan dan peralatan teknologi maklumat (IT), melantik PK Technology Sdn Bhd (PK) iaitu penyedia penyelesaian maklumat perniagaan, sebagai penjual semula tambah nilainya atau VAR. Pelantikan itu melebarkan lagi tingkat penawaran PK Technology daripada hanya sebagai pembekal penyelesaian maklumat perniagaan di dalam sektor perbankan dan kewangan kepada sektor proses perkilangan serta menyokong perkembangannya selepas meluaskan sayap ke Singapura dan Filipina. Pengarah Urusan, Hewlett-Packard Sales (Malaysia) Sdn Bhd (HP), Badlisham Ghazali, berkata pihaknya sudah bekerjasama dengan PK Technology sejak lima tahun lepas dalam sektor perkhidmatan kewangan menerusi pelayan HP9000. "Perkembangan PK sangat menggalakkan dan sudah meluaskan pasaran ke merata dunia termasuk Hong Kong, Taiwan, Pakistan dan Timur Tengah, selain mempunyai cawangannya di Singapura dan Filipina," katanya. "Akhir tahun lalu, kami berjaya menawarkan penyelesaian komprehensif di dalam sektor perkilangan apabila Yeo Hiap Seng (Yeos) melaksanakan sistem akhir ke akhir penyelesaian Perancangan Sumber Enterpris (ERP) bersepadu dan penyelesaian pengurusan rantaian bekalan berasaskan sistem ROSS yang beroperasi di atas pelayan HP NetServers," tambahnya. Kata beliau, arkitektur ERP itu membolehkan Yeo Hiap Seng menyokong fungsi utama enterpris daripada pengurusan rantaian bekalan ke kewangan, proses pengeluaran dan perancangan, sumber manusia, penyelenggaraan, pengangkutan, pengurusan bahan, membuat keputusan dan penyelesaian proses pemodelan perniagaan. Sementara itu, menurut Pengurus Jualan Negara, PK Technology, Brian Lee, beberapa pelayan enterpris HP900 sudah digunakan untuk menggerakkan sistem perbankan bersepadu GLOBUS di beberapa institusi kewangan termasuk Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB), Bank Negara Malaysia, cawangan BBMB di luar negara, BSN Commercial, Bumiputra Merchant, PhileoAllied dan BBMB Kewangan. "Pelantikan ini membolehkan kami menumpukan pasaran dalam sektor perbankan, kewangan dan proses perkilangan (ERP) untuk menyediakan penyelesaian lengkap di rantau ini terutamanya di Malaysia dan Filipina," katanya. "Kami memilih HP kerana produknya yang bermutu serta komitmennya yang mengamalkan sistem terbuka dan khidmat sokongan yang boleh dicapai dengan mudah di seluruh dunia," tambah Brian. ((Pix:- Ke mana menghilang ... pemacu CD-ROM dengan kelajuan 3X.)) ((Pix:- Usang ... dengan pengimbas berwarna jenis flatbed boleh didapati semurah RM300 pengimbas jenis pegangan tangan kini tinggal kenangan.)) ((Pix:- Kenangan lalu ... PC pertama dari IBM dengan 64 kilobait memori dan dua pemacu cakera liut 51/3 inci setiap satu dengan kapasiti 360 kilobait.)) KETIKA membersihkan laci simpanan baru-baru ini, penulis menemui pelbagai barangan usang yang tempat akhir mereka ialah tong sampah. Di celah-celah nota dan kertas, terjumpa sekotak cakera liut Maxell MD2-HD 5.25 inci buatan Jepun yang masih dalam bungkusan asal. Sembilan tahun lalu disket besar buku nota itu menjadi media utama penghantaran dan penyimpanan data digital terutama sebagai aksesori simpanan yang lebih murah berbanding cakera 3.5 inci 1.44 MB. Ketika itu, cakera besar itu dapat menyimpan permainan komputer peribadi (PC). Hari ini, cakera liut 5.25 inci itu menjadi satu dari banyak mangsa peredaran pantas era teknologi maklumat (IT). Penggunaan cakera itu terhad dalam organisasi yang masih mempunyai sistem lama seperti X86. Malah sistem baru hari tidak lagi dilengkapkan dengan pemacu cakera itu. Kini, selain pemacu disket 1.44MB, kebanyakan sistem hari ini dilengkapkan dengan pemacu CD-ROM dan cakera 3.5 inci. Manakala dalam sistem lebih canggih, pengguna akan menikmati komponen lebih canggih seperti pemacu ZIP, DVD atau penulis CD terus dalam pakej. Akhirnya hayat disket 640K 5.25 inci disebabkan kehadiran teknologi storan lebih besar seperti ZIP 100MB dengan kuasa simpanan 156 kali ganda lebih tinggi manakala satu cakera CD boleh menyimpan data yang disimpan dalam 1015 disket 640K. Jumlah storan itu berganda lebih besar jika diambil kira kuasa storan DVD. Kematian sesuatu teknologi atau produk bukan sesuatu yang baru dalam dunia yang kompetitif dan ia juga tiada akhirnya. Produk lain yang turut menikmati takdir yang sama ialah pengimbas tangan atau handheld scanner. Pengimbas kecil yang mula mendapat perhatian bermula 1994 seperti terus dari ruangan pameran di kedai PC. Pengimbas pegangan tangan itu yang menjadi alternatif mudah alih kepada pengimbas "flatbed" yang besar. Bagaimanapun teknologi imbasan tangan gagal untuk menangani ketepatan imbasan sistem flatbed. Penurunan harga sistem flatbed serta permintaan kepada imej resolusi lebih tinggi terutama untuk kegunaan Internet menjadi paku kepada keranda pengimbas tangan. Bukan saja peranti luar yang menjadi mangsa kepada teknologi baru. Komponen elektronik dalam PC itu sendiri melihat perubahan yang paling pantas. Prosesor X86 kepada Pentium 166 kini menjadi teknologi usang dengan sistem lazim menggunakan prosesor kelajuan 300MHz dan ke atas. Selain enjin pemprosesan, teknologi set cip, bus papan litar serta jenis cip memori turut beredar mengikut keperluan pantas. Set cip BX menjadi pilihan sekarang bagi platform Intel manakala cip memori fast page mode (FPM) kini menjadi komponen usang kerana standard semasa ialah EDO dan SDRAM. Walaupun komponen ini masih berfungsi dalam berjuta PC di seluruh dunia, jumlah semakin mengecil dan menjadi pengganti yang sama semakin sukar. Bagaimanapun, tidak semua unjuran kematian teknologi dari muka bumi IT itu menjadi kenyataan. Sistem kerangka utama yang ditakdir satu masa dahulu akan pupus dan digantikan dengan sistem PC dengan keupayaan tinggi tidak menjadi dengan vendor seperti IBM terus mencatat jualan tinggi. Pencetak impak dot-matriks yang dikatakan akan mengikuti laluan satu hala sama juga tidak kesampaian dengan data terbaru mendapati lebih 1.2 juta sistem cetak itu memasuki pasaran Asia tahun lalu, mengatasi jumlah sistem enjin laser. Lima tahun daripada sekarang lebih banyak perubahan akan berlaku terutama bagi peranti. Disket 1.44MB akan diganti dengan penulis CD. Prosesor 500MHz sudah tidak digunakan. Dan skrin paparan yang kini besar dan berat digantikan dengan skrin nipis kristal cair. Dan kubur bagi pelbagai produk dan peranti pasti meningkat dengan peredaran masa kerana ia menjadi lumrah dunia IT. ((Pix:- Acrobat 4.0 ... mengekalkan rupa bentuk asal dokumen.)) ((Pix:- Loh ... memberikan ciri penerbitan profesional.)) PERKONGSIAN maklumat di antara platform dan aplikasi perisian adalah suatu aset utama yang berupaya menentukan kejayaan dan memudahkan lagi proses pengurusan dokumentasi di kalangan organisasi atau individu. Ia membenarkan pengguna mengubah apa jua jenis dokumen di atas mana-mana platform termasuk Windows, Unix atau Macintosh dan daripada sebarang aplikasi perisian seperti Word, Excel atau PowerPoint ke dalam format Adobe PDF (Portable Document Format), iaitu standard biasa pengedaran elektronik. Pengarah Urusan, Rantau Asia Selatan, Adobe Systems Pte Ltd, Loh Teck Heng, berkata Acrobat 4.0 membolehkan pengguna perniagaan berkongsi, bekerjasama dan menghantar dokumen sebagaimana dalam suasana perkomputeran pejabat mereka. "Acrobat 4.0 menyediakan set yang kaya dengan anotasi dan peralatan keselamatan, kebolehan mengguna semula maklumat antara fail PDF, selain memberikan ciri penerbitan profesional," katanya. Cara kerjanya sangat mudah, untuk mengubah sesuatu fail ke format PDF, pengguna hanya perlu menarik dan meletakkan ke dalam ikon Acrobat. Ia bukan sekadar berbentuk dokumen kaku, pelbagai ciri lagi boleh ditambah ke dalam dokumen untuk menjadikannya lebih menarik termasuk imej, audio dan video. Satu lagi ciri menariknya, kata Loh, Acrobat 4.0 dengan mudah mengubah dokumen daripada format HTML ke PDF, sekali gus memudahkan proses pengumpulan atau mengguna semula laman Web. Acrobat akan mengekalkan rupa bentuk asal dokumen dengan jenis huruf (font), warna, imej dan reka bentuk paparan. Versi terbaru ini dibangunkan di atas dasar kebolehan aplikasi penerbitan dokumen elektronik di samping berkemampuan mengubahnya kepada sesuatu yang diperlukan untuk pelbagai jenis kegunaan perniagaan. Menurut Loh, antara sasaran Acrobat 4.0 termasuk firma guaman, perkhidmatan kewangan, farmasi, agensi pengiklanan, profesional grafik/web dan banyak lagi untuk berkongsi, bekerjasama dan menghantar dokumen di kalangan enterpris. "Seorang pegawai pemasaran misalnya, boleh mengedarkan rancangan produk, risalah, helaian data dan kertas pembentangan untuk mendapat komen dan penilaian daripada pelanggan," tambahnya. Sebelum ini, antara segmen pasaran yang menjadi keutamaan aplikasi Adobe ialah penerbitan profesional (57 peratus), penerbitan perniagaan (24 peratus) pengimejan (empat peratus) dan penyelesaian dokumen (15 peratus). Tumpuan kepada segmen penyelesaian dokumen itulah dijangka mampu mempelbagaikan lagi segmen pasaran dan pengguna sasaran Adobe. Manakala ciri keselamatannya terdapat pada penggunaan tanda tangan digital yang membolehkan pengguna mengesahkan dan melindungi maklumat dengan membenarkan pencipta asal dan kakitangan tertentu menandatangani dokumen elektronik. Tanda tangan itu juga menunjukkan bahawa dokumen tidak pernah diubah sejak ia dihantar. Adobe Acrobat 4.0 dijual dengan harga RM996 dan boleh didapati melalui pengedar sah mereka iaitu Sapura IT Distributions Sdn Bhd dan SIS Distributions Sdn Bhd. COCA-COLA Company (Coca-Cola) memperkenalkan satu permainan baru Internet daripada Cherry Coke, Time Tremors. Permainan Internet terbaru itu menggabungkan aksi jenis arked dengan 100 cabaran tersedia merangkumi teka silang kata memaparkan watak hero, penjahat dan legenda daripada zaman silam hingga ke masa depan. Time Tremors boleh dimainkan menggunakan watak pengguna sendiri yang dihasilkan daripada berjuta kombinasi jenis badan, rambut dan warna mata selain baju dan kasut. Permainan itu boleh dipindah turun secara percuma daripada www.cherrycoke.com atau www.tremors.mtv.com. DESTINASI web unggul bagi hiburan interaktif, ShockRave, dari Macromedia Inc. (Macromedia) berjaya meraih Anugerah Laman Permainan Terbaik Pilihan Pengguna pada Webby 1999. Anugerah itu yang dikatakan seperti anugerah Oscar, mengiktiraf laman terbaik di Internet bersama anugerah Pilihan Pengguna yang diundi daripada peminat web di seluruh dunia. ShockRave, web terbaik untuk permainan, kartun dan muzik terletak pada http://www.shockrave.com, dipilih dengan undi paling popular di kalangan calon dalam 22 kategori. Dalam proses pemilihan, ShockRave disenaraikan dalam 110 laman web terbaik. Beberapa pemenang anugerah Webby termasuk Sonicnet, spinner.com dan cnn.com membina laman mereka menggunakan bahan penerbitan web Macromedia. Dengan mengiktiraf ShockRave, pengguna menunjukkan penghargaan sebenar terhadap kreativiti dan ketulenan terhadap rakan niaga pemaju dan kandungan Macromedia, kata Pengarahnya (Asia Pasifik), Sein Y Chew. Anugerah Webby dianggap sebagai Oscar of the Internet adalah anugerah kreatif unggul untuk media digital. Calon dan pemenang dipilih oleh ahli Akademi Seni Digital dan Sains Antarabangsa. Organisasi itu ditubuhkan untuk memberi penghargaan kepada kreativiti, teknikal dan kemajuan profesional dalam era baru media. SAYA ialah salah seorang yang ingin mencuba Linux pada komputer peribadi (PC) usang saya. Tetapi akibat proses pemasangan yang susah, saya telah membatalkan usaha itu. Sehinggalah saya terjumpa tapak ini: www.dragonlinux.nu. Ia dapat memudahkan proses kerana cakera keras tak perlu dipartition dan hanya perlu membuat folder baru. Memang mudah. Harap tuan dapat mengemukakan laman ini kamis@pc.jaring.my Terima kasih. Tentu ramai pembaca yang akan memanfaatkan sumbangan anda ini. SALAH satu cara untuk meningkatkan tahap keselamatan stesen kerja Windows NT4.0 ialah tidak memaparkan pengenalan atau nama pengguna terakhir. Kaedah ini pernah disiarkan dulu tetapi cara kali ini menggunakan arahan untuk Registry, iaitu menggunakan fail *.REG. Seperti biasa, berhati-hati ketika melaksanakannya. Laksanakan Notepad dan taip arahan di bawah ini. Pastikan tiada kesilapan! (Nombor barisan yang disertakan, iaitu 1 hingga 5, sebagai panduan sahaja dan jangan disertakan manakala barisan kosong perlu dikekalkan). 1. REGEDIT4 2. 3. [HKEY-LOCAL-MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon] 4. DontDisplayLastUserName=1 Pilih File|Save As dan namakan fail ini Secure.reg. Dwiklik Secure.reg untuk menggabungkan arahan yang disediakan tadi ke dalam fail Registry dan but semula sistem. Untuk mengembalikan semula paparan pengenalan pengguna terakhir, arahan di bawah ini perlu disediakan dan digabungkan ke dalam fail Registry. 1. REGEDIT4 2. 3. [HKEY-LOCAL-MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon] 4. DontDisplayLastUserName=0 Pilih File|Save As dan namakan fail ini Sec-Off.reg. Dwiklik fail ini dan but semula komputer. DELL Computer Corp. (Dell), mengumumkan peningkatan keupayaan terhadap pelayan kelas enteprisnya dengan pengenalan prosesor terbaru Intel, Pentium III Xeon pada PowerEdge 6300 dan 6350. Di samping itu,itu juga mengumumkan perancangan untuk mengembangkan rangkaian pelayan enteprisnya pada separuh kedua tahun ini dengan pengenalan sistem dengan prosesor, berdasarkan pada reka bentuk Intel Profusion. Dengan pengumuman itu, Dell meneruskan pengembangannya ke pasaran pusat data komputer berskala besar yang digunakan oleh pelanggan perniagaan untuk mengendalikan tugas pengkomputeran paling kritikal. Melalui pengenalan pelayan PowerEdge eight-way, ia meningkatkan komitmen Dell dalam menghasilkan produk, perkhidmatan dan rumusan unggul yang memenuhi keperluan pelanggan enteprisnya, kata Presiden (Asia Pasifik) dan Naib Presiden Kanan Dell, John Legere. Pertingkatan terhadap pelayan Dell ke teknologi Pentium III Xeon mampu menyediakan kepada pelanggan dengan lebih kuasa pemprosesan untuk mengendalikan pangkalan data, sokongan dan aplikasi perancangan sumber entepris, katanya. Aplikasi yang beroeprasi pada pelayan PowerEdge Dell akan dipertingkatkan oleh ciri prosesor Pentium III Xeon termasuk pengembangan SIMD yang dicipta untuk menyediakan kepada pelanggan sehingga 10 peratus peningkatan keupayaan dala aplikasi kelas entepris yang memerlukan kuasa memori lebih besar. ORACLE Systems Malaysia Sdn Bhd, melancarkan OracleRetail iaitu penyelesaian aplikasi perisian lengkap bagi industri peruncitan yang dibangunkan untuk proses perniagaan spesifik dan maklumat yang diperlukan oleh peruncit. Pembangunannya adalah hasil hubungan `Industry Solutions Initiative' (ISI) dengan Retek Information Systems, pembekal penyelesaian pengurusan peruncitan terkemuka. OracleRetail membenarkan peruncit menguruskan perniagaan mereka untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum. Peruncit boleh beroperasi dengan lebih cekap dan mendapatkan maklumat dengan lebih berkesan untuk meningkatkan perniagaan kerana keseluruhan proses peruncitan akan dihubungkan. Hubungan itu merangkumi pembekalan produk hinggalah ke maklumat pelanggan menggunakan teknologi termaju bagi kawalan inventori, pengurusan barangan dan kawalan kewangan. Pengarah Urusan, Oracle Systems Malaysia Sdn Bhd, William Houng-Lee, berkata penyelesaian inovatif yang membawa bersama teknologi yang dibawa oleh dua gergasi perisian enterpris, menjadikannya sebagai peralatan bertenaga kepada peruncit seluruh Asia. "Semua jenis peruncit akan mendapat faedah maksimum daripada OracleRetail merangkumi pusat beli belah yang menjual pelbagai keperluan pengguna atau perniagaan yang mengamalkan jualan mengikut persekitaran gudang," katanya. MUNGKIN terdapat kekurangan atau kurang tepat bagi cara yang disyorkan di dalam keluaran 24 Mac, 1999. Untuk mendapatkan filter Wordstar di dalam file types anda perlu terlebih dahulu melengkapkan converter tambahan. Jika tidak file jenis Wordstar tidak akan kelihatan atau disenaraikan. Converter itu boleh dipindah turun dari laman web Microsoft, iaitu fail word97cn.exe. Dengan ini anda hanya perlu membuka fail Wordstar dalam MS Word. Bagi soalan kedua, ada beberapa cara selain memasukkan pintasan di dalam folder StartUp untuk mengaktifkan program secara automatik. Di antaranya ialah memasukkan program yang hendak diaktifkan dalam Registry key seperti di bawah ini: [HKEY-LOCAL-MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run] "ScanRegistry"="C:\\WINDOWS\\scanregw.exe/autorun" "TaskMonitor"="C:\\WINDOWS\\taskmon.exe" Selain itu boleh juga memasukkan arahan load= atau run= di dalam fail win.ini seperti berikut: [windows] load=c:\mail\monitor.exe run=C:\WINDOWS\SYSTEM\cmmpu.exe Untuk mematikannya, arahan itu perlu dibuang dan sama seperti di dalam registry atau di dalam fail win.ini. Bagi soalan ketiga, anda tidak perlu membuang fail kerja untuk re- install windows. Tapi lebih baik membuat salinan atau backup untuk semua fail tersebut sebelum melakukan proses melengkap semula. Cara mudah membuat backup ialah memampatkan semua fail kerja menggunakan program mampatan seperti pkzip, winzip, Rar, atau sebagainya dan salin fail yang telah dimampat ke dalam disket. ibrahim@hijau.net ..TX: Memang ada lebih dari satu cara dalam mengatasi sebarang masalah, selain kepekaan untuk sentiasa mengambil kira semua lapisan pembaca. Cara yang disyorkan mudah diterima bagi pembaca dengan tahap kefahaman seperti anda. Bagaimana pula pembaca yang tidak tahu fungsi win.ini atau itu.ini, apa lagi hendak menyunting Registry? Bagaimana pun, terima kasih di atas sumbangan dan komen anda. RHB Bank (RHB) akan mengadakan Seminar Pedagang Perniagaan Elektronik (e- dagang), dalam usahanya menggalakkan pedagang di negara ini menerokai peluang dalam Internet bagi memula atau mengembangkan perniagaan mereka, Selain menyediakan platform kepada pedagang mengumpul maklumat e-dagang, seminar yang akan diadakan esok (15 April) di Hotel Istana, Kuala Lumpur, itu juga menampilkan penceramah terkemuka yang membolehkan peserta berinteraksi secara langsung dengan mereka. Peserta seminar itu juga disediakan dengan gerai dan demonstrasi yang dikendalikan oleh rakan niaga e-dagang RHB seperti GHL Direct, Financial Link, VADS dan Neuronet. Ia juga melambangkan komitmen RHB dalam menggalakkan e-dagang, sekali gus membantu pedagang menghadapi cabaran alaf baru. Antara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah Keseluruhan Persekitaran E-dagang dan Keselamatan Pembayaran dan Visa Memilih Program Rakan Niaga Runcit Dalam Talian (Pengarah E-dagang (Asia Pasifik) Visa International, Jeff Perlman). Turut terbabit ialah Ketua Pegawai Eksekutif XM Asia, Russel Cheng (Bagaimana Memasarkan Perniagaan Anda di Internet) dan Pengurus Besar Perbankan Elektronik dan Pengguna RHB, SL Foo (Perkhidmatan E-dagang oleh RHB). COMPAQ Computer Corp. (Compaq) memperkenalkan Kedai Perisian Dalam Talian (Online Software Store) yang menawarkan lebih 5,000 tajuk perisian yang boleh dipindah turun secara digital melalui Internet. Kedai maya itu adalah sebahagian daripada laman web Compaq.com yang dikendalikan oleh Beyond.com. Dalam kenyataannya, Compaq menegaskan bahawa dengan pengenalan laman web itu, pelanggannya kini boleh memindah turunkan perisian selain membeli perkakasan, membuat pilihan atau mendapat perkhidmatan terus daripada syarikat itu. Perkhidmatan kedai dalam talian itu boleh didapati pada http://www.compaq.com/buynow/online.html. KESELAMATAN komputer adalah tanggungjawab pengguna yang mana mereka harus sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlaku ancaman kepada data atau programnya. Walaupun tidak terdapat panduan keselamatan khusus, beberapa langkah tersedia mampu mengingat serta menyedarkan pengguna bagi memastikan maklumat sentiasa selamat. * Lindungi peralatan/PC. Pastikan PC berada di tempat selamat. Jauhkan daripada makanan, minuman dan rokok. * Lindungi kawasan anda. Jauhkan orang asing daripada PC dan data. Pastikan juga mereka tidak mendekati kawasan anda. * Lindungi kata laluan. Jangan sekali-kali memberi atau menulis kata laluan anda kepada sesiapa. Selalu menukarkan kata laluan dan bertindak segera sekiranya anda rasa kata laluan terancam. * Lindungi fail. Jangan membenarkan orang asing mencapai ke fail dan data anda. Jangan tinggalkan PC anda dengan kata laluan masih aktif. * Lindungi daripada virus. Jangan menggunakan perisian yang tidak ditauliahkan (haram). Buat fail salinan sebelum menggunakan sebarang perisian baru. * Kunci media storan yang mengandungi data sensitif. * Salinan data. Simpan salinan data sensitif di tempat selamat. Sentiasa buat salinan. * Lapor kejadian ceroboh data. Beritahu pihak pengurusan sekiranya berlaku sebarang perubahan kepada data anda. Buat laporan segera terhadap sebarang kehilangan data atau program sama ada secara automasi atau pada cakera keras. HADAPI masalah mengklik butang kanan (x) apabila ingin mengklik butang kiri (-) set tiga butang di atas sebelah kanan setiap tetingkap aplikasi untuk mengecilkan (minimize) aplikasi itu? Gunakan saja kaedah papan kekunci, iaitu Alt+Spacebar, diikuti dengan N untuk mengecilkan tetingkap yang aktif. Begitu juga dengan butang tengah yang fungsinya sama dengan dwiklik palang biru di atas setiap tetingkap aplikasi. ((Pix:- Dr Mahathir ... CEO Malaysia.)) INSTITUT Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) berjaya menghasilkan CD-ROM dan VCD "Mahathir: CEO Malaysia Inc", sumber rujukan mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam format multimedia. Penghasilannya juga sebagai memaparkan pencapaian dan kepemimpinan Dr Mahathir sepanjang 17 tahun lalu. Turut diselitkan dalam CD-ROM berharga RM60 itu ialah perbincangan mengenai kebangkitan dan kejayaan Malaysia melalui kepemimpinan strategik Dr Mahathir. Dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, CD-ROM itu turut merangkumi 35 ucapan penting Dr Mahathir serta pandangan daripada rakan politik selain matlamat dan hasrat beliau di masa depan. Aspek menarik pada produk itu ialah temuramah eksklusif sejam dengan Dr Mahathir yang didigitalkan dalam format VCD. Temuramah pertama kali seperti itu pernah dilakukan, Dr Mahathir menyentuh mengenai hasrat dan cita-cita bangsa Melayu, Wawasan 2020, nilai kekeluargaan dan agama, generasi masa depan dan kepemimpinan di abad baru. CD-ROM itu menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asli, Datuk Michael Yeoh, adalah bahan sumber dan penyelidikan terbaik kepada pengguna untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Malaysia selain kepada mereka yang berminat terhadap isu kepimpinan dan pengurusan. "Adalah penting untuk seorang rakyat Malaysia memiliki CD-ROM itu," katanya. Asli turut menyumbang 50 set CD-ROM itu kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar. SYMANTEC Corp, pengeluar terkemuka perisian utiliti untuk perkomputeran perniagaan dan peribadi, mengumumkan set definisi lengkap virus bagi mengesan dan membaik pulih kepelbagaian virus Melissa macro. Penyelidik Symantec AntiVirus Research Center (SARC) sudah menganalisis virus itu dan menambah logik pengesanan yang akan mengesan perbezaan semasa dan akan melindungi secara proaktif daripada kelainan bentuk virus yang dibangunkan. Definisi virus baru itu boleh dipindah turun oleh semua produk antivirus Symantec termasuk Norton AntiVirus, Symantec AntiVirus Macintosh, LanDesk Virus Protection dan keluarga produk Symantec-IBM AntiVirus. SARC juga menyediakan pengimbas percuma, Command Line Scanner untuk mengesan dan memperbaiki virus tanpa perisian antivirus. Ia boleh dicapai melalui laman Web Symantec di alamat http://www.symantec.com. Naib Presiden, Unit Perniagaan Bantuan dan Keselamatan, Symantec, Enrique Salem, berkata syarikatnya komited dalam usaha memastikan setiap organisasi mendapat maklumat pantas ke atas teknologi yang akan melindungi sistem komunikasi dan e-mel kritikal mereka daripada kepelbagaian Melissa atau ancaman daripada virus lain. Penyelidik SARC menyediakan pengguna dengan penyelesaian pengesan dan pembaik pulih lengkap dalam tempoh satu jam selepas mesej jangkitan Melissa disampaikan oleh pelanggan Norton AntiVirus. Dalam tempoh yang singkat, SARC berjaya menyediakan penyelesaian yang boleh didapati oleh semua pelanggan melalui ciri LiveUpdate dalam Norton AntiVirus dan laman Web Symantec. SAYA telah lama mengikuti ruangan Komputer dan telah dapat sedikit sebanyak ilmu pengetahuan berkenaan komputer. Walau bagaimanapun tahniah saya ucapkan buat anggota kerja Berita Harian (Komputer) yang bersusah payah mewujudkan ruangan ini. Diharapkan dapat diteruskan buat selama-lamanya. Sekian, terima kasih. fauziha@csd.tnb.com.my TERIMA kasih di atas sokongan dan kepercayaan anda kepada penerbitan ini. TERIMA kasih atas jawapan kerana sekurang-kurangnya saya tahu ada orang yang membaca dan mengambil berat atas apa yang saya tuliskan. Semoga kita semua mendapat manfaat, terutama pembaca Melayu yang tidak boleh membaca akhbar dan majalah berbahasa Inggeris tetapi amat berminat tentang komputer. Diharap Komputer dapat membantu mereka untuk lebih memahami selok-belok pengendalian komputer dengan lebih mendalam dan menyiarkan lebih banyak tips serta panduan. Tambahan pula jika kita melihat di pasaran, buku komputer berbahasa Melayu amat kurang. Jadi hanya Komputer menjadi tempat mereka mendapatkan tips dan panduan dalam bahasa Melayu. Saya akan cuba menghantar tips dan panduan yang berguna pada masa yang akan datang. Setiap pengguna harus mempelajari mengenai Registry kerana pengguna baru tidak akan menjadi pakar jika tidak berlatih dan tidak didedahkan kepada cara menyunting registry. Secara umum Registry mengandungi dua fail, iaitu system.dat dan user.dat yang diletakkan dalam folder Windows. Pengguna boleh menyalin fail itu menggunakan Explorer tanpa menukar cirinya atau arahan DOS. Jika saiz fail itu lebih besar daripada 1.44 MB, buat salinan dalam folder lain. Sekiranya anda menggunakan Windows 98, salinan fail itu boleh dilakukan menggunakan SCANREG pada c:\ atau SCANREGW dalam Windows. Program ini juga boleh digunakan untuk Windows95 dan boleh didapati dalam folder Windows dan Windows\Command. Program itu akan melakukan salinan Registry ke dalam folder windows\sysbackup menggunakan fail rbxxx.cab dengan namaxxx, di mana xxx adalah 000-005. Jika menggunakan SCANREGW, fail itu akan dimampatkan terus dan biasanya kurang daripada 1.44 MB serta mudah disalin ke disket. Diharap maklumat ini dapat dikongsi bersama. ibrahim@hijau.net TERIMA kasih di atas sumbangan anda. Ruangan ini diwujudkan khas bagi pembaca berinteraksi, khasnya, untuk memanfaatkan penulisan atau sumbangan pembaca lain. Ringkasnya, inilah gelanggang dari pembaca untuk pembaca. Segala sumbangan bermanfaat akan kami siarkan, walau pun ia berbentuk tips atau panduan mudah. NETSCAPE Navigator tidak menyediakan ibu bapa kaedah mengawal capaian tetapi ada beberapa program sokongan yang boleh digunakan untuk menyekat, menapis atau memantau sesi luncuran anak-anak. Salah satu program yang popular di kalangan ibu bapa dan guru ialah Cyber Patrol yang boleh dipindah turun dari http://www.pcworld.com/r/tw/1%2C2061%2Ctw-0410%2C00.html COMPAQ Computer Corp. (Compaq) akan memasukkan produk antivirus Trend Micro (Trend) dalam Compaq ActiveAnswers, sumber dalam taliannya untuk kegunaan pemasaran dan pembelian selain bagi rumusan enterpris dan perniagaan. Selain itu, Lucent Technologies (Lucent) dan Trend bergabung tenaga bagi membangunkan kandungan rumusan penapisan Internet khusus untuk memenuhi keperluan enterpris sistem rangkaian dan persekitaran penyedia perkhidmatan Internet (ISP). Di bawah perjanjian itu, Trend juga akan membangunkan satu versi integrasi perisian laluan pengimbasan virus Internet, InterScan VirusWall, yang akan beroperasi dengan VPN Gateway dan Managed Firewall Lucent. Trend dan Compaq juga bekerjasama menguji dan mengesahkan perkakasan Compaq dengan perisian perlindungan virus Trend bagi memastikan keserasian integrasinya. Satu daripada manfaat kerjasama itu ialah penyedia dan pelanggan enterpris Compaq boleh memberi perlindungan virus berasaskan pelayan daripada Trend yang sudah diuji oleh Trend bagi penggunaan optimum pada pelayan ProLiant Compaq. Trend juga memilih Compaq kerana Windows NTnya bagi rujukan platform untuk makmal baru pengiktirafan Windows NT Trend. ActiveAnswers Compaq adalah sumber dalam talian bagi kumpulan rumusan pemaju perniagaan, enterpris, pembekal dan pengguna. Siri InterScan Trend dan Managed Firewall Lucent membantu pengurus sistem rangkaian mengesan aliran keluar masuk maklumat, menyekat e-mel atau virus daripada melepasi firewall atau VPN serta menghalang kegiatan memindah turun daripada laman web terpilih. ((Pix:- Wilson ... N-Class di tahap tersendiri.)) ((Pix:- N-Class ... guna platform Unix tetapi serasi dengan Windows NT.)) HEWLETT-PACKARD (HP) Asia Selatan mengumumkan kesediaan mengeluarkan pelayan HP 9000 N-Class bagi memastikan penguasaan pasaran pelayan peringkat menengah (mid-range) di rantau ini dan secara menyeluruh. Sejak dua tahun lalu, HP menguasai pasaran pelayan di rantau Asia Pasifik/Jepun dan sejak tiga tahun lalu, mendahului di Asia Tenggara/India. Malah peningkatan perolehan daripada kedua-dua rantau itu pada 1997 dan 1998 mendorong HP untuk berasa yakin produk mereka mampu memenuhi kehendak pelanggan dan mahukan kelebihan itu berterusan. Pengurus Besar HP Enterprise Accounts Organisation bagi Asia Selatan, Lim Chon Phung, menjelaskan pada sidang media di Langkawi, baru-baru ini, pihaknya kerap menerima maklum balas daripada pelanggan setia menyatakan keperluan, kehendak dan pengharapan mereka yang semakin mendesak. Kata Lim, pihaknya mendapati permintaan pelanggan merangkumi tiga ciri utama iaitu mereka inginkan pelayan yang lebih pantas dan berkuasa, kawalan lebih baik dalam operasi teknologi maklumat serta penggunaan penuh keyakinan. Menurutnya, maklum balas pelanggan mendorong HP menakrif semula definisi tahap perkomputeran, iaitu menghasilkan pelayan yang lebih berkuasa tanpa membabitkan peningkatan ketara dari segi kos, memastikan keperluan pelanggan dipenuhi dan pelaburan mereka berbaloi serta membuktikan kepada pelanggan bahawa mereka menggunakan teknologi terbaik yang terdapat di pasaran. Kerana itulah, katanya, HP berbesar hati memperkenalkan pelayan N-Class yang mampu mengatasi setiap kriteria pencapaian semasa, selaras dengan temanya more POWER, more CONTROL, more CONFIDENCE. (lebih kuasa, lebih kawalan, lebih keyakinan). Selain Lim, yang menyatakan betapa bangganya beliau diberi peluang mengumumkan perkembangan terbaru itu di negeri tanah tumpah darahnya, beberapa pegawai lain HP turut berucap di sidang media itu, dihadiri 15 wartawan dari Asia Tenggara dan India. Pengurus Besar Pemasaran ESG bagi HP Asia-Australasia, Mike Muller, berkata kemunculan N-Class di pasaran adalah sebagai gambaran wawasan HP dalam dunia IT dan perkomputeran pada masa depan. Menurutnya, Internet bakal menjadi kaedah perhubungan paling penting pada masa depan, kegunaannya akan mengalami evolusi daripada sekadar menghantar mesej dan meluncuri WWW kepada alat penting dalam sektor perdagangan dan perkhidmatan. Beliau menegaskan, pihaknya menjangkakan, sedikit masa lagi, akan berlaku letusan kandungan dan permintaan bagi maklumat dalam Internet yang memerlukan rangkaian pelayan agresif, lasak dan paling penting, pantas serta mampu mengendalikan ratusan ribu transaksi pada sesuatu masa. Kerana itulah, katanya, N-Class dibina khusus untuk bersedia memenuhi keperluan yang makin mendesak dalam e-dagang, penyimpanan maklumat yang besar serta rangkaian bekalan yang meluas pada masa depan. Les Wilson, Pengurus Pemasaran Sistem BCC di Hewlett Packard Company, Cupertino, California, berkata pelayan N-Class seharusnya menjadi pilihan di kalangan firma yang bukan saja memerlukan teknologi terkini tetapi juga teknologi terkini yang ideal lagi sesuai dengan keperluan mereka. Ramai beranggapan senario sedemikian membabitkan kos yang tinggi tetapi hakikat sebenar adalah sebaliknya. Harga cadangan N-Class diletakkan pada AS$48,000 (RM183,000), tergolong dalam pelayan peringkat menengah, tetapi kemampuannya menyaingi model pelayan berharga sekali gandanya. Malah, katanya, penjimatan kos bukan setakat kemampuan berbanding harga, N-Class direka bentuk khusus agar tetap mengatasi pelayan lain dari segi penggunaan ruang, kemudahan untuk dipertingkat dan pelaburan jangka panjang. Menurutnya, N-Class menggunakan platform Unix tetapi juga serasi dengan Windows NT yang dijangka menjadi pilihan utama di Asia Pasifik dan Tenggara beberapa tahun lagi. Arkitektur N-Class juga dirangka khusus agar dapat memuatkan cip IA-64 atau PA-RISC, diramalkan cip masa depan untuk pelayan. Ini meletakkan N-Class di tahap tersendiri, menjanjikan pelaburan memuaskan untuk pemiliknya dan dengan hayat guna berpanjangan, melebihi pelayan lain sekelasnya. HP sudah mengadakan sidang akhbar yang serupa di Australia dan Korea dan seterusnya di Beijing dan Eropah. Majlis pelancaran pelayan N-Class di Malaysia dijadualkan hujung bulan ini manakala model berkenaan dijangka mula memasuki pasaran bulan depan. ((Pix:- Ciri keselamatan ... mengecam identiti melalui telapak tangan.)) ((Pix:- Teknologi terkini ... seperti cap jari ciri-ciri iris dan retina seseorang adalah unik dan boleh digunakan untuk mengesahkan identiti.)) KERAGUAN mengenai tahap keselamatan dalam Internet mungkin dapat dikurangkan apabila lebih banyak teknologi diperkenalkan atau diperbaiki dari masa ke semasa untuk menyesuaikan dengan perkembangan yang berlaku. Selama ini, perkembangan pesat Internet sebagai medium untuk komunikasi dalam pelbagai sektor industri terutamanya kewangan, perbankan dan perdagangan dihalang oleh masalah keselamatan sama ada ketika melakukan urus niaga, pembelian barangan atau pembayaran. Pengguna bimbang kerana mereka tidak mempunyai kawalan terhadap kegiatan yang dilakukan dalam Internet. Misalnya, sebaik saja pembayaran dilakukan menggunakan sistem rangkaian komputer berkenaan, kemungkinan nombor pengenalan peribadi (PIN) yang digunakan untuk kad kredit dicuri orang. Mereka boleh menggunakan pelbagai cara yang canggih untuk mencuri nombor berkenaan, termasuk memanfaatkan perisian tertentu yang diprogramkan khas untuk mencuri nombor PIN kad kredit melalui Internet. Bagaimanapun, pihak terbabit dalam bidang keselamatan tidak berdiam diri tetapi terus berusaha untuk mencari kaedah bagi menangani masalah berkenaan dan membendungnya daripada merebak. Pelbagai langkah diperkenalkan, antaranya ialah penggunaan cap jari (dikenali juga sebagai kaedah Biometrik) bagi menentukan kesahihan pemilik dan mengesahkan urus niaga yang dilakukan. Cap jari boleh menggantikan kaedah biasa sekarang untuk penentuan dan mengesahkan sesuatu perkara, iaitu menggunakan kata laluan (password) dan nombor PIN. Dengan menggunakan pengesan cap jari, anda hanya perlu meletakkan jari di atas pembaca bersaiz sebesar setem yang boleh dibina di dalam monitor komputer, papan kekunci, kad pintar dan juruwang automatik. Teknologi ini juga mampu dimanfaatkan oleh pengguna untuk menghalang capaian terhadap tapak Internet yang tidak berguna atau mengehadkan akses ke atas akaun bank dalam talian. Kebanyakan teknologi keselamatan yang ada sekarang memerlukan majikan membenarkan pekerjanya mengetahui kata laluan bagi melaksanakan sesuatu tugas serta sering kali menukarnya untuk menentukan ia tidak diketahui ramai. Bagaimanapun, melalui teknologi cap jari, perkara berkenaan dapat diatasi dan dapat menghalang kebocoran maklumat kerana hanya individu tertentu sahaja mempunyai kemudahan berkenaan, katanya. Selain cap jari digital, penggunaan suara juga boleh dimanfaatkan dalam bidang keselamatan dalam Internet. Ini kerana seperti juga cap jari, setiap individu mempunyai nada suara berbeza yang boleh dijadikan identiti. Kaedah pengenalan suara ialah menggunakan perisian pengecaman untuk menentukan pengenalan individu yang melakukan urus niaga dalam Internet. Penggunaan kad pintar juga adalah sebahagian langkah keselamatan dalam Internet. Penggunaannya dijangka berkembang pesat dengan anggaran 22 juta unit kad dimanfaatkan ketika ini dan terus berkembang kepada 1.2 bilion unit dalam masa lima tahun. Walaupun, teknologi keselamatan yang dihasilkan tidak mampu menghalang sepenuhnya aktiviti jenayah dalam Internet tetapi ia dapat memberikan keyakinan kepada pengguna, sesuatu sudah dilakukan untuk membentuk suatu kaedah yang dapat memberikan jaminan terhadap keselamatan dan kepentingan mereka. BOSAN dengan animasi Windows 95, misalnya paparan mengembang atau menguncup setiap kali membesar atau mengecilkan aplikasi? Membatalkan animasi mengembang atau menguncup ini dapat meningkatkan lagi prestasi operasian. Pembatalan animasi ini memerlukan suntingan Registry dan seperti biasa, berhati-hatilah ketika melaksanakannya. Laksana penyunting Registry dan mara ke HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop\WindowMetrics. Di tetingkap kiri, klik-kanan kunci WindowMetrics dan pilih New|String Value. Taip MinAnimate (untuk menamakan nilai baru) dan tekan Enter. Di tetingkap kanan pula, klik kanan MinAnimate, pilih Modify dan taip 0 di dalam kotak yang dipapar. Selesai semuanya, tutup kotak yang dibuka dan but semula komputer. (JIka memerlukan semula animasi, apa yang perlu dilaksanakan ialah mengubah nilai 0 tadi menjadi 1). HADAPI masalah mencetak? Dapatkan bantuan Enhanced Printer Troubleshooter (EPT)! Utiliti ini boleh didapati di dalam CD Windows 95, iaitu dalam folder Other\Misc\Epts. PENGUNDI yang hendak menyemak daftar pengundi boleh berbuat demikian secara dalam talian (on-line) apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Omar Mohamed Hashim, berkata sistem dalam talian yang diperkenalkan pada pendaftaran pemilih tahun ini dapat membuat semakan dengan cepat bagi mengetahui kesahihan identiti seseorang pengundi. "Ini sebagai satu cara bagi memastikan sesiapa yang akan mengundi dapat diperiksa kesahihan kelayakannya," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pendaftaran pemilih di Politeknik Kota Bharu di Kok Lanas, minggu lalu. Omar berkata, daftar induk yang terdapat di JPN menjadi asas utama bagi SPR menentukan seseorang pengundi itu telah meninggal dunia atau berlaku perubahan alamat, sebelum layak mengundi. Menurutnya, cara lain bagi menentukan kesahihan seseorang pengundi ialah dengan cara bantahan oleh orang ramai sebaik saja daftar pemilih dipamerkan untuk semakan. "Bagaimanapun bantahan yang hendak dibuat itu mestilah berasas dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh," katanya. Pengundi boleh mencapai laman web http://daftar.spr.gov.my dan memasukkan nombor kad pengenalan ketika membuat semakan. ARIANESPACE, konsortium pengangkutan angkasa lepas Eropah memanfaatkan laman web dalam Internet untuk memberikan liputan persiapan pelancaran Ariane 504 - misi komersil pertama bagi kenderaan pelancar berat Ariane 5. Laporan terperinci kempen pelancaran Ariane 504 dan persiapan misi pelancaran di Pusat Angkasa Lepas Eropah di French Guiana akan dimuatkan dalam laman web berkenaan menggunakan bahasa Inggeris dan Perancis. Turutan pemasangan dan pemeriksaan kapal pelancar Ariane 5 dengan gambar yang diambil di Pusat Angkasa Lepas Eropah disertakan gambar rajah teknikal, kempen pelancaran dan maklumat mutakhir dikemas kini setiap hari. Naib Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa dan Komunikasi Korporat Arianespace, Jerome Paolini, berkata Arianespace sudah lama menjadi pembawa pembaharuan dalam pasaran perkhidmatan pelancaran komersil dan kini melangkah setapak lagi ke depan dengan memperkenalkan laman web untuk melaporkan pelancaran Ariane 504. Ariane 504 adalah pelancaran keempat bagi Ariane 5 dan ia adalah roket pelancar terbaru yang pertama dikawal dan diuruskan sepenuhnya oleh Arianespace. Sebelum ini, Arianespace terbabit dengan misi pelancaran satelit Measat 1 dan 2 milik Binariang. Bagi pengguna yang berminat mendapatkan maklumat lanjut mengenai misi pelancaran kapal angkasa lepas Ariane 504 boleh mencapai laman web di alamat www.arianespace.com. SEBAGAI negara pertama memasuki tahun 2000, New Zealand tidak sempat bergantung kepada negara lain untuk mempelajari bagaimana mengatasi masalah Tahun 2000 (Y2K). Kebimbangan makin bertambah kerana seluruh dunia akan tertumpu kepada New Zealand bagi mengetahui perkembangan pada 1 Januari. "Kami rasa satu mesin perlu dibangunkan supaya institusi dan individu seluruh dunia tidak akan membuat panggilan ke negara ini ketika itu," katanya Penasihat Suruhanjaya Persediaan Y2K New Zealand, John Good. Beliau adalah antara 150 pakar daripada negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang menghadiri forum persidangan masalah tahun 2000 di Singapura, baru-baru ini. Menurut Good, New Zealand kini sedang bekerja keras terhadap kertas cadangannya untuk dibincangkan ketika kemuncak Apec Ogos ini. ANDA boleh menyalin (copy) dan menampal dengan mudah bahan dalam tetingkap Command Prompt menggunakan ciri QuickEdit dengan mengklik kanan tetingkap DOS yang terbuka. Sebelum itu, perlu pastikan QuickEdit berfungsi dengan mengklik-kanan ikon Command Prompt, pilih Properties dan klik tab Options pada kotak dialog yang dipapar. Aktifkan check box berlabel QuickEdit, klik OK dan tutup semua kotak dialog. Dwiklik ikon Command Prompt untuk melaksanakan mod DOS, taip arahan seperti dir dan tekan Enter. Guna tetikus untuk menandakan bahagian teks yang diperlukan dan salin menggunakan operasian butang kanan tetikus. Selepas disalin, aktifkan Notepad, tekan Ctrl-V dan salinan bahan dari tetingkap DOS tadi akan dipindahkan ke dalam dokumen Notepad. Begitu juga sebaliknya. Anda boleh salin bahan dari Notepad dan menampalkannya dalam tetingkap DOS menggunakan cara yang sama seperti di atas, iaitu dari Notepad ke tetingkap DOS. ((Pix:- Mudah ... Zarinah mencuba perkhidmatan ESS sambil diberi tunjuk ajar oleh Angeline Leong, Pengurus Perunding SAP Malaysia.)) KESELURUHAN operasi Shell Malaysia Limited dijangka tidak akan terganggu menjelang 1 Januari tahun 2000. Gergasi petroleum terkemuka itu sudah membelanjakan kira-kira RM50 juta untuk mengemas ini, memperbaiki dan mengganti semua perkakasan dan perisian komputer berkaitan untuk mengatasi masalah Tahun 2000 (Y2K). Projek ini merangkumi keseluruhan operasinya dari pengurusan di ibu pejabat hingga ke bahagian peruncitan di seluruh negara. Menurut Pengurus Besar Kewangannya, David Lau, sistem pembayaran gaji kakitangan mereka sudah digunakan sejak 28 tahun lepas. Sudah tentu ia tidak mematuhi Y2K. "Pelaksanaan projek ini penting dan kami menggunakan sistem yang dibekalkan oleh SAP Malaysia di kebanyakan bahagian operasi Shell termasuk pentadbiran sumber manusia, pengurusan kewangan dan peruncitan," katanya. "Sebanyak RM20 juta lagi akan diperuntukkan untuk membiayai projek pematuhan Y2K di lain-lain bahagian termasuk loji penapisan kami di Port Dickson," tambah David. "Sistem perkomputeran kami dijangka patuh sepenuhnya menjelang pertengahan Jun depan. Ia dilaksanakan mengikut beberapa fasa dan diselesaikan secara berperingkat-peringkat sejak beberapa tahun lepas," katanya. "Kami juga turut merangka plan kontingensi sebagai persediaan sekiranya berlaku kegagalan di mana-mana sistem komputer. Langkah ini penting memandangkan perniagaan kami adalah perniagaan berasaskan bahanapi kenderaan yang mungkin akan melumpuhkan pergerakan pelbagai pihak sekiranya kami gagal," tambahnya. Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Perkhidmatan Layan Diri Kakitangan (ESS) yang dibekalkan oleh SAP. Pengarah Eksekutif, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat, Shell Malaysia, Zarinah Anwar, berkata pelaksanaan ESS adalah sebagai langkah menuju era pentadbiran tanpa kertas. Semua kakitangan Shell dari pegawai pengurusan atasan hinggalah di peringkat bawahan berpeluang menikmati perkhidmatan ini. Mereka boleh mencapai dari mana saja di seluruh dunia menerusi perkhidmatan Internet. "Kemudahan dalam talian 24 jam ini hanya memerlukan sedikit latihan penggunaan oleh semua kakitangan. Pelaksanaannya kelak akan memperbaiki ketepatan pangkalan data dan meningkatkan keyakinan serta kepuasan kakitangan terhadap pengurusan sistem maklumat sumber manusia kami," tambahnya. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk permohonan cuti, penyata gaji, pertukaran data peribadi kakitangan serta lain-lain segmen yang berkaitan dengan Jabatan Sumber Manusia. Pelaksanaan fasa pertama akan dimulakan di peringkat ibu pejabat selama enam bulan bermula bulan depan dan akan diperluaskan ke seluruh negara selepas itu. Pelaksanaan ESS adalah langkah ke arah falsafah Shell untuk menggalakkan kakitangan agar percaya kepada diri sendiri dan bertanggungjawab bagi memastikan pertumbuhan dan pembangunan peribadi mereka. Shell memperuntukkan kira-kira RM100 juta setiap tahun dalam sektor teknologi maklumat (IT). RM50 juta daripadanya dibelanjakan untuk melaksanakan SAP R/3 yeng dijadikan sebagai inisiatif penjimatan kos efektif dalam sektor Produk Minyak dan Gas, kata Zarinah lagi. TEKNOLOGI Maklumat dan Komunikasi (ICT) akan menjadi kuasa penggerak kepada perubahan yang memberi kesan ke atas amalan sosial, budaya, pentadbiran dan perniagaan. ICT akan membawa perubahan penting dan radikal kepada cara mentadbir, mengurus dan mengelola proses yang sedia ada. Pada masa yang sama, ekonomi perindustrian akan mengalami perubahan menjadi satu persekitaran baru yang membolehkan maklumat, barangan dan perkhidmatan serta wang diurus niaga secara elektronik. Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh (RMT) bagi prospek teknologi maklumat (IT) bagi tahun 1999 hingga 2000 menyebut perubahan ekonomi daripada berasaskan industri ke maklumat dan pengetahuan memerlukan tumpuan diberikan untuk membina asas kukuh di dalam masyarakat. Usaha akan ditumpu bagi memperkukuhkan tapak untuk membangunkan masyarakat dan ekonomi berasaskan pengetahuan dan berinsentifkan maklumat dengan tenaga kerja celik teknologi dan inovatif yang mampu diintegrasi dalam persekitaran global. INGIN menguji sama ada PC anda menepati Y2K? Cuba ACCUTE-DATE Year 2000 Fix, Utiliti ini akan menguji dan memastikan jam masa nyata (real-time clock) BIOS PC serasian IBM menggunakan Windows 95/98 bebas daripada sebarang masalah yang mungkin timbul. ACCUTE-DATE menguji sekurang-kurangnya lima jenis masalah utama Y2K yang berpunca daripada jam masa nyata BIOS. Versi percubaan utiliti ini boleh dipindah turun daripada http://www.tryandbuy.com/product.asp?1=773&bo=yahoo. ((Pix:- Powerware 9110 ... memastikan keselamatan peralatan kritikal.)) BTR Power Systems (BTR), menyediakan Powerware 9110, UPS baru dalam talian bagi aplikasi misi kritikal yang memerlukan perlindungan kuasa tinggi boleh dipercayai. Powerware 9110 direka cipta untuk melindungi sistem rangkaian komputer yang kecil, peralatan berangkaian dan kawalan industri kritikal kecil serta aplikasi automasi seperti EPOS, ATM, peralatan makmal/hospital dan masalah kuasa lain. Produk itu tersedia dalam nisbah 700VA hingga 6000VA ialah produk peringkat kemasukan (low-end) dengan memaparkan ciri plug and play untuk memudahkan pemasangan. Dengan pengenalan produk itu, ia membuktikan BTR komited dalam menyediakan kepada pelanggannya perlindungan kuasa bagi memastikan keupayaan sistem kritikal mereka, kata Pengurus Besar BTR, Asia Tenggara, Klaus Thieme. Powerware 9110 dihasilkan untuk beroperasi dalam persekitaran sistem dan fizikal, memastikan keselamatan peralatan kritikal termasuk peralatan komputer dan komunikasi daripada masalah kuasa," katanya. Produk itu tersedia dengan perisian pengurusan kuasa LanSafe III BTR yang mengesan kesemua peralatan sistem rangkaian selain menyediakan penutupan secara teratur terhadap kuasa tambahan. Unit itu juga boleh diintegrasikan dengan sistem pengurusan sistem rangkaian SNMP dengan menggunakan adaptor ConnectUPS daripada sistem BTR. Saiz tapak produk itu kecil yang mana unit paling kecil (700VA) hanya berukuran 145mm x 400mm x 255mm dan terbesar (6000VA) dengan 260mm x 555mm x 710mm. Berat produk itu adalah antara 12 kilogram hingga 91 kilogram. SEORANG pelajar di Bangladesh berkata Ahad lalu beliau mencipta program komputer yang dengan pantas dapat memulihkan sistem komputer peribadi (PC) yang dirosakkan virus Chernobyl. Monirul Islam Sharif, pelajar jabatan Sains Komputer Universiti Dhaka, menggelar ciptaannya `MRECOVER' berdasarkan namanya dan bercadang meletakkannya di Internet. Beliau memberitahu Reuters yang dia berjaya menggunakan ciptaannya dalam memulihkan lebih daripada satu komputer dijangkiti Chernobyl, virus yang juga dikenali sebagai CIH. Sehingga 15,000 komputer dilumpuhkan dan memori dan data dihapuskan oleh serangan CIH di Bangladesh, kata pengguna dan penjual komputer di negara itu. CISCO Systems, Inc memperkenalkan penyelesaian polisi mutu perkhidmatan (QoS) yang memberi kemudahan pengetahuan aplikasi rangkaian kegunaan enterpris. Melalui kawalan polisi berpusat dan mengguna pakai polisi secara automatik, pengurus polisi QoS Cisco (Cisco QoS Policy Manager) membenarkan pentadbir melindungi prestasi aplikasi perniagaan kritikal mereka. Keperluan terhadap kebolehdapatan tinggi dan prestasi boleh jangka bagi aplikasi perniagaan kritikal digabungkan dengan permintaan ke atas perkhidmatan suara dan multimedia termaju. Menyelaraskan mekanisma Cisco IOS QoS sedia ada dalam peralatan pensuisan LAN/WAN Cisco, QoS Policy Manager membolehkan pentadbir melindungi aplikasi utamanya menerusi konfigurasi dan pengedaran polisi yang mendadak. Kelebihan utama Cisco Qos Policy Manager termasuk antara muka grafik yang mudah digunakan. Sistem itu turut merangkumi pembina polisi berasaskan peraturan, yang memudahkan pengurus pengedaran polisi memindah turun polisi ke peralatan rangkaian. SAYA "terdelete" pemacu CD-ROM dalam PC dan disket saya pula rosak. Bagaimana hendak dapatkan semula pemacu CD-Rom tanpa menggunakan disket. Kedua, adakah sesuai PC yang dulu Windows 95, saya tukar kepada Windows 98. Diharap pengendali ruang komputer dapat menyelesaikan masalah saya. Semoga komputer menjadi tempat menimba ilmu sebaik mungkin. NazriRo@csd.tnb.com.my Jika saudara menggunakan Windows 95/98, pemacu CD-ROM itu mungkin masih berada dalam sistem PC. Periksa dalam Recycle Bin. Klik Recycle Bin dan pada menu File pilih fail yang tidak sengaja dihapuskan dan pilih Restore dari menu File. Menjadi tabiat yang baik bagi membuat disket but serta menyalin fail Mscdex.exe dan pemacu CD-ROM. Anda juga boleh mencari pemacu CD-ROM dalam Internet terutama dalam laman pengeluar CD-ROM. ((Pix:- Dr Anuwar ... dapatkan diploma.)) UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk mengawal selia diploma teknologi maklumat (IT) Institut Astin (IA) dan penyediaan kurikulum kursus di samping menyelaras dan memastikan kursus yang ditawarkan bermutu tinggi. Nasib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Anuwar Ali, berkata kerjasama antara UKM dan IA adalah sebahagian daripada langkah universiti menceburi usaha sama dengan institusi pengajian tinggi swasta untuk membolehkan lebih ramai lepasan SPM melanjutkan pelajaran. Menurutnya, kerjasama itu membolehkan pelajar yang gagal ke menara gading kerana tempat terhad meneruskan pengajian dengan mendapatkan diploma di IA sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Katanya, mereka yang memperolehi diploma boleh meneruskan pengajian mendapatkan ijazah Sarjana Muda Sains Komputer jika kelulusan yang diperolehi layak untuk dipertimbangkan. Sebelum itu, Anuwar menandatangani MoU bagi pihak UKM manakala IA diwakili presidennya, Wan Mohamed Abdullah. Turut hadir ialah pendaftar UKM, Basir Elon dan Naib Presiden IA, Lim Boon Hong sebagai saksi. Wan Mohamed berkata, sehingga kini seramai 250 pelajar sudah memohon untuk mengikuti kursus diploma yang mana separuh daripada jumlah itu akan diambil sebagai pelajar peringkat pertama bermula 24 Mei ini. Katanya, IA akan menyediakan pensyarah, makmal dan tutorial berdasarkan kurikulum UKM manakala Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) menyiapkan kertas soalan peperiksaan akhir dan memeriksa jawapan. Sementara itu, Dekan FTSM, Prof Dr Abdul Razak Hamdan, berkata FTSM akan memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains pengkhususan bidang multimedia mulai sesi pengajian depan. Menurutnya, kursus itu membabitkan asas multimedia, pembangunan kandungan dan realiti maya yang mana seramai 80 pelajar peringkat pertama akan diambil mulai sesi depan. DHL Worldwide Express (DHL), melancarkan laman web interaktifnya untuk menyediakan perkhidmatan dan produk bermutu yang tidak terhad kepada pelanggannya. Pelancaran laman web itu membolehkan pelanggan DHL melaksanakan fungsi penting seperti menjejak kiriman mereka dari tempat kutipan hingga ke tempat penghantaran, membuat permintaan kutipan mengikut kelapangan pelanggan, bil kiriman udara dan pertanyaan mengenai pelbagai pilihan bil yang ditawarkan DHL. Pengurus Besar DHL Malaysia, Alan Cassels berkata, "Laman web kami menawarkan kelebihan daya saing yang diperlukan pelanggan kerana dalam suasana perniagaan masa kini, maklumat sangat penting kepada pertumbuhan dan perkembangan perniagaan. "Pelanggan yang mmepunyai kemudahan Internet kini boleh berkomunikasi secara terus dalam talian dengan kami untuk membuat pertanyaan atau permintaan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, minggu lalu. Menurutnya, DHL memperkenalkan laman web yang mesra pengguna bagi membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat mengenai peraturan import atau eksport DHL, panduan cukai, masa transit dan meninjau rangkaian antarabangsa DHL di 227 negara di seluruh dunia. Ciri menarik laman web ini ialah daya interaktifnya yang mana pengguna tidak menghadapi masalah untuk mengisi borang atau melengkapkan dokumen seperti bil kiriman udara. Cassels berkata, laman web direka bentuk supaya dapat memudahkan pengguna melayari memperolehi maklumat di samping memberi pilihan kepada mereka berinteraksi sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris. COMPAQ Computer Corp (M) Sdn Bhd (Compaq), peneraju utama industri komputer peribadi (PC) dunia menjangka jualan melalui perdagangan elektronik (e-dagang) akan menjadi penyumbang pendapatan besar kepada operasinya di Malaysia. Unjuran positif serta potensi e-dagang kepada Operasi tempatan Compaq Computer itu berdasarkan jualan PC bernilai RM2 juta yang dicatat dalam tempoh kurang daripada dua bulan sejak saluran jualan dalam talian itu diperkenalkan di negara ini. Pengarah Pemasaran Compaq Computer Corp (M) Sdn Bhd, Cheam Tat-Inn, berkata memandangkan prestasi memberangsangkan itu, Compaq kini mengunjurkan pertumbuhan jualan lebih tinggi berbanding sasaran awalnya iaitu pertumbuhan sebanyak 20 hingga 30 peratus. Bagaimanapun, katanya, angka jualan kukuh itu bukan semata-mata disumbangkan platform e-dagang tetapi juga melalui saluran lazim lain seperti pusat jualan dan rakan niaga. Tanpa mengumumkan angka yang tepat, beliau berkata, pendapatan Compaq Malaysia dalam suku tahunan pertama tahun ini adalah lebih tinggi berbanding suku tahunan pertama dan suku tahunan terakhir 1998. Cheam berkata demikian kepada pemberita dalam persidangan meja bulat di Petaling Jaya baru-baru ini. Beliau berkata, Compaq juga merancang untuk memperluaskan kehadirannya di alam siber dengan memperkenalkan produk dan perkhidmatan lain menerusi landasan e-dagang. Compaq memperkenalkan kaedah jualan langsung kepada pembeli di Malaysia melalui laman web sejak akhir Januari lalu. Model jualan langsung terus kepada pengguna dipopularkan Dell yang mencatat jualan harian bernilai AS$15 juta setiap hari. Bagaimanapun, berlainan dengan operasi Dell, Compaq masih mengekalkan rangkaian penjual dan pengedar sistem. Strategi jualan terus kepada pengguna itu kini menjadi ikutan kebanyakan vendor PC kerana keupayaan mencapai pasaran lebih besar, kawalan invetori lebih mantap serta penawaran harga lebih rendah kerana ketiadaan pihak ketiga. Selain Compaq dan Dell, vendor lain yang menyediakan pembelian dalam talian ialah Gateway, HP, dan Apple. Selain jualan melalui web, Compaq turut memperkenalkan konsep kios demostrasi sejak Januari lalu di lokasi tertentu di seluruh negara. Penggunaan kios pameran itu membolehkan pengguna mencuba sistem PC Compaq dan memesannya sama ada melalui telefon atau web. Sementara itu, Pengarah Urusan Asean Compaq Computer Asia/Pacific Pte Ltd, Paul Blikhorn, berkata Compaq mempunyai cita-cita tinggi di Malaysia dan berazam untuk mencapai kejayaan dalam semua sektor yang disertainya. "Selepas pertimbangan yang panjang, Compaq berjanji untuk menyertai secara aktif dalam Koridor Raya Multimedia (MSC)," katanya. Salin dan tampal ANDA boleh menyalin (copy) dan menampal dengan mudah bahan dalam tetingkap Command Prompt menggunakan ciri QuickEdit dengan mengklik kanan tetingkap DOS yang terbuka. Sebelum itu, perlu pastikan QuickEdit berfungsi dengan mengklik-kanan ikon Command Prompt, pilih Properties dan klik tab Options pada kotak dialog yang dipapar. Aktifkan check box berlabel QuickEdit, klik OK dan tutup semua kotak dialog. Dwiklik ikon Command Prompt untuk melaksanakan mod DOS, taip arahan seperti dir dan tekan Enter. Guna tetikus untuk menandakan bahagian teks yang diperlukan dan salin menggunakan operasian butang kanan tetikus. Selepas disalin, aktifkan Notepad, tekan Ctrl-V dan salinan bahan dari tetingkap DOS tadi akan dipindahkan ke dalam dokumen Notepad. Begitu juga sebaliknya. Anda boleh salin bahan dari Notepad dan menampalkannya dalam tetingkap DOS menggunakan cara yang sama seperti di atas, iaitu dari Notepad ke tetingkap DOS. Tepati Y2K INGIN menguji sama ada PC anda menepati Y2K? Cuba ACCUTE-DATE Year 2000 Fix, Utiliti ini akan menguji dan memastikan jam masa nyata (real-time clock) BIOS PC serasian IBM menggunakan Windows 95/98 bebas daripada sebarang masalah yang mungkin timbul. ACCUTE-DATE menguji sekurang-kurangnya lima jenis masalah utama Y2K yang berpunca daripada jam masa nyata BIOS. Versi percubaan utiliti ini boleh dipindah turun daripada http://www.tryandbuy.com/product.asp?1=773&bo=yahoo. Atasi masalah mencetak HADAPI masalah mencetak? Dapatkan bantuan Enhanced Printer Troubleshooter (EPT)! Utiliti ini boleh didapati di dalam CD Windows 95, iaitu dalam folder Other\Misc\Epts. USAHA enjin pencari Altavista Skali yang diurus oleh Alam Teknokrat Sdn Bhd, dengan CNET Asia, membolehkan kedua pihak mendapat faedah untuk menawarkan kandungan Internet yang lebih menarik untuk mencapai objektif mempromosi dan membangunkan masyarakat dalam talian. Laman Skali menjadi lebih menarik apabila mampu menyediakan capaian pengguna kepada berita dan membuat penilaian atau memindah turun permainan daripada Gamecenter Asia. Pengguna boleh memeriksa kandungan permainan daripada Skali Games menerusi alamat http://www.skali.com.my/entertainment/games. Antara kategori yang ditawarkan termasuk `Action', `Role-Playing/ Adventure', `Simulation', `Scenarios', `War/Strategy' dan `Tools & Editors'. Selain dengan penyediaan kandungan sedia adanya, Skali Games dijangka dapat menarik perhatian pengguna muda dan pengguna kasual. Penerbit laman CNET Asia, Peter Scoppert, berkata Gamecenter Asia dibangunkan untuk menarik pemain di pelbagai peringkat. Bagi pengguna baru, laman ini menawarkan antaramuka yang mudah digunakan, manakala pengguna tetap yang berkunjung hampir setiap hari, akan mendapat berita terkini mengenai mainan baru dan tip atau mendapatkan cara untuk menipu. Sementara, Naib Pengerusi Eksekutif, Alam Teknokrat, Tengku Farith Rithauddeen, berkata sebagai pengurus kandungan, Skali akan terus berusaha menyediakan kandungan utama kepada masyarakat Internet Asia. Permainan menjadi antara kandungan semakin popular di kalangan pelajar mahupun keluarga mereka. Pihaknya berbangga mendapat kerjasama daripada CNET in Asia kerana dapat membekalkan kandungan hiburan bermutu tinggi kepada pengguna Skali. PENGGUNA Internet di negara ini disarankan supaya sentiasa mengunjungi laman Pasukan Bertindak Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) bagi mendapat maklumat terkini mengenai virus merbahaya yang akan menyerang komputer peribadi (PC). Pasukan yang dibentuk khusus bagi melakukan pengawasan serta memberi khidmat nasihat dalam aspek keselamatan PC, membuat pengesanan menyeluruh terutama kehadiran virus berbahaya yang mampu melakukan kerosakan serta mendedahkan ciri keselamatan sistem PC seperti yang dilakukan virus makro Melissa. "Oleh itu adalah penting pengguna untuk menjadikan MyCERT sebagai sumber rujukan dalam mengatasi serangan virus PC merbahaya", kata Ketua Projek MyCERT, Raja Azrina Raja Othman. MyCERT yang ditaja oleh Mimos Berhad (Mimos) dengan laman rujukan di http://www.mycert.mimos.my/ menyediakan kemudahan rujukan kepada masyarakat Internet dan pengguna PC di Malaysia dalam menghadapi masalah yang berkaitan dengan keselamatan dan percerobohan sistem serta langkah- langkah pencegahannya. "Walaupun MyCERT hanya menumpukan kepada virus paling destruktif dan bukan mengimbas kewujudan semua jenis virus, laman itu boleh dijadikan pusat rujukan sehenti dalam pengesanan virus", kata Raja Azrina. Beliau memberi contoh kehadiran pelbagai versi virus seperti Chernobyl yang dikelaskan sebagai versi 1.2, 1.3 dan 1.4. Penyelidikan MyCERT juga mengenal pasti terdapat versi virus itu yang akan bertindak hanya pada tarikh 26 haribulan setiap bulan manakala salah satu daripadanya akan mengganas pada 26 Disember setiap tahun. "Kami juga mengesan kejadian pada pada 26 Disember lalu tetapi ia tidak dihebohkan kerana kebanyakan pengguna PC ketika itu masih bercuti," katanya. Ancaman dan kewujudan virus, katanya bukannya perkara baru, unitnya berulang kali menekankan aspek itu melalui laman MyCERT terutama dalam bahagian nasihat (advisory). Sehubungan itu, beliau meminta pengguna komputer sentiasa membuat rujukan terhadap sebarang virus melalui tapak MyCERT. Mengulas kesan kejadian serangan Chernobyl baru-baru ini di kalangan pengguna PC di Malaysia, beliau berkata, tidak sampai 10 organisasi membuat laporan kejadian itu kepada MyCERT. "Sebenarnya terdapat banyak organisasi atau pihak terbabit dalam serangan itu tetapi disebabkan budaya Malaysia yang tidak suka membuat laporan, jumlah sebenar tidak dapat dipastikan," katanya. Pengguna Internet di Malaysia juga dinasihatkan sentiasa berjaga-jaga dalam pencegahan virus memandangkan dua versi baru virus Chernobyl yang dikatakan paling berbahaya berbanding virus Chernobyl yang berlaku pada 26 April lalu akan menyerang sistem komputer seluruh dunia tidak lama lagi. Bagaimanapun, polis Taiwan yang berjaya menahan pencipta virus itu, Chen Ing-hou, tidak dapat membuat pengesahan mengenai kewujudan dua virus itu. Chen memberitahu polis Taiwan bahawa beliau sedang mencipta dua virus baru yang mampu memasuki pelayan Windows NT Microsoft serta melumpuhkannya. Virus itu dikatakan hampir 80 peratus siap. "Bagaimanapun, serangan seperti itu dijangka akan berlaku pada 26 Jun ini," menurut Pengarah Serantau (Asia Tenggara), Symantec Singapore Pte Ltd., Ross Wilson. Dalam kejadian 26 April lalu, banyak sistem komputer di Asia menerima kesan virus Chernobyl. Di Malaysia, Bloomberg melaporkan 12 daripada 60 firma broker Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) merasai kesan serangan virus itu. Selain itu, 16 PC termasuk satu komputer notebook kepunyaan Mimos juga diserang virus Chernobyl. ((Pix:- Visual menarik ... laman rasmi Star Wars Episod I sementara gambar kanan menunjukkan sebuah aksi hebat filem tersebut.)) CERITA legenda fiksyen sains terkemuka dunia Star Wars akan muncul sekali lagi di layar perak. Dan berbanding dengan tahun 1970-an, kemunculan semula filem "blockbuster" itu turut mendapat liputan hangat di Internet dengan banyak laman khusus terbina di ruangan siber. Laman rasmi filem siri Star Wars Episode 1: The Phantom Menace di http://www.starwars.com menyediakan maklumat lengkap kepada peminat Star Wars dengan beberapa kategori termasuk pengenalan kepada episod pertama itu. Turut dimuatkan ialah kategori lokasi yang menyediakan pelbagai tempat menarik yang digunakan sebagai pentas pengembaraan dan antaranya kediaman Anakin Skywalker, dunia Bespin, bandar raya Awan, ibu pejabat Jedi dan Senat Galactic. Kisah perjuangan di angkasa lepas itu seperti dalam episod awal Empire Strikes Back dan Return of the Jedi membabitkan banyak makhluk asing. Pengunjung ke tapak itu dapat menyaksikan pelbagai karektor zaman itu seperti Nuna, lintah angkasa, Tauntaun dan Wampa. Filem itu turut memaparkan senjata masa depan yang canggih bagi memastikan aksi peperangan cerita itu sesuai dengan tajuknya. Antara senjata diperkenalkan ialah pistol Blaster, Chewbacca Bandolier, Pedang Cahaya Jedi dan senjata Puteri Amidala. Sejajar dengan pengenalan filem itu, pihak terbabit juga menyediakan laman khas untuk peminat Star Wars untuk melihat atau membeli produknya sebagai koleksi kenangan. Produk yang disediakan ialah barang permainan mengikut karektor filem berkenaan di samping set permainan binaan "lego", buku dan majalah. Bagi peminat Star Wars sudah tentu tidak melepaskan peluang untuk meninjau laman filem berkenaan yang banyak tersedia pada Internet. Laman TheForce.Net turut menjadi laman popular kepada peminat dalam talian Star Wars seluruh dunia. CNN turut menyediakan laman web khas untuk Star Wars, semuanya tertumpu pada filem itu. ((Pix:- Tingkatkan lagi perkhidmatan ... Ali menyerahkan dokumen perjanjian kepada McDougal.)) PENYEDIAAN perkhidmatan komunikasi satelit mudah alih yang menjanjikan kawasan liputan meluas melambangkan komitmen Telekom Malaysia (Telekom) terhadap industri telekomunikasi negara. Melalui perjanjian dengan ICO Global Communication (ICO), perkhidmatan itu membolehkan pengguna di kawasan luar bandar dan pedalaman berkomunikasi dengan dunia luar. "Perkhidmatan termaju itu juga melambangkan Telekom yang bermula dengan perkhidmatan ATUR sudah memasuki era baru perkhidmatan komunikasi mudah alih dunia," kata pengerusinya, Datuk Ali Hassan. Kemudahan komunikasi satelit itu membolehkan pelanggan telefon selular mengembangkan penggunaan telefon tangan mereka ke komunikasi melalui satelit sama ada di darat atau laut. Apabila pengguna berada dalam kawasan liputan telefon selular, ia akan menggunakan khidmat sistem rangkaian operator berkenaan dan apabila keluar daripada kawasan liputan, satelit akan mengambil alih khidmat liputan itu. Perkhidmatan itu menurut Ali, membolehkan pelanggan menikmati kemudahan suara digital, faksimili, data dan mesej asas ke telefon mudah alih selain terminal tetap dan separa tetap. Dengan kemudahan ini, pengguna telefon selular dapat menikmati khidmat di mana sahaja berada serta pada sepanjang masa dengan jaminan sambungan 100 peratus ke bumi, kata Naib Presiden Kanan ICO (Pembangunan Perniagaan Strategik), Pat McDougal. Telekom mengadakan perjanjian dengan ICO yang membolehkan Telekom menjadi Rakan Niaga Perkhidmatan ICO serta pengedar perkhidmatan satelit ICO di Malaysia. Perkhidmatan satelit ICO akan berpandukan kepada generasi baru telefon mudah alih bersaiz poket ICO yang membolehkan pengguna membuat dan menerima panggilan setiap masa dan di mana saja di seluruh dunia. Menurut McDougal, tahun depan akan dilaksanakan panggilan dari penghujung ke penghujung melalui sistem rangkaian ICO dengan terminal pengguna sehingga ke kapasiti tinggi menjelang Mac dan persediaan pelancaran komersil pada bulan Ogos. "Untuk memangkinkannya, ICO akan melancarkan satu daripada 12 satelit pertengahan orbit dunia tahun ini yang mana empat daripada 12 stesen bumi yang dikenali dengan Nod Capaian Satelit terletak di Asia Pasifik," katanya. SAYA mempunyai masalah yang saya rasa sudah mendapat penyelesaiannya tetapi tidak juga berjaya. Baru-baru ini saya tersilap menukar resolusi menyebabkan skrin menjadi kosong (gelap). Saya berjaya mendapatkannya kembali dengan memasuki `mod selamat'. Resolusi skrin saya telah bertukar kepada 640X480, 16 warna. Itu saja resolusi yang disenaraikan untuk pilihan saya. Saya telah pun mendapat cara penyelesaiannya dalam "display - notepad" dan mengikutinya "langkah demi langkah" tapi tidak juga berhasil. Disebabkan masalah ini, saya tidak dapat menonton VCD dan menggunakan CD-ROM. Komputer saya menggunakan OS Windows '98, Pentium II MMX 350 Hz, 32MB RAM dan pemacu grafik SiS 6326. Bantuan saudara amatlah saya harapkan. amarism@yahoo.com Kebanyakan pengguna terutama yang melakukan peningkatan daripada Windows 95 kepada 98 melaporkan masalah terutama dengan pemacu paparan atau display. Ini mungkin pemacu versi baru diperlukan untuk Win98 dan pengguna komputer digalakkan mendapatkan versi terbaru pemacu untuk setiap komponen terutama bila melakukan peningkatan. Kebanyakan laman pengeluar komponen meletakkan pemacu mereka yang terbaru untuk dipindah turun pengguna. Dalam kes saudara, sistem dilengkapkan dalam mod selamat kerana kad paparan tidak dapat menyokong resolusi tinggi yang dipilih. Selalunya, bila ini berlaku, pengguna masih boleh menukar ke resolusi asal kerana ia masih dipaparkan pada skrin. Jika ini gagal, saudara perlu melengkapkan pemacu paparan yang disediakan dari Sis. Selalunya, ia disertakan dengan sistem ketika PC dibeli pengguna. Untuk melengkap pemacu, klik Start, Settings, Control Panel, dan Add New Hardware. Kerana pengguna sudah mengetahui jenis komponen, jangan biarkan Windows mencari komponen itu. Dalam kotak dialog Select Hardware Type, klik Display, dan masukkan disket pemacu jika ada atau cuba gunakan pemacu yang disenaraikan berdasarkan pada skrin. Pengguna juga dinasihatkan agar menyimpan pemacu untuk semua komponen terutama dalam mengatasi masalah kehilangan atau kerosakan pemacu. Cuba dapatkan pemacu terbaru yang boleh berfungsi dengan komponen serta jangan melakukan perubahan spesifikasi jika tidak pasti atau arif mengenai keupayaan sistem. Contohnya, jika kad paparan hanya menyokong 256 warna, jangan menukarnya kepada True Colors 24 bit kerana ia akan menyebabkan sistem dilengkap dalam mod selamat. Begitu juga dengan penukaran komponen lain. SAYA ingin tahu bagaimana caranya untuk menghantar gambar melalui mel elektronik? Untuk pengetahuan saudara, saya menggunakan program Windows 3.11. Saya telah cuba beberapa kali, tetapi pada "Attachment" tertera "none", bermakna logo gambar tiada. Terima kasih. isma51@hotmail.com Saudara tidak menyatakan jenis perisian mel elektronik (e-mel) yang digunakan tetapi kebanyakan fungsi e-mel ialah standard dalam kebanyakan perisian. Bila saudara membuka sesuatu e-mel dan mengklik perkataan Attachment dan ia menunjukkan "none" bermakna tiada sisipan digabungkan dengan mesej itu. Jika saudara ingin menghantar e-mel dengan menggabungkan sisipan imej, contohnya dalam Pegasus, klik New pada menu File, dan masukkan alamat e- mel pengguna. Kemudian klik "Attach" dan masukkan nama fail yang ingin digabungkan dari dalam folder atau disket. Fail itu mungkin fail grafik atau dokumen teks. Kemudian klik Add. Selepas selesai, menulis mesej dan melakukan sisipan, klik Sent. ((Pix:- Mantap ... Kodak memperkenalkan barisan terbaru mesin pengimbas warna model 3590C, 3510 dan 2500 bagi semua segmen pasaran. (3 pix))) KODAK Document Imaging (Kodak), anak syarikat Eastman Kodak Company, memperkenalkan barisan pengimbas warna Kodak Digital Science 3590C, 3510 dan 2500 dengan teknologi warna terkini bagi segmen industri. Pengarah Strategi Perniagaan Kodak, Stephen W Archer, berkata model terbaru itu dicipta berdasarkan model pengimbas 3500 dengan tambahan ciri operasi butang tunggal dan berkeupayaan mengimbas warna 24 bit. "Mesin pengimbas terbaru Kodak menawarkan kelebihan memperbaiki mutu gambar yang diimbas tanpa mengetepikan kelajuan dan kecekapan," katanya di Petaling Jaya, minggu lalu. Archer berkata, langkah Kodak memperkenalkan pengimbas warna kena pada masanya kerana pengguna kini semakin memerlukan dokumen yang diimbas dalam bentuk warna. Mesin pengimbas model 3590C berkemampuan untuk mengimbas dokumen warna dengan kelajuan 85 muka surat setiap minit bagi 100 dpi, imej warna yang dimampatkan menggunakan JPEG dan bi-tonal 200 dpi atau 300 dpi. Bagi pengimbas model 2500, ia berkemampuan untuk mengimbas 62 muka surat setiap minit bagi kategori lanskap, dilengkapkan dengan pengesan bagi mengelakkan kertas tersekat, boleh disetkan untuk mod kelajuan sederhana untuk mengelakkan kertas terkoyak ketika proses mengimbas dilaksanakan. Selain itu, Kodak juga memperkenalkan perisian imej yang dicipta untuk mempertingkatkan produktiviti dengan pemprosesan imej melalui prosesor Pentium bagi mengimbas 85 muka surat setiap minit. Archer berkata, kesemua model terbaru itu akan berada di pasaran di seluruh dunia mulai 1 Ogos depan kerana Kodak perlu menyelesaikan proses menyatukan antara perkakasan dan perisian. IBM World Trade Corporation (IBM) memperkenalkan Java Virtual Machines (JVM) yang dikatakan terpantas dalam industri di atas sistem operasi Microsoft Windows. Dalam satu ujian ukur rujuk (benchmarks), JVM IBM melampaui purata 30 peratus lebih pantas berbanding pesaing terdekatnya. JVM ialah perisian yang beroperasi antara sistem operasi dengan aplikasi Java untuk memberi keupayaan sistem operasi melintang. Oleh itu, pembangun perisian boleh menulis aplikasi serasi penuh Java bagi sistem operasi Microsoft dan aplikasi bersepadu lain. Selain itu keupayaan merentas pelantar itu membolehkan vendor perkakasan tidak terlalu bergantung kepada sokongan Microsoft sahaja. Maklumat serta pesanan mesin JVM yang dilengkapkan dengan sistem operasi Windows 95, Windows 98 dan Windows NT boleh di didapati di laman web IBM di alamat http://www.ibm.com/java. Pengurus Besar, Perisian Java, IBM, Patricia Sueltz, berkata ramai pelanggannya menggunakan sistem perkomputeran yang pelbagai. Teknologi JVM akan membantu mereka menyepadukan sistem terbabit. "Secara tidak langsung, mereka berpeluang meluaskan aplikasi e-dangang ke dalam sistem operasi baru ini untuk beroperasi lebih pantas," tambahnya. ((Pix:- Versatil ... HP LaserJet 3100 memenuhi hampir semua keperluan daripada satu produk desktop iaitu mencetak, menghantar dan menerima faks, membuat salinan dokumen dan mengimbas.)) PENYEDIA peralatan dan penyelesaian perkomputeran terkemuka, Hewlett- Packard (Malaysia) Sdn Bhd (HPSM), memperkenalkan produk LaserJet semua- dalam-satu pertama iaitu pencetak, mesin faks, pendua dan pengimbas monokrom. LaserJet 3100 HP menawarkan satu penyelesaian profesional yang mampu memenuhi hampir semua keperluan daripada satu produk desktop iaitu mencetak, menghantar dan menerima faks, membuat salinan dokumen dan mengimbas. Menurut jurucakap HPSM, Evelyn Leung, produk ini membolehkan pelanggan perniagaan melakukan lebih banyak tugasan daripada desktop, secara tidak langsung ia akan meningkatkan produktiviti tanpa menghabiskan belanja membeli beberapa peralatan pejabat. "Pengenalan ini menunjukkan komitmen HP dalam usaha melebarkan teknologi percetakan laser kepada faksimili, pendua, dan pengimbas untuk memenuhi permintaan pelanggan ke atas peralatan semua-dalam-satu," katanya. "Inovasi ini juga merupakan pengenalan mesin faksimili laser pertama di pasaran dan fungsi pengimbas yang berupaya mengimbas mel elektronik (e- mel) pertama diperkenalkan oleh HP," tambahnya. Ciri mencetak pantas membolehkan cetakan dilakukan sebanyak enam muka seminit menerusi resolusi 600 dot seinci (dpi) untuk menghasilkan mutu cetakan yang tepat dan tajam. Fungsi faksnya mempunyai ciri penjimatan masa yang menyeluruh kerana ia mengimbas dengan pantas dan disalurkan terus dari memori bagi membolehkan pengguna mencetak, menyalin, mengimbas atau menghantar faks tanpa menunggu. Kapasiti memori 2MB boleh menyimpan dokumen sehingga 150 muka surat, dan ia berasingan antara memori pencetak dan faks. Penyediaan ruang penyedia kertas berasingan juga membolehkan pengguna mencetak dan menghantar atau menerima faks dalam satu masa. LaserJet 3100 menawarkan penemuan baru dalam ciri imbasan iaitu kemampuannya mengimbas e-mel untuk diubah ke bentuk dokumen lampiran e-mel yang boleh dibaca menggunakan sebarang pengolah kata. Ciri-ciri itu disokong oleh perisian JetSuite Pro untuk menguruskan imbasan dan menghubungkan secara mudah ke aplikasi utama. Penyelesaian perisian pengenalan aksara optikal (OCR) yang komprehensif digandingkan dengan ReadIris daripada Image Recognition Integrated Systems untuk membolehkan pengguna membuat suntingan penuh di luar kekotak. Menurut Leung lagi, pasaran produk ini ditumpukan di dalam sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS), korporat dan pengguna yang baru memulakan perniagaan yang kebanyakannya memerlukan empat fungsi utama ini untuk menjalankan perniagaan. Harga yang dicadangkan ialah RM3,988 dan boleh diperolehi di semua penjual semula HP di seluruh negara. ((Pix:- Netfinity 1000 ... untuk perniagaan kecil.)) KEPERLUAN kepada sistem pelayan yang pantas dengan kestabilan, kebolehpercayaan tinggi serta kos berpatutan kini bukan saja menjadi spesifikasi pemilihan syarikat besar. Peniaga kecil yang mendapati keperluan perkomputeran mereka sentiasa meningkat dan menyamai kehendak teknologi pelayan syarikat besar kini boleh memilih sistem model Netfinity 1000 dari IBM Malaysia. Sistem pelayan pada harga lebih rendah dari keluarga Netfinity itu dijual pada harga RM4,900 menyediakan pilihan pelantar Intel sesuai untuk aplikasi rangkaian fail dan cetak, atau sebagai pelayan mel elektronik (e- mel) dan intranet kepada perniagaan kecil. Menurut operasi tempatan gergasi perkomputeran IBM Corp, memandangkan banyak di kalangan perniagaan kecil sedang menuju ke arah perniagaan berteraskan perdagangan elektronik (e-dagang) dan penyelesaian berangkaian, keperluan kepada sebuah platform yang boleh dipercayai dan murah sangat dialu-alukan pengguna. Pengurus Perniagaan, Netfinity, IBM Personal Systems Group Asean/South Asia, Seren Goh, berkata Netfinity 1000 adalah pelayan bertenaga dan rendah kos serta disokong pula dengan program IBM yang direka khas untuk memenuhi keperluan dan belanjawan perniagaan kecil yang berkembang. Selaras dengan sistem dalam keluarga Netfinity, sistem model Netfinity 1000 walaupun pada harga yang rendah menampilkan berprestasi pelayan tinggi dan ruang untuk mempertingkatkan keupayaannya. Siri sistem berdasarkan prosesor Intel ini menggabungkan enjin pemprosesan Pentium II 400MHz, saiz cache aras dua (L2) ECC 512KB, pengawal Ethernet 10/100 Mbps dan adaptor SCSI ultra PCI laju/luas. Bagi peningkatan kebolehan sistem, Netfinity 1000 menyediakan lima slot peningkatan kad PCI dan ISA, slot sehingga berubaya mencapai kapasiti memori sehingga 768MB dan storan cakera keras dalaman sehingga 72GB, semua yang dapat membantu peniaga meningkatkan sistem selari dengan pertumbuhan perniagaan. Selain perkakasan, Netfinity 1000 turut menyediakan pelbagai aplikasi dan utiliti pentadbiran sistem termasuk penyepaduan fungsi pentadbiran seperti Vital Product Data, pengesan termal voltan dan kipas dengan ciri memberi amaran melalui perisian Netfinity Manager. Sistem Netfinity ini juga didatangkan dengan IBM SystemXtra, program yang membawa beberapa penyelesaian mudah bagi pelbagai bentuk perniagaan kecil serta gabungan khidmat sokongan, perisian dan latihan. ((Pix:- Komponen penting ... cakera keras (atas) dan kabel EIDE (kanan) komponen piawai PC.)) ((Pix:- Klik delete ... membolehkan pengguna mengakses BIOS ketika but.)) ((Pix:- Papan utama ... menyambung peranti untuk beroperasi.)) SISTEM komputer peribadi (PC) dengan dua atau tiga cakera keras bukan sesuatu yang aneh dalam dunia perkomputeran hari ini. Kepada pengguna di rumah idea ini sudah mula mendapat perhatian. Kehadiran pelbagai perisian yang semakin memerlukan ruangan data lebih dan format data seperti grafik, audio, video dan multimedia menyebabkan permintaan kepada storan lebih besar. Revolusi Internet meningkatkan keperluan itu terutama dalam menyimpan pelbagai data daripada teks dan video kepada lagu format MP3. Bagaimanapun, satu daya penarik utama yang mendorong kebanyakan pengguna meningkatkan jumlah storan atau memasang lebih dari satu cakera ialah kos cakera keras itu yang sangat rendah hari ini. Berbanding kepada AS$1,000 satu megabait (MB) pada tahun 1950-an dan 1960-an, kos storan hari ini kira-kira RM0.10 bagi setiap 1MB. Kerana itu juga kebanyakan sistem yang dikeluarkan hari ini dilengkapkan dengan storan tidak kurang daripada 2.1 GB. KOMPUTER kali ini akan cuba melihat pelbagai isu lazim yang dihadapi pengguna dalam meningkatkan kapasiti storan serta cara melengkapkan cakera kedua. Peningkatan cakera dalam sistem lama Dalam kegirangan pengguna melihat harga storan yang rendah, pengguna harus mengetahui yang sistem PC lama terutama era pra-Pentium atau sebelum tahun 1994 mempunyai kekurangan berkaitan cakera keras dengan storan melebihi 528MB. Itulah sebabnya, bila pengguna melengkapkan cakera keras dengan 2.1 GB, sistem hanya mengenai blok storan 528MB saja. Ini mungkin kerana sistem tidak menyokong LBA (Large Block Addressing) yang diperlukan bagi mengenali dan melengkapkan cakera keras lebih besar daripada 528MB. Had antaramuka IDE itu bagaimanapun dapat diatasi dengan kemasukan sistem dengan EIDE yang membolehkan pengenalan saiz storan lebih besar daripada 528MB. Bagaimanapun pengguna dengan sistem 486 masih boleh meningkatkan sistem untuk mengenal storan lebih dengan sama ada melengkapkan sokongan LBA secara perkakasan atau perisian. Cara perisian akan menggunakan pemacu khusus ketika sistem dimulakan ketika proses but dan kebanyakan pengeluar cakera menyediakan pemacu itu bersama cakera besar mereka. Cuma masalah utama menggunakan perisian pemacu ialah akan menyebabkan kehilangan capaian kepada data jika ia rosak. Penyelesaian perkakasan pula memerlukan pengguna memasukkan pengawal cakera keras yang menyediakan sokongan LBA dengan penggunaan BIOSnya sendiri. Antaramuka EIDE mudahkan peningkatan Kemasukan antaramuka standard EIDE mengatasi masalah had 528MB kerana ia dilengkapkan dengan LBA selain sokongan kepada lebih banyak unit pada satu masa. Secara ringkas EIDE bermakna Enhanced IDE manakala sesetengah vendor seperti Seagate memanggilnya ATA. Ia boleh ditakrifkan sebagai pengawal yang berupaya mengawal serta disambungkan sehingga empat unit. Semua sistem Pentium sejak 1995 mempunyai pengawal EIDE terbina dalam set cip membolehkan cakera dan unit lain disambung terus kepada papan litar utama. Selain mengatasi had 528MB IDE, kapasiti storan cakera EIDE juga meningkat dengan pantas dan mengatasi 30 GB. Tidak lama lagi, pengguna mungkin berpeluang untuk menyaksikan storan 100 GB. EIDE menyediakan persembahan lebih baik serta dua saluran EIDE berupaya merangkai sehingga empat unit peranti ke papan litar sama ada boleh dikonfigurasi sebagai utama dan kedua (master and a slave unit). Kebanyakan sistem hari ini juga menyambungkan pemacu CD-ROM kepada salah satu saluran itu kerana kosnya lebih murah berbanding penggunaan kad SCSI satu masa dulu. Lebih dari satu Satu kekuatan unik antaramuka EIDE ialah ia direka bukan saja untuk dirangkai kepada cakera keras saja. Sebaliknya empat saluran EIDE itu boleh dirangkai kepada empat peranti seperti cakera keras, pemacu CD-ROM, pemacu CD-RW, pemacu DVD, dan pemacu LS 120, Zip atau HiFD serta pita. Jadi semua jenis peranti storan pelbagai media boleh disambungkan kepada EIDE. Pengesanan automatik Selain keupayaan mengesan cakera, sistem BIOS mempunyai ciri pengesan automatik yang membolehkan peranti yang disambungkan ke EIDE dikesan dan berfungsi terus. Kaedah ini lebih mudah berbanding dalam sistem x86 yang memerlukan pengguna memasukkan maklumat cakera keras seperti jenis, silinder, kepala dan lain-lain. Pada kebanyakan masa, pengguna terlupa maklumat itu dan perlu merujuk kepada cakera keras. Dengan BIOS baru, sistem akan mengesan maklumat cakera secara automatik. Proses melengkapkan cakera juga dipermudahkan dengan fungsi pengesanan itu dengan mengaktifkannya dalam program Setup CMOS. Dalam kebanyakan sistem, program itu boleh diaktifkan dengan menekan kekunci Delete ketika proses but PC. Menentukan konfigurasi cakera keras EIDE Proses melengkap dan menentukan konfigurasi cakera keras agak mudah jika semua aspek berikut diberi perhatian: Kabel: Cakera keras mesti dirangkai ke saluran utama EIDE dan sambungan mesti lengkap. Suis pengubah: Pengguna perlu menentukan sama ada cakera itu sebagai yang utama atau kedua (master atau slave) dengan meletakkan penggubah pada kedudukan betul. BIOS: Perlu mengkonfigurasi BIOS agar peranti yang dilengkapkan dengan setiap saluran EIDE dapat dikenali sistem. (Cara melengkapkan cakera keras dalam sistem akan diterangkan Asas Komputer minggu depan). LOGO Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKM) mempunyai identitinya tersendiri sejajar dengan tanggungjawab dan fungsinya serta operasinya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Logo kementerian baru itu dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Leo Moggie, melambangkan peralihan lancar sektor telekomunikasi, penyiaran dan teknologi maklumat negara bergabung menjadi satu industri komunikasi dan multimedia. Rejim perundangan dan kawal selia digambarkan melalui empat segi tiga sama lutsinar yang membawa maksud saksama, ekuiti, keselamatan dan ketelusan dalam melaksanakan keempat aspek perundangan kawal selia iaitu ekonomi, teknikal, kebajikan pengguna dan sosial. Empat permukaan tetrahedron mempunyai enam sempadan seterusnya digarap menjadi sepuluh, mewakili sepuluh objektif dasar kebangsaan tertera dalam Akta Komunikasi dan Multimedia, juga sepuluh tugasan suruhanjaya. Cahaya ditumpukan dari luar melambangkan obor penunjuk sebagaimana suruhanjaya berperanan memimpin serta mengawal industri. Manakala gabungan tiga elemen bebola, cahaya dan tetrahedron menjadi simbol sebuah industri komunikasi dan multimedia yang dinamik, serta juga komitmen suruhanjaya memajukannya. Sepuluh objektif polisi suruhanjaya ini ialah: - menjadikan Malaysia sebagai pusat sedunia dan hub bagi komunikasi dan multimedia; - mempromosikan masyarakat madani di atas dasar perkhidmatan berasaskan maklumat; - menggalak dan meningkatkan kandungan tempatan; - mengatur strategi untuk faedah jangka panjang kepada pengguna; - mempromosikan keyakinan pelanggan di tahap tertinggi; - memastikan pengagihan perkhidmatan sama rata kepada semua; - mencipta persekitaran aplikasi yang lasak untuk pengguna; - memudahkan peruntukan sumber yang cekap; - mempromosikan pembangunan keupayaan dan kemahiran di kalangan penyatuan industri di Malaysia; dan - memastikan keselamatan maklumat dan kebolehpercayaan rangkaian. Menurut pengerusinya, Dr Syed Hussein Mohamed, pihaknya sebenarnya berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam memulakan tugasan sejak ditubuhkan pada bulan November tahun lalu dan hanya bermula pada 1 April tahun ini. "Antara cabaran utama ialah merangka peraturan dan prosedur baru selari dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menggantikan peraturan lama di bawah Akta Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988 yang sudah dimansuhkan. "Cabaran kedua ialah penyediaan kod dan standard yang membabitkan penubuhan berbagai forum industri seperti Forum Capaian, Forum Standard Teknikal, Forum Pengguna dan Forum Kandungan," katanya. Forum Kandungan adalah yang terpenting oleh kerana isi kandungan Internet, dan Kod Kandungan juga yang akan meliputi kandungan di TV dan radio (iklan dan sebagainya). Pada masa yang sama, suruhanjaya turut melancarkan laman web rasminya untuk mengisytiharkan kepada orang ramai berkaitan penubuhan SKM serta tanggungjawab dan fungsinya. Laman itu boleh dicapai melalui alamat http://www.cmc.gov.my. SINGAPURA yang terkenal dengan undang-undangnya yang ketat terhadap penceroboh komputer (hacker) akan mengadakan pertandingan pencerobohan komputer sedunia dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap isu keselamatan komputer. Sehubungan itu, pakar komputer dunia dipelawa menunjukkan kebolehan mereka memasuki ke dalam satu set alamat komputer yang sudah dilindungi oleh program keselamatan yang direka cipta untuk melindungi kemasukan yang tidak sah. Mereka perlu menceroboh pelayan penaja melalui http://www.info- security.com.sg. Tiga pelayan perlu dicerobohi iaitu Voltaire Advanced Data Security, Conclave Integrated Internet Security dan Infinitum. Pakar komputer yang berjaya memecah masuk ke dalam sistem berkenaan dan memperkenalkan dirinya serta bagaimana cara beliau memasukinya akan diberikan hadiah wang tunai sehingga AS$10,000. Pemenang akan diumumkan pada persidangan dan pameran Infosecurity Asia '99 yang akan diadakan di Singapura Jun ini. DUA puluh sembilan penjual semula perkakasan dan perisian komputer berjaya diberkas kerana terbabit dalam kegiatan memindah turun cakera keras (hard disk loading) sejak 1997 hingga 1998. Kegiatan itu membabitkan pemasangan perisian tiruan pada komputer yang kemudiannya dijual kepada pelanggan. Daripada 29 kes itu, Microsoft Malaysia melalui programnya Microsoft Dealers Test Purchase (DTPP) berjaya memberkas 14 penjual semula pada 1998 dan angka itu menurun berbanding 15 kes 1997. DTTP dilancarkan pada 1997 sebagai inisiatif Microsoft Corp. terhadap dunia dalam usaha mencegah kegiatan haram itu dengan sasarannya mengkhususkan kepada penjual semula perkakasan dan perisian. Menurut Pengurus Perkembangan Perniagaan, Microsoft Malaysia, James Gui, daripada jumlah kes itu hanya 11 kes berjaya diselesaikan yang mana enam kes pada 1997 dan lima kes (1998). Manakala 18 kes masih dalam penyiasatan dengan masing-masing sembilan untuk tahun 1997 dan 1998, katanya. Walaupun sudah menunjukkan peningkatan terhadap menangani kegiatan perisian haram itu, namun ia masih banyak memerlukan usaha gigih bagi memastikan Malaysia mantap dalam memasuki era digital nanti, kata Gui kepada KOMPUTER. "Melalui DTTP itu, ia membuktikan Microsoft amat komited terhadap usaha untuk menghapuskan kegiatan seperti itu yang mana mendapat sokongan daripada pihak berkuasa seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan polis," katanya. Sehubungan itu, adalah penting kepada semua masyarakat, individu dan korporat di negara ini yang secara langsung akan terbabit dalam industri teknologi maklumat (IT) untuk mula berubah sikap ke arah hak cipta intelektual (IPR). "Kita harus sedar bahawa ekonomi digital tidak akan menjadi nyata sekiranya tidak ada kerjasama terhadap IPR itu dan matlamat Microsoft ialah untuk mencapai tahap sifar kegiatan haram itu," ujarnya. Memandangkan industri IT negara tahun ini dijangka lebih cerah berbanding 1998, Gui yakin pelbagai pihak kini sudah sedar terhadap isu IPR serta kepentingan terhadap mempunyai pengurusan dan lesen perisian yang terurus. Kesedaran itu katanya dapat dilihat pada data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Perniagaan Perisian (BSA) dan Persatuan Penerbit Perisian (SPA) terhadap kegiatan itu di Malaysia. "Tahap kegiatan menghasilkan perisian cetak rompak sudah menurun daripada 80 peratus pada 1997 ke 70 peratus (1998) yang mana dari segi pasaran mengakibatkan kerugian sebanyak RM311.6 juta," katanya. Microsoft menasihatkan pengguna yang mungkin secara tidak sengaja membeli produk tidak berlesen supaya menghubungi Microsoft Honesty Line di 1-800-88-5411. Guna semua huruf besar TIADA masalah menggunakan semua huruf besar untuk menamakan folder dalam Windows 98. Malangnya, Windows 95 hanya membenarkan aksara pertama sahaja dalam huruf besar. Bagaimanapun ada dua cara menggunakan semua huruf besar untuk menamakan folder dalam Windows 95. Cara pertama ialah mengguna atau menyertakan sekurang-kurangnya satu aksara tambahan seperti koma dan/atau menggunakan nama yang panjangnya lebih daripada lapan aksara. Cara kedua menggunakan semua huruf besar untuk folder Windows 95 ialah melalui IE 4.0, termasuk Desktop Update. Dari tetingkap Explorer, pilih View|Folder Options; klik View; aktifkan Allow All Uppercase Names dan klik OK. Jaga keselamatan stesen kerja RAMAI yang tidak tahu tentang kemudahan dalam Windows NT4 untuk menghalang orang lain menggunakan stesen kerja sekiranya anda perlu meninggalkannya untuk beberapa ketika. Sebelum anda meninggalkan stesen kerja, tekan Ctrl-Alt-Delete untuk mengaktifkan kotak dialog keselamatan Windows NT dan klik Lock Workstation. Dengan ini tiada siapa dapat menggunakan stesen kerja anda tanpa kata laluan yang sah. Untuk membatalkan mod keselamatan tadi, tekan Ctrl-Alt-Delete dan taip kata laluan yang diminta. Maksud mudah tepati Y2K BANYAK definisi boleh dihuraikan bagi "menepati Y2K" tetapi apakah maksud yang paling mudah? Rujukan paling mudah bagi sistem dan aplikasi yang menepati Y2K ialah: "Sistem yang telah diuji kemampuannya untuk membuat pengecaman yang betul, memanipulasi dan membuat pengiraan tanpa sebarang masalah dengan menggunakan tarikh sebelum tahun 1900 dan selepas tahun 1999. MULAI 1 Julai ini semua pejabat agama Islam di Johor akan dilengkapi dengan kemudahan memproses sistem kad perakuan nikah kahwin berkomputer. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Datuk Abdul Kadir Anuar, berkata sistem talian terus itu akan memudahkan jabatan berkenaan membuat rujukan jika berlaku sesuatu kes syariah atau keluarga Islam. "Selain itu, ia juga dapat mengesan maklumat pasangan yang cuba menipu mengenai identiti masing-masing ketika mengemukakan permohonan nikah kahwin," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian Kad Perakuan Nikah Kahwin Berkomputer antara Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB). Abdul Kadir berkata, menerusi sistem berkomputer itu setiap pasangan yang mahu berkahwin akan memperolehi kad itu dalam tempoh 14 hari dan kos pembayarannya juga kekal sebanyak RM30. Menurutnya, saiz kad itu seperti kad kredit akan dimuatkan dengan gambar pasangan, nama, nombor kad pengenalan, tarikh pernikahan serta lambang negeri. INFORMATICS Malaysia (IM), pusat latihan komputer yang menyediakan pendidikan dan latihan teknologi maklumat (IT), akan menawarkan kursus teknologi Java di pusat Java bertauliah Sun Microsystems, tidak lama lagi. Pengarah Eksekutifnya, Yew How Kien berkata," Penawaran kursus modul Sun Java akan membolehkan kami kekal berdaya saing dan relevan dalam perniagaan pendidikan, serta untuk faedah pelajar." Menurutnya peningkatan taraf ini membabitkan sebahagian daripada perbelanjaan Informatics bagi memperbaiki lagi perkakasan dan perisiannya, berjumlah antara RM5 dan RM6 juta, setahun. Beliau berkata, pelajar dalam penggal ketiga boleh memilih untuk mengikuti kursus teknologi Sun Java sebagai sebahagian daripada syarat mendapatkan Diploma Kajian Komputer. Yew berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian dengan Sun Microsystems. Sun Microsystems diwakili pengarah urusannya Govinathan Pillai. SAYA amat tertarik dengan masalah yang dihadapi pembaca yang disiarkan dalam ruangan ini minggu lepas dan saya ingin membantunya sekadar yang boleh. Caranya klik dan Save gambar dalam bentuk JPEG/JPG di dalam folder My Document atau mana-mana folder pilihan anda. Kemudian buka gambar itu melalui MS Photo Editor. Dengan perisian itu, anda boleh mengubah saiz serta warna gambar itu mengikut citarasa anda. Cara kedua ialah, buka program MS Word97, klik menu Insert, klik Picture, klik From File kemudian pilih folder di mana gambar itu disimpan dan klik File. Anda boleh melihat gambar itu dengan jelas serta boleh mencetaknya jika mahu menggunakan program tersebut. Sekian. Selamat mencuba. wfaizall@tm.net.my BRITISH Telecommunications Plc (BT) membelanjakan kira-kira AS$1 bilion setahun untuk penyelidikan, iaitu 85 peratus daripada projek yang diselidiki adalah kerja pembangunan jangka pendek dan sederhana untuk menyediakan penyelesaian komunikasi manakala 10 peratus bercirikan masa depan. Program penyelidikan memberi tumpuan pada bidang seperti rangkaian dan risikan rangkaian, mengeksploitasi ketangkasan, kejuruteraan sistem dan perisian komputer, khidmat multimedia interaktif, pemprosesan ucapan dan aplikasi, perdagangan maklumat dan Internet serta telepersidangan. Ketua Bahagian Penyelidikan BT, Prof Peter Cochrane, berkata program pembangunan mempunyai jangka masa dua tahun manakala teras penyelidikan biasanya mengambil masa lima hingga 10 tahun. "Makmal penyelidikan BT sering menjual hak patennya kepada pengusaha pihak ketiga", katanya di di Martlesham, England, baru-baru ini. Pusat penyelidikan itu menjalankan lebih daripada 2,000 projek dan daripada jumlah projek itu, 85 peratus berjaya dipasarkan. LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan menggunakan kaedah perdagangan elektronik (e-dagang) bagi memasarkan produknya ke pasaran antarabangsa selain menggunakan promosi cara biasa. Ketua Pengarahnya, Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor, berkata persediaan ke arah menggunakan kaedah e-dagang itu sedang disediakan dan dijangka dapat digunakan dalam masa tiga bulan lagi. "Penggunaannya adalah sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan elektronik masa kini dan akan dapat menembusi pasaran lebih luas di Eropah," katanya. Abi Musa Asa'ari berkata, kos penggunaan e-dagang juga adalah rendah iaitu kira-kira RM1,500 setahun manakala Fama memperuntukkan RM4 juta untuk promosi sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh. "Jumlah dagangan Fama pada tahun lepas adalah sebanyak RM17 juta dan ia menjangka akan mendapat jumlah dagangan yang lebih besar tahun ini," katanya. ((No: Koridor Raya Multimedia (MSC).)) INDIA berminat untuk menyertai industri tekonologi maklumat (IT) Malaysia, terutamanya pembangunan perisian dan menyumbang ke arah kejayaan projek Koridor Raya Multimedia (MSC). Timbalan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, KS Bhardwaj, berkata India mempunyai tenaga profesional untuk ditawarkan kepada MSC dan ini sebaliknya akan memberikan India pengetahuan dan kepakaran dalam pelaksanaan projek teknologi yang jarang didapati di rantau ini. "Ia bidang yang menawarkan kerjasama berfaedah antara kedua-dua negara (Malaysia dan India) kerana menceburi bidang yang sama," katanya selepas ceramahnya di Forum Pembangunan mengenai India sehari di Pusat Pembangunan Asia Pasifik (APDC) di Kuala Lumpur. Selama ini, India terkenal kerana kemampuan mengeluarkan pengaturcara berkemahiran tinggi tetapi dalam masa yang sama kos untuk mengupah mereka adalah murah. PERSATUAN Pelindung Pengguna (Pelindung) Kelantan akan memulakan program masjid siber di negeri ini bagi mendedahkan ilmu Teknologi Maklumat (IT) kepada para imam. Setiausaha Pelindung, Azman Jaafar, berkata di bawah program itu setiap masjid akan dibekal satu set komputer untuk meringankan tugas imam menyelesaikan masalah agama dengan gabungan ilmu IT. "Kita yakin program ini dapat melicinkan penyebaran Islam melalui teknologi terkini dan membasmi penyelewangan agama dalam Internet, khususnya berkaitan al-Quran dan al-hadis," katanya di Kota Bharu, minggu lalu. Pelindung akan menyediakan dua pakar komputer dan IT untuk memberi pendedahan kepada imam yang terbabit dalam program dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIK) Kelantan. Program pertama akan dimulakan di Masjid Muhammadi, yang akan menerima komputer bersama dua pakar IT untuk melatih mereka. Azman berkata, Pelindung yakin kewujudan program masjid siber itu dapat menarik golongan remaja mendekatkan diri dengan masjid di samping mempelajari ilmu IT. ((Pix:- (Nurini Kassim).)) BEKAS Pengurus Pemasaran Informix Malaysia/Singapura, Nurini Kassim (gambar) kini berkhidmat dengan Edelman Public Relations Worldwide (M) Sdn Bhd (Edelman) sebagai pengarah teknologi maklumat (IT). Beliau bertanggungjawab membangunkan segmen perniagaan itu di samping menyediakan perancangan strategik yang menyeluruh bagi semua akaun berkaitan IT di Edelman Malaysia. Dengan pengalaman lebih 13 tahun dalam industri IT dan memiliki MBA daripada Universiti Hull dan Sarjana Muda Sains, Universiti Oxford Brookes, UK, beliau pernah berkhidmat dengan Hewlett-Packard, Sapura Systems Malaysia dan Peat Marwick Consultants. SCS Computer Systems Sdn Bhd (SCS), penyepadu sistem memperkenalkan program perkhidmatan pelanggan bagi membantu mereka melaksanakan proses pematuhan tahun 2000 (Y2K compliants). Sehubungan itu, SCS akan memperluaskan masa operasi pusat perkhidmatan pelanggannya daripada 10 malam 31 Disember 1999 hingga 8.30 pagi 1 Januari tahun 2000. Pusat berkenaan dikendalikan pasukan petugas khas terdiri daripada jurutera sokongan akan membantu pelanggan mereka menghadapi pelbagai gangguan atau kerosakan sistem komputer. Ketua Eksekutif SCS, Looi Kien Leong berkata, "Program yang diperkenalkan itu bertujuan membantu pelanggan kami menghadapi pelbagai gangguan atau sistem kerosakan sistem kerana masalah tahun 2000 (Y2K). "Kami menyediakan 200 kakitangan SCS yang akan bekerja sepanjang masa bagi menentukan pelanggan mendapat perkhidmatan sokongan yang diperlukan bermula 12.01 minit 1 Januari 2000," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, minggu lalu. Menurutnya, perkhidmatan itu juga diperkenalkan bertujuan menghilangkan perasaan takut sebahagian besar pelanggan kemungkinan berlakunya gangguan atau kerosakan sistem komputer kerana Y2K. SINGAPURA akan menyediakan garis panduan bagi membolehkan penyedia perkhidmatan Internet (ISP) mengimbas komputer pelanggan selepas dikritik kerana melakukan imbasan virus tanpa kebenaran. Menurut laporan Straits Times, Menteri Pendidikan dan pengerusi Jawatankuasa Teknologi Maklumat Kebangsaan republik itu berkata, program pendidikan umum juga akan dibangunkan bagi meningkatkan pengetahuan pengguna dalam menangani masalah virus dan penceroboh sistem. "Kita perlu lebih jelas dalam merujuk kepada imbasan seperti itu dan kesedaran umum mengenai kepentingan keselamatan komputer," Teo Chee Hean dilaporkan berkata. Ulasan beliau berpunca daripada kejadian bulan lalu di mana ISP terbesar di pulau republik itu, SingNet bersama kementerian dalam negeri, mengimbas komputer pelanggan bagi memeriksa kehadiran virus tanpa memberitahu mereka. SISTEM PC saya dilengkapkan Pentium II, Win98, 32MB RAM dan cakera keras 4.1GB. Masalahnya, fail folder Windows telah terpadam dan selepas setup semula, terdapat beberapa kejadian yang tak boleh dibaiki. 1. User name & password akan muncul setiap kali proses but dan sebelum kejadian, proses ini pernah dibuat dan amat mujarab. 2. Fail .JPG tidak dapat dibaca hanya dengan mengklik saja. Mesej dipaparkan "cannot fine the file c:/... lokasi/xx.jpg (or one of its component ). 3. Perisian Photo Editor tidak boleh digunakan. muazin@tm.net.my BILA fail dalam folder Windows terpadam, semua fail perisian atau konfigurasi dalam folder itu turut terhapus. Ini bermakna fail yang diperlukan bagi melancarkan sesuatu perisian tidak dapat diperolehi oleh perisian berkenaan kerana, secara mekanik, bila sesuatu perisian dilengkapkan, fail perisian itu akan disimpan dalam folder perisian itu sendiri manakala fail sistem tertentu perisian akan dihantar ke folder windows/system. Itulah sebabnya bila anda melancarkan perisian, ia tidak berfungsi kerana tiada fail sistem perisian yang berkaitan. Walaupun anda melengkapkan semula Windows, fail sistem perisian dan komponen tidak dapat dilancarkan kerana fail perisian dan konfigurasi unik kepada sesuatu perisian. Jadi anda perlu melengkapkan semula semua perisian itu selepas setup. Ia tiada kaitan dengan fail Registry. Untuk mewujudkan kata laluan Windows, klik Start|Control Panel|Passwords. pilih User Profiles dan kemudian tentukan spesifikasi setiap pengguna. Selain konfigurasi perisian, konfigurasi sistem turut berubah kerana bila melengkapkan semula melalui Setup Windows, sistem kembali menjadi "bayi" yang bersih dan pengguna perlu menentukan penetapan (setting) sistem, termasuk perisian yang akan membuka fail .jpg. (Cara ini sudah dijawab minggu lalu dalam ruangan ini.) Mula semula dengan mudah OPERASI lazim untuk mula semula sistem (restart) bagi Windows 95 dan 98 ialah: Start|Shut Down dan pilih Restart The Computer. Pintasan untuk menyegerakan restart, iaitu tanpa proses but semula ialah dengan menekan Shift ketika mengklik OK bagi pilihan Restart The Computer tadi. Kedua-dua kaedah membabitkan beberapa pergerakan, tetapi cara yang paling mudah lagi pantas ialah hanya dua klik pada tetikus. Bagaimanapun persediaan diperlukan untuk mewujudkan fail *.bat pelaksana memulakan sistem dan penetapan mod DOS baginya. Buka Notepad, taip @EXIT, pilih File|Save dan namakan fail itu, misalnya restart.bat. Bagi kemudahan anda, buat shortcut untuk fail tadi pada desktop. Sebelum diguna tanpa masalah, beberapa penetapan mod DOS perlu dibuat: Klik-kanan shortcut tadi, pilih Properties, aktifkan Close On Exit pada pilihan Program, diikuti dengan mengaktifkan MS-DOS mode dan matikan Warn Before Entering MS-DOS Mode pada pilihan Advanced. Dwiklik saja ikon untuk restart Windows anda! Kawalan perkaksan lebih berkesan ADAKAH pengaliran data modem anda sepantas yang boleh ia dan PC kendalikan? Buka Start|Setting|Control Panel|Modem, klik jenis modem yang digunakan dan klik Properties|Connection|Advanced. Dengan Flow Control diaktifkan dalam kotak dialog Advanced Connection Setting yang terbuka itu, adakah Hardware (RTS/CTS) atau Software (XON/XOFF) yang diaktifkan? Antara keduanya, kawalan pengaliran (flow control) perisian kurang cekap dan berisiko tinggi kerana menyertakan aksara kawalan aliran (CTRL-S & CTRL-Q) bersama data yang mungkin menyebabkan alirannya tergendala, hilang atau rosak. Bagi kawalan perkakasan, data dialir kepada sambungan terus menerus antara modem dan talian telefon. Hanya guna kawalan aliran isyarat (flow control) melalui perisian sekiranya tiada kemudahan kawalan menggunakan perkakasan. VENDOR perkakasan PC utama dunia bekerjasama menubuhkan program baru, Kerjasama PC Y2000, bagi memudahkan enterpris dan pengguna membuat penilaian terhadap komputer (PC) serta aplikasinya tersedia untuk Tahun 2000. Kemuncak program Tahun 2000 itu ialah membentuk satu laman web yang menyediakan maklumat mudah difahami mengenai persediaan sistem terhadap tahun 2000. Laman web itu terletak di www.pcy2000.org akan menghubungkan ke semua vendor perkakasan yang terbabit dalam program itu, laman Microsoft Year 2000 dan pelbagai peralatan vendor. Pembentukan laman itu menurut pengurus program itu, Dave Cunningham, khusus untuk pengguna yang bukan pakar PC. "Kami berusaha untuk menjadikan maklumat yang sukar untuk ditafsirkan mengenai persediaan sistem PC bagi Tahun 2000 ke dalam kaedah paling mudah," katanya. Ahli program kerjasama itu ialah Acer, AMI, Compaq, Dell, Fujitsu, Gateway, Hewlett-Packard, IBM, Intel, Toshiba dan Phoenix Technologies Jessic. ((Pix:- VP-210 ... resolusi 110,000 piksel.)) KYOCERA Corporation, Jepun, memperkenalkan telefon video mudah alih pertama dunia, VP-210, yang dilengkapi dengan sebuah kamera video kecil di dalamnya berserta skrin LCD warna dua inci. Ini menjadikan produk itu sebagai telefon tangan komersil pertama dunia yang membolehkan sidang video dilakukan ketika bergerak. Tersedia dengan isyarat audio, VP-210 memancar dan menerima imej dalam masa sebenar pada kadar kira-kira dua kerangka sesaat menggunakan perkhidmatan pangkalan sistem rangkaian sistem persendirian handyphone (PHS) 32kbps. Malah dengan CCD-image pick up, sama dengan yang digunakan dalam kamera digital biasa, VP-210 mempunyai resolusi 110,000 piksel, kira-kira satu per sepuluh berbanding resolusi kamera digital biasa. Telefon yang saiznya seperti telefon mudah alih lain itu juga boleh berfungsi sebagai sebuah kamera yang mana boleh menyimpan sehingga 20 imej Jpg. VP-210 juga berupaya menghantar dan menerima mesej e-mel yang mengandungi imej ke komputer peribadi (PC) atau alat lain melalui Internet menggunakan perkhidmatan e-mel. Eksekutif Pemasaran Kyocera, Hajime Kimura, berkata pengguna boleh menggunakan telefon itu dalam pelbagai cara, bukan hanya untuk berkomunikasi. Malah, sektor perniagaan boleh memanfaatkan keupayaan VP-210 sepenuhnya khususnya dalam pengendalian perniagaan dalam waktu sebenar. "Sebagai contoh, pegawai di tapak pembinaan boleh menunjukkan perkembangan pembinaan secara terus ke ibu pejabat menggunakan telefon itu, kata Kimura. Kyocera merancang memperkenalkan telefon baru itu ke pasaran menjelang akhir Julai depan dengan harga runcit AS$325 (40,000 yen). APAKAH ciri-ciri atau kelebihan/keburukan Microsoft Office 2000 dan Windows 2000. Berapa pula harganya dipasaran tengku-ii@hotmail.com VERSI Office 2000 dan Windows 2000 (Windows NT) baru dihasilkan dengan penekanan ciri berkaitan Internet, terutama untuk merangkai ke Internet, pembinaan dokumen, perkongsian maklumat lebih mudah dan pentadbiran rangkaian bagi Windows 2000. Pengguna juga memerlukan Windows 98 untuk menggunakan Office 2000. ((Pix:- Chan ... maklumat berkualiti.)) CARTIER Malaysia (Cartier) memperkenalkan kemudahan perkhidmatan secara elektronik bagi membolehkan pengguna terutama peminatnya mencapai maklumat terkini mengenai produk jenama berkenaan pada laman web. Laman itu di www.cartier.com memanfaatkan teknologi prosesor Pentium III Intel Corp. (Intel) bagi membolehkan produk yang diperkenalkan lebih menarik dan lebih interaktif. Melalui penggunaan teknologi berkenaan, produk Cartier, khususnya jenama jam yang baru diperkenalkan, Tank Basculante, dapat dilihat secara tiga dimensi (3D), kata Pengurus Reka Bentuk Intel Electronics Malaysia, Terence Chan. Penggunaan teknologi Intel ini membolehkan pengguna mendapat maklumat berkualiti tinggi Cartier di Internet di samping lebih interaktif, ujarnya. "Pentium III menyediakan kemudahan 3D mewah yang memberi pengguna ruang mendapat maklumat produk yang diingini secara terperinci," katanya di majlis pelancaran laman itu di Kuala Lumpur, minggu lalu. Laman berkenaan dibangunkan oleh Mappemonde Multimedia, Paris dengan kerjasama Fi Systems, menggunakan teknologi animasi terkini iaitu Flash 3, Blaxxun, Quicktime 3 dan Shockwave Director. Pengurus Negara Cartier Malaysia, Walis Ismail, berkata pengenalan laman itu bertepatan dengan perkembangan industri IT yang pesat berkembang kini. ((Pix:- Bandar bestari ... Masjid Putra di pusat pentadbiran Persekutuan.)) KEUNIKAN bandar raya pintar Cyberjaya ialah wujudnya majlis perbandaran siber yang dikenali sebagai Pusat Kawalan Bandar Raya Megajaya (CCC) yang menjadi nadi mengawal keseluruhan aktiviti penduduk bandar raya berkenaan. Pengarah Urusan GTM Holdings Sdn Bhd (GTM), Md Elham Hasan, berkata konsep CCC ialah mengurus, mengawal dan memantau segala aktiviti di Cyberjaya menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). "Keseluruhan konsep CCC ialah bagi memastikan perniagaan, perdagangan dan penduduk memperolehi perkhidmatan bersepadu dengan pelbagai kemudahan dengan sokongan sistem rangkaian komputer menggunakan lebar jalur," katanya di Cyberjaya, minggu lalu. Menurutnya, perkhidmatan bersepadu yang disediakan ialah kemudahan awam, penangkutan, telefon awam dan perkhidmatan tambah nilai seperti membeli belah dari rumah, perbankan elektronik, teleperubatan dan sekolah bestari. Sebagai majlis perbandaran siber CCC akan melaksanakan pengurusan dan mengawal pelbagai aktiviti membabitkan kemudahan awam seperti sistem pengurusan lalu linta yang memanfaatkan Sistem Kedudukan Global (GPS). "Melalui sistem ini, pengguna akan dapat mengetahui maklumat mengenai masa bas tiba, jadual bas, kawasan sesak, lampu isyarat yang rosak dan pergerakkan lori yang mengangkut barangan berbahaya," katanya. Dengan menggunakan Sistem Kawalan Seliaan dan Pemerolehan Data (Scada dan telemetri, CCC dapat melaksanakan pengebilan dan pembayaran bil, kerosakan, penyelenggaraan dan pengawasan secara elektronik kemudahan awam seperti elektrik, air dan telefon. Menurutnya, melalui kaedah ini pengguna tidak lagi perlu beratur untuk membayar bil sebaliknya mereka boleh melakukannya secara terus menggunakan komputer di rumah. Bagi memastikan keselamatan penduduk Cyberjaya terjamin maka CCC menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan yang beroperasi 24 jam, termasuk laporan kebakaran. Ketika ini GTM sedang giat memasuk dan menukarkan data Sistem Maklumat Geografi penduduk ke dalam bentuk digital untuk tujuan memudahkan rujukan, tambah beliau. ((Pix:- Pawar ... pemangkin industri IT.)) NIIT Ltd (NIIT), yakin melalui penyediaan eMPOWER-IT enterpris besar mampu mengatasi masalah pembangunan tenaga kerja dengan berkesan secara memanfaatkan sepenuhnya rumusan Latihan Berasaskan Teknologi (TBT). eMPOWER-IT yang sudah diuji di 25 negara adalah rumusan berintegrasi meluas enterpris bagi sektor perniagaan besar dan pertama kali diperkenalkan di Malaysia bagi rantau Asean. Pengenalan rumusan teknologi ini mampu menyokong inisiatif pembangunan teknologi maklumat (IT) korporat di seluruh dunia, kata Pengarah Urusan NIIT, Rajendra S Pawar. Pawar yang dianugerahkan sebagai Tokoh IT Tahun 1998 oleh Dataquest India, melancarkan rumusan itu baru-baru ini di Kuala Lumpur. Komponen teknologi utama eMPOWER-IT itu merangkumi kecemerlangan pendidikan dengan pengalaman tinggi NIIT; bahan pendidikan dalam IT dan bidang lain; penggunaan kombinasi teknologi tepat dalam latihan Internet latihan berasaskan komputer dan ILT. "eMPOWER-IT memanfaatkan keupayaan NIIT bagi memenuhi keperluan merancang, menyampaikan latihan, bahan latihan tempatan yang dihasilkan secara dalaman serta keupayaan membantu organisasi dalam proses latihan enterpris" katanya. Pengenalan rumusan itu melambangkan pengalaman tinggi NIIT dalam menghasilkan rumusan latihan IT bagi pelbagai pengguna global bermula daripada analisis keperluan latihan, menghasilkan latihan, persijilan dan pengujian kepakaran. SAYA mempunyai PC 166MHz, cakera keras 1.2GB, dan menggunakan Windows 98. Apakah yang harus dilakukan sekiranya saya ingin menambah satu lagi cakera keras ke dalam PC dan bagaimanakah caranya? ry-riech@yahoo.com KAEDAH melengkapkan cakera telah dijelaskan dengan terperinci dalam keluaran 19 dan 2 Mei. Secara ringkas, saudara perlu mendapatkan satu cakera keras, pastikan cakera mana yang ingin dijadikan cakera utama dan kedua (master dan slave), ubah suis pengubah (jumper) yang bersesuaian dengan pilihan bagi kedua-dua cakera keras, lengkapkan dalam slot yang kosong, sambungkan kabel IDE kedua-dua cakera dan ubah konfigurasi dalam BIOS agar mengenali semua cakera keras. Spesifikasi pengubah cakera boleh didapati pada cakera keras itu sendiri dan pastikan semua kabel dipasan