Pengenalan
IKRAB
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) ditubuhkan pada 8 Oktober 2007 untuk membangunkan kajian akademik dan dasar dalam pelbagai aspek berkaitan rantau Asia Barat. Rantau Asia Barat merangkumi negara-negara seperti Afghanistan, Iran, Iraq, Bahrain, Oman, Qatar, Arab Saudi, Emiriyat Arab Bersatu, Kuwait, Yaman, Jordan, Libya, Lubnan, Syria, Palestine (Gaza dan Tebing Barat), Israel, Turki, Sudan, Mesir (termasuk Semenanjung Sinai) dan Cyprus. Kadangkala Pakistan, Armenia, Azerbaijan dan Georgia juga dikategorikan sebagai berada di Asia Barat. Oleh itu cakupan negara-negara Asia Barat di bawah IKRAB adalah luas, meliputi bukan sahaja negara-negara Arab malah sesetengah negara di Asia Tengah, Asia Selatan, Eropah Mediterranean dan Afrika Utara.
VISI
IKRAB bertekad menjadi pusat kecermelangan terulung dalam penyelidikan dan perundingan berkaitan rantau Asia Barat
MISI
Menjadi pusat rujukan dalam penyelidakan ilmiah, dasar dan strategik serta melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai bidang berkaitan Asia Barat
TAHUN PENUBUHAN
8 OKTOBER 2007
BIDANG KAJIAN
Bidang kajian institut ini dibahagikan kepada empat:
- Sejarah dan Tamadun Asia Barat
- Politik, Pendidikan dan Hubungan Antarabangsa
- Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa
- Sains dan Teknologi






