Hasil Pembelajaran Program Sarjana


IKRAB menetapkan beberapa hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh siswazah Sarjana iaitu untuk melahirkan graduan yang mampu:

  • Menguasai dan mengaplikasi ilmu pengetahuan dalam bidang kajian Asia Barat;
  • Menunjukkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kefahaman lanjutan atau tambahan daripada tahap Sarjana Muda dan membangun atau mengguna idea dalam konteks penyelidikan;
  • Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang pengajian dengan mengambil kira situasi semasa dan konteks multidisiplin;
  • Mendemonstrasikan pengetahuan, rumusan dan rasionalnya kepada pakar dan masyarakat umum;
  • Menilai dan membuat keputusan secara sistematik serta bertanggungjawab dari segi sosial, akhlak dan etika;
  • Memimpin, mentadbir dan bekerja dalam satu pasukan dengan efektif.
 

 


 

Versi Mobile | Ikuti Kami