Soalan Lazim
Soalan Lazim
1. Apakah itu IKRAB?
Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) adalah sebuah Pusat Kecemerlangan yang menjalankan kajian berkaitan Asia Barat dan telah ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2007.
Kini IKRAB telah menawarkan program siswazah penyelidikan di peringkat Sarjana dan PhD yang melibatkan kajian berkenaan rantau Asia Barat dalam bidang-bidang berikut:
- Sejarah dan Peradaban
- Politk dan Hubungan Antarabangsa
- Pembangunan Ekonomi
- Sains dan Teknologi
2. Siapakah tenaga pakar di IKRAB?
- Prof. Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek
Al-‘ Aliya , M.A.(al- Azhar ); Ph.D.(Malaya)
Metodologi Dakwah; Kesenian dan Budaya
- Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani
B.A(Hons) (al-Azhar); SPI(UKMalaysia); Ph.D.(Manchester)
Sejarah Ekonomi Timur Tengah; Mediterranean & Levant; Historiografi Islam; Sejarah & Tamadun Islam Zaman Awal & Pertengahan
- Prof. Dr. Badlihisham Mohd. Nasir
B.A Sarjana Muda Pengajian Islam; M.A., Ph.D. Centre For The Study Of Islam And Christian-Muslim Relation (Birmingham) Dakwah Dan Gerakan Islam
- Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim
B.A(Hon) (USM); M.A.(Minnesota); Ph.D.(UKMalaysia)
Kewartawanan dan Komunikasi Antarabangsa
- Prof. Dr. Noor Inayah Bt Yaa’kub
LLB(Hons) & LLB (Syariah) (Hons) (IIUMalaysia); LLM(Bristol); Ph.D.(Manchester) Perbandingan Perbankan dan Perbankan Islam, Syariah, Pemindahan Teknologi dari Perspektif Perundangan
- Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff
SmSa(UKMalaysia); MLitt., Ph.D.(Edin)Asia Barat Moden; Sejarah dan Peradaban Islam
- Prof. Madya Dr. Khalim Zainal
B.A.(Hons)(USM); M.Ed(UTM); Ph.D.(UPM)
Pentadbiran Pendidikan; Pengurusan Tingkah Laku; Kepimpinan Pendidikan
- Prof. Madya Dr. Mohamad Abdul Hamid
BBA(Hons)(Insurance), (UiTM); MBA(Finance) (UPM); Ph.D.(Islamic Banking and Finance) (IIUM)
Kewangan & Perbankan Islam
- Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron
Dip. Islamic Studies(KUSZA); BA(Hons) (UKMalaysia); MCL(UIA); Ph.D.(Univ. of Jordan)
Ekonomi Islam; Tamadun Islam
- Prof. Madya Dr. Mohd. Nizam Ab. Rahman
BSc(Hons) UTM, MTechMgmt (UTM), Ph.D.(Nottingham)
Pengurusan Kualiti dan Operasi
- Prof. Madya Dr. Zaini Nasohah
Sm.P.I(Hon)(UKMalaysia); S.P.I(UKMalaysia); Ph.D.(Malaya)
Perundangan Islam; Pentadbiran Undang-undang Islam di Malaysia; Undang-undang Keluarga Islam
- Prof. Madya Dr. Zamri Arifin
Cert. of Islamic Studies (Kuwait); BA (Hons.), M.A. (UKMalaysia); Ph.D. (Wales)
Bahasa dan Kesusasteraan Arab (Zaman Abbasiyyah dan Andalus); Prosa Arab (al-Jahiz)
- Prof. Madya Dr. Zinatul Ashiqin Zainol
LLB(IIUM), LLM(Intellectual Property) (Lond.,); Ph.D.(IIUM)
Undang-undang dan Polisi Harta Intelek; Undang-undang dan Polisi Inovasi
- Dr. Ahmad Muhammad Husni
B.A; M.A. (UIA); Ph.D. (UKMalaysia)
Fiqh Muqaran; Perundangan Islam
- Dr. Eeman Muhammad Abbas
B.A(Hons)(Baghdad); Dip. Sej. Moden(Cairo); M.A. (Punjab); Ph.D.(Malaya)
Sejarah & Tamadun Islam Era Uthmaniyah
- Dr. Ermy Azziaty Rozali
Sm.P.I. (Kep.); S.P.I. (UKMalaysia); Ph.D.(Malaya)
Sejarah & Tamadun Islam; Uthmaniyyah dan Alam Melayu
- Dr. Ibnor Azli Ibrahim
Al-’Aliya(Medina, KSA); M.A.(UKMalaysia); Ph.D.(IIUM)
Kehakiman Islam; Falak Syarie
- Dr. Kamarulzaman Abdul Ghani
B.A (al-Azhar); M.A.(Cairo); Ph.D.(Malaya)
Pendidikan Bahasa Arab, Linguistik Arab dan Pendidikan Islam
- Dr. Kaseh Hj. Abu Bakar
BA(Hons) (Muhammad al-Khamis, Morrocco); Dip. Ed. (UIAM); M.Ed(Pittsburgh);Ph.D.(UIAM)
Linguistik Arab; Pengajaran Bahasa Asing; Pengukuran & Penilaian
- Dr. Sahilah Abd. Mutalib
BSc(Hon), MSc(Microbiology)(Malaya); MSc(Biotechnology), Ph.D.(Molecular Biology)(UPMalaysia)
Molekular Biologi/Mikrobiologi Makanan
- Dr. Shofian Ahmad
BA(Hons) Shari’ah(al-Azhar); M.A. Islamic Economy (Yarmouk); Ph.D. Syariah & Law(Malaya)
Muamalat; Ekonomi & Kewangan Islam
- Dr. Tamat Sarmidi
BEcon(Hon.)(IIUMalaysia); MSc(Econ)(UPMalaysia); Ph.D.(Leicester)
Kewangan Antarabangsa ; Liberalisasi Kewangan di Pasaran Baru
- Ahmad Rafizi Salleh
BA(Madinah); Med(Leeds)
Tamadun Islam dan Teknologi Maklumat dalam Bahasa Arab
- Ezad Azraai Jamsari
Sm.P.I.(Kep); S.P.I. (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) (UKMalaysia)
Sejarah Politik Islam Abad Awal dan Pertengahan (Nasri); Sejarah dan Tamadun
Islam Abad Awal dan Pertengahan (Andalusi dan ‘Uthmani); Sejarah Ketenteraan Islam
- Maznah Hj. Ibrahim
BA (Wilmington); MEd(TEFL) (Wales); Dip. General Translation (ITNM)
Wanita dan Pembangunan; Pembelajaran dan Pengajaran<
- Prof. Dr. Wan Mohtar Wan Yusoff
BSc.(Hon)Chem. Eng.(Leeds); Ph.D.(QEC, London)
Teknologi Fermentasi; Bioteknologi Industri; Reka Bentuk Loji Rawatan Air Buangan
- Prof. Madya Dr. Mohd. Zaidi Omar
B.Eng(London); MSc(Loughborough); Ph.D.(Sheffield)
Pemprosesan Bahan Logam; Metalurgi; Pendidikan Kejuruteraan
- Prof. Madya Dr. Redzuan Othman
SmSa (UKMalaysia); MS (Nebraska); Ph.D. (West Virginia)
Pelancongan; Ekonomi Sumber
- Prof. Madya Ruhanas Harun
BA( Hons.) (Malaya); M.A. (Sorbonne-Paris 1); Diploma in Political Studies (Institute of Political Studies, Paris); Diploma in Translation(Malaya)
Hubungan Antarabangsa (Dasar Luar & Keselamatan Negara, Regionalisme);
Politik Asia Tenggara & Asia Bara
- Prof. Madya Dr. Sanep Ahmad
BEc (Malaya); MA (Manchester); Ph.D. (Islamabad)
Ekonometrik ; Ekonomi Islam; Ekonomi Matematik
- Wahibah Twahir @ H.Tahir
M.A.(Malaya)
Aqidah & Sejarah Pendidikan Islam
- Fadhilah Mustapha
BSc(Biokimia); MIT(UKMalaysia)
- Mohd. Shaiful Ramze Endut
BSc(Physics); MSc(Applied Physics) (UKMalaysia)
- Rony Caniago Isman
BEcon;MS(UKMalaysia
3. Apakah syarat minimum kemasukan di IKRAB?
Ijazah Sarjana
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM; atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.75 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja; atau
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.50 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja.
Ijazah Doktor Falsafah
- Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM
4. Apakah keperluan bahasa untuk melanjutkan pengajian di IKRAB?
Bagi calon dari luar negara, keperluan bagi Bahasa Inggeris ialah lulus TOEFL (minimum 550) atau IELTS (minimum band 5)
5. Apakah jenis pengajian di IKRAB?
- Pengajian Sarjana dan PhD dilakukan dalam bentuk penyelidikan.
- Pengurniaan Ijazah
- Ijazah diberikan kepada calon yang berjaya berdasarkan:
- Syarat yang ditetapkan oleh Pusat Pengurusan Siswazah Universiti.
- Syarat yang ditetapkan oleh IKRAB.
- Diperakui supaya diberi ijazah berkenaan oleh Lembaga Pemeriksa Siswazah dan diluluskan oleh Senat.
- Menjelaskan segala bayaran yang telah ditetapkan.
6. Berapakah tempoh pengajian Di IKRAB?
|
Program |
Sepenuh Masa |
Separuh Masa |
|
Ijazah Sarjana |
3-6 semester |
4-8 semester |
|
Ph.D |
6-10 semester |
8-12 semester |
7. Bagaimana untuk memohon?
Calon yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian di www.ukm.my/application/pps. Borang permohonan juga boleh diperolehi dari Pusat Pengurusan Siswazah. Permohonan juga boleh dibuat dengan memuat turun borang dari laman berikut www.ukm.my/pps. Borang yang telah lengkap beserta dokumen sijil yang berkaitan boleh dihantar kepada:
Pengarah
Pusat Pengurusan Siswazah
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Dokumen yang diperlukan perlu dihantar dalam dua salinan. Setiap permohonan mestilah disertakan yuran proses permohonan sebanyak RM20.00 bagi warganegara Malaysian (USD 30.00) atau RM100.00 bagi bukan warganegara Malaysia. Bayaran hendaklah dibuat secara Kiriman Wang Pos/Bank Draf dan dibayar atas nama Bendahari UKM no akaun 1218-0005004-05-8 (CIMB Bank Berhad)
Tel : 603-8921 5338/4515/4516
Fax: 603-89252699
E-mail: Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya , Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya




