Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM
Pengajaran dan pembelajaran sedang mengalami perubahan besar selepas penguatkuasaan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Kongres ini adalah merupakan perkongsian pengalaman, penyelidikan dan amalan terbaik di kalangan kakitangan akademik UKM. Perkongsian ini adalah melibatkan pengajaran & pembelajaran, pengukuran & penilaian, penyeliaan dan pembangunan profesional kakitangan akademik. Kongres tahun ini merupakan kongres ke-3 diadakan dan untuk tahun ini ianya dibuka kepada semua IPTA untuk mengambil bahagian.