Kursus Kemahiran Maklumat
PENGENALAN
Kursus Kemahiran Maklumat (KKM) adalah program perkhidmatan bimbingan dan pendidikan kepada pelanggan perpustakaan. Matlamat utama adalah untuk membina kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara berkesan serta membimbing pelanggan supaya mampu mengguna bahan dan perkhidmatan Perpustakaan dengan cekap, berkesan dan berdikari. Kursus Kemahiran Maklumat dijalankan secara berterusan dan ditawarkan kepada semua pelajar dan kakitangan UKM. Kursus ini dijalankan dalam 2 kaedah iaitu :
OBJEKTIF KKM
- Memberi pendedahan kepada pelanggan Perpustakaan cara menggunakan perkhidmatan, kemudahan dan koleksi Perpustakaan.
- Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.
- Membina keupayaan mengenalpasti dan mengakses maklumat daripada pelbagai sumber bercetak dan elektronik.
- Membina keyakinan diri dalam memperolehi ilmu dan maklumat untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
- Membina kemahiran untuk membuat ulasan kepustakaan/penyelidikan perpustakaan dalam bidang kajian.
- Membina kemahiran untuk membuat sebutan (citation) bagi setiap bahan yang dirujuk.
- Membina budaya pendidikan sepanjang hayat.
SENARAI MODUL KKM
Kursus kemahiran Maklumat Perpustakaan diadakan pada setiap bulan secara berjadual dan mengikut permintaan. Kursus ini dijalankan untuk pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa . Kursus Kemahiran Maklumat Perpustakaan dibahagikan kepada lima modul iaitu :
-
Modul 1 : Kursus Kemahiran Maklumat Perpustakaan
-
Modul 2 : Kursus Kemahiran Maklumat Mengikut Sumber
-
Modul 3 : Kursus Kemahiran Maklumat Mengikut Bidang
-
Modul 4 : Kursus Kemahiran Maklumat Mengikut Permintaan
-
Modul 5 : Kursus Kemahiran Maklumat Mengikut Koleksi
PENDAFTARAN
Semua urusan pendaftaran kursus boleh dilakukan di Meja Penasihat Pembaca, Aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang atau hubungi talian :
03-89213446/4732 / 5575 .Sebarang pertanyaan sila hubungi di atas atau emelkan kepada :
Perpustakaan Tun Seri Lanang
Puan Lela Ruzma Mohd Shaari E-mel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 603- 89214732
Puan Shaizimah Badri E-mel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 603-8921 5575
Puan Nor Asiah Mohamad E-mel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 603-8921 5818
Perpustakaan Undang-Undang
Puan Norliah Sukarno E-mel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 603-8921 6391
Perpustakaan Pusat Perubatan UKM
Encik Azman Idris E-mel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 603-9145 5336
Encik Azlan Mohd Hamzah E-mel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 603-9145 5337
Perpustakaan Dr. Abdul Latif
Cik Mariati Embong E-mel :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Tel : 603-9289 7098
KEMBALI KE LAMAN UTAMA
MODUL 1: KURSUS KEMAHIRAN PERPUSTAKAAN
Modul ini adalah khusus untuk pelajar- pelajar baru (pra siswazah dan pasca siswazah), kakitangan akademik baru dan juga pelawat-pelawat. Kursus ini memberikan panduan serta kefahaman kepada prasarana perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan secara umum. Senarai Kursus adalah seperti berikut :
-
LS 01 Pelawat – lawatan premis & lokasi
-
LS 11 Pelajar baru pra siswazah
-
LS 21 Pelajar baru pasca siswazah
-
LS 31 Pensyarah baru
MODUL 2: KURSUS KEMAHIRAN PERPUSTAKAAN
Modul ini mengandungi kursus yang membimbing pelanggan perpustakaan mengakses sumber rujukan secara amali. Senarai Kursus adalah seperti berikut :
- LS41 : Kursus Kemahiran Maklumat GEMILANG
- LS42 : Kursus Kemahiran Maklumat Elektronik : Portal e-Jurnal & Koleksi Digital UKM
- LS45 : Kursus Kemahiran Maklumat Koleksi Digital UKM (KDUKM )
- LS46 : Kursus Kemahiran Maklumat Portal e-Jurnal
- LS47 : Kursus Kemahiran Maklumat Tesis
- LS49 : Kursus Kemahiran Maklumat Penyediaan Bibliografi (Perisian EndNote)
MODUL 3: KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT MENGIKUT BIDANG
Modul ini mengandungi kursus-kursus yang membimbing pelanggan perpustakaan mendapatkan maklumat berdasarkan displin pengajian dengan kaedah yang betul. Senarai Kursus adalah seperti berikut :
- LS 51 Kursus Kemahiran Maklumat Sains Sosial
- LS 52 Kursus Kemahiran Maklumat Ekonomi dan Pengurusan
- LS 53 Kursus Kemahiran Maklumat Sains dan Teknologi
- LS 54 Kursus Kemahiran Maklumat Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan
- LS 55 Kursus Kemahiran Maklumat Islam
- LS 56 Kursus Kemahiran Maklumat Pendidikan
- LS 57 Kursus Kemahiran Maklumat Perubatan
- LS 58 Kursus Kemahiran Maklumat Undang-Undang
MODUL 4: KURSUS PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN MENGIKUT PERMINTAAN
Modul ini berdasarkan permohonan dari Fakulti atau Universiti. Ini umumnya ditujukan kepada pelajar yang akan membuat projek, latihan ilmiah ataupun tesis. Di peringkat Universiti pula ianya adalah sebahagian daripada program SLAB untuk tenaga akademik/pegawai yang akan bercuti belajar. Senarai Kursus adalah seperti berikut :
- LS 61 : Kursus Penyelidikan Perpustakaan I ( Pra siswazah)
- LS 62 : Kursus Penyelidikan Perpustakaan II (Pasca siswazah)
- LS 71 : Kursus Kaedah PenyelidikanI (SLAB )
MODUL 5: KURSUS PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN MENGIKUT KOLEKSI
Modul ini mengandungi kursus-kursus yang membimbing pelanggan untuk menggunakan bahan-bahan di koleksi berkenaan dengan lebih berkesan. Kursus ini termasuk amali pencarian melalui GEMILANG dan lawatan ke koleksi. Senarai kursus adalah seperti berikut :
· Koleksi Arab dan Tamadun Islam
· Koleksi Dokumen
· Koleksi Media
· Koleksi Jurnal (bercetak)
· Koleksi Arkib, Galeri dan Khas
|