Pembekalan Penerbitan
Pelanggan boleh meminjam atau mendapatkan bahan-bahan yang tidak terdapat di Perpustakaan UKM dari institusi lain dari dalam dan luar Negara. Antara Perpustakaan yang menyertai sistem ini termasuklah British Library, semua Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), semua Perpustakaan yang menjadi ahli Sistem Pembekalan Penerbitan yang dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan dari institusi lain yang dicadangkan oleh pelanggan.
KELAYAKAN MEMOHON
Keutamaan mendapatkan perkhidmatan ini diberi kepada ahli akademik/ikhtisas/pentadbiran, pelajar pasca siswazah dan pelajar-pelajar tahun akhir.
CARA MEMOHON
Pelanggan diminta mengisi borang permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan (PAP) dengan memberi maklumat yang lengkap dan tepat mengenai bahan yang diperlukan. Borang boleh didapati di Meja Penasihat Pembaca atau di kaunter Bahagian Perkhidmatan Pelanggan di aras 4, Perpustakaan Tun Seri Lanang. Permohonan akan dihantar ke institusi dalam negeri dan juga ke luar negara. Pemohon akan dikenakan bayaran kos bahan yang dibekalkan serta bayaran perkhidmatan.
JANGKAMASA PENERIMAAN BAHAN
Jangkamasa penerimaan bahan ialah di antara 1 minggu hingga 3 minggu. Pelanggan akan dihubungi melalui e-mel atau telefon sekiranya bahan telah diterima daripada institusi pembekal. Tempoh pinjaman bahan tersebut pula adalah selama 2 minggu.
BAYARAN PERKHIDMATAN SPP
Bahan dari Dalam negara PERCUMA untuk semua permohonan artikel dan buku.
Bahan dari Luar Negara
- Ahli Akademik
|
JENIS BAHAN
|
BAYARAN
|
|
Artikel
|
PERCUMA untuk 5 artikel setahun Artikel yang keenam dan seterusnya – RM10.00 (per artikel)
|
|
Buku
|
RM20.00 (per buku)
|
- Pelajar Pra Siswazah Tahun Akhir dan Pasca Siswazah
|
JENIS BAHAN
|
BAYARAN
|
|
Artikel
|
PERCUMA untuk 3 artikel setahun Artikel yang keempat dan seterusnya – RM10.00 (per artikel)
|
|
Buku
|
RM20.00 (per buku)
|

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Puan Rohana Mahmood Tel: 603 8921 5388 e-mel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Puan Hamudah Hashim Tel: 603 8921 5817 e-mel:
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
|