real estate menu left
real estate menu right


 

Web Mobile
Imbas kod QR dengan telefon pintar anda

 

Log Masuk Portal e-Jurnal
ID Pengguna
Kata Laluan

Ahli Sahaja

Pengumuman

Sesi Latihan Pangkalan Data EBSCOhost 2013 Tarikh: 20 Mei 2013 (Isnin) Masa : 2.30 - 4.3 ptg Tempat: Makmal Latihan, Aras 4,PTSL


Perpustakaan Cabang



Perpustakaan Alam & Tamadun Melayu.

Perpustakaan Alam & Tamadun Melayu (PATMA) merupakan sebuah perpustakaan penyelidikan yang mengkhusus dalam bidang pengajian alam dan tamadun Melayu iaitu suatu bidang yang menjadi penyumbang utama terhadap Pengajian Asia Tenggara. Ditubuhkan pada tahun 1982, PATMA bertempat di Aras 2 dan Aras 3, Bangunan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Matlamat utama perpustakaan ini ditubuhkan ialah untuk membantu usaha Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dalam mengumpul, memperkaya serta mendokumentasikan bahan yang berkaitan dengan alam dan tamadun Melayu. Kini setelah usianya lebih satu dekad, PATMA bertekad untuk menjadi sebuah perpustakaan penyelidikan yang mapan dan terkehadapan.



Perpustakaan Undang-undang.

Sejarah penubuhan Perpustakaan Undang-Undang bermula dengan penubuhan cawangan dan koleksinya pada bulan Mac 1985 di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Kini cawangan ini telah memperolehi bangunannya sendiri dan mula beroperasi sebagai Perpustakaan Cabang pada bulan Jun 1996. Penubuhan Perpustakaan Undang-Undang adalah untuk menampung keperluan pelajar dan pensyarah Fakulti Undang-Undang di samping memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang memerlukan bahan undang-undang. Pada dasarnya Perpustakaan Undang-Undang memiliki koleksi yang terdiri dari statut, laporan undang-undang, bahan terbitan bersiri, buku teks dan buku am undang-undang. Selain dari itu, Perpustakaan Undang-Undang juga memiliki Koleksi Hooker, latihan ilmiah oleh pelajar-pelajar Fakulti Undang-Undang dan Koleksi Pandang Dengar.

 

Perpustakaan Pusat Perubatan UKM.

Perpustakaan Pusat Perubatan UKM memulakan perkhidmatannya pada Julai 1997. Perpustakaan ini menyediakan sumber maklumat yang berkualiti, kemudahan serta perkhidmatan bagi menyokong pembelajaran, pengajaran dan aktiviti penyelidikan bagi semua fakulti yang berada di Kampus Kesihatan UKM. Dengan keluasan 20,000 kaki persegi, Perpustakaan ini boleh memuatkan lebih kurang 200 orang pengguna.

 

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff.

Perpustakaan Dr. Abdul Latiff UKM (PDAL) telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk memberi perkhidmatan bagi menyokong proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (1991) dan Fakulti Pergigian (1996). Perpustakaan ini dikenali dengan nama Perpustakaan Perubatan sejak ia mula ditubuhkan dan mulai 25 November 2005, perpustakaan ini secara rasminya telah bertukar nama kepada Perpustakaan Dr. Abdul Latiff. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membina koleksi bahan-bahan serta memberi perkhidmatan maklumat dalam bidang Perubatan, Sains Kesihatan dan Pergigian bersesuaian dengan tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UKM Kampus Kuala Lumpur. Bangunan 3 tingkat PDAL dengan keluasan 3716 meter persegi menyediakan kira-kira 400 tempat membaca.

 

WAKTU PEMBUKAAN 
(SEMESTER II)
SESI 2012/2013
19 FEB -31 MEI 2013

ISNIN - JUMAAT

8.00 PAGI - 10.30 MALAM

SABTU-AHAD

10.00 PAGI - 5.00 PTG

SABTU MINGGU PERTAMA,CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI SELANGOR

TUTUP



Terkini PTSL

ptsl2ukm: RT @SantapanMinda: Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri. #motivasi

Jom Sertai Kami

 

Video Pilihan



Get the Flash Player to see this player.

time2online Extensions: Simple Video Flash Player Module

Kalendar Aktiviti Perpustakaan

Isn Mei 20 @ 2:30PM - 04:30PM
Latihan Pangkalan Data EBSCOhost 2013

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox,dengan resolusi 1024x768. [Penafian] [Dasar Privasi] [Maklum Balas] [Dasar Keselamatan] Hakcipta © 2013
Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan,Malaysia
603-89213446 (TEL) 603-89256067 (FAKS) kpustaka@ukm.my webptsl@ukm.my
Kemaskini: 20 Sept 2012
Free Hit Counters
Visitors Counter