|
Koleksi Asia Tenggara
Bahan-bahan dalam koleksi akses terhad ini meliputi pelbagai bidang perkara termasuk agama, bahasa, kesusasteraan, sejarah, politik, sosiologi, ekonomi, kebudayaan, undang-undang, pendidikan serta sains dan teknologi. Pemilihan bahan-bahan ini adalah berdasarkan kepada kawasan iaitu negara-negara di kawasan Asia Tenggara yang terdiri dari Malaysia, Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Bahan-bahan yang terdapat dalam koleksi ini antaranya ialah buku, tesis pasca siswazah dan kertas kerja persidangan / seminar. Bahan-bahan merangkumi penerbitan dalam Bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Belanda dan sedikit dalam bahasa-bahasa lain.
|