
SOALAN
LAZIM PERPUSTAKAAN (FAQ)
===========================================================================
Soalan lazim perpustakaan (libraries FAQ) adalah merupakan koleksi-koleksi soalan lazim yang sering ditanya oleh pelanggan perpustakaan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan UKM.
n KEAHLIAN
n PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN
n PERKHIDMATAN PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN/SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN
n KURSUS KEMAHIRAN MAKLUMAT PERPUSTAKAAN
Maklumat lanjut, sila hubungi :
Meja Penasihat Pembaca PTSL
Bahagian Perkhidmatan Maklumat
No. Telefon : 03-89213446
========================================================================================================================
S. Bilakah perpustakaan dibuka? ( kembali ke atas)
J. Waktu pembukaan Perpustakaan Tun Seri Lanang adalah seperti berikut :
|
Semasa semester |
Waktu pembukaan |
|
Isnin - Jumaat |
8.00 am – 10.30 pm |
|
Sabtu |
10.00 – 5.00 pm |
|
Ahad |
10.00 – 5.00 pm |
|
Sabtu Minggu pertama |
TUTUP |
|
Cuti Antara semester |
Waktu pembukaan |
|
Isnin - Jumaat |
8.00 am – 7.00 pm |
|
Sabtu |
10.00 – 5.00 pm |
|
Ahad |
10.00 – 5.00 pm |
|
Sabtu Minggu pertama |
TUTUP |
Mulai dua minggu sebelum minggu peperiksaan, Perpustakaan akan dibuka sehingga jam 11.00 malam termasuk hari Sabtu dan Ahad.
Perpustakaan akan ditutup pada hari Kelepasan Am Negeri
S. Bilakah masa perkhidmatan Kaunter Pinjaman/Pemulangan dibuka? ( kembali ke atas)
J. Waktu perkhidmatan di Kaunter Pinjaman/Pemulangan (Aras 4) adalah seperti dalam jadual di bawah :
|
Semasa semester |
Waktu |
|
Isnin - Jumaat |
8.30 am – 9.45 pm |
|
Sabtu |
10.30 – 4.30 pm |
|
Ahad |
10.30 – 4.30 pm |
|
Sabtu Minggu pertama |
TUTUP |
|
Cuti Antara semester |
Waktu |
|
Isnin - Jumaat |
8.30 am – 6.30 pm |
|
Sabtu |
10.30 – 4.30 pm |
|
Ahad |
10.30 – 4.30 pm |
|
Sabtu Minggu pertama |
TUTUP |
|
Waktu Pinjaman Bermalam Bahan Tanda Merah |
|
|
Isnin - Jumaat |
4.00 pm – 9.45 pm |
|
Sabtu – Ahad |
20.00 – 4.00 pm |
S. Bilakah waktu pembukaan siber@PTSL?
J. Waktu pembukaan siber@PTSL adalah seperti berikut :
|
Semasa semester |
Waktu |
|
Isnin - Khamis |
8.30 am – 10.00 pm |
|
Jumaat |
10.00 am – 12.15 pm 12.15 pm - 2.45 pm (Tutup) 2.45 pm - 10.00 pm |
|
Sabtu - Ahad |
10.00 am – 1.00 pm 2.00 pm - 5.00 pm |
|
Ahad |
10.00 pm - 5.00 pm |
S. Bagaimanakah caranya jika saya ingin menjadi ahli Perpustakaan? ( kembali ke atas)
J. Keahlian Perpustakaan terbahagi kepada 2 kategori iaitu keahlian pelajar dan kakitangan UKM.
1. Keahlian Pelajar dan Kakitangan UKM
Keahlian Perpustakaan adalah secara automatik. Sekiranya rekod pelanggan tiada dalam sistem perpustakaan, borang keahlian perlu diisi.
Borang boleh didapati di Bahagian Perkhidmatan Pelanggan atau di Meja Penasihat Pembaca.
2. Keahlian Luar Perpustakaan UKM
Urusan pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Am, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan pada waktu pejabat. Pemohon perlu mengisi Borang
Permohonan Keahlian dengan menyertakan 2 keping gambar berukuran pasport.
Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian perpustakaan, sila klik di sini.
S. Saya merupakan seorang pelajar dari kolej swasta/universiti swasta. Bolehkah saya menggunakan Perpustakaan UKM?
J. Anda dibenarkan menggunakan perpustakaan dengan bayaran RM20.00 sehari yang dikira sebagai ahli harian. Anda boleh menggunakan semua
perkhidmatan kecuali pinjaman bahan.
PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN ( kembali ke atas)
KELAYAKAN PINJAMAN
S. Berapakah bilangan buku yang layak saya pinjam?
J. Bilangan buku yang layak anda pinjam adalah mengikut kategori keahlian perpustakaan anda. Sila klik maklumat keahlian untuk maklumat lanjut.
TEMPAHAN BAHAN
S. Bagaimanakah cara untuk menempah buku yang sedang dipinjam?
J. Tempahan boleh dilakukan apabila buku yang diperlukan sedang dalam pinjaman (ada tarikh luput pada Status) dan pelanggan layak membuat pinjaman
jika tidak mempunyai denda yang belum dibayar. Berikut dinyatakan beberapa langkah yang perlu dilakukan:
Klik Item untuk mendapatkan maklumat lengkap bahan
Klik butang Request (Skrin Request akan dipaparkan)
Masukkan Nombor Patron (nombor yang tercatat disebelah barcode kad kampus (contoh: 3033456 / 1102345 / 5003455 / 6071234)
Abaikan ruangan “Minimum circulation period”
Klik Submit (Skrin “Your hold has been successfully processed“ dipaparkan – semak maklumat yang dipaparkan adalah betul))
Klik OK
S. Bilakah saya boleh mengambil buku yang sudah ditempah?( kembali ke atas)
J. Semak rekod anda di GEMILANG (http://gemilang.ukm.my) dari semasa ke semasa untuk mengetahui status buku yang ditempah. Anda boleh
mengambil/meminjam buku tersebut jika status ‘pending’ telah bertukar ke ‘Available for pickup’.
MEMPERBAHARUI PINJAMAN ( kembali ke atas)
S.
Bagaimana saya boleh lanjutkan tempoh pinjaman buku
secara online?
J. Anda boleh memperbaharui pinjaman secara online melalui internet di
GEMILANG (http://gemilang.ukm.my)
. Ikuti kaedah berikut :
a) Masukkan patron ID dan password dan klik butang Submit. Anda akan dapat melihat judul-judul yang sedang dipinjam.
b) Klik pada kotak renewal bagi setiap judul yang ingin diperbaharui pinjamannya dan klik renew button.
c) Anda akan diberi tarikh pinjaman yang baru. Sebarang urusan memperbaharui bahan hendaklah dibuat sebelum tarikh pinjaman tamat.
Pembaharuan secara online boleh dibuat sebanyak 3 kali dengan syarat tiada pelanggan lain yang menempah buku tersebut.
S. Bolehkan buku dipulangkan di mana-mana perpustakaan cabang UKM?
J. Boleh.Buku boleh dipulangkan dimana-mana perpustakaan cabang.
JUMLAH DENDA
S. Berapakah denda yang perlu dibayar bagi buku yang lewat dipulangkan?
J. Buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda seperti berikut:
|
Koleksi |
Jumlah Denda |
|
Koleksi Am/Koleksi Islam/Koleksi SBR |
20 sen sehari |
|
Koleksi Tanda Merah |
50 sen sejam atau sebahagian daripadanya |
Denda tidak termasuk cuti Kelepasan Am
BUKU HILANG
S. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Perpustakaan jika buku yang dipinjam hilang?
J. Denda akan dikenakan seperti berikut:
a) Keahlian digantung serta merta sehingga membayar denda menghilang buku
b) Mengganti buku yang sama atau edisi terbaru dan wang proses RM50.00; ATAU
c) Mengganti buku yang sama subjek dan wang proses RM50.00; ATAU
d) Membayar harga buku berkenaan (harga semasa) dan wang proses RM50.00.
ID & PASSWORD PELANGGAN ( kembali ke atas)
S. Siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkan ID dan password bagi mengakses rekod pinjaman, Koleksi Digital UKM dan e-Jurnal
Portal?
J. Anda boleh hubungi Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Aras 4, PTSL di talian 03-89215817 atau Penasihat Pembaca di Aras 4, PTSL di talian
03-89213446.
PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN (PAP) / SISTEM PEMBEKALAN PENERBITAN (SPP) ( ( kembali ke atas)
S. Apakah yang dimaksudkan pinjaman antara perpustakaan ?
J. Pinjaman antara peprustakaan atau Sistem pembekalan penerbitan merupakan satu perkhidmatan yang berasaskan perkongsian maklumat bagi
perpustakaan di Malaysia. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan meminjam bahan asal atau memperolehi bahan salinan yang tidak terdapat di
Perpustakaan UKM. Pelanggan yang layak mendapat perkhidmatan ini boleh memohon bahan yang diperlukan samada dari dalam atau luar negara.
S. Bolehkah saya membuat Pinjaman Antara Perpustakaan ?
J. Boleh sekiranya anda adalah pelajar pra siswazah tahun akhir, pelajar pasca siswazah dan ahli akademik. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
S. Adakah saya perlu membayar sebarang kos untuk mendapatkan perkhidmatan ini ?
J. Tiada kos sekiranya bahan yang dikehendaki adalah buku dari perpustakaan di Malaysia. Hanya bahan daripada luar Negara yang akan dikenakan bayaran
tertakluk kepada kategori pengguna seperti berikut:
|
Kategori |
Kos/kelayakan |
|
Kakitangan Akademik |
Percuma 5 artikel setahun Artikel ke-6 dan seterusnya - bayaran RM10 /artikel Buku - RM20/buku |
|
Pelajar Pra/Pasca |
Percuma 3 artikel/tahun
Artikel 4 dan seterusnya – RM10/artikel |
S. Di manakah urusan Pinjaman Antara Perpustakaan boleh saya lakukan ?
J. Permohonan boleh dibuat melalui e-Klik (permohonan dalam talian) yang dapat diakses melalui pautan pada GEMILANG, laman web perpustakaan atau
menerusi alamat berikut iaitu http://www.eklik.ukm.my/Klik/spp.php. Pemohon hendaklah memilih Borang Permohonan Sistem Pembekalan Penerbitan
(BSPP). Semua maklumat mengenai bahan yang dimohon hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat.
S. Bilakah saya boleh mendapatkan bahan yang dipohon ?
J. Bahan yang dipohon boleh didapati dalam tempoh 1-5 minggu. Bahagian Perkhidmatan Pelanggan akan menghubungi anda untuk memaklumkan mengenai
status permohonan sama ada boleh dibekalkan atau tidak.
KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN ( kembali ke atas)
BILIK TAYANGAN
S. Bolehkan saya menggunakan bilik tayangan untuk menonton VCD/video kaset yang dipinjam di Koleksi media ?
J. Anda boleh menggunakan bilik tayangan ini dengan membuat tempahan di Kaunter Pinjaman Bahagian Koleksi Media. Kemudahan ini disediakan
secara percuma.
BILIK KAREL
S. Bagaimana saya boleh menggunakan kemudahan bilik karel ?
J. Bilik karel disediakan untuk pelajar pasca siswazah dengan bayaran sewa sebanyak RM10.00 dan cagaran RM5.00 sebulan. Urusan penyewaan boleh dibuat
di Pejabat Am, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Aras 4 PTSL. maklumat lanjut, sila klik di sini.
BILIK PERBINCANGAN
S. Dimana saya boleh membuat tempahan menggunakan bilik perbincangan
?
J. Anda boleh berurusan di Kaunter Jurnal Popular, Aras 3, PTSL. Kemudahan ini disediakan secara percuma. Bilangan pelanggan yang boleh menggunakan
kemudahan ini ialah antara 4 – 12 orang. Maklumat lanjut, sila klik di sini.
LOKAR
S. Adakah PTSL mempunyai kemudahan lokar berkunci untuk saya menyimpan barang-barang ?
J. Ada. PTSL ada menyediakan kemudahan lokar berkunci di Bilik Simpan Beg. Lokar berkunci ini boleh disewa oleh pelanggan PTSL dengan bayaran RM3.00
sebulan. Urusan penyewaan boleh dibuat di Pejabat Am, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Aras 4, PTSL.
FOTOKOPI
S. Dimana saya boleh membeli kad fotokopi ?
J. Kad fotokopi boleh dibeli di bilik fotokopi, Aras 5 dan di aras 3, PTSL. Kemudahan mesin fotokopi ada disediakan di Aras 3,4 dan 5.
SALINAN BAHAN MIKRO
S.
Bolehkah saya membuat salinan bercetak maklumat di dalam bentuk
mikrofis atau mikrofilem ?
J. Anda boleh membuat salinan bercetak mikrofis atau mikrofilem dengan
bayaran 50 sen bagi setiap halaman kertas A4. Sila maklumkan halaman yang ingin
dibuat cetakan di Kaunter Bahagian Media dan juruteknik di Bahagian Media akan membuat cetakan untuk anda.
S. Apakah kemudahan yang ada di siber@PTSL ?
J. siber@PTSL menyediakan kemudahan mengakses internet, portal e-jurnal, kertas soalan peperiksaan, komputer untuk penaipan dan mencetak kertas
projek/tugasan/tesis dan sebagainya. Di sana juga ada terdapat koleksi CD-ROM dari pelbagai bidang.
INTERNET
S.
Berapakah bayaran untuk menggunakan internet ?
J. T iada bayaran dikenakan untuk menggunakan
internet.
S. Jika saya hendak mengakses portal e-jurnal, berapakah bayaran yang dikenakan?
J. Untuk mengakses portal e-jurnal tiada bayaran dikenakan. Anda boleh menggunakan kemudahan ini secara percuma selama 2 jam di Zon Jurnal Elektronik.
KEMUDAHAN KOMPUTER
S. Jika saya ingin menaip tugasan, komputer manakah yang boleh saya gunakan dan
berapa bayarannya ?
J. Untuk menaip tugasan, anda boleh menggunakan komputer di zon CD-ROM tanpa
dikenakan sebarang bayaran .
BAYARAN CETAKAN
S. Bagaimana jika saya ingin membuat cetakan sahaja dan berapa bayarannya?
J. Untuk membuat cetakan anda perlu ke Zon CD-ROM. Anda hanya perlu membayar kos cetakan sebanyak 10 sen bagi setiap kertas A4 dengan menggunakan
kad fotokopi.
KEMUDAHAN WIFI
( kembali ke
atas)
S. Perlukah saya membayar untuk mengakses kemudahan WiFi
?
J. Tidak perlu. WiFi disediakan secara percuma kepada pelanggan PTSL.
S.
Dimanakah saya boleh mengakses WiFi di PTSL ?
J. WiFi boleh diakses di Dataran PTSL, Aras 3, Aras 4 dan Aras 5.
S. Bagaimana saya boleh mengakses WiFi ?
J. Anda perlu memilih Tetamu UKM dalam View Wireless Connection untuk mengakses WiFi.
S. Jika saya mempunyai masalah WiFi dengan siapa boleh dirujuk ?
J. Anda boleh mendapatkan bantuan di Meja Penasihat
Pembaca, Aras 4, PTSL. Kami akan mendapatkan khidmat kakitangan Bahagian Sistem
dan Teknologi
Maklumat untuk membantu anda.
MEMBUAT RUJUKAN KE PERPUSTAKAAN LAIN ( kembali ke atas)
S. Bolehkan saya pergi membuat rujukan di perpustakaan IPTA yang lain ?
J. Anda boleh pergi ke perpustakaan IPTA atau IPTS yang ada MOU dengan Perpustakaan UKM dengan membawa dan memakai Kad Matrik UKM tanpa perlu
membawa surat. Perpustakaan IPTS yang mempunyai MOU dengan Perpustakaan UKM ialah Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Universiti Tenaga
Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM).Anda hanya boleh membuat
rujukan di Perpustakaan IPTA dan IPTS tersebut tanpa membuat pinjaman.
PENCARIAN BAHAN ( kembali ke atas)
JURNAL
S. Saya ingin mencari jurnal. Bagaimana boleh saya dapatkannya?
J. Jurnal boleh diperolehi dalam 3 bentuk iaitu bercetak ,”Online” dan CD-ROM. Bagi jurnal bercetak, anda perlu menggunakan OPAC (GEMILANG) dengan
menaip judul jurnal yang lengkap pada “BROWSE” dan pilih “Journal Title” atau guna “keyword” jika tidak pasti nama jurnal dan gunakan “FORMAT
FILTERS”, pilih “Serial”.
S. Bagaimanakah saya ingin mendapatkan jurnal atas talian?
J. Bagi jurnal ”Online”, anda perlu menggunakan Portal e-Jurnal yang dipautkan pada GEMILANG dan juga Laman Web Perpustakaan Tun Seri Lanang
(http://www.ukm.my/library).Gunakan
ID (nombor matrik/pekerja) dan password untuk dapat masuk ke Portal e-Jurnal.
Beberapa pangkalan data mengikut
bidang telah disediakan untuk anda.
TESIS
S. Bagaimana caranya jika saya ingin mendapatkan tesis Sarjana dan Dr. Falsafah? ( kembali ke atas)
J. Tesis boleh diperolehi melalui pencarian dengan menggunakan Gemilang, Koleksi Digital UKM dan Indeks TESIS UKM .
a) GEMILANG - Jika anda tahu pengarang tesis atau judul tesis yang tepat
b) Koleksi Digital UKM - Pencarian boleh dilakukan dengan pelbagai
”Field”
Tesis Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bentuk bercetak boleh diperolehi di Koleksi Asia Tenggara (Aras 5). Tesis juga boleh diperolehi dalam bentuk
mikrofilem dan mikrofis di Koleksi Media (Aras 2) . Bagi tesis luar UKM (Tesis daripada semua IPTA), anda boleh masuk ke Portal Perpun (Malaysian
Thesis Online) yang dipautkan kepada Laman Web Perpustakaan Tun Seri Lanang. Anda juga boleh menggunakan ProQuest Dissertations &
Theses dalam Portal e-Jurnal bagi mendapatkan tesis luar negara (teks penuh dan abstrak )
S. Bagaimana cara untuk mendapat tesis sarjana muda/ latihan ilmiah?
J. Anda boleh memperolehi tesis sarjana muda/ latihan ilmiah dalam Koleksi Digital UKM dan Indeks Latihan Ilmiah (Aras 2). Koleksi ini boleh dirujuk
sehingga tahun 2000 sahaja.
BUKU
S. Bagaimana caranya untuk mencari buku di PTSL? ( kembali ke atas)
J. Anda hanya perlu menggunakan OPAC (GEMILANG) http://gemilang.ukm.my .Pencarian buku dibuat dengan menggunakan “Keyword” dan ”Browse” (jika
ada tajuk buku yang lengkap / tahu nama pengarang). Dapatkan “Class Number” yang lengkap (anda perlu klik “items”) dan dapatkan bahan mengikut lokasi
yang tertera pada GEMILANG. (Cth: PTSL – KOLEKSI AM, PATMA – KOLEKSI AM, PTSL – KAT). Semua buku yang berada di perpustakaan cabang juga akan
dipaparkan dalam GEMILANG.
BAHAN MEDIA
S. Adakah cara khusus jika saya ingin mendapatkan bahan media?
J. Bahan media boleh dicari dengan menggunakan GEMILANG dan juga melalui indeks bahan-bahan media yang disediakan di Koleksi Media, Aras 2.
GEMILANG
- Pencarian perlu menggunakan ”Keyword Search” dengan memasukkan ”Keyword” yang hendak dicari dan pilih ”Title” pada ”Search Type”.
Seterusnya pula guna ”Format Filters” dan anda boleh pilih :
Soundrecording untuk dapatkan Kaset / CD – Audio
Visual Material untuk dapatkan Videorecording (VCD/DVD/VIDEO)
Computer file untuk dapatkan CD – ROM
KERTAS KERJA SEMINAR ( kembali ke atas)
S. Bagaimana caranya untuk mendapatkan kertas kerja seminar?
J. Kertas kerja seminar boleh dicari dengan menyemak:
Indeks Kertas Kerja Persidangan dalam simpanan Perpustakaan Tun Seri Lanang yang boleh diperolehi di Bahagian Koleksi Rujukan / Koleksi Asia Tenggara.
Koleksi Digital UKM di http://ptsldigital.ukm.my . Klik Kertas Kerja Seminar dan masukkan ”Keyword” untuk mendapatkan judul kertas kerja. Salin nombor panggilan bagi judul seminar tersebut. (cth: Kat Sem PL 5061.K656 1995) dan dapatkan bahannya di Koleksi Asia Tenggara, Aras 5.
SOALAN PEPERIKSAAN ( kembali ke atas)
S. Saya ingin mencari contoh soalan peperiksaan. Adakah boleh saya perolehinya dari mana-mana koleksi?
J. Anda boleh mendapat soalan peperiksaan melalui :
Koleksi Rujukan di Aras 4, dalam bentuk bercetak dari tahun 1973-2004.
Koleksi Digital UKM di http://ptsldigital.ukm.my . Klik KERTAS SOALAN dan masukkan ”keyword”/ kod subjek. Untuk mendapatkan soalan lengkap, klik ”View Document Contents” dalam bentuk PDF untuk mendapat teks penuh.
siber@PTSL
Nota : Kertas-kertas soalan dalam bentuk elektronik yang disimpan di PTSL hanya daripada tahun 1998 sehingga 2004 sahaja dan tidak untuk semua fakulti.
ARTIKEL SURATKHABAR
S. Di mana boleh saya dapatkan artikel surat khabar?
J. Artikel surat khabar boleh didapati di Koleksi Media, Aras 2 dan juga daripada NSTP Online (e-Media) melalui Portal e-Jurnal. Anda boleh merujuk Indeks
Surat Khabar Malaysia (siri zz PN 5449.M3I5) daripada tahun 1979 – 1989 di Koleksi Rujukan, Indeks Surat Khabar Malaysia (1988 – 1991) dalam bentuk
CD-ROM atau melalui pencarian dalam NSTP e-media sebelum mendapatkan artikel tersebut di Koleksi Media dan juga NSTP e-media. Cetakan artikel
daripada Aras 2 berharga RM 0.50 1 helai (A4) dan daripada NSTP e-media RM1.50 1 artikel.
KOLEKSI ( kembali ke atas)
S. Apakah beza antara Koleksi Am dan Koleksi Rujukan?
J. Koleksi Am menempatkan buku-buku teks dalam pelbagai bidang yang boleh dipinjam. Koleksi Rujukan pula menempatkan bahan-bahan rujukan
seperti Kamus, Ensaiklopedia, Indeks, Abstrak, Direktori, Almanak dan Bibliografi untuk tujuan rujukan sahaja. Bahan-bahan ini tidak boleh
dipinjam keluar.
BUKU ROSAK
S. Saya membuat pencarian dalam GEMILANG dan didapati buku yang dicari pada “Location” tertulis “PTSL – ROSAK”. Bolehkah saya dapatkan buku
tersebut?
J. Jika pada ”Location” ada tertera PTSL – ROSAK bermaksud buku tersebut telah dikeluarkan daripada rak sebenar dan dihantar untuk dijilid oleh syarikat luar
UKM. Jadi buku tersebut tidak boleh diperolehi sehingga urusan penjilidan selesai. Maklumat lokasi dalam sistem akan bertukar kepada PTSL- KOLEKSI
AM apabila buku itu telah diletakkan semula di rak.
KEMUDAHAN KHIDMAT RUJUKAN ( kembali ke atas)
S. Bolehkah pihak perpustakaan membantu dalam pencarian maklumat bahan bagi tujuan penyelidikan saya?
J. Boleh. Perpustakaan Tun Seri Lanang ada menyediakan perkhidmatan tersebut yang dinamakan Perkhidmatan Pakej Maklumat di Bahagian
Perkhidmatan Penyelidikan (BPPN). Anda perlu mengisi borang Perkhidmatan Pakej Maklumat dan pencarian maklumat akan dilakukan oleh Pustakawan
di BPPN. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma hanya untuk pelajar pasca dan ahli akademik sahaja. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
KURSUS PERPUSTAKAAN ( kembali ke atas)
S. Apakah kursus yang ditawarkan oleh pihak perpustakaan yang boleh saya ikuti?
J. Perpustakaan ada menyediakan Kursus Kemahiran Maklumat yang terbahagi kepada 4 modul.
Modul 1 : Kursus Kemahiran Perpustakaan – pelajar baru
Modul 2 : Kursus Kemahiran Maklumat mengikut sumber
Modul 3 : Kursus Kemahiran Maklumat mengikut bidang
Modul 4 : Kursus Kemahiran Maklumat mengikut permintaan
Kursus Penyelidikan Perpustakaan
Kursus Kaedah Penyelidikan (SLAB)
Kursus ini disediakan berterusan dan percuma. Sila lihat maklumat poster mengenai kursus yang disediakan di papan kenyataan PTSL/Fakulti, Laman Web Perpustakaan dan
juga pada ”Digital Board”, Aras 4. Semua permohonan dan pertanyaan boleh hubungi Meja Penasihat Pembaca di talian 03-8921 3446 atau Pn. Lela Ruzma 03-8921 4732 atau
Pn. Norbaizura Malek 03- 8921 5575 . Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.
PERMOHONAN PEMBELIAN BUKU ( kembali ke atas)
S. Bolehkah saya mencadangkan buku untuk dibeli oleh pihak perpustakaan?
J. Boleh. Perpustakaan ada menyediakan Borang Permohonan Bahan untuk tujuan pembelian bahan seperti buku, media dan tesis. Permohonan terbuka
kepada pelajar-pelajar pasca siswazah dan ahli akademik. Permohonan boleh dibuat melalui e-Klik (permohonan dalam talian) yang dapat diakses melalui
pautan pada GEMILANG, laman web perpustakaan atau menerusi alamat berikut iaitu http://www.eklik.ukm.my/Klik/spp.php. Pemohon hendaklah memilih
Borang Permohonan Bahan (BPB). Semua maklumat mengenai bahan yang dimohon hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat. Untuk maklumat lanjut, sila