Dato' Othman Bin Ngah D.P.S.K B.S.K PPT,
Dukacita, Sdr Othman Ngah telah berpulah ke RahmatuLlah pada 13 Nov 2005, Ahad, petang di Kota Baru, Kelantan. Jenazahnya disemadi di Kg Paloh, Manir, berhampiran dengan rumah dan tanah tumpah darahnya.
Pengarah Pertanian Kelantan, Kompleks Pertanian Lundang, 15990 Kota Bharu,
Tel 09-7442706, 09-7442400. E-mel: othman@doa.moa.my (Dated: Jul 2002)
A news Clip:
Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan meninggal dunia Monday, November 14 @ 18:45:15 MYT Oleh HUSDAINI MAMAT KOTA BHARU, 14 Nov (Hrkh) – Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Dato’ Othman Ngah, 54 meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kira-kira jam 5 petang semalam. Sebelum itu beliau menghadiri satu majlis di Istana Negeri di Kubang Kerian. Menurut jurucakap Jabatan Pertanian, Allahyarham rebah selepas pulang dari istana dan kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian. “Allahyarham disahkan meninggal dunia ketika berada di HUSM. Jenazahnya kemudian dibawa pulang ke rumah di Kubang Kerian. Selepas itu dibawa ke kampung halamannya di Paloh, Manir Kuala Terengganu malam tadi dan dikebumikan di sana,” katanya. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Ainon Elony Othman dan tiga anak. Anak sulungnya, Aimy Liana, 18 kini sedang melanjut pengajian dalam bidang perubatan di Ukraine. Timbalan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Yakob, anggota Exco, Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Aiseri Alias dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri menziarahi jenazahnya. Turut hadir isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak. Othman berkhidmat sebagai pengarah di Kelantan mulai 1 Febuari 1994. Sebelum itu pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Terengganu. Penolong Pengarah Pertanian di Perak, Pegawai Pembangunan dan Penilaian Pertanian, Pegawai Pertanian Daerah Kinta dan Pengetua Institut Pertanian Kuala Lipis. Mendapat pendidikan sehingga peringkat sarjana di Amerika Syarikat. Timbalan Menteri Besar berkata, kematiannya merupakan satu kehilangan besar kerana Allahyarham merupakan seorang pegawai yang dedikasi. “Beliau banyak melakukan perubahan dalam bidang pertanian di Kelantan terutamanya mewujudkan projek Diraja yang kini berjaya membuahkan hasilnya,” ujarnya. - /mj