Farewell 2005 Jun 27 Mon, KRU
BismilLahi rRahmani rRahim. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semua yang telah dialu2kan tadi oleh Pengerusi majlis Dr Ishak, Pengerusi JK Kebanjikan Pusat Prof Pauzi, dan Pengerusi Pusat Dr Musa, saya copy dan paste di sini. Saya edit sedikit dengan menambah "Yang Berbahagia Dato'2 yang hadir tengahari ini." Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi2 dan sebanyak2 terima kasih kepada kedua2 pesara, iaitu Dr Harun dan Prof Ibrahim atas jasa2 mereka di kimia UKM ini. Terima kasih kepada Dr Musa kerana memberi perhargaan kepada saya untuk mengucapjasakan salah seorang yang kita raikan dalam majlis persaraan ini, iaitu Dr Harun yang telah bersara wajib pada pertengahan Apr lalu. Saya pernah berseloroh dengan rakan2 sebaya dan juga rakan2 junior bahawa mendekati tahun 2010, pusat kita tidak akan kekurangan kakitangan yang bersara. Kita boleh buat majlis seperti ini setiap tahun, malah lebih daripada sekali setahun. Dan kita boleh buat majlis ini besar2 di hotel2 kalau kita mahu. Bagaimana dengan belanjanya? Sepatutnya kita boleh gunakan akaun "Swiss Bank", kerana pemegang saham pengasas akaun ini sebenarnya adalah mereka yang sedang dalam proses persaraan; termasuk Dr Harun sendiri. Kalau kita buat secara besar2an, kita boleh buat MM show "This is your life" di Kimia UKM. Swiss bank kita nampaknya banyak duit, dan ini dipastikan sendiri oleh Pengerusi sebentar tadi. Tahun2 90an dulu kita kerap kali juga mengadakan majlis makan2 begini. Tapi pada waktu itu temanya adalah sebaliknya; majlis makan2 itu adalah tajaan mereka yang naik pangkat. Ramai yang naik pangkat. Ada yang naik pangkat berkali2. Ada yang dapat anugerah. Ada yang dapat anugerah berkali2. Menyebut tentang bersara, nampaknya di tempat kita ni, ada tiga jenis bersara. (1) BERSARA PILIHAN; seperti yang berlaku kepada En Lokman, dan En Aziz. Ini termasuk mereka yang memilih untuk berpindah "perburuan" seperti Dr Ghazali Harun, Dr Ku Halim, dan Dr Anita. Ini adalah pilihan mereka, dan nampaknya keputusan mereka semacam tak memberi apa2 kesan kepada kita, jadi kita telah tidak memberi apa2 respons pun. Dalam bahasa kimia, kita katakan ini merupakan peristiwa "lengai", semacam dalam pencampuran gas unggul. (2) Jenis kedua kita boleh golongkan sebagai BERSARA WAJIB. Ini termasuk mereka yang kita raikan pada bulan Dis tahun lepas. Mereka diwajibkan bersara kerana cukup umur. In reality, bukan setakap cukup umur; mereka sebenarnya naik pangkat. Bukan setakat naik pangkat jadi warga emas. Yalah, mereka naik pangkat kerana income mereka bertambah dengan persaraan wajib ini. Kita ingat bila bersara wajib, mereka akan meninggalkan kita. Kita beri mereka hadiah sebagai benda yang terlihat oleh mata dan terusik semula hati dan kenangan2 lama. Tetapi sebenarnya selepas kita farewell mereka, mereka tak pergi2. Mereka tetap bersama kita. We stay on to become their bother; and they stay on to bother us least a bit each. Dalam analogi kimia, ini serupa seperti fenomenon eutecticity atau azeotropicity. Mereka mempunyai one kind of bonding, stronger than covalency sehingga tak terpisah antara solute dengan solvent meskipun setelah dididihkan atau dibekukan. Pepatah Melayu ada berkata "Yang Patah Tumbuh yang Hilang Berganti". In chemistry we know that this does not happen. Di pusat kimia ini, selama semenjak 1970, iaitu semenjak 35 tahun, pepatah ini boleh dikatakan functionally invalid. Yang patah mereput di tanah, pangkalnya menjadi parut tempat labah2, semut, dan kala jengking bersarang, tidak ditumbuhi apa2. Yang hilang tidak berganti sampai hari ini. Mereka menghilang entah ke galaksi mana. Yang baru mendatang bukan mengganti yang hilang, tetapi menumbuh membentuk spesies baru, yang genusnya entah apa2. (3) Jenis yang ketiga saya namakan dia sebagai BERSARA MUTLAK. Ini termasuklah kawan2 kita yang telah berpulang keRahmtullah seperti arwah Dr Rusli, arwah Dr Wan Mohamed, arwah Dr Jamil, arwah En Karim. Mereka ini tak sempat kita farewell, tak sempat kita beri hadiah. TERMASUK dalam kategori ini ialah mereka kita sempat farewell, kita beri hadiah, kemudian mereka pergi tanpa menoleh ke belakang lagi, seperti Dr Nik dan Dr Sri. TERMASUK JUGA dalam kategori ini adalah mereka yang berpindah pusat dan dari tempat baru itu mereka bersara, seperti En Makrof, Puan Nyonya, dan Puan Khadijah. kategori ini saya analogikan sebagai PEMEJALWPAN. Dipandang dari condensed state, mereka seolah2 menghilang secara invisible. Macam manapun mereka tidak akan kembali lagi. Tidak macam bersara wajib. Mereka yang bersara wajib, dirai, diberi hadiah, tapi ada lagi, tak pergi2. Sdr Pengerusi, dalam kategori2 ini, tahulah kita di mana kedudukan Dr Harun yang Sdr minta saya alu2kan. Sebenarnya tak perlu saya alu2kan kerana mereka in parctice tidak bersara. Demikian juga Prof Ibrahim Abdullah. Mereka masih bersama2 kita sekurang2nya dua tahun lagi, mengikut adat, bukan mengikut takdir. Biasanya dalam mengalu2kan seseorang, kita memilih kata2 yang memuji mereka, meskipun tidak ke tahap memuja. Dalam agama, kita memuji Tuhan. Manakala Tuhan dan malaikatnya pula memuji nabi. Apabila kita memuji Tuhan kita diberi ganjaran pahala. Semakin tinggi pujian kita, semakin besar pahalanya. Malah kita boleh memuji Tuhan ke tahap memujanya. Jadi sesiapa yang berasa mendapat pahala itu tidak memberi apa2 kesan kepadanya, tak payahlah dia memuji Tuhan. Bila kita memuji nabi sekali, malaikat akan membalas puji kita sepuluh kali. Semakin kerap kita memuji nabi, semakin berpuluh kali gandalah kita dipuji oleh malaikat. Dalam majlis ini saya diminta berkata sesuatu yang boleh diertikan sebagai memuji Dr Harun. Saya tak pasti apa yang Dr Harun akan balas puji2an saya. Yang pasti Dr Musa tahu bahawa Dr Harun tak akan beri apa2 kepadanya kalau dia puji Dr Harun. Sebab itu Dr Musa suruh orang lain puji. Saya pun fikir begitu; Dr Harun tak akan beri apa2 kepada saya. Ini saya tahu. Sebabnya ialah Dr Harun telah bersara, jadi dia tak berupaya nak beri apa2. Saya mula kenal Dr Harun semenjak tahun 1967. Masa itu beliau Tg 5 dan saya Tg 4 di sekolah Alam Shah, waktu itu beralamat Jalan Dr Cheras, Kuala Lumpur. Tiada pos kod. Jadi ke tahun ini, 37 tahunlah lamanya. With some margin kiri-kanan in and out, kami sama2 mengaji di Jabatan kimia UKM, 1971-1974. Kemudian sama ke Salford 74-80an. 1976 Sep saya put-up a fight for a flat di Eccles Manchester untuk keluarga Dr Harun. Saya menang dan kami share flat tersebut. Kemudian saya traded in kereta saya dengan sewa bahagian saya bagi flat tersebut pada hujung2 tenure saya di Salford. Kami sama2 di Pusat Matrikulasi UKM 84-86. Tapi Dr Harun Pengarah, saya penyelaras kimia sahaja. Pada akhir2 millenium ke-2, kami sama2 berkecimpong dalam IT untuk FSFG. Tapi bila Dr Harun jadi Timb Pengarah Pusat Komputer, saya jadi penyelaras sahaja. Homepage FSFG yang asal adalah nukilan Dr Harun. Saya kembangkannya untuk FST mulai Jul 1999, iaitu apabila FST tertubuh. Homepage pioneer UKM juga diasaskan oleh Dr Harun. Dan nampaknya 2007 nanti, mengikut adat kami sama2 bersara. Tapi Dr Harun bersara kali kedua, dan saya, tak tahulah bersara wajibkah atau bersara mutlak. Boleh jadi inilah sebabnya Pengerusi beri saya sampaikan eulogy ini untuk Dr Harun, iaitu kami ada banyak persamaan. Macam dalam covalency, bukan macam dalam electrovalency. Sebenarnya saya tak mampu untuk mengabstrakkan masa 37 tahun saya kenal Dr Harun itu untuk dituturkan dengan perkataan menjadi selama 10 minit ini. Itu sebab saya merepek dari tadi2. Tujuannya untuk meghabiskan masa 10 minit yang diberi pengerusi ni. Apa yang boleh saya berikan cumalah beberapa key words atau "key phrases" sahaja. (1) Key phrase pertama yang saya nak ungkapkan mengenai Dr Harun ialah: Dr Harun adalah "seorang ahli kimia yang cacat" a defect chemist. Do you notice it or not? Of course you all do. Dr Harun is a chemist who is very good in computer science. Itulah kecacatannya. Di kimia ni semua orang perfect belaka. Mesti ada itu, mesti ada ini. Tak boleh tak ada itu, tak boleh tak ada ini. Orang cacat di kimia kena cari nich masing2 untuk kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Computer science adalah nich Dr Harun in his impefection. Dr Harun is an electrochemist. He is the only electrochemist di universiti ini. He is alone. He is a solitaire. Setelah dia bersara mutlak nanti, kimia akan kehilangan electrochemistry macam kita kehilangan glassblowing. Tak macam polymer chemistry yang ramai staff. Staff tua ada, staff muda lagi ramai. Tak macam natural product chemistry. Hampir kesemua organic chemist di kimia ni adalah natural product chemist. Mereka boleh buat satu team yang kuat. Team penyelidik semulajadi. They grew into a giant. Very tall sehingga hampir menongkat langit. Minat Dr Harun dalam komputer bukanlah baru. Beliau berminat semenjak tahun 1973, iaitu semasa UKM beli komputer IBM 1130. Komputer pertama seumpama itu di IPTA. Komputer itu juga yang digunakan oleh Unit Sains Komputer di Jabatan Matematik; dan juga Bendahari untuk urusan pembayaran gaji dan lain2. Ini adalah komputer mainframe yang berharga 150k pada masa itu di bawah bimbingan Pak Bunyamin; bukan PC macam sekarang. The closest to the PC we see today was the HP 9830, yang dibeli oleh Jabatan Kimia pada tahun 1974, di bawah bimbingan Dr Gary Kuehlenz. Saya tidak berkesempatan menggunakan sepenuhnya komputer ini pada tahun tersebut kerana saya pergi buat MSc, tetapi Dr Harun sempat. Pada tahun 1988 DBP terbitkan buku saya "Prinsip Kimia Polimer" dengan menggunakan HP8930 ini untuk membuat ilustrasi sepenuhnya. Pada tahun lewat 70an juga semasa beliau menyediakan tesis PhD-nya Dr Harun applied secara berleluasa penggunaan mainframe dan plotter yang ada di Salford University. Lihatlah tesis dia. Sebelum tahun 1980, Jabatan Kimia ada membeli sebuah lagi komputer besar, iaitu PDP 11. Namun demikian disebabkan komputer ini tidak menggunakan bahasa Fortran, tidak ramai yang berminat, termasuk Dr Harun. Komputer ini lebih dicenderungi oleh orang Kejuruteraan (masa itu belum lagi tertubuh) dan orang fizik. Kedua-dua komputer PDP 11 dan HP 9830 telah lama bersara. (2) Key pharse kedua yang saya nak ungkapkan untuk Dr Harun ialah bahawa Dr Harun mempunyai kawan yang ramai. Saya bertanya beliau apakah rahsianya beliau mempunyai ramai kawan itu. Katanya, baginya kawan adalah THOSE WHO LISTEN. Does not matter he agrees or disagrees. I tried to imitate Dr Harun, to have a lot of friend, I am telling you that I have many great friends. One of them is Dr Jumat. Every morning at 7.15 he waited for me in PUSANIKA. We have breakfast together and he listen to my merepek. I guess I am his friend too, because I listen too to what he says. Saya tanya juga Dr Harun bagaimana dia boleh maintain saya sebagai kawannya sehingga begitu lama. Dia kata juga simple. Katanya to maintain a good friend, don't ask money from your friend. The moment we ask some money from a friend, that very moment the friendship begin to end. I consulted an old "greek philosopher" on the wisdom of this secret. The wisdom is that, its alright if your friend is a millionaire, or his father is a millionaire. But what happen if he is not and his father is also not? It turn out that he is just a thousandnaire. What happen? What happen is kita akan mendendami dia sehingga ke lubang cacing. Kita akan menggunakan segala daya dan upaya kita untuk membinasakan dia. Apabila kita berkuasa semakin2lah kita bermaharajalela. Dendam kesumat kita akan menghancurkannya hingga menjadi zarah asas semula. Padahal the only crime he committed is that he did not have the money to loan it to us. Sdr Pengerusi, saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk mengalu2kan persaraan Prof Ibrahim. Meskipun orang lain yang ditugaskan untuk menyampaikan ucapjasa bagi beliau, namun, secara umum apa yang saya perkatakan tentang Dr Harun, saya copy dan paste untuk Prof Ibrahim. Of course with some lines edited. In views of my key phrases, I would say that Prof Ibrahim is a perfect chemist, unlike Dr Harun who is a defact chemist. And obviously Prof Ibrahim is my friend, because he listen to what I say, sometimes. It may not be true from his point of view; that he may have not defined me as his friend. It does not matter now. Banyak lagi jasa Dr Harun yang boleh kita kenang. Tetapi cukuplah setakat ini. Banyak lagipun kalau saya sebut, saya tak dapat apa2 balasan daripadanya. Namun dalam peluang dan kesempatan keemasan ini, di hadapan semua kategori kakitangan pusat, mana2 yang hadir, saya hendak menarik perhatian untuk renungan kita bersama tentang perkara pra-persaraan yang membabitkan pencen kita. Saya percaya tidak seorang pun yang tidak berminat tentang ini. Kalaupun tidak sekarang, saya pasti bila tiba masa masing2 nanti, masing2 akan berminat. At least Dr Ambar will, comes close to 2010. Apabila kita bersara nanti kita akan menerima pencen. Amaun pencen yang kita akan terima itu antara lain bergantung kepada amaun gaji akhir yang kita terima sebelum bersara. Jika maksimum gaji akhir, maka maksimumlah pencen yang kita terima. Dan gaji akhir yang kita terima sebelum bersara somehow dependent on the words and signature ketua kita. Jadi, ketua kita mempunyai bearing dalam kebajikan kita sepanjang kita pencen. Oleh itu wajarlah kalau ketua kita jenis orang yang selalu memuji nabi, iaitu dia membuat kebajikan kepada anak2 buahnya, dan dia berpuluh2 kali ganda akan dipuji balik. Tak tahulah soal pahala kerana hanya Allah sahaja yang mempunyai pahala untuk diberikan kepada hamba2nya. Saya bercakap di sini bukan tentang kenaikan pangkat, jangan misquote saya. Saya bercakap tentang mata gaji dalam scheme yang sama. Ramai kakitangan pusat, terutama sekali pembantu makmal akan bersara, atau telah bersara, dengan saraan yang tidak maksimum kerana ketua tidak memberi sokongan kerana kakitangan berkenaan tidak "sempurna". Kita bercakap tentang hati budi dan kebertanggungjawaban ketua. Apalah sangat yang diperkirakan sedangkan bayaran pencen bukannya datang daripada IRPA, atau peruntukan pusat atau peruntukan fakulti. Ia adalah daripada tabung pencen yang telah lengkap dibayar oleh majikan dua puluh tahun yang lepas. Selama dua puluh tahun yang lepas itu, tabung pencen telah melabur caruman kita. Mereka telah beroleh keuntungan yang besar. Bila kita bersara, amaun yang kita terima selama menghabisi hayat kita adalah jauh lebih kecil daripada pulangan yang dikutip oleh tabung selama lebih dua puluh tahun itu. Jadi bagaimanalah agaknya bentuk hati budi ketua kita, yang sampai tidak boleh berperasaan bahawa berilah kepada orang tua yang sudah di penghujung hayatnya akan nikmat maksimum pencen itu. Ruang memang ada dalam SSM. Kuota 5% itu jika diagihkan kepada orang tua, misalnya 2%, maka 3% selebihnya memang lebih daripada mencukupi untuk orang muda grow up. Cuma yang berlaku 5% itu dinikmati oleh orang yang sama, sehingga mereka membesar menjadi gergasi. Very high his head, his nose is pointing to the sky, that his eyes could not see that his feet was standing on the ground like every body else. Saya pernah bertanya hal ini kepada mantan pendaftar kita. Jawabnya, ketualah penentunya. Begitulah adanya Sdr Pengerusi. Sekali lagi saya ingin merakamkan rasa berterima kasih saya kepada kedua-dua pesara rakan setugas saya Dr Harun Hamzah dan Prof Ibrahim Abdullah atas jasa2 mereka kepada kimia ukm, dan kepada Dr Musa kerana telah memberi penghargaan mengucapjasakan Dr Harun. Dari tadi saya tidak menyebut pun perkataan teknologi makanan. Saya sengaja kerana ucapjasa tadi valid sehingga Jul 1999. Dari Jul 1999 hingga Jun 2005, sekali lagi saya copy dan paste ucapan tadi, dengan membuat replacement kimia dengan kimia dan teknologi makanan. Akhir sekali Sdr Pengerusi, dalam majlis seperti ini kita akhiri dengan memohon maaf kalau2 ada tersalah kata, terkasar bahasa, terlepas cakap. Alasannya adalah tak disengajakan walaupun most of the time kita deliberately say it. Dan juga campur aduk bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Dan dalam musim Islam hadhiri ini, kita sudahi dengan WabilLahi ttaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh. |