Kuliah07

Teks Hlm 484

PENINGGIAN TAKAT DIDIH PELARUT

Cecair mendidih pada takat didih, Tbo. Pada takat didih, tekanan wap cecair tersebut bersamaan dengan tekanan luar/tekanan atmosfera.

Apabila terdapat bahan larut di dalam pelarut (menjadi larutan), maka larutan tersebut mendidih pada suhu yang lebih tinggi. Suhu yang lebih tinggi diperlukan untuk menambahkan tekanan wap cecair tersebut sehingga menyamai tekanan luar.

Dengan demikian kenaikan takat didih berkadar terus kepada penurunan tekanan wap, dan seterusnya berkadar terus kepada KEMOLALAN larutan berkenaan.

Kenaikan takat didih = Tb - Tbo = Kbm

Kb dikenali sebagai pemala r molal kenaikan takat didih

PENURUNAN TAKAT BEKU PELARUT

Kesan yang serupa sebagaimana dalam peninggian takat didih pelarut.

Kenaikan takat didih = Tf - Tfo = Kfm

Kf dikenali sebagai pemalar molal penurunan takat beku

 

Pelarut

Takat didih, Tbo/oC pada 1 atm

Kb/oCm-1

Takat beku, Tfo/oC pada 1 atm

Kf/oCm-1

Air, H2O

100

0.52

0

1.86

Benzena,

80.1

2.53

5.5

5.12

Etanol,

78.4

1.22

-117.3

1.99

Asid asetik,

117.9

2.93

16.6

3.90

Sikloheksana,

80.7

2.79

6.6

20.0

NOTA: Perhatikan bahawa unit bagi Kb adalah terhadap kemolaLan, bukan kemolaRan, kerana pendidihan berlaku pada suhu yang berlainan, maka kemolaran akan berubah kerana suhu berubah.

[EXAMPLE 12.8 Hlm 486]

Etilena glikol (EG), CH2(OH)CH2OH, (T.D. 197 oC; JMR = 62) digunakan sebagai antibeku. Jika 651 g EG digunakan dalam 2505 g air, hitung takat beku larutan yang terhasil. Hitung juga takat didihnya.

TUTORAN 7

Teks Hlm 499

Buat latihan-latihan 12.43, 12.44, 12.60 - 12.64.