Kuliah16


KESEIMBANGAN FASA

Muara Sungai Terengganu. Kenali jirim-jirim utama yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Apakah fasa jirim-jirim itu? Berapakah bilangan fasa yang ditunjukkan dalam gambar ini?

Fasa adalah mana-mana bahagian daripada satu sistem yang
(i) Homogen dan terpisah daripada bahagian lain sistem itu oleh sempadan yang jelas,
(ii) Berbeza dari segi fizik dan kimia dengan bahagian-bahagian lain sistem itu,
(iii) Boleh dipisahkan secara mekanikal daripada bahagian-bahagian lain dalam sistem itu.

Komponen suatu sistem ialah bilangan tersedikit bahan-bahan berasingan yang mesti dipilih untuk mentakrifkan sepenuhnya kandungan setiap fasa dalam sistem itu.
Komponen sesuatu sistem boleh jadi serupa atau tidak serupa dengan bilangan juzuk sebenarnya dalam sistem itu. Hanya juzuk yang berkeseimbangan yang boleh berubah secara bebas sahaja yang diambil sebagai komponen. Contoh diberi dalam Jadual 6.2

Darjah Kebebasan ialah bilangan terkecil faktor-faktor pembolehubah bagi sistem itu, seperti tekanan, suhu dan kepekatan komponen, yang mesti ditetapkan supaya sistem itu berada kekal dalam satu kedudukan keseimbangan.

GAMBARAJAH FASA

Pemetaan yang menunjukkan perhubungan antara variasi pembolehubah (misalnya suhu, tekanan, komposisi) dengan kestabilan/keseimbangan fasa-fasa bagi sesuatu sistem.

Fasa-fasa dalam gambarajah fasa ditunjukkan terpisah antara satu sama lain oleh garisan yang mewakili sempadan fasa.

HUKUM FASA

Bilangan fasa (P), Bilangan Komponen (C) dan Darjah Kebebasan (F) berhubungan dalam persamaan fasa yang dikenali sebagai HUKUM FASA:

F + P = C + 2

F = C + 2 - P

Berlaku keseimbangan fasa dalam sistem yang tertutup.