• Utama
  • Berita
    • Art Life Islamic Festival
    • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
    • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
    • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
    • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
    • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
    • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
    • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
    • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
    • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
    • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
    • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
    • YES atau UKM JARING
  • Rencana
    • Bakat atau Rupa Paras
    • Fixie
    • Isu Pembantu Rumah
    • Kenali Produk Kesihatan
    • Kereta Pilihan Pelajar
    • Pelajar dan Laman Sosial
    • Penyakit dan Alam Mistik
    • Pilihan Raya Umum
    • Tahun Melawat Perak
    • Trend Penghijrahan Artis
    • Trend Tudung Masa Kini
    • Universiti Pilihan Anda
  • Iklan
    • Kadlawo.com
    • Senirekastudio.com
  • Restoran
    • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
  • Muzik
    • Muzik Malaysia>
      • Muzik Melayu
      • Muzik Cina
      • Muzik India
  • Arkib
    • Editorial>
      • Edisi 1
      • Edisi 2
      • Edisi 3
    • Berita>
      • Edisi 1>
        • Perasmian PERMATApintar oleh PM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
        • KAPREZA ’12 (Karnival Premier Za’ba)
        • Tesis Masih Diperlukan
        • Program ‘ Mega Eksplorasi Cinta Alam Redang (MECAR)’
        • Program Sekolah Hijau 2012
        • Ke Arah Kesejahteraan UKM
        • Pusat Kesihatan UKM
        • Pusat Pergigian UKM
        • UKM Career Expo 2012
        • Ko-kurikulum Dari Mata Mahasiswa
      • Edisi 2>
        • Rumah Baru Tunas Permata Ukm
        • Operasi Khidmat Masyarakat
        • Tindakan PMUKM Terhadap Masalah Air
        • Baucar Buku 1 Malaysia
        • Radio Midas
        • Kad Matrik
        • Ops Kunci
        • Latihan Kebakaran
        • Pemotongan Wang Pinjaman Ptptn Semester 2 Sesi 2011/2012 Di Ukm
        • Mahasiswa Kerja Sambil Belajar Dan Pro-Kontranya
        • Minat Jadi Tarikan Kepada Lili Untuk Bergiat Dalam Keusahawanan
        • Perkhidmatan Koperasi Uniked Berhad
        • Perubahan Sistem Kokurikulum Di Ukm
        • Rekreasi di Ukm
      • Edisi 3>
        • Art Life Islamic Festival
        • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
        • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
        • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
        • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
        • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
        • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
        • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
        • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
        • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
        • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
        • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
        • YES atau UKM JARING
    • Rencana>
      • Edisi 1>
        • Diet Seimbang
        • Gastrik Menghantui Pelajar
        • 8 Tip Gaya Hidup Sihat
        • Bersenam Sambil Bergaya
        • Sakit Kepala Vs Migrain
        • Teknik Senaman Yang Baik
        • Tidur Oh Tidur
        • Pemilihan Makanan Berkhasiat Dan Menjimatkan
        • Nasi Vs Mi Segera
        • Makanan Tambahan
        • Makanan Untuk Kuatkan Minda
        • Sarapan Sesuai Bagi Pelajar IPT
        • Bukit Broga, Syurga Pemandangan Indah
      • Edisi 2>
        • Pengurusan Masa Berkualiti, Mahasiswa Gemilang
        • Aktiviti Hujung Minggu : Bersosial Di Luar Atau Di Bilik?
        • Shopping Mall Vs. Uptown Mana Satu Menjadi Pilihan
        • Seni Mempertahankan Diri Satu Keperluan Bagi Golongan Wanita
        • Blogger : Jana Pendapatan
        • Sungai Tekala
        • Tips Melancong Untuk Pelajar
        • Tata Rias Wajah Bersama Majalah Lisa
        • Gigi Besi Itu Cantik
        • Gajet Elektronik (Iphone Atau Tab) Keperluan Atau Gaya?
        • Mentaliti Remaja Terhadap Senaman
        • Mengawal Selera Makan dan Tidak Berasa Lapar
      • Edisi 3>
        • Bakat atau Rupa Paras
        • Fixie
        • Isu Pembantu Rumah
        • Kenali Produk Kesihatan
        • Kereta Pilihan Pelajar
        • Pelajar dan Laman Sosial
        • Penyakit dan Alam Mistik
        • Pilihan Raya Umum
        • Tahun Melawat Perak
        • Trend Penghijrahan Artis
        • Trend Tudung Masa Kini
        • Universiti Pilihan Anda
    • Iklan>
      • Edisi 1>
        • Pick me up
        • Busana Muslimah
      • Edisi 2>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
      • Edisi 3>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
    • Restoran>
      • Edisi 1>
        • Gearbox Dusun
        • Restoran Pilihan Warga Kampus
      • Edisi 2>
        • D’jabris Ikan Bakar Serkam
      • Edisi 3>
        • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
    • Muzik>
      • Edisi 1>
        • Gelombang Bunyi: Terapi Otak
        • Lagu Untuk Anda
      • Edisi 2>
        • Konsert Pertama 'Islam's Biggest Rockstar'
        • Christina Perri Bakal Turun Ke Malaysia
        • Maher Zain Bakal Beraksi Di Stadium Merdeka
        • Dengar Radio Malaysia Secara Online
      • Edisi 3>
        • Muzik Malaysia>
          • Muzik Melayu
          • Muzik Cina
          • Muzik India

D’JABRIS IKAN BAKAR SERKAM
Oleh Nurul Syazwani Johari, Nurul Nadiah Md Azam, dan Muhammad Nazmi A Razak

Picture
Logo Kedai D'Jabris Ikan Bakar Serkam
Juadah ikan bakar sememangnya diakui ada tarikannya yang tersendiri. Oleh itu tidak hairanlah kini restoran-restoran yang menyediakan juadah ini tumbuh ibarat cendawan selepas hujan. Walaubagaimanapun tidak semua restoran benar-benar mampu mencetuskan rasa yang mampu memberi igauan kepada peminat ikan bakar ini. 

Namun, kepada sesiapa yang amat meminati dan sentiasa tercari-cari akan rasa ikan bakar yang benar-benar asli, memukau dan pasti memikat rasa, anda harus berkunjung ke D’jabris Ikan Bakar Serkam di seksyen 6 Bandar Baru Bangi. Mereka menyediakan resepi khas turun temurun warisan keluarga dan mengekalkan rasa asli dari Kampung Serkam, Melaka. Idea penubuhan restoran ini dicetuskan oleh Encik Mohammad Isa dan dibantu oleh isteri dan ayah mertua beliau, malah nama restoran ini juga terhasil daripada gabungan nama mereka bertiga.  

Restoran ini yang berkapasiti 80 orang pada satu-satu masa gigih memulakan operasi bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada 12 tengah malam kreatif dalam menyediakan menu berbeza mengikut waktu iaitu pagi, tengah hari dan malam. Istimewa di D’jabris Ikan Bakar Serkam, pada waktu pagi, mereka menyediakan lima variasi pilihan nasi lemak ikan bakar serkam, roti canai dan lontong. Bermula jam 10 pula, hidangan nasi berlauk akan disajikan serta masakan panas disediakan mengikut permintaan pelanggan. Juadah ikan bakar pula bermula seawal jam 5 petang. Operasi restoran hanya akan ditutup pada hari cuti umum yang tertentu sahaja. 

Pilihan ikan segar mengikut saiz dan pelbagai jenis seperti kembung, siakap, pari, jenahak, kerapu, tilapia merah yang sedia untuk diadun dan diperap dengan rempah rahsia hasil resepi istimewa sajian warisan turun temurun D’jabris Ikan Bakar Serkam dan dicecah dengan sambal cili atau cencaluk menjadi antara tarikan menarik buat pengunjung yang datang menjamu selera. Tambahan pula, restoran ini mempunyai menu istimewa lain yang hanya boleh didapati di sini iaitu cendol serkam yang pasti akan membuatkan pengunjung merasa ketagih untuk terus berkunjung ke D’jabris Ikan Bakar Serkam. Bagi peminat makanan laut, peluang untuk menikmati juadah seperti sotong goreng celup tepung, kerang, dan udang galah yang disajikan juga tidak harus dilepaskan. Ia pasti mampu mengecurkan air liur para pengunjung.

Perkhidmatan katering dalam jarak radius 30 kilometer juga ditawarkan oleh pihak D’jabris Ikan Bakar Serkam dengan pilihan menu yang boleh dipilih sendiri oleh pelanggan dan anda pasti akan berpuas hati dengan servis terbaik yang diberikan. Bagi yang ingin membuat tempahan untuk majlis ataupun ingin mengadakan keraian di premis restoran, mereka juga boleh melakukan tempahan selewat-lewatnya tiga jam sebelum majlis dan semuanya akan tersedia di atas meja mengikut kemahuan pelanggan. Bagi golongan bekerjaya mahupun pelajar yang ingin menjamu selera sambil bersantai, perkhidmatan capaian internet jalur lebar tanpa wayar yang pantas disediakan oleh pihak D’jabris Ikan Bakar Serkam. Mereka boleh dihubungi melalui talian 03-89123141 ataupun melalui akaun facebook iaitu D’Jabris Ikan Bakar Serkam.

Oleh itu, tidak hairanlah walaupun restoran ini baru sahaja memulakan operasinya pada awal tahun baru-baru ini telah begitu cepat mempunyai pelanggan setianya yang tersendiri. Jadi, kepada para peminat juadah ikan bakar di luar sana, jangan lepaskan peluang untuk merasai nikmat sebenar rasa ikan bakar yang asli, pastikan anda ialah salah seorang pengunjung restoran D’jabris Ikan Bakar Serkam. 

Jumpa anda di sana.

Create a free web site with Weebly