_The Kiranjit Kaur Public Relations Trophy Milik Mohd Hanis
Oleh: Siti Noor Azmira Binti Tan Tan
KUALA LUMPUR: Kemenangan ini merupakan suatu perkara yang tidak pernah terlintas langsung dalam fikiran saya. Anugerah The Kiranjit Kaur Public Relations Trophy merupakan satu anugerah yang amat bermakna kepada saya, kata Mohd Hanis B. Zolkipli.
Menurut beliau lagi, penilaian yang dilakukan adalah berdasarkan keputusan peperiksaan iaitu CGPA dan temuduga yang dibuat.....selanjutnya
Editorial
MELUASKAN PARADIGMA BENTUK PENULISAN DALAM MENTION ONLINE 2011
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia buat semua publik dalam UKM mahupun luar UKM atau sekalian yang berjaya menjangkau laman sesawang Mention Online 2011 ini. Tidak terlambat juga untuk saya mengucapkan selamat menyambut hari krismas bagi sesiapa yang merayakannya. Di kesempatan ruang yang kecil ini saya merasa sangat bertuah kerana telah diberi peluang bagi melontarkan sepatah dua kata dalam segmen editorial pada minggu ke 5 ini......selanjutnya
ITALEES RESTAURANT
“Emm memang sedap nasi ayam ni”, respon daripada salah seorang pengunjung yang datang menjamu selera di Italees Restaurant. Restoran yang terletak di Bandar Baru Bangi ini cukup terkenal dengan keenakan Nasi Ayam Hainan sehinggakan mereka mempunyai pelanggan tetap bukan sahaja penduduk kawasan Bangi malah juga terdiri daripada penduduk luar. Restoran yang dimiliki oleh 100% bumiputera ini amat mementingkan kualiti makanan sehinggakan ada dalam kalangan mereka yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menikmati hidangan ini.....selanjutnya | BUTIK NAIE SOURIE
“Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”. Itulah indahnya peranan wanita dalam konteks duniawi dan ukhrawi. Perhiasan yang indah pastinya lahir dari keperibadian yang mulia dan berakhlak tinggi. Namun pastinya dizahirkan dengan karakter diri yang bercirikan muslimah sejati. Elok budi, elok pula cerminan diri. Itulah yang cuba diperhalusi oleh Butik Naie Sourie Sdn. Bhd sebagai sebuah butik korporat muslimah yang berpaksikan keeleganan yang bercirikan muslimah sejati dalam pendekatan perniagaan mereka....selanjutnya
|