• Utama
  • Berita
    • Art Life Islamic Festival
    • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
    • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
    • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
    • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
    • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
    • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
    • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
    • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
    • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
    • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
    • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
    • YES atau UKM JARING
  • Rencana
    • Bakat atau Rupa Paras
    • Fixie
    • Isu Pembantu Rumah
    • Kenali Produk Kesihatan
    • Kereta Pilihan Pelajar
    • Pelajar dan Laman Sosial
    • Penyakit dan Alam Mistik
    • Pilihan Raya Umum
    • Tahun Melawat Perak
    • Trend Penghijrahan Artis
    • Trend Tudung Masa Kini
    • Universiti Pilihan Anda
  • Iklan
    • Kadlawo.com
    • Senirekastudio.com
  • Restoran
    • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
  • Muzik
    • Muzik Malaysia>
      • Muzik Melayu
      • Muzik Cina
      • Muzik India
  • Arkib
    • Editorial>
      • Edisi 1
      • Edisi 2
      • Edisi 3
    • Berita>
      • Edisi 1>
        • Perasmian PERMATApintar oleh PM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
        • KAPREZA ’12 (Karnival Premier Za’ba)
        • Tesis Masih Diperlukan
        • Program ‘ Mega Eksplorasi Cinta Alam Redang (MECAR)’
        • Program Sekolah Hijau 2012
        • Ke Arah Kesejahteraan UKM
        • Pusat Kesihatan UKM
        • Pusat Pergigian UKM
        • UKM Career Expo 2012
        • Ko-kurikulum Dari Mata Mahasiswa
      • Edisi 2>
        • Rumah Baru Tunas Permata Ukm
        • Operasi Khidmat Masyarakat
        • Tindakan PMUKM Terhadap Masalah Air
        • Baucar Buku 1 Malaysia
        • Radio Midas
        • Kad Matrik
        • Ops Kunci
        • Latihan Kebakaran
        • Pemotongan Wang Pinjaman Ptptn Semester 2 Sesi 2011/2012 Di Ukm
        • Mahasiswa Kerja Sambil Belajar Dan Pro-Kontranya
        • Minat Jadi Tarikan Kepada Lili Untuk Bergiat Dalam Keusahawanan
        • Perkhidmatan Koperasi Uniked Berhad
        • Perubahan Sistem Kokurikulum Di Ukm
        • Rekreasi di Ukm
      • Edisi 3>
        • Art Life Islamic Festival
        • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
        • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
        • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
        • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
        • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
        • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
        • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
        • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
        • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
        • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
        • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
        • YES atau UKM JARING
    • Rencana>
      • Edisi 1>
        • Diet Seimbang
        • Gastrik Menghantui Pelajar
        • 8 Tip Gaya Hidup Sihat
        • Bersenam Sambil Bergaya
        • Sakit Kepala Vs Migrain
        • Teknik Senaman Yang Baik
        • Tidur Oh Tidur
        • Pemilihan Makanan Berkhasiat Dan Menjimatkan
        • Nasi Vs Mi Segera
        • Makanan Tambahan
        • Makanan Untuk Kuatkan Minda
        • Sarapan Sesuai Bagi Pelajar IPT
        • Bukit Broga, Syurga Pemandangan Indah
      • Edisi 2>
        • Pengurusan Masa Berkualiti, Mahasiswa Gemilang
        • Aktiviti Hujung Minggu : Bersosial Di Luar Atau Di Bilik?
        • Shopping Mall Vs. Uptown Mana Satu Menjadi Pilihan
        • Seni Mempertahankan Diri Satu Keperluan Bagi Golongan Wanita
        • Blogger : Jana Pendapatan
        • Sungai Tekala
        • Tips Melancong Untuk Pelajar
        • Tata Rias Wajah Bersama Majalah Lisa
        • Gigi Besi Itu Cantik
        • Gajet Elektronik (Iphone Atau Tab) Keperluan Atau Gaya?
        • Mentaliti Remaja Terhadap Senaman
        • Mengawal Selera Makan dan Tidak Berasa Lapar
      • Edisi 3>
        • Bakat atau Rupa Paras
        • Fixie
        • Isu Pembantu Rumah
        • Kenali Produk Kesihatan
        • Kereta Pilihan Pelajar
        • Pelajar dan Laman Sosial
        • Penyakit dan Alam Mistik
        • Pilihan Raya Umum
        • Tahun Melawat Perak
        • Trend Penghijrahan Artis
        • Trend Tudung Masa Kini
        • Universiti Pilihan Anda
    • Iklan>
      • Edisi 1>
        • Pick me up
        • Busana Muslimah
      • Edisi 2>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
      • Edisi 3>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
    • Restoran>
      • Edisi 1>
        • Gearbox Dusun
        • Restoran Pilihan Warga Kampus
      • Edisi 2>
        • D’jabris Ikan Bakar Serkam
      • Edisi 3>
        • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
    • Muzik>
      • Edisi 1>
        • Gelombang Bunyi: Terapi Otak
        • Lagu Untuk Anda
      • Edisi 2>
        • Konsert Pertama 'Islam's Biggest Rockstar'
        • Christina Perri Bakal Turun Ke Malaysia
        • Maher Zain Bakal Beraksi Di Stadium Merdeka
        • Dengar Radio Malaysia Secara Online
      • Edisi 3>
        • Muzik Malaysia>
          • Muzik Melayu
          • Muzik Cina
          • Muzik India

Ke Arah Kesejahteraan UKM
oleh Muhammad Nazmi Bin A Razak

UKM: Pelajar dan warga Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berada di UKM sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera. Itulah jaminan yang diberikan oleh pengarah keselamatan wisma aman UKM yang berpegang pada prinsip ‘mesra tegas’ iaitu Lt. Kol Juri bin Tasripan ketika di wawancara baru-baru ini.

Antara isu yang dikemukakan ialah isu haiwan liar seperti monyet, babi dan anjing. Mengulas perkara tersebut, beliau menyatakan berlaku pertindihan kuasa dalam menangani kes sebegini, oleh itu berlaku sedikit masalah dalam mengatasi masalah ini. Dimaklumkan bahawa haiwan-haiwan liar ini di bawah bidang kuasa agensi luar seperti perhilitan dan pihak berkuasa tempatan. Namun pihak UKM sentiasa berusaha bekerjasama dengan agensi-agensi tersebut. Usaha-usaha yang telah dilakukan untuk menangani kes-kes sebegini ialah tangkap dan pindah, menembak, memasang perangkap dan sebagainya.

Berkaitan aduan segelintir pelajar yang menyatakan bahawa pihak keselamatan UKM tidak menjalankan tugas rondaan pada waktu malam, ia pantas disangkal oleh Lt. Kol Juri. Beliau menyatakan pihak keselamatan UKM bertugas melakukan rondaan setiap dua jam sekali mengikut syif yang dibahagikan tiga, terutamanya di kawasan-kawasan tertentu yang telah dikenalpasti agak berisiko.

Keselamatan pelajar di kawasan-kawasan UKM, fakulti, dan kolej juga mempunyai ciri-ciri keselamatan tersendiri dengan adanya sokongan kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa tempat yang strategik. Rakaman CCTV ini diselia selama 24 jam oleh pihak keselamatan iaitu Task Force. Oleh itu, jika sesuatu yang tidak diingini atau berlaku sesuatu yang mencurigakan, pihak keselamatan akan bertindak dengan segera.

Mengulas isu berkaitan kes-kes kecurian di UKM terutamanya laptop dan motosikal, beliau menyatakan bahawa kebanyakannya berpunca daripada kelalaian dan kecuaian pemilik itu sendiri. Sebagai contoh, meninggalkan kunci pada motosikal, tidak menggunakan kunci pendua dan ada yang tidur di bilik tanpa mengunci pintu. Tindakan ini seolah-olah memberi ruang dan peluang terhadap pencuri untuk melakukan aktiviti jenayah ini. Pelajar seharusnya lebih berhati-hati kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Beliau turut mengulas masalah ‘parking’ di kawasan UKM yang sedia maklum agak bermasalah dan menyebabkan ramai pengguna disaman mahupun tayar kenderaan mereka dikunci. Berliau berkata sebenarnya pelajar sememangnya tidak digalakkan membawa kereta ke kampus. Oleh itu, pihak UKM telah menyediakan kawasan Park And Ride. Antara tempat parking yang disediakan untuk pelajar pula ialah di kawasan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), sebelah Pusat Kesihatan, Dewan Gemilang dan kawasan Fakulti Kejuruteraan. Para pengguna juga seharusnya bertanggungjawab dengan tindakan mereka meletak kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya kerana akan menyusahkan para pengguna lain.

Lt. Kol Juri juga menyatakan pihak keselamatan tidaklah begitu kejam untuk terus mengambil tindakan keras terhadap pelajar atau pun warga UKM tetapi tindakan itu kebiasaanya diambil terhadap pengguna yang berdegil dan berkali-kali melakukan kesalahan yang sama. Oleh itu, tuduhan terhadap pihak keselamatan bahawa mereka tidak bertimbang rasa dan tiada sikap budi-bicara adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

Beliau juga sempat memberikan nombor telefon yang boleh dihubungi selama 24 jam dan nombor ini  seharusnya ada pada setiap warga UKM bagi membuat aduan, melaporkan sesuatu, memberi komen serta cadangan dan sebagainya.

Sila Hubungi:

Picture
Pejabat: 03-89214444

H/P      : 019-9668722

Emel    : jurry60@yahoo.com

Facebook: Pejabat Keselamatan UKM


Create a free web site with Weebly