• Utama
  • Berita
    • Art Life Islamic Festival
    • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
    • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
    • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
    • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
    • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
    • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
    • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
    • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
    • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
    • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
    • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
    • YES atau UKM JARING
  • Rencana
    • Bakat atau Rupa Paras
    • Fixie
    • Isu Pembantu Rumah
    • Kenali Produk Kesihatan
    • Kereta Pilihan Pelajar
    • Pelajar dan Laman Sosial
    • Penyakit dan Alam Mistik
    • Pilihan Raya Umum
    • Tahun Melawat Perak
    • Trend Penghijrahan Artis
    • Trend Tudung Masa Kini
    • Universiti Pilihan Anda
  • Iklan
    • Kadlawo.com
    • Senirekastudio.com
  • Restoran
    • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
  • Muzik
    • Muzik Malaysia>
      • Muzik Melayu
      • Muzik Cina
      • Muzik India
  • Arkib
    • Editorial>
      • Edisi 1
      • Edisi 2
      • Edisi 3
    • Berita>
      • Edisi 1>
        • Perasmian PERMATApintar oleh PM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
        • KAPREZA ’12 (Karnival Premier Za’ba)
        • Tesis Masih Diperlukan
        • Program ‘ Mega Eksplorasi Cinta Alam Redang (MECAR)’
        • Program Sekolah Hijau 2012
        • Ke Arah Kesejahteraan UKM
        • Pusat Kesihatan UKM
        • Pusat Pergigian UKM
        • UKM Career Expo 2012
        • Ko-kurikulum Dari Mata Mahasiswa
      • Edisi 2>
        • Rumah Baru Tunas Permata Ukm
        • Operasi Khidmat Masyarakat
        • Tindakan PMUKM Terhadap Masalah Air
        • Baucar Buku 1 Malaysia
        • Radio Midas
        • Kad Matrik
        • Ops Kunci
        • Latihan Kebakaran
        • Pemotongan Wang Pinjaman Ptptn Semester 2 Sesi 2011/2012 Di Ukm
        • Mahasiswa Kerja Sambil Belajar Dan Pro-Kontranya
        • Minat Jadi Tarikan Kepada Lili Untuk Bergiat Dalam Keusahawanan
        • Perkhidmatan Koperasi Uniked Berhad
        • Perubahan Sistem Kokurikulum Di Ukm
        • Rekreasi di Ukm
      • Edisi 3>
        • Art Life Islamic Festival
        • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
        • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
        • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
        • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
        • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
        • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
        • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
        • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
        • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
        • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
        • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
        • YES atau UKM JARING
    • Rencana>
      • Edisi 1>
        • Diet Seimbang
        • Gastrik Menghantui Pelajar
        • 8 Tip Gaya Hidup Sihat
        • Bersenam Sambil Bergaya
        • Sakit Kepala Vs Migrain
        • Teknik Senaman Yang Baik
        • Tidur Oh Tidur
        • Pemilihan Makanan Berkhasiat Dan Menjimatkan
        • Nasi Vs Mi Segera
        • Makanan Tambahan
        • Makanan Untuk Kuatkan Minda
        • Sarapan Sesuai Bagi Pelajar IPT
        • Bukit Broga, Syurga Pemandangan Indah
      • Edisi 2>
        • Pengurusan Masa Berkualiti, Mahasiswa Gemilang
        • Aktiviti Hujung Minggu : Bersosial Di Luar Atau Di Bilik?
        • Shopping Mall Vs. Uptown Mana Satu Menjadi Pilihan
        • Seni Mempertahankan Diri Satu Keperluan Bagi Golongan Wanita
        • Blogger : Jana Pendapatan
        • Sungai Tekala
        • Tips Melancong Untuk Pelajar
        • Tata Rias Wajah Bersama Majalah Lisa
        • Gigi Besi Itu Cantik
        • Gajet Elektronik (Iphone Atau Tab) Keperluan Atau Gaya?
        • Mentaliti Remaja Terhadap Senaman
        • Mengawal Selera Makan dan Tidak Berasa Lapar
      • Edisi 3>
        • Bakat atau Rupa Paras
        • Fixie
        • Isu Pembantu Rumah
        • Kenali Produk Kesihatan
        • Kereta Pilihan Pelajar
        • Pelajar dan Laman Sosial
        • Penyakit dan Alam Mistik
        • Pilihan Raya Umum
        • Tahun Melawat Perak
        • Trend Penghijrahan Artis
        • Trend Tudung Masa Kini
        • Universiti Pilihan Anda
    • Iklan>
      • Edisi 1>
        • Pick me up
        • Busana Muslimah
      • Edisi 2>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
      • Edisi 3>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
    • Restoran>
      • Edisi 1>
        • Gearbox Dusun
        • Restoran Pilihan Warga Kampus
      • Edisi 2>
        • D’jabris Ikan Bakar Serkam
      • Edisi 3>
        • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
    • Muzik>
      • Edisi 1>
        • Gelombang Bunyi: Terapi Otak
        • Lagu Untuk Anda
      • Edisi 2>
        • Konsert Pertama 'Islam's Biggest Rockstar'
        • Christina Perri Bakal Turun Ke Malaysia
        • Maher Zain Bakal Beraksi Di Stadium Merdeka
        • Dengar Radio Malaysia Secara Online
      • Edisi 3>
        • Muzik Malaysia>
          • Muzik Melayu
          • Muzik Cina
          • Muzik India

Pelajar dan Laman Sosial
oleh To Oi Lli


Laman sosial dapat menghubungkan seseorang individu dengan individu lain atau kelompok kumpulan. Terdapat banyak laman sosial yang dihasilkan. Antaranya termasuklah Facebook yang merupakan antara laman sosial popular yang dihasilkan oleh Mark Zuckerberg dan Twitter yang terkenal dengan istilah tweet dan direka oleh Jack Dorsey. Laman sosial mendapat perhatian pelajar kerana penggunaannya yang mudah dan senang diakses bagi mengisi waktu lapang.

            Laman sosial mendatangkan kebaikan kepada pelajar sekiranya digunakan secara betul kerana pelajar  dapat mengenali kawan yang baru dan pada masa yang sama dapat menghubungi semula kenalan lama yang mungkin telah terputus hubungan. Laman sosial turut menyalurkan maklumat yang berguna kepada pelajar seperti mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan pelajar di tempat lain. Mereka juga dapat menyampaikan maklumat seperti mengadakan satu perjumpaan di sesuatu tempat dengan mengumpulkan guru-guru dan rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa. Perkara ini menjadi mudah kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga dengan cara menggunakan kemudahan yang sedia ada.

                Unit Hal Ehwal Murid (Hem), Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) membuka akaun laman sosial facebook dan blog sebagai pendekatan baru menyampaikan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar selepas menyedari semakin ramai pelajar terjebak masalah tekanan, keresahan dan kemurungan. Timbalan Pengarah Pelajaran Sentul, Mohamad Saadon Haron daripada sumber harian metro berkata, akaun facebook itu mampu merapatkan jurang antara dua generasi iaitu antara guru dan pelajar. Masalah yang dihadapi oleh pelajar boleh dikongsi kepada guru dan guru bertindak sebagai pembimbing untuk mengurangkan masalah sosial manakala pelajar akan berasa dihargai dan disayangi.

Picture
                  Namun demikian, pelajar yang mendapat pendedahan laman sosial yang terlalu bebas tanpa kawalan sememangnya boleh menjurus kepada perlakuan jenayah dan masalah sosial. Menurut Ketua Polis Pahang daripada sumber Harian Metro, Datuk Sharifuddin Abd Ghani  Lee berkata melalui laman sosial pelajar akan berkenalan dengan individu tertentu. Contohnya, budaya Barat seperti “Black Metal”, “Punk”, “Gothic”, dan “Skin Head” yang menular dalam pemikiran remaja di Malaysia. Perkara ini akan mempengaruhi remaja untuk meniru budaya sehingga wujud budaya hedonisme dan gengsterisme di sekolah.

            Sesetengah laman sosial memberikan pengaruh atau unsur pornografi daripada Barat ke dalam kehidupan pelajar. Unsur pornografi mudah didapati di laman sesawang internet. Unsur pornografi seperti bahan bacaan, gambar, dan video mudah diakses dan disebarkan oleh pengguna laman sosial. Menurut naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye yang bersumberkan harian metro berkata penggunaan laman web seperti facebook dikesan menjadi punca berlakunya jenayah rogol di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

               Penggunaan laman sosial juga melahirkan pelajar yang leka dan lalai dalam melakukan sesuatu tugasan. Kepelbagaian aplikasi yang menarik seperti permainan yang terdapat dalam laman sosial mampu menarik minat pengguna laman sosial tersebut. Hal ini menyebabkan pelajar akan berasa seronok sehingga leka untuk menyempurnakan urusan mereka dan mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Golongan pelajar yang menjadi tunjang kecemerlangan negara tidak dapat dilahirkan ekoran penggunaannya yang melalaikan masyarakat.

             Dunia sedang menghala ke arah zaman tanpa sempadan disebabkan oleh kewujudan internet dan pelbagai laman sosial dihasilkan untuk pelbagai tujuan dan maklumat. Sesungguhnya, pelajar lebih pandai menggunakan alat-alat digital berbanding ibu bapa mereka dan pelajar perlulah melayari laman web yang betul. Pelajar perlu dididik oleh ibu bapa untuk mengunakan laman sosial secara betul supaya pelbagai masalah sosial dapat dielakkan untuk melahirkan modal insan yang berwibawa untuk memimpin negara.


Sumber : 
http://www.edidik.com
http://praya.hmetro.com.my
http://hazmanfadzil.com


Create a free web site with Weebly