• Utama
  • Berita
    • Art Life Islamic Festival
    • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
    • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
    • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
    • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
    • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
    • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
    • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
    • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
    • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
    • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
    • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
    • YES atau UKM JARING
  • Rencana
    • Bakat atau Rupa Paras
    • Fixie
    • Isu Pembantu Rumah
    • Kenali Produk Kesihatan
    • Kereta Pilihan Pelajar
    • Pelajar dan Laman Sosial
    • Penyakit dan Alam Mistik
    • Pilihan Raya Umum
    • Tahun Melawat Perak
    • Trend Penghijrahan Artis
    • Trend Tudung Masa Kini
    • Universiti Pilihan Anda
  • Iklan
    • Kadlawo.com
    • Senirekastudio.com
  • Restoran
    • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
  • Muzik
    • Muzik Malaysia>
      • Muzik Melayu
      • Muzik Cina
      • Muzik India
  • Arkib
    • Editorial>
      • Edisi 1
      • Edisi 2
      • Edisi 3
    • Berita>
      • Edisi 1>
        • Perasmian PERMATApintar oleh PM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
        • KAPREZA ’12 (Karnival Premier Za’ba)
        • Tesis Masih Diperlukan
        • Program ‘ Mega Eksplorasi Cinta Alam Redang (MECAR)’
        • Program Sekolah Hijau 2012
        • Ke Arah Kesejahteraan UKM
        • Pusat Kesihatan UKM
        • Pusat Pergigian UKM
        • UKM Career Expo 2012
        • Ko-kurikulum Dari Mata Mahasiswa
      • Edisi 2>
        • Rumah Baru Tunas Permata Ukm
        • Operasi Khidmat Masyarakat
        • Tindakan PMUKM Terhadap Masalah Air
        • Baucar Buku 1 Malaysia
        • Radio Midas
        • Kad Matrik
        • Ops Kunci
        • Latihan Kebakaran
        • Pemotongan Wang Pinjaman Ptptn Semester 2 Sesi 2011/2012 Di Ukm
        • Mahasiswa Kerja Sambil Belajar Dan Pro-Kontranya
        • Minat Jadi Tarikan Kepada Lili Untuk Bergiat Dalam Keusahawanan
        • Perkhidmatan Koperasi Uniked Berhad
        • Perubahan Sistem Kokurikulum Di Ukm
        • Rekreasi di Ukm
      • Edisi 3>
        • Art Life Islamic Festival
        • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
        • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
        • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
        • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
        • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
        • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
        • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
        • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
        • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
        • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
        • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
        • YES atau UKM JARING
    • Rencana>
      • Edisi 1>
        • Diet Seimbang
        • Gastrik Menghantui Pelajar
        • 8 Tip Gaya Hidup Sihat
        • Bersenam Sambil Bergaya
        • Sakit Kepala Vs Migrain
        • Teknik Senaman Yang Baik
        • Tidur Oh Tidur
        • Pemilihan Makanan Berkhasiat Dan Menjimatkan
        • Nasi Vs Mi Segera
        • Makanan Tambahan
        • Makanan Untuk Kuatkan Minda
        • Sarapan Sesuai Bagi Pelajar IPT
        • Bukit Broga, Syurga Pemandangan Indah
      • Edisi 2>
        • Pengurusan Masa Berkualiti, Mahasiswa Gemilang
        • Aktiviti Hujung Minggu : Bersosial Di Luar Atau Di Bilik?
        • Shopping Mall Vs. Uptown Mana Satu Menjadi Pilihan
        • Seni Mempertahankan Diri Satu Keperluan Bagi Golongan Wanita
        • Blogger : Jana Pendapatan
        • Sungai Tekala
        • Tips Melancong Untuk Pelajar
        • Tata Rias Wajah Bersama Majalah Lisa
        • Gigi Besi Itu Cantik
        • Gajet Elektronik (Iphone Atau Tab) Keperluan Atau Gaya?
        • Mentaliti Remaja Terhadap Senaman
        • Mengawal Selera Makan dan Tidak Berasa Lapar
      • Edisi 3>
        • Bakat atau Rupa Paras
        • Fixie
        • Isu Pembantu Rumah
        • Kenali Produk Kesihatan
        • Kereta Pilihan Pelajar
        • Pelajar dan Laman Sosial
        • Penyakit dan Alam Mistik
        • Pilihan Raya Umum
        • Tahun Melawat Perak
        • Trend Penghijrahan Artis
        • Trend Tudung Masa Kini
        • Universiti Pilihan Anda
    • Iklan>
      • Edisi 1>
        • Pick me up
        • Busana Muslimah
      • Edisi 2>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
      • Edisi 3>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
    • Restoran>
      • Edisi 1>
        • Gearbox Dusun
        • Restoran Pilihan Warga Kampus
      • Edisi 2>
        • D’jabris Ikan Bakar Serkam
      • Edisi 3>
        • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
    • Muzik>
      • Edisi 1>
        • Gelombang Bunyi: Terapi Otak
        • Lagu Untuk Anda
      • Edisi 2>
        • Konsert Pertama 'Islam's Biggest Rockstar'
        • Christina Perri Bakal Turun Ke Malaysia
        • Maher Zain Bakal Beraksi Di Stadium Merdeka
        • Dengar Radio Malaysia Secara Online
      • Edisi 3>
        • Muzik Malaysia>
          • Muzik Melayu
          • Muzik Cina
          • Muzik India

Tahun Melawat Perak
oleh Loke Kar Wai

Picture
Picture
Picture
Tahun 2012 merupakan Tahun Melawat Perak. Jadi, pastinya terdapat ramai pelancong tempatan dan pelancong asing berminat untuk mengunjungi negeri Perak. Negeri Perak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan. Selain keunikan gua serta bukit batu kapur yang terdapat di sekeliling negeri perak, tarikan lain ialah seperti pantai, tasik, hutan, pulau dan tempat bersejarah. Justeru, kami telah menyenaraikan 10 Ikon Pelancongan di negeri Perak yang pasti tidak boleh dilepaskan semasa mengunjungi negeri Perak.

        Ikon pelancongan pertama ialah  Taman Negeri Royal Belum yang lebih tua daripada hutan Amazon. Taman ini merupakan hutan dara yang luas dan hutan simpanan terbesar di Semenanjung Malaysia. Taman Negeri Loyal Belum, kaya dengan pelbagai biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies burung enggang Malaysia berkampung di situ. Selain itu, terdapat juga pelbagai haiwan liar di hutan seperti gajah, badak sumbu, tapir dan harimau. Taman Negeri Royal Belum juga menempatkan perkampungan orang Asli di Sungai Tiang dan Sungai Kejar.

        Hutan Paya Bakau Matang diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar dan ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Hutan Paya Bakau Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur. Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang. Selain itu, pengunjung juga boleh melihat kehijauan pokok bakau, memerhati burung yang pelbagai spesies dan berpeluang melihat proses menghasilkan arang.

        Gua Tempurung merupakan sebuah gua batu kapur di Gopeng. Nama Tempurung diambil kerana sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer yang terdiri daripada lima kubah besar dan setiap kubah mempunyai suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar yang tidak sama. Ia dipercayai wujud sejak 8,000 SM. Gua ini turut dicatat dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga1960. Pada suatu masa dahulu, Gua Tempurung ini juga merupakan lombong bijih timah dari tahun 1970.

        Taman Herba Negeri Perak mempunyai keluasan 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba seperti misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba, emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih dan sebagainya. Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan haruman herba dapat menyenangkan jiwa selain mempelajari pelbagai jenis spesies herba yang ada.

        Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs menawarkan sesuatu yang cukup unik. Sungai Klah Hot Spring dibuka pada tahun 2003, ia bukan sahaja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup menyenangkan. Suasana sebegini pasti dapat meringankan tekanan kehidupan yang besar.

        Pulau Orang Utan terletakdi Bukit Merah Laketown Resort merupakan sebuah kawasan seluas 14 hektar yang dapat menawarkan pengunjung keterujaan dengan melihat gelagat dan aksi orang Utan. Dengan hanya menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.

        Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah ialah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia yang dirasmikan pada 15 Jun 2003 . Zoo Taiping berkeluasan lebih 8.5 hektar dan mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie.

        Ipoh ialah bandar yang cukup unik kerana ia dikelilingi bukit-bukau dan gua batu kapur yang cukup unik. Pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta tahun pasti membuatkan sesiapa saja terpegun keindahannya. Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Tong Temple, Perak Tong Temple, Gua Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Lost World Of Tambun.

        Lumut cukup terkenal dengan keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang. Ia sering dikunjungi pelancong kerana perjalanannya hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri. Pulau Pangkor kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak. Jangan lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.

        Bandar Diraja Kuala Kangsar yang berusia 150 tahun itu adalah antara destinasi wajib dikunjungi jika melancong ke Perak. Bandar yang hanya mengambil masa selama 30 minit pemanduan dari Ipoh punya pelbagai mercu tanda. Jika anda berminat tentang sejarah, anda boleh menjejaki warisan dengan hanya berjalan kaki menaiki Bukit Chandan. Jangan lupa untuk mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah. Justeru, anda juga berpeluang melihat bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta melihat sendiri pokok getah tertua di Jalan Raja Chulan.

           Destinasi-destinasi yang telah diperkenalkan merupakan destinasi pelancongan negeri Perak yang tidak boleh dilepaskan. Ia istimewa, indah, unik dan cirri-cirinya tidak dapat dijumpai di destinasi-destinasi pelancongan lain. Datanglah melawat Perak beramai-ramai dan meluaskan pandangan anda terhadap dunia di negeri Perak.

Sumber : http://zonfiniti.blogspot.com
Create a free web site with Weebly