• Utama
  • Berita
    • Art Life Islamic Festival
    • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
    • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
    • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
    • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
    • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
    • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
    • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
    • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
    • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
    • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
    • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
    • YES atau UKM JARING
  • Rencana
    • Bakat atau Rupa Paras
    • Fixie
    • Isu Pembantu Rumah
    • Kenali Produk Kesihatan
    • Kereta Pilihan Pelajar
    • Pelajar dan Laman Sosial
    • Penyakit dan Alam Mistik
    • Pilihan Raya Umum
    • Tahun Melawat Perak
    • Trend Penghijrahan Artis
    • Trend Tudung Masa Kini
    • Universiti Pilihan Anda
  • Iklan
    • Kadlawo.com
    • Senirekastudio.com
  • Restoran
    • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
  • Muzik
    • Muzik Malaysia>
      • Muzik Melayu
      • Muzik Cina
      • Muzik India
  • Arkib
    • Editorial>
      • Edisi 1
      • Edisi 2
      • Edisi 3
    • Berita>
      • Edisi 1>
        • Perasmian PERMATApintar oleh PM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
        • KAPREZA ’12 (Karnival Premier Za’ba)
        • Tesis Masih Diperlukan
        • Program ‘ Mega Eksplorasi Cinta Alam Redang (MECAR)’
        • Program Sekolah Hijau 2012
        • Ke Arah Kesejahteraan UKM
        • Pusat Kesihatan UKM
        • Pusat Pergigian UKM
        • UKM Career Expo 2012
        • Ko-kurikulum Dari Mata Mahasiswa
      • Edisi 2>
        • Rumah Baru Tunas Permata Ukm
        • Operasi Khidmat Masyarakat
        • Tindakan PMUKM Terhadap Masalah Air
        • Baucar Buku 1 Malaysia
        • Radio Midas
        • Kad Matrik
        • Ops Kunci
        • Latihan Kebakaran
        • Pemotongan Wang Pinjaman Ptptn Semester 2 Sesi 2011/2012 Di Ukm
        • Mahasiswa Kerja Sambil Belajar Dan Pro-Kontranya
        • Minat Jadi Tarikan Kepada Lili Untuk Bergiat Dalam Keusahawanan
        • Perkhidmatan Koperasi Uniked Berhad
        • Perubahan Sistem Kokurikulum Di Ukm
        • Rekreasi di Ukm
      • Edisi 3>
        • Art Life Islamic Festival
        • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
        • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
        • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
        • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
        • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
        • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
        • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
        • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
        • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
        • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
        • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
        • YES atau UKM JARING
    • Rencana>
      • Edisi 1>
        • Diet Seimbang
        • Gastrik Menghantui Pelajar
        • 8 Tip Gaya Hidup Sihat
        • Bersenam Sambil Bergaya
        • Sakit Kepala Vs Migrain
        • Teknik Senaman Yang Baik
        • Tidur Oh Tidur
        • Pemilihan Makanan Berkhasiat Dan Menjimatkan
        • Nasi Vs Mi Segera
        • Makanan Tambahan
        • Makanan Untuk Kuatkan Minda
        • Sarapan Sesuai Bagi Pelajar IPT
        • Bukit Broga, Syurga Pemandangan Indah
      • Edisi 2>
        • Pengurusan Masa Berkualiti, Mahasiswa Gemilang
        • Aktiviti Hujung Minggu : Bersosial Di Luar Atau Di Bilik?
        • Shopping Mall Vs. Uptown Mana Satu Menjadi Pilihan
        • Seni Mempertahankan Diri Satu Keperluan Bagi Golongan Wanita
        • Blogger : Jana Pendapatan
        • Sungai Tekala
        • Tips Melancong Untuk Pelajar
        • Tata Rias Wajah Bersama Majalah Lisa
        • Gigi Besi Itu Cantik
        • Gajet Elektronik (Iphone Atau Tab) Keperluan Atau Gaya?
        • Mentaliti Remaja Terhadap Senaman
        • Mengawal Selera Makan dan Tidak Berasa Lapar
      • Edisi 3>
        • Bakat atau Rupa Paras
        • Fixie
        • Isu Pembantu Rumah
        • Kenali Produk Kesihatan
        • Kereta Pilihan Pelajar
        • Pelajar dan Laman Sosial
        • Penyakit dan Alam Mistik
        • Pilihan Raya Umum
        • Tahun Melawat Perak
        • Trend Penghijrahan Artis
        • Trend Tudung Masa Kini
        • Universiti Pilihan Anda
    • Iklan>
      • Edisi 1>
        • Pick me up
        • Busana Muslimah
      • Edisi 2>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
      • Edisi 3>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
    • Restoran>
      • Edisi 1>
        • Gearbox Dusun
        • Restoran Pilihan Warga Kampus
      • Edisi 2>
        • D’jabris Ikan Bakar Serkam
      • Edisi 3>
        • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
    • Muzik>
      • Edisi 1>
        • Gelombang Bunyi: Terapi Otak
        • Lagu Untuk Anda
      • Edisi 2>
        • Konsert Pertama 'Islam's Biggest Rockstar'
        • Christina Perri Bakal Turun Ke Malaysia
        • Maher Zain Bakal Beraksi Di Stadium Merdeka
        • Dengar Radio Malaysia Secara Online
      • Edisi 3>
        • Muzik Malaysia>
          • Muzik Melayu
          • Muzik Cina
          • Muzik India

Teknik Senaman Yang Baik oleh Sow Cyn Sion

Bersenam. Adakah anda selalu bersenam? Kita semua tahu yang bersenam adalah baik untuk kesihatan tubuh badan kita. Bersenam dapat menguatkan badan dan melancarkan perjalanan darah dalam badan.

Tetapi adakah setiap orang yang bersenam mengetahui tentang teknik senaman yang baik. Bersenam sebenarnya memerlukan kita mengetahui teknik-teknik yang betul untuk melakukannya. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah meregang otot. Teknik ini penting bagi memastikan otot kita tidak terbeban apabila senaman berat dilakukan. Kalau kita perhatikan terdapat banyak kes di mana kecederaan berlaku semasa bersenam atau bersukan. Antara sebabnya adalah kerana tidak melakukan peregangan otot terlebih dahulu dan tidak melakukan teknik senaman yang betul.

Mengikut  statistik yang dihasilkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang  berlebihan dan 14% mengalami obesiti di Malaysia pada tahun 2009. Berikut merupakan beberapa tips cara yang boleh digunakan untuk melakukan senaman seterusnya mengelakkan kecederaan fizikal dan mental seseorang yang melakukan senaman serta mengekalkan tabiat senaman yang betul.

Mulakan senaman dengan pemanasan badan (strecthing)- Pasti ramai yang tidak mengetahui  pentingnya untuk anda memanaskan badan sebelum melakukan senaman. Otot-otot anda perlu diregangkan terlebih dahulu sebelum ianya ditugaskan untuk melakukan sesuatu yang lebih berat. Hal ini adalah untuk mencegah daripada kerosakan rangkaian otot dan membantu proses pengaliran darah yang baik ke seluruh bahagian tubuh. Sekiranya darah tidak dapat dialirkan dengan baik, berkemungkinan anda akan pengsan, sesak nafas atau sebagainya. 5 minit sudah memadai untuk anda memanaskan badan.

Lakukan senaman dengan cara bersukan- Bersukan adalah cara yang paling menyeronokkan untuk anda melakukan senaman kerana ia dapat mengelakkan anda daripada berasa bosan keseorangan. Dengan bersukan, anda boleh menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Sebagai contoh, bersukan seperti bermain bola sepak adalah waktu terbaik untuk anda mengeratkan silaturrahim disamping dapat membantu untuk menyihatkan tubuh badan.

Berasa seronok terhadap apa yang anda lakukan- Konsep senaman adalah untuk menggerakkan otot-otot tubuh anda daripada tidak melakukan apa-apa. Tidak semestinya anda perlu menghabiskan masa berjam-jam di gym untuk melakukan senaman. Ianya adalah terpulang kepada keselesaan dan masa yang bersesuaian dengan anda. Sekiranya anda lebih selesa untuk berjalan-jalan di kawasan taman dan merasakan ianya dapat membuatkan anda gembira, teruskan usaha tersebut.

Jadualkan senaman anda- Untuk  melihat hasil daripada senaman yang anda telah dilakukan, ia perlu mengambil masa. Selain daripada itu, konsentrasi amatlah penting untuk mendapatkan hasil yang anda idamkan. Sekiranya anda hanya bersenam apabila anda merasakan ingin bersenam, ianya pasti tidak akan berhasil kerana untuk melihat hasil daripada senaman memerlukan usaha yang konsisten dan berterusan. Walaupun anda telah mendapat objektif sebenar anda melakukan senaman, ianya perlu diteruskan untuk  memelihara berat, susuk tubuh, tenaga dan sebagainya.

Kepelbagaian- Adalah normal kepada seseorang untuk berasa bosan sekiranya melakukan sesuatu berulang kali. Anda tidak perlu takut untuk mempelbagaikan jenis senaman yang anda rasakan seronok untuk melakukannya. Mungkin sebelum ini anda bersenam dengan berjalan dan apabila  sudah berasa bosan, mungkin anda boleh mempelbagaikannya dengan mengayuh basikal atau sebagainya.

Bersukan dapat memberikan anda lebihan tenaga- Tidak dinafikan sekiranya anda baru sahaja bermula untuk melakukan senaman, pasti tubuh anda akan berasa lebih penat berbanding sebelumnya. Hal ini kerana perubahan terhadap rutin yang biasa dilakukan oleh otot. Tetapi, sekiranya ianya dilakukan secara berterusan, pasti anda dapat melihat hasilnya bahawa ia akan memberikan lebihan tenaga kepada anda. Anda akan lebih semangat untuk melakukan aktiviti harian anda yang lain dan ianya tidak akan memenatkan anda.

Picture



Ching Shien Chiet merupakan  individu yang ditemu bual. Beliau  merupakan atlet sukan badminton  peringkat  Negeri  Kelantan.   
Picture
Langkah pertama, berdiri pada posisi yang betul dengan kedua belah kaki dibuka
Picture
Kedua, bengkokkan kaki sehingga badan mencapai sudut 90 darjah mengikut keselesaan masing-masing
Picture
Ketiga, ulangi langkah pertama dalam kiraan 10-15 kali
Picture
Keempat, otot dan lengan berdiri dengan posisi sama. Bengkokkan sedikit kaki dan luruskan tangan menghala ke belakang
Picture
Kelima, tarik tangan sambil membengkokkan siku sehingga 90 darjah separas dengan pinggang dengan keadaan tangan digenggam dalam kiraan 10-15 kali
Picture
Keenam, tolak hujung kaki ke lantai dan mengangkat tumit ke atas pada sudut 75 darjah. Ulang dengan kiraan 10-15 kali. Lakukan sambil meletakkan tapak tangan ke dinding
Picture
Ketujuh, tanpa memegang dinding angkat tumit pada kedudukan yang selesa sambil menarik nafas perlahan-lahan. Pastikan kdudukan kaki betul bagi mengelakkan kecederaan. Ulang dalam kiraan 10-15 kali
Create a free web site with Weebly