• Utama
  • Berita
    • Art Life Islamic Festival
    • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
    • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
    • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
    • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
    • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
    • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
    • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
    • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
    • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
    • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
    • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
    • YES atau UKM JARING
  • Rencana
    • Bakat atau Rupa Paras
    • Fixie
    • Isu Pembantu Rumah
    • Kenali Produk Kesihatan
    • Kereta Pilihan Pelajar
    • Pelajar dan Laman Sosial
    • Penyakit dan Alam Mistik
    • Pilihan Raya Umum
    • Tahun Melawat Perak
    • Trend Penghijrahan Artis
    • Trend Tudung Masa Kini
    • Universiti Pilihan Anda
  • Iklan
    • Kadlawo.com
    • Senirekastudio.com
  • Restoran
    • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
  • Muzik
    • Muzik Malaysia>
      • Muzik Melayu
      • Muzik Cina
      • Muzik India
  • Arkib
    • Editorial>
      • Edisi 1
      • Edisi 2
      • Edisi 3
    • Berita>
      • Edisi 1>
        • Perasmian PERMATApintar oleh PM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
        • KAPREZA ’12 (Karnival Premier Za’ba)
        • Tesis Masih Diperlukan
        • Program ‘ Mega Eksplorasi Cinta Alam Redang (MECAR)’
        • Program Sekolah Hijau 2012
        • Ke Arah Kesejahteraan UKM
        • Pusat Kesihatan UKM
        • Pusat Pergigian UKM
        • UKM Career Expo 2012
        • Ko-kurikulum Dari Mata Mahasiswa
      • Edisi 2>
        • Rumah Baru Tunas Permata Ukm
        • Operasi Khidmat Masyarakat
        • Tindakan PMUKM Terhadap Masalah Air
        • Baucar Buku 1 Malaysia
        • Radio Midas
        • Kad Matrik
        • Ops Kunci
        • Latihan Kebakaran
        • Pemotongan Wang Pinjaman Ptptn Semester 2 Sesi 2011/2012 Di Ukm
        • Mahasiswa Kerja Sambil Belajar Dan Pro-Kontranya
        • Minat Jadi Tarikan Kepada Lili Untuk Bergiat Dalam Keusahawanan
        • Perkhidmatan Koperasi Uniked Berhad
        • Perubahan Sistem Kokurikulum Di Ukm
        • Rekreasi di Ukm
      • Edisi 3>
        • Art Life Islamic Festival
        • Bakat Melukis Digilap Melalui Bengkel Seni Kreatif
        • Fiesta Kebudayaan Zapin Johor
        • Kafe Kolej Pendeta ZA’BA
        • Kelebihan Berniaga di Kompleks Pusanika, UKM
        • Kemeriahan Sukan Tahunan TUNAS PERMATA
        • Kesejahteraan Kita, Tanggungjawab Kita Bersama
        • Pilihanraya Kampus Menimbulkan Kesedaran Politik Mahasiswa
        • PALAPES dan SUKSIS: Adakah Membebankan Kredit KO-K
        • Pembukaan Perpustakaan Lingkungan Kedua
        • Teres Ekoniaga Tumpuan Pelajar
        • UKM Menang Berganda Pertandingan Debat Perdana Pengguna Siswa 2012
        • YES atau UKM JARING
    • Rencana>
      • Edisi 1>
        • Diet Seimbang
        • Gastrik Menghantui Pelajar
        • 8 Tip Gaya Hidup Sihat
        • Bersenam Sambil Bergaya
        • Sakit Kepala Vs Migrain
        • Teknik Senaman Yang Baik
        • Tidur Oh Tidur
        • Pemilihan Makanan Berkhasiat Dan Menjimatkan
        • Nasi Vs Mi Segera
        • Makanan Tambahan
        • Makanan Untuk Kuatkan Minda
        • Sarapan Sesuai Bagi Pelajar IPT
        • Bukit Broga, Syurga Pemandangan Indah
      • Edisi 2>
        • Pengurusan Masa Berkualiti, Mahasiswa Gemilang
        • Aktiviti Hujung Minggu : Bersosial Di Luar Atau Di Bilik?
        • Shopping Mall Vs. Uptown Mana Satu Menjadi Pilihan
        • Seni Mempertahankan Diri Satu Keperluan Bagi Golongan Wanita
        • Blogger : Jana Pendapatan
        • Sungai Tekala
        • Tips Melancong Untuk Pelajar
        • Tata Rias Wajah Bersama Majalah Lisa
        • Gigi Besi Itu Cantik
        • Gajet Elektronik (Iphone Atau Tab) Keperluan Atau Gaya?
        • Mentaliti Remaja Terhadap Senaman
        • Mengawal Selera Makan dan Tidak Berasa Lapar
      • Edisi 3>
        • Bakat atau Rupa Paras
        • Fixie
        • Isu Pembantu Rumah
        • Kenali Produk Kesihatan
        • Kereta Pilihan Pelajar
        • Pelajar dan Laman Sosial
        • Penyakit dan Alam Mistik
        • Pilihan Raya Umum
        • Tahun Melawat Perak
        • Trend Penghijrahan Artis
        • Trend Tudung Masa Kini
        • Universiti Pilihan Anda
    • Iklan>
      • Edisi 1>
        • Pick me up
        • Busana Muslimah
      • Edisi 2>
        • Angel Kek & Cafe
        • Serikandi Spa
      • Edisi 3>
        • Kadlawo.com
        • Senirekastudio.com
    • Restoran>
      • Edisi 1>
        • Gearbox Dusun
        • Restoran Pilihan Warga Kampus
      • Edisi 2>
        • D’jabris Ikan Bakar Serkam
      • Edisi 3>
        • Restoran Pecel Lele Mbak Ann & Dila
    • Muzik>
      • Edisi 1>
        • Gelombang Bunyi: Terapi Otak
        • Lagu Untuk Anda
      • Edisi 2>
        • Konsert Pertama 'Islam's Biggest Rockstar'
        • Christina Perri Bakal Turun Ke Malaysia
        • Maher Zain Bakal Beraksi Di Stadium Merdeka
        • Dengar Radio Malaysia Secara Online
      • Edisi 3>
        • Muzik Malaysia>
          • Muzik Melayu
          • Muzik Cina
          • Muzik India

TIPS MELANCONG UNTUK PELAJAR
Oleh Nurain Mohd Salleh

Memilih untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan dalam kalangan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) adalah aktiviti biasa yang akan dijalankan oleh golongan itu setiap kali cuti semester. Kebanyakan para pelajar akan mengambil peluang ini untuk merehatkan minda dan bercuti dari segala tugasan-tugasan kampus sama ada untuk bercuti di dalam ataupun di luar negara. Perancangan bercuti akan dibuat sebaiknya bagi mendapatkan keseronokan melancong yang maksimum.

Jika dulu, aktiviti melancong dilihat sebagai aktiviti mewah namun kenyataan itu barang kali tidak benar sama sekali ketika ini kerana sesiapa pun kini mampu untuk menjalankan aktiviti itu. Dengan adanya promosi beberapa agensi pelancongan dan tawaran harga tiket terendah, ini menggalakkan lagi keinginan individu untuk melancong. Pada masa kini, golongan pelajar IPT dilihat sering mengambil peluang untuk melancong bersama rakan-rakan. Kemungkinan faktor kesibukan keluarga dan cuti semester yang jatuh bukan pada cuti sekolah mendorong mereka lebih gemar melancong bersama rakan-rakan.   

Beberapa tips melancong diperlukan oleh pelajar-pelajar untuk mengelakkan sebarang kesilapan berlaku semasa melancong lebih-lebih lagi yang melibatkan hal kewangan kerana apabila berada di tempat asing kemungkinan untuk mereka mendapatkan wang adalah rumit. Apabila berada di tempat orang,  pelajar juga perlu lebih berhati-hati dari segi pertuturan dan adab kerana kita perlu menghormati budaya hidup masing-masing. Perbezaan adat dan budaya tidak kira di dalam mahupun di luar negara perlulah diambil kira agar kita dapat menjaga sensitiviti masing-masing dan membolehkan kita lebih memahami persekitaran baru semasa melancong.

Kepercayaan keluarga untuk melepaskan anak mereka adalah satu perkara yang susah untuk dilakukan lebih-lebih lagi untuk ke luar negara. Tetapi pada masa kini, ibu bapa lebih bersikap terbuka untuk membiarkan anak-anak mereka mencari pengalaman untuk melancong walaupun keluar negara. Sebagai pelajar, sudah tentu mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi, tetapi mereka boleh membuat perancangan awal seperti menyimpan wang untuk tempoh tertentu sebelum bercuti ke destinasi yang ditetapkan.

Apabila bergerak sendiri atau bersama rakan-rakan semuanya harus dilakukan sendiri atau erti kata lain berdikari. Ia banyak membantu seseorang itu dalam kehidupan seharian mereka. Semasa melancong,  komunikasi haruslah tepat dan betul supaya pelajar mudah mendapatkan apa-apa keperluan yang mereka kehendaki apabila berhubung dengan orang-orang tempatan. Persediaan yang cukup perlulah ada untuk memudahkan dan melancarkan aktiviti sepanjang perlancongan lebih-lebih lagi apabila berada di luar negara.

Pakej-pakej yang ditawarkan oleh agensi pelancongan dan tiket tambang murah seperti yang ditawarkan oleh Air Asia menggalakkan lagi aktiviti melancong pelajar-pelajar oleh kerana mereka mampu untuk membeli tiket-tiket itu. Penggunaan wang yang minimum tidak menghalang  pelajar-pelajar untuk melancong lebih jauh oleh kerana persediaan wang yang mencukupi dengan perancangan awal yang telah dibuat. 

Picture
Gambar hiasan
Create a free web site with Weebly