Misi dan Matlamat
- Details
- Hits: 965

Misi
Muzium bertekad menjadi Muzium akademik unggul yang memelihara kecermelangan ilmu, hasil pemikiran, penyelidikan dan inovasi para sarjana dan ilmuan UKM serta menjadikannya pusat rujukan dan pembelajaran terbilang diperingkat kebangsaan dan persada antarabangsa.

Matlamat
-
Muzium ini dibina untuk menjadi wadah yang dapat mengumpul, memelihara, mendokumentasi serta mempamerkan harta intelek dan khazanah warisan warga UKM secara sistematik dan saintifik.
-
Menjalankan penyelidikan dan pendokumentasian bidang yang berkaitan kebangsaan, hasil pemikiran , aspirasi rakyat dan perjuangan tokoh-tokoh serta ilmuan UKM.
-
Menyediakan perkhidmatan muzium akademik yang moden dan dinamik dengan menggabungkan konsep tradisi dan kontemporari serta menggunakan kaedah pameran interaktif .
-
Menjadi pusat rujukan dan tumpuan pelawat-pelawat ke UKM yang ingin mempelajari pencapaian dan kegemilangan pendidikan.
-
Menjalankan peranan bagi menyemai dan memupuk budaya mencintai dan menghargai ketinggian nilai khazanah warisan anak bangsa dan negara.

