2nd International Meeting: Visiting Astronaut

Print PDF

24 Oktober 2012

2nd International Meeting: Visiting Astronaut

 Global Science and Innovation Advisory Council (GSIAC) dengan kerjasama Malaysian Industri-Government Group for high technology (MIGHT) akan mengadakan 2nd International Meeting: Dr. Daniel T. Barry, Angkasawan dari Amerika Syarikat dijemput khas dalam acara yang akan diadakan di beberapa buah universiti dan institut pengajian di Malaysia dari 28 Oktober – 4 November 2012.

Sehubungan itu, MIGHT telah memilih Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mengadakan Syarahan Umum pada 30 Oktober 2012. Maklumat program adalah seperti berikut:

Acara : Syarahan Umum

Tarikh : 30 Oktober 2012 (Selasa)

Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM

Masa : 9.30 pagi

Penceramah : Dr. Dan Barry,
Angkasawan dari Amerika Syarikat

Hadir :

1)
Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi
2) YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor UKM
3) YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rahmah Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi.

Pihak tuan/puan/media adalah dijemput untuk membuat liputan bagi kedua-dua program tersebut.

Dr. Daniel T. Barry merupakan bekas Angkasawan NASA yang berpengalaman menyampaikan syarahan di seluruh dunia akan hadir ke UKM untuk menjayakan program lawatan angkasawan ke Malaysia. Selepas bersara daripada NASA pada tahun 2005, beliau membangunkan organisasi Denbar Robotic yang mencipta pembantu robot untuk digunakan di rumah dan komersial serta tertumpu kepada alat-alat bantuan untuk orang kurang upaya.

Sepanjang karier beliau menerima banyak penghormatan. Antaranya ialah 2000 dan 2002 NASA Pingat Perkhidmatan Luar Biasa, 2001 Top 10 dalam dunia kerjaya spacewalk jam, 100 Princeton Alumni Sekolah Siswazah abad ke-20, dan ijazah Doktor Kehormat dari Beloit College dan Universiti St Louis

Kedatangan Dr. Daniel T. Barry ke Malaysia adalah satu penghormatan kepada rakyat Malaysia dan peluang ini akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan melalui syarahan umum yang akan disampaikan oleh beliau.

Disamping itu, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie, Angkasawan pertama Malaysia turut hadir untuk menyampaikan syarahan. Program ini akan memberi inspirasi kepada peserta untuk menceburi bidang sains dan teknologi dan menjadi angkasawan ketiga Malaysia selepas Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie dan Mejar Dr. Faiz Khaleeb.

Pihak penganjur menyasarkan kehadiran peserta adalah seramai 1000 orang dari kalangan pelajar UKM, sekolah menengah dan vokasional, sekolah angkat UKM, PERMATApintar Negara, serta universiti-universiti lain.

Pada sesi petang hari yang sama, program Helicopter Workshop akan diadakan untuk membina kemahiran menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan sains, matematik dan kejuruteraan. Program ini akan dikendalikan oleh Dr. Daniel T. Barry dan Andy Barry dengan dibantu oleh beberapa orang fasilitator daripada Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB).

Bengkel ini akan melibatkan peserta daripada pelajar tahun 1 dan 2 FKAB serta pelajar PERMATApintar Negara. 12 kumpulan akan dibentuk dan dua kumpulan yang terbaik ke GSIAC 2nd Inter-sessional Meeting yang diadakan di bangunan Parlimen pada 1 November 2012 bagi perjumpaan bersama Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia.

 

###

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Cik Nastura Nasir,
Penolong Pendaftar Pusat Komunikasi Korporat, UKM
017 3198162 (Talian Bimbit), 03 8921 5151 (Talian Terus)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it , www.ukm.my , www.ukm.my/newsportal