Press Release

Print PDF

 

12 November 2012

Kejadian Pejalan Kaki Berbumbung Runtuh

Pejalan kaki berbumbung sepanjang hampir 200 meter menghubungkan Bangunan Fakulti Pengajian Islam ke Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) runtuh pada jam 3.40 petang 12 November 2012 akibat ditimpa sebatang pokok di lereng bukit berhampiran. Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang.

Runtuhan pejalan kaki yang dibina 10 tahun lalu itu, mengakibatkan kerosakan kepada 25 kenderaan milik staf dan pelajar UKM. Kerja-kerja pembersihan dan mengalihkan kenderaan terlibat telah dilaksanakan oleh pihak UKM dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam.

Pihak UKM juga sedang menaksirkan kerugian sebenar akibat kejadian tersebut, mengambil tindakan membantu pemilik kenderaan yang terlibat, rancangan selanjutnya untuk membina semula kemudahan pejalan kaki berbumbung serta memastikan langkah-langkah keselamatan menyeluruh khususnya semasa musim tengkujuh yang sedang melanda pada masa ini.

 

Prof. Dr. Mohd Safar Hasim
Pengarah
Pusat Komunikasi Korporat, UKM
43600 Bangi
Selangor
12 November 2012