Malam Apresiasi Kenyalang 2012 Rai Anak Sarawak di UKM

Cetak PDF

Oleh Anthony Ulek Jeti
Foto Shahiddan Saidi


BANGI, 9 April 2012 – Suatu majlis Apresiasi Kenyalang 2012 berlangsung di sini baru-baru ini dihadiri oleh seramai kira-kira 90 orang pelajar Sarawak anjuran Persatuan Mahasiswa-Mahasiswi Sarawak, Universiti Kebangsaan Malaysia (PEMASRA).

Ia dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Negeri Sarawak, Datuk Haji Fadilah bin Haji Yusof yang telah memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada mereka untuk menimba ilmu bagi menghadapi cabaran global.

Majlis makan malam tahunan itu dengan tema “Klasik P. Ramlee” turut dianjurkan anak Sarawak yang melanjutkan pelajaran mereka dengan Institut German Malaysia (GMI).

Majlis itu juga adalah untuk meraikan ahli PEMASRA yang bakal tamat pengajian mereka selain mengeratkan hubungan persaudaraan antara ahli yang terdiri dari pelbagai budaya, etnik, agama serta memupuk semangat  perpaduan, kepimpinan dan tanggungjawab dikalangan mereka.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Abdullah Saidol; Penasihat (PEMASRA), Encik Zaini Sarkawi; Presiden Anak Sarawak Semenanjung (PASS), Encik Rafique Hafeedzy dan wakil GMI, Cik Safrina Zainal.

Sijil untuk menghargai khidmat telah disampaikan kepada semua ahli Exco PEMASRA bagi sesi 2011-2012 manakala pelajar bidang Komunikasi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Wan Zairul Azai bin Wan Sudin menerima Anugerah Akademik Terbaik dan Safwan bin Razali, Yang di Pertua PEMASRA menerima Anugerah Kenyalang 2012.


 

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 18 April 2012 11:31

Berita Kampus

Arkib Berita