Logo, Laman Web Pesta Konvokesyen ke-39 Dilancar

Syafawati
Cetak PDF

Oleh Wan Noor Hayati Wan Ismail
Foto oleh Yeoh Lee Yin & Lee Su Qynn


BANGI, 2 Julai 2011- Kemeriahan Pesta Konvokesyen UKM ke-39 semakin terasa dengan pelancaran Logo dan Laman Webnya serta penyampaian Watikah Pelantikan kepada anggota Sekretariatnya di sini hari ini. 

Seramai 27 orang ahli Majlis Pengurusan Tertinggi Sekretariat menerima watikah pelantikan masing-masing dari Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Professor Ir Dr Othman A Karim yang juga melancarkan logo dan laman web rasmi Pesta itu. 

Prof Othman berharap sekretariat dapat memantapkan gerak kerja untuk menjayakan 22 program yang bakal dianjurkan termasuk program Sukan D’konvo, Musabaqah dan Bintang Kecil sempena Konvokesysen pada bulan September 2011. 

Beliau menyeru sekretariat menggunakan pendekatan Facebook, Twitter dan Youtube untuk mempromosikan program-program yang dianjurkan. Tema pesta kali ini ialah “Apresiasi Melestari Kecemerlangan” .

Turut hadir di upacara perasmian termasuk Timbalan Pendaftar Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Musa Zainal Abidin Bin Othman, Timbalan Presiden Majlis Pewrwakilan Pelajar UKM, Mohd Abdullah Mohamed Yusoff dan Pengarah Eksekutif Pesta Konvokesyen ke-39, Mohd Faizal Ahmad.

Laman web Pesta Konvo: www.ukm.my/pkonvo39


 

Berita Kampus

Arkib Berita