UKM Juarai Bola Tampar Pantai (L) di Kejohanan MASUM 2011

Selasa, 06 Disember 2011 10:08
Cetak PDF

Oleh Nur Azimah Mahmood
Foto Pusat Sukan UKM

PORT DICKSON, 5 Dis. 2011 – Pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjuarai pertandingan bola tampar pantai lelaki di Kejohanan Sukan Pantai Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2011 apabila mengalahkan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam.

UKM diwakili Tan Song Wee dan Muhd. Azli Zamdri berjaya menundukkan UPM 2-0 yang menurunkan seorang pemain Malaysia, Yogeswaran.

Bagaimana pun pasukan bola sepak pantai UKM tewas kepada pasukan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan 2 gol berbalas 4 diperingkat final. Sebelum itu ia telah mengalahkan pasukan Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) pada perlawanan separuh akhir dengan 3 – 1.

Kejohanan yang dianjurkan oleh MASUM dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu disertai oleh
pelajar dari 20 buah Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Seramai 1000 orang atlet dan pegawai turut serta di Pantai Bagan Pinang di sini dari Khamis lalu dan berakhir semalam.

Kejohanan itu mempertandingkan lima acara, tiga acara masing-masing untuk lelaki dan wanita iaitu bola sepak pantai, bola tampar pantai serta larian pantai manakala bola jaring pantai untuk wanita sahaja dan sepak takraw pantai untuk lelaki sahaja.

Turut hadir di kejohanan itu adalah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Zolkples Embong; Naib Canselor UiTM, Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan Pengarah Pusat Sukan UKM, Dr Tajul Arifin Muhamad.

Berita Kampus

Arkib Berita