Belia Dari Keluarga Miskin Perlukan Bimbingan

Jumaat, 09 Disember 2011 00:00
Cetak PDF

Oleh Shahfizal Musa
Foto Ismail Ibrahim


KUALA LUMPUR, 9 Dis. 2011-  Belia dankanak-kanak dari keluarga miskin seperti dari flat Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) harus dibantu untuk merealisasikan potensi mereka, kata Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)hari ini.  


Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata ramai belia di PPRT tidak dapat mencapai peluang yang ada kerana hidup dan membesar dalamkeadaan serba kekurangan di tempat kediaman demikian.


Flat PPRT adalah usaha kerajaan untuk menyediakan tempat tinggal kepada golongan miskin di Negara ini.Malangnya flat kos rendah itu gagal menyediakan keselesaan kepada penghuninya.


Kerana tidak mempunyai tempat yang sesuai untuk belajar atau beriadah kanak-kanak dan belia dari perumahan demikian terlibat dalam aktiviti tidak sihat seperti merempit dan menjadikan jalanraya sebagai tempat untuk mereka bermain, kata Prof  Sharifah Hapsah.


Apabila ini berlaku kita dengan tangkas tanpa berfikir panjang melabelkan mereka dengan berbagai gelaran tidak menyenangkan seperti Mat Rempit dan sebagainya kerana mereka telah mencerobohi hak kita. Mereka sebenarnya adalah mangsa keadaan.


Beliau berkata demikian di Majlis tandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara UKM dan Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) di sini hari ini. 


Memorandum itu ditandatanganinya bagi pihak UKM dengan Tan Sri Hasmy Agam, Pengerusi SUHAKAM bagi pihak suruhanjaya itu. Ia membolehkan UKM menyemarakkanl agipenyelidikan dan program kesedaran terhadap hak asasi manusia.


Prof Sharifah Hapsah berkata kanak-kanak dan belia miskin juga mempunyai hak mendapat peluang yang sama seperti orang lain. Walauapa pun masalah mereka hadapi ia sebenarnya adalah manifestasi punca yang lebih besar yang harus kita dalami dan tangani .


Sebahagian dari belia PPRT itu mempunyai daya intelek tinggi, manakala yang tidak minat pada bidang akademik biasanya mempunyai bakat lain yang boleh dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat sekiranya mereka di bantu dan diberi bimbingan.


Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan mereka diperkasakan dengan peluang untuk mempraktikkan bakat dan kreativiti mereka secara positif. Mereka juga mempunyai bakat yang boleh dipupuk untuk menjana pendapatan supaya dapat berdiari, tambah beliau.


Masalah belia di PPRT mungkin tidak serius seperti pencabulan hak asasi yang lain, tetapi dengan membantu mereka itu, kita dapat melindungi hak mereka untuk merealisasikan potensi mereka. Kita tidak harus membiarkan bakat yang ada pada mereka terabai hanya kerana keadaan yang mereka hadapi, kata Prof Sharifah Hapsah.


Tan Sri Hasmy berkata hak asasi manusia adalah suatu bidang yang luas hingga meliputi hak seseorang yang belum dilahirkan dan hak mereka selepas meninggal dunia.


Walaupun kesedaran mengenai hak asasi sudah meningkat di Malaysia, ia masih di tahap bawah dan
belum memuaskan. Beliau menyeru agar program kesedaran tidak hanya disasarkan kepada pelajar sahaja tetapi harus juga meliputi ahli akademik bagi membolehkan mereka menyebarkan pengetahuan mengenainya kepada pelajar mereka.


Dekan Fakulti Undang-Undang UKM, Prof Dr Aishah Bidin dan Prof Emetitus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid seorang Pesuruhjaya SUHAKAM turut hadir di upacara itu.

Berita Kampus

Arkib Berita